ISLAM ITU MUDAH
Ada orang mendakwa bahawa Agama Islam itu susah dan menyusahkan. Buat itu tak boleh, buat ini salah dan banyak perkara yang tak bolehnya. Benarkah dakwaan tersebut?
Sebenarnya, org yg mendakwa dan mengatakan Agama Islam itu susah dan menyusahkan adalah kerana sikap negatif dan tidak fahamnya terhadap ajaran Islam yang sebenar. Di kalangan mereka tidak dapat membezakan antara yg mana sepatutnya mesti dibuat, mana yg digalakkan dibuat, mana yg harus dibuat dan mana yg tidak b oleh dibuat. Ada pula yg tidak dapat membezakan antara amalan Islam dan adat istiadat org atau kaum atau bangsa yg menganuti agama Islam itu.
Org yg memahami dan menghayati Islam dengan sebenarnya pasti akan merasakan bahawa Agama Islam itu adalah agama yg sempurna, lengkap, mudah dan sesuai utk semua org, setiap masa dan setiap keadaan serta memenuhi naluri manusia.
Malah, Islam menggalakkan supaya setiap umatnya berjaya, cemerlang, sentiasa melakukan kebajikan, berbuat baik dan tidak membenarkan umatnya melakukan kezaliman, penganiayaan, kerosakan dan sebarang kejahatan.
Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan