Isnin, 8 Februari 2010

MENARIK KOMEN WARTAWAN NI...PATUT DIPUJI TULISANNYA BERUNSUR DAKWAH





GayahGebu: Cakap tak guna otak



2010/02/07

LAMA Gayah memendam perasaan bengang terhadap segelintir artis kita yang nampak sangat jahil apabila bercakap. Senang kata cakap tak pakai akal.

Antaranya, hal aurat, kerjaya dan penampilan. Gayah malas nak ulas mengenai hukum berkaitan hal berkenaan. Semua sudah sedia maklum dan faham.


Apa Gayah kesalkan, segelintir artis yang terbabit dengan hal berkenaan cakap macam bagus apabila ditanya wartawan. Hal aurat berkaitan pemakaian tudung, Gayah minta tolonglah jangan jadi bodoh sombong.


Perkara yang sudah jelas dan nyata tak perlulah diputarbelitkan dengan ayat seperti ‘saya nak jadi diri sendiri’, ‘tak mahu hipokrit’, ‘belum sampai masanya’ dan ‘ia antara saya dengan Tuhan’. Dangkal sungguh kenyataan seperti itu.


Bagi Gayah, lebih elok jika tutup mulut supaya terhenti segala prasangka. Begitu juga hal berkaitan kerjaya. Ada yang entah tak sengaja atau memang bebal memberi reaksi pekerjaan dilakukan hanyalah satu-satunya pekerjaan halal yang mampu dilakukannya walaupun hukum yang sudah termaktub adalah sebaliknya.

Yang ada nama sangat Islamik pula dengan beraninya memperkatakan penampilannya yang diuar-uarkan seksi adalah dirinya yang sebenar. Jika tutup aurat, itu bukan dirinya. Cheh!!! Apa punya turrrr! Adalah beberapa artis yang melakukan perbuatan tertentu yang jelas menyalahi hukum, turut memberi komen yang tak berapa bijak mengenai perbuatan yang dilakukannya. Cukup-cukuplah. Hentikanlah memberi kenyataan yang kurang bijak berkaitan hal hukum. Jangan nanti disebut-sebut sampai ke tahap fasiq.


Renung-renungkanlah! Gayah nak melawat Markonah Tonggek, entah terseliuh atau patah ibu jari kakinya. Minggu lalu, kami main futsal dengan kawan mesyuarat tingkap. Saja buang tabiat, tetapi si Markonah bersungguh-sungguh sangat sampai tertendang tiang gol. Alahai... Dah tua buat cara tua makcik oiii.

Tiada ulasan: