Muslimat Pulau Pinang kutuk blogger biadap |
Harakahdaily |
PULAU PINANG, 8 Feb: Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadap seorang blogger yang menyebarkan gambar yang diubahsuai yang melibatkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Penerangannya, Aida Yusof Rawa berkata, penyiaran gambar itu amatlah tidak wajar dan memalukan. Katanya, tindakan aib dan menyalahguna internet seperti itu adalah tidak bermaruah dan blogger berkenaan sepatutnya ditahan segera dan diambil tindakan mengikut Akta Penyiaran Internet dan Multimedia. “Gambar lucah seperti itu juga seakan mengesahkan tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah,” ujanya kepada Harakahdaily. Tambahnya, lebih memalukan lagi kerana blogger berkenaan menggunakan wajah Tuan Guru Nik Aziz sebagai orang yang diperlakukan secara tidak senonoh itu. “Tindakan tidak bertamadun dan kurang ajar seperti ini mesti diberhentikan segera dengan mengambil tindakan tegas terhadap blogger yang tidak beretika ini,” ujarnya. Sehubungan itu, katanya Muslimat PAS negeri menggesa pihak polis mengambil tindakan segera menangkap blogger yang tidak bermaruah itu kerana telah ada yang membuat laporan tempoh hari |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan