Jumaat, 19 Februari 2010

AWASI ANAK2....MALANG TIDAK BERBAU

Budak mati lemas dalam baldi


MISNAH menunjukkan baldi tempat anaknya ditemui lemas di Jasin semalam.


JASIN - "Pada mulanya saya ingat anak saya diculik, ketika suami buat laporan polis baru saya jumpa anak saya dalam keadaan tertonggeng dalam baldi."

Demikian cerita Misnah Hamzah, 41, ibu kepada kanak-kanak malang berusia setahun enam bulan, Mohamad Haikal Mustakim Borhan yang ditemui mati lemas dalam baldi berisi air sedalam kira-kira 0.12 meter.

Mohamad Haikal dipercayai terjatuh ke dalam baldi berkenaan ketika dia sedang membuat kuih di bahagian belakang rumahnya.

Tiada ulasan: