Jumaat, 19 Februari 2010

CUBA KITA FIKIRKAN....MAKSIAT TERLALU BANYAK.....YANG MUDAH LAKSANA HUKUM ALLAH JANGAN BERPILIH2

DALAM NEGERI

Harussani bidas Sisters in Islam

PUTRAJAYA 18 Feb. - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini membidas Sisters in Islam (Sis) yang menyifatkan tindakan merotan tiga wanita Islam atas kesalahan melakukan persetubuhan haram sebagai diskriminasi terhadap wanita.

Tegas beliau, mana-mana pihak yang mempunyai tanggapan sedemikian bermakna mereka tidak mempercayai hukum Allah dan boleh dianggap terkeluar daripada Islam.

''Orang seperti ini tidak faham hukum Islam, mereka menentang dan membenci hukum Islam kerana terpengaruh dengan orientalis Barat yang menentang Islam.

''Kalau hendak diambil kira hukuman enam kali sebatan itu ia begitu ringan sedangkan asalnya 100 kali sebatan terhadap mereka yang melakukan persetubuhan haram manakala 80 kali sebatan terhadap yang minum arak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Dalam hal ini, Harussani memuji bekas model sambilan yang didapati bersalah meminum arak, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, yang bersedia menjalani hukuman sebat.

''Dia mengaku kesalahannya dan mahu dihukum secara Islam, jadi Kartika seorang yang jujur dan mempunyai kesedaran," kata beliau.

Sisters in Islam hari ini mendakwa tindakan Jabatan Penjara pada 9 Februari lalu merotan tiga wanita Islam atas kesalahan mengadakan persetubuhan haram sebagai satu diskriminasi terhadap wanita.

Pertubuhan itu mendakwa tindakan merotan itu mencabuli hak sama rata dan tiada diskriminasi yang dijamin oleh Perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut Seksyen 289, Akta Kanun Jenayah.

Dalam kenyataan akhbarnya itu, Pengarah Eksekutif Sis, Hamidah Marican berkata, memandangkan beberapa isu syariah berhubung pelaksanaan hukuman seperti kes Kartika Sari yang masih belum selesai, tindakan kerajaan itu dipertikaikan.



INI KENYATAAN Sis DARI BERITA MALAYSIA KINI



Seks haram: Hentikan 'wabak' merotan

Feb 18, 10 11:55am
Tindakan Jabatan Penjara merotan tiga perempuan Islam atas kesalahan mengadakan persetubuhan haram dianggap satu diskriminasi terhadap wanita.

Sisters in Islam (SIS) mendakwa tindakan merotan itu mencabuli hak sama rata dan tiada diskriminasi yang dijamin oleh perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut Seksyen 289, Akta Kanun Jenayah.

Dalam kenyataan akhbarnya hari ini, Pengarah Eksekutif SIS Hamidah Marican (kiri) berkata memandangkan beberapa isu syariah berhubung perlaksanaan hukuman seperti kes Kartika Sari Dewi Shukarnor yang masih belum selesai, tindakan kerajaan itu dipertikaikan.

“Dengan melaksanakan hukuman itu, secara tidak langsung, ia menggambarkan kerajaan cuba menyembunyikan layanan tidak adil dan memalukan ini daripada pengetahuan umum, katanya

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan tiga pesalah wanita itu bersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram).

Hukuman berkenaan dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari tahun ini..

SIS menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluaraga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (kanan) untuk segera bertindak bagi mengatasi masalah yang timbul akibat hukuman merotan itu dan juga kes Kartika.

Kerajaan juga, menurut beliau perlu mengkaji semula sebatan sebagai satu bentuk hukuman kerana ia mencabuli prinsip hak asasi manusia antarabangsa yang menganggap merotan sebagai hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan dan memalukan.

'Rotan tidak efektif'

“Kajian juga menunjukkan merotan bukan hukuman yang efektif bagi menjamin kesalahan jenayah seksual atau keganasan tidak akan berulang,” katanya.

Turut membidas tindakan merotan oleh kerajaan ialah Persatuan Badan Bertindak Wanita (Awam).

Dalam kenyataan akhbarnya, Awam menuntut Menteri Dalam Negeri menjelaskan mengapa hukuman dijalankan secara rahsia.

Presidennya, Sofia Lim Siu Ching berkata hukuman itu dijalankan dengan niat jahat dan bertentangan dengan kepentingan awam yang mendapat perhatian seluruh dunia.

"Menteri Dalam Negeri perlu menjelaskan mengapa hukuman dijalankan tergesa-gesa sedangkan beberapa persoalan berhubung kes Kartika masih belum selesai," katanya.

Tamatkan 'wabak' merotan

Kumpulan hak

asasi manusia antarabangsa, Amnesty International (AI) juga mahukan Malaysia menamatkan segera apa yang dilabelkan mereka sebagai 'wabak merotan'.

AI juga mendakwa pihak berkuasa di negara ini telah merotan ribuan lelaki selain kes berprofail tinggi tiga wanita berkenaan.

Kumpulan yang berpangkalan di London itu berkata lebih 35,000 orang, kebanyakan mereka bukan rakyat Malaysia - dirotan atas kesalahan imigresen sejak 2002.

Menurut timbalan pengarah Asia-Pasifik AI, Donna Guest "ribuan kes berkenaan merujuk kepada wabak merotan yang mula berleluasa di Malaysia."

"Kerajaan Malaysia perlu menghapuskan hukuman merotan yang memang kejam dan zalim tanpa mengira apa jua kesalahan mereka," Katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Hukuman kuno

Majlis Peguam dengan keanggotan 13,500 ahli juga membidas tindakan merotan tiga wanita berkenaan.

Menurut badan perundangan itu, ahli-ahlinya telah meluluskan satu resolusi tiga tahun yang menolak sebatan sebagai satu bentuk hukuman kerana beranggapan ia hukuman kuno dan tidak selaras dengan konsep masyarakat penyayang.

Pendapat kami selaras dengan norma-norma hak asasi antarabangsa yang membantah hukuman merotan dan juga hukuman membabitkan bentuk jasmani yang dianggap kejam, tidak berperikemanusiaan serta memalukan.," kata pengerusinya, Ragunath Kesavan (kanan).

Tambahnya lagi, hukuman merotan ke atas wanita adalah juga bertentangan dengan Seksyen 289, Akta Kanun Jenayah.

"Adalah memeranjatkan, kerajaan hanya mengumumkan perkara itu (merotan tiga wanita berkenaan) setelah hukuman sudah dilaksanakan," katanya juga dalam satu kenyataan akhbar hari ini.



CUBA BACA



Pelajar zina kemaruk filem seks



2010/02/26

BESUT: Tabiat melihat klip video lucah melalui telefon bimbit dengan kawan di sekolah menyebabkan seorang pelajar sekolah terpengaruh melakukan hubungan seks bersama teman lelaki yang baru dikenali bulan lalu.

Tanpa rasa takut perbuatannya diketahui keluarga, mangsa mencuri keluar pada tengah malam Rabu lalu, selepas menerima khidmat pesanan ringkas daripada teman lelaki yang dikenali sebagai Arif.


Pelajar berusia 14 tahun dari Kampung Kerandang, Besut, menyelinap keluar secara sembunyi ketika keluarganya tidur di bilik masing-masing dan menemui teman lelakinya yang menunggu di hadapan rumah dengan motosikal sebelum dibawa ke sebuah wakaf di tengah sawah padi di Kampung Gerong di Jertih.


Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata apabila sampai di wakaf terbabit, suspek mengajak mangsa melakukan seks dengannya.


Mangsa dikatakan dirogol beberapa kali di tempat berkenaan sebelum dihantar pulang pada pagi keesokan harinya.


Kamaruddin berkata, berasa syak dengan kepulangan anak gadisnya pada pagi berkenaan, bapa mangsa yang berusia 39 tahun menyoal siasat anaknya sebelum pelajar itu mengaku mencuri keluar untuk bertemu teman lelakinya tanpa pengetahuan keluarga.

Marah dengan kejadian itu, bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja pada pagi hari sama, sementara mangsa dihantar menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Besut selepas itu.


Kamaruddin berkata, laporan kesihatan kemudian mengesahkan mangsa dirogol dan berikutan itu polis sedang memburu seorang lelaki dikenali sebagai Arif untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.


Suspek dipercayai menghilangkan dirinya selepas kejadian itu.



LAGI



Padah ketagih video lucah

Oleh Zarina Abdullah

2010/02/26

BESUT: Akibat ketagih klip video lucah dimuat turun melalui telefon bimbit, seorang pelajar tingkatan empat sanggup berhutang sehingga RM1,000 daripada dua rakan perempuan sebayanya yang bertindak sebagai pembekal klip video terbabit.

Namun, gara-gara tidak mampu membayar hutang berkenaan, dia terpaksa menjadi duri dalam daging bagi keluarganya dengan ‘merelakan’ rumahnya di Jalan Haji Wan Latiff, Jertih, dekat sini dipecah masuk.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata pelajar terbabit terpaksa mengambil jalan pintas dan mencadangkan agar dua rakannya itu memecah masuk rumahnya apabila dia bersama keluarganya pergi bercuti di Kuala Lumpur Khamis lalu.


Menurutnya, ketika keluar rumah, bapa pelajar terbabit yang berusia 50-an mengunci semua pintu dan tingkap rumah dengan baik, namun gadis itu bertindak merenggangkan kunci untuk memudahkan rakan perempuannya masuk ke rumah berkenaan.


Keluarga itu kemudian pulang pada hari berikutnya dan mendapati tingkap rumah diumpil manakala rumah berselerak sebelum mendapati tiga rantai emas, satu gelang dan cincin emas milik ibu pelajar itu yang disimpan dalam bilik utama hilang.


Berikutan kejadian itu, bapa pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Jertih kira-kira jam 11.30 pagi Jumaat sebelum sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian.

Kamaruddin berkata, selepas menjalankan pemeriksaan, anak mangsa yang ketakutan menelefon seorang anggota polis dan mengaku dia tahu siapa yang memecah masuk ke rumahnya itu.


Pendedahan mengejutkan itu membawa kepada siasatan lebih terperinci terhadap anak tuan rumah dan membongkar modus operandi dirancang ketiga-tiga pelajar perempuan itu.


Ketiga-tiga suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis Jertih untuk diambil keterangan berikutan pembabitan mereka dalam kejadian berkenaan.


Berikutan itu, semua barang kemas yang hilang dijumpai semula dan mereka dilepaskan sebaik saja selesai memberi keterangan.


Kamaruddin berkata, kejadian itu jelas memerlukan pembabitan semua pihak bagi membanteras salah laku pelajar dalam kegiatan memuat turun klip video lucah terutamanya di sekolah.


“Pemantauan perlu dilakukan ibu bapa dan pihak sekolah bagi memastikan tiada klip video yang tidak bermoral dalam telefon bimbit pelajar dan mereka boleh melakukan pemeriksaan untuk menghalang pelajar menyimpan klip video terbabit.” katanya.


Katanya, pelajar turut perlu didedahkan mengenai kesalahan menyimpan klip video seumpama itu mengikut Akta Multimedia.


Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan dan pecah rumah dan pihaknya sudah memanjangkan kes kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.


CUBA RENUNG2


Susulan jutawan gambar bogel

Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my
2010/02/26

ALOR STAR: “Syukur sekiranya benar dia ditahan. Saya berharap selepas ini tidak lagi menerima iklan lucah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengganggu kehidupan kami.”

Itu adalah luahan eksekutif pemasaran yang hanya mahu dikenali sebagai Zahid, 38, sebaik membaca laporan akhbar semalam bahawa seorang pengurus sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka ditahan kerana disyaki menjual klip video lucah kepada orang ramai melalui SMS.


“Jika dia ditahan, doa saya dimakbulkan kerana dia (dalang penyebaran klip video lucah) menghantar SMS secara rambang tanpa mengetahui sama ada ia diterima pelajar, wanita atau orang tua,” katanya.


“Ini kerana di rumah, saya dan anak menerima SMS yang sama tanpa kami ketahui daripada mana penghantar mengetahui nombor telefon kami,” katanya.


Katanya, penahanan lelaki itu adalah satu kejayaan pihak berkuasa terutama apabila orang yang disyaki hidup mewah termasuk memperolehi pendapatan sehingga RM11 juta.


Zahid berkata, dia percaya ada antara pelanggan adalah mereka yang melakukan kesilapan terbalas SMS berkenaan dan akhirnya terpaksa menanggung bil yang tinggi.

“Saya mempunyai rakan yang terpaksa menanggung bil hingga lebih RM100 daripada aktiviti SMS membabitkan nombor yang sama dan akhirnya dia terpaksa ke kedai syarikat telekomunikasi untuk menyekat daripada terus menerima SMS berkenaan.


“Saya berharap pihak syarikat telekomunikasi supaya bertanggungjawab dan prihatin dengan aktiviti pekerja,” katanya. Minggu lalu Harian Metro menyiarkan luahan Zahid yang bimbang dengan kegiatan pengendali laman web lucah menghantar SMS secara rambang.


Ini kerana SMS dengan perkataan lucah dan ‘power’ tidak sesuai menjadi tatapan manusia yang mempunyai perasaan malu terutama kanak-kanak dan remaja.


Antara SMS diterima orang ramai hanya berbunyi: “Ingin lihat aksi panas dari gadis montok. Dijamin teruja. Balas OK sekarang! 18 tahun ke atas sahaja!” Selain itu, SMS lain berbunyi: “Lebih 100 video ‘home made yang terpanas’ untuk koleksi anda. Jika mahu, sila balas YA. Yang pasti SEKtified. Hanya untuk 18 tahun ke atas sahaja. Warning!” Bagaimanapun, sebahagian besar SMS yang dihantar terlalu lucah dan mengaibkan menyebabkan banyak pihak menggesa pihak bertanggungjawab supaya bertindak tegas ke atas mereka.


Muka depan Harian Metro semalam melaporkan kehidupan mewah pengurus syarikat telekomunikasi berkenaan hingga mampu memiliki deretan kereta mewah dan harta mencecah RM11 juta membongkar kegiatannya selama ini - menjual klip video lucah kepada orang ramai melalui SMS, sejak setahun lalu.


Difahamkan, lelaki berusia 33 tahun itu memiliki Porsche Cayenne dan BMW, malah sedang menunggu ketibaan kereta mewah Lamborghini bernilai lebih RM1 juta yang ditempah.


Namun, kegiatan itu terbongkar selepas dia ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, selepas menerima laporan berhubung kegiatannya daripada syarikat tempatnya bekerja minggu lalu.





Tiada ulasan: