Jumaat, 19 Februari 2010

BERHATI2

DUNIA

Laman bahaya dedah maklumat di Internet


LAMAN web pleaserobme.com di Internet dicipta oleh tiga rakan baik
dari Belanda.


NEW YORK - Pengguna-pengguna Internet tanpa disedari memberi ruang kepada perompak untuk memecah masuk ke rumah mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Bagi peringatan kepada pengguna, laman web terbaru, pleaserobme.com yang bermaksud sila rompak saya, menyiarkan panduan mengenai bahayanya berkongsi maklumat terperinci mengenai pengguna-pengguna Internet yang memberitahu dunia bahawa mereka tidak berada di rumah.

Laman itu diwujudkan tiga rakan baik dari Belanda, Boy van Amstel, Frank Groeneveld dan Barry Borsboom.

Ia tidak memberikan maklumat terperinci mengenai lokasi rumah pengguna-penggunanya.

Pencipta-pencipta laman itu sebenarnya bukan untuk membantu perompak mengesan rumah yang ditinggalkan pemiliknya tetapi mereka mahu menghantar mesej kepada pengguna-pengguna rangkaian sosial mengenai bahaya berkongsi banyak maklumat di Internet.

Laman itu diwujudkan sebagai percubaan untuk meningkatkan kesedaran mengenai masalah yang akan timbul akibat berkongsi mesej tersebut.

"Kami mendapati pengguna-pengguna terbabit gemar memeriksa keadaan kediaman mereka dan lebih buruk menyemak di mana kedudukan ahli-ahli keluarga atau kawan mereka yang merupakan perbuatan yang silap," kata Von Amstel.

Laman pleaserobme.com itu sebenarnya menyediakan panduan untuk pengguna melindungi butiran peribadi yang boleh dikesan oleh penjenayah di Internet.

Pada minggu lalu, Google mencetuskan kritikan banyak pengguna Internet apabila mewujudkan aplikasi rangkaian sosial terbaru Buzz yang didakwa mendedahkan maklumat terperinci pengguna termasuk lokasi mereka yang diketahui semua pengguna. - Agensi




lagi




Diperas ugut anak ‘Datuk'



2010/02/22

JOHOR BAHRU: Seorang pelajar wanita sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) bukan saja kehilangan kereta Perodua Myvi pemberian keluarganya, malah turut menjadi mangsa peras ugut seorang lelaki ‘sengkek’ menyamar sebagai anak ahli perniagaan bergelar Datuk.

INI DIA...Hani menunjukkan gambar  anak ‘Datuk’ dan Perodua Myvi   yang dilarikan.
INI DIA...Hani menunjukkan gambar anak ‘Datuk’ dan Perodua Myvi yang dilarikan.
Episod duka pelajar IPTS di Melaka itu berlaku pada 12 Januari lalu selepas pertemuan pertama di sebuah restoran di Pantai Puteri, Melaka.


Menurut mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Hani, 20, kejadian berlaku apabila dia keluar makan malam bersama lelaki baru dikenali melalui sebuah laman sembang di Internet.


Menurutnya, dia tidak menyangka tindakannya keluar ‘blind date’ dengan lelaki itu memakan diri kerana menjadi mangsa pukau hingga sanggup menyerahkan kunci kereta Perodua Myvi milik ibunya apabila diminta lelaki terbabit.


“Lelaki berusia awal 20-an itu meminta saya mengambilnya di sebuah tempat dan menghantarnya ke rumah rakannya dengan alasan kenderaannya rosak,” katanya.


“Dalam perjalanan, kami singgah di sebuah restoran untuk makan malam,” katanya.


Hani dari Kluang di sini berkata, selepas memesan makanan, lelaki itu memberi alasan tertinggal telefon bimbit dalam keretanya.


Menurutnya, dia hanya menyedari keretanya bernombor pendaftaran JEN 6000 dan berwarna putih dilarikan selepas kira-kira setengah jam apabila lelaki itu tidak kembali ke meja makan di restoran itu.






lagi



'Adik hanya dibenar jamah sisa makanan'



2010/02/22

KUALA LUMPUR: Dia diperlakukan seperti ‘hamba abdi’ apabila hanya dibenarkan menjamah sisa makanan oleh sebuah keluarga di sini, sejak sebulan lalu.

Tidak cukup dengan itu, keluarga teman lelakinya berusia lewat 20-an itu dikatakan ‘mengurung’ gadis malang berkenaan di rumah bagi mengelak perbuatan keji itu disedari jiran tetangga. Berikutan itu, tubuh mangsa yang sebelum ini berisi susut hampir 15 kilogram (kg).


Itulah balasan terpaksa ditanggung seorang gadis 23 tahun yang hanyut dibuai cinta sehingga sanggup melarikan diri dari rumahnya untuk mengikut lelaki itu. Namun, penderitaannya berakhir semalam apabila ahli keluarganya dari utara tanah air mengambilnya di sini selepas mengetahui lokasi mangsa disembunyikan teman lelakinya itu. Semuanya bermula kira-kira sebulan lalu apabila gadis malang itu yang tidak bekerja dipelawa teman lelakinya berhijrah ke ibu kota. Abang mangsa yang enggan dikenali berkata, adiknya mendakwa tidak sedar walaupun bersetuju mengikut teman lelakinya itu melarikan diri dari rumah. “Sejak kehilangannya kami sekeluarga berusaha mencarinya, namun gagal. Kami hanya tahu dia mengikut lelaki itu ke ibu kota.


“Namun, kami tidak mempunyai maklumat lokasi sehinggalah dihubunginya sendiri pagi kelmarin,” katanya.


Menurutnya, adiknya mendakwa diperlakukan seperti hamba apabila keluarga teman lelakinya itu hanya memberikan sisa makanan kepadanya. “Saya meminta alamat tempat dia disembunyikan sebelum bergegas ke sini,” katanya. Difahamkan, mangsa gagal menghubungi ahli keluarganya sebelum ini kerana telefon bimbitnya disimpan kekasihnya itu. Sebaik mengetahui kedudukan adiknya itu, keluarga berkenaan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, Jitra, Kedah, sebelum memaklumkan kedudukannya. Difahamkan, keluarga malang itu terus bergegas ke ibu kota untuk ‘menjemput’ anaknya itu selepas membuat laporan polis. Keluarga terbabit tiba di ibu kota kira-kira jam 5 pagi sebelum bergegas ke rumah berkenaan. Abang mangsa mendakwa selepas melakukan perbincangan kira-kira 20 minit, mereka bertemu semula dengan adiknya itu berada dalam keadaan tidak bermaya. “Kami sekeluarga terus pulang ke di Jitra bagi merawat adik kesayangan saya itu yang kelihatan seperti sedang sakit. “Saya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu sehingga berjaya membawa pulang adik ke pangkuan keluarga,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, berkata kes berkenaan akan dirujukkan semula ke IPD Kubang Pasu untuk siasatan dan tindakan lanjut.



Tiada ulasan: