PUMPP, NGO perangi iklan kurang ajar
2010/02/08
Sambutan hari berkenaan dikaitkan sering diraikan secara tidak bermoral seperti menghabiskan waktu malam dengan pasangan, bergaul bebas dan diakhiri dengan pesta seks.
Malah, ada pihak tidak bertanggungjawab dan bertindak biadab mengiklan sambutan Hari Kekasih serta menyarankan agar gadis tidak memakai seluar dalam ketika keluar dengan pasangan.
Berikutan tindakan kurang ajar itu, Urusetia Menangani Gejala Sosial (Unggas) yang bernaung di bawah Persatuan Ulama Pulau Pinang dengan kerjasama Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API) serta Komuniti Suara Kehidupan (Kosuke) akan melancarkan kempen ‘Jerat Hari Kekasih’.
Jurucakap Unggas, Nurfitri Amir Muhammad, berkata sepanjang kempen berkenaan, pihaknya turun padang dan mengedar 3,000 poster serta cakera padat (CD) mengandungi ceramah kesedaran di asrama institusi pengajian tinggi (IPT) serta sekolah bagi mencegah remaja Islam menyambut Hari Kekasih.
Katanya, ahli NGO yang turut membabitkan penuntut IPT akan turun padang terutama ke kawasan yang menjadi tumpuan pasangan dan memberi nasihat agar menjauhi maksiat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan