Ahad, 21 Februari 2010

ubat kencing manis

ubat kencing manis

KENCING MANIS UBAT2 YANG BOLEH DICUBA





Adakah anda menderita penyakit kencing manis ?

Dapatkan segera rawatan dari keselesaan rumah anda. Ini akan dapat menjimatkan kos minyak. Anda tidak perlu untuk ke pusat-pusat rawatan dan kos rawatan di pusat-pusat rawatan juga biasanya agak tinggi. Mengapa anda tidak cuba dahulu ubat kencing manis yang lebih menjimatkan ?

Produk penyakit kencing manis dari HPA adalah dalam bentuk yang mudah digunakan. Rawatan kencing manis HPA juga dibuat berasaskan herba dan tidak mengunakan bahan kimia. Oleh itu anda tidak perlu takut akan kesan sampingan seperti yang biasanya ada pada ubat yang berasaskan perubatan moden.

HPA ? Mungkin anda hanya mengenali kopi radix ‘mai secawan’ Tapi HPA sebenarnya mempunyai produk herba lain hasil dari pengalaman 20 tahun HPA dalam dunia herba. Ubat kencing manis merupakan antara produk herba lain HPA

Konsep sinergi merupakan salah satu lagi konsep yang penting dalam perubatan herba HPA. Konsep ini akan menggabungkan beberapa produk dalam merawati sesuatu penyakit untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.


Perubatan JAWI

HPA menggunakan konsep perubatan JAWI yang telah diasaskan oleh Pengarah Urusan HPA sendiri, Tuan Hj Ismail bin Hj Ahmad. Perubatan JAWI adalah satu sistem perubatan menyeluruh (holistik) yang menggabungkan 2 sumber utama iaitu sumber alamiah dan ilahiyah.

Perubatan JAWI adalah berlandaskan kepada keyakinan kuat bahawa hakikat penyembuhan sebenarnya berasal daripada Allah S.W.T yang bersifat Asy-Syafii (Maha Penyembuh) serta ketepatan (kemujaraban) penawar menjadi pegangan.

Perkataan JAWI merujuk kepada:

J : Jejawi: Nama sebuah daerah kecil di Perlis, tempat di mana perubatan ini dikembangkan.
A : Alamiah: Bererti perubatan ini menggunakan bahan-bahan alami atau semulajadi sebagai salah satu sumber perubatan herba.
W : Wathan: Beerti negeri atau tempatan dalam Bahasa Arab. Ini bermaksud perubatan ini menekankan penggunaan bahan-bahan alami (semulajadi) yang berasal dari dalam negeri di mana penyakit itu dijangkiti.
I : Ilahiyah: Bererti meletakkan unsur-unsur Ilahiyah (ketuhanan) sebagai sumber perubatan. Jadi, perubatan ini bersumberkan dari Al-Quran dan As-Sunnah.




Pakej ubat kencing manis HPA ini mengandungi 3 produk yang dicadangkan oleh herbalis HPA berdasarkan konsep ‘sinergi’. Kami tawarkan 2 pakej sebagai pilihan berdasarkan kepada kemampuan anda. Produk-produk tersebut adalah seperti di bawah:



1) Plantisol


ubat kencing manis


Bahan aktif plantisol yang ada dalam ramuan herba ini mempunyai fungsi untuk menurunkan paras glukosa dalam darah (hipoglicemia) serta untuk bertindak bagi merangsang pengeluaran insulin oleh pankreas. Kegunaan Plantisol bagi mereka yang menghadapi kencing manis adalah seperti berikut:-

1. Kencing manis pada tahap awal (gula di dalam darah). Amalkan plantisol 2 kapsul pagi dan 2 kapsul malam sebelum makan. Digalakkan mengambil bersama sekurang-kurangnya 2 gelas teh herba setiap hari.

Amalan Ubat Rebusan Tisol K bersama Plantisol akan mempercepatkan pemulihan penderita kencing manis yang menghadapi masalah kronik. Penderita yang menghadapi kencing manis, ginjal rosak dan darah tinggi juga dicadangkan mengamalkan Malac yang bersifat diuretik.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :

1. Barrintoga Racemosa

2. Pithecellobium Jiringa

3. Tetra Indica

4. Tinospora Crispa

5. Andrographis Paniculata

Dos :
Amalkan 2 kapsul pagi, 2 kapsul tengahari dan 2 kapsul malam.


2) Makan : Spirulina


rawatan buasir

Spirulina (Arthospira) adalah sejenis ganggang biru hijau dan sejak puluhan tahun yang lalu telah dijadikan makanan kesihatan melalui penelitian para ahli dunia. Makanan yang dikonsumi oleh manusia sekarang banyak menyebabkan terkumpulnya toksid dalam badan, sehingga menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, sakit jantung, imuniti turun, fungsi organ menjadi lemah dan lain-lain. Hal ini merupakan masalah besar di negara-negara maju kerana 60% penyebab kematian disebabkan oleh faktor kekurangan zat-zat makanan.

Manfaat Spirulina adalah:

1. Meningkatkan aktiviti anti-virus

2. Menurunkan kadar kolesterol

3. Menurunkan risiko serangan kanser

4. Meningkatkan daya tubuh badan

5. Mengurangkan keracunan pada ginjal

6. Meningkatkan jumlah mikroba lactobacillus yang terdapat di dalam usus

7. Mempercepatkan penyembuhan luka

8. Mengatasi masalah kekurangan zat/mineral

9. Mengurangi penderitaan akibat radiasi.

10. Makanan kesihatan dan pemberi tenaga yang baik untuk penghidap kencing manis

Komposisi (60 Kapsul per botol) :
Spirulina


3) Teh Herba / Teh Tropika

* Teh tropika merupakan alternatif kepada teh herba jika terdapat masalah stok teh herba. Ada kemungkinan anda akan menerima teh tropika, harga sama dan khasiat hampir sama.


Teh herba menggunakan herba pegaga (Hydrocotyle Asiatica). Herba ini yang mempunyai ciri pahit mengandungi antioksidan (sejenis ester gluko peiranosil) yang amat baik dalam merawat luka luar (kulit) dan luka dalam (radang usus dan pendarahan otak).

Teh Herba selain itu mujarab untuk buasir, radang tenggorokan, batuk, radang usus serta mempunyai anti oksidan yang tinggi.





LAGI



Penyakit kencing manis disebabkan kurang berfungsinya kelenjar ludah perut (pankreas). Jadi, bukan karena kerusakan ginjal atau kuman-kuman. Pankreas terletak di belakang lambung, berisi cairan (semacam getah) yang membantu mencernakan makanan. Salah satu cairan yang dihasilkan adalah Insulin. Zat ini dihasilkan oleh Langerhans, kelompok sel yang tersebar seperti pulau di dalam pankreas.
Menurut Paul Lengerhans , penemunya, insulin bertugas mengatur penggunaan karbohidrat/ glukosa dalam tubuh. Ketika pankreas tidak dapat memproduksi insulin yang cukup, maka zat gula (karbohidrat) dari makanan/ minuman manis tidak dapat dimanfaatkan. Kelebihan gula akan larut dalam air seni sehingga disebut penyakit kencing manis. Gula itu dapat pulka larut dalam darah. Saat diperiksa di laboratorium, endapan glukosa ini terlihat, disebut gula darah. Penderita penyakit ini akan selalu kekurangan karbohidrat sehingga selalu merasa lapar dan haus. bila sudah demikian harus segera diperiksa ke dokter untuk mencegah kemungkinan terkena stroke.
Penyakit kencing manis tidak menular, tetapi ada kecendrungan berasal dari keturunan. Pemicu lain makan berlebihan sehingga kegemuikan, terutama bila berumur diatas 40 tahun. Kadar gula darah yang tinggi itu bisa diturunkan dengan mengkonsumsi sambiloto dan pohon pule.
Sambiloto
Semak sambiloto (Andrographis paniculata) tinggi 50 cm. batang dan daunya mengandung saponin, flavonoisa, tanin, androgapholid, kalmegin dan garam kalium. Adapun resep nya adalah :
Daun sambiloto 30 lembar
Daun kumis kucing 20 lembar
kunyit 1 jari tangan
Cara pembuatan :
Kunyit dikupas/ dicuci dan diirisiris. Sambiloto dan kumis kucing dicuci dulu kemudian direbus bersama kunyit dengan air 3 gelas. Rebus hingga tinggal 2 gelas. Aturan minum : Bagi penderita yang gula darahnya 150 mg% -200mg%, minum obat 3 kali sehari sebanyak setengah gelas. Ramuan ini diminum 2 jam sesudah makan. Bagi penderita dengan pemeriksaan 200mg%-400mg%, minum 4 kali sehari sebanyak setengah gelas. Waktu minum 2 jam setelah makan.
Para pengidap diharapkan mengurangi makan nasi atau makanan yang banyak mengandung karbohidrat . Misalnya roti atau makanan yang berbahan baku gandum. Juga hindari minuman dan makanan manis ( banyak gula). Tidak mengkonsumsi makanan yang berlemak terutama daging babi, masakan terlalu masam , atau pedas. Penderita dianjurkan memperbanyak makan sayur, berolahraga ringan, menenangkan pikiran, dan tidak emosionaL.
GULA TURUN
Dari pengalaman dengan mengikuti aturan itu, kandungan gula darah penderita akan turun. Kadar gula 200mg% turun menjadi 130 mg% setelah minum ramuan tersebut selama satu bulan. Setelah ppemeriksaan dikatakan normal, penderita masih diharuskan minum ramuan tersebut setiap hari, satu kali sebanyak setengah gelas. gunaNYA untuk menstabilkan kadar gula darah. Pada bulan ke -3 dan ke 4 , penderita tetap minum 2 kali seminggu untuk menjaga kestabilan gula darah.




LAGI



Friday, June 12, 2009

Penyakit kencing manis, sejarahnya


Penyakit kencing manis diketahui sejak tamaddun purba lagi dan ia direkodkan oleh tamadun Mesir, Hindu, Cina , dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit ini, seperti rasa dahaga yang terlampau dan kencing yang kerap, pernah digambarkan oleh orang Mesir yang dicatat di atas paprus pada tahun 1550 BC. Para pakar perubatan India pula telah membahagikan pesakit kencing manis kepada dua golongan sejak abad ke lima.

Nama lain bagi penyakit kencing manis, diabetes yang memberi erti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia sejak 2,000 tahun dahulu. Perkataan mellitus kemudian ditambah pula oleh Willis untuk menunjukkan terdapat kandungan gula di dalam air kencing. Salah satu dari ujian untuk mengesan pesakit penyakit kencing manis yang terawal adalah dengan mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat sama ada semut menghurungi tempat tersebut atau tidak.

Selain itu, bukti kaitan antara kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis pula dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains iaitu Minkowski dan Von Mering telah membuktikan hubungan antara kelenjar pankreas dengan penyakit kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, yang akhirnya menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.
Walaupun penyakit kencing manis telah agak lama diketahui, pengawalan terhadap penyakit kencing manis yang berkesan bagaimanapun hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best telah menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glukos di dalam darah.


Jangan biarkan 'kencing manis' anda hingga ke tahap
kritikal. Cegah sebelum parah
---> Rawatan kencing manis <---



Wednesday, June 10, 2009

Penyakit kencing manis, bhgn 3

Penjagaan berat badan

Penyakit kencing manis biasanya lebih kerap berlaku pada kalangan mereka yang mempunyai berat badan berlebihan. Juga didapati tindakan insulin agak berkesan dalam orang yang gemuk

Oleh itu, penjagaan berat badan adalah amatlah penting bagi setiap pengidap penyakit kencing manis pada setiap masa. Badan biasanya akan dapat menggunakan gula dalam darah dengan sempurna jika berat badan turun, dan dengan itu akan menyebabkan kadar gula dalam darah juga akan turun

Kalau anda gemuk

Perlu mengurangkan makanan

Terutamanya perlu mengurangkan makanan yang mengandungi terlalu banyak karbohidrat dan lemak

Selalu bersenam

Senaman

Melakukan senaman pada setiap hari bagi penghidap penyakit kencing manis seperti berjalan dan berkebun

Senaman secara teratur adalah sangat baik bagi penyakit kencing manis kerana senaman dapat menambahkan pembakaran gula pada otot-otot dan seterusnya dapat mengurangkan kandungan gula yang ada dalam darah. Selain itu, ini juga akan menyebabkan pengaliran darah juga bertambah baik

Satu perkara perlu diingat ! : Jika anda biasanya kurang aktif dan agak lama sudah tidak bersenam, anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum anda memulakan apa-apa senaman

Mengelakkan jangkitan

Penghidap penyakit kencing manis pada kebiasaanya adalah lebih mudah untuk mendapat jangkitan jika diperbandingkan dengan orang biasa. Maka oleh sebab itu, setiap penghidap perlu memastikan diri sentiasa terjaga melalui langkah-langkah seperti di bawah:

  • Sentias memastikan kebersihan diri terjaga
  • Tiap-tiap hari, pastikan kaki dan jari-jari kaki dicuci dengan menggunakan air, dan sabun, kaki dikeringkan dan bedak disapukan.
  • Mandilah selalu
  • Bedak disapukan pada bahagian kulit yang berpeluh berlebihan
  • Kebersihan gigi perlu dijaga
  • Kecederaan perlu dijauhi
  • Jangan sesekali berjalan tanpa kasut atau selipar
  • Perlu berhati-hati waktu memotong kuku jari dan jari kaki
  • Luka yang ada perlu dibersihkan dan dibalut
  • Semasa bercukur perlu berhati-hati


Penjagaan kaki

Peredaran darah di bahagian kaki adalah amat penting kerana jika ia tidak dapat mengalir dengan sempurna , ini boleh menyebabkan akibat buruk dan terdapat kemungkinan boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan kaki disebabkan oleh jangkitan yang melarat. Tambahan pula tanpa penggunaan ubat kencing manis yang baik. Dengan sebab itu, kaki perlu dijaga dengan baik.

  • Semasa duduk pada jangka masa yang lama, kaki jangan disilangkan
  • Jangan amalkan memakai kasut yang ketat
  • Kaki perlu diurut sentiasa
  • Tiap-tiap hari, berbaringlah dengan meletakkan kaki di paras yang lebih tinggi dari badan anda untuk beberapa minit

Apakah bahaya kalau pesakit tidak dapatkan rawatan kencing manis yang sepatutnya

Penyakit kencing manis boleh melarat hingga mendatangkan akibat buruk seperti :-

  • mengalami buta
  • kegagalan fungsi buah pinggang
  • penyakit jantung dan penyakit lumpuh
  • penyakit darah tinggi
  • penyakit saraf- Boleh mengakibat penghidap kehilangan deria pada bahagian kaki dan tangan. Oleh kerana tidak dapat merasa sakit, panas, maka boleh mencederakan diri sendiri tanpa disedari
  • jangkitan yang boleh menyebabkan Gangrene (tisu-tisu mati). Ini boleh mengakibatkan kehilangan kaki
  • pesakit tidak sedarkan diri. Kalau tidak mendapat rawatan kencing manis dengan serta merta, pesakit berkemungkinan boleh maut

Penghidap penyakit kencing manis boleh mengelakkan akibat buruk di atas jika menjaga diri dengan baik. Mengidap penyakit kencing manis adalah tidak bermakna hidup seperti dipenjarakan. Kalau mengikut langkah dalam rawatan kencing manis dan kawalan penyakit ini, penghidap masih boleh menikmati kehidupan yang penuh serta bahagia. Kawallah penyakti kencing manis demi menikmati kehidupan yang bahagia dan sihat.

Terdapat juga pelbagai ubat kencing manis alternatif selain dari rawatan kencing manis di hospital atau kliknik.


Jangan biarkan 'kencing manis' anda
hingga ke peringkat kritikal

---> Rawatan kencing manis <---


Monday, June 8, 2009

Penyakit kencing manis, bhgn 2

Ubat

Kebanyakan penghidap penyakit kencing manis perlu kepada ubat kencing manis untuk mengawal penyakit ini selain dari mengawal cara pemakanan. Ubat- ubat kencing manis terdiri dari suntikan insulin. Insulin biasanya hanya diberikan melalui suntikan. Ini adalah kerana insulin boleh dimusnahkan dalam perut jika dimakan begitu sahaja.

Pil

Ubat kencing manis dalam bentuk pil dapat membantu badan pesakit untuk menggunakan gula dengan cara yang sempurna dan dengan itu diharapkan ia dapat mengawal penyakit ini.

Samada menggunakan pil atau suntikan insulin adalah bergantung kepada pesakit. Ada penghidap penyakit kencing manis yang memerlukan suntikan insulin dan ada penghidap lain pula yang boleh mengawal penyakit mereka dengan hanya memakan pil.

Biasanya pihak doktor akan menentukan seseorang penghidap penyakit kencing manis memerlukan suntikan insulin atau pil dalam rawatan, setelah menjalankan pemeriksaan terhadap penghidap. Ini kerana kes penyakit kencing manis seseorang penghidap itu mungkin tidak sama dengan kes orang lain dan oleh itu rawatan yang ditetapkan oleh doktor mungkin tidak sama dengan rawatan untuk pesakit lain. Doktor biasanya akan menentukan rawatan mengikut keadaan sesorang penghidap penyakit kencing manis.

Rawatan awal adalah penting.

Rawatan awal adalah amat penting untuk penghidap penyakit kencing manis. Rawatan awal mungin akan dapat:

  • Menyembuhkan tanda-tanda dan gejala penyakit kencing manis
  • Menggelakkan atau mengurangkan kesan buruk yang mungkin berlaku jika penyakit ini melarat
  • Membolehkan seseorang penghidap itu hidup seperti biasa

Ubat

Setiap penghidap penyakit kencing manis perlu mematuhi nasihat doktor mengenai ubat- ubat kencing manis yang perlu diambil.

Seseorang penghidap itu tidak boleh berhenti mengambil ubat walaupun sudah merasa sihat dan berfikir bahawa ubat itu tidak lagi diperlukan. Berhenti dari pengambilan ubat tanpa terlebih dahulu mendapatkan nasihat daripada doktor adalah sangat merbahaya kerana ini mungkin boleh mengakibatkan penyakit kencing manis yang dihidapi melarat disebabkan tidak dikawal dengan sempurna.

Penghidap perlulah pergi ke hospital atau klinik pada masa yang telah ditetapkan untuk pemeriksaan doktor

Pemeriksaan secara berterusan dari masa ke semasa seperti ujian air kencing dan ujian darah adalah sangat penting dalam rawatan kencing manis

Makanan

Pengawalan pemakanan adalah sangat penting dalam rawatan kencing manis

Nasihat doktor perlulah dipatuhi dalam setiap pengambilan pemakanan.

Pengambilan diet harian perlulah bergantung kepada faktor-faktor penting seperti berat badan, umur, pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan dan keadaan penyakit kencing manis. Adalah penting juga untuk memastikan bahawa pengambilan diet harian adalah seimbang iaitu, mempunyai segala bahan yang diperlukan oleh badan bagi menjamin kesihatan dan juga memberi tenaga untuk menjalankan tugas harian.

Jangan biarkan 'kencing manis' anda
hingga ke peringkat kritikal

Saturday, June 6, 2009

Penyakit kencing manis, satu pengenalan

Apakah Penyakit Kencing Manis ?

Penyakit kencing manis sudah lama diketahui oleh manusia. Terdapat beribu-ribu penghidap kencing manis di negara kita ini. Bagaimanapun penyakit ini tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk hidup seperti biasa. Ini kerana semakin hari semakin bertambah pengetahuan mengenai penyakit kencing manis dan pelbagai ubat telah dihasilkan untuk merawat penyakit ini.

Penyakit kencing manis merupakan satu keadaan yang mana di dalam peredaran darah terdapat kadar gula yang berlebihan. Ini adalah kesan disebabkan badan tidak mampu untuk menukar gula kepada tenaga yang secukupnya kerana badan menghadapi masalah kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin. Insulin ini adalah merupakan sejenis hormon, dihasilkan oleh organ yang dinamakan pancreas yang dimana letaknya adalah dibawah perut. Badan kita akan mengeluarkan tenaga dari makanan yang kita makan bagi menjalankan tugas harian. Makanan berkanji dan bergula yang biasanya dipanggil sebagai makanan karbohidrat akan ditukar menjadi bahan gula yang dipanggil glukos di dalam perut dan akan masuk ke dalam saluran darah. Ia kemudiannya akan digunakan oleh badan bagi menghasilkan tenaga. Glukos juga merupakan punca utama yang memberi tenaga kepada badan kita.

Pada keadaan yang biasa, insulin biasanya akan bantu glukos dalam darah untuk masuk ke dalam sel-sel badan bagi ditukarkan kepada tenaga. Bagi mereka yang mengidapi penyakit kencing manis, organ yang sepatutnya menghasilkan insulin iaitu pancreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin secara secukupnya atau insulin yang dihasilkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Ini mengakibatkan glukos tidak dapat untuk masuk ke sel-sel badan. Kadar gula di dalam peredaran darah juga akan menjadi tinggi. Gula berlebihan ini akan dikeluarkan oleh badan melalui air kencing. Inilah antara sebabnya, mengapa penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Sel-sel badan tidak akan menerima bekalan glukos tanpa insulin, walaupun kadarnya adalah amat tinggi di dalam peredaran darah. Hasilnya, badan kita akan kekurangan tenaga.

Siapakah dikatakan sebagai pengidap penyakit kencing manis ?

Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja. Walaubagaimanapun, risiko yang lebih untuk mendapat penyakit kencing manis adalah terdapat pada mereka yang datang dari keluarga ataupun keturunan di mana terdapat antara ahli-ahlinya yang mengidap penyakit kencing manis, umur sudah menigkat (40 tahun ke atas) dan mempunyai berat badan yang berlebihan atau gemuk.

Apakah ubat kencing manis ?

Sebelum tahun 1921, tidak ada ubat-ubatan yang tertentu untuk merawat penyakit kencing manis. Walaubagaimanapun, pada masa sekarang terdapat bermacam jenis ubat-ubatan bagi mengawal penyakit kencing manis dan ini merupakan peluang kepada pengidap penyakit kencing manis untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Rawatan kencing manis adalah melalui kawalan pemakanan.

Makanan yang dimakan memainkan peranan penting untuk mengawal penyakit kencing manis. Biasanya bagi kes-kes yang tidak teruk, penyakit ini dapat diakwal melalui penjagaan makanan sahaja.

Jangan biarkan 'kencing manis' anda
hingga ke peringkat kritikal


lagi



Teh karas ubat kencing manis, darah tinggi


RAZANI menyiram pokok karas yang ditanam di Pusat Penyelidikan Karas, Hutan Simpan Merchang, Marang semalam.


MARANG - Pokok karas yang dikomersialkan untuk mendapatkan gaharu bagi tujuan penghasilan minyak wangi rupa-rupanya mempunyai khasiat lain iaitu sebagai ubat kepada pelbagai jenis penyakit.

Atas keistimewaan itu, Jabatan Perhutanan negeri telah pun membangunkan projek tanaman pokok tersebut di atas tanah seluas 47 hektar di Merchang dekat sini bagi memproses dan mengeluarkan sejenis minuman herba yang dinamakan teh karas.

Menurut Pengarah Perhutanan negeri, Akhirudin Mahmud, bagi menambah khasiat minuman herba yang dikatakan boleh mengubati penyakit kencing manis dan darah tinggi, ramuan minuman itu turut dicampur beberapa herba lain.

Tiada ulasan: