Jual tubuh di Internet
2010/02/17
JAKARTA: Polis semalam mengumumkan penahanan seorang suspek yang didakwa menguruskan perniagaan pornografi di Internet.
“Kami menahan suspek berusia 30 tahun itu tiga hari lalu,” kata jurucakap polis Jakarta, Boy Rafli Ahmad pada sidang akhbar.
Menurutnya, suspek terbabit dalam perniagaan itu sejak setahun lalu menerusi blog dan laman web www.dennymanagement.multipy.com dan www.deliveryjakarta. cc.cc.
Boy berkata, suspek menetapkan harga khidmat pelacur dari lima juta rupiah (RM1,800) hingga 50 juta rupiah (RM18,400).
“Suspek akan didakwa atas tuduhan melanggar undang-undang menyokong pelacuran dan bertindak sebagai bapa ayam,” kata jurucakap itu.
Dia berdepan dengan hukuman penjara maksimum setahun jika didapat bersalah.
|
Menurut Boy, pihaknya berjaya menumpaskan kegiatan suspek selepas mengawasi laman dan blog berkenaan sejak sebulan lalu serta menahan seorang pelacur ketika ia mengunjungi kediaman seorang pelanggan di Jakarta.
Cara yang digunakan suspek ialah mengiklankan wanita menerusi laman itu dan kemudian menghubungi pelanggan. “Bayaran dibuat secara tunai,” katanya. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan