Ahad, 21 Februari 2010

DAUN MAS COTEK


Sejarah

Sejenis tumbuhan meliar dan menumpang pada pokok hutan dan kawasan perbatuan di pergunungan. Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya , Ficus deltiodea dan tergolong dalam keluarga Moraceae merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya dikalangan pengamal perubatan tradisional. Ianya mempunyai khasiat perubatan tersendiri dan dapat merawat pelbagai jenis penyakit . Terbukti herba ini sangat baik untuk penjagaan kesihatan keluarga jika diamalkan meminum air rebusannya.

Nama mas cotek adalah merupakan nama temaptan yang popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Di negeri Sabah dan Sarawak, juga Kepulauan Kalimantan, tumbuhan ini dikenali dengan nama 'sempit-sempit' . Terdapat juga suku kaum di Sabah yang menggelarnya sebagai 'agoluran' . Di Indonesia, tumbuhan ini dipanggil 'tabat barito' dan beberapa nama di darah lain seperti ara jelatih, ara tunggal, api-api telinga gajah dan api-api telinga kera. Di Afrika pula, ianya dikenali sebagai ' Kangkalibang'. Walaupun sedemikian, nama mas cotek adalah merupakan nama yang paling popular dan lebih dikenali jika berbanding dengan nama-nama tempatan yang lain.

Bintik-bintik halus berwarna emas (kuning) pada daun mas cotek

Nama mas cotek diberi disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna emas(kuning) yang terdapat pada permukaan atas setiap helain daun tumbuhan ini.

Di Malaysia, para saintis telah mengenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesis tumbuhan tergolong di dalam keluarga Ficus deltioidea

Secara tradisi, nama tempatan serta pengkelasan jenis mas cotek dilakukan mengikut spesis seperti delima sudip, serapat angin, telinga gajah, telinga kera, telinga beruk dan sebagainya. Di Malaysia, spesis serapat angin banyak terdapat di bahagian Pantai Timur Semenanjung terutamanya di Terengganu, speisis telinga beruk dan telinga gajah pula banyak dijumpai di Kelantan. Jenis Delima sudip boleh diperolehi di kawasan Tengah dan Selatan Semenanjung, manakala telinga kera banyak terdapat di bahagian Utara Semenanjung.

Menurut pengamal perubatan tradisonalm mas cotek boleh diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu
            • Mas cotek jantan
            • Mas cotek betina

Perbezaan paling ketara yang dapat dilihat antara spesis mas cotek jantan dan spesis mas cotek betina adalah dari segi rupa bentuk daunnya. Jenis yang berdaun kecil, tirus, nipis dan ringan lebih dikenali sebagai pokok mas cotek jantan. Bahagian belakang daun mas cotek jantan terdapat bintik merah. Pada kebiasaannya, daun-daun ini mempunyai satu titik merah, tetapi terdapat juga daun yang mempunyai dua atau tiga bintik merah.







Bagi mas cotek jenis betina pula, rupa bentuk daunnya adalah lebih besar dan kebanyakan daunnya berbentuk bujur dan bulat serta lebih tebal jika dibanding spesis jantan. Sama seperti daun jantan, daun betina juga mempunyai bintik pada bahagian belakang daunnya tetapi warna bintiknya hitam. Selain itu, urat daun betina kelihatan lebih jelas di bahagian permukaan atas daun jika dibandingkan dengan daun jantan. Urat daun mas cotek betina menyerupai daun mas cotek jantan.


Mengikut konsep 'Doctrice of signature' , bentuk, warna, rasa dan bau pada setiap bahagian tumbuhan mas cotek menggambarkan kegunaan herba itu untuk rawatan penyakit.

Emas Cotek digelar penawar segala penyakit wanita. Ia amat terkenal dikalangan wanita yang bakal mendirikan rumahtangga atau wanita selepas bersalin. Tanaman herba ini tumbuh subur dikawasan bukit dan pergunungan. Malah ada spesies Mas Cotek yang dijumpai di kawasan pantai dengan struktur daun lebih nipis berbanding spesies bukit dan pergunungan. Herba ini merupakan tumbuhan yang hidup meliar.

Rahsia Mas Cotek

Emas Cotek merupakan pusaka asli wanita dalam warisan perubatan Melayu. Ia diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Disamping itu, dipercayai rebusan daun Emas Cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan menghindari pengamal dari sakit kepala (migraine) ,angin ahmar, juga berkesan untuk menyembuh dan membetulkan kerosakan urat saraf .

Selain dicampur dengan daun jantan dan betina pelbagai jenis adalah lebih berkesan jika dapat dicampurkan dengan bahagian batang, buah dan akarnya yang dikeringkan. Air rebusan daun, batang, akar, dan buah Emas Cotek terbukti dapat menyembuhkan penyakit paru-paru berair (pneumonia), sakit pinggang, mengurangkan keletihan, dan yang paling utama ialah ia mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri. Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketegangan alat kelamin. Daun Emas Cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar.

Ia juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Apabila diperlukan, rebus daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga.

Khasiat Mas Cotek ini adalah :

-membetulkan kerosakkan urat saraf
-mengetatkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim bg wanita selepas bersalin
-meningkatkan keinginan hubungan suami isteri
-membantu mengawal tekanan darah tinggi
-merawat penyakit paru-paru berair
-mampu merawat migrain, resdung, diabetes, gout, batu karang, tekanan darah tinggi/rendah
-kandungan flavonoid yang tinggi untuk mengekalkan keayuan dan awet muda
-mengurangkan tahap kolestrol dalam darah
-mengurangkan keletihan dan kelesuan badan
-membantu masalah keputihan
-melancarkan peredaran haid

Spesis Mas Cotek / Ficus Deltiodea Species

Pokok Mas Cotek mempunyai kepelbagaian jenis spesies yang biasanya dapat dibezakan melalui bentuk daun, saiz daun, ketebalan daun, warna buah dan habitatnya.

Berikut merupakan spesis mas cotek yang terdapat di Taman Herba, Edaran Herbatani Sdn. Bhd. Pasir Puteh, Kelantan :



















Mas Cotek Telinga Beruk


Mas Cotek Telinga Gajah


Mas Cotek Telinga Kera


Mas Cotek Delima Sudip


Mas Cotek Serapat Angin


Mas Cotek - daun berbentuk hati







LAGI







Teh Mas Cotek DELTO dihasilkan daripada adunan 7 spesis herba Mas Cotek jantan dan betina sepenuhnya tanpa ada sebarang campuran bahan perasa, pengawet, bahan lengai, bahan kimia atau bahan yang boleh memudaratkan. Setiap uncang Teh Mas Cotek DELTO dibungkus di dalam foil aluminium bagi mengekalkan keaslian dan kesegarannya.

Secara tradisional, dipercayai dengan mengamalkan minuman teh Mas Cotek Delto mampu membantu merawat:
  • Kencing Manis
    Kaedah pengamalan minuman Teh Mas Cotek DELTO bagi pesakit KENCING MANIS:

    Bagi individu yang mempunyai bacaan 15 dan ke bawah, adalah disarankan supaya meminum Teh Mas Cotek DELTO 3 cawan sehari selepas makan, iaitu selepas sarapan, makan tengah hari, dan makan malam. Kaedah penyediaan teh tersebut adalah dengan merendamkan 1 secet Teh Mas Cotek DELTO (2 g) dengan 1.5 liter air panas di dalam termos.

    Bagi individu yang mempunyai bacaan 15 ke atas (serius), adalah disarankan supaya meminum Teh Mas Cotek DELTO 4 -5 cawan setiap hari. Teh ini perlu disediakan dengan lebih pekat. Kaedah penyediaan teh tersebut adalah dengan merendamkan 1 secet Teh Mas Cotek DELTO (2 g) dengan 1.0 liter atau 1.2 liter air panas di dalam termos. Kaedah ini perlu diamalkan sehingga bacaan menurun ke tahap normal. Kemudian individu tersebut boleh mengamalkan kaedah peminuman seperti di atas iaitu seperti bagi individu yang mempunyai bacaan 15 dan ke bawah. Ingin diingatkan bahawa, pil serta ubat doktor perlu diteruskan sepertimana yang disarankan oleh doktor. Sebarang pengurangan dos pil serta ubat perlu hanya boleh dilakukan setelah mendapat khidmat nasihat doktor terlebih dahulu.

    Pada kebiasaannya, selepas 4 jam meminum Teh Mas Cotek DELTO bacaan kencing manis akan menurun sekiranya makanan berat tidak diambil.

    Teknik ini adalah merupakan teknik rawatan tradisional secara dalaman. Maka, bagi individu serta pesakit kencing manis yang mempunyai kecederaan luaran atau fizikal adalah disarankan supaya menggunakan Minyak Mas Cotek DELTO.

    Bagi memastikan bacaan sentiasa stabil, adalah dinasihatkan agar pesakit mengurangkan pengambilan gula dan lebihkan meminum air serta memakan buah-buahan.

    KELEBIHAN TEH MAS COTEK DELTO:

    Sekiranya individu yang menghidap kencing manis terasa teringin memakan makanan yang pantang bagi penyakit ini, pesakit tersebut boleh memakannya dengan syarat dimakan dengan kuantiti yang berpatutan dan seterusnya diikuti dengan meminum Teh Mas Cotek DELTO.
  • Tekanan Darah Tinggi
    Kaedah pengamalan minuman Teh Mas Cotek DELTO bagi pesakit DARAH TINGGI:

    Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120/80 mmhg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan keatas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

    Pada kebiasaannya tekanan darah tinggi akan meningkat setiap kali pengambilan makanan berat.

    Bagi pesakit darah tinggi adalah disarankan untuk meminum Teh Mas Cotek DELTO 3 cawan sehari selepas makan, iaitu selepas sarapan, makan tengah hari, dan makan malam. Kaedah penyediaan teh tersebut adalah dengan merendamkan 1 secet Teh Mas Cotek DELTO (2 g) dengan 1.5 liter air panas di dalam termos.

    Bagi pesakit yang mempunyai bacaan tekanan darah tinggi yang tinggi serta dianggap kronik, bacaan tekanan akan menurun selepas 15 minit atau 30 minit meminumTeh Mas Cotek DELTO bergantung kepada aliran darah seseorang.

    Terdapat juga sesetengah pesakit yang mempunyai bacaan atas (sistolik) yang terlampau tinggi dan bacaan bawah (diastolik) yang sangat rendah di bawah paras normal (rendah). Ini berpunca daripada tekanan darah yang tidak seimbang. Maka, dengan mengamalkan minuman Teh Mas Cotek DELTO setiap hari maslah ini dapat diatasi. Bagi mempercepatkan keseimbangan adalah dinasihatkan supaya meminum 1 cawan Teh Mas Cotek DELTO dan 1 biji pil Kapsul Buah Mas Cotek DELTO.

    Amalan meminum Teh Mas Cotek perlu diteruskan sehingga bacaan tekanan darah menjadi normal dan adalah sebaik-baiknya ia dijadikan minuman harian, tetapi dengan kadar penyediaan yang berberza iaitu dengan merendamkan 1 secet Teh Mas Cotek DELTO (2 g) dengan 2.0 liter air panas di dalam termos.

    Ingin diingatkan bahawa, pil serta ubat doktor perlu diteruskan sepertimana yang disarankan oleh doktor. Sebanrang pengurangan dos pil serta ubat perlu hanya boleh dilakukan setelah mendapat khidmat nasihat doktor terlebih dahulu.
  • Gout
    Kaedah pengamalan minuman Teh Mas Cotek DELTO bagi pesakit GOUT:

    Pada peringkat permulaan pengamalan Teh Mas Cotek DELTO, dinasihatkan pengguna supaya mengikut kadar minuman seperti mana yang disyorkan iaitu:
    Pada minggu pertama: 3 cawan sehari selepas mengambil makanan berat (sarapan, makan tengah hari dan makan malam). Kaedah penyediaan teh tersebut adalah dengan merendamkan 1 secet Teh Mas Cotek DELTO (2 g) dengan 1.5 liter air panas di dalam termos.
    Pada minggu kedua: 4 - 5 cawan sehari atau 3 cawan sehari dengan kepekatan teh yang lebih pekat iaitu dengan merendamkan 1 secet Teh Mas Cotek DELTO (2 g) dengan 1.0 liter atau 1.2 liter air panas di dalam termos.
    Pada minggu ketiga: pengguna boleh memilih sama ada hendak meminum seperti mana pada minggu pertama atau minggu kedua.

    KELEBIHAN TEH MAS COTEK DELTO: Selepas mengamalkan minuman Teh Mas Cotek DELTO selama tiga minggu berturut-turut, pesakit gaut boleh mencuba sedikit memakan makanan yang dianggap pantang bagi gaut seperti sotong, udang dan sebagainya dengan syarat selepas makan perlu dipastikan diiringi dengan meminum Teh Mas Cotek DELTO.
  • Lelah / Asma
    Kaedah pengamalan minuman Teh Mas Cotek DELTO bagi pesakit LEHAH / ASMA:

    Bagi pesakit asma atau lelah adalah disarankan supaya meminum Teh Mas Cotek DELTO 3 cawan sehari selepas makan, iaitu selepas sarapan, makan tengah hari, dan makan malam. Kaedah penyediaan teh ini berbeza sedikit dengan penyakit yang lain. Cara penyediaan teh ini adalah dengan merendamkan 1 secet Teh Mas Cotek DELTO (2 g) serta 2 - 3 inci kulit kayu manis ke dalam 1.5 liter air panas di dalam termos.

    Ingin diingatkan, jangan serta elakan meminum Teh Mas Cotek DELTO semasa keadaan sakit. Minum selepas reda kesakitan.
  • Gastrik
    Kaedah pengamalan minuman Teh Mas Cotek DELTO bagi pesakit GASTRIK:

    Teh Mas Cotek DELTO perlu diminum 1 cawan sebelum memakan sarapan pagi dan 1 cawan sebelum tidur. Ia perlu diamalkan dua minggu berturut-turut. Pesakit akan dapat merasai perubahan selepas dua minggu pengamalan Teh Mas Cotek DELTO.

    Cara penyediaan teh adalah dengan merendamkan 1 secet Teh Mas Cotek DELTO (2 g) ke dalam 1.5 liter air panas di dalam termos.
  • Migrain
    Kaedah pengamalan minuman Teh Mas Cotek DELTO bagi pesakit MIGRAIN:

    Bagi pesakit migrain yang baru mencuba mengamalkan meminum Teh Mas Cotek DELTO, satu tindak balas akan dirasai oleh pesakit iaitu kesakitan yang lebih selama jangka masa tertentu, mungkin 2 jam atau 2 hari. Walaupun begitu, dinasihatkan kepada pengguna supaya terus meminum Teh Mas Cotek DELTO ini.

    Oleh yang demikian, pada peringkat permulaan pengamalan Teh Mas Cotek DELTO pengguna perlu meminum teh yang lebih cair sebelum mengikut kadar normal. Ini bertujuan bagi mengelakan sebarang kejutan apabila berhadapan dengan tindak balas. Bagi satu minggu pertama, pengguna perlu menyediakan teh dengan merendamkan 1 secet Teh Mas Cotek DELTO (2 g) ke dalam 2.0 liter air panas di dalam termos. Bagi minggu-minggu seterusnya, pengguna boleh mengamalkan teh dengan merendamkan 1 secet Teh Mas Cotek DELTO (2 g) ke dalam 1.5 liter air panas di dalam termos. Teh ini perlu diminum 3 cawan sehari selepas makan.
  • Diet
    Kaedah pengamalan minuman Teh Mas Cotek DELTO bagi DIET:

    Teh Mas Cotek DELTO mampu mengurangkan berat badan seseorang individu sekiranya berat badannya melebihi berat yang sepatutnya, juga menambah berat badan seseorang sekira beratnya kurang daripada sepatutnya. Ini adalah disebabkan oleh kelebihan kandungan Chemical di dalam Mas Cotek yang berkebolehan mengimbangkan berat badan.

    Minuman Teh Mas Cotek DELTO perlu diamalkan 3 cawan sehari selepas makan, iaitu selepas sarapan, makan tengah hari, dan makan malam. Kaedah penyediaan teh ini adalah dengan merendamkan 1 secet Teh Mas Cotek DELTO (2 g) ke dalam 1.5 liter air panas di dalam termos.

    Minuman 1 cawan teh pada waktu malam perlu diiring dengan pengambilan 1 biji pil kapsul Daun Mas Cotek DELTO atau 1 biji pil kapsul Buah Mas Cotek DELTO.

    Bagi waktu pagi adalah disarankan supaya meminum 1 cawan Teh Mas Cotek DELTO dan pengambilan 1 biji pil kapsul Daun Mas Cotek DELTO atau 1 biji pil kapsul Buah Mas Cotek DELTO. Kemudian, digalakkan supaya individu tersebut supaya memakai pakaian track sut dan membuat aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh seperti bersenam, jogging atau kerja. Dengan mengamalkan teknik sedemikian, masalah berat badan dapat diatasi. Teknik ini cukup berkesan serta perubahan dapat dilihat seminggu selepas amalan.
  • Stroke
    Kaedah pengamalan minuman Teh Mas Cotek DELTO bagi pesakit STROKE:

    Bagi pesakit strok, rawatan perlu dibuat bagi kedua-dua bahagian dalaman dan luaran.

    Bagi bahagian dalaman, pesakit perlu mengamalkan pengambilan Teh Mas Cotek DELTO 3 cawan sehari dan 1 biji pil kapsul Buah Mas Cotek DELTO sehari.

    Bagi bahagian luaran, Minyak Mas Cotek DELTO disapukan pada bahagain anggota yang sakit.

    Ia perlu diamalkan selama 4 - 6 bulan.
  • Batu Karang
    Kaedah pengamalan minuman Teh Mas Cotek DELTO rawatan BATU KARANG:

    Daripada pengakuan pengguna yang mengalami penyakit batu karang, saiz batu karang masih kecil boleh dipecahkan dengan pengambilan Teh Mas Cotek DELTO dan ia akan keluar di dalam bentuk hablur melalui air kencing.

    Minuman Teh Mas Cotek DELTO perlu diamalkan 3 cawan sehari selepas makan, iaitu selepas sarapan, makan tengah hari, dan makan malam. Kaedah penyediaan teh ini adalah dengan merendamkan 1 secet Teh Mas Cotek DELTO (2 g) ke dalam 1.5 liter air panas di dalam termos.
  • Menapous
  • Paru-paru Berair





LAGI






PANDUAN MENANAM EMAS COTEK

PENGENALAN

Emas Cotek (Ficus Deltoidea) dikenali juga sebagai serapat, sempit-sempit dan agoluran (Sabah) dalam keluarga Moraceae. Sejenis tumbuhan ubatan yang popular dan banyak digunakan oleh pengamal perubatan termasuk penduduk di Sabah, Sarawak dan Kalimantan.

Tumbuhan ini sejenis tanaman epifit dan hidup menumpang pada tumbuhan lain yang lebih besar untuk mendapatkan cahaya matahari dan biasanya terdapat di celah-celah pokok atau batu besar. Banyak di dapati tumbuh secara liar di hutan dan belukar di tepi laut atau di pergunungan.

CIRI-CIRI MORFOLOGI

Tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian sehingga 2-3 m tinggi tanpa pemangkasan. Bentuk daun berbeza mengikut varieti samada bulat, bujur telur atau lonjong. Permukaan atas daun berwarna hijau berkilat dengan bintik berwarna emas.

Permukaan bawah pula berwarna kuning keemasan dengan tompok-tompok hitam antara urat daun utama yang bercabang. Pangkal dan hujung daun kebiasaannya membulat. Bunga terbentuk di bahagian ketiak tangkai daun samada berpasangan atau tunggal. Bunganya berwarna hijau muda bertukar menjadi kuning dan merah apabila matang. Daun Emas Cotek jantan mempunyai daun yang kecil dan tirus.

KEPERLUAN IKLIM DAN TANAH

Tumbuhan ini sesuai ditanam di tanah bertekstur ringan dan mempunyai saliran yang baik dan tidak mudah ditenggelami air seperti tanah bris. Kadar taburan hujan bulanan yang optimum dalam lingkungan 180-200 cm.

PENYEDIAAN BAHAN TANAMAN

Tanaman Emas Cotek boleh dibiakkan melalui biji benih atau keratan bahagian ranting dan berpucuk muda.

Penggunaan keratan ranting (pucuk muda) adalah lebih mudah dan cepat pertumbuhannya selain dari boleh memastikan ketulenan baka. Keratan ranting muda sedia untuk ditanam di ladang selepas 7-8 minggu di petak
semaian, manakala bahan tanaman dari biji benih memerlukan 12 – 14 minggu selepas penyemaian.

PENANAMAN DI LADANG

Saiz batas yang disyorkan adalah 1.5 m lebar dan tinggi 0.5 m. Manakala jarak antara pokok dalam baris adalah 1.2 m dan berukuran 2 m antara batas. Ini akan menghasilkan kepadatan tanaman sebanyak 4,200 pokok sehektar. Tandan kelapa sawit reput hendaklah diberi pada kadar 5-7 kg sepokok dengan menggaulkannya sedalam 30 cm dari permukaan tanah bagi meningkatkan lembapan di kawasan pertumbuhan dan mengurangkan larut resap nutrien. Ia sesuai digunakan bagi tanah yang mengandungi pasir lebih dari 90 %.

PEMBAJAAN

Bagi tanah berpasir, dua jenis baja disyorkan iaitu baja najis ayam sebagai baja asas sebelum menanam dan diberi setiap 6 bulan pada kadar 10 tan/ha. Manakala baja secara tak organik atau separa organik seperti NPK ( 10:10:10 ) dengan kadar 2 tan/ha diberi setiap 6 bulan.

KAWALAN RUMPAI

Sungkupan menggunakan plastik dapat mengawal rumpai selain dari boleh memastikan lembapan batas sentiasa
terjaga.

PENGURUSAN MUSUH DAN PENYAKIT

Tanaman ini sensitif terhadap serangan nematod ( puru akar ). Keadaan ini akan menyebabkan pertumbuhan pokok
terbantut dan mati. Sehubungan dengan itu pasir untuk medium penyemaian hendaklah dari lapisan bawah (melebihi 60 cm dari permukaan tanah ) kerana ia bebas dari cacing nematod. Penggunaan bahan gambut sebagai bahan tanaman di dalam pasu atau bekas tanaman juga dapat mengelakkan jangkitan cacing nematod.

HASIL

Secara tradisi penuaian Emas Cotek adalah dengan mencabut keseluruhan pokok. Setiap satu perdu boleh mencapai kira-kira 20 kg basah termasuk akar, buah dan batang untuk ramuan ubat-ubatan. Penuaian juga boleh dilakukan dengan memotong rendah pada tahap ketinggian 30 cm dari aras tanah dan ia boleh dituai setiap 4-5 bulan sekali.

PENGENDALIAN LEPAS TUAI

Emas Cotek dikeringkan terlebih dahulu sebelum dipasar atau diproses dijadikan ubat-ubatan. Bahan basah Emas
Cotek dipercayai mengandungi getah menyebabkan keracunan jika diambil secara segar.

Biasanya ia dijemur 4-5 hari di bawah pancaran matahari sebelum diproses dan disimpan di tempat kering hingga beberapa bulan.

Anggaran kos pengeluaran bagi sehektar tanaman Emas Cotek adalah dalam lingkungan Rm 28,000 termasuklah kos
tenaga buruh dan bahan input. Kos pengeluaran bagi sekilogram daun kering adalah dalam lingkungan RM 23.00 – RM 28.00 / kg.

Wednesday, January 21, 2009

Mas Cotek - daun berbentuk hati




LAGI







Pokok Emas Cotek

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar
Pokok Emas Cotek
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Rosales
Famili: [[]]
Genus: Ficus
Spesies: F. deltoidea

Pokok Emas Cotek ataupun Mas Cotek merupakan sejenis pokok herba yang digunakan dalam bidang perubatan Melayu. Dalam perubatan Melayu pokok mas cotek ini dibahagikan kepada mas cotek jantan (berdaun kecil) dan betina (berdaun besar) .

Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus deltoidea merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya di kalangan pengamal perubatan tradisional. Selain Tongkat Ali dan Kacip Fatimah, Mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan.

Nama Mas cotek adalah merupakan nama tempatan yang popular di pantai timur Semenanjung Malaysia. Di negeri Sabah dan Sarawak, juga Kepulauan Kalimantan, tumbuhan ini dikenali dengan nama ‘sempit-sempit’. Terdapat juga suku kaum di Sabah yang menggelarnya sebagai ‘agoluran’. Di Indonesia, tumbuhan ini dipanggil ‘tabat barito’ dan beberapa nama di daerah lain seperti ara jelatih, ara tunggal, api-api telinga gajah dan api-api telinga kera. Di Afrika pula, ia dikenali sebagai ‘Kangkalibang’. Walaupun sedemikian, nama Mas cotek adalah merupakan nama yang paling popular dan dikenali jika dibandingkan dengan nama-nama tempatan yang lain.

Nama Mas cotek diberi disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna emas yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun tumbuhan ini. Di Malaysia, para saintis telah mengenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesis tumbuhan tergolong di dalam keluarga Ficus deltoidea. Tumbuhan yang dikenali sebagai ara juga merupakan salah satu spesis keluarga Ficus deltoidea. Ficus deltoidea Jack atau Mistleteo fig adalah di antara spesis yang diklasifikasikan secara saintifik dan ia tergolong dalam keluarga Moraceae.

Isi kandungan

[sorok]

Khasiat

Tumbuhan herba ini mampu merawat dan mengekalkan tahap kesihatan, termasuk meningkatkan tenaga, membaiki peredaran darah, mengecutkan rahim dan merawat paru–paru berair, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung serta cirit – birit.

Kajian

Air Emas Cotek yang telah dibotolkan.
Air Emas Cotek yang telah dibotolkan.

Kajian yang pernah dibuat oleh Universiti Malaya (UM) serta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) tumbuhan ini mengandungi empat bahan aktif yang diperlukan badan manusia iaitu:

  1. Flavonoid
    • Anti-oksida yang kuat bagi membantu mengekalan peredaran darah yang sihat
    • Bertindak sebagai anti-radang dan anti-rival
  2. Tannis
    • Menegangkan tisu yang kendur, mengeringkan perembesan air yang berlebihan (ciri-birit) dan melindungi tisu rosak seperti ekzema atau melecur
  3. Triterpenoids
    • Membantu membuang serta mengeluarkan kahak dan membantu menyerap nutrient
  4. Phenols
    • Membantu mengurangkan serta menghilangkan bengkak dan bertindak sebagai antiseptik

Penyediaan herba

Hampir keseluruhan komponen pokok Mas Cotek daripada akar, batang, daun dan buah mengandungi khasiat perubatan yang tinggi. Jadi kesemua komponen bolehlah dikeringkan dan dijadikan / diamalkan dalam bentuk minuman teh herba.





LAGI




Mas cotek / Ficus deltoidea Mistletoe fig (Moraceae)



PENGENALAN

Mas cotek atau nama saintifiknya, Ficus deltoidea ” dari famili moraceae ” adalah sejenis tumbuhan meliar yang menumpang di atas pokok lain (epifit). Biasanya hidup di kawasan perbatuan dan pergunungan. Merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya dikalangan pengamal perubatan tradisional. Terdiri dari jenis jantan dan betina dengan pelbagai bentuk daun mengikut habitat asalnya. Selain Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) dan Kacip Fatimah (Labisia pumila), mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan. Selain dicampur antara daun jantan dan betina dari pelbagai jenis, bahagian batang, buah dan akarnya yang dikeringkan, juga berkesan untuk perawatan berbagai penyakit.

Mas cotek dikenali juga dengan berbagai nama seperti sempit-sempit dan agoluran bagi penduduk Sabah, Serawak dan kepulauan Kalimantan, tabat barito, bagi masyarakat Indonesia, dan beberapa nama lain seperti ara jelatih, ara tunggal, api-api telinga gajah dan api-api telinga kera bagi masyarakat di beberapa daerah lain. Di Afrika, ia dikenali sebagai ‘Kangkalibang’. Sementara di beberapa daerah lain ia juga dipanggil sebagai emas cotek, pokok barito, pokok raja ubat dan secotek emas. Dalam bidang botani dinamakan sebagai Ficus deltoidea

Nama mas cotek diberi atas sebab terdapatnya bintik-bintik halus berwarna emas pada permukaan atas setiap helaian daunnya. Malah pada buahnya terdapat titik yang berwarna merah muda. Di Malaysia, telah dikenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesis yang tergolong di dalam keluarga Ficus deltoidea. Tumbuhan yang dikenali sebagai ara juga merupakan salah satu spesis keluarga Ficus deltoidea. Ficus deltoidea Jack atau Mistleteo fig adalah diantara spesis yang diklasifikasikan secara saintifik dan ianya tergolong dalam keluarga Moraceae. Walaupun begitu emas cotek bukanlah parasit. Benihnya dipercayai disebarkan oleh burung yang memakan buahnya.

Klasifikasi Mas cotek (Ficus Deltoidea)

Division

Magnoliophyta

Class

Magnoliopsida

Order

Rosales

Family

Moraceae

Genus

Ficus

Species

Ficus detoidea

Jenis Tanaman :

Mas cotek adalah sejenis tumbuhan meliar yang menumpang diatas pokok lain (epifit) dan biasa juga hidup kawasan perbatuan di pergunungan. Sebenarnya terdapat lebih dari 80 jenis mas cotek, antaranya mascotek kelitik kering, delima sudu, payudara kecil, telinga beruk, telinga kera, raja mas cotek, pitis sekeleng kecil dan lain-lain lagi. Ia dibezakan melalui bentuk daun, bentuk urat daunnya dan lain-lain lagi. Setiap jenisnya mempunyai peranan masing-masing dalam menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kerana antara kandungan yang terdapat dalam mas cotek ialah Naringin yang tergolong dalam flavonoid dan bersifat antioksida.

Daun :

Daun mas cotek berbentuk lebar dan permukaannya licin berkilat. Tepi daun berombak dan garisan halus berwarna jingga. Dipermukaan atas daun, berwarna hijau muda. Manakala bahagian bawah daun pula hijau kejinggaan.

Batang :

Batangnya tumbuh menegak ke atas, bulat, licin, berwarna kelabu dan agak rapuh.

Buah :

Buahnya kelihatan bersegi dan menarik. Berbentuk hampir bulat dan bewarna hijau muda. Dihujung buah mas cotek terdapat tanda merah muda. Tunas batang pada buahnya pendek dan tumbuh jarang-jarang antara satu sama lain

Pengkelasan mas cotek

Secara tradisi, nama tempatan serta pengkelasan jenis mas cotek dilakukan mengikut spesis seperti delima sudip, serapat angin, telinga gajah, telinga kera, telinga beruk dan sebagainya. Di Malaysia, spesis serapat angin banyak terdapat di bahagian pantai timur Semenanjung terutamanya di negeri Terengganu. Spesis telinga beruk dan telinga gajah pula, banyak terdapat di negeri Kelantan. Delima sudip boleh diperolehi di kawasan tengah dan selatan semenanjung, manakala telinga kera banyak terdapat di bahagian utara Semenanjung.

Secara tradisinya mas cotek boleh diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu:

a) Mas cotek jantan

b) Mas cotek betina

Perbezaan paling ketara yang dapat dilihat diantara spesis mas cotek jantan dan spesis mas cotek betina adalah dari segi rupa bentuk daunnya. Jenis yang berdaun kecil, tirus, nipis dan ringan lebih dikenali sebagai pokok mas cotek jantan. Bahagian belakang daun mas cotek jantan juga terdapat bintik berwarna merah. Pada kebiasaannya, daun-daun ini mempunyai satu bintik merah, namun terdapat juga daun yang mempunyai dua dan tiga bintik merah.

Bagi mas cotek jenis betina pula, rupa bentuk daunnya adalah lebih besar dan kebanyakan daunnya berbentuk bujur dan bulat serta lebih tebal jika dibandingkan dengan spesis jantan. Sama seperti daun jantan, daun betina juga mempunyai bintik pada bahagian belakang daunnya. Warna bintik pada daun betina bukannya berwarna merah, akan tetapi ianya berwarna hitam. Selain itu, urat daun betina kelihatan lebih jelas di bahagian permukaan atas daun jika dibandingkan dengan daun jantan.

Mengikut konsep ‘Doctrine of signature’, bentuk, warna, rasa dan bau pada setiap bahagian tumbuhan mas cotek menggambarkan kegunan herba itu untuk rawatan penyakit. Secara tradisi, daun mas cotek digunakan oleh golongan wanita selepas bersalin untuk mengecutkan rahim, memperbaiki peredaran darah, mengembalikan tenaga, merawat masalah berkaitan peredaran darah, dan dijadikan sebagai minuman herba untuk kesihatan serta kecantikan.

Bagi pengamal perubatan tradisional, mas cotek juga berupaya mencegah dan menyembuh beberapa jenis penyakit sekiranya diamalkan dengan betul seperti penyakit paru-paru berair, kencing manis, lemah jantung, darah tinggi dan cirit-birit. Dalam hal ini, kebanyakan pengamal perubatan tradisional mensyorkan mas cotek diamalkan sebagai minuman teh herba.














Tiada ulasan: