Selasa, 9 Februari 2010

SAMAN MENYAMAN DAH JADI PERKARA BIASA

Aib dituduh gila seks, Datuk saman bekas isteri



MUHAMAD MUSTAFFA dakwa diaibkan oleh seorang daripada bekas isterinya.

IPOH: Bekas suami penyanyi, Noraniza Idris, Datuk Muhamad Mustaffa Idrus, 54, akan memfailkan saman fitnah terhadap seorang lagi bekas isterinya, Mastura Bakar, 24, bertujuan membersihkan namanya kerana dituduh gila seks, memukul, meliwat dan cuba melanggarnya ketika perbicaraan permohonan fasakh.

Dakwanya, tuduhan palsu itu mengaibkan beliau sehingga rakan perniagaan dan politik sangat terkejut serta cuba mendapatkan kepastian sama ada semua itu benar atau sebaliknya.

“Saya berkahwin empat pada satu ketika dan sudah tujuh kali berkahwin dan bercerai termasuk dengan Noraniza.


“Tapi, semua isteri atau bekas isteri saya tak menuduh saya memukul mereka dan tidak ada satu pun laporan polis terhadap saya kerana memukul orang lain, apatah lagi isteri sendiri,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Hujung bulan lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur membenarkan permohonan cerai fasakh Mastura yang dalam permohonannya memaklumkan bahawa beliau kecewa dengan sikap suaminya yang panas baran, mengabaikan keluarga dan tidak memberi nafkah sejak 2008, selain gemar bertukar teman wanita walaupun sudah berkahwin.

Muhamad Mustaffa berkata, rakannya, Sayuti Yahya memperkenalkan Mastura kepadanya pada 2005 dan selepas seminggu berkenalan mereka mendirikan rumah tangga dengan persetujuan ibu bapa Mastura.

Dakwanya, beliau mengalami sakit tulang belakang, iaitu cakera terinjak dan mendapat rawatan di hospital swasta sejak 2004 dan pernah mendapat rawatan sakit jantung pada 2007

Tiada ulasan: