Rabu, 10 Februari 2010

INI MENUNJUKKAN KEKUASAAN ALLAH SWT....BERFIKIRLAH

Hidup sebulan bawah runtuhan



2010/02/10

PORT-AU-PRINCE (Haiti): Seorang lelaki yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan akibat gempa bumi hampir sebulan yang lalu ditemui hidup, semalam.

MUNCIE dibantu untuk duduk ketika dirawat di hospital Universiti Miami, semalam.
MUNCIE dibantu untuk duduk ketika dirawat di hospital Universiti Miami, semalam.
Evan Muncie, 28, diselamatkan daripada kawasan pasar di Port-au-Prince.


Keluarganya mendakwa Muncie yang menjual beras di pasar itu hilang sejak gempa bumi melanda Haiti 12 Januari lalu.


Beliau dikejarkan ke hospital sementara Universiti Miami oleh mereka yang menemuinya.


Namun, tiada pihak dapat mengesahkan berapa lama Muncie tertimbus di bawah runtuhan. Hingga kini tidak diketahui siapa yang menemuinya.


Stesen televisyen CNN melaporkan, Muncie kelihatan kebingungan dan tidak pasti apa yang berlaku ketika tertimbus di bawah runtuhan.

Beliau didakwa memaklumkan kepada doktor mengenai seorang lelaki memakai kot putih yang membawa air kepadanya.


Ada ketikanya beliau berasa masih berada di bawah runtuhan.


“Beliau mungkin waras pada peringkat permulaan dan berjaya menemui sumber makanan atau minuman yang membantunya untuk terus hidup.


“Muncie perlu memiliki sumber air untuk terus hidup.


“Namun, dengan sumber air itupun keadaannya amat teruk kerana beliau tidak memperoleh makanan untuk tempoh yang terlalu lama.


“Kedua-dua kakinya juga luka dan bernanah,” kata Dr Mike Connelly.


Dr Dushyantha Jayaweera dari hospital Universiti Miami berkata, tidak mustahil Muncie tertimbus sejak gempa bumi itu.


“Meskipun ia jarang berlaku tapi ia tidak mustahil.


“Keadaan tubuhnya yang amat teruk menunjukkan bahawa dakwaan itu benar.


“Muncie masih sakit dan tidak mampu bercakap dengan sesiapa tapi kami yakin beliau akan pulih,” katanya.

Ibu Muncie sudah lama menyangka anaknya meninggal dunia.


“Namun rupa-rupanya beliau masih selamat di bawah runtuhan itu,” katanya. - Agensi


Tiada ulasan: