Khamis, 4 Februari 2010

PERNIAGA ADIL MASUK SYURGA BEGITU PEMIMPIN YANG ADIL

NEGARA

Henti jual madu 'air gula'


Salah sebuah gerai jualan Orang Asli di Hentian Rehat Sungai Perak yang tidak lagi menjual madu lebah sejak semalam.


KUALA KANGSAR - Ada pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan yang singgah di Hentian Rehat Sungai Perak untuk membeli madu kini terpaksa meneruskan perjalanan dalam keadaan hampa.

Semuanya gara-gara beberapa Orang Asli yang menjual madu di situ sudah tidak lagi mengambil stok produk tersebut yang sebelum ini menarik perhatian ramai apabila hasil kajian seorang pakar mendapati ia sebenarnya air gula.

"Kami sudah tidak jual madu lagi, 'bos' tak kasi. Kalau nak beli produk hasil hutan lain, ada kami jual,'' kata seorang penjual Orang Asli yang enggan identitinya didedahkan semalam.

Dia dan beberapa peniaga lain bukan sahaja tidak lagi memperagakan botol-botol madu, malah enggan melayani permintaan pelanggan yang bertanyakan produk tersebut.

Sementara itu, beberapa pengunjung ketika ditemui mahu pihak pengurusan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) campur tangan dan memantau perkara tersebut kerana ia melibatkan imej kemudahan syarikat pemegang konsesi lebuh raya itu sendiri.

Tiada ulasan: