Jumaat, 19 September 2014

YANG MISKIN TERUS MELARAT....YANG KAYA MUNGKIN TAH MANA SUMBER...BIAR KAYA CARA YANG SUSAH DAN HALAL BUKAN CARA YANG SENANG DIAMBIL KEDUDUKAN YANG ADA/KEDUDUKAN YANG DIPEGANG

Aurat…? Adakah kita sedar akannya?

Posted on October 1, 2010 under Islam by
Aurat Wanita
“Baiklah pelajar-pelajar sekalian, tentang aurat antara bukan muhrim dalam Islam bagi laki-laki….bla…bla…bla… dan untuk perempuan, daripada bla…bla…bla…”
Perkara di atas adalah ayat-ayat yang selalu kita dengar waktu sekolah dahulu. Mesej ini juga disampaikan oleh penyampai-penyampai Islam. Ada yang ikut sebaik-baiknya dengan memahai hukum tersebut, ada yang juga ikut dengan cara yang tak betul dan ada pula yang tidak ikut langsung. Banyak pula fesyen pakaian diwujudkan. Tapi adakah semua itu sesuai untuk kita sebagai umat Muhammad SAW. Adakah kita benar-benar faham akan maksud menutup aurat ini?




Allah berfirman “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)”(7:26). Dalam ayat ini jelas perintah Allah untuk berpakaian berupa takwa, pakaian yang menunjukkan ketakwaan kita kepada Allah. Berpakaian takwa yang mana bukan semasa menunaikan ibadat semata-mata, kerana takwa itu perlu ada setiap saat and Allah itu Maha melihat.
Pada zaman yang penuh fitnah ini, kita dapat hilang ramai orang yang mengaku Islam tetapi berpakaian seperti tidak Islam terutama kaum wanita. Adakah kita sudah tidak takut pada Allah dan Hari akhirat? Apa sudah jadi dengan iman kita? Apakah kita telah lupa dengan azab Allah yang amat dahsyat?
Terdapat hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Ada dua gologan yang akan menjadi pengghuni neraka. Aku belum pernah meluhat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/fesyen) bagaikan bonggol unta yang senget. mereka tidak akan masuk syurga and tidak dapat bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971). Hadis sangat jelas menyatakan azab Allah kepada para wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Wanita-wanita yang telah dihuraikan di dalam hadis ini, menunjukkan kebanyakkan wanita-wanita masa kini, seperti berpakaian ketat, tidak menutup rambut dan bahagian dada sebaik-baiknya.
Sikap tidak menutup aurat ini sangat memberikan kesan negatif bukan saja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain. Sikap ini boleh menyebabkan wanita lain menjadi mangsa nafsu serakah lelaki yang durjana. Wahai saudari sekalian, adakah anda suka menjadi penyebab keganasan ke atas wanita lain? Wanita ini bagaikan mutiara, ia akan selamat jika berada dalam cengkerang, jika terbuka cengkerangnya pasti akan dinodai orang.
Allah dengan jelas telah menyatakan tentang aurat wanita yang sepatutnya, “Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluannya; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (24:31)
Adalah kewajiban umat Islam untuk mematuhi hukum Allah yang seperti di atas. Jika dikatakan tudung, bukan sahaja untuk menutup kepala, tetapi juga untuk menutup aurat di bahagian dada. Jika dikatakan pakaian yang menutup kulit sepenuhnya, mestilah longgar dan tebal bukan ketat atau nipis sampai menampakkan bentuk tubuh. Sejarah telah menunjukkan bagaimana manusia telah terkena azab Allah kerana melanggar perintahNya. Semoga Allah melindungi kita daripada azabNya.
Wahai saudara-saudara sekalian, sebagai seorang lelaki, seseorang itu tidak sepatutnya bersifat dayus dalam memastikan sempurna aurat isterinya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya. Jika tanggung jawab ini tidak dilaksanakan, pastilah kita dalam kemurkaan Allah. Jelaslah kini, lelaki dan wanita amat memainkan peranan penting dalam isu ini. Mungkin seseorang itu akan berkata,”Saya masih muda lagi untuk menutup aurat bila saya dah tua, saya akan menutup aurat”. Adakah kita telah lupa yang Allah yang menentukan hidup mati kita? Adakah pasti kita boleh hidup lama untuk melaksanakan perintah Allah kemudian? Sesungguhnya pemuda mula beribadat dan mengingat Allah pada usia mudanya, akan dinaungi oleh Allah pada hari akhirat.
Marilah kita semua muhasabah diri dan bertaubat atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan. Semoga Allah merahmati kita dan member naungan di akhirat kelak. Amin…. Wassalam.

Luahan Hati Suami Termakan Nasi Kan gkang Dari Isterinya


“Saya tak tahulah sama ada cerita nasi kan gkang itu betul atau tidak, tetapi melalui pembacaan dan rujukan, saya terasa nasib diri saya sebagai suami ada kaitan dengan nasi ka ngkang.”

Itu permulaan cerita Saifuddin Bahari dari Pandamaran, Kelang yang kesal tidak mampu berbuat apa-apa selain mengikut sahaja apa kata isteri sejak berkahwin empat tahun lalu.
nasi kan gkang

“Usia perkahwinan kami masih muda dan kami pun masih belum dikurniakan zuriat. Tetapi selama berkahwin, saya jadi seperti pak turut yang disuruh duduk saya duduk, disuruh berdiri, saya berdiri.

“Saya langsung tak berani bersuara dan hanya mendiamkan diri melihat perangai isteri saya memang tidak seperti isteri-isteri rakan-rakan yang begitu menghormati suami,” cerita lelaki berusia 32 tahun ini.

Bekerja sebagai kerani di sebuah jabatan kerajaan, Saifuddin berkata, rumahtangganya dibina atas dasar cinta yang terjalin selama dua tahun.

“Ketika berkawan, isteri saya merupakan seorang gadis yang penuh sopan santun dan kalau bercakap suaranya amat perlahan.

“Memang itulah yang menjadi tarikan saya untuk menjadikan Laila suri hidup dan dia tidak menolak apabila saya menyuarakan isi hati.

“Segalanya berjalan lancar sehinggalah tiba hari pernikahan yang disambut penuh meriah dengan dihadiri saudara mara dan sahabat handai,” katanya.

Jelas Saifuddin, dia merasakan dirinya amat bertuah kerana berjaya memiliki Laila yang disifatkan cukup sempurna sebagai isteri.

“Kami berbulan madu di Cheng Mai, Thailand selama satu minggu dan hidup saya ketika itu amat bahagia apa lagi isteri tersayang ada bersama.

“Saya sering berangan agar hubungan kami ini akan kekal selamanya begitu dan tidak putus berdoa agar cepat dikurniakan zuriat untuk menyerikan lagi kebahagiaan kami.

“Malangnya, hubungan yang diharapkan itu cuma dirasai selama satu bulan sahaja selepas kami menjadi suami isteri,” jelasnya.

Menurut Saifuddin, dia tiba-tiba merasakan dirinya terlalu kecil dan semakin hari semakin takut untuk bertentang mata dengan isterinya sehinggalah ke hari ini.

“Saya tidak diperlakukan seperti seorang suami, sebaliknya saya sering dijadikan seperti budak suruhan untuk buat itu dan ini.

“Hairannya, saya tidak pernah membantah dan tidak boleh bersuara pun untuk mengatakan tidak pada setiap arahannya.

“Hubungan kel a min sempat berlaku selama setahun sahaja dan selepas itu, saya tidak berupaya untuk bersamanya seperti orang hilang selera makan,” ujarnya lagi sambil meneguk minuman yang dipesan.

Saifuddin berkata, keluarganya tidak pernah tahu masalah yang dialaminya kerana Laila cukup pandai berlakon bila mereka pulang ke kampung.

“Arwah ibu saya perah bertanya kenapa saya seperti orang sakit dan tidak setegas dulu tetapi saya bagi alasan umur yang semakin meningkat menyebabkan perangai asal turut berubah.

“Laila cukup baik dengan keluarga saya dan memang tidak akan nampak ada masalah dalam hubungan kami selama ini.

“Lagi pun dia tak pernah meninggikan suara pada saya dalam keadaan apa sekali pun menyebabkan saya tidak mahu berpisah dengannya,” ceritanya lagi.

Soal makan minum kata Saifuddin, sejak mereka tidak berhubung kel am in, Laila tidak lagi menyediakan makan minumnya.

“Sesekali kalau dia masak, pandai-pandailah saya ambil dan makan sendiri. Untuk makan bersama memang sangat jarang berlaku.

“Sebenarnya saya tidak patut bercerita hal rumahtangga pada orang lain tetapi saya sangat tertekan memikirkan apa kesudahan nasib saya. Adakah saya dayus dan tidak layak bergelar suami?

“Adakah benar saya termakan ‘nasi kang kang’ hasil perbuatan isteri sendiri menyebabkan saya sukar untuk melepaskannya?,” soal Saifuddin.

Bukan untuk menuduh isteri sendiri tetapi apa yang dibaca selama ini semakin mencelarukan fikirannya.

Nasi kan gkang bukan dongeng

KEMAMAN – Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Datuk Shamsuri Safie mendedahkan masih terdapat wanita Islam yang menggunakan nasi kan gkang bukan sahaja untuk menundukkan suami, bahkan ada yang bertujuan memporak-perandakan kebahagiaan jiran tetangga seperti kes yang terjadi di Dungun.

Shamsuri berkata, kisah nasi ka ngkang bukan cerita dongeng, sebaliknya sihir itu masih lagi menjadi amalan segelintir kecil wanita untuk mencapai matlamat songsang mereka. – Sinar Online

Remaja Sekolah Kongsi Cerita Toreh Lengan Di Laman Sosial


Macam-macam la budak-budak zaman sekarang. Jika sebelum ini, kami bawakan kes dimana satu pasangan kanak-kanak yang dah terlebih 'advance', kali ini kes toreh tangan pula tersebar.

Kes toreh-menoreh tangan ini telah tersebar di laman sosial dan berasal Facebook budak itu sendiri, dipercayai dimuat naik olehnya sendiri.

Menurut cerita dalam statusnya, dia ni sedih, sebab sedih dia, pergi toreh tangan dia di dalam tandas guna gunting.

Kalau nak sakitkan diri sendiri, buatlah sendiri..tak perlu kecoh-kecoh di FB. Bagi penulis senang saja, budak ni cuma mahukan perhatian, atau dalam bahasa omputihnya 'Attention Whore'.

Luahan hati adik Intan Syafiqah 11 tahun, seorang murid miskin di Terengganu (3 GAMBAR)



adiksfqh
Beginilah keadaan bilik air tanpa dinding digunakan Azemah serta dua anaknya
DUNGUN – “Mak saya miskin, tak mampu nak beli alat tulis. Jadi, saya pinjam dengan kawan-kawan. Impian saya kalau ada duit, saya cuma nak beli alat tulis untuk memudahkan saya buat kerja sekolah.”

Demikian luahan hati adik Intan Syafiqah, 11, seorang murid miskin yang terpaksa meneruskan persekolahan dalam serba kepayahan kerana ibunya, Kembang Mohd, 54, yang berstatus ibu tunggal, tidak mampu untuk menyediakan kemudahan diperlukannya.

Lebih menyedihkan apabila anak bongsu daripada empat beradik itu kadangkala tidak membawa wang saku ke sekolah sehingga berminggu-minggu dan hanya bergantung harap kepada Rancangan Makan Tambahan (RMT) untuk mengisi perut yang kosong.

Syafiqah berkata, kadangkala terdetik di hatinya untuk menikmati makanan lazat dan kemudahan persekolahan mencukupi seperti murid lain, namun dia hanya memendamkan hasrat itu setelah memikirkan ketidakmampuan ibunya.

“Duit ibu ada cuma untuk beli beras sahaja. Jadi, tak bawa duit ke sekolah pun tak apa, yang penting saya dapat meneruskan persekolahan.

“Cuma saya sedih sebab tak ada alat tulis yang lengkap seperti kawan lain. Nak minta dengan ibu, dia tidak mampu beli,” kata murid tahun lima SK Delong itu.

Kakaknya, Intan Shahirah, 13, yang bersekolah di SMK Padang Pulut turut menghadapi situasi sama apabila dia gagal menjelaskan yuran asramanya.

Menurutnya, dia tetap tabah menghadapi situasi itu walaupun sebagai pelajar perempuan, kegagalan menjelaskan yuran asrama sedikit sebanyak menjejaskan keyakinannya untuk belajar.

“Kadang-kadang sahaja saya bawa wang saku ke sekolah. Kebanyakannya, saya pergi sekolah dengan poket kosong.

“Yuran asrama pula banyak tertangguh. Nak suruh ibu bayar pun dia tidak bekerja, hanya mengharapkan wang bantuan bulanan untuk bayar yuran. Duit itu juga untuk beli keperluan asas lain. Jadi, saya tak boleh minta lebih daripada ibu,” katanya.
adiksfqh1
Kembang bersama dua anaknya tabah walaupun hidup susah
adiksfqh2
Keadaan dapur rumah Kembang Mohd yang rosak teruk selepas ditenggelami air dalam kejadian banjir besar, tahun lalu
Hanya bergantung bantuan RM200 sebulan

Sementara itu, Kembang berkata, akibat kemiskinan hidup, dia bersama dua anaknya terpaksa tinggal di rumah kosong peninggalan bekas suaminya, biarpun rumah tersebut sebenarnya tidak layak dijadikan kediaman kerana tidak mempunyai kemudahan air dan elektrik.

Menurutnya, dia cuba sedaya upaya untuk keluar daripada situasi memeritkan itu, namun tidak berkemampuan kerana tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Saya cuma dapat duit bantuan JKM sebanyak RM200 sebulan. Dengan duit itulah, saya buat belanja anak sekolah dan beli beras.

“Jumlah itu tidak mencukupi, nasib baik sekali-sekala ada jiran tampil menghulurkan makanan. Jika tidak, kami tiga beranak pasti mati kelaparan,” katanya.

Kembang juga berkata, dia amat berharap ada insan bersimpati untuk membantu terutama bagi membaiki rumah peninggalan didiami mereka tiga beranak itu yang tidak mempunyai pintu dan tingkap bilik air, selain bilik air serta tandas tidak sempurna.

“Saya sudah beberapa kali memohon bantuan rumah daripada pihak berkenaan, namun sehingga kini permohonan itu masih tidak mendapat maklum balas sewajarnya.

“Kini saya hanya mampu berdoa agar suatu hari nanti, kehidupan kami sekeluarga akan berubah,” katanya.4:00PM - 19 Sep 2014

Haron Din arah tutup mulut


Susulan perbahasan panas berkaitan isu perbezaan pandangan antara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepimpinan parti yang lain, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mengarahkan perwakilan supaya tidak lagi membahaskan isu itu.

"Kita bercakap (perkara itu) sejak daripada semalam hingga ke hari ini. Saya rasa isu itu, untuk kebaikan daripada para perwakilan kepada pemimpin sudah disampaikan.

"Semua daripada kita tahu isu ini. Saya rasa isu ini berhenti setakat itu sahaja. Perwakilan lain, yang berbaki saya minta isu ini tutup.

"Semua yang berasa di atas dapat maklumat dan membuat catatan dan akan mengulas ketika ucapan penggulungan... Yang panas, jangan dipanaskan lagi, " katanya sebelum sidang muktamar meneruskan perbahasan ucapan dasar presiden bersambung.

Suasana panas sidang muktamar sebelah pagi ini apabila beberapa perwakilan pro-ulama membahas mempertahankan kepimpinan ulama termasuk presiden dan Majlis Syura Ulama.

Perwakilan Wilayah Persekutuan Dr Azhari Ariffin membahaskan ucapan dasar presiden dengan membacakan doa yang mengutuk pemimpin PAS antara Timbalan Presiden Mohamad Sabu, ADUN Hulu Kelang Saari Sungib dan ADUN Morib Hasnul Baharuddin.

Sementara itu, suara lantang perwakilan Terengganu Mohd Nor Hamzah mengkritik pemimpin parti yang mengikut telunjuk pemimpin PKR dan DAP berbanding arahan presiden parti dan menyindir pemimpin yang berkawan dengan pemimpin sosialis.

Semalam, terdapat juga perwakilan yang pro-Erdogan yang turut membahaskan isu pertikaian mengenai isu MB, memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan di samping menegur pemimpin yang "berjongkang-jongkit" dengan Umno. 




Aku "snap" teks ini kerana tak mahu sesiapa ubah.
Pengertian wala' dlm jemaah...















LikeLike · ·
Ishhh..ishhh..sampai tara ni puak Anwarinas aka PasMa dok tibai geng ulama Pas..Ustaz Harun Din ni..bkn takat org Pas ja yg hormat..org UMNO pun sgt hormat kat dia..sebab ketokohan dia..lagipun dia bknnya pengamal politik binatang yg totok..
Tapi lihatlah sendiri arini..Ustaz Harun Din bkn setakat tdk lagi dihormati..malah difitnah sbg seorg ulamak yg mmpunyai kepentingan peribadi duniawi..
Tuduhan yg dibuat oleh Zulhazmi (calon yg kalah jawatan KP Pas yg hnya dpt 17 undi saj...
See More
















LikeLike · ·

Gaji Menantu Haji Hadi Di Kumpulan 

Peransang - Mai la tengok betoi ka 

dak... wakaka

Marah sangat Wan Azizah dijadikan calon untuk MB kerana kroni katanya, abis yang di bawah ni apa? Kroni atasan PAS peringkat tertinggi? Kemudian suruh para ahli sekalian WALA dan taat jangan berbelah bagi? 

Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agong Mustafa Ali, Ketua Penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Politik Abd Hadi Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar, Raja Petra Kamaruddin, di Manchester, UK.

Carta Organisasi Kumpulan Peransang Selangor Berhad. Abang kepada Raja Petra Kamaruddin, Tuan Haji Raja Idris Raja Kamarudin adalah Pengerusi lembaga Pengarah Kump. Perangsang Selngor Berhad. Zaharuddin Mohammad (menantu Hj Abdul Hadi adalah Ketua Jabatan Agama syarikat berkenaan.

Ada dua nama kroni di situ. Ahmad Sabki Yusof (Setiausaha Politik Hj Abd hadi) dan Zaharuddin Muhammad (menantu Hj Abd Hadi)

Tak hairan mengapa bertungkus-lumus pertahan TSKI sebagai MB. Geng pro-Ulamak pula yang bertungkus-lumus menyokong dan mengusung di atas istilah WALA dapat apa? Jauh sekali yang menentang!

Kebenaran tetap kebenaran, marilah kita terus berdoa: 

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه 
Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah 

Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

rasanya .. pendapatan lebih sesuai kot... gaji ialah imbuhan bulanan..
Teuku Zacharyah Iskandar added a new photo.

Friday, 19 September 2014


PENGARAH KASTAM NEGERI PERAK DIHERET KE MAHKAMAH 

DENGAN LAPAN PERTUDUHAN RASUAH WANG TUNAI RM80,000.



Pengarah Kastam Negeri Perak, Datuk Mohd Nasir Said, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap lapan pertuduhan menerima rasuah wang tunai RM80,000 dua tahun lalu.

Mohd Nasir, 58, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan dihadapan hakim Rosbiahanin Arifin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd Nasir yang juga bekas Pengarah Kastam Melaka didakwa menerima suapan daripada dua individu yang juga warganegara Malaysia sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan atas kesalahan di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967 melibatkan barangan tidak berkastam iaitu liquor (arak).

Mohd Nasir didakwa melakukan perbuatan itu antara Januari hingga Julai 2014 dan Oktober 2012 di Pasaraya Tesco Taman Midah, Cheras disini.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24  akta yang sama.

Friday, 19 September 2014


LELAKI YANG MENCACAH KALIMAH SUCI ISLAM INI SEDANG DIBURU

 OLEH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)akan menyiasat penyebaran gambar seorang individu yang mencacah kalimah suci Islam di badannya seperti yang tersebar luas di Facebook.
 
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, Jakim akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan individu tersebut.
 
"Kita telah menerima laporan dan telah meminta pegawai pejabat agama untuk memeriksa perkara tersebut. Buat masa ini kita belum tahu siapa individu tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis 'Salam Mesra Salam FM' di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, hari ini.
 
Beliau diminta mengulas mengenai gambar seorang lelaki berumur lingkungan 30-an dengan tatu pada badannya seperti di dahi, leher dan tangan yang tertera  kalimah 'Bismillah', 'ALLAH' dan lain-lain lagi.
 
"Perbuatan lelaki itu adalah haram dan mencemarkan kesucian kalimah tersebut, walaupun kalimah itu merupakan sesuatu yang mulia.

"Perbuatan itu tidak kena tempat. Jika mahu menyanjung al-Quran,  boleh dibuat dengan cara lain seperti menghafaz 30 juzuk al-Quran," kata Othman sambil meminta individu terbabit agar bertaubat.

Tiada ulasan: