Rabu, 17 September 2014

TAHALUF SIYASI SAPE BAGI KEGELAPAN....TAHALUF SIYASI TIDAK DIREALSASIKAN....SAPE YANG MERASA KELEBIHAN DAN KEHEBATAN...TIDAK MENOLEH SEJARAH YANG SUDAH2...MENANG DIKAWASAN2 MANA...DAN MEMANG KALAH SEMANJANG DIKAWASAN TERTENTU...TIBA2 MENANG KAWASAN YANG KALAH...ADAKAH KESAN TAHALUF SIYASI ATAU RASA KITA NI MEMANG HEBAT....ATAU DENGAN TAHALUF SIYASI DAPAT MENGANGGOTAI LEMBAGA GLC NEGERI DAN JADI EXCO2

Aku "snap" teks ini kerana tak mahu sesiapa ubah.
Pengertian wala' dlm jemaah...




249 Pengarah Syarikat Dilarang Keluar Negara


249 Pengarah Syarikat Dilarang Keluar Negara
KUALA LUMPUR - Sebanyak 249 nama pengarah syarikat diserah kepada Jabatan Imigresen bagi menghalang mereka meninggalkan negara ini sebelum menyelesaikan tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
KWSP dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata senarai itu adalah untuk tempoh suku kedua tahun ini.
Ketua Hal Ehwal Korporatnya Nik Affendi Jaafar berkata KWSP tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap majikan dan pengarah syarikat yang gagal membayar caruman bulanan KWSP pekerja mereka.
Bagi suku kedua, 114 majikan dikenakan denda berjumlah RM162,200 oleh mahkamah menurut Seksyen 43(2) Akta KWSP 1991.
Bagi tempoh sama juga 270 saman sivil difailkan di mahkamah terhadap pengarah syarikat manakala 843 kes jenayah difailkan terhadap majikan yang tidak membayar caruman bulanan KWSP.8:00PM - 17 Sep 2014

'Tahaluf siyasi perlu lebih pencerahan'


Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Ahmad Yaakob berkata sayap parti itu mengambil sikap supaya konsep tahaluf siyasi perlu lebih diberi pencerahan tentang kefahamannya kepada kepimpinan dan anggota parti.

Menurutnya, tahaluf siyasi atau kerjasama politik PAS bersama Pakatan Rakyat "penting" memandangkan BN dan Umno sudah mulai takut dengan gabungan parti pembangkang.

"Bukan kaji semula tapi suara (daripada) perwakilan.

"Cuma kita mengambil sikap ia perlu diberi pencerahan kepada semua kepimpinan dan ahli supaya mereka benar-benar faham ruang lingkup dan (cara) kuat kuasanya tahaluf siyasi itu," katanya dalam sidang medianya selepas Muktamar Ulama PAS.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung terdapat suara perwakilan yang mahu tahaluf siyasi dalam Pakatan dikaji semula.

Malah, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dalam ucapan perasmian muktamar sayap itu menyeru supaya Dewan Ulama memperhalusi semula tahaluf siyasi mereka dalam Pakatan Rakyat dalam "suasana politik yang gawat" ketika ini.

Beliau berkata kerjasama politik itu perlu diperhalusi memandangkan "setiap hari ada fitnah" yang dilemparkan kepada Majlis Syura Ulama, presiden PAS dan semua anggota PAS.

Tolak kebimbangan pada Kelantan

Ahmad yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan menolak kebimbangan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat yang bimbang ketiadaan penglibatan Datuk Nik Aziz Nik Mat di negeri itu memberi kesan kepada negeri itu pada pilihan raya umum ke-14.

"Beliau tidak terlibat secara langsung di Kelantan. Itu pandangan beliau (Suhaizan). Bagi kita, kita meneruskan agenda yang kita persetujui bersama iaitu membangun bersama Islam.

"Dalam program itu kita, kita teruskan dan kita tambah perkasakan program membangun bersama Islam kepada merakyatkan pula membangunkan bersama Islam.

"Itu pembaharuan. Kita lebarkan lagi supaya kefahaman dan amalan membangun bersama Islam. Saya rasa tidak ada masalah, tidak ada kesan," katanya.

'Sultan Melaka' ditahan disyaki sebar ajaran sesat
pada 17-09-2014 03:09 
Post Pic
JASIN:  Seorang lelaki berusia 53 tahun yang mendakwa dirinya 'Sultan Mahmud' dan 'Imam Mahdi' ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di rumahnya di Kampung Batu Pasir, Merlimau, petang Isnin lalu.
Ketua Penguatkuasa JAIM, Rahimin Bani, berkata lelaki yang dipercayai mengamalkan ilmu ajaran sesat itu ditahan sepasukan anggota penguatkuasa pihak berkuasa berkenaan kira-kira jam 4.30 petang untuk disoal siasat.
"Selepas ditahan untuk soal siasat, lelaki ini kemudian dibebaskan kira-kira jam 11 pagi tadi dengan ikat jamin.
"Kita kini dalam perjalanan ke rumahnya untuk memusnahkan pelbagai barangan yang dipercayai digunakan untuk ilmu ajaran sesat," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Wednesday, September 17, 2014


PAS Akan Dedahkan Siapa Kekasih Gelap Haji Mat Razi

Gambar Hiasan
PAS hari ini bagai mendapat durian runtuh apabila seorang wanita, bekas pelajar salah sebuah sekolah di  Genting dalam kawasan Pangkalan Kubor ini di ura-ura akan tampil mendedahkan hubungan sulitnya dengan calon BN, Mat Razi Mat Ail, secepat-cepatnya esok.
Menurut sumber PAS yang berjaya menjejaki wanita tersebut, hubungan sulit ini berlaku sewaktu Mat Razi menjadi guru di sekolah tersebut.  Nama sekolah dan butiran terperinci bagaimana hubungan sulit itu berlaku, akan didedahkan wanita terbabit nanti.
Dikatakan, hubungan sulit inilah yang menyebabkan isteri Mat Razi tidak tampil dalam mana-mana kempennya setakat ini kerana isterinya bimbang rakyat akan bertanyakan tentang perkara tersebut dan dia tidak boleh menjawab.

Berbeza dengan calon PAS, beliau memang sudah kematian isteri lama dahulu, sebab itulah dia kempen bersendirian.
Inilah yang kita katakan manusia jenis macam ini bukan boleh dipercayakan sangat.  Nampak alim dan warak, belum tentu lagi ada agama - kalau hubungan sulit ini berjaya disahkan nanti.
Cakap macam bagus sangat, kononnya budak-budak Pangkalan Kubor sebelum main bola, kena sembahyang dulu dan sebagainya, apa rupanya dia pun ada hubungan sulit yang memalukan penduduk Pangkalan Kubor kalau dia dipilih menjadi wakil rakyat.
Jika dapat dibuktikan kesahihan perkara ini, maka terjawablah persoalan ramai orang kenapa Mat Razi meninggalkan profession guru untuk berkhidmat dengan Jabatan Pendidikan Daerah Tumpat.
Ada buat hal, patutlah.

Begitupun, bukan aku nak menuduh, tapi dalam keadaan sekaran penting untuk Haji Mat Razi tampil memberikan penjelasan dan kalau perlu menafikan dengan bersumpah di Masjid kalau berita ini tidak betul.

Mat Razi perlu menjelaskan dengan jujur kepada pengundi di Pangkalan Kubor sama ada wanita tersebut memang betul kekasih gelap atau isteri keduanya, yang mana aku secara peribadi lebih percaya wanita itu isteri keduanya.

Alasan tu mudah saja, tempat sebelah sempadan macam Pangkalan Kubor ni memudahkan sesiapa nak pasang lebih dari satu, payah-payah nak ada kekasih gelap buat apa.

July 17, 2014


Kisah Menyayat Hati Seorang Suami Yang Isterinya Pakai Legging Ketat Dalam Shopping Complex

Ini sebuah kisah yang sangat menyayat hati. Mampu menyentuh jiwa sesiapa yang membacanya.

Suatu hari, seorang suami bersama isteri kesayangannya pergi bersiar-siar di sebuah shopping complex. Mereka berjalan berdua, isterinya menolak anak kecil yang sedang tidur di dalam sebuah 'stroller'. Sehinggalah tiba di tengah shopping mall, si suami mengajak isterinya melihat sebuah pameran kereta di situ. Kerana sayangkan suami, si isteri pun mengikut walaupun tidak berminat.
Si suami berjalan dan berhenti sebentar berhampiran sebuah kereta. Si suami sangat berminat dengan kereta itu. Dia memerhatikannya dengan agak lama.

Dalam keasyikan si suami seronok memerhatikan kereta yang hebat itu, sekumpulan 5 orang lelaki Myanmar sedang berdiri statik 2 meter di belakang mereka. Aku berada tidak jauh dari situ menjadi saksi melihat gelagat lelaki-lelaki Myanmar itu. Mereka juga sedang dalam keasyikan sama seperti si suami itu.

Selama 5 minit si suami menikmati keindahan kereta di situ, selama itu jugalah 5 orang lelaki Myanmar yang tidak dikenali tersebut berdiri statik dengan mata yang terjojol menikmati keindahan bentuk tubuh isterinya yang cantik menggoda yang dibaluti dengan T-shirt lengan panjang sendat biru dan sepasang legging hitam nipis berkilat yang jelas membonjolkan kegebuan betis dan peha isterinya. Aku memerhatikan 5 lelaki Myanmar itu tersengih-sengih seronok menikmati panorama itu. Siapa yang tidak suka pada tayangangan percuma?

Aku tidak tahu mahu berkata apa. Jika aku katakan "Padan muka pada si suami dan wanita itu", bunyinya terlalu kejam. Aku sekadar berdiam diri sahajalah. Yang pastinya, aku tidak akan membiarkan isteri aku pakai legging di khalayak ramai seperti itu.

Sangat sedih kisah ini. Membuatkan aku menangis.

Adakah anda turut menangis ?
Video Pasangan Bertudung Ghairah Bercumbu Di Air Terjun
By editor-2 September 17, 2014 : 5:38 pm
air terjun
Pasangan ini tanpa segan silu telah berkelakuan tidak senonoh dikawasan air terjun ini. Pakaian dan tudung perempuan tersebut tidak membataskan beliau untuk melaksanakan perbuatan jijik tersebut. Dan pada masa yang sama kita tahu bahawa mereka tidak akan berhenti setakat ciuman dan usikan sahaja.
Diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda (maksudnya),
“Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama melainkan jika ditemani oleh mahramnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 3006)
Juga melalui hadis berikut (maksudnya),
“Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama kerana Syaitan akan hadir sebagai orang ketiga.” (Hadis Riwayat Ahmad, al-Musnad, 1/18)2:48PM - 17 Sep 2014

Soalan bocor: Tiga guru direman 4 hari


Polis hari ini memperoleh perintah mahkamah untuk menahan reman tiga guru, seorang daripada mereka wanita, selama empat hari untuk membantu siasatan kes kebocoran soalan kertas Sains dan Bahasa Inggeris Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.
  
Majistret Nur Dahlia Azmi mengeluarkan perintah reman itu, berkuat kuasa hari ini, terhadap tiga guru berkenaan berumur antara 24 tahun dan 36 tahun untuk siasatan mengikut Seksyen 8 (1) Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.
  
Ketiga-tiga guru itu ditahan di Negeri Sembilan malam tadi.
  
Isnin lepas, empat lelaki direman empat hari hingga esok. Semalam polis memperoleh perintah mahkamah untuk menahan reman seorang jurutera selama empat hari.
  
Susulan kebocoran soalan kertas Sains 018, 028 dan 038 dan Bahasa Inggeris  014/1 and 014/2 itu Khamis lepas, hampir setengah juta calon UPSR perlu menduduki semula peperiksaan kedua-dua kertas itu pada 30 September.
  
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga menteri pendidikan mengumumkan Jumaat lepas bahawa Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta merta sehingga siasatan mengenainya selesai.
  
- Bernama

Tuesday, 16 September 2014


NAK NAIK TARAF PASAR KENA TUNGGU MENANG PRK WALAUPUN PRU 3 KALI BERTURUT-TURUT BN MENANG .



Jika menang dalam PRK Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail berhasrat untuk menaik taraf kemudahan di Pasar Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Kemudu (Kada), Bunohan.

Menurutnya, berdasarkan hasil tinjauannya, masih terdapat kemudahan yang perlu dibaik pulih untuk keselesaan pembeli dan peniaga.

“Antaranya menggantikan bumbung sedia ada supaya semuanya tertutup dan peniaga tidak terkena hujan dan panas,” katanya selepas melawat pasar berkenaan di sini, semalam.

Mat Razi berkata, penambahbaikan itu bukan sahaja memberi keselesaan, tetapi secara tidak langsung boleh membantu meningkatkan sumber pendapatan peniaga.

Katanya, pasar yang berusia lebih 10 tahun dan mempunyai lebih 100 peniaga itu perlu dijaga dan dipulihara.

“Jika diberi mandat, saya akan berusaha menyelesaikan masalah tempat letak kenderaan di kawasan ini, memandangkan pasar ini tempat tumpuan masyarakat di sini,” katanya.

ULASAN OMAK KAU:-

Selama 3 penggal berturut-turut UMNO/BN menang PRU DUN N01 Pengkalan Kubor .. apa UMNO/BN buat????? .. Mengapa perlu nak tunggu keputusan PRK baru nak naikkan taraf pasar dibawah penguasaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemudu (KADA) yang bertanggung jawab terus kepada kerajaan Pusat UMNO/BN????

Berapalah sangat peruntukkan yang diperlukan untuk naik taraf pasar ni??? .. Itu pun masih masih mau ugut rakyat.

Jadi nampak sangat nak ugut pengundi dengan menaikkan taraf pasar sebagai umpan ugutan.


Gaji Menantu Haji Hadi Di Kumpulan Peransang - Mai la tengok betoi ka dak... wakaka

Marah sangat Wan Azizah dijadikan calon untuk MB kerana kroni katanya, abis yang di bawah ni apa? Kroni atasan PAS peringkat tertinggi? Kemudian suruh para ahli sekalian WALA dan taat jangan berbelah bagi? 

Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agong Mustafa Ali, Ketua Penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Politik Abd Hadi Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar, Raja Petra Kamaruddin, di Manchester, UK.

Carta Organisasi Kumpulan Peransang Selangor Berhad. Abang kepada Raja Petra Kamaruddin, Tuan Haji Raja Idris Raja Kamarudin adalah Pengerusi lembaga Pengarah Kump. Perangsang Selngor Berhad. Zaharuddin Mohammad (menantu Hj Abdul Hadi adalah Ketua Jabatan Agama syarikat berkenaan.

Ada dua nama kroni di situ. Ahmad Sabki Yusof (Setiausaha Politik Hj Abd hadi) dan Zaharuddin Muhammad (menantu Hj Abd Hadi)

Tak hairan mengapa bertungkus-lumus pertahan TSKI sebagai MB. Geng pro-Ulamak pula yang bertungkus-lumus menyokong dan mengusung di atas istilah WALA dapat apa? Jauh sekali yang menentang!

Kebenaran tetap kebenaran, marilah kita terus berdoa: 

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه 
Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah 

Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

rasanya .. pendapatan lebih sesuai kot... gaji ialah imbuhan bulanan..

 

Berceraikah PAS daripada Pakatan Rakyat?
pada 17-09-2014 05:09 Ditulis Oleh Muhammad Said
Post Pic
[ULASAN] Adakah Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang akan lafazkan talak terhadap Pakatan Rakyat ketika merasmikan Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat pada Khamis, 18 September 2014 ini?
Apakah beliau akan terdorong oleh syor Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din bahawa parti itu perlu mengkaji kemungkinan itu jika tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR yang tercalar kini tidak boleh diperbaiki lagi. 
Cadangan itu dibuatnya ketika merasmikan muktamar Dewan Ulama semalam (Rabu, 17 September 2014) , sekaligus menguatkan spekulasi bahawa golongan Ulama mahu membawa parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat. 
Ini ekoran perbalahan terbuka di antara PKR-DAP dengan PAS berhubung krisis jawatan Menteri Besar Selangor. 
Haron berkata, kajian semula ke atas kerjasama politik dalam Pakatan wajar dilakukan memandangkan syarat tahaluf dilanggar berulang kali. 
"Tahaluf berlaku dengan nasihat ulama,.. dibolehkan kerana ada rukun dan syarat dipenuhi. 
“Selagi syarat dan rukun ini dipenuhi, golongan ulamalah sebagai benteng (yang) mempertahankan tahaluf ini demi kepentingan Islam dan jemaah, bukan untuk kepentingan individu.
"(Namun) kalau tahaluf telah tercalar, syarat dilanggar, rukun dirobohkan, ulama wajar memikirkan balik (sama ada) ia boleh diteruskan," tegas beliau. 
Haron berkata, jika tahaluf siyasi terus mengundang musibah, maka PAS harus mempertimbangkan untuk putus "talak" dengan Pakatan Rakyat.  
"(Jika) syarat-syarat tahaluf siyasi dirobohkan, ulama bertanggungjawab memperbetulkan balik, memperbaiki balik, Kalau tak boleh juga,.. ambillah contoh dalam perkahwinan, walaupun tidak (digalakkan tapi kalau terpaksa) talak,” kata beliau. 
Pandangan Haron ini didahului oleh kenyataan Pemangku Ketua Dewan Ulama, Datuk Ahmad Yakob yang mengesahkan tiga perkara penting. 
Pertama, Dewan yang dipimpinnya itu sudah memutuskan bahawa dakwaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyeleweng, tiada dalil dan nas yang kukuh. 
Justeru, Dewan itu menyokong supaya bekas ahli PKR itu terus menyandang jawatan berkenaan. 
Kedua, Dewan Ulama juga sudah memperinci dari segi syarak sama ada calon pengganti Khalid, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, wajar disokong. Namun keputusannya tidak. 
"Dewan Ulama PAS (juga) membincangkan dari perspektif syarak kewajaran seorang wanita untuk memegang amanah pemerintahan dalam aspek wanita dan soal kemampuan untuk memerintah," kata beliau. 
"Segala persetujuan melantik mana-mana pemimpin adalah satu syahadah dan bakal menjadi soal-jawab di akhirat kelak," Ahmad Yaakob dipetik sebagai berkata.
"Dewan Ulamak PAS mempertegaskan bahawa pertukaran Menteri Besar adalah tidak perlu dan menegaskan beban pembuktian setiap kesalahan ke atas si penuduh.
“Dan selagi mana tidak dibuktikan, maka yang tertuduh hendaklah dikekalkan sebagai tidak bersalah," menurut Ahmad dalam teks ucapan yang diedarkan kepada wartawan sempena muktamar Dewan Ulama. 
Ketiga, Dewan Syura Ulama juga membincangkan soal kebolehan serta kemampuan Wan Azizah sendiri menjawat jawatan berkenaan, dan sekali lagi ia mencapai keputusan negatif.
Tidak cukup dengan kelantangan pandangan ulama ini, Hadi seharusnya teruja dengan sokongan yang diterimanya daripada sayap Pemuda PAS yang condong membela pendirian beliau dan Dewan Ulama itu. 
Haji Hadi memang terkenal dengan ketenangannya. Adakah beliau akan menuangkan sedikit lagi kesabaran dan menimbangkan kemungkinan menjatuhkan talak politik itu pada akhir Muktamar Sabtu nanti?
Mungkin Hadi mahu terlebih dahulu benar-benar mengukur betapa kental semangat golongan progresif dalam PAS yang mahu jodoh dengan Pakatan Rakyat dikekalkan.
Yang jelas sejak muktamar bermula dengan sidang Pemuda Selasa lalu, kehadiran dan penampilan golongan penyokong Hadi memang agak lebih terserlah. 
Selain ketegasan dalam hujah dan perbahasan yang menjurus ke arah itu,  cogan yang menyokong Hadi dan ulama dipamerkan ke hulu hilir dalam dewan muktamar pada belakang baju yang ramai perwakilam Pemuda PAS.

Kekal MB Selangor berasaskan hukum - Ulamak

HARAKAHDAILY | .

KULAIJAYA: "Sebagai sebuah parti Islam, segala keputusan politik sama ada dalam gerakan  Pakatan Rakyat atau lainnya, hendaklah sentiasa diasaskan sumber-sumber hukum Islam," tegas pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Justeru, katanya mengambil pelajaran dari isu perjawatan Menteri Besar di Selangor, Dewan Ulamak PAS ingin menarik perhatian kepada pertimbangan politik yang berasaskan hukum seperti di bawah.

Dewan Ulamak PAS, jelasnya tidak mempersetujui perletakan jawatan Adun Kajang sewenang-wenangnya kerana Islam tidak membenarkan pengkhianatan kepada amanah dan pembaziran harta negara untuk suatu piliha raya kecil yang asalnya tidak perlu diadakan.

Tambahnya, Dewan Ulamak PAS mempertegaskan bahawa pertukaran menteri besar adalah tidak perlu dan menegaskan bahawa menteri besar sedia ada perlu kekal pada jawatannya kerana Islam menekankan beban pembuktian setiap kesalahan ke atas penuduh dan selagai mana tidak dibuktikan, maka yang tertuduh hendaklah dikekalkan sebagai tidak bersalah.

Dewan Ulamak PAS, kata beliau membincangkan dari perspektif syarak kewajaran seorang wanita untuk memegang amanah pemerintahan dalam aspek wilayah al-ammah dan soal kemampuannya untuk memerintah.

"Sebarang persetujuan melantik mana-mana pemimpin adalah satu syahadah (penyaksian akan kelayakannya) dan bakal menjadi soal jawab di akhirat kelak," ujarnya ketika menyampaikan ucapan pada Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat ke-53 yang bertemakan 'Pertegas Prinsip Perjuangan' di IOI Palm Villa Golf & Country Resort di sini, pagi ini.

Dalam persoalan ini, tegasnya Dewan Ulamak PAS memuji dan berdiri teguh di belakang Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kerana istiqamah mengambil pertimbangan dasar Islam  dalam membuat keputusan sungguhpun berdepan dengan desakan dan tekanan daripada rakan-rakan sekutu Pakatan Rakyat dan beberapa pemimpin PAS. HARAKAHDAILY 17/9/2014

Muktamar Pemuda PAS kecoh kerana pemilihan dikatakan tidak sah



Pengerusi Tetap Dewan Pemuda PAS Kamal Ashaari dibawa ke hospital kerana sesak nafas semasa Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor, malam ini yang bertukar kecoh ketika sesi meluluskan minit mesyuarat laporan tahunan Muktamar PAS ke-54. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 September, 2014.Pengerusi Tetap Dewan Pemuda PAS Kamal Ashaari dibawa ke hospital kerana sesak nafas semasa Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor, malam ini yang bertukar kecoh ketika sesi meluluskan minit mesyuarat laporan tahunan Muktamar PAS ke-54. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 September, 2014.Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor malam ini kecoh apabila beberapa perwakilan membangkitkan isu pemilihan PAS tahun lalu tidak sah kerana beberapa kawasan di Johor tidak diiktiraf dan perwakilannya dibenarkan mengambil bahagian dalam pengundian
Antara kawasan yang dibangkitkan perwakilan Pemuda PAS dari Shah Alam itu adalah Sembrong, Pengerang, Labis, dan Kulai.
Kekecohan itu timbul ketika sesi meluluskan minit mesyuarat laporan tahunan Muktamar PAS ke-54.
Perwakilan Pemuda PAS dari Shah Alam membangkitkan persoalan itu dan berkata perkara itu sangat serius memandangkan PAS berkemungkinan diharamkan pendaftaran mereka oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) kerana laporan yang tidak lengkap.
"Setuju atau tidak pemilihan lepas adalah pemilihan tidak sah," kata Mohd Labib Abd Jalil, perwakilan Pemuda PAS dari Sabak Bernam ketika bangun menyokong kenyataan perwakilan Shah Alam itu.
Perwakilan pemuda PAS Shah Alam bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditemui The Malaysian Insider.
"Tiada komen, kita sedang bermesyuarat," katanya yang enggan mendedahkan identitinya.
Disebabkan kekecohan itu, Pengerusi Tetap Perwakilan Pemuda PAS Kamal Ashaari menangguhkan sidang muktamar selama 10 minit untuk mendapatkan nasihat kepimpinan yang lebih tinggi.
"Saya memohon kepada semua untuk membawa kepada pihak atasan, malah bawa kepada Majlis Syura Ulama.
"Saya mohon beri mandat kepada saya untuk bawa ke peringkat atasan untuk menyiasat dakwaan yang dibangkitkan malam ini, mereka yang ada autoriti buat keputusan," katanya.
Dalam keadaan menangis, Kamal berkata beliau memberi jaminan kepada pucuk pimpinan PAS malam ini bagi menyelesaikan isu itu.
"Saya akan bawa malam ini kepada kepimpinan atasan, tidak tunggu esok, lusa. Kita tidak ada autoriti.
"Kalau diputuskan kita perlu untuk mengadakan pemilihan semula, kita akan adakan muktamar khas untuk mengadakan pemilihan semula," katanya.
Kamal kemudiannya dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas selepas kekecohan itu diselesaikan sebaik sahaja perwakilan bersetuju meneruskan agenda perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.
Suhaizan ketika ditemui sejurus tamat muktamar Pemuda PAS sesi malam ini berkata, perkara itu adalah lumrah dan muktamar sememangnya medan untuk perwakilan meluahkan pandangan mereka.
"Pada saya ia normal, mereka beri pandangan masing-masing cuma emosi sikit, biasalah orang muda.
"Saya tetap dengan pandangan untuk beri ruang dan peluang, kalau tidak mereka akan gunakan ruang lain yang ada," katanya.
Beliau bagaimanapun mengakui menerima surat layang berhubung perkara itu beberapa bulan lepas, namun surat berkenaan tidak diendahkannya.
"Saya ada nampak dalam surat layang, yang mengatakan perkara ini berlaku, dalam beberapa bulan lepas.
"Disebabkan itu surat layang kita tidak ambil apa-apa tindakan," katanya.
Beliau berkata, kepimpinan Pemuda PAS yang diketuainya hari ini adalah legasi yang diterima daripada kepimpinan sebelum pemilihan tahun lepas, dan tidak merasakan serangan itu ditujukan kepadanya.
"Saya tidak tahu, serangan itu kepada jawatankuasa pemilihan lepas, bukan saya," katanya. – 16 September, 2014.

Perlukah Sampai Begini?



Umum mengetahui Ustaz Lotfi, rakyat Malaysia yang berjuang membantu rakyat Syria diberitakan terkorban di sana, namun masih ada juga manusia yang buruk sangka sesama Islam malah menghina keadaan mayat orang yang sudah pergi seperti yang dilakukan oleh individu di sebalik akaun Faceook Shariman Immortal Omar ini. Sememangnya perbuatan sebegini amatlah keji. Bagi penulis, walaupun beliau membawa nama BN, namun perbuatan sebegini amat memalukan malah tidak sensitif langsung pada keluarga arwah.

 

Tiada ulasan: