Jumaat, 26 September 2014

DAH TEST POWER DI PANGKALAN KUBOR....JANGAN SALAHKAN SAPE2...MUHASABAH DIRI BOLEHKAH KITA BERSEORANGAN...SOMBONG SIFAT YANG WAJIB DIJAUHI




 

7 Jenis Sombong Yang Dilaknat ALLAH



  • Wednesday, March 20, 2013

  • 7 Jenis Sombong Yang Dilaknat ALLAH


    1. Sombong kerana kelebihan seseorang dengan pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada, dia menganggap orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya.


    Orang yang sombong seumpama ini hendak dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.

    FIRMAN ALLAH SWT :

    Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.( Surah AlIsraa'. Ayat 037 )

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

    “Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah.” (Hadis riwayat Muslim)

    2. Sombong kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka.

    Sedangkan mereka sebenarnya terpedaya dengan tipu daya syaitan. Rasulullah SAW telah mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud:

    "Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.."

    FIRMAN ALLAH SWT :

    Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.( Surah Luqman. Ayat 018 )

    3. Sombong kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat.

    Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.

    FIRMAN ALLAH SWT:

    Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Surah AlJatsiyah. Ayat 008 )

    4. Sombong kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.

    5. Sombong yang berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta BMW mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.

    FIRMAN ALLAH SWT :

    Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman.

    Padahal orang-orang yang bertakwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). (Surah AlBaqarah. Ayat 212 )

    6. Sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca, kunyah besi, boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi, boleh dihempap badan dengan batu dan besi, atau sebagainya.

    FIRMAN ALLAH SWT :

    Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan. (Surah AlAnfaal. Ayat 047 )

    7. Sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak parang dan dijilat api.

    Oleh itu, hendaklah kita memeriksa diri kita betul-betul, lihat sama ada 7 perkara yang membawa kepada penyakit sombong ini ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong ini hanya akan memakan diri. Tidak sekarang, mungkin di masa akan datang. Ubatilah sifat sombong itu dan jangan sesekali menghina orang lain kerana ianya sifat yang dilaknat oleh Allah. Fikirkanlah..

    FIRMAN ALLAH SWT :

    Sesungguhnya Qarun adalah dia dari kaum Nabi Musa, kemudian dia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa.

    (Dia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).

    Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

    “Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)

    Pgkl Kubor: Apakah risau Suhaizan berasas?

    Kemenangan BN dalam pilihan Raya Kecil (PRK) sememangnya sudah dijangka sejak awal lagi.

    BN mendapat 9,961 undi manakala PAS mendapat 7,326 undi. Calon Bebas pula mendapat 38 undi. BN menang dengan majoriti 2,635 undi

    Seramai 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi apabila pusat pengundian ditutup pada jam 5 petang tadi.

    Walaupun pada hari kempen, kedua-dua parti dilihat hebat berperang poster dan kain rentang, namun ia bukan kayu ukur yang akan menentukan kemenangan mana-mana pihak.

    Melihat kepada kesungguhan jentera BN daripada pimpinan tertinggi hingga akar umbinya yang turun padang untuk berkempen, keputusan itu tidak memeranjatkan.

    Bahkan, kerja kuat yang ditunjukkan Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak putus-putus mengunjungi Pengkalan Kubor, akhirnya berbayar dengan kemenangan besar apabila majoriti undi BN bertambah hampir 1,000 undi.

    Tidak dapat dinafikan juga, strategi yang digunakan oleh pengarah pilihannya, Datuk Seri Mustapa Mohamad berhasil. Malah, dengan pemilihan calon yang mempunyai perwatakan warak, juga dilihat mampu menarik perhatian pengundi.

    Strategi BN yang menggunakan pendekatan 'tunggu dan lihat' dalam isu-isu yang dibangkitkan PAS juga dilihat berjaya apabila mereka lebih banyak menjawab segala dakwaan yang dilemparkan PAS berbanding mencetuskan sebarang isu atau provokasi.

    Malah, pilihan raya kecil kali ini juga merupakan antara yang paling tenang berbanding dengan yang lain. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga hanya menerima tiga laporan berhubung kesalahan semasa tempoh berkempen serta tiada kekecohan atau pergaduhan yang berlaku sepanjang PRK berlangsung.

    Malah, berdasarkan keputusan pilihan raya kecil ini, ternyata penduduk setempat tidak begitu ambil peduli tentang isu royalti minyak Kelantan yang selama ini menjadi modal PAS untuk berkempen.

    Isu-isu berkaitan agama serta menggunakan ketokohan bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga dilihat kurang berhasil.

    Tak berani sentuh

    Adakah ini mencerminkan kebimbangan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat sebelum ini mengenai masa depan parti itu di Kelantan? Bagaimanapun kekhuatiran itu ditepis Menteri Besar Datuk Ahmad Yacob.

    PAS juga dilihat tidak berani untuk 'menyentuh' pengundi masyarakat Siam walaupun mereka merupakan pengundi kedua terbesar selepas pengundi Melayu iaitu sebanyak 6.81 peratus.

    Berbeza dengan BN di mana mereka sentiasa 'menyajikan' masyarakat Siam dengan pelbagai aktiviti.

    Melihat kepada perkara ini, mungkin PAS selepas ini perlu mengubah atau menyesuaikan strategi mereka mendekati pengundi bukan Islam.

    Rata-rata penduduk yang ditemui juga lebih gemar jika isu pembangunan dan penyelesaian bagi masalah nelayan di kawasan itu dibangkitkan.

    Ini kerana, kira-kira 80 peratus pengundi di Pengkalan Kubor bekerja sendiri dengan menjadi petani dan nelayan.

    Oleh itu, tidak mustahil sekiranya kemenangan BN dalam pilihan raya kecil itu digapai apabila pelbagai projek dijanjikan antaranya pembinaan semula jeti di Kampung Geting diberikan sebagai kemudahan nelayan di kawasan itu.

    Kampung Geting merupakan kawasan kubu kuat PAS.

    Projek untuk petani, nelayan

    Hal ini turut diakui PAS apabila mereka berpendapat agak sukar untuk menyaingi BN jika ia melibat projek-projek bagi golongan petani dan nelayan.

    Malah mereka juga berpendapat, agak sukar untuk mengubah persepsi dan mentaliti sesetengah petani dan nelayan agar memberikan sokongan kepada PAS.

    Selain itu, walaupun PAS menafikan ketiadaan pimpinan Pakatan serta masalah dalaman parti sebagai punca utama kekalahan.

    Namun perkara itu tidak dapat menutup kepincangan yang berlaku apabila parti itu turut kalah di peti undi yang sebelum ini dimenangi mereka di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Telaga Bata.

    Malah, jumlah pengundi di beberapa kawasan PDM yang dimenangi PAS sebelum ini juga merosot.

    PAS mendakwa, kemerosotan undi itu  berpunca daripada pengundi luar yang tidak pulang untuk mengundi.

    Namun dengan jumlah pengundi luar sekitar 2,000 ia masih tidak dapat memberi penjelasan sebenar tentang kemerosotan sokongan dan kalah peti undi Telaga Bata.

    Walaupun PAS seringkali menafikan wujudnya masalah dalaman, namun kekurangan undi si beberapa kawasan peti undi, sedikit sebanyak memberitahu adanya pihak yang tidak keluar mengundi atau dalam erti kata lainnya 'memboikot' pilihan raya kecil berkenaan.

    Ini dapat dilihat apabila wujudnya cakap-cakap yang mengatakan terdapat pemimpin tertinggi parti yang berasal dari negeri berkenaan kurang kelihatan sepanjang PRK Pengkalan Kubor ini berlangsung. Bagaimanapun, ketika ditanya perkara itu, segera dinafikan PAS.

    Justeru, selepas 12 hari berkempen dan BN mengekalkan kerusi itu dengan tambahan majoriti, maka di mana silapnya PAS?

    Adakah ia disebabkan kurang sokongan rakan sekutu daripada Pakatan atau masalah dalaman parti yang menjadi punca kekalahan?

    5 hrs ·
    ALHAMDULILLAH...
    Azmin Ali MB Selangor telah mendengar nasihat Tuan Guru Haji Hadi dengan tidak meletakkan Exco Kerajaan Negeri dari kalangan MUSLIMAT PAS kerana Wanita HARAM menjadi Pemimpin dalam menentukan dasar sesebuah Negeri atau Negara..
    Teuku Zacharyah Iskandar
    Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO.

    Thursday, 25 September 2014


    3 FOTO BEKAS KETUA PEMUDA PAS PUSAT MERANGKAP AHLI PARLIMEN TEMERLOH, USTAZ NASRUDDIN HASSAN DIBERI PENGHORMATAN LANCAR PROTON IRIZ.


    TEMERLOH: Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan hari ini diberi penghormatan melancarkan produk terbaru keluaran Proton iaitu Proton Iriz di cawangan Proton Temerloh pagi ini.
    Nasruddin dengan berjubah dan serban membuat pelancaran model kereta jenis kompak itu kira-kira jam 11.45 pagi ini dengan turut membacakan doa selamat.

    Produk baru Proton yang berkonsepkan hatchback itu dilancar serentak seluruh negara hari ini.

    Ia didatangkan dengan tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium, dalam tujuh warna.

    Model Iriz itu berharga antara RM42,438 dan RM62,888.

    Friday, 26 September 2014


    3 FOTO, ANGGOTA SINDIKET GORES DAN MENANG KENA BELASAH SEBELUM DISERAHKAN KEPADA POLIS.



    Omak Kau mendapat kiriman 3 gambar yang mengisahkan seorang anggota sindiket  gores dan menang kena belasah kerana gelagat menipu orang ramai.

    Sasaran utamanya ejen ini ialah warga emas.... Sindiket ini akan memaksa mangsanya untuk mengeluarkan wang julah ribuan ringgit dan kebanyakan mangsa berumur 50-an keatas.

    Mangsa juga dikatakan tidak akan dilepas jika wang tidak diberikan, dan mereka agak rakus kerana memaksa pelanggan pergi ke bank untuk mengeluarkan wang.

    Malangnya, seberani dan sepandai mana sindiket ini akhir silap langkah kena belasah dengan waris-waris salah seorang mangsa.

    Kejadian ini berlaku semalam di Kota Bharu, Kelantan.

    Wednesday, 24 September 2014


    ELAK MUKA DI KETAHUI UMUM, PEGAWAI-PEGAWAI KASTAM YANG DIBAWA KEMAHKAMAH UNTUK SAMBUNG REMAN SANGGUP TUTUP MUKA DENGAN SELUAR DALAM.



    Tempoh penahanan reman terhadap 15 anggota dan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) termasuk seorang yang bergelar Datuk dilanjutkan selama lima hari lagi bermula esok sehingga 29 September ini.
      
    Majistret Ahmad Solihin Abdul Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk melanjutkan tahanan reman mereka berhubung siasatan kes penyeludupan arak dan rokok yang tidak dibayar duti dan cukai kastam membabitkan kerugian RM4 bilion kepada negara.
      
    Kesemua mereka yang berpakaian lokap tiba di mahkamah, di sini pada jam 10.05 pagi.
      
    Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.
      
    Mereka merupakan kumpulan kedua yang direman di mahkamah sama pada 18 September lalu, termasuk dua dari Ipoh, Perak. 

    Pada 4 September lepas, kumpulan pertama iaitu seramai 12 pegawai Kastam ditahan reman berhubung kes sama.
      
    Penahanan kesemua individu itu adalah hasil pemantauan lebih setahun di kawasan Zon Perdagangan Bebas Cukai di Pelabuhan Klang (PKFZ).
    Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agong Mustafa Ali, Ketua Penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Politik Abd Hadi Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar, Raja Petra Kamaruddin, di Manchester, UK.

    Tiada ulasan: