• Azmin Ali Azmin Ali
1 / 1
PETALING JAYA - PKR mengadakan mesyuarat tergempar berhubung perkembangan terkini berkaitan perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Timbalan Presidennya, Azmin Ali berkata, mesyuarat itu bakal dipengerusikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, mesyuarat yang dijangka bermula jam 5 petang itu akan turut disertai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita akan adakan mesyuarat tergempar pukul 5 petang yang akan dipengerusikan oleh Presiden, ( Dr Wan Azizah), Ketua Umum ( Datuk Seri Anwar Ibrahim) mengenai perkembangan terkini...," katanya kepada para pemberita di luar ibu pejabat PKR di sini tadi.

Ditanya adakah perkembangan terkini melibatkan isu menteri besar Selangor, Azmin berkata: "Ya, ya, ya."

Azmin berkata demikian selepas kembali semula ke ibu pejabat PKR selepas 40 minit beredar, pada jam 4 petang.

Pada jam 5 30 petang Anwar dan Azizah tiba di perkarangan ibu pejabat PKR.

Antara yang dilihat hadir memasuki ibu pejabat PKR ialah Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua,  Shamsul Iskandar Mohd Akin serta Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad dan beberapa Adun Selangor.

Terdahulu, Azmin menegaskan bahawa beliau masih belum menerima sebarang surat berhubung perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Spekulasi bahawa Azmin bakal menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertiup kencang apabila Pas menamakan Adun Bukit Antarabangsa itu sebagai calon mereka.

Majlis angkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan di Istana Alam Shah pada pagi Selasa.5:59PM - 22 Sep 2014

'Saya mohon maaf, jika Hadi minta maaf pada Azizah'


Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata beliau bersedia memohon maaf kerana memanggil Datuk Seri Abdul Hadi Awang 'nyanyuk' jika presiden PAS itu meminta maaf kepada Presiden PKR atas komennya terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Biar saya katakan secara terbuka - saya tidak teragak-agak untuk menjadi orang pertama memohon maaf secara terbuka kepada Tok Guru Hadi Awang jika beliau juga memohon maaf kepada Kak Wan...," katanya.

Dalam Facebooknya, Pua berkata itulah perkara yang betul untuk dilakukan oleh seorang pemimpin agama.

Beliau dilaporkan memanggil Hadi nyanyuk kerana presiden PAS itu berkata beliau tidak menyokong Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor kerana beliau tidak mahu 'ahli-ahli PAS masuk neraka'.

"Dah nyanyuk ke?" itulah respon Pua terhadap kenyataan Hadi itu, menurut laporan pada Rakyat Post.

Pua mengulas surat terbuka dari individu yang kelihatan seperti penyokong PAS, yang menggesa MP Petaling Jaya Utara itu memohon maaf.

Kenyataan Hadi itu dibuat dalam muktamar tahunan PAS minggu lalu di Johor, di mana kumpulan ulama terus menentang pencalonan Wan Azizah dan juga ahli PAS yang menyokong presiden PKR itu.

Pua berkata beliau merindui "PAS lama PAS" yang telah bekerjasama  rapat dengan rakan-rakan dalam Pakatan.

Katanya, beliau ada ramai kawan baik dalam PAS yang merupakan pemimpin yang hebat, tetapi mendakwa mereka jelas dipinggirkan walaupun oleh parti mereka sendiri.