Ahad, 7 September 2014

SEMUA NAK CAKAP...TEST POWER...TEST MARKET....SEMUA NAK TUNJUK MACAM TAHU SERTA MACAM HEBAT....DAN MACAM2 NIAT...ALLAH SAJA TAHU...BERCANGGAH2 PULAK...NAMPAK PERINGKAT PEMIMPIN TAK DE USRAH...FIKRAH TAK SELARAS DAN BERCELARU




PKR, DAP Mungkin Jalin Kerjasama Dengan PasMA Selepas Hadi Buat Pusingan U

Diterbitkan: Sabtu, 6 September 2014 8:20 AM


Abdul Hadi dikatakan menghantar senarai nama baharu untuk jawatan Menteri Besar Selangor kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah.
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Tindakan dramatik yang menyaksikan PAS menghantar tiga nama dan menolak mencalonkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan Menteri Besar Selangor membawa kepada satu ancaman untuk memecah-belahkan parti Islam itu.
Cakap-cakap mengenai kemungkinan PKR dan DAP menarik masuk sebuah parti baharu alternatif kepada PAS berikutan kemunculan sebuah organisasi baharu dikenali sebagai PasMA (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia) yang ditubuhkan pada 11 Ogos lalu, mulai tersebar.
PKR, DAP dan beberapa pemimpin PAS kecewa dengan tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menamakan tiga ahli exco daripada PAS untuk jawatan kerusi panas itu.
Dan mereka mungkin berusaha mengubah haluan PasMA yang ditubuhkan sebagai badan bukan kerajaan, bulan lalu ke dalam parti politik.
Pada Khamis, muka depan The Star melaporkan PAS menghantar senarai nama kepada Sultan Selangor dengan menamakan ahli exco PAS untuk mengisi jawatan tertinggi itu.
Senarai nama pemegang jawatan PasMA yang kebanyakannya terdiri daripada penyokong Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kalangan PAS, tersebar melalui media sosial.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki berkata, PasMA ditubuhkan oleh sekumpulan invidivu yang terlibat dalam usaha mempengaruhi kepimpinan PAS sejak 1990.
Dr Zuhdi, yang juga Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, berkata kumpulan tersebut cuba untuk menentukan siapa yang patut memegang portfolio penting dalam parti, termasuk kedudukan ketua-ketua sayap dan jawatan tertinggi dalam parti.
"Tetapi kali ini, kita melihat satu langkah terdesak untuk mencabar Presiden PAS.
"Sekiranya mereka gagal untuk memaksa perubahan, saya tidak terkejut jika PasMA ditransformasikan sebagai sebuah parti politik," katanya.
Dr Zuhdi merupakan pemimpin PAS pertama menyerang Anwar berhubung agenda Langkah Kajang.
Presiden PasMA, Datuk Phahrol­razi Mohd Zawawi terkejut apabila mengetahui senarai nama pemegang jawatan dalam NGO itu yang berbeza, tersebar di media sosial.
"Saya tidak tahu jika ada sesiapa merampas pertubuhan kami. PasMA adalah sebuah NGO yang berdaftar dengan ROS (Pendaftar Pertubuhan).
"Mungkin terdapat entiti lain yang menggunakan nama yang sama tetapi berfungsi sebagai parti politik tanpa saya sedari," katanya.
Phahrolrazi, yang juga bekas timbalan pesuruhjaya PAS Kedah berkata, beliau merupakan Presiden PasMA dan Timbalannya adalah Ahmad Husin (Kelantan), manakala Taib Ahmad (Kedah) adalah setiausaha agung dan bendahari dipegang oleh Ismail Abdul Rahman.
"Kami ada kira-kira enam ahli jawatankuasa dan wakil dari setiap negeri," katanya.
Namun, di media sosial, nama pemegang jawatan yang tersebar berbeza dengan nama yang dinyatakan Phahrolrazi.
Dalam senarai tersebut, Ahmad Awang (Perak) dinamakan sebagai Mursyidul Am PasMa, Muhammad Husin (Kelantan) timbalan, manakala Datuk Husam Musa sebagai presiden, Timbalan Presiden Dr Hatta Ramli, Naib Presiden Dr Dzulkifli Ahmad, Khalid Samad dan Dr Mujahid Yusof Rawa.
Ketua Pemuda adalah Sheikh Omar, Ustaz Mohamad Nor sebagai ketua ulama dan ketua muslimat adalah Aiman Athirah.
Antara, ahli Jawatankuasa PasMA adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Hanipa Maidin.
Phahrolrazi berkata semasa Dr Hatta membantu penubuhan NGO itu, Husam tidak terlibat secara aktif.
"Husam mengadakan jamuan makan malam untuk kami apabila kami mengadakan forum di Kelantan pada minggu lalu. Tetapi Husam tidak menghadiri forum tersebut," katanya.
Phahrolrazi berkata, mereka merancang untuk mengadakan forum di Lembah Klang pada minggu lalu untuk membincangkan mengenai PAS dan Umno.
Katanya, antara penceramah jemputan untuk forum tersebut termasuk Ahmad Awang, Husam dan Dr Mujahid.
“PasMA ditubuhkan bagi menyediakan platform untuk perbincangan," katanya.8:14PM - 7 Sep 2014

Salahuddin: Tak bercanggah ulama-profesional


Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menegaskan tiada percanggahan antara golongan ulama dan profesional dalam PAS mengenai isu calon menteri besar Selangor.

Beliau berkata keputusan untuk tidak menuntut kerusi menteri besar hari ini telah pun dipersetujui semua pihak dalam PAS.

"Kita tak pernah bercanggah,” kata beliau ketika ditemui di Ijtima PAS Selangor di Seri Kembangan, Selangor hari ini.

“Mesyuarat kita bincangkan semua aspek kita berbahas dalam keadaan yang cukup harmoni dan kita bebas lahirkan semua perbezaan dalam pandangan dan akhirnya kita simpulkan dengan keputusan tadi.”

Hari ini, Timbalan Presiden Mohamad Sabu berkata, PAS akan menolak walaupun istana memilih anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka sebagai menteri besar baru Selangor.

Bagaimanapun, dalam sidang media sama, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, PAS akan bersetuju dengan apa sahaja pilihan sultan.

Ditanya mengenai dua jawapan berbeza dalam sidang media itu, Salahuddin tidak memberikan jawapan jelas.

Sebaliknya beliau hanya menegaskan PAS perlu menunaikan "tanggungjawab" tanpa mahu menghuraikan apakah maksud tanggungjawab yang dinyatakan.

Berikut petikan soal jawab antara Salahuddin petang tadi:

Wartawan: Apa komen Tuan mengenai jawapan berbeza yang diberikan oleh Mat (Mohamad) Sabu dan Cikgu Pa (Mustafa) dalam sidang media tadi.

Salahuddin: "Kita jelaskan dulu tentang pendirian kita. Itu line berbeza kita tunaikan dulu tanggungjawab kita. Tentang sultan itu, kita tunggulah titah (baginda)."

Apa komen Tuan mengenai keputusan mesyuarat pagi tadi?

"Kita mempertegaskan dalam mesyuarat pagi tadi bahawa kita tak terima jawatan itu. Dan itu keputusan yang konsisten dari dulu kita kata tak mahu terima jawatan itu.

Bagaimana dengan nama calon PAS yang diketengahkan Haji (Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang) untuk calon menteri besar?

Kita ulangi apa yang dikatakan presiden, kita hormati konsep raja berpelembaan dalam berikan titahnya. Tapi dari segi keputusan parti kita tetap menolak jawatan itu.

Jadi adakah ahli PAS patut menyokong keputusan presiden PAS?

Keputusan parti memang begitu keputusan parti dah dibuat tadi dan kita konsisten dalam keputusan itu.
4:21PM - 7 Sep 2014

Umno PP bantah swastakan pangkalan TUDM

Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang mahu kerajaan persekutuan memperincikan cadangan penswastaan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Butterworth, bagi tujuan pembangunan, yang dilihat akan menguntungkan pihak swasta dan menolak kepentingan rakyat.

Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Osman (bawah) berkata, selain mengambil kira faktor kepentingan rakyat, bantahan terhadap cadangan itu juga mengambil kira faktor geopolitik, alam sekitar, kawasan setempat dan aspek keselamatan serta pertahanan.

"Usul ini dibawakan oleh semua Umno bahagian di Pulau Pinang, jadi saya berharap pihak pucuk pimpinan dan kerajaan persekutuan akan melihat usul ini dengan teliti dan melihat apa yang tersirat daripada usul yang kita suratkan.

"Pembangunan TUDM adalah simbol yang boleh dilihat sebagai menghakis kekuasaan Umno di negeri Pulau Pinang khususnya di kawasan kubu kuat di Kepala Batas dan Tasek Gelugor...jadi ini kita akan pertahankan habis-habisan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Nibong Tebal di Nobong Tebal hari ini.

Pangkalan TUDM seluas 400 hektar itu merupakan pangkalan utama di utara tanah air dan diwujudkan sejak 1941 selain pangkalan di Kuantan, Pahang.

Kawasan itu akan dibangunkan sebagai Pusat Kesenian dan Riadah dan telah mendapat kelulusan daripada kerajaan untuk penempatan dan pembinaan semula pangkalan TUDM yang baharu di negeri ini melalui pertukaran tanah.

Projek itu akan dibangunkan melalui syarikat usaha sama antara TSR Capital Bhd (51 peratus), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) (30 peratus) dan Pembinaan Bukit Timah Sdn Bhd (19 peratus).

Zainal Abidin berkata pertemuan dua kali bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan isu berkenaan mendapat reaksi yang positif.

"Perdana menteri menyatakan beliau akan pertimbangkan sehalus-halusnya dengan mengambil kira kepentingan rakyat, beliau (perdana menteri) memberi harapan yang positif bahawa projek ini tidak akan diteruskan, tetapi tunggulah pengumuman rasmi pada masa akan datang," katanya.

Zainal Abidin berkata bantahan cadangan pembangunan TUDM itu tidak bermakna bahawa Umno Pulau Pinang menolak pembangunan sebaliknya jika mahu melaksanakan pembangunan ia harus menjaga kepentingan masyarakat setempat.

Katanya selain bantahan pembangunan di TUDM, usul lain yang dibawa oleh perwakilan Umno Bahagian Nibong Tebal ialah usul pendakwaan terpilih, kawalan terhadap media sosial dan mempertahankan Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

- Bernama

NIK AZIZ TIDAK BERSETUJU DENGAN PRESIDEN PAS
Keputusan Calon MB hendaklah diserahkan kepada Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat bukannya kepada Presiden PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.
Ini menunjukkan Tuan Guru Nik Aziz Nik hanya mengiktiraf 2 nama sahaja yang dihantar oleh AJK PAS PUSAT pada 17 dan 25 ogos 2014 yang telah disepakati oleh AJK PAS PUSAT secara bersama.. Dalam Politik Islam tiada Kuasa Veto dan Diktator.. Kita ada AJK PAS Pusat sebagai kata pemutus yg membuat keputusan.
Note :
AJK PAS Pusat pada 17 dan 25 Ogos 2014 telah bersepakat HANYA menghantar nama DR. WAN AZIZAH dan AZMIN ALI sahaja sebagai calon MB Selangor..
Dunia Barat sudah menolak Kuasa VETO dan Pemimpin Diktator dan berapa banyak pula pemimpin Diktator akan lahir dari kalangan negara umat islam,
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO
LikeLike · ·

Sunday, 7 September 2014


FORUM PASMA DITANGGUHKAN KERANA DATO' HUSAM MUSA DAN DATUK MUJAHID YUSUF TARIK DIRI SEBAGAI PANEL.



Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menangguhkan program forum terbuka mereka yang dijadualkan malam esok ekoran dua daripada tiga panel mereka membatalkan penyertaan di saat-saat akhir.

Setiausaha PasMa, Taib Ahmad dalam satu kenyataan ringkasnya kepada The Malaysian Insider berkata, pihaknya terpaksa menangguhkan program forum yang dijadual di Dewan Himpunan Cina esok.

"Kami terpaksa menangguhkan program forum esok selepas dua panel forum kami menarik diri di saat akhir," kata Taib dalam satu kenyataannya.

The Malaysian Insider difahamkan, dua panel iaitu Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan AJK PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof menarik diri daripada menyertai forum anjuran PasMa esok.

Mereka berdua dikatakan berbuat demikian selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat kira-kira lima jam hari ini di Pejabat Agung PAS.

PasMa menganjurkan forum terbuka bertajuk "PAS campur Umno – Ke mana halatuju?" malam esok selepas mesyuarat pertama mereka di Kota Bharu pada 31 Ogos lepas.

Ia ditubuhkan ketika pimpinan PAS berbeza pendapat dan dilihat sedang membuat provokasi terhadap rakan mereka dalam Pakatan Rakyat ekoran krisis penukaran MB Selangor.

Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi menegaskan persatuannya itu kekal sebagai badan bukan kerajaan (NGO) dan akan berusaha mengukuhkan sistem dua parti di negara ini.

"Kami akan memperkukuhkan sistem dua parti yang sudah berjalan dengan baik kini," katanya yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kedah kepada The Malaysian Insider.

NAMPAK GAYANYA HASRAT DAN NIAT PARA PEMECAH PAKATAN RAKYAT TIDAK KESAMPAIAN.
Pendedahan Siapa Sebenarnya 'Apek' Lim Siong Guan
Posted on Sunday, September 07 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

Pendedahan Siapa Sebenarnya 'Apek' Lim Siong Guan [BACALAH...] | APEK tua ni hanyalah antara ribuan pengguna MRT setiap pagi di Singapura. Tak ramai yang cam atau kenal siapakah apek ini hinggalah baru-baru ini akhbar republik itu mendedahkan identitinya.



http://www.inikalilah.org/2014/09/pendedahan-siapa-sebenarnya-apek-lim.html
'Apek' yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah Lim Siong Guan. Lim untuk pengetahuan anda adalah orang nombor satu di negara itu yang ditugaskan untuk mentadbir pelaburan dan khazanah Singapura.


http://www.inikalilah.org/2014/09/pendedahan-siapa-sebenarnya-apek-lim.html
Jawatannya adalah Group President of Singapore Sovereign Wealth Fund GIC, atau kalau aku translate ke Bahasa Melayu - Presiden Kumpulan Pertubuhan Pelaburan Pemerintah Singapura.


http://www.inikalilah.org/2014/09/pendedahan-siapa-sebenarnya-apek-lim.html
Punyalah humble dan sempoi Uncle Lim ni, beg duit dia pun tak pernah berganti sejak 10 tahun lalu, siap ada sticker yang cucu-cucunya lekat. Agak2 ada tak CEO mana-mana GLC kat Malaysia 'perangai' macam Uncle Lim ni? Lupakanlah. [Baca artikel seterusnya di...]

Sumber "


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
matuse68
Posted on Sunday, September 07 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
 
 
 

Jawatan MB S'gor: PAS tak tuntut, serah kepada Sultan


KUALA LUMPUR: PAS sekali lagi menegaskan tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor yang telah dipersetujui untuk diberikan kepada PKR.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata juga berkata, pada peringkat ini PAS memutuskan untuk menyerahkan isu perlantikan itu kepada budi bicara Sultan Selangor.

"PAS pusat kekalkan keputusan yang pernah kita (PAS) buat sebelum ini iaitu tidak menuntut jawatan menteri besar selangor
.
"PAS bersetuju bahawa jawatan Menteri Besar selangor adalah ialah untuk PKR," katanya ketika sidang media selepas mesyuarat bulanan Jawatankuasa PAS Pusat, di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut.

Mengulas isu calon PAS yang dikemukakan parti itu, beliau berkata PAS hanya menyerahkan nama cadangan dan ia bukan satu isu.

Sebelum ini beliau memaklumkan PAS telah menyerahkan tiga nama calon iaitu dua dari PKR dan satu dari PAS.
- HARAKAHDAILY 7/9/2014
AJK PAS Pusat sanggah Hadi, tetapkan kerusi MB Selangor milik PKR
pada 07-09-2014 04:09 Ditulis Oleh Nurshakira Buang
Post Pic

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa PAS Pusat hari ini menegaskan untuk tidak menuntut kerusi Menteri Besar Selangor, sekaligus menolak tindakan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilapor mencalonkan tiga Adun PAS  kepada Istana Selangor untuk mengisi jawatan itu. 
 
"Keputusan mesyuarat hari ini memutuskan PAS tetap dengan keputusan sebelum ini tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor," kata Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali pada sidang akhbar selepas mesyuarat AJK PAS Pusat.  
 
“(Keputusan) yang hari ini (adalah) yang terakhir,” kata Mustafa. 
 
Hadi mempengerusikan mesyuarat lima jam itu namun tidak hadir pada sidang media berkenaan. 
 
Bagaimanapun Mustafa mendakwa keputusan itu turut didokong oleh Hadi.
 
“Presiden hadir  bersama dengan kita hari ini..ertinya dia bersama dengan kita,” kata beliau. 
 
Mustafa enggan mengupas tindakan Hadi menghantar beberapa nama calon MB daripada parti itu untuk pertimbangan Istana Selangor.
 
“Nama (yang dihantar Hadi) tak apa, kita beri  nama tidak bermakna Tuanku (Sultan) tidak memahami perkara (ini). Bagi kita peringkat parti sebagaimana kita sebut jawatan Menteri Besar, PAS tak tuntut,” tegasnya.
 
Beliau berkata Jawatankuasa PAS Pusat mengambil ketetapan untuk menyerah kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membuat keputusan.
 
Kelmarin Hadi terang-terangan menyifatkan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai tidak berkaliber untuk menjadi MB Selangor "dan bukan kerana beliau wanita." 
 
PKR dan DAP mengemukakan Wan Azizah sebagai calon tunggal mereka kepada Sultan Sharafuddin untuk mengisi jawatan MB sungguhpun baginda menitahkan parti-parti komponen Pakatan Rakyat mengemukakan lebih daripada dua calon. 
 
Setakat ini Hadi tidak menafikan laporan bahawa beliau mengemukakan nama tiga ADUN PAS termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad untuk pertimbangan Sultan bagi jawatan itu. 
 
Mohamad Sabu sebelum ini mengesahkan Hadi bertindak bersendirian dalam mengemukakan senarai calon itu sungguhpun AJK PAS Pusat menetapkan Wan Azizah dan timbalan presiden PKR Azmin Ali akan dicalonkan. 
 
PAS dan PKR bertelagah sejak sebulan lalu setelah PKR memecat Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti itu di atas tuduhan terbabit dalam beberapa urusan mencurigakan. 
 
Hadi dan golongan ulama PAS menolak Wan Azizah yang ditampilkan oleh PKR sebagai calon tunggal untuk menggantikan Khalid dan  polimik itu berlarutan sehingga memecah belahkan Pakatan Rakyat.

 
8:00PM - 7 Sep 2014

Majlis Syura tegaskan kuasanya & presiden


Majlis Syura Ulama menegaskan bahawa presiden PAS mempunyai kuasa pemutus dalam perkara melibatkan kepentingan parti dan anggota jawatankuasa pusatnya pula harus menjalankan arahan diberikan.

Menurut kenyataan badan kedua tertinggi pembuat dasar selepas muktamar itu, kedua-dua perkara itu termaktub dalam perlembagaan PAS, seperti berikut:

  • Fasal 26 (1) (a) yang menyatakan presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS.
     
  • Menjadi kewajipan ahli jawatankuasa kerja pusat PAS untuk menjalankan tugas dan arahan-arahan oleh presiden sebagaimana diperuntukkan dalam Fasal 26(9)(m).
Majlis Syura juga membariskan sebuah hadis berkaitan kepimpinan yang bermaksud:

"Hendaklah kalian dengar dan taat, meskipun yang menjadi ketua di kalangan kalian seorang hamba berbangsa Habsyi."

Menurut Harakahdaily, perkara itu diputuskan oleh majlis itu yang bersidang hari ini. Majlis itu sebelum ini jarang mengeluarkan kenyataan media dalam sesuatu isu.

Kenyataan itu dilihat dibuat bagi meredakan kemarahan sebahagian pihak dalam PAS yang mempertikaikan tindakan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mengambil pendirian berbeza dengan jawatankuasa pusatnya dalam isu calon pengganti menteri besar Selangor.

Jawatankuasa pusat PAS sebelum ini memilih Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail di samping timbalannya Azmin Ali.

Bagaimanapun, PAS kemudiannya menghantar nama lain, termasuk anggota dewan undangan negerinya dan tidak langsung mencalonkan kedua-dua pemimpin kanan PKR itu.

Hadi dan timbalan mursyidul AM PAS Datuk Haron Din, orang nombor dua dalam Majlis Syura, kemudiannya menjelaskan Azizah tidak layak untuk menjadi menteri besar dan ia ditolak bukan sebab seorang perempuan, seperti dispekulasikan sebelum ini.

Sementara itu, kenyataan Majlis Syura juga hari ini menegaskan kuasanya untuk “menjelas, menghurai dan mentafsirkan perlembagaan PAS” seperti termaktub dalam Fasal 8 (1) (a) Perlembagaan PAS.

Selain Majlis Syura, jawatankuasa pusat PAS turut bermesyuarat hari ini membincangkan isu sekitar penggantian Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun pendirian sebenar jawatankuasa itu masih tidak apabila kenyataan dua pemimpin utamanya kelihatan berbeza nada.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini berkata PAS akan menolak jika ADUN mereka dipilih sebagai menteri besar baru oleh istana.

Manakala setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali pula berkata akan akur pada apa jua keputusan istana.

Presiden ada kuasa pemutus - Majlis Syura Ulamak

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang hari ini membuat keputusan bahawa Presiden PAS mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara melibatkan kepentingan parti.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, mereka berkata ia merujuk kepada berdasarkan Fasal 26 (1) (a) yang menyatakan bahawa Presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS.

Majlis Syura Ulamak juga memutuskan bahawa adalah menjadi kewajipan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk menjalankan tugas dan arahan-arahan oleh Presiden sebagaimana diperuntukkan dalam Fasal 26(9)(m).

Berikut kenyataan penuh Majlis Syura Ulamak

Dengan merujuk kepada Perlembagan PAS, Fasal 8 (1) (a), yang memberikan kuasa kepada Majlis Syura Ulamak untuk menjelas, menghurai dan menafsirkan Perlembagaan PAS, maka mesyuarat Majlis Syura Ulamak yang bersidang pada Ahad, 7 September 2014, membuat keputusan bahawa:

1) Presiden mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara yang melibatkan kepentingan parti berdasarkan Fasal 26 (1) (a) yang menyatakan bahawa Presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS.

Ketua yang dimaksudkan di dalam fasal tersebut mestilah difahami seperti mana disebutkan di dalam Hadis Nabi اسمعو واطيعوا ولو تأمر عليكم عبد حبشي

"Hendaklah kalian dengar dan taat, meskipun yang menjadi ketua di kalangan kalian seorang hamba berbangsa Habsyi."

2) Bahawa menjadi kewajipan Ahli  Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk menjalankan tugas dan arahan-arahan oleh Presiden sebagaimana diperuntukkan dalam Fasal 26(9)(m).

Majlis Syura Ulamak menyeru kepada semua ahli dan penyokong PAS, agar bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi negatif yang boleh merugikan perjuangan Islam.
- HARAKAHDAILY 7/9/2014
slam Bangkit's photo.
Akhlak pemimpin agong....

Photo: Akhlak pemimpin agong....

 

Tiada ulasan: