• Wacana31
1 / 1
SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menyifatkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terlebih layak untuk memegang jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Beliau berkata, Dr Wan Azizah mempunyai latar belakang dan kelulusan yang baik untuk menjawat jawatan itu.

"Dr Wan Azizah calon terbaik. Saya pun tak ada kelulusan macam beliau. Dr Wan Azizah ni terlebih layak," katanya.

Bagaimanapun,  parti politik yang mentadbir perlu hormat dan akur dengan permintaan istana sekiranya mahu isu pertukaran Menteri Besar Selangor berakhir dengan baik.

"Kita tidak mahu isu (menteri besar) terus berpanjangan. Kalau makin banyak keluar cerita nanti akan buka pekung di dada," katanya.