Rabu, 3 September 2014

BILA TAHALLUF SIASI TIDAK DIFAHAMI SECARA MENYELURUH....BILA KITA LUPA DIRI...SOMBONG BODOH...KACANG LUPAKAN KULIT....JANGAN SAMPAI ORANG KATA MELEPASKAN ANJING TERSEPIT...HAIRANKAN DIRI...MUNGKIR KESEPAKATAN...KITA TAK DAPAT MEMENUHI SEMUA KEHENDAK KITA SEBAB KITA BEKERJASAMA ...JANGAN LUPA AMBIL MUDHARAT KECIL DAN TINGGALKAN MUDHARAT BESAR

Tahalluf siasi punca utama kejayaan PAS


POLITIK kerjasama dengan pelbagai ideologi, bangsa, kaum dan pertubuhan bukan kerajaan di Tanah Melayu (Malaya) dan di Malaysia bukanlah satu perkara baru - pelbagai pertubuhan politik dan NGO pernah bergabung pada 1947, antaranya parti-parti seperti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), badan-badan agama, pertubuhan-pertubuhan Cina, India bergabung untuk menuntut merdeka, dan Perlembagaan Rakyat telah dikemukakan.

Mereka bersatu sehingga dapat membuat tindakan mogok di seluruh negara untuk menghadapi penindasan dan pemerintahan British.

British yang menjajah Malaya pada waktu itu terasa amat tergugat, lalu selepas itu diisytiharkan darurat, maka pertubuhan-pertubuhan seperti  PKMM, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Angkatan Pemuda Insaf (API) diharamkan, kecuali yang diizinkan untuk terus beroperasi adalah Umno.

Parti Hizbul Muslimin yang ditubuhkan di Gunung Semanggol juga diharamkan oleh pihak British. Pemimpin-pemimpin PKMM, AWAS, API dan Hizbul Muslimin kebanyakannya meringkuk di dalam penjara.

Perkara yang hendak saya tekankan di sini, ialah bersatunya, muafakat, “tahalluf siasi” telah menyebabkan pemerintah tergugat pada waktu itu. Ia berlaku sehinggalah pada 1957, dan British meninggalkan tanah air dan memberikan kemerdekaan kepada Malaya yang diketuai oleh Umno untuk mengambil alih pemerintahan Malaya merdeka bersama-sama dengan MCA dan MIC.

PAS bertanding di dalam pilihan raya bersama parti-parti politik lain yang kuat pada waktu itu, iaitu Parti Buruh, Parti Negara, Parti Sosialis dan Parti Rakyat. Kalau kita lihat sejarah kejayaan PAS dalam pilihan raya, ialah apabila berlakunya pakatan atau “tahalluf”.

Pada 1959, PAS berjaya menang dan menguasai dua negeri, iaitu Kelantan dan Terengganu apabila ada muafakat politik terutama dengan Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn Jaafar yang menyebabkan pada pilihan raya pada tahun 1959 itu, PAS dapat menguasai Kelantan dan juga Terengganu.

Mana kala pada pilihan raya tahun 1969, tidak ada permuafakatan terbuka, tetapi antara pembangkang ada persefahaman untuk menghadapi Parti Perikatan, maka PAS berjaya mencapai kejayaan di sebelah pantai Barat iaitu di Kedah, di Perak dan juga membuat kemajuan yang baik dari segi sokongan di negeri sebelah pantai Barat seperti di Selangor, Melaka dan juga beberapa negeri yang lain.

“Tahalluf” atau permuafakatan politik, PAS bersama dengan Barisan Nasional pada tahun 1974, tidaklah ia dapat diukur dengan kekuatan kerana pada waktu itu PAS telah bersama dengan parti pemerintah yang baru menghadapi situasi 13 Mei dan kesatuan rakyat terutama parti-parti politik berada dalam Barisan Nasional seperti Gerakan, PAS dan beberapa parti lagi.

Pada 1977 dalam bulan November, PAS telah disingkirkan daripada Barisan Nasional. Mana kala apabila berlaku pilihan raya pada tahun 1978 PAS telah menghadapi Barisan Nasional yang ber”tahalluf”  dengan BERJASA, maka PAS telah mengalami kekalahan yang teruk di Kelantan dan hilang kuasa untuk memerintah, PAS hanya memperoleh dua kerusi di Kelantan dan tiada memperoleh sebarang kerusi di Terengganu dan di Kedah pula PAS hanya memenangi beberapa kerusi Dun dan satu sahaja kerusi Parlimen.

Pada 1986, apabila berlaku peristiwa Memali secara umumnya orang-orang Melayu agak marah kepada pemerintah Barisan Nasional. Ceramah dan himpunan yang PAS anjurkan dan lakukan mendapat sambutan yang begitu hebat terutama di negeri Kedah, di negeri Kelantan dan juga di Terengganu.

Tetapi apabila datangnya pilihan raya pada 1986, PAS hanya berjaya menang tiga kerusi Dun di Kedah, dan juga lima kerusi Dun di Terengganu, dan hanya 10 kerusi Dun di Kelantan, serta beberapa kerusi Parlimen tradisi seperti di Pengkalan Chepa, Kubang Kerian, Rantau Panjang dan Pasir Mas yang berjaya dimenangi oleh PAS.

Pakatan politik ada pada pilihan raya pada tahun 1986, tetapi ia hanya daripada parti-parti yang kecil seperti NASMA pimpinan bekas Presiden Ceupacs iaitu Mohd Nor, selain itu ialah Parti Pekerja dan juga Majlis Perundingan Masyarakat Cina (CCC).

Orang bukan Melayu pada umumnya masih bersama dengan MCA, Gerakan dan DAP. Amat sedikit sekali yang menyokong dan bersama parti-parti kecil. Oleh itu pada 1986 kemenangan PAS berada di tahap yang paling parah, iaitu hanya satu kerusi Parlimen yang dimenangi melalui Parlimen Pengkalan Chepa, iaitu Ahli Parlimennya Pak Nilah Arshad.

Pada pilihan raya tahun 1990 pula berlaku satu “tahalluf” atau pakatan politik dengan (APU) iaitu Parti Semangat 46, dengan DAP secara “indirect”, maka pada tahun 1990, PAS dan  APU telah berjaya mengambil alih pentadbiran Kelantan, menang beberapa kerusi di Terengganu, menang beberapa kerusi di Pahang, Kedah, Johor dan juga di Selangor.

Pada pilihan raya tahun 1995, PAS telah berjaya memenangi negeri Kelantan, walaupun begitu DAP yang tidak bersama dengan PAS menyebabkan kita hilang dan juga kita tidak berjaya memungut undi dan tidak berjaya memenangi kerusi Dun dan Parlimen di seluruh Malaysia, walaupun berjaya mempertahankan Kelantan.

Pada pilihan raya tahun 1999, di atas peristiwa yang berlaku kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, maka lahirlah Parti Keadilan Rakyat (KeADILan). PAS bergabung atau “tahalluf siasi” dengan Parti Keadilan Rakyat dan DAP secara tidak langsung di bawah Barisan Alternatif. Inilah kejayaan di antara yang paling besar yang pernah dicapai oleh PAS, di mana kita PAS berjaya mendapat kemenangan 27 kerusi Parlimen iaitu Kedah (8), Kelantan (10), Terengganu (7) dan Perak (2), dan seterusnya menguasai Kelantan dan juga Terengganu yang ditawan semula oleh PAS selepas hilang kerajaan ini pada tahun 1962.

Pada pilihan raya tahun 2004, DAP telah mengumumkan untuk meninggalkan dan keluar daripada Barisan Alternatif di atas beberapa perkara yang mereka tidak bersetuju dan tidak bersamaan dengan PAS terutama dalam hal konsep negara Islam, maka pada tahun 2004 ini PAS telah mengalami kekalahan yang agak teruk, hilang kerajaan Terengganu, manakala di Kedah PAS hilang kerusi-kerusi Parlimen, yang tinggal hanyalah satu kerusi di peringkat Parlimen di Kedah dan lima kerusi Parlimen di Kelantan.

Menjelang pilihan raya pada tahun 2008, PAS bersama dengan KeADILan, DAP dan badan-badan NGO yang lain telah bersatu tenaga di bawah BERSIH dan di bawah slogan perjuangan bersama untuk menegakkan Negara Berkebajikan, “tahalluf siasi” dijulang, diangkat dan dipersembahkan kepada rakyat, maka pada pilihan raya tahun 2008 kejayaan yang paling tinggi telah dicapai oleh pembangkang semenjak merdeka, di mana lima negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. PAS telah mendapat 23 kerusi parlimen dan 82 kerusi Dun di seluruh Malaysia.

Pakatan Rakyat dan “tahalluf siasi” diteruskan menjelang PRU13, iaitu pilihan raya pada tahun 2013, di mana sekali lagi Pakatan Rakyat mencatat kemenangan undi popular. Iaitu Pakatan Rakyat mendapat undi popular lebih 52% dan Barisan Nasional mendapat undi 46%, setelah ditolak undi rosak lebih kurang 2%. Walaupun hilang dan tidak berjaya menawan semula Terengganu, PAS hanya kehilangan dua kerusi untuk memerintah semula Terengganu. Merosot sedikit undi di Kedah, tetapi kejayaan yang besar ialah PAS telah capai di Selangor iaitu berjaya mencapai kemenangan 15 kerusi Dun.

Saya hendak simpulkan di sini,kejayaan PAS melonjak apabila ada di dalam pakatan atau “tahalluf siasi” atau 'coalition' dan PAS mendapat undi yang parah apabila tidak ada “tahalluf”, tidak ada pakatan atau bertelagah di antara parti-parti dalam pakatan. Iaitu kita kurang mendapat sambutan pada tahun 1995, paling parah pada tahun 2004 apabila DAP meninggalkan Barisan Alternatif, kita telah hilang pemerintahan di negeri Terengganu, kita merosot undi di seluruh negara termasuk undi orang-orang Melayu Bumiputera, tetapi kita (PAS) melonjak kembali mendapat undi rakyat pada tahun 2008 apabila Pakatan Rakyat terserlah kejayaan mereka bersatu untuk menghadapi pemerintah Barisan Nasional.

Oleh itu jikalau PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat berangan atau berazam untuk menguasai Putrajaya, iaitu melalui pilihan raya dan proses demokrasi, maka tidak ada jalan yang lain, melainkan jalan yang terbaik melalui kerjasama politik antara parti-parti pembangkang dan NGO untuk hadapi pemerintah Barisan Nasional. – HARAKAHDAILY 2/9/2014

 


Bersedia hadapi pilihan raya Selangor 

10:00AM Sept 01 2014
Tan Jooi Long


SUARA LANTANG: Rabu ini merupakan hari penentuan menteri besar baru Selangor, atau yang seolah-olah paling mungkin, sama ada pilihan raya akan dijalankan bagi menyelesaikan kebuntuan mengenai pelantikan itu. Adakah baginda Sultan akan menerima pencalonan tunggal PKR/DAP, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau baginda akan memberi mandat kepada calon-calon lain PAS? Adakah baginda akan menolak pencalonan Wan Azizah dan memerintahkan PKR dan DAP untuk mencadangkan calon-calon lain, atau adakah baginda akan membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya baru? Bagaimana pun, satu perkara adalah pasti. Jika pilihan raya baru dijalankan, PAS akan menjadi punca senario paling buruk, dan akan menerima beban kemarahan pengundi. Pemimpin Pakatan Rakyat membunyikan amaran bahawa gabungan itu akan membayar harga yang besar dengan kehilangan kerusi, jika krisis Menteri Besar itu mencetuskan pilihan raya.

 Gabungan itu juga boleh kehilangan kerajaan negeri kerana PAS juga mungkin akan kehilangan lebih separuh daripada 15 kerusinya, manakala DAP boleh kehilangan dua atau tiga daripada 15 kerusinya, dan tiga atau empat daripada baki 13 kerusi PKR selepas pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Pakatan PAS, PKR dan DAP ini mungkin akan kehilangan kuasa di negeri ini kerana ia mungkin tidak mendapat lebih 25 kerusi daripada 56 kerusi dalam DUN itu.


Merdeka Center bagaimanapun menegaskan bahawa majoriti pengundi terus menyokong Pakatan di sebalik krisis kepimpinan yang berlarutan. Kaji selidik baru-baru ini menunjukkan bahawa 57% daripada pengundi Selangor berkata, mereka masih akan memberikan Pakatan peluang untuk mentadbir negeri ini sekali lagi jika pilihan raya diadakan tidak lama lagi. Hanya 29% daripada pengundi berkata mereka tidak akan memberikan gabungan itu mandat baru, manakala baki 15% tidak pasti. Memandangkan hasil kaji selidik ini, hakisan sokongan pengundi tidak akan menyebabkan Pakatan kehilangan kerajaan negeri, tetapi ia akan mengurangkan majoriti lebih tiga suku mereka. Dengan kiraan semasa berada pada 43 kerusi daripada 56 dalam Dewan Undangan Negeri, hanya perubahan besar-besaran yang akan menghakis majoriti itu

akan menang majoriti mudah dengan selesa, dengan kebanyakan kehilangan kerusi berlaku di pihak PAS. Menang atau kalah, ramalan menganggap bahawa PAS, PKR dan DAP akan menyertai pemilihan baru sebagai sebuah gabungan yang utuh. Tetapi bagaimana jika PKR/DAP membuat keputusan untuk menamakan calon mereka di kerusi-kerusi PAS? Pasti buruk padahnya bagi parti Islam itu. Tetapi ia juga mungkin bermakna bahawa Pakatan akan kehilangan kawalan terhadap Selangor. PAS telah mengalami kerosakan yang lebih teruk berbanding sekutu-sekutunya dalam Pakatan. Pengendalian kepimpinannya terhadap krisis MB ini tidak konsisten, mencerminkan pertelagahan di antara puak konservatif dan progresif yang juga boleh menyebabkan perpecahan dalam parti itu. Perbezaan pendapat yang ketara juga mungkin membawa kepada perebutan kepimpinan dalam pemilihan parti itu tahun depan, jika bukannya pertarungan langsung di muktamarnya bulan depan. Sementara itu,

PAS berisiko kehilangan sokongan pengundi jika ia terus mengikuti jalan yang bertentangan dengan PKR dan sekutunya DAP. Sekiranya pilihan raya negeri dilakukan, PAS akan mengalami kerugian yang terbesar dan menjadi punca kekalahan Pakatan. Kempen hudud parti Islam ini telah menghakis sokongan pengundi bukan Islam, dan ia akan dihukum oleh pengundi bukan Melayu, jika ia berkempen di luar Pakatan. PAS berkembang di luar kawasan pedalaman majoriti Melayu Kelantan, Terengganu dan Kedah pada pilihan raya umum 2008 dan 2013. Ia mendapat kejayaan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor, memenangi 23 kerusi parlimen pada tahun 2008 dan 21 pada tahun 2013, berbanding hanya tujuh kerusi pada tahun 2004.

Nasib PAS dalam pilihan raya bergantung kepada komitmennya yang berterusan kepada Pakatan. Jika tidak, parti ini memiliki risiko kehilangan kerusi campuran penting yang mempunyai pengundi bukan Melayu dan bukan Islam, kerana ia amat bergantung kepada sokongan padu itu untuk memenangi banyak kerusi, terutamanya di Selangor. Sokongan pengundi Melayu juga akan merosot jika parti ini meninggalkan Pakatan. Pilihan terbaiknya jika mahu kekal relevan dalam politik adalah untuk kekal dengan gabungan itu. PAS memenangi 15 kerusi negeri di Selangor pada pilihan raya umum tahun lepas, meningkat daripada hanya lapan pada tahun 2008.

 Tujuh kerusi PAS sedang menghadapi risiko: Sabak, Dusun Tua, Seri Serdang, Paya Jaras, Sijangkang, Morib dan Tanjung Sepat, semua dimenanginya pada 2013 dengan majoriti di bawah 2,000 undi. Malah naib presiden PAS, Salahuddin Ayub mengakui partinya bakal mengalami kerugian yang paling banyak melalui pilihan raya negeri.


PAS akan paling sengsara, katanya. "Jika kami gagal menyelesaikan masalah ini, Pakatan Rakyat mungkin kalah dalam pilihan raya negeri." Tan Jooi Long merupakan bekas pengarang Bernama yang pernah menerajui operasi sebuah agensi berita AS yang berpengkalan di Asia Pasifik. Beliau juga kerap menulis Twitter. 

KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS NAFI MENURUNKAN TANDA TANGAN KENYATAAN WANITA PAKATAN RAKYAT SOKONG KAK WAN SEBAGAI DATO' MENTERI BESAR SELANGOR YANG BARU.



Kenyataan Wanita Pakatan Rakyat yang menyatakan sokongan penuh terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor tidak ditandatangani oleh Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.

Malah, kenyataan itu juga belum sempat diperhalusi Siti Zailah berkaitan ayat-ayat dan maksud kenyataan tersebut, tegas Siti Zailah dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily, pagi ini.

"Kenyataan semalam disebar tanpa sempat saya perhalusi dan ditandatangani serta Dewan Harian Muslimat turut memutuskan untuk menangguhkan kenyataan itu kerana membawa maksud yang berbeza," tegas beliau lagi yang sibuk dengan jadualnya di Sabah, kelmarin.

Bagaimanapun katanya, beliau memang ada menyatakan sokongannya terhadap Wan Azizah, tetapi ia berdasarkan kepada keputusan PAS Pusat yang mencadangkan Wan Azizah dan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali sebelum ini.

Siti Zailah yang kesal dengan penyebaran kenyataan tersebut turut menegur pimpinan wanita yang bertindak menyebarkan kenyataan tersebut tanpa tandatangan beliau.

"Saya tidak mahu berbalah. Hanya Allah yang mengetahui isi hati saya. Wala' kami kepada keputusan PAS Pusat sahaja," kata beliau lagi.

Semalam, Wanita Pakatan Rakyat mengeluarkan kenyataan bersama untuk menyatakan sokongan penuh kepada Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Kenyataan itu didakwa turut ditandatangani Siti Zailah, yang dilihat tidak selari dengan keputusan PAS Pusat berhubung krisis politik di Selangor itu. - HARAKAHDAILY 2/9/2014


Diperturunkan berita yang berkaitan.

KUALA LUMPUR, 1 SEPT: Wanita Pakatan Rakyat menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Sokongan itu dinyatakan Ketua Wanita DAP Chong Eng, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan juga Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusoff dalam satu kenyataan bersama sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-57.

Sokongan Siti Zailah adalah satu kejutan, memandangkan PAS sebelum ini turut mencadangkan nama kedua, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, yang kemudiannya menolak kerana berpegang kepada keputusan majlis pimpinan pusat PKR untuk kekal dengan satu nama.

“Hari ini (31 Ogos) wanita Pakatan bersatu dalam menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Kami bersama-sama untuk mengesahkan pendirian kami, bahawa beliau seharusnya dilantik sebagai Menteri Besar.

“Apabila perlembagaan negeri sendiri tidak menyokong diskriminasi gender, jelas bahawa wanita boleh mengetuai negeri,” kata mereka.

Mengulas lanjut kata mereka, masalah pelantikan tidak akan timbul jika Wan Azizah adalah seorang lelaki, memandangkan beliau sudah pun memiliki sokongan majoriti 30 daripada 43 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.

“Kenapa ada penentangan yang begitu mengganggu terhadap wanita sebagai Menteri Besar?” soal mereka.
Kata mereka lagi, kepimpinan tokoh wanita yang mesra dipanggil ‘Kak Wan’ itu sudah pun terbukti apabila mengepalai gerakan Reformasi pada tahun 1999 dan menjadi Presiden PKR sehingga kini.

“Beliau adalah wanita kedua dalam sejarah Malaysia yang mengetuai parti politik, selepas Ganga Nayar yang menubuhkan Parti Pekerja-Pekerja Malaysia pada tahun 1978.

“Kak Wan juga mendapat sokongan sebulat suara untuk menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen selepas Pilihanraya Umum (PRU) 2008,” kata mereka lagi.

Keteguhan Wan Azizah kata mereka, terbukti apabila tidak pernah mengundur dalam perjuangan walaupun terpaksa menghadapi serangan BN tanpa henti selama 16 tahun.

“Itu adalah kayu ukur sebenar bagi seorang pemimpin. Kak Wan adalah pemimpin contoh dalam politik Malaysia, sebaris dengan tokoh-tokoh wanita lain.

“Beliau miliki kesedaran dan hati nurani yang diperlukan negara, dan Selangor khususnya,” tegas kenytaan tersebut. – Roketkini.com

Zailah tidak tandatangani kenyataan sokong Azizah

KUALA LUMPUR: Kenyataan Wanita Pakatan Rakyat yang menyatakan sokongan penuh terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor tidak ditandatangani oleh Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.
Malah, kenyataan itu juga belum sempat diperhalusi Siti Zailah berkaitan ayat-ayat dan maksud kenyataan tersebut, tegas Siti Zailah dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily, pagi ini.
"Kenyataan semalam disebar tanpa sempat saya perhalusi dan ditandatangani serta Dewan Harian Muslimat turut memutuskan untuk menangguhkan kenyataan itu kerana membawa maksud yang berbeza," tegas beliau lagi yang sibuk dengan jadualnya di Sabah, kelmarin.
Bagaimanapun katanya, beliau memang ada menyatakan sokongannya terhadap Wan Azizah, tetapi ia berdasarkan kepada keputusan PAS Pusat yang mencadangkan Wan Azizah dan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali sebelum ini.
Siti Zailah yang kesal dengan penyebaran kenyataan tersebut turut menegur pimpinan wanita yang bertindak menyebarkan kenyataan tersebut tanpa tandatangan beliau.
"Saya tidak mahu berbalah. Hanya Allah yang mengetahui isi hati saya. Wala' kami kepada keputusan PAS Pusat sahaja," kata beliau lagi.
Semalam, Wanita Pakatan Rakyat mengeluarkan kenyataan bersama untuk menyatakan sokongan penuh kepada Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor.
Kenyataan itu didakwa turut ditandatangani Siti Zailah, yang dilihat tidak selari dengan keputusan PAS Pusat berhubung krisis politik di Selangor itu. - HARAKAHDAILY 2/9/2014

PPS pertubuhan sah, sama seperti JKKK dan JKKKP








pps-ditahan-polis
GEORGE TOWN, 1 SEPT: Pasukan Peronda Sukarela (PPS) adalah pertubuhan sah yang diluluskan kerajaan negeri Pulau Pinang, sama seperti Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang ditubuhkan kerajaan negeri ataupun JKKK (P) yang ditubuhkan kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, PPS adalah badan sah yang diluluskan kerajaan negeri menerusi mesyuarat Exco pada 8 April 2009 bermatlamat membantu kerja bantuan bencana dan kecemasan serta memberikan segala bantuan kepada pihak polis.
“Semua rakyat Pulau Pinang dibenarkan mengambil bahagian tanpa kira kaum, agama ataupun latarbelakang. Sejak kelulusan itu PPS menjalankan tugas dengan baik dengan restu pihak polis.
“Selama empat tahun ini, PPS tidak menghadapi sebarang masalah dengan pihak polis, kecuali satu dua insiden yang telah pun diambil tindakan disiplin oleh kerajaan negeri dan hukuman oleh mahkamah,” kata Guan Eng pada media selepas mesyuarat tergempar bersama Exco dan ADUN Pulau Pinang hari ini.
Tambahnya, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan berkomrpmi dan akan mengambil tindakan keras ke atas mana-mana sukarelawan PPS yang tidak berdisiplin atau terlibat dalam masalah pelakuan bersifat jenayah.
Justeru beliau mengecam keras fitnah Ketua Polis Negara, Tan Seri Khalid Abu bakar yang menuduh PPS sebagai pertubuhan haram.
Menurut Guan Eng, selepas lima tahun penubuhan sukarelawan PPS berjumlah 9,002 orang yang terdiri daripada 2,970 orang Melayu (33%), 5,123 Cina (57%) dan 873 India (10%).
PPS direhatkan
Dalam pada itu Guan Eng mengumumkan bahawa kerajaan negeri merehatkan anggota PPS di Pulau Pinang sehingga keputusan mahkamah dibuat berhubung status pertubuhan sukarelawan itu.
Namun kata Guan Eng orang ramai di negeri ini masih boleh menggantikan peranan PPS dengan membantu pihak polis meneruskan langkah kepolisan masyarakat untuk mencegah jenayah.
Guan Eng turut memaklumkan kerajaan negeri menyediakan bantuan guaman dan kewangan kepada 156 anggota PPS bersama Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Phee Boon Poh yang masih ditahan polis untuk menghadapi proses perundangan.
“Semua peserta PPS yang ditahan itu akan diberikan sumbangan RM200 setiap hari ditahan serta apa-apa kerugian munasabah yang dialami semasa dalam tahanan.
“Semua peguam yang perlu akan dilantik oleh pihak kerajaan negeri untuk membela mereka,” kata Guan Eng. – Roketkini.com
 

Tuesday, 2 September 2014


SEKADAR BERKONGSI CETUSAN HATI SEORANG ANAK MUDA PENYOKONG UMNO ISU UNIT AMAL PAS MAU DIAMBIL TINDAKAN.




Secara peribadi aku cukup tak setuju dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang menyatakan akan mengambil tindakan ke atas Unit Amal PAS sepertimana yang diambil ke atas Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Penang. Unit Amal PAS dah wujud berpuluh tahun sejak tahun 1991 lagi tapi kenapa baru sekarang nak diambil tindakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan PDRM? Kenapa awal2 penubuhan dulu tak diambil tindakan? Adakah sebelum ni KDN dan PDRM tak sedar kewujudan Unit Amal PAS ni? Kalau tak sedar, maknanya selama ni Menteri yang bertanggungjawab tak buat kerja la yer? Tolong la Datuk Seri Zahid Hamidi, jangan buat sesuatu yang menampakkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak tak cerdik gara2 anda. Lagipun belum ada lagi aduan dari kalangan rakyat biasa yang mereka diugut atau dipukul oleh anggota Unit Amal PAS seperti yang berlaku terhadap Pasukan Peronda Sukarela (PPS). Unit Amal PAS tak pernah ugut atau cabar pihak berkuasa. Kalau nak tunjuk ketegasan anda selaku Menteri Dalam Negeri, biar la kena pada tempatnya. Satu lagi, kalau nak benteras biar masa awal2 penubuhan. Kalau dah berpuluh tahun tubuh baru nak benteras, bak kata Nabil Rajalawak "lu pikir la sendiri". Sekian, terima kasih.

Dari luahan ahli UMNO akar umbi
Abdul Rasyid Mohd Zamri
Omak Kau tidak mau ulas apa-apa ... baca, fikir, faham dan nilai. 


3 Gambar Yang Pastinya Buatkan Anda Terkejut Dari Pramugari Garuda Yang Sempat Dirakam


Jurufoto terkenal tanah air, Eddie Putera dalam Facebook beliau berkongsi tiga keping gambar yang menunjukkan tingkah laku seorang pramugari yang amat jarang dilihat di dalam sebuah pesawat yang dinaiki beliau.


Dalam Caption gambar yang dikongsikan Eddie, beliau bersoloroh mengatakan sengaja mengambil tempat duduk belakang berikutan peluang yang tinggi untu memikat pramugari yang lalu lalang dikawasan itu.

Apapun, perkongsian gambar oleh beliau sememangnya membuka persepsibaru terhadap para pramugari yang sering tercalit dengan pandangan buruk ekoran pemakaian mereka yang agak mencolok mata.


1:17PM - 2 Sep 2014

Muktamar PAS ke-60 pindah ke Batu Pahat


Jurucakap PAS berkata, parti itu terpaksa memindahkan lokasi muktamarnya ke Batu Pahat ekoran masalah kelulusan dari pihak berkuasa tempatan Johor Bahru.

Penolonga Setiausaha Agung PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil mendakwa, masalah tersebut memberi tekanan kepada pemilik tanah di lokasi yang dirancang.

Lokasi yang dimaksudkan adalah satu kawasan tanah lapang dekat Sutera Mall, Johor Bahru.

"Kami mendapat kerjasama daripada tuan tanah dan polis. Tapi tidak mendapat kelulusan daripada PBT (pihak berkuasa tempatan) di situ. Ada tekanan kepada tuan tanah.

"Kami cuba mendapatkan maklumat daripada Pejabat Menteri Besar mengenai perkara ini. Tapi memandangkan tempoh terlalu singkat, jadi kami ambil keputusan untuk pindah," katanya.

Susulan itu, PAS terpaksa memulangkan bayaran pendahuluan sewa tanah tersebut, sebanyak RM75,000, katanya dalam sidang medianya pagi ini.

PAS juga kini terpaksa meratakan tanah seluas enam ekar di Batu Pahat bagi urusan perjalanan muktmar PAS yang dijadual berlangsung pada 18 hingga 20 September depan.

"Ia bukan tekanan kepada kita sehingga kita menukar ke negeri lain. Kita akan buat di Johor juga sebagai tempat yang subur bagi PAS untuk berkembang," katanya.

Beliau turut menjelaskan PAS Johor telah menafikan laporan media arus perdana bahawa pembatalan lokasi itu disebabkan bayaran sewa yang tidak mencukupi.

Sementara itu, dalam sidang media itu juga, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwa tidak wajar kerajaan BN Johor "bermain politik" menghalang PAS menggunakan lokasi asal untuk mengadakan muktamar itu.

"Tak sepatutnya BN dan kerajaan negeri main politik. Itu tak wajar. Kita bukan nak (bermesyuarat) sambil baling kerusi," katanya.

Tuesday, 2 September 2014


MH17 .. JURUGAMBAR KENA TUMBUK SEMASA MERAKAM MAJLIS PENYEMPURNAAN JASAD SALAH SEORANG MANGSA.



Majlis penyempurnaan jasad seorang mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 kecoh apabila seorang ahli keluarga menumbuk seorang jurugambar NST.

Kejadian dikatakan berlaku apabila ahli keluarga di Pusat Reringatan Nirvana di Sungai Besi, Kuala Lumpur berang dengan wartawan yang terus merakamkan upacara berkenaan.

Tuesday, 2 September 2014


ISU MB SELANGOR .. KENYATAAN PESURUHJAYA PAS SELANGOR ... NAMA-NAMA CALON PILIHAN PAS DIHANTAR OLEH PAS PUSAT BUKANNYA PAS SELANGOR.



Sedikit penjelasan : TV3 sebentar tadi melaporkan PAS Selangor telah menghantar nama calon2 MB kepada PAS Pusat utk dimajukan kepada Tuanku Sultan.

Sebenarnya PAS Selangor tidak pernah menghantar sebarang nama calon MB kepada PAS Pusat walaupun kami telah beberapa kali bermesyuarat dengan PAS Pusat.

Nama2 calon dihantar oleh PAS Pusat dan kami tidak tahu siapakah calon2 tersebut.

Harap maklum.

Iskandar A Samad
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
2 September 2014



 

Tiada ulasan: