Jumaat, 5 September 2014

BUATLAH APA YANG KITA SUKA....SEMUA DAH BESAR PANJANG....PANDAI2 BELAKA....ALIM2 BELAKA...BERPENGALAMAN BELAKA....DAH BERUMUR...BUKAN MUDA2 DAN BUDAK2 LAGI...APA YANG BERLAKU DIKEMUDIAN HARI TANGGUNG SENDIRI

Friday, September 5, 2014

Setiausaha Agong PAS memandai-mandai letak sendiri nama Calon MB?


Jawatankuasa Pusat PAS tidak mengetahui senarai nama calon menteri besar Selangor lain yang telah dihantar kepada pihak Istana.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau dan ahli jawatankuasa pusat lain tidak mengetahui laporan bahawa nama yang dihantar kepada Istana bukan sepertimana yang dipersetujui dalam mesyuarat 17 Ogos lalu.

"Saya ingin menyatakan bahawa dalam perkara yang disebut Setiausaha Agung PAS, Dato Mutapha Ali semalam seperti laporan pelbagai media, bahawa nama Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Azmin Ali tidak ada dalam senarai pencalonan PAS adalah tidak dalam pengetahuan saya.

"Laporan tentang kenyataan itu juga ada menyebutkan bahawa Setiausaha Agong (Datuk Mustafa Ali) mengakui PAS telah menyenaraikan salah seorang exco PAS sebagai calon MB.

"Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai Badan Eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berikut adalah kenyataan medianya..

Perkembangan mutakhir tentang isu calon MB Selangor pastinya telah menimbulkan pelbagai reaksi dan persepsi negatif terhadap Parti Islam SeMalaysia, PAS khasnya dan terhadap Pakatan Rakyat amnya. 
Saya ingin menyatakan bahawa dalam perkara yang disebut Setiausaha Agung PAS, Dato Mutapha Ali semalam (4hb Ogos), seperti laporan pelbagai media, bahawa nama Dato Seri Dr Wan Azizah dan YB Azmin Ali tidak ada dalam senarai pencalonan PAS adalah tidak dalam pengetahuan saya. 
Laporan tentang kenyataan itu juga ada menyebutkan bahawa Setiusaha Agong mengakui PAS telah menyenaraikan salah seorang EXCO PAS sebagai calon MB. Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai Badan Eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti. 
Saya tegaskan sekali lagi berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 17 hb Ogos bahawa senarai calon yang sebulat suara diputuskanoleh ahli Pimpinan Pusat yang dipengerusikan Presiden parti ialah pertama DS Dr Wan Azizah dan kedua Yb Azmi Ali. 
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 25 hb Ogos pula mengambil keputusan bahawa kami sepakati atas nama yang diputuskan pada mesyuarat 17 hb Ogos dan menyerah kepada Kuasa Budibicara Tuanku Sultan untuk membuat pilihan calon Menteri Besar Selangor itu.

Tuan Haji Mat Sabu
Timbalan Presiden
Parti Islam SeMalaysia, PAS 
4 Ogos 2014 bersamaan 10 Zulkaedah 1435H.

Kalau dah PAS Pusat sendiri tak tahu menahu.. ini bermakna senarai nama Calon MB yang dinyatakan oleh SU Agong PAS itu adalah ikut suka dia..

Maka tak hairanlah kalau ada Blogger PAS yang mendakwa Mutapha Ali ni nak melingkupkan PAS..

Dakwaan itu silalah baca di ( SINI )
2:00PM - 5 Sep 2014

Senarai calon baru diputuskan Majlis Syura


Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh mengesahkan bahawa badan tersebut bertanggungjawab memutuskan senarai baru yang menggariskan nama calon bagi jawatan menteri besar Selangor.

"Ya... ya betul. Majlis Syura yang putus nama. Majlis Syura ini badan tertinggi (dalam PAS)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Beliau mengulas mengenai laporan akhbar hari ini yang memetik kenyataan setiausaha agung parti itu, Datuk Mustafa Ali berhubung peranan Majlis Syura dalam membentuk senarai kontroversi itu.

Laporan Utusan Malaysia menyebut, Mustafa mendedahkan bahawa tiga nama calon berkenaan – dua ADUN PKR dan seorang dari PAS – dipilih untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor.

Mustafa juga enggan mendedahkan nama calon itu kerana ia berkait dengan urusan Majlis Syura Ulama.

Sementara itu, Zawawi turut ditanya mengenai kenyataan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang tidak tahu menahu mengenai laporan berhubung senarai baru yang dihantar kepada istana.

Nik Zawawi sekadar berkata: “(Mohamad) bukan Majlis Syura."

Ia dipercayai merujuk kepada senarai kedua yang dihantar sejurus selepas wakil PAS mengemukakan senarai pertama yang langsung tidak mengandungi nama calon dari parti PKR.

Senarai pertama itu, yang dihantar secara rahsia pada awal pagi Rabu dipercayai mencalonkan tiga Exco PAS iaitu Iskandar Ab Samad, Sallehin Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi.

Ia didakwa dihantar tanpa pengetahuan jawatankuasa pusat dan PAS Selangor sendiri.

Senarai kedua pula didakwa menggariskan ADUN Ijok Idris Ahmad, bekas exco Selangor Yaakob Sapari dan pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad.
PKR, DAP terperangkap dengan 'rahsia' PAS
pada 05-09-2014 03:09 

SHAH ALAM: Hubungan dalam Pakatan Rakyat semakin tegang apabila PKR dan DAP dikejutkan oleh PAS yang mengumumkan ia menghantar tiga nama untuk calon jawatan Menteri Besar Selangor, dengan seorang daripadanya adalah ADUN PAS.
Langkah itu bukti jelas bahawa PAS sudah tidak sehaluan dengan dua sekutunya yang telah bersetuju untuk mencalonkan hanya presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan berkenaan.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan tindakan parti itu semalam.
"Betul," katanya apabila ditanya sama ada PAS telah menghantar nama salah seorang ADUN-nya, di samping dua lagi nama daripada PKR.
Mustafa juga mengumumkan dalam akhbar parti Islam itu, Harakahdaily, nama tiga calon berkenaan dihantar terus dari pejabat presiden PAS ke istana, menandakan Presiden PAS merestui perkara tersebut.
"Ya, lebih dari dua nama, jadi tiga namalah," kata beliau apabila menjawab soalan dari Harakahdaily.
Beliau menambah bahawa langkah PAS bertujuan memenuhi permintaan Sultan Selangor yang telah bertitah pada 26 Ogos lalu, meminta anggota gabungan Pakatan menghantar sekurang-kurangnya tiga nama untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.
Bagaimanapun, Mustafa tidak mendedahkan nama dua anggota PKR dan seorang dari PAS yang dicalonkan oleh parti itu.
Sumber berkata, Dr Wan Azizah dan timbalan beliau, Azmin Ali hampir pasti dua calon dari PKR manakala calon PAS berkemungkinan besar ialah Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad.
Iskandar, yang juga ADUN Cempaka, memegang jawatan sebagai Pengerusi Exco Perumahan, Pengurusan Pembinaan dan Penduduk Bandar di bawah pentadbiran Khalid.
Rabu lalu, PKR mengesahkan ia menghantar hanya nama Dr Wan Azizah ke istana sebagai calon, sebagaimana yang dilakukan oleh DAP.
Pada hari sama PAS menghantar pencalonannya melalui perkhidmatan kurier ke Istana Mestika hanya beberapa jam sebelum tamat tempoh ditetapkan oleh istana.
Difahami perbuatan PAS menunggu sehingga saat-saat terakhir untuk menghantar pencalonannya ialah untuk merahsiakan nama calon demi mengelakkan campur tangan dari sekutunya dalam Pakatan.
Perkara itu dirahsiakan dengan begitu rapi sehingga pucuk pimpinan PAS Selangor sendiripun tidak tahu menahu mengenai langkah tersebut.
Apabila dihubungi, Iskandar berkata beliau langsung tidak tahu apa-apa mengenai nama-nama yang dicalonkan, dan tidak pasti sama ada laporan awal mengenainya adalah benar.
"Saya tidak boleh komen sebab saya tidak diberitahu oleh pucuk pimpinan nama-nama calon yang dihantar.
"Kami langsung tak tahu menahu,” tambahnya.
Beliau juga enggan mengulas kemungkinan beliau juga adalah calon PAS untuk jawatan tersebut.
Apa yang jelas juga ialah PAS mengelakkan PKR dan DAP daripada mendapat apa-apa maklumat mengenai langkahnya.
Ini bukan kali pertama PAS melakukan kejutan dalam krisis pucuk pimpinan Selangor.
Sebelum ini, ia dikecam hebat ahlinya sendiri dan juga penyokong Khalid, apabila tunduk kepada tekanan sekutunya dan kumpulan pro-PKR dalam PAS, supaya mengingkari keputusan Majlis Syura untuk menyokong Khalid.
Pada 17 Ogos lalu jawatankuasa pusat PAS mengambil keputusan seperti sekutunya dalam Pakatan untuk menyokong pencalonan Dr Wan Azizah sebagai pengganti Khalid, justeru mengenepikan keputusan Majlis Syura pada 7 Ogos untuk menyokong Khalid sebagai MB.
PAS juga dikecam oleh penyokongnya kerana tidak berani untuk menamakan salah seorang daripada ADUN-nya sebagai calon walaupun mempunyai 15 kerusi dalam DUN Selangor, sama dengan bilangan kerusi DAP, berbanding dengan PKR yang hanya mempunyai 13 kerusi berikutan penyingkiran Khalid daripada PKR

Kecewa dengan Azmin, Hadi calonkan sendiri 3 Adun PAS



Kecewa dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil langkah sendiri mencalonkan tiga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS kepada istana sebagai calon menteri besar Selangor.
Hadi mengambil tindakan itu selepas Azmin yang menjadi calon pilihannya menolak secara terbuka kerana mahu memberi laluan kepada presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Lebih mengecewakan Hadi apabila PKR dan DAP juga menolak mentah-mentah keputusan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat 17 Ogos lalu melalui keputusan bersama Pakatan Rakyat pada hari yang sama.
Keputusan itu diambil PR walaupun Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (juga dikenali sebagai Mat Sabu) turut berada dalam mesyuarat itu mewakili parti Islam itu.
"Dia sudah malukan PAS, jadi takkan hendak letak nama Azmin lagi? PAS pun ada maruah," kata sumber daripada kerajaan negeri.
Sumber itu turut mengesahkan semua tiga nama Adun terbabit adalah daripada PAS dan tidak ada seorang pun daripada PKR.
Katanya, Hadi menghantar surat pencalonan itu kepada istana pada 2 dan 3 September atas keputusannya sendiri tanpa pengetahuan AJK PAS Pusat dan PAS negeri. Pada 2 September, surat Hadi mencalonkan ketiga-tiga Adun PAS untuk menjadi menteri besar Selangor.
Namun keesokan harinya pada 3 September, Hadi menghantar surat pencalonan baru menamakan dua Adun PKR dan seorang Adun PAS.
Menurut sumber dari Pejabat Menteri Besar Selangor itu, tidak ada seorang pun pemimpin PAS Pusat, termasuk Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, pernah melihat isi kandungan surat yang ditandatangani dan dihantar Hadi ke istana pada 2 dan 3 September lalu.
"Surat-menyurat diuruskan secara terus antara Hadi dan istana tanpa melalui pejabat Setiausaha Agung," katanya.
Mat Sabu hari ini mengesahkan beberapa laporan media mengatakan PAS tidak menamakan Adun PKR dan menghantar nama seorang lagi Adun mereka dan perkara itu berada di luar pengetahuannya dan AJK Pusat parti.
"Laporan tentang kenyataan itu juga ada menyebut Setiausaha Agung mengakui PAS menyenaraikan salah seorang exco PAS sebagai calon menteri besar.
"Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti," katanya kepada The Malaysian Insider.
Mustafa semalam berkata PAS menghantar dua nama Adun PKR dan seorang Adun PAS kepada istana, tetapi tidak mendedahkan calon terbabit.
Sumber dalaman PAS kemudian memberitahu, surat pencalonan pertama Hadi kepada Sultan pada 2 September dihantar sendiri melalui pejabatnya.
Bagaimanapun, selepas Majlis Syura Ulama yang bermesyuarat di Kota Baru membuat keputusan menamakan dua calon PKR dan seorang calon PAS, Hadi keesokannya membuat pusingan 'U', menghadap Sultan dan menghantar surat kedua menarik balik senarai calon sebelumnya.
"Kandungan surat kedua itu kemudiannya baru dimaklumkan kepada pemimpin PAS lain, termasuk Mustafa," katanya.
Laporan Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan Mustafa mengatakan keputusan menghantar nama dua Adun PKR dan seorang Adun PAS dibuat Majlis Syura Ulama.
Namun, dua nama PKR itu bukannya Dr Wan Azizah dan Azmin, sebaliknya Dr Idris Ahmad (Adun Ijok), Yaakob Sapari (Adun Kota Anggerik) serta Exco negeri yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad.
Bagaimanapun, Mustafa enggan mendedahkan nama ketiga-tiga Adun yang dihantar parti itu kepada istana kerana ia berkaitan dengan Majlis Syura Ulama.
Laporan The Star Online semalam mengatakan PAS menghantar nama tiga Adun daripada partinya iaitu Iskandar serta dua rakan Exconya, Sallehen Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi untuk dipertimbangkan sebagai menteri besar baru, dipercayai merujuk kepada surat pertama yang dihantar Hadi.
Mustafa dalam responsnya semalam bagaimanapun menafikan laporan itu atas alasan nama terbabit sudah dibatalkan.
"Laporan itu tidak betul kerana cadangan untuk mencalonkan ketiga-tiga nama itu sudah dibatalkan," katanya kepada The Malaysian Insider. – 5 September, 2014.

[ Gambar ] Wajah " budak pailang " bertudung didedahkan !

on Monday



Kuala Lumpur: Disepak, dipijak dan diheret atas lantai. Itu nasib seorang pelajar perempuan yang menjadi mangsa belasahan sekumpulan pelajar samseng dalam kejadian dipercayai berlaku dalam kawasan sekolah dan dirakam oleh seorang daripada suspek.
Video yang tidak diketahui tarikh rakaman dan kini tersebar di laman sosial Facebook (FB) itu menunjukkan mangsa berdiri dikerumuni pelajar lain yang berkata sesuatu yang kurang jelas sebelum bertindak membelasahnya.
Dalam video berdurasi satu minit 17 saat, pelajar perempuan yang merakam kejadian berkenaan turut memperkenalkan dua rakannya sebagai ‘gengster’ dan ‘kak yong’ dan memanggil dirinya sebagai ‘pailang’ yang bermaksud samseng.
Mangsa yang bertudung ditendang oleh seorang pelajar sebelum ditarik rambut, ditumbuk dan ditendang oleh sekurang-kurangnya empat orang serta diheret atas lantai dengan menarik rambutnya.
Mangsa yang dibelasah selama kira-kira 30 saat tidak melawan dan kedengaran menangis teresak-esak pada penghujung rakaman berkenaan.
Video yang dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit mengundang kemarahan pengguna FB yang mendesak agar pihak berkuasa segera menyiasat kejadian berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya, Tak apa nanti aku nk repot polis.
Muka dua orang budak ni aku dah buat screen shot so senang nak cari,” kata seorang pengguna dikenali sebagai Mustapa Kamal.

Bagaimanapun lokasi kejadian dan sumber video berkenaan masih belum diketahui.
Wajah-wajah budak pailang pembuli tersebut kini tersebar di laman sosial  di screen shoot oleh mereka yang marah dengan perilaku mereka. Credit Harian Metro 


11:00AM - 5 Sep 2014

Kes TBH diputuskan kes kematian dalam tahanan


Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini sebulat suara menukar keputusan terbuka koroner dalam inkues kematian pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock.

Oleh kerana kepentingan kes itu, mahkamah telah menulis tiga penghakiman yang berasingan.

Hakim Datuk Mah Weng Kwai adalah yang pertama membaca penghakimannya. Dua lagi hakim yang bersidang bersama beliau dan yang juga akan membacakan keputusan mereka ialah Hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan Hakim Datuk Hamid Sultan Abu Backer.

Hakim Mohamad Ariff mengetuai panel hakim tersebut.

Hakim Mah memutuskan bahawa majistret (yang bersidang sebagai koroner) dan Mahkamah Tinggi di Shah Alam, telah menggunapakai ujian yang salah yang memerlukan keluarga Teoh membuktikan dakwaan mereka (mengenai punca kematiannya) melampaui keraguan yang munasabah.

Ujian yang betul untuk digunapakai dalam siasatan kematian atau inkues adalah imbangan ujian kebarangkalian.

Hakim Mah memutuskan bahawa kematian Teoh adalah kematian dalam tahanan apabila dia ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau memutuskan Teoh tidak sengaja jatuh dengan sendirinya dan dengan itu menolak bunuh diri sebagai punca kematian Teoh.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa panel tiga hakim tersebut membuat keputusan itu sebulat suara dan memerintahkan supaya siasatan lebih terperinci dijalankan berkaitan kematian itu, tanpa mengecualikan pegawai daripada SPRM.

Ketiga-tiga anggota panel itu menyediakan penghakiman bertulis masing-masing. Dua lagi hakim ialah Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer.

Panel itu memerintahkan supaya diketepikan keputusan terbuka yang dibuat Mahkamah Koroner dan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak permohonan semakan semula.

Mah, yang membacakan penghakiman beliau terlebih dahulu, memutuskan bahawa kematian Teoh adalah kematian dalam tahanan iaitu ketika berada dalam tahanan pegawai SPRM.

Beliau berkata Teoh dipanggil ke pejabat SPRM sebagai seorang saksi dan  tertakluk kepada soal siasat sehingga awal pagi, yang jelas menunjukkan bahawa hak beliau telahpun dicabuli.

Mengenai kemungkinan Teoh membunuh diri, Mah menolak kemungkinan itu, dengan berkata tulisan tangan pada nota bunuh diri yang didakwa ditulis Teoh tidak boleh disahkan pakar sebagai tulisannya.

Tambahan pula, katanya, perilaku Teoh sebelum insiden itu jelas menunjukkan bahawa beliau berkeadaan waras dan sedang sibuk membuat persiapan untuk hari perkahwinannya.

Mah turut merujuk dengan terperinci kepada pandangan dua pakar ketika  menolak bunuh diri sebagai kemungkinan penyebab kematian seperti yang dicadangkan oleh peguam yang mewakili SPRM semasa inkues.

Beliau merujuk kepada pandangan pakar Dr Pornthip Rojanasunand dan Dr Peter Venezis dalam nota inkues bahawa Teoh mungkin dicekik oleh seseorang berdasarkan kecederaan pada lehernya.

"Ini mungkin mengakibatkan beliau tidak sedarkan diri, dan kedua-dua mereka (pakar) percaya beliau masih hidup semasa terjatuh dari tingkat 14 bangunan itu dan saya bersetuju dengan mereka," kata Mah.

Beliau turut mempersoalkan perilaku para pegawai SPRM yang menyoal siasat Teoh dan menggesa polis menjalankan siasatan lanjut berkaitan orang sebenar yang memudaratkan mangsa selain menggesa polis supaya tidak mengecualikan para pegawai SPRM yang kali terakhir dilihat bersama Teoh.

Teoh ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, yang sebelum ini menempatkan ibu pejabat SPRM, pada pagi 16 Julai 2009. Beliau berusia 30 tahun.

Selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan terbuka, abang Teoh, Meng Kee memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi supaya keputusan itu disemak semula.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi di Shah Alam menolak permohonan semakan semula oleh Meng Kee pada 1 Dis 2011.

Meng Kee memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Rayuan pada 2 Feb tahun lepas untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Sementara itu, Hakim Hamid Sultan menarik perhatian terhadap kelewatan para pegawai SPRM melaporkan kematian Teoh dan kegagalan mereka melindungi tempat jenayah itu berlaku sebelum ketibaan polis.

"Mereka sepatutnya ingat bahawa Teoh hanyalah bakal saksi dalam kes ini, bagaimanapun beliau disoal siasat dalam masa yang begitu panjang," katanya.

Beliau menegaskan kecederaan pada leher Teoh berlaku di premis SPRM dan terdapat bukti mencukupi yang menjurus ke arah para pegawai SPRM.

Hamid Sultan berkata mengikut Perlembagaan Persekutuan, mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mendesak Jabatan Peguam Negara untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap pesalah.
  
"Saya akan membenarkan rayuan ini dan mengarahkan ketua polis negara dan Jabatan Peguam Negara melaksanakan perkara perlu untuk memulakan siasatan mengikut CPC (Kanun Tatacara Jenayah) dan membuat pertuduhan dengan sewajarnya," tegas Hamid Sultan.
  
Mohamad Ariff pula berpendapat terdapat keterangan mengikut keadaan yang mencukupi bahawa kematian Teoh disebabkan beliau jatuh dan perkara ini dipercepatkan oleh orang yang tidak dikenali.
  
Beliau menggesa Jabatan Peguam Negara supaya meneruskan siasatan terhadap insiden itu, termasuk nota bunuh diri yang didakwa ditulis Teoh.
  
Selepas keputusan itu, adik perempuan Teoh, Lee Lan berkata keputusan mahkamah itu jelas menunjukkan bahawa abang beliau dibunuh, dan menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat kes itu dengan lebih mendalam.
  
"Sungguhpun sudah lima tahun berlalu selepas kematiannya (Teoh), penantian untuk mendengar keputusan ini sangat berbaloi," kata Lee Lan dengan linangan air mata, dan hadir di mahkamah bersama ibu bapa serta anggota keluarganya yang lain.
  
Meng Kee diwakili peguam Gobind Singh Deo manakala Jabatan Peguam Negara pula oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas.

- Bernama



Hadi kunci mulut isu nama calon PAS
pada 05-09-2014 04:09 
Post Pic
MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertindak mengunci mulut apabila diminta mengulas bilangan nama calon bagi jawatan Menteri Besar Selangor yang dihantar pihaknya kepada Sultan Selangor untuk dipilih bagi menerajui negeri itu.
Bagaimanapun, Abdul Hadi ketika ditanya pemberita meminta pihak media supaya tidak serkap jarang mengenai sama ada nama Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tersenarai dalam nama tiga calon yang dikemukakan PAS kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
"Saya tidak mahu media serkap jarang dan terserah kepada Istana kerana PAS berpijak atas konsep Raja Berperlembagaan.
"Saya tak boleh sebut. Setelah saya serah pada sultan saya tidak lagi boleh sebut apa-apa kerana tidak mahu mendahului kenyataan istana," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya selepas kuliah Jumaat di Rusila di Marang hari ini.
Abdul Hadi turut enggan mengesahkan nama-nama yang dikatakan tiga calon yang dikemukakan PAS atau sama dua calon asal Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali kekal dalam senarai seperti yang diputuskan PAS pada mesyuarat anggota jawatankuasa pusat parti itu 17 Ogos lalu.
PAS, DAP dan PKR sebelum ini diminta memberikan lebih daripada dua nama kepada Istana Selangor untuk dinilai Sultan Sharafuddin Idris Shah. PAS dikatakan akur dan memberikan apa yang diminta baginda.
Namun PKR dan DAP bertegas hanya mahu menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Pakatan Rakyat bagi jawatan Menteri Besar Selangor.
Semalam, sebuah akhbar melaporkan PAS menghantar tiga nama ADUN-nya kepada Sultan Selangor untuk dipilih bagi menerajui negeri itu.
Walhal sebelum ini, PAS berkali-kali menegaskan parti itu tidak akan menuntut jawatan tersebut daripada PKR.
Kemelut itu terus mengelirukan rakyat apabila Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengaku parti itu menghantar dua nama ADUN PKR dan satu nama ADUN PAS untuk dinilai Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Terdahulu, PAS menyatakan sokongan kepada Azizah untuk dicalonkan bagi jawatan nombor satu dalam negeri itu. Bagaimanapun, PAS mahukan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali turut sama dicadangkan bersama dengan Azizah.

7:00PM - 5 Sep 2014

VP PAS: Jangan campuri urusan dalaman kami


Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat supaya tidak mencampuri urusan dalaman parti itu .

Bahkan, beliau turut menyeru rakan sekutu dalam Pakatan supaya menghormati sebarang pendirian yang dibuat parti Islam itu, lapor Harakahdaily.

"Saya suka ingatkan kepada semua parti dalam Pakatan Rakyat agar kita tidak mencampuri sangat urusan parti-parti lain dan jangan melampaui sempadan parti.

"Memang ada benda yang kita bersetuju dan ada benda kita tidak bersetuju. Itu hak parti masing-masing dan kita perlu hormat," katanya seperti dilapor portal berita itu.

Walaupun tidak merujuk kepada sesiapa, kenyataan itu dibuat ketika penamaan calon menteri besar Selangor hangat dibincangkan.

PAS sebelum ini dilapor menghantar senarai tiga nama ADUNnya sebagai calon MB. Bagaimanapun itu kemudian digantikan dengan dua nama calon dari wakil rakyat rakyat PKR.

Bagaimanapun, senarai baru dikatakan tidak mengandungi nama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timblannya Azmin Ali seperti yang diputuskan dalam mesyuarat 17 Ogos lalu.

"Mengapa PAS tidak mengikut ketetapan mesyuarat pimpinan pusat mereka pada 17 Ogos 2014 iaitu persetujuan hanya nama Dr Wan Azizah dan Azmin Ali?

"Di mana letaknya semangat Pakatan Rakyat?" tulis anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Hee Loy Sian.

Sementara itu Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad turut menuntut jawapan tentang perkara itu dari PAS dan meminta PAS menjelaskan sebab di sebalik penamaan calon MB dari PAS.

Jelasnya yang juga ADUN Seri Setia, ia melanggar ketetapan yang dipersetujui selama ini bahawa MB Selangor perlulah dari PKR.

Beliau turut mempersoalkan keengganan setiausaha agung PAS untuk mendedahkan nama-nama yang dihantar PAS kepada istana.

Mahkamah perintah kerajaan Malaysia bayar RM300,000 kepada mangsa tembakan polis


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan kerajaan Malaysia dan pegawai polis yang terlibat dalam kes tembakan Norizan Salleh pada 2009 membayar ganti rugi tauladan RM200,000 dan 2 ganti rugi lain berjumlah RM100,000.
Mahkamah perintah kerajaan Malaysia bayar RM300,000 kepada mangsa tembakan polis
Mahkamah perintah kerajaan Malaysia bayar RM300,000 kepada mangsa tembakan polis
Hakim Datuk Hue Siew Kheng berkata tuntutan ganti rugi yang dikenakan adalah sebagai pengajaran kepada penjawat awam terutamanya anggota polis supaya tidak sewenang-wenangnya dalam menjalankan tugas.
Peguam yang mewakili Norizan, N Surendran berkata, ini adalah kes pertama membabitkan pihak yang ditembak polis berjaya mendapat pembelaan di mahkamah.
“Mahkamah menganugerahkan RM50,000 untuk kerosakan umum, penderitaan kesakitan dan lain-lain. RM50,000 lagi untuk serangan dan keganasan.
“Biaya perubatan RM18,260 dan yang terpenting mahkamah menghantar mesej jelas kepada polis untuk tidak bertindak sewenang-wenangnya terhadap individu,” katanya kepada media di luar kamar mahkamah.
Norizan, 34, memfailkan tuntutan saman pada Oktober 2012 dengan menamakan kerajaan Malaysia, ketua polis daerah Sentul, ketua polis negara dan seorang pegawai polis sebagai defendan selepas mangsa tembakan polis tersebut gagal mendapat pembelaan hampir 3 tahun.
Norizan mendakwa dia menerima lima tembakan dan dalam tuntutannya menuduh pihak polis melanggar garis panduan operasi (SOP) apabila menembak dari belakang kereta dalam kejadian pada 30 Oktober 2009.
Surendran berkata keputusan mahkamah hari ini perlu dijadikan pengajaran kepada pihak polis kerana kes seperti ini bukan hanya berlaku kepada Norizan di negara ini.
Katanya, pegawai polis yang terlibat kejadian tembak menembak dan melakukan keganasan dalam kes itu perlu dibawa ke muka pengadilan selain prosedur penggunaan senjata api polis perlu dikaji semula.
“Apa yang menarik, mahkamah berkata tindakan polis melepaskan tembakan berulang kali tidak munasabah. Kami berharap pihak polis mengamati keputusan kes ini dan perlu satu kajian kepada prosedur dalam penggunaan senjata api.
“Penghakiman ini menjadi rujukan kerana tiada keputusan seperti kes ini pernah dibuat dalam negara setakat ini. Ini kali pertama.
“Apa yang menjadi persoalan, tiada pegawai polis yang didakwa terhadap apa yang berlaku kepada Norizan. Kami mengulangi gesaan untuk terus diadakan siasatan jenayah terhadap polis terlibat,” katanya.
Sementara itu, Norizan yang ditemui media sangat gembira dengan keputusan mahkamah hari ini sekaligus membersihkan namanya di kalangan masyarakat.
Katanya, walaupun tidak dapat mengheret anggota polis yang terlibat ke muka pengadilan, namun keputusan hari ini membuktikan anggota berkenaan bersalah.
“Saya sangat bersyukur sebab ia membuktikan selama ini yang saya tak bersalah. Selama ini banyak orang bercakap benda negatif yang salah tetapi hari ini saya dapat buktikan saya tak bersalah dalam kes ini.
“Ahli keluarga saya selalu mendoakan dan terima kasih kepada peguam saya yang banyak bekerja keras.
“Kalau boleh polis yang sepak dan tendang saya tu, saya nak dia ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan tetapi hari ini membuktikan mereka salah walaupun saya tak mampu menghukum perbuatan mereka kepada saya. Di mata orang ramai, saya tak bersalah,” katanya.
Surendran berkata beliau gembira kerana selepas ditembak berulang kali oleh pihak polis, Norizan masih mampu berjuang menuntut keadilan bagi pihak dirinya.
Katanya, kes itu akan menjadi saksi perjuangan rakyat menuntut keadilan dan ia sebagai lambang kejayaan rakyat Malaysia.
“Ditembak lima kali, Norizan hampir mati pada hari itu. Saya gembira dia masih di sini dan mendapat kemenangan untuk semua rakyat Malaysia.
“Dia juga sudah mempunyai anak. Ini kisah rakyat Malaysia mendapat keadilan,” katanya.
Menurut fakta kes, dalam kejadian sekitar jam 3 pagi, Norizan duduk di kerusi belakang kereta Proton Perdana bersama empat orang rakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Segambut, Kuala Lumpur.
Ketika melalui lebuh raya MRR2, sebuah kereta MPV memintas dari sebelah kiri dan melepaskan tembakan dengan pistol ke arah keretanya.
Peluru menembusi kereta yang dinaiki dengan lima tembakan mengenai dirinya, salah satunya terkena pada dada sehingga darah mengalir tanpa henti.
Norizan cuba meminta tolong tetapi dibalas pula dengan tendangan polis dan kemudian belakangnya dipijak hingga mengakibatkan dua tulung rusuknya retak.
Norizan kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dirawat dan empat hari kemudian (4 November 2009) dihantar ke Institut Jantung Negara.
Selepas dibenar keluar, Norizan dikehendaki membayar RM20,000 kos rawatan dan bukannya pegawai polis yang mencederakannya atas alasan Norizan ditimpa kemalangan jalan raya.
Malangnya, Norizan tidak mendapat pengadilan malah Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Mohd Kamaruddin Md Din pada waktu itu dalam satu kenyataan memutuskan tiada sebarang pertuduhan terhadap pegawai polis yang terbabit dalam kejadian tersebut. 
Sumber : Yahoo

Tiada ulasan: