Khamis, 18 September 2014

BILA KITA TAK TAHU MUSUH SEBENAR KERANA MERASA HAIRAN DIRI....KERANA BEREBUT JAWATAN....KERANA BEREBUT PELUANG KEKAYAAN....KERANA TAK SABAR...KERANA RASA DIRI BERKEMAMPUAN DLL




Aku "snap" teks ini kerana tak mahu sesiapa ubah.
Pengertian wala' dlm jemaah...

Tak Sempat Lampias Nafsu


Tak sempat lampias nafsu
PASIR GUDANG – Seorang lelaki yang juga buruh kasar Indonesia tidak sempat melampias nafsunya bersama seorang gadis apabila dicekup kurang setengah jam selepas mendaftar masuk ke sebuah hotel bajet di sekitar Pasir Gudang, awal pagi semalam.
Lelaki berusia 40-an bersama pasangannya berumur 20 tahun ketika ditangkap oleh pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jaij) ditemui masih berpakaian kemas selain keadaan bilik yang teratur.
Ketika disoal siasat oleh pegawai penguatkuasa Jaij, gadis berkenaan yang berpakaian seksi mendakwa tidak bekerja dan berkenalan dengan lelaki terbabit iaitu suami orang ketika bekerja di sebuah pub di Taman Molek, di sini, sebelum ini.



Kini Hidup Bersama Buaya Terbesar Di Dunia


Kini Hidup Bersama Buaya Terbesar Di DuniaWalupun selepas 30 tahun bersama Cassius, George tetap berwaspada.
Seorang pemburu buaya yang menghabiskan masa 17 tahun memburu reptilia ganas itu kini hidup bersama buaya terbesar di dunia yang pernah ditangkap.
George Craig, 84, dari Green Island, Australia, menangkap buaya sepanjang 5.5 meter dan berat mencecah 1 tan itu 30 tahun lalu.
Sejak itu mereka ‘hidup bersama.’
Ketika mu­da, George menghabiskan masa memburu reptilia ganas itu dan memindahkan mereka ke kawasan selamat yang tidak menjadikan mereka ancaman kepada manusia.
‘Pasangannya’, Cassius ditangkap pada 1987 di sebuah sungai Wilayah Utara.
Buaya di kawasan berkenaan terkenal kerana saiz­nya yang besar.
Pada waktu itu, Cassius diancam dan diburu penduduk tempatan kerana dilihat sebagai ancaman kepada manusia selepas ia menyerang bot yang melalui su­ngai itu.
Jadi, George bertekad menangkap buaya yang sudah kehilangan kaki kiri hadapannya dan sebahagian ekornya akibat ‘pertempuran’ yang dilalui, untuk menyelamtkannya dan meletakkan reptilia itu di tempat perlindungan buaya miliknya.



Rahsia ‘Awang Hitam’ Pikat Gadis Tempatan


Rahsia ‘awang Hitam’ Pikat Gadis Tempatan
KUALA LUMPUR -  Faktor wanita tempatan terpikat dengan lelaki Afrika akibat bau badan hanyalah alasan, sebaliknya mereka sudah terpikat dengan kata-kata manis yang diluahkan lelaki terbabit.
Perkara itu dinyatakan Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din yang turut menyatakan faktor bau badan lelaki Afrika adalah faktor sekunder berbanding percakapan lelaki berkenaan yang bijak memikat wanita.
 “Sebenarnya, 80 peratus lelaki Afrika yang datang ke negara ini mempunyai niat tidak baik iaitu menipu dan atas kepentingan sendiri,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, sudah menjadi budaya dalam suku kaum masyarakat lelaki Afrika memenangi hati perempuan untuk menjadi terbaik dan berjaya dalam hidup.
“Dalam budaya mereka, lelaki mesti memenangi hati perempuan dan apabila sudah menang, mereka akan mendapat segalanya,” katanya.
Beliau mengulas laporan muka depan akhbar ini semalam mengenai pengakuan seorang wanita tempatan dikenali Maria, 40-an yang menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki Afrika atas faktor bau badan dan hembusan nafas.
Laporan itu juga menyatakan Maria seolah-olah ketagih dengan bau badan teman lelakinya selain mengakui lelaki berkenaan berbeza dengan lelaki tempatan apabila bersifat sangat penyayang, romantik dan mengambil berat terhadap pasangan.
Sumber

Kekal MB Selangor berasaskan hukum - Ulamak

HARAKAHDAILY | .

KULAIJAYA: "Sebagai sebuah parti Islam, segala keputusan politik sama ada dalam gerakan  Pakatan Rakyat atau lainnya, hendaklah sentiasa diasaskan sumber-sumber hukum Islam," tegas pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Justeru, katanya mengambil pelajaran dari isu perjawatan Menteri Besar di Selangor, Dewan Ulamak PAS ingin menarik perhatian kepada pertimbangan politik yang berasaskan hukum seperti di bawah.

Dewan Ulamak PAS, jelasnya tidak mempersetujui perletakan jawatan Adun Kajang sewenang-wenangnya kerana Islam tidak membenarkan pengkhianatan kepada amanah dan pembaziran harta negara untuk suatu piliha raya kecil yang asalnya tidak perlu diadakan.

Tambahnya, Dewan Ulamak PAS mempertegaskan bahawa pertukaran menteri besar adalah tidak perlu dan menegaskan bahawa menteri besar sedia ada perlu kekal pada jawatannya kerana Islam menekankan beban pembuktian setiap kesalahan ke atas penuduh dan selagai mana tidak dibuktikan, maka yang tertuduh hendaklah dikekalkan sebagai tidak bersalah.

Dewan Ulamak PAS, kata beliau membincangkan dari perspektif syarak kewajaran seorang wanita untuk memegang amanah pemerintahan dalam aspek wilayah al-ammah dan soal kemampuannya untuk memerintah.

"Sebarang persetujuan melantik mana-mana pemimpin adalah satu syahadah (penyaksian akan kelayakannya) dan bakal menjadi soal jawab di akhirat kelak," ujarnya ketika menyampaikan ucapan pada Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat ke-53 yang bertemakan 'Pertegas Prinsip Perjuangan' di IOI Palm Villa Golf & Country Resort di sini, pagi ini.

Dalam persoalan ini, tegasnya Dewan Ulamak PAS memuji dan berdiri teguh di belakang Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kerana istiqamah mengambil pertimbangan dasar Islam  dalam membuat keputusan sungguhpun berdepan dengan desakan dan tekanan daripada rakan-rakan sekutu Pakatan Rakyat dan beberapa pemimpin PAS. HARAKAHDAILY 17/9/2014

Masa depan Pakatan, PAS dan DAP

SUBKY LATIF | .
TELAH saya berfikir untuk menyatakan masa depan Pakatan Rakyat atau lebih jelasnya pembangkang di Malaysia adalah antara PAS dan DAP. Tetapi saya tidak menyebutnya kerana saya menjaga hati rakan-rakan dalam PKR terutama Brother Anwar Ibrahim yang saya tidak mahu bermasalah lagi dengannya.
  
Cukuplah kami sudah tidak berdua selama dia dalam Umno. Sesudah berdua semula selepas itu, janganlah tidak berdua lagi.
  
Lama sebelum wujudnya Langkah Kajang, saya sudah mendengar PKR tidak senang dengan Khalid Ibrahim. Saya dapatkan pandangan akar umbi DAP kemungkin giliran PAS pula sebagai Menteri Besar. Maklum balasnya, ia boleh terima jika ganti itu Dr. Rani, ADUN PAS Meru dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor.
  
Saya pernah bayangkan hal itu dalam tulisan saya. Kemudian Langkah Kajang pun meledak dan Pakatan Rakyat bergelora, DAP solid bersama PKR untuk membuang PAS. Saya tidak tahu politik apa yang DAP guna, tidak mengambil apa-apa langkah bagi mengendurkan ketegangan antara PAS dan PKR.
  
Imej PKR tidak akan serosak sekarang dalam kalangan rakyat terbanyak jika DAP dapat memberi nasihat yang baik kepada Anwar dan PKR. PAS sekarang huduh pada orang PKR saja, tidak pada orang ramai. DAP tidak sekadar tidak membantu PKR dan Pakatan, ia tidak membantu dirinya sendiri.
  
Sekarang Sultan Selangor sudah kata DAP derhaka. Sama ada titah Sultan tepat atau sebaliknya, ia amat disenangi oleh Umno dan sekalian rakyat yang tidak sukakan DAP. PAS tidak dapat mencairkan pandangan negatif umum terhadap DAP seperti sebelum ini. Sebelum ini apa yang Melayu kata tentang DAP, PASlah yang mencairkannya.
   
Saya masih kata, DAP masih releven buat PAS. Ia masih dapat bertahan lama sekalipun setelah tiada Lim Kit Siang dan selepas Lim Guan Eng jadi warga emas. Ia akan lebih terserlah jika ia dapat sekutu Melayu yang boleh bersamanya bagi mencabar kekuasaan BN dan Putrajaya. Sekutu yang ada akar umbi ialah PAS. PAS akan ada lama.
   
Tetapi PKR tidak boleh jadi sekutu yang penting, kerana pertama tidak jelas siapa yang boleh menjaganya selepas tiada  Anwar? Sokongan orang Melayu kepada Anwar dan PKR banyaknya adalah daripada PAS. Apabila Anwar tidak ada, tidak dapat dipastikan sokongan itu. Orang bukan Melayu pula bergantung kepada sokongan yang DAP boleh bantu. Sokongan DAP kepada PKR juga adalah kerana Anwar. Kalau Anwar sendiri hilang sokongan orang Melayu, apa lagi yang DAP harap untuk membantunya lebih dekat ke Putrajaya?
   
Jawapannya ialah DAP bukan saja diperlukan oleh PAS, tetapi DAP juga memerlukan PAS. Jika tidak DAP akan balik ke tempat lama bersendirian. PAS dan DAP telah ada sejarah dan pengalaman baik di Perak. DAP amat senang dengan Menteri Besar PAS, Nizar Jamaluddin. PAS tidak pernah mengira apa yang dicapainya di Perak adakah hak dan kepintarannya. Tapi yang terjadi itu adalah atas kerjasama dan kerelaan DAP. Orang PAS terus mahu perlu memerlu antara satu dengan lain seperti di Perak itu perlu disambung.
   
Ramai di luar Pakatan mahu PAS menggantikan Khalid, tetapi PAS suka ia dikekalkan untuk PKR kerana ia menjaga hati PKR dan hati DAP. Sekalipun Sultan menerima PAS jadi Menteri Besar tidak banyak PAS bertahan kalau DAP tidak bersedia jadi seperti Perak dulu. PAS tentu tidak mahu mengambil kesempatan daripada sokongan DAP saja kerana ia akan dikira tidak berlaku adil kepada PKR.
   
Kalau DAP merasa perlu keluar daripada cap derhaka daripada istana, ia mesti membuat keputusan untuk menenangkan PKR supaya berlunak dengan PAS. Kerana suasana politik yang demikian, masa depan DAP adalah lebih selesa bersama PAS. Tidak mengapa DAP tidak perlukan PAS, tetapi PAS tetap merasa perlu berkawan dengan DAP. DAP jangan buang PKR, tetapi PAS boleh lebih penting. – HARAKAHDAILY 15/9/2014

Allah selamatkan Selangor dengan ‘Ijhtihad’ dan ‘Iltizam’ 2 Adun PAS, kata AJK Pusat

August 16, 2014
Published: 15 August 2014
Tindakan dua Adun PAS menyokong calon menteri besar baharu Selangor Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah pertolongan Allah, kata AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad. Gambar fail The Malaysian Insider.
Tindakan dua Adun PAS menyokong calon menteri besar baharu Selangor Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah pertolongan Allah, kata AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad. Gambar fail The Malaysian Insider. -
Allah selamatkan Selangor dengan 2 Adun PAS, kata AJK Pusat
Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad menganggap tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pertolongan Allah untuk menyelamatkan Selangor dan Pakatan Rakyat (PR).
Bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin terpaksa membuat “ijtihad” (keputusan) peribadi untuk menyelamatkan PR walaupun PAS hanya akan membuat keputusan rasmi mengenai isu tersebut dalam mesyuarat 17 Ogos ini.
“Dua Adun PAS ini membuka pintu untuk peralihan kuasa ketika Selangor mengalami kebuntuan dalam krisis menteri besar dan Khalid kini sudah tidak mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur hari ini,
“Tindakan kedua-dua Adun PAS ini saya anggap sebagai pertolongan Allah untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat dan kerajaan negeri Selangor,” katanya.
Semalam Adun Hulu Klang dan Adun Morib bersama-sama 28 lagi Adun PKR dan DAP menyatakan secara terbuka mereka hilang kepercayaan terhadap Khalid dan mahu Dr Wan Azizah yang merupakan Adun Kajang menjadi menteri besar Selangor yang baharu.
Khalid yang kini merupakan Adun Bebas selepas dipecat PKR, hanya mempunyai sokongan 13 Adun daripada PAS dan 12 Adun Umno, menjadikannya hanya 26 Adun.
Dzulkefly sebelum ini pernah berkata, PR sedang dalam proses memusnahkan diri sendiri dan hanya bantuan Allah (divine intervention) dapat menyelamatkannya.
“Dengan adanya 30 Adun menyokong Dr Wan Azizah, tidak perlulah Sultan Selangor membubarkan DUN dan menteri besar baharu sudah boleh dilantik.
“Khalid kini sudah tidak mempunyai sokongan majoriti Adun Selangor dan beliau perlulah berundur secara terhormat,” katanya.
Dzulkefly berkata, PAS sedar dengan kemarahan penyokong PR dan orang ramai kerana masih belum membuat keputusan ketika krisis besar melanda dan berkemungkinan akan menyebabkan berakhirnya kerjasama dengan PKR dan DAP sejak 6 tahun lalu.
“Tindakan 4 exco PAS itu terus bersama Khalid semata-mata untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor, dari dicerobohi dan dirampas Umno dari pintu belakang. Ini juga satu sumbangan PAS” katanya.
Semalam Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman meminta kedua-dua Adun Hulu Klang dan Adun Morib memberikan penjelasan dalam masa 24 jam.
Khairuddin berkata, sekiranya kedua-dua Adun berkenaan enggan berbuat demikian, mereka bakal berdepan dengan tindakan disiplin.
“PAS Selangor memandang serius tindakan 2 Adun PAS ini yang mengambil pendirian dan bersikap bersendiri tanpa menurut tatacara serta arahan yang ditetapkan parti.
“Saya nasihat kedua-dua Adun ini menarik balik tindakan (menyokong Dr Wan Azizah) atau PAS Selangor akan mulakan tindakan disiplin termasuk melihat kepada kandungan bai’ah (janji) yang dilafazkan sewaktu mereka menjadi calon (Adun),” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Walaupun Dr Wan Azizah sudah membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti 30 daripada 56  Adun Selangor, Khalid tetap mengatakan beliau kekal sebagai menteri besar dan hanya proses undi tidak percaya di DUN Selangor dapat menyingkirkannya. – 15 Ogos, 2014.

 






Aku "snap" teks ini kerana tak mahu sesiapa ubah.
Pengertian wala' dlm jemaah...

Tiada ulasan: