Sabtu, 20 September 2014

AGAK2 SAPE ULAR DAN BIAWAK TU


Papan Tanda Runtuh Di Penang, Kereta Rosak Teruk

Kredit photo : panggungopera.blogspot.com/

George Town , 19 Sept : Billboard atau papan iklan gergasi di Bangunan Krystal Point Bayan Baru, Pulau Pinang dilaporkan runtuh dari tingkat 4 menyebabkan beberapa kenderaan yang parking di bawah bangunan tersebut rosak teruk.

Kejadian yang berlaku malam tadi, dikatakan berlaku kerana ribut kuat yang berlaku di tempat kejadian. Papan tanda tersebut yang berukuran 6x18meter telah menyebabkan kerosakan kepada sebuah Perodua Myvi, Perodua Kelisa, sebuah BMW dan sebuah Citreon.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. - SiakapKeli.com





Orang yang doakan benda jahat adalah perosak sebenar PAS, kata Hasnul
pada 19-09-2014 04:09 Ditulis Oleh Nurshakira Buang
Post Pic
 



SHAH ALAM: Perwakilan PAS Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin adalah perosak sebenar parti itu apabila membaca doa sambil mengutuk timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua ADUN parti itu, kata ADUN Morib Hasnul Baharuddin. 

 

"Sebenarnya dia sendiri (Azhari) yang mendoakan yang jahat untuk orang lainlah yang merosakkan PAS," kata beliau yang  menjadi sasaran di dalam "doa" Azhari itu pada muktamar PAS di Batu Pahat. 

 

Hasnul menyifatkan beberapa insiden serta kekecohan yang berlaku semasa muktamar PAS peringkat Pemuda dan insiden hari ini sebagai  ujian bagi parti Islam itu.

 

"Satu ujian untuk mematangkan lagi PAS dalam meraih sokongan dan agenda perjuangan parti," ujarnya yang tidak hadir pada persidangan ke 60 itu. 

 

 Dalam doanya, Azhari menyifatkan Hasnol dan ADUN Hulu Kelang Saari Sungib sebagai dua titik nila yang merosakkan PAS selepas mereka memilih untuk menyokong penuh  Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar baru. 

 

Tindakan merek dilihat membelakangkan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura yang menolak pencalonan Wan Azizah untuk jawatan itu. 

 

Hasnol berkata beliau masih menyokong penuh Wan Azizah sungguhpun menerima kritikan di Muktamar PAS, namun akan akur dengan pilihan Sultan Selangor untuk menyandang jawatan MB. 

 

"Saya tetap dengan pendirian saya sebelum ini tetapi bukan maksud saya nak melawan apa jua keputusan Tuanku Sultan. 

 

Selain "menyerang" Saari dan Hasnol, Azhari turut menegur timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dalam doanya kerana dikatakan menyanggah presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu perlantikan MB Selangor. 

  

Kebanyakan perwakilan yang bersidang di bawah khemah besar di Parit Salleh Ros, Batu Pahat itu dilihat turut menadah tangan.

 

Azhari meneruskan doa itu lebih 25 minit walaupun ditegur oleh pengerusi tetap muktamar, Abu Kassim Abdullah.

 

Ia akhirnya menimbulkan kemarahan  perwakilan Kedah, Ridzuan Abu Bakar yang meluru ke pentas dan menuntut agar tindakan dikenakan ke atas Azhari.


Aku "snap" teks ini kerana tak mahu sesiapa ubah.
Pengertian wala' dlm jemaah...















LikeLike · ·
Ishhh..ishhh..sampai tara ni puak Anwarinas aka PasMa dok tibai geng ulama Pas..Ustaz Harun Din ni..bkn takat org Pas ja yg hormat..org UMNO pun sgt hormat kat dia..sebab ketokohan dia..lagipun dia bknnya pengamal politik binatang yg totok..
Tapi lihatlah sendiri arini..Ustaz Harun Din bkn setakat tdk lagi dihormati..malah difitnah sbg seorg ulamak yg mmpunyai kepentingan peribadi duniawi..
Tuduhan yg dibuat oleh Zulhazmi (calon yg kalah jawatan KP Pas yg hnya dpt 17 undi saj...
See More
















LikeLike · ·


Pakatan Rakyat Tidak Akan Tahan Lama Di Selangor Jika PAS Jadi MB – Mat Sabu


Mat-Sabu-Pas

Shah Alam – Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor tidak akan bertahan lama sekiranya Sultan Sharafuddin Idris Shah memutuskan melantik menteri besar baharu daripada kalangan pemimpin PAS, kata Mohamad Sabu.
Timbalan presiden PAS itu berkata, pelantikan itu tentu tidak akan dipersetujui DAP dan PKR sementara PAS juga akan komited mempertahankan kerusi menteri besar itu sebagai milik PKR.
“Kalau DAP dan PKR tidak setuju daripada PAS (sebagai menteri besar), Selangor akan jadi kerajaan sementara,” kata Mohamad yang ditemui pemberita di Batu Pahat, Johor selepas Muktamar Tahunan PAS ke-60 hari ini.
Kenyataan beliau turut disokong Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali. “Keputusan dibuat, kerusi itu milik PKR,” katanya ketika ditemui dalam muktamar itu.
Sultan Selangor akhirnya membuat keputusan muktamad memilih menteri besar baharu dan menetapkan tarikh 23 September ini sebagai majlis angkat sumpah.
Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor akan diadakan pada Selasa depan di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang, pada pukul 10 pagi.
Pejabat Istana Selangor ketika dihubungi mengesahkan kad jemputan itu yang sudah mula diedarkan kepada pembesar istana, wakil rakyat, penghulu, serta pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK).
Namun begitu, sumber itu enggan mendedahkan individu yang akan dilantik Sultan Selangor itu.
Sementara itu, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua ketika bercakap dengan The Malaysian Insider menganggap berita itu adalah benar namun pihaknya masih belum menerima sebarang jemputan.
Perkara ini juga disahkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor, Sallehen Mukhyi ketika ditemui mengakui pejabatnya menerima jemputan itu, namun beliau masih belum menerima jemputan secara rasmi.
Beliau yang dimaklumkan berita itu hari ini, berkata masih lagi tidak mengetahui calon yang akan dilantik Sultan, dan menafikan dirinya akan diangkat sebagai menteri besar.
“Cuma saya tidak tahu lagi siapa menteri besar… yang penting bukan saya,” katanya.
“Kita harap ini jalan penyelesaian terbaik. Kita tiada lagi ruang terbaik kecuali rakan PR terima,” katanya dan menambah, berita itu diterimanya daripada seorang penghulu yang menerima jemputan berkenaan.
Terdahulu hari ini, Munir mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang amalan menghantar satu nama calon menteri besar kepada Sultan merupakan konvensyen sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.
Sehingga kini, PAS dikatakan menghantar tiga nama iaitu dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR dan satu Adun PAS.
Ketiga-tiga mereka dikatakan Dr Idris Ahmad (PKR-Ijok), Dr Yakub Sapari (PKR-Kota Anggerik) dan Adun Cempaka Iskandar Samad, pesuruhjaya PAS Selangor yang exco kerajaan negeri.
Tidak diketahui apakah PKR dan DAP menambah bilangan calon mereka selepas dititah murka oleh Sultan Selangor kerana hanya menghantar satu nama sahaja sedangkan istana menitahkan dihantar lebih daripada dua nama.
PKR dan DAP sebelum ini memutuskan calon mereka hanya satu iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

'Buah boleh kami junjung, kalau biawak atau ular tak dapatlah' - Dewan Ulama

pada 19-09-2014 06:09 Ditulis Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar, Shuhaniza Said & Zeanaaima Mohd Yusof
Post Pic

BATU PAHAT: "Kita boleh menjunjung berterusan jika di dalam bakul itu adalah buah-buahan, tetapi jika ia adalah biawak au ular yang berbisa, kita tak boleh terus memikulnya".

 

Itu penegasan perwakilan Dewan Ulama berhubung tahaluf siyasi yang ditetapkan untuk terus didokong Muktamar PAS kali ke-60 ini.

 

Ujar wakilnya, Mokhtar Senik konsep tahaluf siyasi antara PAS, DAP dan PKR secara automatik akan terbatal jika ada mana-mana ahlinya melanggar perjanjian yang dimeterai sebelum ini.

 

"Maknanya apabila mereka rombak perjanjian, maka dengan saat itu tahaluf kita terbatal.

 

"Sesiapa yang kata PAS mahu kerjasama dengan Umno, maka dengan serta-merta mereka mengkhianati ucapan dasar Presiden," katanya kepada semua perwakilan parti Islam itu, petang tadi.

 

Hadi, melalui ucapan dasarnya semalam berkata PAS akan masih bersama Pakatan Rakyat sekiranya PKR dap DAP terus menghormati konsep tahaluf siyasi.

 

Bagaimanapun beliau memberi amaran bahawa parti itu akan keluar daripada kerjasama itu jika dua parti berkenaan tidak lagi menghormati rangka kerjasama politik tahaluf siyasi dengan PAS. 

 

Hadi turut memberi peringatan kepada PKR dan DAP supaya tidak mengkhianati PAS kerana ia bukan sahaja akan merosakkan perjuangan parti Islam itu, malah akan menyebabkan ahlinya bertelagah sesama diri. 

 

Dalam pada itu Mokhtar menafikan golongan ulama parti itu tidak turun padang dan 'pantang' ditegur.

 

"Saya tidak kata ulama itu maksum, tiada salah. Tetapi kita perlu menegur, bukan menghina.

 

"Jika ulama senyap, dikata kita jumud. Jika kita jawab, mereka tuduh kita tidak sabar, melenting. Kita perlu perbetulkan persepsi," ujarnya.

 

Kebelakangan ini Majlis Syura Ulama ditempelak berikutan tindakan badan itu memberi pandangan berhubung krisis pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

 

Majlis Syura Ulama terus dipandang serong segelintir ahli PAS apabila badan itu mendokong tindakan Hadi menolak Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar.

 

Natijahnya kedudukan dan sokongan kepada golongan ulama menjadi topik hangat pada muktamar kali ini.

 

Selain itu itu, Mokhtar turut menyentuh isu sokongan kepada Hadi. Beliau bertindak menegur seorang perwakilan yang semalam mempertikaikan pemakaian 'vest' tertera sokongan pada Hadi.

 

"Pakai baju begitu pun salah? Yang salah adalah apabila kita tidak pakai baju. Ini menunjukkan kita hormat perbezaan pendapat tetapi ia mesti diuruskan dengan baik, jangan sampai menghina," tegasnya.

 

Muktamar PAS kali ini berlangsung ketika Pakatan Rakyat menghadapi krisis paling buruk sejak penubuhannya pada 2008.
 
Teuku Zacharyah Iskandar
8 hrs · Edited ·
DOA HEBAT DARI PEMIMPIN PAS DI HARI JUMAAT YANG MULIA INI..
Perwakilan baca doa kutuk Mat Sabu, dua ADUN
Seorang perwakilan di Muktamar PAS mengambil peluang dalam ucapannya untuk membacakan doa yang mengutuk pemimpin parti – termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua ADUN parti itu di Selangor.
Dua ADUN yang disasarkan oleh wakil PAS Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin itu ialah Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).
Dua ADUN tersebut sebelum ini menyokong presiden PKR sebagai calon menteri besar Selangor yang baru dalam pengakuan berkanun mereka.
Dalam doanya sepanjang 25 minit itu, Azhari memanjatkan doa agar Mohamad Sabu tidak akan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau juga berkata Saari dan Hasnul ibarat ejen perosak dalam parti itu, dengan memetik perumpamaan “nila setitik yang merosakkan susu sebelanga”.
“Sekarang kita ada dua nila – satu Cap Hulu Kelang dan satu Cap Morib, mereka nila yang sangat beracun,” katanya dalam doa itu sambil menadah tangan.
Doanya yang meleret-leret sehingga lebih 25 minit itu memaksa pengerusi tetap muktamar, Abu Kassim Abdullah mengulangi peringatan agar beliau menamatkan ucapan.
Ia turut menimbulkan kemarahan seorang perwakilan yang meluru ke pentas dan menuntut agar tindakan dikenakan ke atas Azhari.
Beliau meminta pengerusi tetap mengeluarkan ketetapan sama ada tindakan membaca doa yang mengutuk orang lain dalam parti itu boleh dibenarkan dalam persidangan.
“Adakah ini sifat seorang Muslim?,” soalnya sebelum diiring keluar oleh seorang anggota Unit Amal yang turut mematikan mikrofon tersebut.
# PAS dah jadi PARTI KATUN..
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO.
LikeLike · ·
As-Syahid Ust Lotfi Ariffin....

LikeLike · ·

Gaji Menantu Haji Hadi Di Kumpulan Peransang - Mai la tengok betoi ka dak... wakaka

Marah sangat Wan Azizah dijadikan calon untuk MB kerana kroni katanya, abis yang di bawah ni apa? Kroni atasan PAS peringkat tertinggi? Kemudian suruh para ahli sekalian WALA dan taat jangan berbelah bagi? 

Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agong Mustafa Ali, Ketua Penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Politik Abd Hadi Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar, Raja Petra Kamaruddin, di Manchester, UK.

Carta Organisasi Kumpulan Peransang Selangor Berhad. Abang kepada Raja Petra Kamaruddin, Tuan Haji Raja Idris Raja Kamarudin adalah Pengerusi lembaga Pengarah Kump. Perangsang Selngor Berhad. Zaharuddin Mohammad (menantu Hj Abdul Hadi adalah Ketua Jabatan Agama syarikat berkenaan.

Ada dua nama kroni di situ. Ahmad Sabki Yusof (Setiausaha Politik Hj Abd hadi) dan Zaharuddin Muhammad (menantu Hj Abd Hadi)

Tak hairan mengapa bertungkus-lumus pertahan TSKI sebagai MB. Geng pro-Ulamak pula yang bertungkus-lumus menyokong dan mengusung di atas istilah WALA dapat apa? Jauh sekali yang menentang!

Kebenaran tetap kebenaran, marilah kita terus berdoa: 

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه 
Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah 

Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

rasanya .. pendapatan lebih sesuai kot... gaji ialah imbuhan bulanan..
7 hrs ·

Tiada ulasan: