Ahad, 28 September 2014

SAPE BULI SAPE...SAPE NAK JAGA KEPENTINGAN....AKHIRNYA SEMUA AKAN BOCOR...DENGAN KEMAJUAN IT

6:18PM - 28 Sep 2014

Nik Abduh: Rakan Pakatan buli PAS


Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Nik Abduh Nik Aziz menyatakan PAS dibuli oleh rakan Pakatan Rakyat mereka.

Dalam tulisan di Facebook beliau hari ini, anggota parlimen Pasir Mas itu berkata PKR dan DAP menyambung kerja "membuli" PAS selain Umno tanpa dilawan parti Islam itu sendiri.

"Hari ini, selain Umno, PKR dan DAP mula nak buli PAS. Sehinggakan PAS kelihatannya sekarang seperti terpinga-pinga tak tahu nak sentuh yang mana satu. Semua macam tak menjadi.

"Masih dalam Pakatan pun, mereka membakar masyarakat dan penyokong Pakatan Rakyat agar membenci PAS. PAS ni tak berapa 'ganas' mana agaknya. Dibuli pun dia buat muka selamba saja.

Melawan pun macam tak melawan mana," kata beliau yang juga anak Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat.

Beliau berkata DAP mula membuli PAS selepas mendapat kuasa dalam pilihan raya sebelum ini.

Beliau menasihati DAP agar tidak bongkak dan mengikut jejak langkah Umno sebelum ini.

"Macam Umno juga DAP ni. Gembira dan megah sangat bila dah ada kuasa. Maklumlah, lama jadi pembangkang bersama PAS, baru penggal lepas DAP mula dapat kuasa memerintah, sedangkan PAS yang hidupnya sering dibuli dah lama berkuasa di Kelantan dan Terengganu.

"Diungkit-ungkit kisah kegagalan PAS sampai lupa pula kisah kejayaan dan kebaikan PAS di samping kegagalan mereka sendiri.
Sementara itu Nik Abduh menyindir PKR yang turut cuba 'mencuri sambil membuli' PAS tetapi tidak menjadi.

"PKR pun nak buli PAS macam DAP juga. Sambil mencuri sambil membuli. Nasib baik dalaman PKR tak berapa kuat macam DAP. Ada masam muka di antara sesama mereka. Maka bulian mereka, walaupun pedih juga, tapi paling tak menjadi. Tak macam DAP, apatah Umno. Syukurlah.. .

"Itulah PAS, seperti orang miskin hidupnya, sentiasa menjadi mangsa buli,"kata beliau.

Nik Abduh sebelum ini dikaitkan dengan beberapa pemimpin “ustaz muda” dalam PAS yang dikatakan mahu parti itu keluar dari Pakatan.

Sinar Harian pada 24 September lalu melaporkan Naib Ketua Pemuda PAS Ir Khairil Nizam Khiruddin berkata PAS akan keluar dari Pakatan jika sudah tiba masanya.

Hal itu bagaimanapun dinafikan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

Suhaizan menjelaskan, Khairil berkata demikian untuk mengelakkan tekanan-tekanan kepada PAS sehingga parti itu bertukar fikiran dan ia tiada kaitan dengan krisis menteri besar Selangor atau pelantikan exco negeri.

Suhaizan dalam kenyataan hari ini mempertegaskan bahawa Pemuda PAS tetap akan bersama dengan Pakatan seperti diputuskan oleh muktamar 2008.

"Saya telah menghubungi ketua DAPSY dan ketua AMK untuk mempertemukan naib ketua Pemuda PAS dan ketua DAPSY Sarawak untuk menyelesaikan salah faham yang berlaku.

"Saya menasihatkan diri saya dan pimpinan PAS serta Pakatan agar mengelakkan memulakan atau bertindak balas terhadap kenyataan yang boleh meretakkan hubungan dalam Pakatan.

“Seperti kenyataan 'cerai' bagi pasangan suami isteri. Walaupun hukumnya harus tetapi Allah tidak suka perkara tersebut," kata beliau.


DAP Sarawak sebelum ini mengumumkan untuk menghentikan kerjasama dengan PAS selagi parti Islam itu menyokong Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 di Kelantan.

Hadi: Kami tak pelahap jawatan MB


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak ingin merebut jawatan menteri besar Selangor tetapi tidak senang dengan layanan PKR kepada parti tersebut.

Katanya, PKR tidak patut "mencuri" dua wakil rakyatnya untuk menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar.

Usaha PKR untuk menukar Tan Sri Khalid Ibrahim melalui operasi 'Langkah Kajang' itu juga tidak disenangi PAS, katanya.

"Takut majoriti tak dapat, curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat. Adakah ini etika bertahaluf? Kita tidak memandang ringan, dua wakil rakyat yang sanggup menyeberang, yang jadi broker, yang jadi barua, semua ada.

"Tidakkah setiap wakil rakyat kita berbaiah, macam jadi calon (sebut) wallahi, wabillahi, watallahi, berbai'ah, mana besar dengan baiah dengan aku janji?," katanya Abdul Hadi katanya ketika menyampaikan ucapan pengulungan.

"Langkah Kajang yang tidak menyenang kita. Saya menegaskan PAS tidak berebut jawatan menteri besar. PAS tidak pelahap jawatan menteri besar.

"Walaupun tidak ada persefahaman untuk menentukan menteri besar, tak ada perjanjian bertulis," katanya.

Dua ADUN PAS Selangor yang menandatangani pengakuan berkanun bagi menyokong Wan Azizah itu ialah Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Hormati sultan

Hadi turut mengemukakan hujah bahawa PAS perlu "campur tangan" berhubung pelantikan calon menteri besar demi menghormati peranan raja yang menjaga Islam dan umat Melayu di negeri itu.

Beliau melandaskan hujah tersebut dengan sepotong hadis Nabi Muhammad yang menganjurkan agar seseorang pemimpin dilantik berdasarkan amanah dan kelayakan dan bukannya kecenderungan tertentu.

Katanya, para pemimpinnya bakal berdepan dengan kemurkaan Allah iaitu diseret ke neraka jahanam.

"Tetapi ingat ada hukum hakam sahaja, ada ikut hukum akal sahaja. Kita tidak boleh biarkan, raja yang menjaga agama Islam dan Melayu yang ada peranan di negeri itu.

"Oleh itu ita kena campur tangan dalam hal ini. Jangan pandang mudah dan remeh nak beri begitu sahaja. Ada amanahnya.

"Strategi politik mesti ada amanah dan reda-Nya. Saya tak pasti mahu bawa ahli PAS ke neraka?" kata Abdul Hadi.

Boleh dimaafkan

Dalam ucapannya itu, Abdul Hadi turut menegur anggota parti yang tidak menunjukkan ketaatan kepada pemimpin dan menghilangkan jati diri sebagai ahli PAS.

Beliau turut mensasarkan teguran pada pemimpin parti yang membocorkan rahsia parti dan juga golongan yang membawa agenda pihak laiin ke dalam PAS.

Bagaimanapun, beliau berkata perkara itu dapat dimaafkan.

Katanya, beliau mengambil teladan dari kisah Hatim bin Balta'ah, seorang sahabat Nabi yang membocor rahsia perang.

Katanya, Balta'ah dimaafkan kerana kedudukan sebagai panglima dalam perang Badar.

"Itu tidak boleh... Tetapi sikap memaafkan lebih baik," katanya sambil meminta anggota parti bersatu dalam semua perkara dan tidak berpecah walaupun berbeza pendapat

Aku "snap" teks ini kerana tak mahu sesiapa ubah.
Pengertian wala' dlm jemaah...















LikeLike · ·
Ishhh..ishhh..sampai tara ni puak Anwarinas aka PasMa dok tibai geng ulama Pas..Ustaz Harun Din ni..bkn takat org Pas ja yg hormat..org UMNO pun sgt hormat kat dia..sebab ketokohan dia..lagipun dia bknnya pengamal politik binatang yg totok..
Tapi lihatlah sendiri arini..Ustaz Harun Din bkn setakat tdk lagi dihormati..malah difitnah sbg seorg ulamak yg mmpunyai kepentingan peribadi duniawi..
Tuduhan yg dibuat oleh Zulhazmi (calon yg kalah jawatan KP Pas yg hnya dpt 17 undi saj...
See More
















LikeLike · ·
As-Syahid Ust Lotfi Ariffin....

LikeLike · ·

Gaji Menantu Haji Hadi Di Kumpulan Peransang - Mai la tengok betoi ka dak... wakaka

Marah sangat Wan Azizah dijadikan calon untuk MB kerana kroni katanya, abis yang di bawah ni apa? Kroni atasan PAS peringkat tertinggi? Kemudian suruh para ahli sekalian WALA dan taat jangan berbelah bagi? 

Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agong Mustafa Ali, Ketua Penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Politik Abd Hadi Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar, Raja Petra Kamaruddin, di Manchester, UK.

Carta Organisasi Kumpulan Peransang Selangor Berhad. Abang kepada Raja Petra Kamaruddin, Tuan Haji Raja Idris Raja Kamarudin adalah Pengerusi lembaga Pengarah Kump. Perangsang Selngor Berhad. Zaharuddin Mohammad (menantu Hj Abdul Hadi adalah Ketua Jabatan Agama syarikat berkenaan.

Ada dua nama kroni di situ. Ahmad Sabki Yusof (Setiausaha Politik Hj Abd hadi) dan Zaharuddin Muhammad (menantu Hj Abd Hadi)

Tak hairan mengapa bertungkus-lumus pertahan TSKI sebagai MB. Geng pro-Ulamak pula yang bertungkus-lumus menyokong dan mengusung di atas istilah WALA dapat apa? Jauh sekali yang menentang!

Kebenaran tetap kebenaran, marilah kita terus berdoa: 

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه 
Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah 

Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

rasanya .. pendapatan lebih sesuai kot... gaji ialah imbuhan bulanan.

'Buah boleh kami junjung, kalau biawak atau ular tak dapatlah' - Dewan Ulama

pada 19-09-2014 06:09 Ditulis Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar, Shuhaniza Said & Zeanaaima Mohd Yusof
Post Pic

BATU PAHAT: "Kita boleh menjunjung berterusan jika di dalam bakul itu adalah buah-buahan, tetapi jika ia adalah biawak au ular yang berbisa, kita tak boleh terus memikulnya".Itu penegasan perwakilan Dewan Ulama berhubung tahaluf siyasi yang ditetapkan untuk terus didokong Muktamar PAS kali ke-60 ini.Ujar wakilnya, Mokhtar Senik konsep tahaluf siyasi antara PAS, DAP dan PKR secara automatik akan terbatal jika ada mana-mana ahlinya melanggar perjanjian yang dimeterai sebelum ini."Maknanya apabila mereka rombak perjanjian, maka dengan saat itu tahaluf kita terbatal.

"Sesiapa yang kata PAS mahu kerjasama dengan Umno, maka dengan serta-merta mereka mengkhianati ucapan dasar Presiden," katanya kepada semua perwakilan parti Islam itu, petang tadi.Hadi, melalui ucapan dasarnya semalam berkata PAS akan masih bersama Pakatan Rakyat sekiranya PKR dap DAP terus menghormati konsep tahaluf siyasi.Bagaimanapun beliau memberi amaran bahawa parti itu akan keluar daripada kerjasama itu jika dua parti berkenaan tidak lagi menghormati rangka kerjasama politik tahaluf siyasi dengan PASHadi turut memberi peringatan kepada PKR dan DAP supaya tidak mengkhianati PAS kerana ia bukan sahaja akan merosakkan perjuangan parti Islam itu, malah akan menyebabkan ahlinya bertelagah sesama diri. Dalam pada itu Mokhtar menafikan golongan ulama parti itu tidak turun padang dan 'pantang' ditegur."Saya tidak kata ulama itu maksum, tiada salah. 
Tetapi kita perlu menegur, bukan menghina."Jika ulama senyap, dikata kita jumud. Jika kita jawab, mereka tuduh kita tidak sabar, melenting. Kita perlu perbetulkan persepsi," ujarnyaKebelakangan ini Majlis Syura Ulama ditempelak berikutan tindakan badan itu memberi pandangan berhubung krisis pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharuMajlis Syura Ulama terus dipandang serong segelintir ahli PAS apabila badan itu mendokong tindakan Hadi menolak Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar.Natijahnya kedudukan dan sokongan kepada golongan ulama menjadi topik hangat pada muktamar kali ini.

Selain itu itu, Mokhtar turut menyentuh isu sokongan kepada Hadi. Beliau bertindak menegur seorang perwakilan yang semalam mempertikaikan pemakaian 'vest' tertera sokongan pada Hadi.Pakai baju begitu pun salah? Yang salah adalah apabila kita tidak pakai baju. Ini menunjukkan kita hormat perbezaan pendapat tetapi ia mesti diuruskan dengan baik, jangan sampai menghina," tegasnya.

Muktamar PAS kali ini berlangsung ketika Pakatan Rakyat menghadapi krisis paling buruk sejak penubuhannya pada 2008.
43 mins ·















Kerajaang Perpaduwang UG added 2 new photos.


Din Ayam ni menantu Hadi Awang.
antara dalang di belakang fitnah pil kuda, dan pertindanan kerusi PAS dan PKR semasa PRU13 yang lalu.
dia juga ada kepentingan dalam GLC Selangor, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad.
ada jawatan sebagai CRO.
pendapatan +RM15,000 sebulan.
hidup mewah bergaya, pakai BM7 Series.



lebih malang lagi, dia juga salah seorang Ahli Majlis Syura Ulama PAS.
antara yang Ahli Majlis Syura lain yang hidup mewah bergaya ialah Tantawi dengan VELLFIRE dan Harun Din dengan Land Rover nya..[plate no. PAS 3]
dulu kita marah kepada pimpinan UMNO hidup kaya dan mewah tatkala rakyat melarat. kini, pimpinan PAS pun ada yang kaya raya tatkala raya hidup melarat.
kesemua jawatan itu bukan diperolehi dari usaha sendiri, tapi dari pengaruh politik masing-masing.
sebelum ni dok sembang pasal Umar Abd Aziz yang melarang ahli keluarganya mengumpul harta dari pengaruh politik, tapi lepas ni sanggup sembang lagi ka?


Friday, September 26, 2014

Rahsia kenapa nak kekalkan Khalid Ibrahim.... pendedahan exclusif! (VIDEO & Transkrip)

Ikuti pendedahan eksklusif Izham Hashim, ahli Badan Perhubungan PAS Selangor, bahawa ada pemimpin tertentu parti itu tidak mahu Tan Sri Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor kerana berkepentingan peribadi.

 Tanpa menamakan pemimpin kanan PAS itu, katanya, individu berkenaan ada ikatan emosi dengan Khalid.

Ikuti trankrip berikut yang di muat naik melalui v-deo di bawah nanti :

 0:01 ~ Sepatutnya kita rakan dalam Pakatan Rakyat, kita bantu dia untuk menyelesaikan masalah, itulah kawan!Semangat setia kawan.

 Adakah Islam ajar kita, untuk jadi parti Islam atau pejuang Islam ni, istilah wala' sahaja...wala' sahaja, feqah...apa lagi ustaz? ...Taat, yang tu saja Islam? Setiakawan bukan Islam ker? 

 0:23 ~ Tak bohong bukan Islam ker? Cakap bahasa elok-elok bukan Islam ker? Islam kalau nak perjuangkan Islam, semua benda kena ikut yang Islam ler...baru boleh klem kita berjuang Islam.

 0:36 ~ Rakan kita sedang ada masalah, ini masa dia ada masalah, kita kena tolong dia...nanti kita suatu hari ada masalah, dia tolong kita pula!Itulah semangat setiakawan! Jadi bila isu timbul dah masalah, patut yang pertamanya ialah, kita jumpa mesyuarat Pakatan Rakyat, ini mesyuarat tak pergi....mesyuarat tak nak pergi....tak nak pergi....tak taulah... Mesyuarat Pakatan Rakyat tak mau pergi lepas tu buat keputusan sendiri.

1:02 ~ Dia; pergilah mesyuarat, itulah gunanya mesyuarat - syura bainahum, syuralah kamu. Nanti kita bincang-bincang,,tapi tak pergi, bincang macam mana? Bincanglah dalam mesyuarat elok-elok ... bincang apa masalah nak tukar Khalid...OK, kalau kita setuju, siapa calunnya...tak berlaku benda tu!Kalau berlaku benda tu, bulan tiga dah selesai dah!Tak akan timbul isu kemelut nih! Mungkin ada hikmahnya ustaz, benda ni berlaku; nak tunjukkan kita ni ada masalah... PAS ni sebenarnya yang masalah nih!

1:36 ~ Dia kata "Oh, PKR ni buat taik, kita yang masala!" Kalau PKR buat taik kau, engkau tau taik, kau pergi main buat apa? Sekarang terpalit semua orang!9 Betul tak? Tak payahlah main kalau tau tu taik! 

1:49 ~ Tapi saya rasa PKR bukan main taik, dia memang ada masalah betul.Kita tolong selesaikan isu Menteri Besar. kalau dah selesai tak timbul!  Ni pergi sekejap, kita pun Selangor dah bagi pandangan, bagi pandangan dah dua kali jumpa lagi bagi tau kita tak nak.

2:06 ~  Tapi ada dikalangan PAS dalam Selangor ni, yang cara diam-diam pi jumpa pimpinan pi lobbi, kita nak Khalid Ibrahim; saya tahu siapa dia... pergi lobi, kita buang mai, orang pejabat agong mai bagi tau, lobi kita nak juga!melanggari keputusan kita.Dia nak kekal juga Khalid Ibrahim. Kalau saya tak jadi Khalid Ibrahim, Kalau Khalid Ibrahim dah tak jadi lagi Menteri Besar, saya ganti, saya jaga adat-adat Melayu saja nanti...Tak dapat exco lain.Nampak kepentingan diri! 

2:37 ~ Saya cakap terus terang. Ini, saya cakap fakta.Cuma saya tak nak sebut nama ...fakta benda ini berlaku.

2:44 ~ Kau pergi, nak kekalkan Khalid Ibrahim juga pasal apa nak kekalkan Khalid Ibrahim, saya tanya...

 Sebab utama dia ialah kerana PAS mempunyai Kenapa nak kekalkan Khalid Ibrahim? Sebab utama ialah kerana PAS mempunyai kawalan yang kuat kepada GLC Selangor melalui Raja Idris.

3:09 ~ Dikalangan pegawai-pegawai kerajaan dikatakan, Raja Idris ini disebut sebagai Timbalan Menteri Besar sebenarnya di Selangor.Ini cara tidak resmi disebut kerana apa? Dia menjadi orang yang sangat dipercayai oleh Khalid Ibrahim dan Raja Idris ini adalah orang kepercayaan, rapat dengan Tuan Guru Presiden PAS!

3:30 ~ Jadi dia berkeyakinan, melalui Raja Idris ini, banyak agenda-agenda yang ... mungkin agenda yang baik, saya tidak nafikan itu, tapi atas ikatan emosi. Ikatan begini menyebabkan Khalid Ibrahim perlu dikekalkan kerana kalau naik orang lain, Raja idris tidak akan mendapat tempat yang sewajarnya kepada Menteri Besar yang baru, itu saja saya sebutkan.

3:55 ~ Dia bukan sahaja CEO Perangsang, dia juga adalah board of director kepada KDEB dan juga executif konsaltan kepada MBI.

Tiada ulasan: