Khamis, 11 September 2014

AGAK2 SAPE YANG MAIN FILEM HINDUSTAN NI...DAN SAPE PELAKON UTAMA DAN PELAKON2 TAMBAHAN

6:18PM - 13 Sep 2014

AMK: Hadi masih mahu Khalid kekal MB


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata beliau bimbang kerana PAS masih mahu mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

ADUN Seri Setia itu berkata, hasrat itu bercanggah dengan sokongan majoriti ADUN Pakatan Rakyat Selangor yang mahu presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid.

"Agak merisaukan saya adalah dalam perbincangan itu apabila ditanya tentang pandangan Hadi tentang jalan keluar isu ini, beliau memberi jawapan akhirnya adalah dengan mengekalkan Khalid Ibrahim dan Tuan Guru sendiri (Hadi) akan memantau kelemahan Khalid," kata Nik Nazmi.

Malah, Hadi turut berhasrat untuk memantau sendiri prestasi Khalid sebagai MB, katanya lagi dalam kenyataannya.

Menurut Nik Nazmi, Hadi menyatakan demikian dalam pertemuan dengan beliau dan juga Ketua DAPSY, Teo Kok Seong dan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat pagi semalam.

"Pilihan itu tentulah bertentangan dengan sokongan majoriti ADUN Selangor terhadap Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi MB Selangor.

"Meskipun isu pelantikan MB belum selesai, tetapi Tan Sri Khalid kini hanya bertindak sebagai MB peralihan yang telah diterima Sultan Selangor," katanya lagi.

Nik Nazmu berkata, pertemuan di antara para ketua sayap pemuda itu merupakan usaha untuk menyelesaikan hubungan dalaman Pakatan.

Krisis berhubung calon pengganti Khalid itu masih berlarutan selepas Khalid dipecat dari PKR dua bulan lalu dan menjadi menteri besar bebas.
6:49PM - 10 Sep 2014

Presiden PAS mahu Khalid kekal MB Selangor, kata Nik Nazmi

Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad pengakuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pertemuan dengan Pemuda Pakatan Rakyat untuk mengekalkan sebagai menteri besar Selangor sedia ada adalah suatu perkembangan yang agak merisaukan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 September, 2014. Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad pengakuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pertemuan dengan Pemuda Pakatan Rakyat untuk mengekalkan sebagai menteri besar Selangor sedia ada adalah suatu perkembangan yang agak merisaukan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 September, 2014. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar (MB) Selangor, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad sebagaimana yang dikatakan Hadi dalam pertemuan dengan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) semalam.
Hasil pertemuan tersebut menyaksikan Hadi berkata hanya dengan mengekalkan Khalid, kemelut isu MB Selangor akan selesai.
"Apabila ditanya tentang pandangan Tuan Guru Haji Hadi tentang jalan keluar isu ini, beliau memberi jawapan akhirnya adalah dengan mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Tuan Guru sendiri akan memantau kelemahan Tan Sri Khalid," kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan hari ini, yang turut berada dalam pertemuan semalam itu.
Pertemuan tersebut juga turut disertai bersama Ketua DAPSY Teo Kok Seong dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat.
Bagi Nik Nazmi, perkembangan tersebut agak merisaukan ketika PKR sendiri sudah memutuskan untuk memilih presiden partinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid.
"Pilihan itu tentulah bertentangan dengan sokongan majoriti Adun Selangor terhadap Dr Wan Azizah sebagai MB Selangor.
"Meskipun isu perlantikan MB belum selesai, tetapi Khalid kini hanya bertindak sebagai MB peralihan yang diterima Sultan Selangor. Apatah lagi Khalid kini hanyalah Adun Bebas, tidak berparti," kata beliau.
Krisis MB Selangor bermula sejak PKR memperkenalkan "Langkah Kajang" yang bertujuan menjadikan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar bagi menggantikan Khalid.
Bagaimanapun, Khalid berdegil sehingga menyebabkan kepada pemecatannya.
Pakatan juga berpecah dan berbeza pendapat dalam isu MB Selangor, PAS secara terbuka  menolak Dr Wan Azizah sebagai calon MB.
Hadi juga sebelum ini mempertikai kelayakan dan kebolehan Dr Wan Azizah sebagai calon MB.
Istana Selangor sehingga kini masih belum memuktamadkan untuk melantik siapa yang layak  sebagai pengganti Khalid.
Nik Nazmi bagaimanapun menggesa supaya kekusutan dalam krisis MB Selangor diselesaikan dalam kerangka bersama Pakatan. – 13 September, 2014.



 Pelakon-Pelakon Dalam PAS
Posted on Friday, September 12 @ 21:22:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Dipenghujung episod ini anda akan dapat senarai panjang pelakon2 dalam drama yg penuh warna warni ini. Sebelum itu mari kita lihat watak2 yg telah dimainkan dan dilakonkan oleh pelakon2 tersebut.

Watak 1: Susahkan presiden dengan komen2 yg mendahului presiden melalui wawancara dan statement kepada mana2 akhbar. Jangan hirau apa org kata. Yg penting dapat tonjolkan kelemahan presiden kononnya kepada penonton awam.

Watak 2: Serang Presiden dipentas terbuka atas nama forum dan wacana ilmiah. Tambah sedikit dengan skrip semacam sayangkan parti, supaya penonton menerimanya sebagai satu keresionalan kenapa presiden perlu diserang.

Watak 3: watak belakang tabir. Pujuk agar ada adun memberikan sokongan terbuka kepada parti seberang. Kemudian imejkan mereka sebagai Hero Pakatan.

Watak 4: Sanjung pimpinan seberang sebagai tokoh2 politik berpandangan jauh dan jujur, disamping itu cuba imejkan presiden sebagai pengkhianat parti.

Watak 5: Bentuk sebuah NGO supaya dapat dijadikan pentas bebas membelasah presiden atas nama kebebasan bersuara.

Watak 6: Watak pengamal undang2 untuk wujudkan satu dimensi berfikir kepada khalayak penonton bahawa presiden dan syura telah bersalah besar membelakangi undang2. Tujuannya supaya penonton tidak menilai tindakan presiden dan Syura dari sudut Al-Quran dan al-hadis.

Watak 7: Watak warak. Bertindak sebagai pendamai dan akan meniup wisel apabila didapati penyerang presiden mula sakit disebabkan serangbalas pembela presiden. Kemudian gambar kepada khalayak politik bahawa pembela presiden sebagai golongan yg tidak sabar serta punca perpecahan dalaman.

Watak 8: watak cool disisi presiden. Tapi hakikatnya sedang beri laluan selesa kepada penyerang hendap untuk menembak presiden dari jarak dekat.

Watak 9: coming soon.

Tunggu lah. Bila shooting dah selesai anda akan dapat melihat wajah sebenar pelakon2 tersebut. Lebih2 lagi bila make-up sudah dibilas.

Facebook Dewan Ulamak Pas Perak

Wednesday, 10 September 2014


TUN M SERANG NAJIB LAGI ... SELEPAS ISTIHAR TARIK BALIK SOKONGAN ... TUN M HARI INI BERKATA, JIKA DIA PM KERAJAAN SEMASA, DIA AKAN LETAK JAWATAN!!!!


Nampaknya Tun Mahathir serius sungguh mau Najib melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang sebelum ini dia tidak mengaku walaupun sudah mengistiharkan menarik balik sokongannya.Serang Pakatan Rakyat kononnya sudah goyah tetapi kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib Razak kena belasah dengan bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad.Tun Dr Mahathir Mohamad continued his offensive against Putrajaya today, saying he would step down were he the prime minister of the current administration.

The former prime minister accused Putrajaya of failing to provide strong leadership and put Malaysia on the right path to development.

“If I am the present prime minister, I would resign,” Dr Mahathir said when asked by the audience on what his successors had failed to achieve and what he would do if he was still head of the government today.

Before that, Dr Mahathir had criticised Putrajaya’s various transformation programmes, calling them populist measures to win approval rather than develop the nation
.He also lashed out at the government’s continuation of direct cash handouts in the form of the 1 Malaysia People’s Aid (BR1M), saying it was only promoting public dependency on government support.11:16AM - 10 Sep 2014

Bayi baru lahir ditinggal atas siling tandas

Seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditinggalkan di atas siling tandas di sebuah hospital di Kota Bharu hari ini.
  
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Supt Idris Ab Rafar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden berkenaan dari pihak hospital pada pukul 7 pagi.
  
"Bayi perempuan yang dilahirkan tidak sampai 24 jam itu ditemui tukang cuci tandas yang melakukan kerja-kerja pembersihan dalam tandas berkenaan selepas terdengar tangisan bayi.
  
"Bayi itu ditinggalkan dalam kesejukan di atas siling tandas berkenaan," katanya ketika dihubungi. 
  
Idris berkata kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
  
-Bernama
 NAK TUMBANGKAN MUSUSH TRADISI GERGASI....AKHIRNYA BERLAWAN SAMA SENDIRI...BIJAK MUSUH MENGATUR PERANCANGAN
 
PKR, DAP kena ingat 'Pas kakak sulung'
Nik Abdul Aziz
Nik Abdul Aziz
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan PKR dan DAP supaya jangan memaksa parti itu mengikut telunjuk mereka.

Menurut beliau, tidak ada hak bagi mana-mana parti untuk paksa parti lain buat sesuatu, apa lagi mendesak presiden sebuah parti yang lain menarik balik kenyataannya.

"Mereka tidak ada hak untuk buat begitu. Kita tiga parti yang berpakat melawan Umno. Pas adalah 'kakak yang tua' (parti yang paling lama), sudah ada dari 1951 lagi. Orang Pas ada pengalaman yang begitu banyak sebelum orang (parti) lain," tegasnya.

Semalam, Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad mendesak Abdul Hadi menarik balik kenyataannya yang menyifatkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak layak memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor baharu sebagai sebab penolakan Pas terhadap pencalonan Presiden PKR itu.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua pula mempersoalkan kemampuan Abdul Hadi sendiri atas kegagalan mempertahankan penguasaan Pas di Terengganu pada pilihan raya 2004 selain melantik pengganti Tan Sri Azizan Abdul Razak ketika Menteri Besar Kedah itu terlantar sakit.

Namun, Nik Aziz mempertahankan Abdul Hadi yang menurut beliau, tidak membuat keputusan itu bersendirian.
Isu MB: Nik Abduh pertahan tindakan Hadi, sifatkan dua ADUN pengkhianat sebenar
pada 10-09-2014 01:09 
Post Pic
SHAH ALAM: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz mempertahankan tindakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung pencalonan nama daripada parti itu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Malah beliau juga memuji cara presiden itu menangani dua jenis pengkhianatan yang dihadapi parti, iaitu pengkhianatan oleh ahli parti sendiri dan pengkhianatan dari luar oleh rakan Pakatan sendiri.
Sebaliknya, Nik Abduh membidas tindakan dua ADUN PAS yang menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Dua pengkhianat daripada ADUN PAS yang melompat memberi sokongan kepada PKR. Ia memulakan kerosakan kepada kestabilan dalaman PAS.
"Pengkhianatan PKR terhadap setiakawan dengan PAS dalam PR (berlaku) apabila (ia) menerima pengkhianatan dua ADUN PAS dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR. 
"Sebagaimana dua ADUN itu memutuskan wala' dan kesetiaannya kepada presiden, begitu juga PKR telah memutuskan kesetiakawanannya dengan PAS," katanya dalam satu status di Facebook hari ini.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, tindakan Hadi itu lebih waras berbanding dengan mengisytiharkan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (Pakatan).
"Tindakan itu telah menerima pujian awam apabila PAS melalui mesyuarat 17/8/14, memutuskan bersetuju memberikan sokongan sementara kepada TSKI (Ini pastinya dilihat bercanggah dengan keputusan asal MSU dan mengejutkan pihak yang menyokong TSKI) dan mengemukakan 2 nama calon MB baru, termasuk WAWI (yang juga dilihat bercanggah dengan keputusan asal MSU)," katanya.
Terdahulu, Hadi terang-terangan menyifatkan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai tidak berkaliber untuk menjadi MB Selangor  dan menegaskan keputusan itu "bukan kerana beliau wanita." 
PKR dan DAP mengemukakan Wan Azizah sebagai calon tunggal mereka kepada Sultan Sharafuddin untuk mengisi jawatan MB sungguhpun baginda menitahkan parti-parti komponen Pakatan Rakyat mengemukakan lebih daripada dua nama. 
Setakat ini Hadi tidak menafikan laporan bahawa beliau mengemukakan nama tiga ADUN PAS termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad untuk pertimbangan Sultan.
Senarai itu kemudian dipinda dengan memasukkan nama dua ADUN PKR iaitu Yaakob Sapari dan Idris Ahmad namun pencalonan Iskandar dikekalkan. 
Hadi mendapat restu Majlis Syura untuk membatalkan keputusan Jawatankuasa PAS Pusat bulan lalu yang mencalonkan Wan Azizah dan Azmin untuk pertimbangan Sultan bagi menduduki kerusi MB. 


Di Perak ADUN PR disambar, di Selangor ADUN PAS disambar

SUBKY LATIF | .
JUSTERU yang buruk, yang huduh dan yang khianat itu dibangsakan untuk PAS saja, seolah-olah yang lain itu elok, betul dan dipercayai belaka.
  
Kita ini semuanya manusia. Semua ada salah dan semua ada silap. Semua ada kebaikan dan semua ada kecantikan. Atas itulah kita berbeza supaya kita berkenalan antara satu sama lain.
  
Saya hendak mengelakkan daripada mengata orang lain salah dan kita saja yang benar. Cuma hendak mengenangkan nasib yang menimpa PAS yang menjadi ujian baginya.
   
Dulu kita membentuk kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dengan PAS partner minoriti menjadi Menteri Besar. Kita amat rukun. Tiba-tiba tiga ADUN Pakatan Rakyat disambar BN hingga kerajaan itu tumbang. Kita semua kata tindakan BN itu khianat, merampas kuasa dan antara kita kutuk kejadian itu.
   
Sampai hari ini kita hiba atas nasib itu.
   
Dan sekarang PAS malang lagi. Dua ADUN-nya disambar oleh sekutunya sendiri iaitu PKR. Adakah kejadian di Perak itu tidak  sama dengan kejadian di Selangor, sekali pun kejadian di Selangor adalah urusan rumah tangga PR sendiri?
  
PKR tentu ada alasan kerana PAS dikira buat tidak betul padanya. Tetapi BN juga boleh beri alasan kerana sebelumnya PKR sambar ADUN-nya dari Bota. Saya tidak mahu memihak kepada BN dalam pengkhianatannya kepada kerajaan PR Perak itu.
  
Yang saya hendak kenangkan ialah tentang sambaran di Selangor. Adalah benar PAS mempertahankan TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.
   
Dalam apa keadaan PAS menjadikan Khalid sebagai ahlinya walaupun PAS perkenan pada prestasinya memerintah Selangor. Kita percaya Khalid lebih dekat dengan PAS daripada pimpinan PKR. Tetapi mengambil Khalid daripada PKR adalah tidak beradab dan tidak etika terhadap sekutu sendiri.
  
Sekarang Khalid sudah dicerai talak tiga oleh PKR. Apakah PAS wajar ambil janda PKR itu? Tunggu idahnya empat bulan sepuluh hari. Jika takut janda berhias itu disambar BN tidak boleh kita selamatkan dia dengan demikian boleh menyelamatkan satu kerusi PR di Parlimen? Tapi Khalid bukan jenis orang jual diri sama ada menyertai parti lagi atau tidak.
   
Tetapi PKR balas apa yang BN buat pada pakatan di Perak pada PAS di Selangor. Hingga ini tiada bantahan rasmi daripada PAS atas perbuatan sekutunya dan yang ada orang bawah yang kecewa dengan kejadian itu.
  
Apa kata kalau yang disambar itu ADUN DAP? Apakah DAP boleh sabar dan boleh terima? Dan apakah DAP gembira dengan pencurian terhadap ADUN PAS itu?
  
DAP sudah banyak pengalaman ADUN dan MP-nya dicuri orang sejak ia berpolitik. Apa rasanya apabila Richard Ho, MP-nya dari Lumut tahun 1969 dicuri MCA? Itu pengalaman pertamanya. Senang-senang Richard Ho jadi menteri selepas itu. Kita simpati pada DAP.
  
Kalau PKR boleh sambar YB PAS, apakah ia tidak boleh sambar YB DAP satu hari nanti? DAP jangan jadi seperti pelepah atas seronok tengoh pelepah bawah jatuh.
  
Betapa pilu PAS atas dua ADUN-nya yang disambar, tetepi tidak bercadang untuk menuntut seperti Quraisy dalam perjajian Hudaibiyah, menuntut orang Mekah yang lari ke Madinah dipulangkan. Madinah tidak menuntut orang lari ke Mekah dipulangkan. Biarlah mereka gembira dengan orang Mekah.
  
Tetapi patutkah setelah tidak dapat MP Sabah dan Sarawak 16 September 2008, ia sambar ADUN sekutunya? Begitukah orang bersekutu, sedang yang buruk dikatakan hak PAS, dan yang lain semuanya elok?
  
Saya bukan suruh berpecah. Tetapi buatlah perkara yang tidak boleh berpecah. Iaitu semua ada silap dan semua juga ada eloknya. – HARAKAHDAILY 10/9/2014

Pengantin perempuan telah diperkosa – suaminya sendiri telah mengambil gambar aksi rogol tersebut


pengantin-
Seorang pengantin perempuan telah diperkosa oleh seorang lelaki selepas majlis makan malam perkahwinannya. Lebih malang lagi, suaminya sendiri telah mengambil gambar aksi rogol tersebut, lapor Nanyang Siang Pau. Foto-foto itu kemudiannya dimuat naik ke internet dan tersebar.
pengantin-perempuan-300x212
Pelbagai cercaan dilemparkan terhadap suaminya, ada yang menggelarnya sebagai ‘binatang’ malah ada yang mahu memburu dan membunuhnya.
peng
Menurut laporan tersebut, pengantin perempuan tersebut mabuk setelah selesai majlis makan malam perkahwinan mereka.  Beliau kemudiaanya berjalan menuju ke bilik tidur mereka dan kemudian bertemu dengan seorang lelaki dan suaminya di situ.
Lelaki itu kemudian bertindak memperkosa pengantin perempuan berkenaan, dan suami merangkap si pengantin lelaki yang sepatutnya menghalang kejadian tersebut pula mengambil gambar adegan isterinya diperkosa.



Lelaki Hina Nabi Menangis Ketika Dijatuhkan Hukuman


Chow Jack
Kuala Lumpur  – Seorang penyelia tapak pembinaan dipenjara oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan membuat komen menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam menggunakan Facebook, Jun lalu.
Tertuduh, Chow Mun Fai, 37, yang juga menamakan nama ‘Chow Jack’ membuat pengakuan itu apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.
Chow dilihat menangis di dalam kandang tertuduh selepas mahkamah menjatuhkan hukuman.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi internet iaitu Facebook dan menghantar komen bersifat jelik di https://www.facebook.com/cpm/chow.jack.982 (yang telah dipadam) dengan niat menyakitkan orang lain.
Chow didakwa melakukan perbuatan itu di Pentas Seni Kuala Lumpur, Sentul Park, di sini, pada jam 10.30 pagi 12 Jun lalu.
Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

KENA CAKAP UMNO PERJUANG APA...NI KE CARA BERKAWAN...NI BUKAN TIKAM BELAKANG....NI TIKAM DEPAN2



 BIAWAK TIDAK MUNGKIN BERTUKAR MENJADI BUAYA
PAS bergabung dalam PR setelah bersetuju atas dasar kebersamaan bagi menghapus rasuah, memperjuangkan keadilan dan hak kesamarataan.

Masing2 akan menghormati dasar parti masing2 justeru itu tidak timbul isu HUDUD kerana itu dasar yg diperjuangan PAS dan PKR serta DAP menghormatinya.
Justeru itu di dalam buku Jingga yang telah disepakati bersama oleh ketiga2 komponen PR tidak meletakkan HUDUD dasar PR.
Jika PAS tidak bersetuju mengapa dari awal PAS tidak menolak untuk bergabung dalam PR.
Bagi aku hujah yg mengatakan PKR dan DAP keras kepala kerana menolak HUDUD tidak timbul sama sekali kerana ianya telah disepakati bersama oleh Haji Hadi di dalam buku Jingga dah Haji Hadi sendiri yg telah menurunkan tanda tanganya sebagai tanda bersetuju dgn dasar PR - Ingat Haji Hadi tangan kamu yg menjadi saksinya di Yaumul Mahsyar nanti..
DAN jika Haji Hadi membangkitkan isu HUDUD maka nampak sangat Kemunafikannya kerana sebelum ini beliau bersetuju bahawa Hudud bukan dasar PR.
Bagi aku sudah2 lah nak kelentong rakyat sbb rakyat bukannya bodoh dan bahalol.
Kamu boleh bodoh dan bahalolkan ahli2 PAS yg mengagung2kan kamu tapi bagi kami yang masih waras berfikir ni tidak sekali2 akan terpedaya dengan helah kamu itu..
Teuku Zacharyah Iskandar
ADMIN FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO.

 

PAS minta PKR hentikan 'drama Hindustan'

PAS meminta PKR supaya menghentikan 'drama hindustan' dengan meraih simpati rakyat seperti era Reformasi 1998, untuk melantik Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki berkata teguran Abdul Hadi mengenai keupayaan Wan Azizah menerajui negeri itu dianggap "satu penghormatan" jika diteliti kemelut politik negeri itu termasuk sejak era Reformasi 1998.

Beliau mengumpamakan Wan Azizah seperti Abu Zar al-Ghifari yang ditegur tidak mampu menjadi pemimpin politik tetapi tetap dihormati apabila dianggap isteri mithali sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim dihina pada 1998.

"Saya melihat teguran Abdul Hadi Awang itu bukan satu penghinaan, sebaliknya satu penghargaan malah satu penghormatan kepada Kak Wan yang telah melaksanakan peranannya sebagai seorang isteri mithali.

"Bagaimanapun, pada pandangan saya usaha untuk menobatkan Kak Wan sebagai MB akan menjadikan semua reputasinya sebagai isteri mithali sebelum ini tercemar.

"Tidak mustahil dia akan disebut selepas ini sebagai 'MB Boneka' atau lain-lain gelaran yang tidak manis. Lebih malang lagi, ia akan menjadi 'benchmark' kepada kepimpinan wanita dalam mengetuai teraju utama siyasah di Malaysia," katanya.

Menurut Dr Zuhdi lagi, ketika suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim ditinggalkan oleh kawan rapatnya, tetapi Wan Azizah terus setia dan percaya dengan kesetiaan suaminya.

"Beliaulah kemudiannya menggalas harapan suaminya sebagai simbol golongan yang dizalimi, dengan memimpin Parti Keadilan Nasional (PKN) dan kemudiannya PKR.

"Meskipun demikian, mereka yang rapat dengan Kak Wan semasa dia memimpin PKN dan sekarang PKR mengetahui secara lebih mendalam keupayaannya dalam melaksanakan amanah kepimpinan.

"Kak Wan adalah seumpama Abu Zar al-Ghifari, seseorang yang ada kelebihan hebat di bidang selain daripada amanah kepimpinan," katanya.

Sehubungan itu, Dr Zuhdi berkata harapan rakyat Selangor mahu melihat kehebatan, kecekapan dan kebijaksanaan seorang menteri besar Pakatan menerajui pentadbiran seperti yang ditunjukkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini.

"Sekarang adalah masa untuk menunjukkan model kepimpinan yang unggul di negeri Selangor, yang akan menjadi contoh sebagai negeri termaju yang juga dikenali dengan 'mini Malaysia'," katanya

Tiada ulasan: