Isnin, 1 September 2014

ALLAH TAHU APA YANG KITA NIATKAN....JIKA NIAT INGIN MASYHUR DAN MEMBODEK ATAU MENGADU DOMBA DAN SEBAGAINYA MAKA ITU YANG MEREKA DAPAT....NI BAHAYA JIKA KERJA UNTUK MANUSIA TAPI BUKAN UNTUK ALLAH....INI HASIL DARI JAHIL KERANA ENGGAN MENUNTUT ILMU KERANA DIRI DAH RASA PANDAI DAN LENGKAP/SEMPURNA


Statement ringkas SAMM Pulau Pinang
Zulkifli Ibrahim Samm added 3 new photos.
Statement ringkas SAMM Pulau Pinang
SAMM Pulau Pinang mengutuk tindakan PDRM yang membuat tangkapan Pasukan Peronda Sukarela pada sambutan hari Kemerdekaan selepas aktiviti dijalankan di sini pagi tadi.
SAMM juga mempertahankan Pasukan Peronda Sukarela PPS yang di tubuh di bawah bidang kuasa kerajaan negeri bertaraf state agencies.
Penahanan mereka membuktikan sekarang ini pihak polis tidak peka kepada mereka yang banyak membantu dalam semua hal ehwal keselamatan di kampung-kampung serta taman perumahan dalam membantu PDRM mengawal jenayah serta kebajikan penduduk setempat.
Bahkan untuk pengetahuan Datuk Seri Ketua Polis Negara, Jawatankuasa Keselamatan Kebajikan Kampung (JKKK) juga pertubuhan yang tidak berdaftar, adakah mereka juga pertubuhan haram?PDRM jangan hanya menjadi agen pada UMNO/BN ketika kegagalan JKKKP tidak dapat mengambil hati masyarakat setempat.
Justeru itu SAMM Pulau Pinang mendesak supaya pihak PDRM membebaskan mereka segera tanpa syarat.
Aidil Fitri Ibrahim
Penyelaras SAMM Pulau Pinang
Ahli Fikir che'GuBard Samm Dato' Tarmizi Mohd Jam Anwar Ibrahim II Aidil Ibrahim Bgr Rizal Tahir Samm Ahmad Anwar Asyraf Ahmad Tarmizi B Abdullah Faisal Zainal Samm

Monday, 1 September 2014

MACAI-MACAI UMNO MENYAMAR SEBAGAI AHLI PAS BUAT DEMO PALSU DI SEREMBAN NEGERI SEMBILAN, PERCUBAAN NAK PECAH BELAHKAN PAKATAN RAKYAT.



Desakan supaya pemimpin Pas tidak tunduk kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP berhubung krisis jawatan Menteri Besar Selangor terus memuncak apabila ahli dan penyokong akar umbi parti itu di negeri ini mengadakan perhimpunan aman membantah perkara tersebut hari ini.

Desakan itu dilakukan oleh sebahagian ahli dan penyokong akar umbi Pas Kawasan Seremban, Nilai, Rembau dan Kuala Pilah menerusi perhimpunan aman yang diadakan di hadapan Terminal 1 sebagai tanda protes khususnya berhubung keputusan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat parti pada 17 Ogos lalu.

Mereka tidak berpuas hati dengan keputusan mesyuarat berkenaan yang mencalonkan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Azmin Ali bagi mengisi jawatan Menteri Besar Selangor.

Menurut ketua kumpulan itu, Zaidi Zainal Abidin, perhimpunan itu adalah suara akar umbi ahli serta penyokong Pas yang membantah keputusan mesyuarat berkenaan.

"Kami tidak dapat menerima keputusan ini dan membantah sekeras-kerasnya serta mendesak supaya dibatalkan demi maruah Pas.

"Kami amat kecewa dengan sikap sebahagian pemimpin Pas yang tidak menghormati Majlis Syura Ulama kerana mereka lebih takut dan taksub dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Lim Guan Eng,'' katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelas Zaidi yang juga ahli Pas Kawasan Nilai, keputusan itu secara tidak langsung menjejaskan kredibiliti Pas.

"Jika begitu kami mendesak mereka ini supaya keluar daripada Pas dan sertai PKR,'' tegasnya.

Tambahnya, ahli akar umbi juga mendesak pucuk kepimpinan Pas supaya segera menghantar nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pas jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor, melepaskan jawatan.

"Ini kerana ADUN Pas lebih layak serta lebih bersih untuk diangkat menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu. Kita tidak mahu pemimpin Pas menjadi boneka dan alat mainan bagi parti lain,'' ujarnya.


ULASAN OMAK KAU:-
Setahu Omak sejak bergiat cergas sebagai aktivis polik dan penggiat blog ... kalau PAS buat demonstrasi angka yang hadir bukan macam gambar diatas .. lebih banyak tiang dari orang .. cara pakaian ahli PAS bukannya macam ini .. yang berpakian macam ini kalau tak pemuda UMNO sah Pekida atau Perkasa.

Kalau nak menipu kena guna sedikit akal dan otak .. jangan guna kepala lutut dan benda yang keluar dari bontot.
Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk KERAJAAN BERSAMA UMNO, dakwa AJK PAS Pusat
Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam dikejutkan pengakuan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang beliau menawarkan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali menyertai PAS bersama beberapa rakannya bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor.
Namun, tawaran itu kemudiannya ditolak Azmin.
Menurut seorang AJK PAS Pusat yang menyertai mesyuarat semalam, Hadi mengesahkan perkara itu setelah ditanya oleh ahli Parlimen Sepang, Mohamad Hanipa Maidin tentang perkara itu.
Ia diikuti pertengkaran hangat antara Hadi dan Hanipa.
AJK PAS Pusat itu mengesahkan kepada The Malaysian Insider pengakuan Hadi itu ekoran tersebarnya maklumat dalam laman sosial kononnya PAS menawarkan jawatan menteri besar kepada Azmin untuk membolehkan kerjasama dibuat dengan Adun PAS, Umno dan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi membentuk kerajaan.
Menurut sebaran itu, isu itu bermula dalam mesyuarat semalam apabila seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada presiden adakah benar perkhabaran beliau dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Azmin.
Presiden mengatakan perkhabaran itu benar.
"Kalau PKR boleh curi wakil rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama," kata Hadi, menurut sebaran itu.
AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.
AJK yang sama menyambung pertanyaan, “Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?”
Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno.
"Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan," kata sebaran itu yang disahkan kebenaran sebahagian besar isi kandungannya oleh AJK PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.
Azmin ketika ditemui wartawan semasa Kongres PKR hujung minggu lepas mengakui beliau ada berbincang dengan Hadi sehari dua sebelum itu.
Antara kandungannya, kata Azmin, adalah mengenai pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.
Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, Hadi berkeras dalam mesyuarat itu yang Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak boleh dicalonkan sebagai menteri besar Selangor kerana dia wanita dan kerana dia juga tidak layak.
Tindakan Hadi ini jauh berbeza dari sikapnya dalam mesyuarat 17 Ogos lepas apabila beliau sendiri yang mencadangkan nama Dr Wan Azizah dan Azmin untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagai calon menteri besar Selangor.
Pencalonan Azmin pula ditolak oleh 13 Adun PAS Selangor yang masih tinggal selepas dua dari mereka menyokong pencalonan Dr Wan Azizah.
Ekoran tindakan dua Adun PAS itu, Khalid hilang peluang untuk kekal sebagai menteri besar kerana bilangan penentang beliau membentuk majoriti iaitu 30 dari 56 kerusi dalam DUN Selangor.
Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib) berpecah dari kelompok PAS apabila mengisytiharkan sokongan mereka kepada Dr Wan Azizah atas dasar untuk menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat.
Dalam sidang media selepas mesyuarat AJK PAS Pusat semalam, Mustafa berkata, mesyuarat mengambil keputusan menyerahkan kepada kebijaksanaan Sultan Selangor melantik menteri besar yang baru. -TMI
ULASAN GB
Hukum kebenaran dan keadilan pun berjalan. Terdedah sebuah tembelang paling jijik.
Baru sebentar tadi GB mencadangkan supaya Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang perlu diangkat sebagai Mursyidul Am PAS dan lepaskan jawatan Presiden parti.
Tetapi dengan perkembangan terbaru ini, maka Haji Hadi sepatutnya dihadapkan ke Lembaga Disiplin dan jika terbukti benar bahawa beliau ingin mengadakan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO, bererti beliau telah mengkhianati keputusan Muktamar sebelum ini yang mahu PAS kekal bersama Pakatan Rakyat. Haji Abdul Hadi perlu dipecat dari PAS!
Rupa-rupanya perjuangan Hj.Hadi untuk MELAYU.
AJK yang sama menyambung pertanyaan, “Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?”
Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno.
"Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan,"
Di dalam tahun 2009 sewaktu idea Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO mula hangat, GB pernah mengulas:
Sebenarnya isu tersebut tidak perlu diulas panjang lagi. Jawapan masyarakat sudah cukup untuk membuktikan idea itu ditolak.
Jika masih ingin terus memproklamirkan idea tersebut adalah terlebih baik yang termasuk di dalam kumpulan 3% yang menyokong itu menyertai UMNO. Itu jalan paling mudah. Tak perlu susah-susah untuk cipta satu utopia yang hanya indah pada sebutan tetapi hakikatnya ia sama sekali tidak akan tercapai.
Kezaliman yang dilakukan oleh BN selama ini terhadap kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat tidak boleh tiba-tiba dikompromikan dengan pewujudan Unity Government sementelah lagi kita tidak cukup bijak untuk menandingi strategi Rasulullah di dalam bernegara. Jika tidak sudah pasti Rasulullah merupakan orang pertama mewujudkan Unity Government sewaktu kezaliman Quraisy Mekkah tertimpa kepada umat Islam.
Kezaliman dan kemungkaran tidak boleh dihapuskan dengan kita kononnya menjadi pentadbir bersama, dengan entiti politik yang masih berbeza. Jika demikian apa gunanya berpilihanraya lagi? Di mana pengertian jihad kecuali jihad untuk mengejar keduniaan yang menjadi matlamat Kerajaan Unity ini?
Juga, kerajaan unity ini adalah satu penempelakan dan penghinaan terhadap para syuhada yang telah mengorbankan darah dan nyawa untuk Islam zaman berzaman.
Jika ada kerajaan yang sedemikian di dalam Al-Quran dan Sunnah, sila buktikan, kami sedia menimbangkan malah mengikuti dan mendokonginya. Namun jika tidak ada, maka kembalilah ke pangkal jalan setelah jalan yang menyesatkan itu diwarwarkan untuk memecahbelahkan ummah seadanya.
Yang lebih utama perbaiki diri dan parti supaya kita bertambah perkasa untuk diterima oleh rakyat sebagai pemerintah negara. Perbaiki diri wakil-wakil rakyat yang kita ada. Tidak ada apa-apa makna jika bercakap berdegar-degar tentang Kerajaan Unity, tetapi semasa seorang ahli Pakatan Rakyat sedang menerima usul untuk digantung di Dewan Rakyat, mereka tidak ada untuk bersama menentang kezaliman yang menimpa. Sama juga disaat ketika mana kerajaan Perak dirampas kuasanya, mereka sedang berada di luar negara pula. Itukah contoh teladan yang ditunjukkan kepada rakyat jelata? Itukah cara memimpin bagi seorang yang bergelar ketua? Kemudian pulang untuk berucap berapi-api di pentas untuk buktikan aku masih setia sedangkan yang tinggal masa itu hanyalah sisa-sisa yang sudah tidak mempunyai makna apa-apa!
Bukan tugas yang disuruh Allah untuk kita mendengar atau mencipta panggilan di kiri kanan jalan yang melecehkan kejayaan perjuangan Islam sebenarnya sepertimana syaitan yang telah cuba melecehkan perjalanan Rasulullah ke siratul-muntaha di dalam peristiwa Isra Mikraj satu ketika. Perjuangan haq menentang batil akan tetap ada sepanjang masa. Dan bukan tugas kita untuk meneroka jalan singkat ke syurga. Ia sama sekali tidak akan terjumpa. Jalan singkat yang bernama kerajaan perpaduan itu hanya ilusi semata-mata!
Dengan pembongkaran ini, 13 ADUN PAS perlu menentukan sikapnya SEKARANG. Samada ingin bersama Pakatan Rakyat atau Presiden PAS yang telah khianat terhadap partinya sendiri.
KELAB GREENBOC: [RAHSIA TERBONGKAR] Haji Hadi Ajak Azmin Bentuk Kerajaan Perpaduan Bersama UMNO - http://greenboc.blogspot.com/2014/08/rahsia-terbongkar-haji-hadi-ajak-azmin.html?m=1
LikeLike · · · 812

Sunday, 31 August 2014

Suasana Sambutan Ambang Merdeka ke-57 Peringkat Negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Anggota PPS diminta serah diri sebelum polis serbu rumah, kata KPN
pada 31-08-2014 01:08 
Post Pic
SHAH ALAM: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang masih bebas agar menyerah diri selepas pasukan itu diisytihar tidak sah baru-baru ini.
“Eloklah mereka yang bertanggungjawab ke atas PPS ini segera menyerah diri sebelum kami serbu kediaman,” tulis Khalid Abu Bakar di laman Twitter hari ini.
Polis pagi ini menahan lebih 200 anggota PPS Pulau Pinang selepas menghadiri perarakan hari merdeka di Esplanade di Pulau Pinang.
Bagaimanapun, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam satu kenyataan semalam berikrar untuk mempertahankan anggota Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) dari sebarang tindakan polis atas penglibatan mereka dengan pertubuhan tersebut.
“Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menyediakan peguam dan dana guaman untuk membela mana-mana anggota PPS yang ditahan secara salah oleh polis, bukan atas apa-apa kesalahan jenayah, tetapi kerana baik hati dan membantu orang ramai.
"Ini susulan kepada ugutan berbentuk membuli oleh Ketua Polis Negara (Tan Sri) Khalid Abu Bakar yang berkata polis akan menahan anggota PPS sekiranya mereka meneruskan aktiviti mereka,” kata Lim dalam kenyataannya.
Khalid pada 26 Ogos berkata PPS tidak berdaftar bawah Akta Pertubuhan 1966 dan oleh itu dianggap pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
Justeru, setelah dimaklumkan Pendaftar Pertubuhan (ROS), polis akan menyiasat aktiviti bawah kerajaan negeri itu dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang.
PPS menjelaskan, ia tidak berdaftar dengan ROS kerana ia bukan pertubuhan, tapi agensi kerajaan negeri negeri.
PPS mencetuskan kontroversi selepas ahli perniagaan Ong Eu Soon, 51, mendakwa diserang dua lelaki yang berpakaian seragam unit itu di Air Itam minggu lalu.


9:15AM - 1 Sep 2014

Aktivis anti-Lynas dari NZ dilarang masuk M'sia


Warga New Zealand, Natalie Lowrey dilarang masuk ke Malaysia setelah disenarai hitam oleh pihak polis, kata peguamnya, Farhana Halim.

"Dia tiba dengan pesawat AirAsia QZ554 di di KLIA2 pada jam 7.55
malam, tetapi Lowrey dilarang masuk ke Malaysia kerana dia telah disenaraihitamkan oleh pihak polis," kata Farhana (kanan) kepada Malaysiakini ketika dihubungi malam tadi.

Menurutnya, Lowrey tidak diberitahu mengapa dia dihalang memasuki Malaysia, tetapi ia dipercayai ada kaitan dengan penglibatannya dalam protes anti-Lynas pada 22 Jun, di mana dia ditangkap dan ditahan selama lima hari.

Aktivis veteran berusia 42 tahun itu yang merupakan pemastautin tetap Australia, merancang untuk tinggal di Malaysia selama tiga hingga empat minggu untuk memantau kempen alam sekitar anti-Lynas, kata Setiausaha Himpunan Hijau, Bang Seet Ping malam tadi.

Lowrey juga merancang untuk menghadiri sebutan semula kes membabitkan 15 peserta protes dari Himpunan Hijau yang telah didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan haram dan rusuhan.

Menurut Bang, Lowrey sepatutnya mengambil penerbangan lain dari KLIA2 ke Kuantan malam tadi.

Monday, 1 September 2014

EDISI MACAI UMNO KANTOI LUMAT LUNYAI MENYAMAR ..... SERUPA DAN SAMA TETAPI BERBEZA.



Serupa sebab menyamar sebagai ahli-ahli PAS buat demo ... sama sebab menggunakan cara ,gaya dan ayat-ayat di plakad hampir sama ... berbeza hanya dilokasi dan macai-macai serta pelakon-pelakon  .. satu di Kedah satu lagi di Negeri Sembilan.

Yang pasti sama, serupa dan sedikit langsung tidak berbeza ialah kantoi menipu yang tidak menjadi memperdayakan rakyat Malaysia yang berfikiran waras ... lagi di adu domba .. lagi tegap dan kukuh kesatuan Pakatan Rakyat.


Diperturunkan fakta adegan menipu tidak menjadi ini ...

27hb Ogos 2014 ...  Kira-kira 30 pemuda yang mendakwa diri mereka sebagai ahli Pas Negeri Kedah mengadakan  bantahan di tempat letak kereta Masjid Sultan Muzaffar Shah kira-kira jam 3 petang, semalam.

Bantahan disuarakan melalui kenyataan kain rentang yang jelas tidak bersetuju dengan keputusan Pas Pusat yang bermesyuarat pada 17 Ogos lalu.

Antara yang disuarakan melalui kain rentang termasuk ‘Tolong batalkan keputusan Pas Pusat’, ‘Ahli Pas tidak mahu puak Anwarinas dalam Pas’ dan ‘Ahli Pas dikhianati puak Anwarinas’.

Yuslin Yusof yang mendakwa sebagai Ahli Pas Merbok menjelaskan, dia terpanggil bagi mewakili rakan dari Merbok, Pendang, Sungai Petani, Alor Setar dan Jerai yang juga bersetuju dengan pendapat itu.

Beliau mendakwa, ahli akar umbi Pas membantah sekeras-kerasnya kenyataan terbaru apabila tidak menyokong Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

“Kami desak agar keputusan itu dibatalkan demi maruah Pas sendiri. Kami juga beranggapan keputusan tersebut dimonopoli atau disabotaj oleh beberapa AJK Pas Pusat yang jelas tidak mencerminkan keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang sebelum ini menyokong Tan Sri Khalid.

“Keputusan ini jelas menggembirakan kumpulan Anwarinas yang kini bermaharajalela di pucuk pimpinan Pas Pusat.

“Keahlian Khalid dipertikaikan adalah alasan tidak masuk akal memandangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah ahli pembangkang sebelum 1998.

"Untuk itu, kami mendesak keputusan mesyuarat 17 Ogos lalu dibatalkan ,” dakwanya.

Bagaimanapun, ketika Sinar Harian ingin menemu ramah beberapa pemuda lain  yang mendakwa mereka adalah ahli Pas, masing-masing keberatan.

Pemuda yang mendakwa diri mereka ahli Pas itu, pada mulanya sibuk berkumpul, bagaimanapun enggan ditemu ramah dan masing-masing cuba meninggalkan kawasan itu dengan segera apabila didekati wartawan.



31hb Ogos 2014 .... Desakan supaya pemimpin Pas tidak tunduk kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP berhubung krisis jawatan Menteri Besar Selangor terus memuncak apabila ahli dan penyokong akar umbi parti itu di negeri ini mengadakan perhimpunan aman membantah perkara tersebut hari ini.

Desakan itu dilakukan oleh sebahagian ahli dan penyokong akar umbi Pas Kawasan Seremban, Nilai, Rembau dan Kuala Pilah menerusi perhimpunan aman yang diadakan di hadapan Terminal 1 sebagai tanda protes khususnya berhubung keputusan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat parti pada 17 Ogos lalu.

Mereka tidak berpuas hati dengan keputusan mesyuarat berkenaan yang mencalonkan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Azmin Ali bagi mengisi jawatan Menteri Besar Selangor.

Menurut ketua kumpulan itu, Zaidi Zainal Abidin, perhimpunan itu adalah suara akar umbi ahli serta penyokong Pas yang membantah keputusan mesyuarat berkenaan.

"Kami tidak dapat menerima keputusan ini dan membantah sekeras-kerasnya serta mendesak supaya dibatalkan demi maruah Pas.

"Kami amat kecewa dengan sikap sebahagian pemimpin Pas yang tidak menghormati Majlis Syura Ulama kerana mereka lebih takut dan taksub dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Lim Guan Eng,'' katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelas Zaidi yang juga ahli Pas Kawasan Nilai, keputusan itu secara tidak langsung menjejaskan kredibiliti Pas.

"Jika begitu kami mendesak mereka ini supaya keluar daripada Pas dan sertai PKR,'' tegasnya.

Tambahnya, ahli akar umbi juga mendesak pucuk kepimpinan Pas supaya segera menghantar nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pas jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor, melepaskan jawatan.

"Ini kerana ADUN Pas lebih layak serta lebih bersih untuk diangkat menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu. Kita tidak mahu pemimpin Pas menjadi boneka dan alat mainan bagi parti lain,'' ujarnya.

'Ada lagi usaha pancing ADUN PAS di Selangor'

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata pihaknya tahu ada lagi usaha untuk memancang ADUN PAS di Selangor.

"Kita ada maklumat lengkap siapa terlibat," katanya dalam satu kenyataan semalam.

"...dan kita akan dedahkan nama pelobi ini jika permainan ini tidak dihentikan segera," katanya lagi.

Beliau juga mengesahkan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Selangor ke-26 semalam sebulat suara meluluskan usul mengutuk dan mengecam dua ADUN PAS yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar baru.

Sebelum ini, ADUN Hulu Kelang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin dilaporkan menandatangani Akuan Bersumpah menyokong pencalonan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tanpa persetujuan dan pengetahuan PAS.

Menurut catatan Facebook terbaru Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor, usul itu akan diserah kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat untuk diambil tindakan berdasarkan Fasal 82 Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011.

Kemelut politik di Selangor menjadi lebih tegang apabila Abdul Khalid diminta meletak jawatan setelah didakwa kehilangan sokongan 30 ADUN termasuk dua daripada PAS.
  
Berikutan itu, pada Selasa lepas, Abdul Khalid menyatakan hasrat kepada Sultan Selangor untuk melepaskan jawatan berkenaan.

Bagaimanapun, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan beliau sehingga pelantikan menteri besar baru dibuat.
  
Baginda turut menitahkan PAS, DAP dan PKR masing-masing mempersembah lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar selewat-lewatnya 3 Sept ini.
  
- Bernama

Tiada ulasan: