Selasa, 16 September 2014

PARTI BUKAN HAK MUTLAK PRESIDEN...TAK DE NAS QURAN DAN HADIS...PRESIDEN BUKAN KALANGAN NABI DAN ORANG YANG MAKSUM/TERHINDAR DARI DOSA...KADANG2 BUKAN SATU KESALAHAN TAPI KESILAPAN ATAU KEPUTUSAN KITA BUAT TERBURU2...MUNGKIN JUGA HANYA DENGAR SEBELAH PIHAK SAJA...MUNGKIN JUGA ADA KEPENTINGAN...DAN MUNGKIN ADA PENGHASUT YANG KITA PERCAYAI.....MUNGKIN JUGA TAK BUAT/LUPA SOLAT SUNAT ISTIHARAH...ADAKAH MANUSIA BOLEH TERLEPAS DARI SILAP...JANGAN JUGA KATA2 KITA MENDAHULUI TAKDIR

Dengan segala hormatnya....
Di persilakan.....


























Muhammad Fadhil Nurul Huda added 6 new photos.
Sila keluar Pas,kalau bercanggah dengan Presiden.
Datuk Dr Mahfohz Mohamed.
p/s-
masuklah Pasma,tubuhlah parti baru
Hamim dan Berjasa dah berkubur
nak tambh batu nisan Pasma pun ok..
Jangan dok amal politik samseng,
perangai pun sama mcm umno

Badan Perhubungan PAS Kedah bersama Dewan Ulamak PAS Kedah menziarahi keluarga asy-Syahid Ustaz Lotfi Arifin...





















Sik added 4 new photos — with Pertubuhan Hesa Kedah.
Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah & Dewan Ulama PAS Negeri Kedah
menziarahi keluarga
as syahid ust Lutfi Ariffin
di kg tembak,Kuala Ketil.
as syahid mempunyai 6 orang anak
Semoga roh as syahid bersama roh para syuhada.ameen

Nenek Tawar RM1,000 Cari Cucu Yang Hilang


Demi mencari cucunya yang hilang, seorang nenek yang menggunakan nama facebook Yong Gayah sanggup memberikan ganjarang RM1,000 bagi sesiapa yang membantunya sehingga cucunya ditemui.

Status yang dimuat naik oleh Yong Gayah pada 14-September berbunyi seperti berikut :

Saya kehilangan cucu bernama Fatin@Baby berusia 15 tahun..mohon beri maklumat dan sebarkan kepada orang ramai.. Sesiapa yang dapat memberi maklumat hingga menjumpai anak ini…akan di berikan ganjaran RM1000.

Menurut apa yang diceritakan oleh Yong Gayah, cucunya yang bernama Fatin atau Baby hilang sejak dua hari lalu di Teluk Intan, Perak.

Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat tentang remaja perempuan ini, diminta menghubungi Yong Gayah di laman Facebooknya : https://www.facebook.com/yong.gayah

Berikut dilampirkan beberapa gambar Fatin atau Baby :



Monday, 15 September 2014


4 FOTO KEJAYAAN POLIS MENANGKAP DUA PEROMPAK YANG MELAKUKAN ROMPAKAN BERSENJATAKAN PISTOL


Lokasi rompakan bersenjata api menggunakan pistol berlaku di Jalan Telupid, Beluran, Sabah pagi tadi 15hb September 2014 jam lebih kurang 11.30 pagi.

Mangsa seorang wanita umur lingkungan 30an telah menahan sebuah kereta Proton Persona warna kelabu yang disangkakannya sebuah teksi prebet sapu dan meminta pemandu kereta tersebut hantar beliau ke Batu 32 Sandakan.

Dalam kereta tersebut beliau dapati ada seorang lelaki duduk dibahagian belakang yang disangkakannya penumpang juga.

Ketika kereta sedang bergerak secara tiba-tiba pemandu kereta berkenaan telah mengacukan pistol kearah mangsa sambil mengarahkan mangsa mengeluarkan semua barang-barang berharganya. Dalam ketakutan mangsa telah menyerahkan barang-barang kemas dan wang kepada perompak tersebut.

Dalam ketika itu Polis Trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran sedang mengadakan sekatan jalanraya di Simpang Lung Manis, Beluran .. Melihat akan adanya sekatan jalanraya berkenaan, perompak terus panik dan cuba patah balik.

Melihat kejadian ini anggota polis terus mengejar kereta tersebut dan diweaktu itu kedua perompak sempat menurunkan mangsa ditepi jalan.

Dalam kejadian kejar mengejar itu perompak telah terbabas dan pihak polis terus menerkam kearah kedua perompak berkenaan dan berjaya menangkapnya.

Syabas atas kecekapan pihak polis sehingga tertangkapnya kedua perompak bersenjatakan pistol ini.

3:35PM - 15 Sep 2014

Mat Sabu gesa ulama keluar dari 'retorik bosan'


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menggesa kumpulan Islamis dalam parti itu untuk “mereformasi” dan “menaik taraf” diri mereka supaya kepimpinan ulama kekal relevan.

Katanya, PAS harus melaksanakan apa yang diperkatakan dan tidak harus membenarkan kebangkitan tokoh sekular "Kamal Attaturk" bangkit kerana rakyat sudah mula bosan dengan retorik atas nama Islam, seperti yang berlaku di Turki.

Beliau mengulas kenyataannya sebelum itu yang memberi amaran bahawa akan sampai masanya rakyat Malaysia mengundi “Jokowi” seperti presiden Indonesia Joko Widodo.

Mohamad Sabu, yang popular dengan gelaran Mat Sabu, berkata mengagumi ramai tokoh dan tidak hanya personaliti Islamik.

“Saya hargai Ayatollah Khomeini (Iran), Hossein Nasrullah (Hizbullah Lubnan), Maudidi (penulis), Hassan al Banna (Ikhwanul Muslimin Mesir) Ho Chin Minh kerana menyatupadukan Vietnam menentang AS, Fidel Castro kerana menyatupadukan Cuba, Mother Teresa kerana layak untuk Hadiah Nobel.

“Ini tidak bermakna saya mengikuti agama mereka.

“Saya orang Islam dahulu. Saya hormati ulama tetapi ulama harus bertindak relevan dengan zaman dan tidak membiarkan umat Islam mencari eskapisme lain kerana mereka bosan dengan retorik,” katanya kepada Malaysiakini.

Monday, 15 September 2014


INILAH INDIVIDU TERBARU YANG KENA HERET KE MAHKAMAH ATAS KESALAHAN MENCEROBOH MASUK DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) PULAU PINANG PADA 21HB MEI 2014 LEPAS.



Seorang ahli perniagaan yang juga bekas ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Rawana di George Town mengaku tidak bersalah atas tuduhan menceroboh masuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Mei lepas.
  
Wan Norazman Ariffin, 41, didakwa menceroboh masuk DUN Pulau Pinang dengan niat hendak menggusarkan orang yang memiliki harta itu iaitu Setiausaha DUN Pulau Pinang M. Maheswari pada 1.30 tengah hari, 21 Mei lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.
  
Majistret L. Umma Devi menetapkan 29 September ini untuk sebutan semula kes dan tertuduh dibenarkan diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.
  
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Talib berkata tertuduh adalah tangkapan baru berhubung kes menceroboh DUN Pulau Pinang pada Mei lepas.
  
Oleh itu, beliau memohon agar tertuduh dibicarakan bersama-sama 15 lagi individu yang telah dihadapkan ke mahkamah pada 19 Jun lepas bagi pertuduhan sama, pada 29 September ini.
  
Wan Norazman diwakili tiga peguam bela Rosli Ismail, Yusnita Yusof dan Norhardi Haron.
  
Lima belas tertuduh berkenaan ialah Datuk Mohd Ridzwan Bakar, 54, Hisham Ahmad Sabri, 43, Afriz Mohd Noor, 36, Rosesarwandi Saad@Yaacob, 33, Mohd Rizuad Mohd Azudin, 37, Hisham Abdul Hamid, 38, Mohd Nashrol Hisham  Abdullah, 38, Azmeal Abu Bakar, 42, Mohamad Yusmadi Mohad Yusof, 34, Mohd Hilmie Ibrahim, 37, Jasmin Noordin, 40, Nordin Wahab, 41, Mohamed Ghani Abd Jiman, 48, Wan Abidin Zain, 51  dan Mohamed Ibrahim A.Siahoo, 31.


- Bernama

Tiada ulasan: