•  Mustafa Ali - Foto Sinar Harian Mustafa Ali - Foto Sinar Harian
1 / 1
SHAH ALAM - Pas membuat pengorbanan apabila jumlah Exco Selangor dari parti itu dikurangkan menjadi tiga berbanding empat sebelum ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, pengorbanan itu dilakukan demi melihat krisis di Selangor selesai, dan PR boleh bergerak ke hadapan.

"Walaupun ia di luar jangkaan, tetapi Pas menerimanya dengan hati terbuka. Kita memahami ‘kesukaran membuat pilihan’ oleh menteri besar Mohamed Azmin Ali .

“Bagaimanapun, Pas yakin beliau (Mohamed Azmin) berusaha mengimbangi suasana yang ada sebaik-baiknya," katanya dalam sebuah portal berita,  semalam.

Mustafa menegaskan, semua pihak perlu menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan oleh mana-mana pihak.

"Musuh sebenar adalah BN dan bukan sesama parti dalam PR," katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi berkata, perkara pengurangan bilangan Exco Pas tidak dimaklumkan kepadanya.

"Saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini. Saya dapat tahu pun apabila membacanya di media baharu.

"Kalau tanya, apa komen saya... tentu sekalu tiada komen kerana tiada makluman yang diberikan kepada saya," katanya.

Ketua Muslimat, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, keputusan yang telah dibuat itu disambut baik semua ahli di peringkat akar umbi.

"Walaupun saya berpendapat perkara sebegini harus dirunding bersama, tetapi saya yakin Pas tidak akan isytihar keluar PR.

"Saya percaya kepada semua kepimpinan Pas termasuk dua parti lain dan semestinya kita mahukan PR terus bersatu," katanya.
Kalah PRK,Kouta Exco dikurangkan,jangan marah....jika anda betul2 beriman.
‪#‎PemudaSik‬
LikeLike · · 2:53PM - 23 Sep 2014

Sallehen: Jangan label exco PAS pengkhianat

Bekas Exco Selangor, Sallehen Mukhyi tidak mahu DAP mendakwa yang keempat-empat Exco PAS dalam pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai “pengkhianat” kerana mereka bekerja untuk mempertahankan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, empat Exco PAS itu telah jelas menyatakan kedudukan mereka sebelum ini dan memohon Setiausaha Agung Lim, Guan Eng agar melihat kembali tindakan dan ucapan beliau dalam pentadbiran Pulau Pinang yang turut berkepentingan untuk mempertahankan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun beliau tidak mengulas apakah kenyataan Guan Eng tersebut.

“Jangan label Exco PAS sebagai pengkhianat.

“Saya fikir Lim Guan Eng tidak memahami Undang-undang tubuh Kerajaan Negeri. Sejak awal saya sebut empat orang exco PAS menjadi benteng terakhir Pakatan Rakyat.

"Lim Guan Eng semak balik ucapan dia. Ucapan politik dia sendiri ada kepentingan,” kepada Sallehen ketika ditemui wartawan selepas acara mengangkat sumpah menteri besar baru Selangor di Istana Alam Shah, Klang hari ini

Semalam Guan Eng membuat kenyataan menyatakan semua 15 ADUN DAP Selangor telah menyokong Azmin Ali dan “kesal” dengan tindakan empat Exco PAS yang tidak meletak jawatan sebagai tanda perpaduan bersama enam Exco PKR dan DAP yang dipecat oleh Khalid sebelum ini.

Sallehen dan tiga lagi bekas Exco PAS itu dilihat bertemu dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas Azmin mengangkat sumpah pagi tadi.

Bagaimanapun beliau yang juga ADUN Sabak, menyatakan pertemuan itu tidak mempunyai maksud untuk minta dikekalkan jawatan mereka dan hanya pertemuan biasa.

“Tidak ada (minta kekal jawatan). Tuanku cakap terima kasih kepada empat Exco dan Khalid kerana bantu memboleh kerajaan negeri berjalan sehingga pelantikan menteri besar baru," katanya.

Sallehen berkata kedudukan empat Exco PAS itu kini terpulang kepada menteri besar baru, Azmin Ali.

"Itu bukan kuasa Tuanku i(lantik Exco). Tuanku hanya perkenankan nama-nama yang dihantar oleh menteri besar," katanya sambil menambah jika pada pandangan menteri besar, nama-nama itu sesuai dan bersetuju, maka ia akan diangkat.

"Cuma saya rasa, parti masih akan tetap mengekalkan exco yang sedia ada sebab masing-masing dah ada perancangan dan elok meneruskan kerja,” katanya.

Kenyataan ‘4 exco PAS pengkhianat’ pendirian rasmi DAP, kata Guan Eng

DAP sekali lagi mengulangi pendirian 4 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Selangor daripada PAS sebagai pengkhianat kerana enggan meletakkan jawatan selepas 6 exco PKR dan DAP dipecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa kemelut jawatan menteri besar di negeri terkaya itu.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata kenyataan pengkhianat itu merupakan pendirian bersama parti dan bukan pandangan peribadinya.
"Ia adalah usul tergempar yang diluluskan dalam mesyuarat jawatan kuasa eksekutif pusat (CEC). Ia bukan pandangan peribadi saya," katanya di Pulau Pinang hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kenyataan Sallehin Mukhyi yang mengatakan dirinya mementingkan diri sendiri dan tidak memahami Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.
Sebelum ini, Lim pada Isnin mengeluarkan kenyataan tersebut setelah selesai mesyuarat CEC berkenaan jawatan menteri besar Selangor.
Lim pada ketika itu berkata 4 ahli exco PAS, Sallehin, Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Dr Halimah Ali secara jelas mengkhianati demokrasi dan solidariti terhadap 6 ahli exco lain yang dipecat bekas menteri besar Selangor.
Sallehin dalam reaksinya berkata, keputusan untuk tetap memegang jawatan exco adalah kerana khuatir sekiranya Khalid akan melantik exco baharu di kalangan ahli Umno.
"Jadi kami harap Lim akan menarik balik tuduhan menggelar kami pengkhianat," katanya.
Sementara itu, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatnya di Selangor dan berkata DAP akan memberi sokongan sepenuh kepada Azmin.
"Kami yakin beliau akan berkhidmat berdasarkan prinsip Pakatan Rakyat (PR), seperti mana dipersetujui PKR dan DAP. Kita mesti sentiasa menjadi kerajaan untuk berkhidmat demi kepentingan rakyat bukannya hanya untuk sesetengah pihak," katanya. – 24 September, 2014.

PAS KESAL TUDUHAN SETIAUSAHA AGUNG DAP EMPAT EXCO SEBAGAI PENGKHIANAT



Saya merujuk kepada kenyataan media Setiausaha Agung DAP, YAB Lim Guan Eng bertarikh 22 September 2014. Bagi pihak PAS, saya ingin merakamkan rasa kesal di atas sikap Setiausaha Agung DAP yang menuduh 4 orang Exco Kerajaan Selangor dari PAS sebagai melakukan pengkhianatan terhadap prinsip solidariti dan setiakawan bersama dengan 6 lagi bekas Exco dari DAP dan PKR apabila 4 Exco tersebut mematuhi arahan PAS Pusat untuk tidak meletakkan jawatan sebagai Exco selepas Exco-Exco lain dipecat oleh Menteri Besar Selangor pada 12 Ogos 2014 yang lalu.

Kepimpinan PAS sebelum ini telah beberapa kali memberikan penjelasan di atas tindakan tersebut yang dibuat, namun kelihatan Setiausaha Agung DAP memilih untuk terus menyerang PAS di khalayak ramai.

Setiausaha Agung DAP harus memahami bahawa tindakan PAS mengarahkan keempat anggota Exco tersebut supaya tidak meletakkan jawatan adalah dibuat di atas pertimbangan strategi untuk menyelamatkan Dewan Undangan Negeri Selangor daripada menghadapi risiko dibubarkan akibat ketiadaan sebuah majlis mesyuarat kerajaan negeri untuk menjalankan fungsi eksekutif pemerintahan di negeri Selangor.

Saya percaya Setiausaha Agung DAP menyedari wujudnya peruntukan di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang mensyaratkan hendaklah terdapat minimum empat orang Exco bagi memastikan Kerajaan Negeri Selangor terus dapat berfungsi seperti biasa. Menuduh Exco PAS sebagai pengkhianat dalam keadaan mereka berusaha untuk menyelamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah suatu tindakan yang amat tidak wajar.

Dengan pelantikan YAB Azmin Ali sebagai Dato Menteri Besar Selangor yang turut disokong sepenuhnya oleh kesemua parti komponen Pakatan Rakyat, maka Kerajaan Negeri Selangor dan seluruh jentera Pakatan Rakyat wajib untuk bergerak kehadapan bagi memastikan agenda pembelaan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Hentikan segala serangan sesama sendiri yang tidak membawa faedah kepada sesiapa. Muafakat Pakatan Rakyat harus diperkukuh dan sebarang perbezaan dan persengketaan yang wujud terutama yang diakibatkan oleh kemelut politik Selangor mestilah diselesaikan menurut kaedah yang harmoni agar keyakinan rakyat tidak terus tergugat.

DATO’ MAHFUZ HAJI OMAR
Ketua Penerangan PAS Pusat
23 September 2014
Nik Aziz berdoa agar Umno buta, lidah dipotong
pada 24-09-2014 10:09 
Post Pic
PENGKALAN KUBOR: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi mengetuai bacaan doa bersama ribuan pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor memohon kepada Allah agar memotong lidah dan membutakan mata Umno jika parti itu enggan berubah daripada cara tidak Islamiknya.
Mursyidul Am PAS itu memberitahu orang ramai yang hadir pada ceramah mega di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Umno dan PAS tidak dapat bertentang mata kerana parti yang berasaskan Melayu itu hanya mementingkan mengumpul kekayaan.
"Kepada orang ni, kita doa Tuhan buka hati dia, kesal buat benda-benda begini, sokong kedaulatan Islam.
"Atau Tuhan lipat balik (hatinya), biar Tuhan kerat lidah supaya tak leh kecek perkara tak sebenar. Butakan mata dia supaya tak nampak apa-apa kecuali nampak bulan je insya-Allah," kata bekas menteri besar Kelantan itu di akhir ucapannya.
Nik Aziz mengulangi perkataan itu dalam bahasa Arab secara perlahan-lahan dan diaminkan oleh para hadirin.
Sebelum itu dalam ucapannya, beliau berkata, PAS melawan Umno kerana parti Islam itu mengambil berat akan hal-hal kerohanian seperti ganjaran daripada Allah dan memasuki syurga. - The Malaysian Insider

Jumaat, 26 September 2014


PAS tidak pernah setuju bilangan exco dikurangkan - PAS Selangor

PAS tidak pernah setuju bilangan exco dikurangkan - PAS Selangor
KUALA LUMPUR: PAS Selangor menafikan sebarang dakwaan bahawa parti itu bersetuju agar bilangan Exco PAS di dalam barisan Exco baharu negeri itu dikurangkan daripada empat kepada tiga.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, PAS negeri Selangor juga telah juga dimaklumkan oleh PAS Pusat yang turut tidak bersetuju dengan pengurangan itu.

"Kami juga berpandangan pengguguran Dr Halimah Ali dan Sallehin Mukhyi yang telah berkhidmat dengan cemerlang sebelum ini adalah tidak berasas.

"Kami merasakan bahawa tindakan ini bukanlah satu permulaan yang baik," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Khairuddin mengulas pengumuman exco negeri yang baharu diumum Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang menyaksikan kerusi exco yang disandang wakil daripada parti PAS berkurangan daripada empat kepada tiga.

Dalam pada itu kata Mohd Khairuddin, PAS tetap mahu melihat Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terus stabil dan dapat melaksanakan agenda-agenda rakyat.

"Sebelum ini Exco-Exco PAS telah kekal di dalam kerajaan demi memastikan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tidak tumbang.

"Oleh yang demikian, PAS akan tetap kekal mempertahankan kerajaan tersebut," jelasnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS dari Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi yang dilantik menjadi Exco berkata, dia menerima baik dan berpuas hati dengan pelantikan tiga Exco biarpun barisan kerusi yang disandang PAS berkurangan daripada empat ke tiga dalam barisan yang baharu.

JANGAN KITA PELAHAP JAWATAN...KITA TINGGAL 13...2 DAH SOKONG PKR... DUA PENYOKONG TU DAH KENA KATA BARUA


11:29PM - 24 Sep 2014

PAS bertegas mahu 4 exco di S'gor


PAS Selangor bertegas akan mempertahankan komposisi empat orang exconya dalam pentadbiran Selangor.

Pengerusinya Iskandar Ab Samad berkata adalah tidak patut meminta PAS yang mendapat 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengurangkan kuota empat orang exconya.

"Kita pertahan (empat orang Exco). Itu jelas.

"Kita dah buat keputusan keputusan itu kita dah bagi kepada PAS Pusat untuk direstui terlebih dulu," kata beliau ketika ditemui selepas mesyuarat PAS Selangor hari ini.

Timbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin sebelum ini menyatakan kuota exco Pakatan Rakyat seharusnya dikaji semula kerana PAS sebelum ini tidak menyokong calon menteri besar dari PKR dan DAP.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut melabel empat exco PAS - salah satunya Iskandar – sebagai pengkhianat kerana tidak meletakkan jawatan selepas mantan menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat enam exco lain dari PKR dan partinya.

Iskandar sebelum ini menyatakan tujuan empat exco PAS tidak meletakkan jawatan adalah untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Sementara itu Iskandar berkata PAS Selangor telah memutuskan cadangan nama exco kepada PAS Pusat.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan nama Exco terbabit sama ada kekal atau ada perubahan.

"Sekarang ini kita perlu beri kepada PAS pusat statement tersebut. Tak boleh keluarkan senarai nama sekarang.

Menteri Besar Azmin Ali menyatakan akan menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah esok untuk mengemukakan nama 10 orang exco negeri.

Iskandar bagaimanapun menyatakan tiada lagi perbincangan antara pihak PAS Selangor dan Azmin berkaitan perkara tersebut.

"Belum ada lagi perbincangan (dengan menteri besar)," kata beliau

5:16PM - 20 Sep 2014

Hadi: Kami tak pelahap jawatan MB


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak ingin merebut jawatan menteri besar Selangor tetapi tidak senang dengan layanan PKR kepada parti tersebut.

Katanya, PKR tidak patut "mencuri" dua wakil rakyatnya untuk menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar.

Usaha PKR untuk menukar Tan Sri Khalid Ibrahim melalui operasi 'Langkah Kajang' itu juga tidak disenangi PAS, katanya.

"Takut majoriti tak dapat, curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat. Adakah ini etika bertahaluf? Kita tidak memandang ringan, dua wakil rakyat yang sanggup menyeberang, yang jadi broker, yang jadi barua, semua ada.

"Tidakkah setiap wakil rakyat kita berbaiah, macam jadi calon (sebut) wallahi, wabillahi, watallahi, berbai'ah, mana besar dengan baiah dengan aku janji?," katanya Abdul Hadi katanya ketika menyampaikan ucapan pengulungan.

"Langkah Kajang yang tidak menyenang kita. Saya menegaskan PAS tidak berebut jawatan menteri besar. PAS tidak pelahap jawatan menteri besar.

"Walaupun tidak ada persefahaman untuk menentukan menteri besar, tak ada perjanjian bertulis," katanya.

Dua ADUN PAS Selangor yang menandatangani pengakuan berkanun bagi menyokong Wan Azizah itu ialah Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Hormati sultan

Hadi turut mengemukakan hujah bahawa PAS perlu "campur tangan" berhubung pelantikan calon menteri besar demi menghormati peranan raja yang menjaga Islam dan umat Melayu di negeri itu.

Beliau melandaskan hujah tersebut dengan sepotong hadis Nabi Muhammad yang menganjurkan agar seseorang pemimpin dilantik berdasarkan amanah dan kelayakan dan bukannya kecenderungan tertentu.

Katanya, para pemimpinnya bakal berdepan dengan kemurkaan Allah iaitu diseret ke neraka jahanam.

"Tetapi ingat ada hukum hakam sahaja, ada ikut hukum akal sahaja. Kita tidak boleh biarkan, raja yang menjaga agama Islam dan Melayu yang ada peranan di negeri itu.

"Oleh itu ita kena campur tangan dalam hal ini. Jangan pandang mudah dan remeh nak beri begitu sahaja. Ada amanahnya.

"Strategi politik mesti ada amanah dan reda-Nya. Saya tak pasti mahu bawa ahli PAS ke neraka?" kata Abdul Hadi.

Boleh dimaafkan

Dalam ucapannya itu, Abdul Hadi turut menegur anggota parti yang tidak menunjukkan ketaatan kepada pemimpin dan menghilangkan jati diri sebagai ahli PAS.

Beliau turut mensasarkan teguran pada pemimpin parti yang membocorkan rahsia parti dan juga golongan yang membawa agenda pihak laiin ke dalam PAS.

Bagaimanapun, beliau berkata perkara itu dapat dimaafkan.

Katanya, beliau mengambil teladan dari kisah Hatim bin Balta'ah, seorang sahabat Nabi yang membocor rahsia perang.

Katanya, Balta'ah dimaafkan kerana kedudukan sebagai panglima dalam perang Badar.

"Itu tidak boleh... Tetapi sikap memaafkan lebih baik," katanya sambil meminta anggota parti bersatu dalam semua perkara dan tidak berpecah walaupun berbeza pendapat



Friday, September 26, 2014

Rahsia kenapa nak kekalkan Khalid Ibrahim.... pendedahan exclusif! (VIDEO & Transkrip)

Ikuti pendedahan eksklusif Izham Hashim, ahli Badan Perhubungan PAS Selangor, bahawa ada pemimpin tertentu parti itu tidak mahu Tan Sri Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor kerana berkepentingan peribadi.

 Tanpa menamakan pemimpin kanan PAS itu, katanya, individu berkenaan ada ikatan emosi dengan Khalid.

Ikuti trankrip berikut yang di muat naik melalui v-deo di bawah nanti :

 0:01 ~ Sepatutnya kita rakan dalam Pakatan Rakyat, kita bantu dia untuk menyelesaikan masalah, itulah kawan!Semangat setia kawan.

 Adakah Islam ajar kita, untuk jadi parti Islam atau pejuang Islam ni, istilah wala' sahaja...wala' sahaja, feqah...apa lagi ustaz? ...Taat, yang tu saja Islam? Setiakawan bukan Islam ker? 

 0:23 ~ Tak bohong bukan Islam ker? Cakap bahasa elok-elok bukan Islam ker? Islam kalau nak perjuangkan Islam, semua benda kena ikut yang Islam ler...baru boleh klem kita berjuang Islam.

 0:36 ~ Rakan kita sedang ada masalah, ini masa dia ada masalah, kita kena tolong dia...nanti kita suatu hari ada masalah, dia tolong kita pula!Itulah semangat setiakawan! Jadi bila isu timbul dah masalah, patut yang pertamanya ialah, kita jumpa mesyuarat Pakatan Rakyat, ini mesyuarat tak pergi....mesyuarat tak nak pergi....tak nak pergi....tak taulah... Mesyuarat Pakatan Rakyat tak mau pergi lepas tu buat keputusan sendiri.

1:02 ~ Dia; pergilah mesyuarat, itulah gunanya mesyuarat - syura bainahum, syuralah kamu. Nanti kita bincang-bincang,,tapi tak pergi, bincang macam mana? Bincanglah dalam mesyuarat elok-elok ... bincang apa masalah nak tukar Khalid...OK, kalau kita setuju, siapa calunnya...tak berlaku benda tu!Kalau berlaku benda tu, bulan tiga dah selesai dah!Tak akan timbul isu kemelut nih! Mungkin ada hikmahnya ustaz, benda ni berlaku; nak tunjukkan kita ni ada masalah... PAS ni sebenarnya yang masalah nih!

1:36 ~ Dia kata "Oh, PKR ni buat taik, kita yang masala!" Kalau PKR buat taik kau, engkau tau taik, kau pergi main buat apa? Sekarang terpalit semua orang!9 Betul tak? Tak payahlah main kalau tau tu taik! 

1:49 ~ Tapi saya rasa PKR bukan main taik, dia memang ada masalah betul.Kita tolong selesaikan isu Menteri Besar. kalau dah selesai tak timbul!  Ni pergi sekejap, kita pun Selangor dah bagi pandangan, bagi pandangan dah dua kali jumpa lagi bagi tau kita tak nak.

2:06 ~  Tapi ada dikalangan PAS dalam Selangor ni, yang cara diam-diam pi jumpa pimpinan pi lobbi, kita nak Khalid Ibrahim; saya tahu siapa dia... pergi lobi, kita buang mai, orang pejabat agong mai bagi tau, lobi kita nak juga!melanggari keputusan kita.Dia nak kekal juga Khalid Ibrahim. Kalau saya tak jadi Khalid Ibrahim, Kalau Khalid Ibrahim dah tak jadi lagi Menteri Besar, saya ganti, saya jaga adat-adat Melayu saja nanti...Tak dapat exco lain.Nampak kepentingan diri! 

2:37 ~ Saya cakap terus terang. Ini, saya cakap fakta.Cuma saya tak nak sebut nama ...fakta benda ini berlaku.

2:44 ~ Kau pergi, nak kekalkan Khalid Ibrahim juga pasal apa nak kekalkan Khalid Ibrahim, saya tanya...

 Sebab utama dia ialah kerana PAS mempunyai Kenapa nak kekalkan Khalid Ibrahim? Sebab utama ialah kerana PAS mempunyai kawalan yang kuat kepada GLC Selangor melalui Raja Idris.

3:09 ~ Dikalangan pegawai-pegawai kerajaan dikatakan, Raja Idris ini disebut sebagai Timbalan Menteri Besar sebenarnya di Selangor.Ini cara tidak resmi disebut kerana apa? Dia menjadi orang yang sangat dipercayai oleh Khalid Ibrahim dan Raja Idris ini adalah orang kepercayaan, rapat dengan Tuan Guru Presiden PAS!

3:30 ~ Jadi dia berkeyakinan, melalui Raja Idris ini, banyak agenda-agenda yang ... mungkin agenda yang baik, saya tidak nafikan itu, tapi atas ikatan emosi. Ikatan begini menyebabkan Khalid Ibrahim perlu dikekalkan kerana kalau naik orang lain, Raja idris tidak akan mendapat tempat yang sewajarnya kepada Menteri Besar yang baru, itu saja saya sebutkan.

3:55 ~ Dia bukan sahaja CEO Perangsang, dia juga adalah board of director kepada KDEB dan juga executif konsaltan kepada MBI.