Selasa, 2 September 2014

SENI YANG TAK IKUT ACUAN ISLAM BANYAK MENJERUS KEPADA KEMAKSIATAN SERTA KEMURKAAN ALLAH...SEPERTI MASALAH PERGAULAN BEBAS....PAKAIAN TIDAK MEMATUHI SYARAK...DIKHUATIRI JUGA CULAS DENGAN HUKUM2 LAIN

Tuesday, 2 September 2014


ISU NAK TANGKAP AHLI UNIT AMAL PAS .... PASTIKAN BRIGED KESATRIA MUDA MALAYSIA DIKENA TINDAKAN YANG SERUPA.


Omak pencinta dan penyokong keadilan mengikut semangat dan roh undang-undang negara sepertimana tercati dalam perlembagaan dan seruan Rukun Negara.

Jika mana organisasi maupun individu tanpa mengira darjat dan kedudukkan dengan nyata melakukan kesalahan melanggar undang-undang dipersialakn dengan segala hormatnya pihak berwajib bertindak ... tetapi jangan membuat pendakwaan terpilih.

Keadilan bukan saja mesti dilaksanakan tetapi paling utama ianya mesti jua dilihat dan dirasai dilaksanakan.

Keadilan itu buta tetapi jangan sampai butakan mata kesalahan nyata lagi jelas yang dilakukan oleh pihak tertentu.  Jangan bersikap pilih bulu akibatnya nanti rakyat naik berbulu.


Tuesday, 2 September 2014

NAIB PRESIDEN KANAN PAS, BERSEDIA MEMPERTARUHKAN NYAWANYA DEMI MEMPERTAHANKAN SETIAP ANGGOTA UNIT AMAL PAS DARI SEBARANG TINDAKAN ZALIM .... TAKBIR!!!!!!!!!!



Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata beliau bersedia mempertaruhkan nyawanya demi mempertahankan anggota Unit Amal parti tersebut dari sebarang tindakan kezaliman.

Badan kebajikan itu dibimbanginya akan menerima nasib sama seperti Pasukan Peronda Sukarelawan Pulau Pinang (PPS).

"Saya sedia pertahan dengan nyawa saya selagi mana kita yakin mereka menjalankan tugas kebajikan dan bukan aktiviti keganasan," katanya seperti dilaporkan lidah parti itu, Harakahdaily.

Katanya lagi, beliau juga bersedia untuk memberi penjelasan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung pertubuhan tersebut.

 "Kita sedia beri kerjasama kepada polis. Saya harap Zahid boleh panggil saya sendiri bila-bila masa," katanya lagi.

Jelasnya, fungsi Unit Amal parti itu adalah untuk melakukan kerja kebajikan dalam parti, dan khidmat sosial dalam masyarakat umum.


2:58PM - 2 Sep 2014

Pemuda Gerakan mahu Zahid didakwa menghasut


Pemuda Gerakan hari ini menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa menghasut kerana kenyataannya yang mendakwa orang bukan Melayu kini angkuh kerana diberi muka oleh orang Melayu.

Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong membuat perbandingan di antara kenyataan Zahid itu dengan tuduhan terhadap pensyarah undang-undang, Dr Azmi Sharom yang didakwa di bawah seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan pagi ini.

Menurut Andy (kanan), kenyataan Zahid itu menepati maksud "kecenderungan menghasut" yang dijelaskan dalam seksyen 3(1)(e) akta yang sama.

Kecenderungan menghasut dalam seksyen itu didefinisikan sebagai "mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia".

"Walaupun saya tidak menggemari undang-undang itu, saya tak nampak sebarang sebab tindakan yang sama tidak boleh dikenakan terhadap Zahid," katanya dalam kenyataan hari ini.

Portal TheSunDaily semalam melaporkan Zahid berkata orang-orang Melayu kini "membayar harga" akibat terlalu baik kepada orang bukan Melayu.

Naib presiden Umno itu mendakwa orang bukan Melayu kini semakin angkuh dan menghina bumiputera, Raja dan Islam.

Kenyataan dilaporkan dibuat Zahid sewaktu merasmikan mesyuarat Umno bahagian Segambut.

Menurut Andy, Zahid sama sekali tidak perlu mengeluarkan kenyataan demikian sama ada di depan sekumpulan orang Melayu atau pun dengan tujuan menjadikan orang bukan Melayu secara keseluruhannya sebagai sasaran.

"Malah, kenyataan demikian menggalakkan lagi kebencian antara kaum dan mempolitikkan dominasi kaum yang tidak sihat dalam negara ini," katanya.

Tuesday, 2 September 2014


RAKAN KARIB UMNO DALAM BARISAN NASIONAL MAU ZAHID HAMIDI DIHERET KEMAHKAMAH ATAS PERTUDUHAN DIBAWAH SEK 3(1)(e) AKTA HASUTAN.



Pemuda Gerakan hari ini menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa menghasut kerana kenyataannya yang mendakwa orang bukan Melayu kini angkuh kerana diberi muka oleh orang Melayu.

Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong membuat perbandingan di antara kenyataan Zahid itu dengan tuduhan terhadap pensyarah undang-undang, Dr Azmi Sharom yang didakwa di bawah seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan pagi ini.

Menurut Andy (kanan), kenyataan Zahid itu menepati maksud "kecenderungan menghasut" yang dijelaskan dalam seksyen 3(1)(e) akta yang sama.

Kecenderungan menghasut dalam seksyen itu didefinisikan sebagai "mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia".

"Walaupun saya tidak menggemari undang-undang itu, saya tak nampak sebarang sebab tindakan yang sama tidak boleh dikenakan terhadap Zahid," katanya dalam kenyataan hari ini.

Portal TheSunDaily semalam melaporkan Zahid berkata orang-orang Melayu kini "membayar harga" akibat terlalu baik kepada orang bukan Melayu.

Naib presiden Umno itu mendakwa orang bukan Melayu kini semakin angkuh dan menghina bumiputera, Raja dan Islam.

Kenyataan dilaporkan dibuat Zahid sewaktu merasmikan mesyuarat Umno bahagian Segambut.

Menurut Andy, Zahid sama sekali tidak perlu mengeluarkan kenyataan demikian sama ada di depan sekumpulan orang Melayu atau pun dengan tujuan menjadikan orang bukan Melayu secara keseluruhannya sebagai sasaran.

"Malah, kenyataan demikian menggalakkan lagi kebencian antara kaum dan mempolitikkan dominasi kaum yang tidak sihat dalam negara ini," katanya.

Tuesday, 2 September 2014


EDISI RAKYAT JANGAN LUPA MENGENAI GEJALA MURTAD.



Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.

Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi  menangani kes-kes gejala murtad itu.

Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada  kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.

Mengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.

Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.
"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.

"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agama; dan sokongan Baitulmal," kata Jamil.

Tuesday, 2 September 2014


EDISI CUIT MINDA GUNA AKAL LOGIK ... ADAKAH RAKYAT SABAH MAU TERUS MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA UMNO/BN?????



Pembangunan Malaysia tidak lengkap tanpa Sabah, kerana tanpa hasil yang diperolehi daripada sumber aslinya tidak memungkinkan negeri seperti Kedah dapat membangun, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini.

"Sama juga dengan Kedah yang mengeluarkan beras untuk semua negeri termasuk Sabah pada harga subsidi bagi memastikan kelangsungan bekalan makanan rakyat di negara ini," katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Penampang di sini.

Mukhriz, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata, amalan bantu-membantu antara negeri-negeri di Malaysia dipraktikkan sejak merdeka lagi.

Katanya, ini kerana para pemimpin terdahulu telah memberi formula perpaduan bagi menjamin kemajuan bersama rakyat di negara ini.

Beliau turut mengingatkan anggota Umno Penampang untuk terus mengukuhkan perpaduan bagi memastikan rakyat terus menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Saya bukan orang yang sesuai berkata mengenai perpaduan kepada orang Sabah kerana Sabah lebih tahu erti perpaduan kerana mempunyai lebih banyak suku kaum dan agama tetapi saya berharap amalan kesepakatan di kalangan anggota Umno diteruskan. Jika tiada kesepakatan, rakyat akan tolak kita," katanya. - Bernama


 7th August, 2014

KOTA KINABALU: Petronas tidak mampu untuk membayar 20 peratus royalti kepada Sabah kerana kos pengeluaran yang tinggi.

Naib Presiden Pengurusan Petroleum Petronas Malaysia, Adif Zulkifli berkata syarikat minyak kebangsaan itu telah membayar 10 peratus royalti untuk kerajaan Persekutuan dan Sabah membolehkan syarikat itu memiliki 90 peratus hasil untuk pelaburan semula dan keuntungan.

“Royalti ini sudah dibayar sejak 1976 dan kita mahu mengelakkannya selagi kita mampu untuk membolehkan kita membawa lebih banyak projek, lebih banyak penggalian semula dan penemuan yang kosnya amat tinggi.

“Pelaburan semula ialah 70 peratus dari hasil, hanya tinggal 20 peratus keuntungan yang dikenakan cukai sebanyak 38 peratus iaitu kira-kira lapan peratus dari jumlah hasil keseluruhannya.

“Ini bererti Petronas dan rakan kongsinya hanya tinggal 12 peratus selepas dikenakan cukai keuntungan yang biasanya akan dibahagi dua iaitu 50:50,” katanya semasa sesi taklimat kepada media di sini kelmarin.

Menurut beliau jika royalti dinaikkan kepada 20 peratus untuk Sabah, Petronas perlu membayar 25 peratus termasuk lima peratus kepada Kerajaan Persekutuan.

Katanya, jika itu dilakukan, Petronas dan rakannya hanya mendapat 1.5 peratus hasil pendapatan sedangkan ianya membuat pelaburan besar terhadap projek itu yang akan membuatkan Malaysia menjadi destinasi kurang berdaya siang untuk Pelaburan Langsung Asing (FDI)

Adif berkata sekiranya pelabur asing menarik diri dari negara ini, banyak projek akan terjejas dan ini yang akan membuatkan Petronas tidak lagi dalam menjalankan pengeluaran minyak dan gas dan juga akan membuatkan syarikat itu tidak dapat lagi membayar royalti kepada Sabah.

“Kadar pembayaran royalti Malaysia sudah tinggi berbanding dengan negara-negara lain di mana di seluruh dunia purata hanyalah lima peratus. Hanya Nigeria dan Bahrain yang membayar kadar yang tinggi, malah Brunei hanya mebayar lapan peratus.

“Jika royalti ini dinaikkan, kita tidak akan dapat bersaing lagi untuk pelaburan. Kita perlu menjadi negara bersaing untuk menjadi negara destinasi FDI.

“Sekiranya pelabur tidak dapat pulangan yang berpatutan hasil dari pelaburan mereka, mereka akan lari ke tempat lain.

“Malaysia mempunyai Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) dengan syarikat-syarikat asing kerana kita memerlukan kepakaran, teknologi dan pengalaman mereka, adalah menjadi tanggungjawab negara untuk menyediakan keselamatan kepada syarikat-syarikat ini dan menghormati kontrak dengan mereka agar mereka terus yakin dengan kita,” katanya.

“Kita berdepan dengan persaingan sengit kerana banyak negara seperti Angola dan Brazil adalah lebih menarik untuk para pelabur. Malah Amerika Syarikat sendiri meningkatkan pengeluaran mereka sama seperti Arab Saudi, dan banyak lagi negara yang akan menjadi pengeksport minyak bersih dan gas, yang mampu menarik minat dan ini membuatkan syarikat-syarikat AS kembali ke negara mereka,” katanya sambil menambah syarikat-syarikat minyak dan gas asing lebih berhati-hati dalam membuat pelaburan untuk projek mereka.

Mengenai kos pengeluaran yang tinggi, Adif berkata cara yang paling mudah digunakan untuk menggali dan mengeluarkan minyak memerlukan kos yang tinggi kerana ianya memerlukan teknologi yang mahal.

Di Sabah, katanya kebanyakan penemuan adalah di laut dalam (kedalaman 1km hingga 2km) dan ini sudah pasti memerlukan kos yang tinggi untuk eksplorasi.

“Kos meningkat dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun lepas, dan mungkin juga lebih dari jumlah itu. Menguruskan kos adalah satu cabaran bagi kami,” katanya sambil menambah Sabah menyumbang 10peratus pengeluaran minyak dan gas negara.

Menurut Adif, syarikat itu telah membayar sejumlah RM9 bilion kepada Sabah sejak 1976 dan jumlah pelaburan ialah RM179 bilion dan RM6 bilion ialah pelaburan untuk hiliran.

Beliau berkata Petronas juga banyak menyalurkan bantuan untuk program tanggungjawab sosilnya (CSR) di Sabah.

“Kami telah menyumbang RM83 juta untuk Kawasan Pemuliharaan Imbak Canyon (ICCA) dan kita juga mengeluarkan hampir RM500 juga untuk Projek Laut Basing ESSCOM dan juga Sistem Radar Amaran Awal di Pantai Barat Sabah.

“Dari segi pekerjaan, kami mengambil kira-kira 1,643 penduduk Sabah, 75 peratus daripada mereka bertugas di negeri ini manakala selebihnya di seluruh dunia,” katanya sambil menambah mereka memegang pelbagai jawatan penting untuk pengurusan strategi.

Adif juga berkata kira-kira 4,000 pelajar mendapat faedah melalui program pendidikan dan latihan dalam tempoh 10 tahun lepas, termasuk melalui biasiswa dan pengwujudan Pusat Latihan Kimanis.

Mengenai perkhidmatan dan kontrak, beliau berkata sejumlah 291 syarikat-syarikat dari sabah berdaftar dan diberikan lesen oleh Petronas, kesemuanya layak untuk mengambil bahagian dalam tender kontrak.

“Setakat ini, sejumlah RM1.3 bilion nilai kontrak telah diberikan kepada syarikat-syarikat Sabah dan kita akan terus membantu mereka untuk terus berasing,” katanya.

Mengenai industri minyak dan gas di Sabah, Adif berkata negeri ini mengeluarkan kira-kira 180,000 tong minyak sehari dari 2009 hingga 2013,dari 14 lapangan minya dan tiga lapangan gasnya yang aktif.

Negeri ini mempunyai sejumlah 41 lapangan minyak dan 47 gas yang dijumpai setakat ini dan ianya mempunyai 53 pelantar dan 117 saluran paip.

“Terdapat 27 Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) yang aktif di negeri ini dengan 12 syarikat berlainan,,” katanya sambil menambah Petronas juga mempunyai beberapa kemudahan hiliran di negeri ini seperti Sabah Oild and Gas Terminal (SOGT), Sabah Gas Terminal (SBGAST), Labuan Gas Terminal 1&2 (LGAST1 & LGAST2), Labuan Crude Oil Terminal (LCOT), Petronas Chemical Methanol Labuan Plant 1&2, Kimanis Power Plant, Sabah Ammonia Urea (SAMUR), Asia Supply Base, Labuan, and Petronas Dagangan Berhad’s (PDB) 66 stesen runcit. Dua kilang LPG,empat terminal minyak dan dua depot.

Selasa, 2 September 2014

 


Bersedia hadapi pilihan raya Selangor 

10:00AM Sept 01 2014
Tan Jooi Long
SUARA LANTANG: Rabu ini merupakan hari penentuan menteri besar baru Selangor, atau yang seolah-olah paling mungkin, sama ada pilihan raya akan dijalankan bagi menyelesaikan kebuntuan mengenai pelantikan itu. Adakah baginda Sultan akan menerima pencalonan tunggal PKR/DAP, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau baginda akan memberi mandat kepada calon-calon lain PAS? Adakah baginda akan menolak pencalonan Wan Azizah dan memerintahkan PKR dan DAP untuk mencadangkan calon-calon lain, atau adakah baginda akan membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya baru? Bagaimana pun, satu perkara adalah pasti. Jika pilihan raya baru dijalankan, PAS akan menjadi punca senario paling buruk, dan akan menerima beban kemarahan pengundi. Pemimpin Pakatan Rakyat membunyikan amaran bahawa gabungan itu akan membayar harga yang besar dengan kehilangan kerusi, jika krisis Menteri Besar itu mencetuskan pilihan raya.

 Gabungan itu juga boleh kehilangan kerajaan negeri kerana PAS juga mungkin akan kehilangan lebih separuh daripada 15 kerusinya, manakala DAP boleh kehilangan dua atau tiga daripada 15 kerusinya, dan tiga atau empat daripada baki 13 kerusi PKR selepas pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Pakatan PAS, PKR dan DAP ini mungkin akan kehilangan kuasa di negeri ini kerana ia mungkin tidak mendapat lebih 25 kerusi daripada 56 kerusi dalam DUN itu.

Merdeka Center bagaimanapun menegaskan bahawa majoriti pengundi terus menyokong Pakatan di sebalik krisis kepimpinan yang berlarutan. Kaji selidik baru-baru ini menunjukkan bahawa 57% daripada pengundi Selangor berkata, mereka masih akan memberikan Pakatan peluang untuk mentadbir negeri ini sekali lagi jika pilihan raya diadakan tidak lama lagi. Hanya 29% daripada pengundi berkata mereka tidak akan memberikan gabungan itu mandat baru, manakala baki 15% tidak pasti. Memandangkan hasil kaji selidik ini, hakisan sokongan pengundi tidak akan menyebabkan Pakatan kehilangan kerajaan negeri, tetapi ia akan mengurangkan majoriti lebih tiga suku mereka. Dengan kiraan semasa berada pada 43 kerusi daripada 56 dalam Dewan Undangan Negeri, hanya perubahan besar-besaran yang akan menghakis majoriti itu

akan menang majoriti mudah dengan selesa, dengan kebanyakan kehilangan kerusi berlaku di pihak PAS. Menang atau kalah, ramalan menganggap bahawa PAS, PKR dan DAP akan menyertai pemilihan baru sebagai sebuah gabungan yang utuh. Tetapi bagaimana jika PKR/DAP membuat keputusan untuk menamakan calon mereka di kerusi-kerusi PAS? Pasti buruk padahnya bagi parti Islam itu. Tetapi ia juga mungkin bermakna bahawa Pakatan akan kehilangan kawalan terhadap Selangor. PAS telah mengalami kerosakan yang lebih teruk berbanding sekutu-sekutunya dalam Pakatan. Pengendalian kepimpinannya terhadap krisis MB ini tidak konsisten, mencerminkan pertelagahan di antara puak konservatif dan progresif yang juga boleh menyebabkan perpecahan dalam parti itu. Perbezaan pendapat yang ketara juga mungkin membawa kepada perebutan kepimpinan dalam pemilihan parti itu tahun depan, jika bukannya pertarungan langsung di muktamarnya bulan depan. Sementara itu,

PAS berisiko kehilangan sokongan pengundi jika ia terus mengikuti jalan yang bertentangan dengan PKR dan sekutunya DAP. Sekiranya pilihan raya negeri dilakukan, PAS akan mengalami kerugian yang terbesar dan menjadi punca kekalahan Pakatan. Kempen hudud parti Islam ini telah menghakis sokongan pengundi bukan Islam, dan ia akan dihukum oleh pengundi bukan Melayu, jika ia berkempen di luar Pakatan. PAS berkembang di luar kawasan pedalaman majoriti Melayu Kelantan, Terengganu dan Kedah pada pilihan raya umum 2008 dan 2013. Ia mendapat kejayaan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor, memenangi 23 kerusi parlimen pada tahun 2008 dan 21 pada tahun 2013, berbanding hanya tujuh kerusi pada tahun 2004.

Nasib PAS dalam pilihan raya bergantung kepada komitmennya yang berterusan kepada Pakatan. Jika tidak, parti ini memiliki risiko kehilangan kerusi campuran penting yang mempunyai pengundi bukan Melayu dan bukan Islam, kerana ia amat bergantung kepada sokongan padu itu untuk memenangi banyak kerusi, terutamanya di Selangor. Sokongan pengundi Melayu juga akan merosot jika parti ini meninggalkan Pakatan. Pilihan terbaiknya jika mahu kekal relevan dalam politik adalah untuk kekal dengan gabungan itu. PAS memenangi 15 kerusi negeri di Selangor pada pilihan raya umum tahun lepas, meningkat daripada hanya lapan pada tahun 2008.

 Tujuh kerusi PAS sedang menghadapi risiko: Sabak, Dusun Tua, Seri Serdang, Paya Jaras, Sijangkang, Morib dan Tanjung Sepat, semua dimenanginya pada 2013 dengan majoriti di bawah 2,000 undi. Malah naib presiden PAS, Salahuddin Ayub mengakui partinya bakal mengalami kerugian yang paling banyak melalui pilihan raya negeri.

PAS akan paling sengsara, katanya. "Jika kami gagal menyelesaikan masalah ini, Pakatan Rakyat mungkin kalah dalam pilihan raya negeri." Tan Jooi Long merupakan bekas pengarang Bernama yang pernah menerajui operasi sebuah agensi berita AS yang berpengkalan di Asia Pasifik. Beliau juga kerap menulis Twitter.

Mamat (Exist) hidup merana

Mamat Main Pix
PETALING JAYA -
 Bekas vokalis kumpulan Exist iaitu Mamat terpaksa menumpang di beberapa rumah kenalannya di Kuala Lumpur selepas mengambil keputusan untuk kembali aktif sebagai penyanyi.
Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin, 36, berkata, semenjak bercerai dengan isterinya, Marshila Mustapa Kamal empat tahun lalu dia lebih selesa menumpang di rumah temannya kerana dapat berkongsi masalah dengan mereka.
“Saya tiada rumah di Kuala Lumpur jadi setiap kali ada tugasan di sini saya akan duduk menumpang dengan kawan-kawan atau pun tidur di hotel.
“Biarpun saya ada rumah di Johor tetapi saya kini lebih selesa untuk tinggal bersama rakan-rakan kerana sekurang-kurangnya ada teman untuk berbicara dan berkongsi masalah,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Mamat turut mengakui dia kadang-kala tertekan dengan pandangan negatif sesetengah pihak terhadapnya berhubung kisah silamnya termasuk dalam soal penyalahgunaan dadah sebelum ini.
Jelas Mamat, dia berharap masyarakat dapat memberinya peluang untuk menebus semua kesilapan yang pernah dilakukannya dan bukan terus menghukumnya tanpa mengetahui keadaan sebenar.
“Mungkin saya nampak seperti tidak kisah dengan apa yang orang perkatakan tentang saya tetapi jauh di sudut hati perasaan sedih itu ada.|

“Apa yang berlaku sebelum ini adalah sejarah dan harap ia boleh diambil sebagai iktibar malah ia mengajar saya mengenai erti kehidupan,” ujarnya.
Sementara itu, Mamat berkata, dia bakal muncul dengan single terbaharunya berjudulKeluhan Cinta dan berharap lagu itu nanti akan dapat diterima peminat selepas sekian lama menyepi.
Jelas Mamat, lagu berkenaan diterbitkan oleh Anita Entertainment dan dia bersyukur atas kepercayaan diberikan oleh syarikat berkenaan.
“Klip video lagu itu juga sudah dirakamkan dan sedang menjalani proses suntingan. Harap-harap ia akan dapat diterima peminat,” ujarnya. Dalam pada itu saksikan temubual video wartawan kami, Addy Junaidi bersama Mamat menerusi ruangan Zoom.
Penyanyi ini menjelaskan pendapatannya terjejas. Wajah terbaharu Mamat mengejutkan banyak pihak kerana dia kelihatan cengkung bagaikan tidak terutus, lapor mStar.

Syarikat digesa dedah gaji CEO, pekerja biasa
  • Mohd Nizam Mahshar Mohd Nizam Mahshar
1 / 1
SHAH ALAM - Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menggesa Suruhanjaya Sekuriti supaya mensyaratkan syarikat-syarikat yang tersenarai untuk menerbitkan kepelbagaian dalam laporan tahunan mereka.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nizam Mahshar berkata, langkah itu sejajar dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu sektor korporat itu menyenaraikan jantina, kumpulan etnik dan umur dalam organisasi masing-masing kepada umum bagi pengambilan pekerja.
“Ini akan membolehkan masyarakat awam dan juga para pemegang saham untuk bertanya jika ada syarikat Malaysia menjalankan pemprofilan kaum dalam pengambilan pekerja.
“Kami juga meminta syarikat-syarikat korporat di Malaysia untuk mendedahkan nisbah gaji ketua eksekutif dengan gaji pekerja biasa dalam syarikat,” katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.
Mengulas lanjut, Nizam menambah pihaknya juga meminta Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) agar memantau jumlah syarikat tersenarai di Malaysia yang membayar pekerja mereka pada tahap gaji yang paling rendah.
“MTEM menekankan bahawa pada 2013 menurut data gaji Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), hampir 4 juta daripada 13.5 juta pekerja Malaysia mendapat gaji kurang daripada RM2,000.
“Dalam erti kata lain, hampir 30 peratus daripada pekerja Malaysia hidup dengan gaji di bawah RM2,000 sebulan,” ujarnya.
Sementara itu, ketidaksamaan pendapatan di antara kaum perlu dihindari dalam mencapai matlamat berpendapatan tinggi untuk memastikan pengagihan kekayaan yang saksama di kalangan rakyat.
“MTEM juga percaya bahawa ketelusan ini amat diperlukan sebagai permulaan syarikat-syarikat di Malaysia untuk mempraktik amalan-amalan yang terbaik dalam menjalankan perniagaan agar memastikan pembahagian yang adil daripada pendapatan mereka diberikan sewajarnya kepada pekerja,” katanya lagi.

Tiada ulasan: