• Ahmet Davutoglu Ahmet Davutoglu
1 / 1
AHMET Davutoglu bukan nama asing di Malaysia. Pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Turki pada 28 Ogos 2014 lalu sedikit sebanyak membanggakan Malaysia kerana beliau pernah bergelar pensyarah Sains Politik di Universiti Islam Antarabangsa. Bergelar Perdana Menteri Turki ke-26 beliau yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Menteri Luar pada 2009 berupaya memulihkan pengaruh serantau Turki dengan membina semula hubungan dengan Israel selepas serangan MV Mavi Marmara pada 2009.

Jasa

Perdana Menteri yang terkenal dengan sifat sederhana ini juga secara aktif terlibat dalam proses damai ketika perang saudara di Syria dan Libya. Beliau juga menyelesaikan beberapa isu pertikaian Cyprus dan terlibat secara langsung dalam konflik serangan Israel-Gaza baru-baru ini.

Selain itu, beliau merupakan antara pemimpin dunia dengan lantang mengutuk kegiatan Negara Islam (IS) di Iraq.

Sebelum menjadi Menteri Luar, Davutoglu berkhidmat sebagai ketua penasihat kepada Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan dan menjadi Ahli Parlimen Konya pada 2011.

Pelantikan

Pada Pilihan Raya Presiden Turki Ogos lalu, selepas Parti Pembangunan Keadilan (AKP) pemimpin Erdogan meraih kemenangan, Davutoglu diumumkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat AKP sebagai ketua parti yang baharu sekali gus bergelar Perdana Menteri. Pelantikan beliau sebulat suara dipersetujui Kongres. Keputusan itu merupakan satu sejarah luar biasa yang pernah berlaku dalam parti tersebut.

Pada 29 Ogos 2014 beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Presiden Erdogan. Bagaimanapun, kumpulan berhaluan kiri yakin pelantikan Davutoglo hanya sekadar boneka kerana Erdogan akan menggunakan kuasa vetonya untuk memimpin negara itu.

Bukan picisan

Beliau bukanlah sekadar pemimpin yang mengikut telunjuk. Sejak tahun lalu, beliau dengan lantang mengkritik penularan rasuah serta terlibat protes anti-kerajaan. Kritikan itu akhirnya memakan diri apabila nama beliau disebut antara pemimpin terlibat dalam skandal rasuah.

Tuduhan dilemparkan oleh penyokong Fethullah Gulen itu tidak mematahkan semangatnya hingga terbukti ia hanyalah mainan kotor yang direka oleh gerakan itu.

Sejurus terbukti bebas dari tuduhan terbabit, beliau sekali lagi dengan lantang bersumpah akan membersihkan kegiatan rasuah sekiranya dilantik menjadi perdana menteri.

Terkenal sebagai penyokong dasar luar Neo-Ottoman atau Pan-Islam, Davutoglu membuat kenaikan bidaan Turki ke Kesatuan Eropah (EU) bagi mencapai sasaran strategik untuk kemajuan negaranya.

Ketika berucap di persidangan EU, beliau berjanji melakukan reformasi Perlembagaan, menangani rasuah dan meningkatkan rekod hak pekerja di Turki.

Kini, usaha itu sedang dilaksanakan dan mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuk tentera.

Pendidikan

Beliau menamatkan pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Istanbul. Pada 1983, beliau lulus dari Universiti Bosphorus dengan dua pengkhususan utama iaitu Sains Politik dan Ekonomi di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Sains.

Selepas itu, beliau menamatkan pengajian peringkat Sarjana Muda di Jabatan Pentadbiran Awam dan memperoleh Kelulusan Doktor Falsafah dari Jabatan Sains Politik dan Hubungan Antarabangsa di Universiti Bosporus.

Pada 1990 beliau menjadi Penolong Profesor di Jabatan Sains Politik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sehingga 1993 dan pada tahun sama beliau mendapat gelaran Profesor Madya.

Dua tahun selepas itu, beliau bekerja di Marmara University hingga 1999 sebagai pensyarah di Institut Kajian Timur Tengah, Institut Insurans dan Perbankan dan mengikuti Program Doktor Falsafah Pentadbiran Tempatan dan Jabatan Sains Politik.

Beliau juga pernah bergelar pensyarah di Akademi Tentera dan Perang antara 1998 dan 2002. Berbekal perluasan dalam bidang akademik, beliau meneruskan perkhidmatan sebagai pensyarah di Universiti Istanbul pada 1995-2004.

Ketika itu, beliau dilantik sebagai Ketua Jabatan Hubungan Antarabangsa, Ahli Senat Universiti dan Ahli Lembaga Pengurusan kampus serta ditawarkan sebagai pensyarah pelawat di Universiti Marmara.

Penghasilan buku  dan jurnal

Davutoglu menerbitkan beberapa buku dan artikel mengenai dasar luar di Turki dan Barat.

Buku dan artikel beliau diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa termasuk Jepun, Portugis, Rusia, Arab, Parsi dan Albania.

Antara buku paling popular adalah Alternative Paradigms, Civilizational Transformation and the Muslim World.

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan Sare Davutoglu pada 1984. Isterinya  merupakan seorang pakar sakit puan yang bekerja di İstanbul dan merupakan aktivis kempen anti-pengguguran.

Sepanjang perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata. Mereka sekeluarga juga dikhabarkan fasih berbahasa Inggeris, Jerman dan Arab.

4:00PM - 17 Sep 2014

Wakil T'ganu kecewa dengan ucapan Suhaizan


Beberapa orang perwakilan Pemuda PAS mengambil peluang untuk dalam perbahasan hari ini untuk mengemukakan kritikan ke atas ketua pegerakan itu, Suhaizan Kaiat atas ucapan dasar yang disampaikan semalam.

Walau kebanyakannya berbuat demikian dengan lemah lembut dan berkias, ada juga yang mengkritik secara terbuka, seperti wakil Terengganu, Hishammuddin Abdul Karim.

Hishamuddin ketika membahaskan ucapan dasar itu berkata beliau kecewa dengan kandungan ucapan Suhaizan, terutama atas peringatan ketua Pemuda itu bahawa PAS tewas di Terengganu dan Kedah.

"Kenapa kita anggap proses pilihan raya telus sehingga kita terpaksa menyalahkan presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan (bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri) Azizan (Abdul Razak). Apa salah mereka?”

Dalam ucapannya di Muktamar Pemuda PAS di Kota Tinggi, Johor itu, Hishamuddin berkata tanggungjawab itu sepatutnya dipikul oleh pengarah pilihan raya PAS.

Hadi menjadi menteri besar Terengganu antara 1999 hingga 2004 manakala Azizan menjadi menteri besar Kedah antara 2008 hingga 2013.

Hishamuddin turut mempersoalkan bahawa Suhaizan tidak membangkitkan mengenai Perak, yang gagal dimenangi semula oleh Pakatan selepas mentadbir negeri itu selama setahun selepas pilihan raya umum 2008.

Belkau turut mempersoalkan seruan Suhaizan agar PAS mengamalkan “politik budiman” demi kerjasama dalam Pakatan, termasuk mengatur pertemuan antara para ketua Pemuda Pakatan dengan Hadi.

"Kita bercakap tentang budiman, tetapi tiba-tiba anggota tidak budiman dengan presiden sendiri,” katanya.

Hishamuddin juga kecewa dengan ketua AMK PKR yang mendedahkan butiran pertemuan dengan Hadi – bahawa presiden PAS itu menyatakan sokongan pada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau seterusnya mempersoalkan komitmen Suhaizan pada Hadi.

"Saya mengikuti perbahasan sejak awal dan saya masih menunggu kenyataan rasmi dari ketua Pemuda PAS mengenai sokongan jelas pada presiden PAS,” katanya.

Kritikan yang timbul dalam sesi ini membangkitkan spekulasi bahawa para perwakilan mungkin mengemukakan usul untuk tidak menyokong ucapan dasar Suhaizan, yang menjadi seumpama satu usul tidak percaya ke atas ketua mereka.

Spekulasi tersebut bagaimanapun kembali reda apabila persidangan Pemuda PAS meluluskan usul ucapan dasar Suhaizan tanpa sebarang bantahan.
 
 2:13PM - 17 Sep 2014

Hak pekerja Malaysia antara terburuk


Malaysia disenaraikan antara negara terburuk untuk bekerja, menurut Indeks Hak Global, Gabungan Kesatuan Sekerja Antarabangsa (ITUC) yang dikeluarkan baru-baru ini.

Dalam skala 1 hingga 5+, Malaysia mendapat 5 mata, dengan 5+ dikelaskan untuk negara dilanda perang yang tidak mempunyai sebarang undang-undang berkaitan hak pekerja, seperti Somalia dan Palestin.

Kebebasan sivil, hak membentuk atau menyertai kesatuan sekerja, aktiviti kesatuan sekerja, hak berunding bersama dan hak bermogok antara petuntuk yang diguna untuk menentukan kedudukan indeks negara-negara diteliti.

Antara 139 negara dikaji tahun lalu, Malaysia berada di kedudukan lebih rendah daripada jirannya Indonesia dan Singapura dalam alaman hak-hak pekerja.
 2:10PM - 17 Sep 2014

PAS: Terima kasih atas diskriminasi, BN


Pengarah pilihan raya PAS bagi pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dengan sinis menyatakan penghargaannya kepada kerajaan BN atas “diskriminasi” yang dijalankan di negeri Kelantan.

Katanya, kerajaan negeri Kelantan tidak mendapat bantuan untuk pembangunan dalam tempoh lima penggal antara tahun 1959 hingga 1974 ketika ditadbir PAS.

Bantuan pembangunan termasuk untuk membina jalan raya di Kampung Geting hanya disalurkan apabila negeri itu jatuh ke tangan BN selepas itu, kata Wan Abdul Rahim dalam sidang media di markas PAS di Kampung Geting, Pengkalan Kubor.

Oleh itu, PAS tidak dapat menafikan bahawa penyandang kerusi DUN itu, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar sememangnya membawa pembangunan ke kawasan tersebut, katanya lagi.

"Apa yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan kami ucap terima kasih dan PAS tidak nafikan pembangunan yang di bawa allahyarham Noor Zahidi.

"Namun sejak 1960, Geting memang didiskrimasikan (dari segi) pembangunan oleh JKR (Jabatan Kerja Raya) dan agensi persekutuan.

“Jadi, segala pembangunan oleh kerajaan persekutuan sehingga kini kami ucap terima kasih", katanya sinis.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.



























Ustaz Hj. Mohd Hazizi Ab Rahman added 3 new photos.
Gambar yang pertama ialah tentera Perancis yang memegang kepala muslimin Algeria sebaik selepas mereka menjajah negara tersebut. Gambar kedua ialah tentera Sepanyol yang mencacak kepala muslimin Magharibah semasa serangan mereka pada tahun 1921. Gambar ketiga ialah setem Perancis yang memaparkan kepala muslimin Magharibah yang dijajahnya. Merekalah kaum yang apabila menjajah, memenggal kepala muslimin yang dijajah dan diabadikan dalam foto. Kini mereka juga yang mengatur perang persepsi menggambarkan Islam yang ganas memenggal kepala orang di Syria dan Iraq.
LikeLike · ·
Don't waste Food ... There are many ... who can just imagine or dream for what you have..!!!
(Share Please)
Kalau bercakap hal pengalaman...
Pengalaman Mat Sabu sangat meyakinkan aku!
"Saya Tak Reti Nak Bergaduh Sesama Sendiri Dalam Parti...Sapa2 Pun Boleh Kata Apa Saja Dekat Saya...Saya Tak Rasa Apa-Apa...Saya Sudah Biasa Kena Lokap & Penjara...Musuh Politik Saya Ialah UMNO-BN" Bukan UG Bukan U-Turn...Terbaik Dari Seorang Pejuang Demi Rakyat...Haji Mohamad Sabu Timbalan Presiden PAS.

September 12, 2014


LULUH HATI SEORANG IBU APABILA BACA STATUS SEKS ANAK YANG MASIH SEKOLAH RENDAH DI FB !


Entah apa yang sudah jadi dengan kanak-kanak zaman sekarang ini. Tidak pasti sama ada mereka ini tidak tahu atau buat-buat tidak tahu tentang perkara yang betul atau salah.

Lihat sahaja status berkahwin yang telah dimuat naik oleh kanak-kanak ini. Status berkahwin ni satu hal. Satu lagi, mereka ni bercakap dah macam laki bini..dah la kat FB pulak tu , lihat apa yang mereka komen dibawah.



Ini sememangnnya menjelikkan. Tidak tahulah siapa yang patut dipersalahkan. Media? Ibu Bapa? Teknologi? 

Wednesday, 17 September 2014


EDISI CEKAP, AKAUNTIBILITI, TELUS (C.A.T) ... BILA LAGI DAP NAK ANJURKAN DEMONSTRASI DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE RUMAH AGAM NGA KOR MING?????

Amat molek kalau kita imbau kembali dua insiden besar yang membabitkan DAP dalam mendesak ketelusan dalam pemilikkan rumah agam atau banglo besar atau istana para pemimpin UMNO/BN.

Tindakan mereka itu memang tepat dan wajar sejajar dengan polisi dan prinsip asas perjuangan DAP yang mau menengakkan keadilan, ketelusan, amanah dan bersih dan benci rasuah serta penyelewengan... Cekap, Akauntibiliti, Telus (C.A.T)

Commotion outside mansion Monday October 30, 2006

PORT KLANG: Two people were hurt during a commotion outside the controversial mansion built by Port Klang state assemblyman Datuk Zakaria Md Deros at Kampung Idaman in Pandamaran.

This followed a scuffle between two groups; one supporting Zakaria and the other comprising protesters from opposition parties DAP and Parti Keadilan Rakyat.

The commotion lasted about five minutes.

Police, led by Klang district acting OCPD Supt Mohan Singh, quickly moved in to disperse the crowd. There were no arrests in the 10am incident.

UGLY CONFRONTATION: Zakaria’s supporters and protesters gathering in front of the controversial mansion at Kampung Idaman in Pandamaran.

The road leading to the four-storey mansion was congested with vehicles and people, including local residents and other curious passers-by.

The commotion started as the protesters were unfurling banners to criticise the palatial house said to have been built without the approval of the Klang Municipal Council (MPK).

Supporters of Zakaria, who is also a council member, rushed out from the construction site and nearby houses to stop them.

At the same time, they shouted to pressmen to stop taking pictures.

Some of them rushed towards DAP secretary-general Lim Guan Eng who wanted to speak to the crowd.

Lim’s supporters, however, went to his aid and surrounded him.

The pro-Zakaria people continued to shoo away the crowd, shouting “Keluar (Get out)” and “Balik (Go back).”

Supt Mohan Singh said it was all over within 20 minutes after the police moved in to disperse the crowd.

He said two men lodged police reports after the incident for injuries and damage to a car.

Lim told a press conference outside Kampung Idaman later that the protest was planned as a peaceful gathering and not with the intention of threatening anyone.

DAP Youth chief Nga Kor Ming
said the party would submit a report on Zakaria’s mansion to the Auditor-General.

Zakaria was fined a total of about RM24,000 for non-submission of building plans for his luxurious house to the MPK.

The Sultan of Selangor summoned him to the palace last Saturday and advised the assemblyman to resign as a municipal councillor.

Itu cerita bab Istana Zakaria Derus .. Sekarang dibawah pasal Istana Khir Toyo pula ....





Kira-kira 40 orang pengundi dari kawasan Sekinchan dan Sungai Panjang menyertai lawatan sambil belajar meninjau banglo milik bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo di Seksyen 7, Shah Alam hari ini. --fotoNANYANG
Kira-kira 40 orang pengundi dari kawasan Sekinchan dan Sungai Panjang menyertai lawatan sambil belajar meninjau banglo milik bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo di Seksyen 7, Shah Alam hari ini. --fotoNANYANG

SHAH ALAM: Lawatan sambil belajar anjuran Ahli Dewan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim meninjau banglo milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo di Seksyen 7 di sini pagi tadi berakhir dengan demonstrasi.

Rombongan yang disertai 40 pengundi dari kawasan Sekinchan dan Sungai Panjang tiba di banglo Dr. Khir kira-kira pukul 10.40 pagi dengan sebuah bas persiaran.

Mereka menghabiskan masa kira-kira sejam untuk meninjau lebih dekat banglo itu yang telah mencetuskan kontroversi kerana dikatakan bernilai RM24 juta.

"Setiap seorang daripada kami membayar sebanyak RM50 bagi menyertai rombongan ini bagi melihat sendiri istana luar biasa bernilai RM24 juta ini.

"Ini adalah inisiatif penduduk untuk lawat dan melihat dengan mata mereka sendiri betapa besarnya rumah pemimpin mereka," kata Ng kepada media dalam lawatannya itu.

Bagaimanapun rombongan tersebut tidak dibenarkan masuk ke kawasan banglo berkenaan kerana dihalang pengawal keselamatan.

Kehadiran mereka turut membawa kain rentang yang tertera 'lawatan sambil belajar ke istana KT yang luar biasa dan menakjubkan' sambil merakamkan gambar kenangan di luar banglo itu sebelum beredar sejam kemudian.

Dalam pada itu, Ng juga berkata, beliau akan mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya menyenaraikan 'istana' berkenaan sebagai salah satu tempat lawatan kepada pelancong.

Ng yang dilantik sebagai ejen bagi menjual banglo berkenaan berkata, sehingga kini beliau menerima beberapa maklum balas daripada beberapa pembeli yang berminat.

Bagaimanapun beliau melahirkan rasa kecewa kerana salah seoarang daripada pembeli yang berminat itu telah datang sebanyak dua kali untuk melihat keadaan banglo itu, namun hampa kerana ketiadaan kunci.

"Pembeli ini mahu masuk dan tengok sebelum bersetuju dengan tawaran RM24 juta tapi dia (Dr ) tak beri kunci... macam mana saya nak masuk.

"Setakat ini ada lima pembeli yang berminat dan berjumpa saya manakala melalui telefon dan SMS (sistem khidmat pesanan ringkas) lebih daripada 20 orang," katanya sambil meminta Dr. Khir melanjutkan tempoh untuk menjual rumah itu yang akan berakhir 7 Ogos ini. ... Mstar 3hb Ogos 2009


PERSOALANNYA .. BILA NAK BUAT DEMO BANTAHAN DAN ANJURKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI RUMAH AGAM ALA-ALA RUMAH PUTIH DI IPOH?????