Sabtu, 24 Disember 2011

SEMUA AKAN MATI..BUATLAH SESUATU ALLAH REDA...CARI KEREDAAN ALLAH BUKAN KEREDAAN MANUSIA...BUAT SESUATU KERANA ALLAH BUKAN PERIBADI

ADUN Tendong meninggal dunia
ADUN PAS Tendong, Dr Muhammad Md Daud meninggal dunia pada jam 12.55 tengah malam tadi, dipercayai akibat serangan jantung.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat melaporkan berita kematian tersebut dalam Facebooknya awal pagi ini.

Menurut tulisan Nik Aziz, Allahyarham meninggal dunia secara
dr muhammad md daudtiba-tiba.

Sementara itu, yang dipertua PAS Pasir Mas, Hanifa Ahmad, jenazah Dr Muhammad (kanan) dijangka dikebumikan selepas solat Zohor hari ini.

Jenazah Allahyarham kini berada di rumah di Lorong Haji Daud, Kampung Perakap, Bunut Susu.

Manakala Harakahdaily memetik Hanifa sebagai berkata, pagi kelmarin Allahyarham sempat hadir ke Pasti Pasir Mas untuk mengambil bekalan banjir yang akan diagihkan untuk penduduk dalam DUN Tendong yang dilanda banjir baru-baru ini.

Jenazah Dr Abdul Hamid selamat disemadikan
Jenazah bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohol, Jalan Klang Lama, dekat Kuala Lumpur kira-kira jam 2.30 petang hari ini.

Terdahulu, jenazah dimandikan di kediamannya di Taman Tenaga, Puchong sebelum disembahyangkan di Masjid Al-Amin dengan diimamkan Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, ialah antara kenamaan dan sahabat handai yang menziarahi jenazah pagi ini.

Dr Mahathir yang kelihatan menahan sebak, menolak daripada ditemuramah pemberita.

Abdul Hamid, yang juga Penasihat Maju Holdings Sdn Bhd, meninggal dunia kira-kira 4.45 petang semalam akibat angin ahmar ketika sedang menjalankan urusan kerja di pejabatnya di Maju Junction.

Semasa hayatnya, arwah dilantik pada 2001 sebagai Penasihat Agama kepada Perdana Menteri ketika itu iaitu Dr Mahathir dan kemudian sebagai Penasihat Agama kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 2005 hingga 2009.

Allahyarham meninggalkan isteri Puan Sri Jamilah Mohd Said, 68, seorang anak, Wafi Nazrin dan serta lima cucu.

Turut menziarahi jenazah ialah Pengerusi Permodalan Nasional Berhad Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

- Bernama

Pesakit mati selepas alat kelamin putus digigit tikus
Seorang pesakit radang paru-paru atau pneumonia dipercayai mengalami pendarahan teruk sehingga maut akibat alat kelamin lelakinya putus digigit tikus di sebuah hospital kerajaan di Kolkata, di India, demikian menurut laporan sebuah media tempatan.

Kejadian menakutkan itu berlaku di Hospital SSKM semalam ke atas Arun Sandhukh, 53, semasa dia menerima rawatan kerana penyakitnya itu, kata akhbar Asian Age.

Pihak berkuasa hospital berkenaan mengakui banyak tikus berkeliaran dalam wad namun enggan mengulas lebih lanjut mengenai kejadian tersebut.

"Tidak seorangpun jururawat berada bersama pesakit yang mengerang kesakitan. Alat kemaluan lelakinya putus digigit tikus," kata seorang saudara kepada lelaki malang itu yang hanya dikenali sebagai Bishwanath kepada pemberita.

Ahli keluarga mangsa yang datang melawat menemui Arun mati berlumuran darah, kata laporan itu.

Kejadian malang di hospital yang tidak cukup kelengkapan dan sesak dengan pesakit di Kolkata, ibu negeri Bengala Barat itu telah menarik tumpuan media beberapa minggu kebelakangan ini.

Sabtu lalu, seorang pekerja pembersih hospital yang pemabuk di Kolej Perubatan Calcutta dilaporkan telah mencabut topeng oksigen seorang bayi yang berusia tiga minggu mengakibatkan kematiannya.

Dalam satu lagi tragedi malang di sebuah hospital swasta juga di Kolkata, pada 9 Disember lepas, lebih 90 orang mati lemas terhidu asap dalam satu kebakaran di bangunan hospital tersebut.

- Bernama

Tiada ulasan: