Khamis, 22 Disember 2011

MUNGKIN NIAT...MUNGKIN KEFAHAMAN ISLAM TAK MENYELURUH...KESAN DIANGKAT NAIK BUKAN DARI BAWAH..ORANG KAMPUNG TAHU SAPE BELIAU

Mahfuz anggap Hasan isytihar perang terhadap PAS
Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menganggap tindakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mempersoalkan konsep negara kebajikan anjuran parti itu seperti mengisytiharkan perang terhadap parti Islam itu.

Mahfuz berkata, konsep negara kebajikan telah dipersetujui dalam muktamar tahunan parti itu dan oleh itu, ia tidak harus dipersoalkan sekarang.

azlankatanya, jika Hasan mempersoalkan konsep itu sekarang, ia nampak seperti exco kerajaan Selangor itu mengisytiharkan perang terhadap PAS kerana adalah tidak wajar untuk mempersoalkan keputusan yang dibuat dalam muktamar.

Mahfuz bertanya sama ada apa yang PAS lakukan salah kerana Islam juga menganjurkan konsep negara kebajikan.

Mahfuz, bagaimanapun, tidak menggesa Hasan meninggalkan parti itu, tetapi berkata beliau (Hasan) boleh menentukan sendiri masa depannya dalam PAS.

Maka, katanya, adalah tidak perlu untuk beliau memberi apa-apa nasihat kerana Hasan yang merupakan seorang penceramah motivasi terkenal.

Tetapi, tambahnya, jika beliau dalam kedudukan Hasan, "saya akan angkat kaki".


Nasha ikrar setia kepada PAS

Bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang menerima asakan demi asakan berhubung kesetiaannya dalam parti, hari ini membuka mulut dan menyatakan beliau "tidak mempunyai niat sebesar zarah sekalipun untuk menyertai Umno."

Katanya, dakwaan bahawa beliau terperangkap dalam agenda Umno, "terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan langsung tidak berasas."

parliament 2008 first day 280408 nasharuddin"Saya tegaskan di sini bahawa saya adalah ahli PAS dan perjuangan saya kekal bersama PAS untuk menjunjung risalah Islam, menyumbang kepada ummah dalam apa juga keadaan," katanya.

Bercakap dalam satu kenyataan hari ini, Nasharudin juga berkata beliau belum pernah mengungkapkan untuk menyertai Umno sepanjang pembabitan beliau dalam parti itu.

"Janganlah gunakan alasan mudah seperti ini untuk menyimpulkan tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya pada ketika kita mengharung gelombang percaturan politik yang jauh lebih mencabar," katanya lagi.

Beliau yang popular dengan nama jolokan Nasha di kalangan peminatnya, juga tampil membuat penjelasan ringkas hari ini untuk menjawab "tohmahan" di media dan laman sosial.

Dakwaan bahawa beliau terperangkap dalam agenda Umno disuarakan setiausaha agung parti, Datuk Mustafa Ali yang turut menyelar bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Mustafa juga menganggap Nasharudin dan Hasan kecewa kerana tidak dapat mempertahankan kedudukan masing-masing sebagai timbalan presiden dan pesuruhjaya Selangor.


Muslimat PAS turut selar Hasan Ali

Dewan Muslimat menyelar tindakan bekas naib presiden PAS, Datuk Dr Hasan Ali ekoran tindakannya mempersoalkan ”Negara Berkebajikan” PAS serta menuduh parti itu terkeluar daripada landasan perjuangannya.

"Pendirian sebegini sesungguhnya adalah pendirian Umno yang senantiasa mahu memburukkan dan melemahkan PAS khususnya di mata orang Melayu," kata ketua penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi.

"Persoalan kami, apakah nawaitu Datuk Dr Hasan Ali ketika bercakap mengikut rentak musuh-musuh politik PAS?

NONE"Begitu juga bila beliau ”memainkan” isu 3R – Religion, Race and Royal (Agama, Bangsa Dan Raja) yang umum juga tahu ini adalah strategi dan senjata Umno untuk terus mendapatkan ”sokongan hayat” dari para simpatisan dan chauvanis Melayu?" katanya dalam satu kenyataan.

Aiman (kanan) menegaskan bahawa Dewan Muslimat berpendirian bahawa ”mempertikaikan Negara Berkebajikan bermaksud juga mempertikaikan dan tidak menghormati presiden dan perwakilan Muktamar Tahunan PAS yang sebulat suara menerima ucapan dasar presiden.”

Katanya, Muslimat PAS menyifatkan tindakan terbaru Hassan melalui pendirian kenyataan medianya kelmarin, telah mempertikaikan sepenuhnya PAS, presiden, naib presiden, setiausaha agung dan perwakilan Muktamar Tahunan PAS 2011.

"Satu Malaysia telah menyaksikan tindakan ini kerana telahpun disiarkan oleh TV3 melalui slot Buletin Utama.

"Justeru, Dewan Muslimat menyarankan agar tindakan tatatertib yang tegas mesti diambil oleh PAS ke atas beliau agar tindakan seumpama ini tidak menjadi budaya dan ikutan," tambahnya.

Menurutnya, PAS wajar memperkasakan keperluan disiplin di dalam parti kerana PAS bukan sahaja dilihat sebagai parti politik biasa sifatnya tetapi juga sebagai sebuah gerakan Islam yang diterima di peringkat dunia - hatta dihormati kawan dan lawan.

"Ini juga yang kami fahami sejak muda remaja dalam asuhan dan tarbiyyah PAS. Ini kekuatan yang telah menghimpunkan generasi muda yang cintakan Islam untuk hadir berjuang dan memperjuangkan Islam bersama PAS," tambahnya.

Sehubungan itu, tegasnya, Dewan Muslimat menyeru kepada semua anggota gerakan Islam – PAS di semua peringkat baik ”Qiadah” (pimpinan) mahupun ”Jundiyyah” (pengikut/pelaksana) agar memahami dan menjiwai peruntukan dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 2011), Fasal 82 (1) (g).

"Dewan Muslimat juga menyelar percubaan dangkal dan nakal pihak-pihak tertentu yang berterusan memfitnah PAS dan kepimpinan PAS bahawa kononnya telah menjadi kuda tunggangan DAP dan seumpamanya.

"Sebenarnya, jika diteliti inilah nada dan ungkapan versi Umno kini. Malangnya kedapatan juga ”dilagukan” oleh segelintir pimpinan dan ahli PAS yang kami sifatkan berada dalam dua situasi - 1: Bijak tapi bermasalah; 2: Dungu dan gelap hati," tambahnya.

Sambil menegaskan bahawa PAS adalah parti paling ”senior” dalam lanskap politik Malaysia kini, Aman berkata: "Keanggotaan PAS pula adalah daripada pelbagai peringkat latarbelakang pendidikan, sosial dan usia.

"Pemimpin dan ahli boleh datang dan pergi tetapi Islam yang mendasari perjuangan PAS dan kekuatan ”infrastruktur organisasi” di dalam PAS itu insya-Allah semakin teguh dan utuh.

"Gagal memahami sejarah dan ”nilai-nilai” perjuangan PAS akan menatijahkan tindakan dan suara yang sumbang sekalipun individu itu galak melaungkan mereka mahu kembalikan PAS ke landasan asal kerana kononnya telah tersasar!

"Perangai seumpama ini telah kita lihat berulang kali dalam sejarah perjuangan PAS tetapi insya-Allah PAS semakin kuat kerana yang memelihara Gerakan Islam PAS ini sesungguhnya adalah Allah Azza Wajalla.

"Hakikat yang mesti kita semua sedari ialah Allah sedang merancang suatu yang lebih baik untuk PAS agar upaya merealisasikan Islam Rahmat Kepada Sekalian Alam. Dewan Muslimat berharap Pimpinan tertinggi akan mengambil langkah wajar seperti yang dicadangkan," katanya.

Muslimat PAS juga, tambahnya, menyeru semua anggota gerakan Islam PAS agar Fokus menghadapi PRU13, perkemaskan gerakan dan bersama-sama menuju ke Putrajaya.

"Insya-Allah, tanda-tanda Kemenangan semakin terserlah.

"Buat anak-anak muda yang kami kasihi, contohi dan susuri strategi kemenangan Sultan Muhammad Al Fateh ketika menawan Kota Constantinople, bukannya keliru dan dikelirukan oleh pemikiran dan pendirian Datuk Dr Mohd Hassan Ali!" tegasnya.


NEGARA KEBAJIKAN SECARA MUDAH DIFAHAMKAN...MENUNAI SEGALA TUNTUTAN ISLAM DALAM QURAN DAN HADIS...BILA DIBUAT MAKA KEBAJIKANLAH@MAKRUF...JIKA TIDAK, NEGARA DITADBIR SECARA BATIL(TAK IKUT KEHENDAK ALLAH)...ISLAM DIGUGURKAN UNTUK MUDAH ERTIKAN OLEH ORANG2 NON MUSLIM...NAMA SAJA AGAK LAIN...ISINYA SAMA..IAITU MENJAGA KEBAJIKAN SETIAP RAKYAT TANPA MENGIRA KEFAHAMAN AGAMA@POLITIK...NEGARA DITADBIR SECARA ADIL(MENGIKUT QURAN DAN HADIS)....ITU KEHENDAK ALLAH...ISINYA BUKAN NAMA...ITU ISTILAH BAHASA...TAFSIR IKUT AGAMA...BUKAN IKUT KAMUS DEWAN....CONTOH MUDAH...SEGALA PERBUATAN BAIK DIPANGGIL KEBAJIKAN....JIKA SEBALIKNYA DIPANGGIL MAKSIAT@MUNGKAR@BATIL...MAKNANYA BERBUAT DOSA...MEMBUAT PERKARA YANG ALLAH LARANG...PERJELASKAN LAGI...LAKSANA HUKUM ALLAH IA KEBAJIKAN@BAIK@PAHALA..ALLAH SURUH...ITU DIPANGGIL KERJA2 KEBAJIKAN...JIKA TIDAK LAKSANA ITU DIANGGAP ZALIM@BERDOSA@MUNGKAR@TIDAK TAAT PADA ALLAH......FAHAMKAN


Hasan tak kisah jika digugur sebagai exco, calon
Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau tidak kisah jika digugurkan daripada jawatan tersebut serta tidak dipilih semula untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang kerana berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya.

azlanPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam Selangor berkata: "Yang jelas adalah perjuangan saya mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan institusi Raja-Raja."

"Bagi saya ketiga-tiga ini merupakan landasan yang sangat penting dari dulu sampai sekarang," katanya dalam program Soal Jawab TV3 yang dikendalikan oleh Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Datuk Ahmad A Talib yang disiarkan malam tadi.

Menyentuh mengenai PAS, ADUN Gombak Setia itu berkata jawatankuasa pusat parti itu kini lebih ramai dianggotai oleh profesional iaitu sebanyak 65 peratus berbanding golongan ulama yang kini hanya 35 peratus.

Untuk itu beliau berharap anggota parti dapat meletakkan kembali kedudukan ulama sebagai barisan kepimpinan parti.

Ini adalah kerana golongan ulama dilihatnya mampu membawa PAS kembali ke landasan perjuangan berdasarkan prinsip Islam, katanya.

Ditanya sama ada beliau akan meninggalkan PAS berikutan perubahan ini, Hasan berkata:

"Saya akan bersama apa jua gerakan berunsur politik atau tidak yang dapat mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi Raja.

- Bernama

nampak kata2@hujahnya...mengambarkan kefahamannya kurang jelas tentang perjuangan Islam dalam parti.....adakah perjuangan Rasullullah saw....begitu....sangat lari jauhnya...adakah amalan Islam kita dah menepati Quran dan Hadis....ibadahnya..muamalatnya...munakahatnya serta janayatnya....

Dr. Hassan Ali Patut Ketuai Tuntutan Royalti Minyak & Gas Kelantan


"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Gua baru lepas tengok rancangan "Soal Jawab TV3", Wawancara Khas bersama Dr. Hassan Ali. Hassan Ali kira entiti istimewa yang wujud dalam Parti PAS sebab dia ni la 1-1 nya tokoh dalam PAS yang dapat banyak slot khas dalam Media Perdana UMNO/BN.

Lain-lain Pimpinan PAS jangan harap dapat slot khas dalam Media Perdana. Menteri Besar Negeri Kelantan selepas 23 tahun mentadbir Negeri Kelantan, haram sekalipun tak pernah dapat slot khas macam yang bin Ali dapat.

Jadi gua tertarik dengan 3 patah perkataan yang diulang berkali-kali oleh Dr. Hassan Ali iaitu:
  1. Perjuangan Memartabatkan Agama Islam.
  2. Perjuangan Memartabatkan Bangsa Melayu.
  3. Perjuangan Memartabatkan Institusi Raja-Raja Melayu.
Negeri Kelantan mempunyai 95% penduduk berbangsa Melayu dan Beragama Islam. Negeri Kelantan juga dinaungi oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke-V yang juga berbangsa Melayu dan Beragama Islam.

Mengambil kira dari fakta-fakta diatas dan juga mengambil kira dari sudut Permasalahan di Negeri Kelantan yang sekian lama dihadapi oleh Kerajaan Negeri Kelantan iaitu sikap Diskriminasi KERAjaan Pusat terhadap Negeri Kelantan terutama dalam soal penafian Hak Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan.

Gua mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Kelantan melantik Dr. Hassan Ali sebagai wakil bagi Tuntutan Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan memandangkan Dr. Hassan Ali benar-benar ingin menunjukkan komitmennya dalam memperjuangkan dan memartabatkan Hak-Hak Orang Melayu, Agama Islam & Institusi Raja-Raka Melayu.

Hak-Hak orang Melayu beragama Islam di Negeri Kelantan keatas Royalti Minyak dan Gas Negeri mereka WAJIB diperjuangkan dan dituntut sehingga berjaya oleh Dr. Hassan Ali demi membuktikan komitmennya dalam perjuangan yang disebut-sebut berulang kali.

Gua nampak hanya Dr. Hassan Ali je yang layak mengetuai Tuntutan Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan atas kapasiti "hubungan baiknya" dengan UMNO/BN. Gua fikir dengan mengangkat Dr. Hassan Ali sebagai wakil dalam tuntutan tersebut, ruang untuk membuat dan menyatakan tuntutan tersebut akan menjadi lebih meluas.

Gua yakin 110% bahawa Dr. Hassan Ali berupaya untuk mendapatkan slot Wawancara Khas yang akan membincangkan isu Tuntutan Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan dalam Media Perdana bukan sekali, malah berkali-kali.

Sejarah telah membuktikan bahawa 1-1 nya entiti dalam Parti PAS yang berjaya mendapat slot khas siaran telibisen ialah Dr. Hassan Ali, liputan khas dalam Berita Perdana pun Dr. Hassan Ali, Wawancara Khas 2-3 muka surat dalam Akhbar Perdana pun Dr. Hassan Ali, liputan muka surat depan pun Dr. Hassn Ali je yang dapat.

Jadi melihat pada kelebihan-kelebihan itu, gua dengan sepenuh hati dan kerelaan, merayu kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan juga Menteri Besar Negeri Kelantan supaya melantik Dr. Hassan Ali sebagai wakil Kerajaan Negeri Kelantan dalam isu Tuntutan Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan.

Yang lain kita buat kira kemudian... Muahahaha... Gua serius wey..!


Tiada ulasan: