Sabtu, 31 Disember 2011

BILA TAK ADA KUASA..BELUM PEGANG JAWATAN..MACAM SOPAN..DAH PEGANG LAIN CERITA..JIKA HIDUP MEWAH..MENUNJUK ITU KESUKAAN KITA..BANYAK MANA PUN TAK CUKUP

13 ditahan edar risalah tentang Anwar
Tiga belas anggota PKR Kelantan ditahan polis di dua lokasi berlainan di negeri itu semalam kerana mengedar dan memilik risalah berkaitan kronologi perbicaraan Liwat II terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tujuh daripada mereka, termasuk ketua penerangan PKR Kelantan Roslan Puteh, ditahan di Tanah Merah ketika sedang mengedar risalah tersebut di sebuah pasar di situ pada kira-kira jam 3 petang.

Manakala enam lagi, antaranya ketua AMK negeri Mohd Azihan Che Seman, ditahan di satu sekatan jalan raya di Kuala Krai pada kira-kira 5.30 petang kerana memilik risalah tersebut dalam kenderaan yang mereka naiki.

Ketika dihubungi semalam, Mohd Azihan berkata, pengedaran risalah tersebut adalah sebahagian daripada kempen mengajak rakyat menghadiri siri jelajah ceramah Anwar di Padang Majlis Daerah Machang pada 5 Januari ini sebelum keputusan perbicaraannya diumumkan pada 9 Januari ini.

Manakala ahli parlimen Tanah Merah Amran Ab Ghani memberitahu Malaysiakini bahawa tujuh anggota PKR yang ditahan ketika mengedar risalah itu di Tanah Merah, dibawa ke ibu pejabat polis jajahan itu untuk disoal siasat.

Katanya, disiasat mengikut seksyen 4 (b) Akta Mesin Cetak kerana mengedar risalah tersebut yang diterbitkan oleh PKR. Risalah itu juga telah dirampas.

"Saya pergi memberi sokongan ketika mereka memberi keterangan kepada polis," katanya.

Sementara itu, Mohd Azihan pula berkata beliau bersama lima lagi anggota PKR cabang Jeli dan Gua Musang ditahan selepas polis mendapati mereka membawa risalah mengenai kronologi perbicaraan Anwar, risalah perbandingan pentadbiran BN dan Pakatan Rakyat dan bendera parti.

Kesemua risalah itu diterbitkan oleh ibu pejabat parti itu dirampas.

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Amran berkata tujuh anggota PKR di Tanah Merah itu ditahan dalam lokap malam tadi dan berkemungkinan ditahan reman hari ini.

Beliau bagaimanapun telah meminta seorang pegawainya untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung penahanan tersebut pagi ini.

Katanya, beliau mendapat maklumat itu daripada salah seorang tahanan yang menghubunginya kira-kira jam 8.30 malam tadi - 45 minit selepas beliau meninggalkan ibu pejabat polis berkenaan.

Bagaimanapun usaha Malaysiakini untuk menghubungi Mohd Azihan yang juga exco AMK Pusat pagi ini belum berhasil.

Gerakan S'gor yakin rampas 4 DUN, satu parlimen
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Selangor yakin dapat merampas kembali empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen di Selangor yang mereka tewas kepada pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008.

Kawasan berkenaan ialah DUN Teratai, Bukit Lanjan, Bukit Gasing dan Kota Alam Shah serta Parlimen Puchong.

Pengerusi Gerakan A.Kohilan Pillay berkata perkara ini didorong trend semasa pengundi di kawasan terbabit yang kembali memberi kepercayaan kepada BN untuk menerajui Selangor selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri itu, yang berdepan pelbagai masalah sejak memerintah pada 2008.

"Segala persiapan parti kini berada pada tahap yang amat memuaskan, dan kami sudah bersedia untuk mengatur strategi baru bagi memenangi kembali hati rakyat di negeri ini.

"Saya akan memastikan jentera pilihan raya Gerakan Selangor sudah bersedia dan akan membuat segala perancangan terbaik dengan mengkaji pelbagai perkara supaya tiada lagi ruang untuk pembangkang secara berterusan melemparkan tuduhan terhadap Gerakan dan BN," katanya kepada Bernama.

Terdahulu, Kohilan Pillay, yang juga Timbalan Menteri Luar, menyampaikan sumbangan beg sekolah dan baucer tunai bernilai RM150 kepada 100 kanak-kanak terpilih di sekitar Puchong.

ASPIRASI kecam demo sokong Anwar, Adam Adli

Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) hari ini menggesa para pelajar supaya menumpukan perhatian kepada peperiksaan dan tidak menyertai satu perhimpunan untuk menyokong ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari.

Presiden persatuan pro-BN itu, Mohd Shahar Abdullah berkata pihaknya turut mengecam satu lagi perhimpunan akan diadakan esok untuk menyokong seorang pelajar pro-Mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim.

NONEAdam Adli (foto), seorang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris, berdepan tindakan tatatertib ekoran tindakannya menurunkan satu kain bercetak wajah perdana menteri dalam satu perhimpunan pelajar pro-Mahasiswa sebelum ini.

Mengulas rancangan perhimpunan tersebut, Mohd Shahar berkata tindakan berkenaan merupakan satu "petanda amat teruk kepada demokrasi negara."

"Kita mahu kampus kita menjadi aman, menjadikan mahasiswa berfikiran rasional," katanya yang bimbang jika terdapat pelajar ditahan polis memandangkan peperiksaan di universiti semakin hampir.

Katanya, para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, juga tidak perlu menyertai perhimpunan 9 Januari – tarikh keputusan perbicaraan kes Liwat II terhadap Anwar.

"Bukan isu Anwar menjadi topik dalam peperiksaan. Sekiranya (mereka) terlibat, kita rasa ia tidak perlu berlaku, dan kita mengecamnya," katanya.

NONEMohd Shahar (kiri) yang turut mengetuai satu demonstrasi pelajar pro-Aspirasi pada 21 Disember lalu juga berkata, persatuan itu tidak menyalahkan mahasiswa tetapi pihak tertentu yang menggunakan pelajar universiti untuk berdemonstrasi.

Katanya lagi, persatuan itu juga akan menganjurkan siri 'Jelajah Aman Kampus' di 20 buah institusi pengajian tinggi awam dan lima universiti swasta apabila semester baru dibuka pada pertengahan Februari depan.

Jelajah tersebut akan disertai 15 NGO antaranya Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GPMM), Gagasan Pelajar India 1Malaysia dan kumpulan Penggerak Mahasiswa Univerisiti Malaya (UM).

Jelajah tersebut antara lain bertujuan untuk mempromosi keharmonian dan kedamaian bagi memastikan keamanan setiap kampus dipelihara, katanya.

Selain itu, mereka mahu memastikan pembangunan sahsiah dan akademik dititikberatkan oleh pelajar serta meningkatkan semangat patriotisme dan intelektual di kalangan mahasiswa, katanya lagi.

Mohd Shahar berkata, persatuan itu juga tidak mahu demokrasi kampus disalahertikan dan dipesongkan untuk kepentingan pihak tertentu dan tidak mahu mahasiswa terlibat dengan demonstrasi jalananan sehingga menjejaskan pencapaian akademik.

Selain itu, jelajah ini juga akan mengelakkan mahasiswa dari terlibat dengan masalah soasial dan jenayah seperti menjadi keldai dadah, isu seks seperti lesbian, gay dan perkahwinan sejenis.

Acara kemuncak jelajah tersebut merupakan perhimpunan raksasa yang dijangka akan dihadiri perdana menteri bersama kira-kira 5 ribu anak muda, bekas mahasiswa dan NGO.

VIDEO | 5.01 MINIT


Mohon maaf atau kami bawa pada Agong, kata NGO

NGO berkaitan PKR - Jingga 13 - hari ini mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan dua yang lain supaya memohon maaf kerana didakwanya telah "menyalahgunakan" dana zakat.

Dua orang lagi ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain.

Dalam satu kenyataan hari ini, setiausahanya, Saifuddin Shafi Muhamad berkata, jika mereka tidak berbuat demikian dalam tempoh 48 jam, pihaknya akan membawa isu tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama Islam.

Beliau mendakwa, perbuatan tersebut bukan sahaja tidak melayakkan Jamil menjadi menteri dalam mengurus hal ehwal agama tetapi beliau wajar meletakkan jawatan sekiranya berakhlak dan bermaruah.

Katanya, ia termasuklah pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan.

Jingga 13 juga hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ketiga-tiga mereka.

Saifuddin berkata, Jingga 13 meminta SPRM menyiasat secara terperinci dakwaan penyalahgunaan kuasa yang didakwa "menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam tersebut serta tindakan diambil tanpa prejudis berserta dua yang lain."

Laporan Audit Negara mengesahkan RM63,650 telah dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk Jamil, Che Mat dan Shamsuddin.

Kos guaman itu adalah bersabit kes tuntutan qazaf oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan ketiga-tiga mereka sebagai responden.

Bagaimanapun, laporan itu menyatakan jumlah tersebut telah dikembalikan selepas MAIWP menerima geran RM700,000 pada Jun 2010 daripada kerajaan untuk perbelanjaan lain selain daripada agihan zakat, seperti perkhidmatan perundangan, pentadbiran, elaun mesyuarat dan penyenggaraan kenderaan.


ASPIRASI desak Saifuddin letak jawatan jika...

Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) akan mengadakan petisyen untuk mendesak Menteri Pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah meletak jawatan ekoran satu insiden bendera perdana menteri diturunkan oleh seorang mahasiswa.

Kumpulan pro-BN itu bertegas supaya Saifuddin meletak jawatan sekiranya kumpulan pelajar Solidariti Mahasiswa Malaysia, yang menganjurkan demonstrasi ketika insiden tersebut berlaku, tidak memohon maaf atas tindakan tersebut.

Presiden ASPIRASI Mohd Shahar Abdullah berkata pihaknya memberi tempoh sehingga 5 Januari kepada Saifuddin untuk memberi maklumbalas ke atas tuntutan memorandum mereka bertarikh 21 Disember.

Selepas tarikh itu, ASPIRASI akan mula mengutip tandatangan untuk petisyen berkenaan, katanya.

NONE"Hari ini adalah hari kesepuluh (selepas memorandum dihantar). Kita harap ada perkembangan. Kalau beliau tidak mahu bertanggungjawab, Solidariti Mahasiswa Malaysia tidak mahu meminta maaf, kita rasa, Datuk Saifuddin harus meletakkan jawatan.

"Jika beliau ingkar, selepas notis 15 hari dari surat rasmi, (maka) kami akan bertemu dengan semua pihak berkepentingan, pentadbir universiti, pensyarah, mahasiswa dan semua pihak yang ada kepentingan dengan pengajian tinggi, kami akan kutip tandatangan mendesak beliau berundur.

"Kami tidak lupa notis yang diberikan kepada Datuk Saifuddin," tegas Mohd Shahar dalam sidang media di ibu negara pagi ini.

Notis berkenaan diserahkan kepada Saifuddin selepas persatuan pelajar itu berhimpun pada 21 Disember di hadapan kementerian pengajian tinggi untuk mendesak timbalan menteri tersebut meletak jawatan.

Pada tarikh yang sama, mereka juga menyerahkan memorandum menyokong kepimpinan Najib yang juga presiden Umno.

Demonstrasi berkenaan itu merupakan tindak balas kepada satu lagi perhimpunan yang diadakan kumpulan pro-Mahasiswa di Kuala Lumpur, seminggu sebelumnya.

Perhimpunan kumpulan pelajar Solidariti Mahasiswa Malaysia itu mencetus kontroversi apabila sebahagian daripada mereka bertindak menurunkan satu kain bercetak wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di hadapan ibu pejabat Umno.

Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris yang bertanggungjawab menurunkan bendera itu, Adam Adli Abdul Halim sebelum ini dilaporkan tidak akan meminta maaf atas tindakan itu.

Beliau juga menganggap perbuatan tersebut sebagai simbol kemenangan kepada golongan pelajar.

Saifuddin yan juga ahli parlimen Temerloh turut menafikan pembabitan beliau berhubung insiden tersebut.
Aziz Bari: Ucapan Paderi Eu tiada hasutan

Pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari mempersoalkan tindakan pertubuhan pendesak Melayu, PERKASA yang membuat laporan polis ke atas seorang pemimpin Kristian, Paderi Dr Eu Hong Seng semalam berhubung satu kenyataan didakwa menghasut.

christmas tea party koh tsu koon teresa kok Reverend Eu Hong SengKatanya, beliau tidak melihat apa-apa perkara menghasut dalam kenyataan Eu (foto paling kiri) yang menyampaikan satu ucapan di satu majlis sambutan ambang Krismas, hujung minggu lalu.

Malah, ketua Gereja National Evangelical Christian Fellowship (NECF) itu juga telah menimbulkan beberapa isu penting dalam peruntukan perlembagaan pada ucapan tersebut, katanya.

"Adakah disebabkan paderi itu seorang bukan Melayu dan bukan Islam maka kenyataannya dianggap menghasut?

"Saya fikir masyarakat kita, terutama kumpulan haluan kanan seperti PERKASA perlu lebih dewasa dan sanggup memberi lebih ruang untuk berbeza pendapat," katanya lagi.

Eu pada pada Sabtu lalu dilaporkan berkata, terdapat perbincangan berterusan terhadap hak kumpulan majoriti bawah Perkara 153 Perlembagaan tetapi hak minoriti jarang diperkatakan.

Tindakan itu sama seperti membuli, kata Eu dalam ucapan pembukaan dalam majlis minum petang tahunan perayaan hari Krismas anjuran Persekutuan Kristian Malaysia itu.

NONEMengulas lanjut, Aziz Bari (foto kiri) berkata mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah "memandang rendah" Tanah Rizab Melayu sebelum ini tetapi tindakan itu dianggap berpandangan jauh.

Beliau juga mengaitkan semula tindakan Mahathir pada tahun 1980-an dan 1990-an yang dianggap beliau "memalukan raja-raja."

"Bagaimana dengan Mahathir yang pada pertengahan 1990 telah memandang rendah Tanah Rizab Melayu dan menyamakannya dengan kawasan rizab Red Indian di Amerika Syarikat.

"Nampaknya ada kecenderungan begini – Umno-BN boleh buat apa saja yang mereka suka. Tengok sajalah bagaimana Mahathir memalukan raja-raja pada tahun 1983 dan 1993 dulu.

"Tapi entah kenapa kita tak boleh buat begitu – kita akan dianggap derhaka dan sebagainya sedangkan pemimpin Umno dianggap berpandangan jauh dan sebagainya," kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan.

Abdul Aziz berkata beliau menghormati hak PERKASA untuk membuat laporan berkenaan semalam, namun beliau tidak melihat langkah itu sebagai sesuatu yang betul.

PERKASA sepatutnya meminta Eu menjelaskan kenyataan tersebut, kata pensyarah itu lagi.

"Kita perlu ingat bahawa kita bakal memasuki tahun ke-55 kemerdekaan dan kita masih tersekat dalam pemikiran ini – mempertahankan Perkara 153.

"Perhatikan, Suruhanjaya Reid mengesyorkan supaya peruntukan itu disemak di parlimen selepas 15 tahun kemerdekaan. Sekarang, selepas hampir 55 tahun kita masih bercakap soal ini," tambahnya.


Isu NFC: Jingga 13 rakam kondo mewah di S'pura

Sebuah pertubuhan bawah PKR, Jingga 13 hari ini mendedahkan rakaman video yang menunjukkan kemewahan unit kondominium Orchard Scotts yang didakwa milik menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil di Singapura.

jingga 13 on singapore trip 291211 09Ketua Jingga 13, Fariz Musa berkata krew penggambaran itu berdepan pelbagai cabaran, malah dihalau oleh pengawal keselamatan ketika cuba merakam bahagian hadapan kondominium tersebut.

Kumpulan berkenaan bagaimanapun berjaya menyelinap masuk ke kawasan kondominium di Anthony Road itu dan merakam kawasan umum bangunan berkenaan, termasuk kolam mandi dan juga bilik airnya.

jingga 13 on singapore trip 291211 11"Kalau itu dah cukup canggih, bayangkan (keadaan) dalam rumah," kata Fariz ketika menunjukkan video berkenaan kepada wartawan di ibu pejabat PKR petang ini.

Katanya, video sepanjang 2 minit 20 saat itu bertujuan untuk mendedahkan dakwaan penyelewengan dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Kita akan ledakkan video ini di Facebook dan laman lain untuk tunjukkan... penyelewengan dan pecah amanah jenayah oleh keluarga Shahrizat, termasuk pembelian tanah, kondominium, kereta Mercedes benz dan lawatan luar negara

Awal bulan ini, PKR mendakwa suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan dua anak mereka merupakan pemilik bersama kepada kondominium bernilai RM9.9 juta itu.

jingga 13 on singapore trip 291211 05PKR bagaimanapun tidak dapat menunjukkan bukti bahawa kondomonium berkenaan dibayar dengan dana NFC.

Turut ditunjukkan hari ini ialah rakaman di dalam restoran mewah MeatWorks di salah sebuah pusat membeli belah terkemuka Singapura, ION Orchard.

Restoran mewah berkenaan, yang menyajikan minuman keras dan tidak mempamerkan logo halal, turut dikaitkan dengan keluarga Shahrizat.

Tiada ulasan: