Rabu, 21 Disember 2011

TIRIS KE..RASUAH KE..TIPU KE..SONGLAP KE..KEBAS KE ATAU GAGAL@TAK CEKAP MENTADBIR...ADAKAH SELAMAT KITA DIAKHIRAT...SEDANGKAN AKHIRAT KEKAL..FIKIR2KAN

Kenapa kos kapal perang baru meningkat RM3b?

DAP menuntut kerajaan menjelaskan sebab berlakunya peningkatan kos 50 peratus atau RM3 bilion dalam pembelian enam kapal baru untuk tentera laut daripada RM6 bilion pada Februari kepada RM9 bilion pada bulan ini.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, pengumuman Syarikat pembinaan kapal Malaysia Boustead Naval Shipyard di Bursa Malaysia berhubung nilai kontrak baru itu amat mengejutkan.

"Menteri perlu menjelaskan kepada harga setiap kapal meningkat RM500, sekali gus melebihi jumlah yang diterima sebelum ini," katanya.

Dalam kenyataan semalam, Pua berkata, sebagai contoh, perkara yang perlu dijelaskan, adakah spesifikasi kapal 'dipertingkat'.

Sedangkan, tambahnya, menteri pertahanan memberitahu parlimen bahawa ia sudah dilengkapi dengan teknologi canggih kapal peronda.

Syarikat pembinaan kapal Malaysia Boustead Naval Shipyard semalam dilaporkan berkata berkata mereka memenangi perjanjian RM9 bilion daripada Putrajaya untuk membekalkan enam kapal laut yang dibangunkan oleh pengilang Perancis DCNS.

Menurut AFP, Boustead Naval Shipyard berkata, mereka diberikan surat tawaran oleh Kementerian Pertahanan untuk membina dan menghantar enam kapal yang dinamakan "second generation patrol vessels littoral combat ships".

Penghantaran pertama dijangka dibuat pada 2017 diikuti setiap enam bulan selepas itu.


Donald Lim: Rugi RM150b 'bukan isu baru'

Timbalan Menteri Kewangan Datik Donald Lim berkata bahawa tambahan RM150 bilion yang dikatakan mengalir keluar secara haram pada 2009 "bukan perkara baru".

Bercakap kepada Malaysiakini, Lim berkata, jumlah yang dinyatakan pemantau berpengkalan di Washington Global Finance Integrity (GFI) sebenarnya tidak mendedahkan apa-apa yang baru.

"Setakat ini, tiada sebarang isu baru didedahkan. Ia pernah dibawa oleh GFI dan kita telah buat pengumuman di Parlimen supaya tindakan lanjut dalam diambil," katanya ketika dihubungi.

Kenyataan Lim itu senada dengan kenyataan Ketua POlis Tan Sri Ismail Omar pada Jumaat bahawa polis sedia maklum tentang aktiviti penyeludupan wang dan justeru memberikan aset pihak yang menjalankan aktiviti itu.

Ditanya sama ada jumlah anggaran GFI hampir sama dengan Bank Negara, Lim berkata jumlah itu mungkin bukan angka sebenar.

"Tiada siapa dapat pastikan angkanya. Kita tidak akan tahu kecuali jika diberikan perincian."

"Sefaham saya, GFI dan Bank Negara sudah berhubung berhubung isu ini," katanya.

Katanya, ketika pihak berkuasan kewangan terus memantau keadaan, risiko itu akan sentiasa dihadapai dalam keadaan ekonomi terbuka.

"Perdagangan Malaysia pada 2010 sebanyak RM1.2 trilion dan kira jangkakan akan berkembang sebanyak 7 peratus pada tahun ini," katanya.


PKR: Dr M bohong, terus bohong

PKR hari ini menunjukkan rekod kerajaan yang menunjukkan bahawa Malaysia menerima dana daripada Bank Dunia pada 1999 untuk menangani kiris kewangan.

NONEMerujuk kepada apendiks Belanjawan 2010, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, ia jelas menunjukkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berbohong dan terus berbohong dengan menafikan perkara itu.

"Kalau pun Tun Mahathir meragui dokumen-dokumen rasmi dari Bank Dunia, beliau tidak boleh menafikan dokumen rasmi kewangan negara yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia dan diluluskan di Parlimen," katanya.

Berdasarkan belanjawan 2919 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak pada 23 Oktober 2009, kerajaan menerima bantuan untuk sektor sosial daripada institusi global pada 1999.


Noh: Peruntukan pusat lebih berbanding negeri

Peruntukan yang disalur kerajaan pusat untuk membangunkan Selangor lebih besar berbanding jumlah yang diperuntuk kerajaan negeri itu sendiri, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau memberi contoh peruntukan tahun ini yang mana kerajaan pusat menyalurkan RM2.7 bilion untuk negeri itu.

NONEDi bawah Rancangan Malaysia ke-10, sebanyak RM2.62 bilion disalurkan kerajaan pusat untuk melaksanakan 628 projek di negeri itu, dan sebanyak RM83.81 juta lagi disalurkan menerusi pelbagai agensi dan kementerian, katanya kepada pemberita, di Shah Alam.

Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, berkata selain itu, sebanyak RM16.95 juta disalurkan untuk 11 projek yang diminta pemimpin tempatan ketika lawatan Perdana Menteri Datuk seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerajaan Selangor sebelum ini membentangkan belanjawan berjumlah RM1.43 bilion, yang mana RM830 juta diperuntukkan untuk belanja mengurus dan baki RM600 juta bagi pembangunan negeri untuk tahun ini.

Pada majlis itu, Noh turut menyampaikan surat pelantikan kontraktor untuk fasa kedua membina dan menaik taraf perhentian bas di seluruh Selangor, merangkumi 67 projek bernilai RM9.1 juta.

- Bernama


Boustead dapat kontrak kapal tentera RM9b

Syarikat pembinaan kapal Malaysia Boustead Naval Shipyard berkata mereka memenangi perjanjian RM9 bilion daripada Putrajaya untuk membekalkan enam kapal laut yang dibangunkan oleh pengilang Perancis DCNS.

Boustead Naval Shipyard berkata, mereka diberikan surat tawaran oleh Kementerian Pertahanan untuk membina dan menghantar enam kapal yang dinamakan "second generation patrol vessels littoral combat ships".

malaysia military navy teluk sepanggar naval base sabah 030908 02Penghantaran pertama dijangka dibuat pada 2017 diikuti setiap enam bulan selepas itu, tambahnya seperti dilaporkan AFP.

Minggu lepas, Boustead berkata mereka dipilih Tentera Laut Malaysia untuk membina kapal perang, yang menurut DCNS boleh berara di laut selama tiga minggu dan direka untuk dikemudi di kawasan pesisir pantau dan pulau bagi melawan ancaman lanun dan mengawasi aktiviti nelayan.


'Gagalnya perang melawan rasuah'

Jumlah aliran keluar wang haram yang besar di negara ini secara jelas menunjukkan kegagalan perang melawan rasuah di negara ini, kata anggota parlimen DAP Charles Santiago.

Dakwanya, kebanyakan pelarian modal berlaku melalui "pemindahan harga", antaranya melibatkan pengisytiharan nilai barangan yang salah kepada kastam dalam urusan import-eksport.

"Mereka hasilkan barang bernilai RM19, mereka isytihar RM3, dan mereka bayar cukai yang rendah," katanya sambil mendakwa "pegawai kastam tidak buat kerja".

Ditanya tindakan yang patut diambil Bank Negara, Charles berkata pihak itu tiada kehendak politik sama sekali untuk mengetengahkan isu itu.

"Selagi SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tidak berminat menyelesaikannya, Malaysia akan terus gagal dalam perang melawan rasuah," katanya.


Kenapa 'pelekat ajaib', kemudian tarik balik?

Pada tengah hari 16 Disember 2011, tersebar berita berikutan kenyataan Timbalan Presiden MIC, Datuk Dr S Subramaniam kepada wakil media di Ayer Keroh, Melaka bahawa novel Interlok Edisi Murid akan ditarik balik daripada dijadikan teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (Komsas) mulai 2012.

Kemudian, Presiden MIC, Datuk G Palanivel dilaporkan turut membuat kenyataan di Kulim, Kedah bahawa keputusan berkenaan dicapai dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu.

Dalam meneliti perkembangan terkini kontroversi ini yang bermula dengan "Interlok Kulit Merah" dan kini berada dalam versi "Interlok Kulit Biru", Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) bersikap objektif dan rasional; bukan emosional.

Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri belum membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai isu ini. Khabarnya, pengumuman akan dibuat dalam tempoh terdekat.

Maka, Kavyan hanya akan menerima berita penarikan balik Interlok Edisi Murid sebagai "benar dan sah" apabila pengumuman rasmi dilakukan Muhyiddin.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi menyatakan pada 22 Jun 2011 bahawa pencetakan semula 390,000 naskhah novel itu melibatkan kos sekitar RM1 juta; termasuk kos penghantaran.

Kavyan mahukan penjelasan daripada Kementerian Pelajaran mengapa novel yang belum sepenuhnya dimurnikan seperti dipersetujui itu dicetak dan kini mahu ditarik balik penggunaannya.

Pada Jun 2011 juga, "pelekat ajaib" digunakan untuk melakukan pindaan minimum pada novel berkenaan sedangkan tindakan itu tidak selaras dengan apa yang dijanjikan Muhyiddin di Dewan Rakyat pada 24 Mac 2011. Kavyan ingin tahu berapa banyak wang rakyat terbazir dalam proses mencetak "pelekat ajaib" itu.

Akhbar Makkal Osai pada 10 Disember 2011 melaporkan Palanivel sebagai berkata bahawa segala perkara yang menyentuh sensitiviti kaum India dalam novel itu sudah dibetulkan.

Maka, Kavyan mempunyai alasan untuk berasa amat hairan mengapa MIC tiba-tiba perlu meminta kabinet menarik balik sebuah novel yang sudah pun "diluluskan" olehnya dan dicetak semula baru-baru ini atas persetujuannya sendiri.

Kavyan bimbang jika keputusan yang tiba-tiba ini bermotif politik dan semata-mata bertujuan meraih undi rakyat (khususnya kaum India) menjelang pilihan raya umum Ke-13.

Dalam kenyataan pertama yang dilakukan pada 3 Januari 2011 dan disiarkan di Malaysiakini, Kavyan menegaskan bahawa "Interlok Edisi Murid wajib dimurnikan".

Dalam kenyataan rasmi pada 29 November 2011, Kavyan memutuskan bahawa "Interlok Kulit Biru (2011) adalah edisi yang lebih baik daripada Interlok Kulit Merah (2010) tetapi bukan edisi yang dijanjikan oleh Menteri Pelajaran pada Mac 2011".

Atas kegagalan Kementerian Pelajaran serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerbitkan Interlok Edisi Murid dalam edisi yang dimurnikan sepenuhnya seperti dijanjikan pada 23 Mac 2011, Kavyan setuju bahawa novel yang dicetak semula baru-baru ini perlu ditarik balik daripada digunakan di sekolah sebagai teks Komsas.

Bagaimanapun, Kavyan berminat untuk tahu apa alasan sebenar yang bakal diberikan oleh Muhyiddin "dalam masa terdekat" untuk menjelaskan mengapa Kabinet memutuskan "pada minggu lalu" supaya novel itu ditarik balik.

Pada masa sama, Kavyan mahu Kementerian Pelajaran dan DBP memberi jaminan bahawa Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain tetap menerima royalti bagi Interlok Kulit Merah dan Interlok Kulit Biru yang sudah dicetak, walaupun novel itu tidak dijadikan teks Komsas.

Kavyan tetap mempertahankan bahawa Abdullah tidak boleh dipersalahkan dalam kontroversi yang timbul berikutan kegagalan Kementerian Pelajaran dan DBP menerbitkan novel berkenaan dalam bentuk edisi murid (student edition) yang sesuai sejak mula.

Kavyan juga menggesa DBP mengembalikan hak cipta karya kepada Abdullah.


enulis merupakan Presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan). Beliau juga bekas anggota jawatankuasa yang ditubuhkan kerajaan bagi mencadangkan pindaan terhadap Interlok.

Tulisan ini merupakan pendirian rasmi NGO itu dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Interlok ditarik balik dari sukatan

Hampir setahun selepas kontroversinya muncul, kerajaan membuat keputusan akan menarik balik novel Interlok daripada sukatan pelajaran di sekolah menengah.

Presiden MIC G Palanivel berkata, keputusan itu dibuat hasil mesyuarat kabinet sebelum ini dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan membuat pengumuman rasmi tidak lama lagi.

"Keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan beberapa faktor. Kaum India berterima kasih terhadap keputusan itu," kata Palanivel kepada Malaysiakini malam tadi.

Novel karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain itu sebelum ini mendapat tentangan beberapa kumpulan masyarakat India yang tidak senang dengan banyak perkara, terutamanya penggunaan perkataan "paria".

Pengumuman itu dilihat mengejutkan kerana kerajaan sebelum ini memutuskan meminda beberapa bahagian sahaja dalam novel itu.


SPRM berdiam terhadap status siasat Taib Mahmud
Pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan mengulas berhubung status siasatan terhadap dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Ironinya, pegawai itu - ketua bahagian siasatan MACC Azmi Mohd - melakukannya dalam forum anjuran badan pemerhati rasuah Transparency International-Malaysia (TI-M) untuk membincangkan amalan rasuah dalam pengurusan hutan dan pembangunan mapan semalam.

NONEDitanya Malaysiakini berhubung status siasatan SPRM terhadap Taib semasa sesi soal jawab, Azmi tampil berkata beliau sudah memaklumkan kepada peganjur bahawa beliau tidak akan menerima soalan yang "terlalu terperinci".

Azmi menambah, beliau bukan orang yang tepat untuk dibangkitkan soalan itu. Beliau bagaimanapun mengangguk apabila ditanya sama ada Taib masih disiasat.

Pada Jun, Ketua Pesuruhjaya SPRM Abu Kassim Mohamed mengesahkan bahawa SPRM sedang menyiasat dakwaan rasuah terhadap Taib membabitkan kes konsesi pembalakan di Sarawak.

Aliran wang haram cecah RM150b pada 2009
Malaysia menyaksikan sejumlah besar RM150 bilion (AS$47 billion) wang haram keluar daripada negara ini pada 2009, menjadikannya antara yang tertinggi dalam masalah pelarian modal.

Jumlah ini sebagai tambahan kepada kerugian mengejutkan RM927 bilion (AS$291 billion) dalam tempoh sembilan tahun dari 2000 hingga 2008, menurut laporan terkini badan pemerhati kewangan Washington Global Financial Integrity (GFI).

azlanPada Januari, GFI dalam laporannya "Aliran Kewangan daripada Negara Membangun" meletakkan Malaysia di tangga kelima negara dengan pelarian modal yang besar.

Bagaimanapun, dalam laporan terkini - dilengkapkan dengan jumlah pada 2009 - GFI berkata, Malaysia yang mengalami pengumpulan kerugian sebanyak RM1,077 bilion (AS$338 bilion) dalam tempoh sedekat, mengekalkan kedudukan di tangga kelima.

Kedudukan di empat tangga ke atas masih sama - China (kerugian AS$2,500 bilion) di tangga teratas, diikuti Mexico (AS$453 bilion), Rusia (AS$427 bilion) dan Arab Saudi (AS$366 bilion).

Laporan terkini GFI itu disediakan oleh ahli ekonomi Sarah Freitas dan Dev Kar, yang juga ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa.

Tiada ulasan: