Jumaat, 9 Disember 2011

MANA PATUT LETAK...LETAKLAH JAWATAN..ADA YANG TAHU MALU...ADA TAK TAHU MALU..ADA BOLEH MUHASABAH..ADA TAK TAHU...RASA BETUL JE

Dr M: Shahrizat harus tahu bila nak berundur
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Menteri Perbangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Jalil yang bergelut dengan kontroversi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), harus tahu bila seseorang itu patut berundur.

NONEBercakap dalam sidang media selepas melancarkan memoirnya "A Doctor in the House" versi e-book, Dr Mahathir berkata adalah lebih baik berhenti daripada dihalau.

Dengan memberi contoh persaraannya, Dr Mahathir berkata beliau mengambil keputusan untuk berhenti tanpa perlu menunggu orang lain memintanya berbuat demikian.

"Bila saya nak berenti saya tak tanya siapa pun, saya fikir elok saya berhenti, saya berhenti".

"Saya harap orang lain pun macam itu, tak payah nak tunggu sampai orang halau saya.

NONE"Kalau kita berasa perlu berhenti kerana parti, kita berhenti, kalau ingin sumbang, kita bertanding," tegas Dr Mahathir lagi.

Ditanya sama ada Sharizat perlu mengetahui batasnya, Dr Mahathir berkata: "Ya, ukur baju badan masing-masing".


Peguamcara 2 letak jawatan
Isnin dan Selasa depan - tarikh yang ditetapkan untuk mendengar hujah perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim - dijangka merupakan penampilan terakhir Peguamcara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mewakili pihak pendakwaraya dan Pejabat Peguam Negara.

NONEDifahamkan, Yusof, 56, telah menyerahkan surat peletakan
jawatannya untuk kali ketiga dan kali ini ia diterima. Sumber-sumber memberitahu yang Jabatan Perkhidmatan Awam telah dimaklumkan mengenainya.

Yusof (kanan) adalah orang yang ketiga paling kanan di Pejabat Peguam Negara selepas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Peguamcara Datuk Idrus Harun. Hari terakhir beliau bertugas dijangka sama ada pada 1 Januari atau 1 Februari depan.

Walaupun tarikh 1 Januari atau 1 Februari disebut sebagai hari terakhirnys, tetapi sumber-sumber memberitahu Malaysiakini bahawa beliau mempunyai banyak cuti tertunggak dan beliau hanya datang ke pejabat sekali-sekala.

"Apa pun keputusan perbicaraan kes liwat tersebut, Datuk Yusof dijangka tidak akan lagi mengetuai pasukan pendakwaan apabila keputusan diumumkan," tambah sumber tersebut.

"Beliau akan mengetuai pihak pendakwaan untuk kali terakhir sewaktu penghujahan perbicaraan kes liwat itu pada hari Isnin dan Selasa, dan ia dijangka menjadi penampilan terakhir beliau," kata sumberitu kepada Malaysiakini.

Difahamkan beliau telah mengemukakan permohonan untuk bersara secara pilihan sebanyak dua kali: Pada tahun 2007 ketika beliau mencapai umur 52 tahun dan sekali lagi pada 2009.

Kedua-dua permohonannya itu ditolak, dipercayai ekoran campurtangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang mahu Yusof mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat tersebut.

Hasan Ali mungkin digugurkan sebagai calon
PAS Selangor telah mengesahkan bahawa bekas pesuruhjayanya, Datuk Hasan Ali tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

Dalam satu temubual melalui telefon, Ketua Penerangan PAS negeri, Saari Sungib berkata, cawangan di setiap kawasan akan mengemukakan nama tiga calon, yang akan dipertimbangkan oleh kepimpinan pusat parti.

azlan"Hasan menerima pencalonan, tetapi kurang daripada tiga individu
yang lain. Ia tidak mencukupi, bukan tak dapat langsung," katanya.

Oleh itu, di peringkat kepimpinan negeri, nama Hasan tidak ada dalam senarai calon, tetapi Saari berkata kepimpinan pusat boleh memasukkan namanya dalam senarai kemudian.

Ditanya mengenai kemungkinan Hasan diletak bertanding di tempat lain, Saari membayang kemungkinan agak tipis.

"Biasanya bagi kerusi negeri, kami beri keutamaan kepada orang yang tinggal di kawasan berkenaan," jelas Saari yang juga ADUN Hulu Kelang.

Hasan, yang pernah menerajui PAS Selangor, kini merupakan exco kerajaan negeri bagi halehwal agama.

Bagaimanapun, pendiriannya dalam beberapa perkara sering bercanggah keputusan kerajaan Pakatan Selangor.


  • Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
    fikirkanlah kalau gigi luput menyebabkan anda susah tidur.
    Makan tak lalu, demam apa anda akan lakukan?
    jawapannya... cari dentist , kalau doktor gigi kata cabut.
    dengarlah cadangan doktor gigi.... terus cabut gigi rosak itu.
    - Kesimpulannya PAS kena cabut pengkhianat ular kepala dua ini.
    atas nama perjuangan islam , heo islam tapi ikut lunas melayu umno.
    - Pecat kan Hassan Ali. sokongan rakyat akan tambah lagi.
    • Amirul Taib · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Business
      betul..... kalau hasan betul nak jaga islam... hasan kamu jagan ikut umno.... sebab umno sekarng dia nak gunakan kamu je bkn untuk islam tapi untuk bn dan umno yg dah nak mati kuase.... hasan kamu jagan jadi lembu bn dan umno... hasan kamu teruskan bersame pas kalau betul2 kamu nak bgnkan islam....
    • Danial Iskandar · Harvard University
      Cek dah agak hang mesti suka...yg mana rugi untuk Islam untung utk hang...hang mesti lompat katak...
    • Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
      Amirul Taib
      silap sila hassan ali kena nasi kangkang wanita umno kot ... kua kua kua ..apa pasal semakin hari semakin gila kuasa cari isu gila gila .. kristianisasi , murtad , arak ... semua bukan mustahak untuk PAS ?? kena nasi kangkang wanita umno . mua mua mua .. bikin sewel saja !!
  • Amirul Taib · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Business
    bagus sagat2 tu sy setuju....hasan ni musuh dlm selimut bahaya untuk pati pas...hasan ni dah jadi lembu umno.....jaga2.....
    • Khairul Azhar Al-Khanaeni · Pengulas Tertinggi · Operator Pengeluaran di KILANG
      sdr x komen ini mendahulukn parti lebih dr kepentingan lain?
    • Selempang Merah · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur
      .... Wkakakakak...Betul kejam puak2 umno.. Ilmu apa puak2 umno pakai, sampai puak pembangkang , kacau bilau... ? Sampai takut puak pembangkang ini !!! Zalim
    • Mawar Berduri · Pengulas Tertinggi · English collage johor bahru
      Selempang Merah, aku setuju dengan ko, aku kalau nak ulas panjang dan nampak macam khianat perjuangan... fikir le masing2. Walahualam.
    • Jebat Dok Derhaka · Top Commenter · KULI SAHAJA at Sendirian berhad
      jangan cakap sembaranggan,hasan ali baik orang nya.
    • Selempang Merah · Top Commenter · Kuala Lumpur
      Jebat Dok Derhaka .... Hassan ali pejuang islam.. Bukan hanya pejuang parti aje... Org macam nie patut kite sokong...
    • Khairul Azhar Al-Khanaeni · Top Commenter · Operator Pengeluaran at KILANG
      Selempang Merah, permainan politikmsama jer mana2 parti. kalu negeri pengaruhi cawangan, abis la kawasan. kena pulak pesuruhjaya kawasan xsebulu dgn kepimpinan negeri. hehe..
    • Wahab Saga · Top Commenter · Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Harun
      musuh dlm selimut kepala otak hang berjambul.bukan orang dlm pas yes saja ..kena jugak bertindak bila benda yang nak rosakkan akidah kita..sampai bila kita nak berdiam diri .takut kena pecat ke atau kena murka oleh ALLAH
    • Zul Pjam X · Top Commenter
      Datuk hassan ali musuh dalam selimut bg puak2 yg xboleh menerima kebenaran....apa yg dilakukan hassan ali semuanya utk menegakkn islam...isu murtad,arak, dll...tp adakah PAS sependapat dengan beliau...tak kn..sebab ape...sebab nk jage bisness partner..puuiii
    • Lie Dah · Unitata
      amirul taib:anda ada bukti ke yg mengatakan hasan ali ni musuh dlm selimut pas...jgn kerna taksub sgt dgn parti anda melabel org ikut suka anda...ingat sedra,allah tu maha adil...
    • Alif Haikal · Top Commenter
      Mawar Berduri ilmunya senang je kasi je no akaun bank..pengerasnya..jual muka itu saja tak susahkan?manteranya pula adu domba modal air liur je
    • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      Mawar Berduri saya tengok selama ini Hassan Ali seperti mengkhianati PAS, nanti kerana Hassan Ali rakyat Sabah dan Sarawak bukan islam sangka PAS anti bukan islam..
    • Muhammad Ismail · Top Commenter
      amirultaib - bahasa anda biar baik...entah2 kau yg jadi barua umngok utk melaga2kan PAS.aku caya kalau pun Dr. Hassan nih tak bertanding dia akan tetap turun padang membantu utk menjahanamkan umngok syaitan...
    • Saat Sulaiman · Top Commenter · Mandur sikit Atas. at Felda Tenang Lsbis,Johor.
      Selempang Merah ilmunya senang aja Fulus (duit) kena duit hanyut,dah brapa ramai mp pkr yg hanyut,krana duit.spai ada yg tak sempat buka 6 kotak yg di janjikan.
  • Mohamad Lotfi · Faculties Of The Mind
    DR. HASAN MOHD ALI. pendakwah yang BERWIBAWA, BERJIWA BESAR DAN TEGAS DENGAN PENDIRIAN DALAM MENEGAKKAN ISLAM.. PAS AKAN MENERIMA TAMPARAN YANG CUKUP BESAR JIKA MENYINGKIRKAN DR HASAN MOHD ALI..
  • Hapuskan Rasuah · Top Commenter
    Tak per Datuk... rakyat tak sokong tak per... janji Utusan dan Sultan sokong ok ler. Dpt keluar tv pun ok per... bukan mudah nak keluar tv kan kan kan...
  • King Jason · Top Commenter · Programmer/Analyst at Apple Inc.
    TERBAEKKKKKK! NAK TEGURKANG PAYAK PLAK..TAPI SCANDAL2 SEBAGAI ESCO INFRASTRUCTURE DENGAN DANA BERPULUH2J UTA ILANG MCM TU JER..CER JAWAB..CER JAWAB..PATUTLAH MASALAH LONGKANG TAK PERNAH NAK SETEL!

    BUANG JER ORG2 YG TAK GUNA MEMENTINGKAN POKET MASING2 NIH!

    ADOIS! SAYONARA..

    P/S : BERTANDING TIKET UMNO YER..KIH KIH KIH! DAH PRANGAI PON UMNO DAH TU..
    • King Jason · Top Commenter · Programmer/Analyst at Apple Inc.
      DI SAAT PAS SEBUK MEMBERSIHKAN PARTI.PKR SEBOK KIPAS DAN TUKANG KIPAS PENUH SCANDAL ORG2 AZMIN ALI NIH [AKU SEBUT NAMA TERANG2..SENANG/TAK PAYAH SELINDUNG] MASING TERSENYUM SEBAB MEREKA BAKAL DAPAT KERUSI.

      INILAH MUKA CALON2 KALAH PRU13 NANTI.UMNO TERSENYUM RIANG!!!THNIAH PKR!!!
  • Jenal Jawa
    Satu lagi bola tanggung. UMNO akan gunakan isu ini. Tunggu dan lihat. Pada pendapat saya...perkara2 macam ini perlu dielakkan.
  • Morgan Lim · UKM
    Remove this Trojan house and Selangor PAS will be in a stronger position.
    • Chin Mui Ha · Top Commenter
      PAS pilihan Rakayat biar siap sahaja yang di calunkan menantang UMNO,PAS pasti menang besar.Kerana rakayat bersatu teguh mempertahankan hak rakayat dari jatuh Projek IC PATI.
    • Arie Pklang · Top Commenter · Kebun sawit
      Chin Mui Ha betulkah apa yg ko ckp atau ada udang disebalik batu?cuba lihat kembali prk2 yg lepas berapa byk yg pas dah menang, yg menang skrg ni adalah dap cth di sarawak
    • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      Arie Pklang Sarawak bukan sebagai contoh, sebab sarawak manoriti islam dan melayu, majoritinya Iban dan Cina, belum termasuk kaum Bidayuh, orang Ulu dan kaum lain bukan islam, maka itu saya katakan Hassan Ali mengkhianati PAS.. Kalau bukan Sabah dan Sarawak BN sudah lama bungkus..
  • James Valentino Js · Top Commenter · SEGi College Malaysia
    hassan dh jadi alibaba...... beware of silent killer
  • Azham Bin Abdullah · Top Commenter · 36 years old
    Tengok muka dia pun dah tahu apa fikrahnya. Dulu bukan main lagi galak nak satukan PAS dgn Umno, nasib baik tak kesampaian. Nampak sangat tembelangnya semasa dia membela si Khusrin tali barut Umno tanpa merujuk pimpinan teratas PAS. Susah mahu bekerjasama dgn ketuanya dalam masalah pentadbiran negeri Selangor, dan Memang dah pun kena cantas terlebih dulu sebelum ini dgn dilucutkan dari jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor. Orang seperti dia ini sangat mengerikan dan dikhuatiri menjadi wakil rakyat PAS yg pertama lompat parti di era Pakatan Rakyat hari ini. Lebih baik lah dibuang terlebih dulu 'punca masalah' ini sebelum menjadi barah yg lebih parah..
    • Bogo Indra Gonzales · Top Commenter
      Kita sama sama tengok dan degar apa dato hasan ali..keluarkan statment salepas ini.dia tetap menyalah kan pemimpen pas negeri selangor dan pkr..tetapi dia tak sedar dikudakan oleh juak juak umno dan berapa ramai nanti juak juak umno yang mempertahan dan membela dato hassan ali.
  • Noi Nolan · · Top Commenter · Klang
    puak2 PAS mmg semuanya bengong..hnya pandai berhujah tetapi sebenarnya mereka hnya pandai menghafal tetapi mereng utk mentafsir..Hasan Ali mmg mempunyai pendirian yg sgt bagus dan sempurna..perjuangan anda menegakkan syiar islam pasti mendapat balasan yg terbaik..
    • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      Kita boleh baca dan tengok berapa banyak juak-juak United Malays No Otak dan lembu Shahrizat mempertahankan Hassan Ali dengan alasan mempertahankan islam, sedangkan sebelumnya United Malays No Otak dan lembu Shahrizat yang memperlekehkan islam..
  • Abdul Razak · Top Commenter · Director at Gerakmaju taskforce
    iniler kalu jadi pimpinan bukan drp tarbiyyah pas.bertindak ikut suka hati bukan keputusan syura parti.rase diri lebih isslam pada orang lain.umno dok puji dato hassan skrg nie.mngkin sultan akan kurnia anugerah pulak.kita tgk dato hasan kalu ikhlas perjuangan dia takan lari drp pas walaupun tidak ada jawatan.
  • Hatri Asmawi · Top Commenter · Univeversity Technology of MARA
    adalah lebih baik isu ni tak timbul masa skrg. hanya akan dijadikan peluru oleh umno dan media nya. pasti isu ni disambut gembira oleh umnobn dan medianya. satu kesilapan yg disengajakan atau tidak tak tahulah.... isu ini mmg umno n media suka utk memecahbelahkan pakatan dan PAS dan undi kelak...
    • Saidin Jusoh · Top Commenter
      Analisa je nih. Wartawan nak lakukan berita mereka
  • Suhaimi Said · Hamba at Bumi Tuhan
    Satu lagi isu yang dicipta dn didedah oleh ahli sendiri untuk melagakan penyokong sendiri dan akan menjadi isu untuk musuh menghentam parti hebat.....andai tak stuju dengan dato'Hassan pun tk kan dlm ruang terbuka gini dibahaskan inikah adab pejuang2 islam bukan kah ianya masih bersama parti dn jamaah PAS
  • Ongah Kau Muda · Top Commenter
    Pak hasan, tak calon pun takpe Ar.kurang sikit semak kepala.Dlm DEmokrasi memang cmtu Dato....apa kata cari platform lain utk berjuang yg lebih ALLAH redho....
  • Jamilah Dali · Guru at Sekolah Rendah Islam 1 (SRI 1) Kangar
    hasan orang yang berfikiran jauh,,, tapi terperangkap dengan mainan juak2 umno....gerak geri nya beri untung pada musuh PAS
  • Mohammad Ilham Bin Abdullah · Top Commenter
    dia perlu dicalonkan.......wnnable candidate.....
  • Rosli Sabubg · Top Commenter
    jangan dicalunkan Hassan Ali wakil dewan undangan negeri dan perlimen. Darah beliau maseh ada lagi cap keris
  • Badaruddin Mohd Tajudin · Top Commenter · UNIVERSITI KEHIDUPAN
    Tahniah rakyat Gombak Setia amnya dan Pas khasnya...
  • Man Kadir · Top Commenter
    Mencabut duri dari daging terasa juga sakitnya - tapi tak lama .... APA MACAM?
  • Puteri Qaseh · Uitm puncak alam
    Kenali diri Hasan Ali sebetul2nya sebelum melemparkan sebarang tuduhan, matlamat mereka PKR/PAS adalah sama cuma pandangan dan stategi perjuangan sedikit berbeza.Jangan terpengaruh dgn popaganda UMNO yang cuma menangguk di air yang keruh.
  • Malay Gentile
    Menurut kaji selidik feng sui China, org yg mmpunyai lubang hidung yg besar mcm corong asap kapal MISC mmg mmpunyai nafsu kuat, bercita2 tinggi, tamak, gelojoh dlm mengejar impian hidup. Hahahahah jgn mare Hassan Ali bukan gua yg ckp.
  • YbDarbar Singh · · Top Commenter · Guru Gobind Singh Indraprastha University
    yb hasaan ali jangan khuatir , kebenaran akan menang !pedulikan barua barua penyokong yang taksub dengan mat liwat&rumah pelacuran!
    • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      Tentulah tidak khuatir, memanglah pucuk dicinta ulampun tiba..memang sengaja diretak, menunggu belah..
  • Noah Zig · Top Commenter · International Islamic University Malaysia
    Seelok-eloknya dia ni boleh ditunjukkan exit daripada menjadi calon. Dia ni talam dua muka dan gunting dalam lipatan dalam PAS Selangor.
  • Spr KKong · Top Commenter
    Kita jgn heboh2 dulu, siapa xbersalah, katak pukisah dulu pun pinjam undi pas utk menang?
    • Ahmad Zakaria · Top Commenter
      tenang,sabar dulu sdraku, jgn tabur fitnah dan tuduhan tampa bukti,nanti fitnak menikam diri kita sendiri,Istirfar banyak2 mohon ampun dari Allah. Tok hasan tu org berintigriti berwawasan amanah dan yg penting org yg taat dan takut kpd perentah Allah.
      Berbeza pandangan dan pendapat itu adalah hikmah dan nikmat,tok hasan bukan suka jadi pak turut dlm beberapa hal tapi bukan bererti belut kpd perjuangan.
      Ada jalan penyelesaian pehak pentadbiran tentu lebih arif tau mana benar dan salah, kita jgn tokoktambah perkara yg kitan tak tengok,jgn semborono mcm puak sana tu.
  • Mannszar Czar · Top Commenter · Ampang, Kuala Lumpur
    Dr Hassan patut di calonkan sekali lagi.
  • Musang Berjanggut · Top Commenter · Selangor, Selangor, Malaysia
    kesiannnnnnn... takpa tok... teruskan berjuang.... umno banyak kerusi lagi.
  • Alex Shane · Works at My Own Business
    No komen.......krisis dalaman Parti....masuk campur nanti I kena blame.
  • Hatta Nongah · Top Commenter · SMVPD
    Secara peribadi aku sukakan Hasan Ali ni. Dia ada ketokohan sebagai pemimpin. Tapi sikit jer silapnya...lebih suka dengar cakap orang2 UMNO dari kawan2 seperjuangan didalam PR.
  • Burhan Deen · Top Commenter
    Dia boleh pencen loh, dia pun a da business motivasi, sudah ada manyak pangkat, take it easy loh
  • Anbu Pasam · Top Commenter · UM
    Tuhan kata menghormati pemimpin...tetapi Dr.Hassan tidak ada sedikit pun seruan tuhan supaya menghormati pemimpinnya, sebaliknya hanta membantha....elok la di gugur..lepas tu jangan terkejut kalau Dr.Hassan menyokong UMNO pulak...kehhhhh keh keh keh
  • Raja Bugis · Top Commenter
    jangan kutuk lebih Hasan Ali, dia budak kesayangan sultan nanti sultan murka padah kamu semua nanti. Nanti terima padah macam Aziz Bahri.
  • Fairuz Abdullah · · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia · 665 subscribers
    Dah dekat Dah Pilihanraya Umum Ke 13.
  • Selempang Merah · Top Commenter · Kuala Lumpur
    Ini dikatakan politik... Berbeza pendapat sikit terus kena cantas.... B'tanding calon bebas lah..
  • Ramankesavan Mariappen · Top Commenter · Klang
    dah memang agak dah kesimpulan katak kodok yang kedua selepas Ibrahim Ali yang pertama mengkhinati PAS dan TOK GURu.......ini semau lembu UMNO yang pernah makan dan tido dengan keselesaan di NFC.....mana boleh hidup dalam dunia penuh dengan keinsafan dan penuh dengan kemuliaan seperti PAS.........ini hasan dan ibrahim ALI's semua perlu kurung dalam sangkar.....
  • Kiera Karmiela
    aku tak kisah..pastikan org melayu tidak jadi pm lagi pas nie...vote for lim guan eng as new prime minister....pegi mampos sama irg melayu!
  • Mohd Adli
    Pencalonan tu datang dari cawangan dia sendiri. Mereka lebih arif, mungkin nak tukar pemimpinlah pulak.
  • Borneo Menggugat · · Top Commenter · Kota Kinabalu
    apalah Saari sungib niiiii...... hassan ali nak tanding atas tiket umno maaaa
    he.he.heeeeee....... saya sedang berfikir-fikir sekarang ni....... apa mungkin hassan ali org yg disusupkan umno ke dlm PAS....... sebab beliau bukanlah seorang KADER TULEN PAS.... macam bidan terjun jeeeee ari tuuuu

    pengajarannya..... biar buruk... biar kalah..... pilihlah calon yg DIKADERKAN OELH PAS......
  • Adnan Nan · Top Commenter · Selangor, Selangor, Malaysia
    Bgi mane hebat pun kite, bgi mane berwibawe pun kite, tdk dpt tdk kite perlukan seluruh jamaah utk berjuang, klu sendiri2 mcm ni lah kesannye.harap Dr Hassan kene pikir2 ape jue tindakkan yg akn dilakukn.Sentiase mendahulukn Jamaah.
  • Russlarn Do · Top Commenter
    no comment..terserah kpd kebijaksanaan pucuk pimpinan parti..
  • Iffliea Abdullah · Top Commenter
    Dulu kita tiada harta untuk direbut, tiada kuasa untuk disanjung, tiada dana untuk diagih, tiada rakan untuk dicantas, tiada gelaran untuk dibangga. Namun sekarang semua kita ada... kita sudah jadi macam UMNO! uhhhh sedih.
  • Farizul Muay Thai · Top Commenter · Limkokwing University of Creative Technology
    buatla apa yg patut. pru 13 sudah pasti takkan ada satu kerusi pon di dun selangor yg akan dimenangi pas/pkr...
    • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      Farizul Muay Thai:
      Sudah tahu baharu terflikir.
      Sudah jatuh baharu cari kawan.
      Baharu mula terasa malu.
      Perahu samadiair.
      Pengayuh sama ditangan.
      Belum cuba belum tahu..
  • Danial Iskandar · Harvard University
    Depa pun dah agak lama dah...tak heran...yg tak sebulu kena cantas la...adat politik.
  • Ibn Abd Halim · Top Commenter
    Didn't I say so? You find him in the PAS junkyard. Alas, Utusan tried its best though.
  • Abe Waa · Al azhar cairo
    jgn dibuat tuduhan melulu...berbeza pandangan tidak semestinya musuh kita...dalam setiap organisasi pastinya ada perbezaan pandangan..yg penting semua pandangan diurus dgn bijaksana...pendekatan menyinkir mereka yg tidak sependapat dgn kita satu malapetaka sebenarnya..ingatlah..kadang2 apa yg kita suka sebenarnya tidak baik utk kita, kadang2 apa yg kita tidak suka/pahit sebenarnya baik utk kita...
  • Mergie Giggs · Top Commenter · Uitm kota bharu
    Aku org yg pertma gembira dgn brita ni...
  • Jeesmi Mohamed · Top Commenter · German - Malaysian Institute
    dunia ibarat roda, dulu masa mula-mula dr hassan ali masuk pas dia disambut dengan carpet merah, dapat bertanding dun&parlimen yang pas kuat, tapi hari ni cawangan dia sendiri pun dah tak calunkan dia semula, salah dia ialah mesra UMNO lepas khalid ibrahim jadi MB selangor, semuga dr hassan ali terus tabah
  • Tokdo Arif Blues · · Top Commenter · A.Area manegar (TELE) Ltd. at Sendirian berhad
    tokdo tak setuju ...hasan ali kijo kuat utk pas....
  • Haji Abas Haji Awang · Top Commenter · 60 years old
    kalau benar Datok Hasan akan di gugurkan ada logiknya.Pengikut PAS amat meluat dgn UTUSAN, JIJIK, MELOYA.utusan kerjanya memecah perpaduan parti, membendung kebangkitan islam.KALAU JADI HERO UTUSAN TANDA KITA "MENCAMPAK DIRI DALAM GAUNG KEBINASAAN."kalau benar, jadi pengajaran pd sesiapa dlm PR JANGAN BIARKAN DIRI JADI HERO UTUSAN? DULU DATOK ZAID DARI KEADILAN, DATOK ZULKIFLI NORDIN DAN RAMAI LAGI..
  • Hj Abd Rashid Mukti · Top Commenter · FANUC COLLEGE YAMANASHI JAPAN , FUSION TECHNICAL CHESTERFIELD U.K
    YAHOOOOOOOOOOOO KEPUTUSAN YG SANGAT BIJAK , DULU2 LAGI MAMAT NI TAK LAYAK JADI WAKIL RAKYAT PUN...CAKAP JEA BERDEGAR.. PUUUUIIIITTTUHHHH
  • Johnjenin Kitapengyu · Top Commenter
    harap spt tarik rambut dlm tepung agar tidak berselerak.. hati2 ngan perancangan pihak BN dan media yg berat sebelah..
  • Encik Gabot · Top Commenter · SEKOLAH ATAP
    takpe boleh jadi mcm gandhi just kasi buat kempen jer tanpa jadi calon.
  • Mohamad Shukri · Top Commenter · Works at Freelancer
    Kalau dulu masa aku aktif dalam gerakan PRU...kes ini sama macam perang saraf saja....Untuk menghentikan UMNO menggunakan kelemahan PAS bagi mengkucar kacirkan parti...Dato HA adalah merupakan antara golongan Profesional yang terawal juga masa zaman kenaikan Parti PAS...jadi masakan Pemimpin dalam parti akan singkirkan beliau....Bagi aku selagi beliau tidak istiharkan keluar dari parti PAS aku respek beliau walaupun ideanya tak semua orang boleh terima....Kalaupun tak dicalonkan beliau jika PR menang boleh beri jawatan senator..apa susah2.....Kadang2 kita nampak buruk dari sebelah pihak dan siapa sangka Dato HA sudah banyak tarik penyokong UMNO untuk PR....
  • Sharifah Amirah Syed Fairuz · Top Commenter · UPMC Paris
    cubaan pas sabotaj hasan ali sebab takut dengan pengaruh yang ada pada hasan. agak pelik apabila pas hanya buat kenyataan bahawa Hasan tak dinaikkan sbg calon manakala tempat lain tak diumumkan pun. kalau benar-benar ikhlas umum lah sekali calon di tempat lain samada dpt jadi calon atau tidak. silap haribulan pas cawangan gombak tak bermesyuarat tentang hal ini. yang mesyuarat hanya dr rani, khalid samad dan saari sungib sahaja yang semua orang tahu memang tak suka pada hasan. pas pun main cah keting, bukan setakat umno jer yang ada cah keting.
  • Pemimpin Ummah · Works at Khalifah allah
    bertenang dalam berfikir dan bertindak itu amalan malaikat, terburu-buru itu amalan iblis dan syaitan, ingat kita berjuang dalam jemaah, bukan untuk kepentingan individu, kalau kepentingan individu, tentulah kalau ada krisis peribadi, 'sudah jatuh dipijak tambah', jadi KITA SERAHKAN KEPADA KEBIJAKSANAAN PRESIDEN DAN PAS PUSAT, negeri hanya boleh mencadangkan sahaja.
  • Sheikh Mad · Top Commenter · Universiti utara malaysia
    WALLAHHUALAM, KITA SERAH KEPADA PUCUK PIMPINAN SEBELUM BUAT KEPUTUSAN PERLU DIADAKAN MUZAKARAH SERTA KATA SEPAKAT, APAPUN DEMI PARTI ISLAM, YANG PENTING JANGAN IKUT GENDANG DAN PALUNAN PUAK UMNO YANG MAHU LIHAT KEHANCURAN PAS DAN PAKATAN RAKYAT...APA PUN KEPENTINGAN PARTI DI DAHULUKAN...ALLAHUAKBAR.
  • Leslie Chan · Top Commenter
    Tak dicalonkan?xde masalah umno kan ada, umno kan pakar recycle calon.
  • Md Khai · Top Commenter · Seri Kembangan
    Mmg patut digugurkan, dh jd liabiliti
  • Mat Salleh
    Datuk Hassan Ali.. bagus ko lompat awal2, manalah tau ko dicalonkan, sekurang2nya dapat jawatan macam Ezam.
  • Icin Amir · Top Commenter · Officer at Recron (Malaysia) Sdn Bhd
    Alhamdulillah. Amin.
  • Saat Sulaiman · Top Commenter · Mandur sikit Atas. at Felda Tenang Lsbis,Johor.
    Dia ni sbnarnya lebih kurang Ibrahim Katak, tak pndai brpolitik, bila dah naik, lupa dari mana dia naik, padahal klau pas buang , bukanya umno nak kutip mereka2 ni, umno pun tau siapa merika, olih itu siapa yg rugi.wal asil balik asal.itu pasal tak hasil.
  • Bokhori Md Amin · UM
    dr.hasan boleh sumbang di peringkat parlimen, harap dia terus dicalon dan menang, banyak jasa dia terhadap pas
  • Muhajir Juhari · Top Commenter · Sek Men Sri Perak, Teluk Intan
    Hassan nie masih terkenang2 zaman gahnya ketika dlm BTN dulu, itu sbb dia dlm PAS macam cacing kepanasan..... kurang glamer!
  • R Ismail Abdullah · Top Commenter
    yb saari sungib bercakap dengan berlapik. hakikatnya memang nama hasan ali dah terkeluar dari senarai calon Dun Gombak Setia. Penyokong2nya yg mendpt keistimewaan semasa beliau jadi Adun pun sudah mulai kendur dan sdg menerima keputusan ini dgn hati yg berat. biarlah hasan ali berhijrah dgn aman dan penuh hormat sebab ketokohan beliau nampaknya tidak lagi cocok dgn realiti kini sebaliknya beliau mungkin boleh meniru cara Anwar masuk Umno pada tahun 1982 dulu.
  • Jiwa Kacau
    saya setuju ~ Hasan ni jgn lah jd calon ~ kerana dia ada niat tak betul lah ~ bagus dia jadi mcm YB KATAK yg tak sedar diri tu hahaha~ lagi pun tak di calonkan tak pa kann... Berua UMNO dia nie... senang je dapat jd SONOTOR nanti hahah
  • Rosli Pagoh · Top Commenter · UiTM Shah Alam
    hasan ali patut menumpukan tugas motivasi, tak perlu masuk politik lagi. kalau boleh motivasikan org umno, jgn rembat harta rakyat.
  • Jamzuri Ardani · Top Commenter · Iowa State University
    PAS ada cara sendiri untuk selesaikan isu2 macam nie. PAS sudah matang dan berpengalaman. Tak perlu gaduh2. Tak payah kutuk sapa-sapa. golongan yang tak ikhlas dalam PAS akan terkeluar sendiri, tak payah dibenci dan dihalau. Golongan yang ikhlas akan tetap bersama PAS walapun tanpa sebarang jawatan. Almarhum ust Hassan Shukri pernah jadi Pesuruhjaya PAS dan tidak dicalonkan bertanding dlm pilihanraya. Beliau tetap istiiqamah dan dihormati. Kemenangan mutlak bukan di dunia, tapi di SANA....
  • Mohamad Fauzan Mat Isa · · Works at Vehicle Production Engineering, Perodua Manufacturing Sdn. Bhd.
    Pemimpin yang mempunyai kemampuan dan kebolehan seperti YB Dato Hassan Ali wajar diangkat sebagai calon. Beliau telah membuktikan keupayaan beliau memperjuangkan Islam di Selangor. PAS perlu teliti dalam pemilihan calon, jangan dek kerana matlamat politik, seorang pemimpin yang berkepimpinan diketepikan.
  • Hen Taq · Top Commenter · University of Alavanka
    wahai badigol pas sekelian, yang korang hina maki hamun tu adalah exco hal ehwal agama Islam di selangor yang menjalankan tugasnya dengan baik, salah kah beliau mempertahan tindakan jais tentang isu dumc?jangan asik nak salahkan umno je, sepatutnya pas turut serta menyokong beliau, ini sebab nak jagakan hubungan dengan dap sanggup mengkhianati beliau yang sama2 menaikkan pas, itu adalah tindakan beliau sendiri, insaflah wahai badigol sekelian....
  • Bogo Indra Gonzales · Top Commenter
    Datuk Hassan Ali akan mengadu kapada sultan semua ketua ranting parti pas dalam kawasan dun nya tak sokong dato hassan ali menjadi wakil rakyat.sultan akan panggil ketua ranting beri pingat dan bintang kebesaran selagor.nanti semua akan sokong dato hassan ali samula.
  • Adam Sejodoh · Top Commenter
    Hassan Ali jelas tiada keikhlasan di wajahnya. Tambahan pula beliau terlalu bernafsu menjadi KETUA... Inilah kelemahan Hassan Ali.
  • Syahror Sa'ari · Top Commenter · Smk simpang
    aku kenai Dr hasan ali sejak 1998..1999 pnh jd calon parlimen parit buntar perak..klu aku slh tolong betoikan, aku yakin Dr hasan ali punya pendirian yg tetap bersama PAS walaupun digugurkan di selangor..
  • Azli Shukri Today
    memang betul la PAS ganti UMNO...ambik semua sifat xbaik UMNO korang amalkan dalam PAS, tokoh yang amanah seperti Hassan Ali ini korang tendang keluar...
  • Din Gombak · Top Commenter
    Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.
  • YbDarbar Singh · · Top Commenter · Guru Gobind Singh Indraprastha University
    Tony Pua dan Nurul Izzah kantoi! KEMENTERIAN Kesihatan semalam sudah mengesahkan bahawa beberapa produk makanan yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) selamat untuk digunakan dan dimakan oleh rakyat sekaligus menafikan pembohongan dan putar belit yang dimainkan oleh para BARUA BARUA pembangkang! jwab lah oi wahai pembangkang yang sial!
  • Talapia Sungai
    dim2 jgn gaduh sama sndri,..nt diketawakan org,.....
  • ~Orang mude Geng Kita~
    kalau betul2 gugur pun apa salahnya... ramai lagi orang yang lebih bagus dari Hassan Ali.... pada Hassan Ali... terima kasih sekarang masa anda dah boleh rehat.
  • Zainal Abidin · Top Commenter · Pendakwah at Pendakwah
    AKU SETUJUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU
  • Mohd Andy Yaacob · Top Commenter · Universiti Teknologi MARA
    Tak di calonkan sebagai wakil PAS tak apa, Datuk Hassan Ali boleh bertanding sebagai calon BEBAS, InsyaAllah ramai Orang akan menyokong Datuk.
  • Mohd Fadillah Dollah · Top Commenter · Smk bunut susu
    ini baru betul2 hassan dah jadi golela. pengkhianat.
  • Liau Peng Chuan · Top Commenter · Johor Bahru
    Masa depan Melayu 'gerhana' jika Putrajaya ditawan? Ingat UMNO! Melayu bukan pengemis yang nak minta sedekah daripada bangsawan UMNO.Cukup, cukup 53 tahun memerintah dan mengangap Melayu sebagai pengemis! Bergitu juga MCA, dan MIC.Yang Gerhana itu kocek anak, bini dan menantu buaya-buaya UMNO! ADA PAHAM? Yang jual goreng pisang, yang jual nasi lemak kat tepi jalan? Berapa saham RHB mereka dapat? yang minta sedekah kat tepi jalan berapa AP dan saham mereka dapat? yang cuci longkang berapa tanah dapat? Semua disonglap oleh buaya-buaya UMNO bin PUKIMAK kepala butu! dengar baik-baik pikimak dalam UMNO! puiiiii puiiiiii puiiiii.HARAM JADAH PUNYA UMNO!
  • Alif Haikal · Top Commenter
    Tak usah calon da tua nyanyuk nilah duri dalam daging da lama menanah da terang lagi bersuluh muka je muka PAS tapi hati UMPORNO
  • Mad Sixth Sense · Top Commenter · University of Liverpool
    Hassan Ali sebenarnya baik orangnya tapi disebab pengaruh dan hasutan UMNO yang terlalu kuat menyebabkan beliau terikut-ikut dengan UMNO.
    Disini apa yang dapat kita lihat dan patut diambil iktibar iaitu PAS mempunyai terlalu ramai 'Winable Candidate' hingga menyebabkan mereka terpaksa melalui tapisan sehingga betul2 dapat calon yang sesuai dengan perjuangan Parti dan Rakyat.
    Jika kita lihat BN mereka tidak mempunyai 'Winable Candidate' kalau ader pun hanya sedikit, itupun hanya boleh menang melalui proses penipuan dan rasuah.
    Sekarang ini BN masih mencari-cari 'Winable Cadidate' dan pada masa ini kita dapat lihat ramai cuba menonjolkan diri dengan melakukan pelbagai kerja jahat termasuk fitnah bagi memenangi hati pemimpin atasan...sebagai contoh Umi Hafilda pun ader hati nak menjadi calon PRU13 BN, begitu juga dengan beberapa individu yang sedang giat melakukan kerja jahat untuk mendapat tempat sebagai calon PRU13 BN.
  • Muhd Sufi · University of Malaya
    y patut digugurkan khalid samad..
  • 杨摇摇 · Temasek Polytechnic
    Sertai lah UMNO, padahal dia orang kata kau hero.
  • Neo QoiriMusa · Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh
    msuh dlm selimut???org yg mengutamakan islam dari politik..u kate musuh dlm selimut???so musuh u islam lah???
    • Fauzi Othman · Top Commenter · IKMS
      neo oorimusa, kalau ko tak paham jgn cakap banyak dok diam2.masaalah DATO HASSAN NGAN PAS NI BUKANNYA SOAL ISLAM ATAU POLITIK TAPI SOAL ADAT DALAM JAMAAH.cakap bahasa senangnya KEJUJURAN.....aku nak tanya ngko la,kalo ngko kawin ngan satu perempuan tiba2 perempuan tu main ngan jantan lain,mula2 ko dengar orang cakap tapi ko masih sabar tapi bila depan mata ko pon bini ko masih buat perangai adakah ko masih nak simpan lagi ke perempuan jenis cantu jadi bini ko?????? lu pikir la sendiri....untuk pengetahuan ko juga orang2 yg mengangotai MAJLIS SYURAA DALAM PARTI PAS TU LEBIH ARIF SOAL AGAMA DARI KO DAN DALAM PARTI PAS ITU SENDIRI SETIAP KEPUTUSAN YG DIAMBIL MESTILAH BERLANDASKAN KEPADA QURAN DAN HADIS......kalau ko yakin sangat ngan wakil2 BEEAND YG SOKONG KENYATAAN DATO HASSAN TU BETUL2 NAKKAN ISLAM, TAKKAN ADA KILANG ARAK DAN JUDI KAT MALAYSIA YG BERLESEN.......itu kenyataan.......TAKKAN TERTULIS KAT TIKET TOTTO JUDI HARAM UNTUK ORANG2 ISLAM TAPI PENGARAH DAN PEMEGANG SAHAM SYARIKAT JUDI I.C NYA ISLAM.CUMA HASSAN ALI jee yg buat2 tak nampak.......
  • Mohd Husni Said
    apalah saari ni....terlalu awal kuar kenyataan mcm ni.....
  • Bulan Bintang · Top Commenter · Anadolu University
    Ada kawasan2 DUN yang UMNO tak ada calon bolehlah ambil.


JAIS dan MAIS diingat ambil langkah strategik tangani murtad
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah supaya pihak-pihak yang bertanggungjawab terutamanya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengambil langkah-langkah strategik bagi menangani gerakan memurtadkan orang Islam.

"Beta dimaklumkan bahawa kegiatan memurtadkan umat Islam ini berlaku secara sembunyi-sembunyi dan pihak-pihak yang terbabit begitu bijak menyembunyikan bukti-bukti yang jelas," titah baginda ketika merasmikan Masjid Kampung Sungai Gulang-Gulang di sini.

JAIS hendaklah sentiasa berusaha memberikan penerangan dan juga kaunseling kepada mereka yang dikenal pasti terlibat dalam aktiviti ini, titah baginda.

"Beta juga berkenan menyarankan pihak JAIS agar sentiasa bertindak dengan cara dan pendekatan yang berhemah supaya umat Islam yang mula menjauhkan diri daripada ajaran Islam akan tertarik semula untuk kembali ke pangkal jalan dan bertaubat," titah baginda.

Sultan Selangor bertitah wujudnya gejala murtad di kalangan umat Islam adalah satu perkara yang begitu membimbangkan selain daripada ajaran sesat selepas baginda mengetahui perkara itu berlaku sejak beberapa tahun lepas tetapi masih ragu-ragu akan kebenarannya.

"Namun sejak beberapa peristiwa yang berlaku kebelakangan ini, Beta merasa bimbang akidah umat Islam akan tergugat sedikit demi sedikit disebabkan timbulnya kekeliruan dan terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang disampaikan oleh pihak-pihak tertentu," titah baginda.

Perkara seperti ini jika dibiarkan dan tidak dibendung akan merosakkan perkembangan dan pembangunan agama Islam di Selangor, titah Baginda.

Sultan Selangor bertitah baginda seringkali mengingatkan supaya setiap program yang diadakan di masjid dan surau di negeri ini dikendalikan oleh mereka yang berkelayakan dan bertauliah daripada JAIS kerana mahu mereka mendapat ilmu pengetahuan berdasarkan kepada sumber-sumber yang sah agar tidak terpesong atau terkeliru.

Baginda juga tidak mahu di suatu hari nanti umat Islam akan berpecah-belah akibat perselisihan faham atau perbezaan pengetahuan yang diperolehi dari sumber-sumber yang tidak sah.

Sambil mengingatkan rakyat supaya sentiasa berhati-hati dengan elemen yang menjurus kepada ajaran sesat, baginda mahu mereka supaya jangan cepat terpengaruh dengan ajakan atau umpanan pihak-pihak tertentu yang nampak begitu baik dan ikhlas untuk membantu pada mulanya tetapi mempunyai agenda tersembunyi.

"Setiap ajaran atau ceramah yang didengar haruslah disiasat atau dirujuk kepada sumber-sumber yang dipercayai sebelum diamalkan agar kita semua terpelihara daripada terjebak di dalam ajaran-ajaran yang menyesatkan," titah baginda.

Di majlis itu, Baginda bersama jemputan dan jemaah masjid menyertai majlis membaca surah Yasin dan doa selamat yang dipimpin Mufti Negeri Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid sebelum solat Jumaat sempena Ulangtahun Keputeraan Baginda yang ke-66 dan 10 tahun memerintah sebagai Sultan Selangor.

Baginda juga berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan daripada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor berjumlah RM100,000 dan RM600,000 daripada Maybank Islamic Bhd.

Masjid Kampung Sungai Gulang-Gulang ini mula dibina pada tahun 2002 bagi menggantikan masjid lama yang telah berusia lebih 50 tahun dengan peruntukan RM5 juta.

- Bernama

Tiada ulasan: