Sabtu, 24 Disember 2011

KATA REDA APA SAJA BERLAKU..TAK CALON ATAU GUGUR JAWATAN EXCO...PATUT JANGAN BISING..MACAM PERJUANGAN TAK JELAS...


Hasan tarik balik kritik negara kebajikan tapi...

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini memohon maaf berhubung kritikannya terhadap konsep negara kebajikan yang dianjurkan parti itu dan menarik balik kenyataannya berhubung perkara itu.

NONESebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa pusat, katanya, beliau
mengakui terdapat unsur-unsur yang keterlaluan apabila beliau mengulas perkara itu.

Dengan itu, katanya, beliau menarik balik komennya tentang negara kebajikan dan memohon maaf kepada kepimpinan PAS kerana keterlaluannya itu.

Hasan sebelum ini mengecam golongan bukan ulama dalam PAS dan menuduh parti itu telah menyeleweng daripada perjuangan Islam.

Hasan, dalam sidang akhbar yang diadakan di kediamannya pagi ini berkata, konsep negara kebajikan telahpun diputuskan dalam muktamar parti itu dan disahkan oleh majlis syura, maka beliau akan mematuhinya.

Bagaimanapun, tambahnya, beliau terpaksa menyuarakan pandangan sebahagian besar penyokong PAS tentang butir-butir teknikal - bukan dasar - mengenai negara kebajikan.

Hasan mengakui bahawa "mungkin" intipati sebuah negara Islam dan negara kebajikan adalah serupa tetapi menegaskan bahawa kedua-duanya perlu diteliti jika mereka benar-benar sama dari segi kandungan, hujah dan penyampaiannya.

Hasan menambah beliau secara peribadi lebih suka istilah "negara Islam" daripada "negara kebajikan".

Bukan saya, Mustafa yang jumpa Umno, kata Hasan
Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata, bukan beliau tetapi mendakwa setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno.

Hasan ali pcExco kerajaan Selangor itu berkata, setakat yang diketahuinya,
terdapat pertemuan berulangkali antara Mustafa dengan pemimpin-pemimpin tertinggi Umno, termasuk permintaan peribadi Mustafa untuk bertemu dengan seorang tokoh kanan Umno kanan.

Bercakap dalam sidang akhbar di kediamannya hari ini, Hasan berkata, sehingga ini Mustafa gagal berjumpa tokoh Umno tersebut.

Dr Hasan menjawab dakwaan Mustafa bahawa beliau dan bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa telah mengadakan pertemuan dengan ahli Umno dan tiga yang lain di Hotek Le Meridian pada bulan Ramadan lalu.

Mengulas lanjut, beliau menafikan sekeras-kerasnya pertemuan dengan ahli-ahli Umno itu, sama ada di peringkat rendah, pertengahan atau tinggi.

Dr Hasan, bagaimanapun yang tidak mempertikaikan adanya pertemuan tersebut, tetapi menegaskan ia tidak ada kena mengena dengan Umno atau PAS.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai dakwaannya itu tetapi mengalu-alukan siasatan dijalankan terhadapnya.

Katanya, beliau tidak akan mengulas lanjut mengenainya, sama sepertimana Mustafa yang juga tidak mendedahkan butiran dakwaan pertemuannya (Dr Hasan) dengan pihak Umno.

NONEDr Hasan yang juga pengerusi hal ehwal agama Islam, adat-adat
Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam Selangor, juga ingin mendapat penjelasan Mustafa, sejak bila pejabat setiausaha agung menubuhkan unit risikan dan intipan di pejabat agung PAS.

"Saya juga ingin tahu mengenai keperluan tugasan merisik dan mengintip dalam konteks menjaga kesatuan dan perpaduan parti," katanya.

Menjawab satu soalan, Dr Hasan menolak pelawaan presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali untuk menyertai pertubuhan itu, jika beliau benar-benar ingin meneruskan perjuangannya menegakkan agama Islam dan orang Melayu.

"Saya tidak berhajat dan saya hendak menumpukan sepenuhnya kepada mesej yang kami bawa selama ini iaitu (berhubung kepentingan) Islam, bangsa Melayu dan Institusi Raja," katanya.

'Media arus perdana beri saya lebih liputan dari Harakah'
Exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali membidas Harakah, dengan berkata media arus perdana memberi lebih banyak liputan kepadanya berbanding akhbar partinya sendiri.

NONEJika dibuat analisis kandungan dalam Harakah di talian dan versi
cetak, Dr Hasan bertanya berapa banyak ruang yang beliau dapat, termasuk ketika beliau menjadi pesuruhjaya PAS Selangor?

Kadang-kadang, katanya, beliau mendapati Harakah memberi liputan kepada parti-parti komponen Pakatan Rakyat dan bukannya ahli partinya sendiri.

Dr Hasan menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar di kediamannya di Taman Tun Dr Ismail, Petaling Jaya hari ini.

Dr Hasan, yang baru-baru ini ditemuramah oleh media berkaitan Umno TV3 dan Berita Minggu, mengulas gesaan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya jangan menggunakan "media Umno" bagi mengelak memberi mereka ruang untuk menyerang PAS.

Dr Hasan dipelawa serta PERKASA
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) secara terbuka mempelawa anggota exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan
Ali menyertai pertubuhan itu jika beliau benar-benar ingin meneruskan perjuangannya menegakkan agama Islam dan orang Melayu.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata sudah sampai masanya Hasan membuat keputusan menyertai NGO jika merasakan perjuangannya dalam PAS tidak mampu memenuhi hasrat dan cita-citanya itu.

"Beliau kini sudah dipinggirkan oleh PAS," kata Ibrahim kepada pemberita ketika ditemui pada mesyuarat agung Majlis Tindakan Rakyat Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Ibrahim, yang juga anggota parlimen Pasir Mas, berkata beliau telahpun menyatakan hasratnya itu kepada Hasan sebelum ini tetapi setakat ini belum menerima apa-apa jawapan.

Hasan, yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor, dilaporkan berkata parti itu telah menyimpang daripada perjuangan asalnya untuk mewujudkan sebuah negara Islam dengan mengubah pendirian untuk membentuk sebuah "negara berkebajikan".

Kenyataan beliau itu mendapatkan kritikan bebarapa pemimpin atasan PAS.

- Bernama

Dr Hasan jawab dakwaan Mustafa Ali esok
Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau akan menjawab tuduhan setiausaha agung parti itu, Datuk Mustafa Ali yang mengaitkan beliau dengan agenda Umno, esok.

Beliau berkata semua penjelasan terhadap tuduhan itu akan dibuat dalam satu sidang akhbar di kediamannya dekat Kuala Lumpur.

"Nanti saya akan jelaskan. Esoklah. Saya akan buat sidang akhbar esok di rumah saya jam 11 pagi," kata pengerusi hal Ehwal agama Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam Selangor itu kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Mustafa mendakwa beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan Hasan dengan agenda Umno.

Mustafa dipetik sebagai berkata ia merujuk kepada satu pertemuan antara Hasan, bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan tiga individu lain di sebuah hotel di ibu negara pada bulan Ramadan lepas.

Sementara itu, usaha Bernama untuk mendapatkan penjelasan daripada Nasharuddin tidak berjaya.

Tiada ulasan: