KUALA LUMPUR, 4 Dis: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menganggap Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam gagal mencapai objektif untuk memuhasabah parti sendiri sebaliknya lebih banyak memburuk-burukkan parti lawan. Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, apa yang lebih malang, perhimpunan yang dilihat gah dengan liputan media arus perdana itu berlangsung ketika rakyat bergelut dengan kepayahan hidup akibat salah guna kuasa dan salah urus tadbir kerajaan Umno BN. "Persidangan Umno khususnya Wanita Umno gagal mencapai objektif murni sesuatu mesyuarat agung iaitu membuat muhasabah, berlapang dada dengan teguran, merancang ke arah pembaikan ke arah kesempurnaan," kata beliau dalam satu kenyataan. Menyentuh mengenai kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat jalil yang ingin "menyingsing lengan dan "menyelak kain" dan melepaskan geram kepada Pakatan Rakyat, beliau menyifatkannya sebagai tidak mempertahankan maruah Islam. "Muslimat PAS akan terus mendoakan hidayah daripada Allah SWT kepada semua Orang Melayu khususnya Wanita Islam di dalam Umno, agar menjadikan Islam sebagai dasar dan panduan Hidup serta matlamat utama kehidupan mahupun perjuangan mereka "Singsing lengan, selak kain, hilang kawalan, mengamuk dan seumpamanya hanya membuktikan sebenarnya tidak mempertahankan maruah Islam," katanya. Menurutnya juga, DMPP tidak gentar dengan kenyataan Shahrizat untuk menggerakkan 1.3 juta ahlinya untuk menggempur rakyat dalam pilihan raya umum ke-13. "Insya Allah jangankan 1.3 juta ahli Wanita Umno itu digerakkan sepenuhnya kononnya untuk menggempur rakyat dalam PRU13 bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional, hatta dengan segala penipuan serta kekotoran sistem pilihan raya yang ada pun, Muslimat PAS sudah siap siaga," katanya.
Aziz Muda | KUALA LUMPUR, 4 Dis: Langkah Felda menerusi Felda Global Ventures Sdn Bhd untuk memasuki pasaran saham sehingga akan mengorbankan ratusan ribu ekar tanah milik oraganisasi itu, diyakini tidak akan mendatangkan pulangan besar seperti yang dijangka oleh para pemimpin Umno BN, tetapi hanya akan menempah maut.
Sebelum memulakan langkah itu, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan para pemimpin Umno BN sebaliknya perlu mengambil iktibar dengan nasib malang yang menimpa skim-skim amanah yang telah diperkenalkan oleh beberapa buah kerajaan negeri di negara ini.
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, antara yang boleh dipelajari termasuk skim amanah saham yang diperkenalkan oleh Kerajaan Terengganu, Amanah Saham Darul Iman (Asdi), skim amanah kerajaan Johor dan beberapa skim amanah lain yang telah diperkenalkan oleh kerajaan-kerajaan negeri terbabit sebelum ini.
Menurut beliau, kesemua skim itu pada mulanya diyakini akan memberikan pulangan besar kepada para pelabur, tetapi akhirnya kesemuanya menjadi di sebaliknya sehingga para pelabur sendiri yang menanggung akibatnya.
Katanya, sekiranya skim-skim yang diperkenalkan oleh kerajaan-kerajaan negeri terbabit boleh menerima nasib malang itu, amanah saham yang melibatkan Felda Global Vantures diyakini akan menerima nasib jauh lebih malang daripada itu.
"Jika amanah itu diperkenalkan, di hadapan dan belakangnya tentunya Isa Samad, sedangkan rekod buruk Isa Samad telah terbukti sejak beliau mula menjadi Pengerusi Felda, malah sebelum itu lagi," katanya ketika ditemui Harakahdaily, di sini.
Kini, demi kepentingan peribadinya, menurut beliau, Isa sanggup menggadaikan kepentingan Felda sehingga boleh menggelapkan masa depan seluruh warga peneroka di seluruh negara dengan pelbagai tindakannya yang tidak masuk akal.
Katanya, antara langkah jelas Isa ke arah itu boleh dibuktikan dengan kesanggupannya memetrai perjanjian pajakan tanah antara Felda dan Felda Global Vantures.
"Sekiranya sistem pajakan sehingga 99 tahun itu berjaya dilaksanakan, Felda Global Vantures dengan kerjasama Koperasi Permodalan Felda (KPF) akan mengatur langkah lebih jauh untuk memasuki pasaran saham dengan penyenaraian ke dalam Bursa Saham Malaysia nanti," tegasnya.
Sekiranya skim amanah saham itu mendatangkan keuntungan, tambahnya, pihak yang menikmati keuntungan itu bukannya warga peneroka, tetapi Isa dan koncu-koncunya serta kroni-kroni Umno BN.
"Itu kalau untung, tetapi kami di pihak Anak tak nampak pun saham itu akan mencatatkan keuntungan. Malah, nasibnya nanti samalah juga dengan Asdi dan amanah-amanah saham lain yang telah diperkenalkan oleh kerajaan-kerajaan negeri sebelum ini," katanya.
Kalau saham yang melibatkan Felda Global Vantures itu rugi pula, tegasnya, Isa dan koncu-koncunya tidak akan menanggung sebarang kerugian, tetapi para peneroka di seluruh negara juga yang akan menanggung akibatnya kerana langkah yang dibuat itu bukannya untuk kepentingan para peneroka, tetapi untuk kepentingan mereka sendiri.
Katanya, langkah jahat Isa itu sememangnya sudah dapat dikesan sejak awal oleh para peneroka yang faham dan dapat membaca mesej yang tersirat, sehingga menyebab Ketua Peneroka Kebangsaan, Shamsuddin Othman menentangnya habis-habisan.
Shamsuddin, tambahnya, yang telah 15 tahun menjadi ketua peneroka yang juga Ahli Lembaga Pengarah Felda sejak 5 tahun lalu, sememangnya sudah cukup faham perkara itu dan tidak mungkin dapat ditipu oleh Isa dan koncu-koncunya.
"Anak sememangnya akan sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama penuh kepada beliau dan kepada para peneroka. Kami telah sama-sama berusaha menyedarkan para peneroka mengenai perkara itu sehingga kebanyakan peneroka telah pun memahaminya," ujarnya.
Jika sebelum ini Umno BN telah berjaya mendapat undi yang cukup banyak daripada para peneroka sehingga berjaya mencapai kemenangan dalam pilihanraya-pilihanraya lalu, tegasnya, dalam pilihanraya akan datang, para pemimpin Umno BN janganlah lagi menaruh harapan daripada undi para peneroka.
"Para peneroka di seluruh negara telah pun sedar dengan penipuan para pemimpin Umno BN terhadap mereka selama ini. Mereka telah pun bangun untuk mempertahankan hak dan maruah mereka. Tahulah nanti para pemimpin Umno BN diajar oleh para peneroka sendiri," ujar beliau.
| Ia, ujarnya termasuk peranan jentera penerangan DMPP yang telah mengambil "posisi tempur" masing-masing untuk menghadapi segala propaganda Umno BN. 50 peratus kemenangan jika selesaikan masalah rakyat Lima puluh peratus kemenangan seseorang calon wakil rakyat itu adalah bergantung kepada keupayaannya untuk menyelesaikan masalah setempat atau kawasan yang diwakilinya, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.  Beliau berkata, jika seseorang calon gagal maka sokongan boleh hilang dan peluang untuk memenangi pilihan raya tidak dapat dicapai. "50 peratus kemenangan seseorang calon wakil rakyat itu bergantung kepada penyelesaian masalah, jika masalah tidak dapat diselesaikan, maka beliau rugi 50 peratus untuk mencapai kemenangan pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada pelajar Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Parlimen Bagan Datoh, hari ini. Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, justeru itu ketiga-tiga naib presiden Umno diberi tanggungjawab untuk memantau setiap bahagian yang masih mempunyai masalah dalaman yang perlu diselesaikan sebelum pilihan raya umum akan datang. Katanya, masalah di peringkat bahagian itu akan diselesaikan secara berhemah dalam tempoh yang segera.  Beliau turut berharap tidak ada mana-mana anggota parti termasuk bekas wakil rakyat yang tidak terpilih untuk menjadi calon pilihan raya umum mensabotaj calon yang dipilih. Pucuk pimpinan mengambil pendekatan memilih calon yang boleh menang dalam pilihan raya, jentera parti perlu digerakkan dengan semangat perpaduan tanpa mempunyai masalah dalaman bagi menjamin kemenangan pilihan raya umum akan datang, katanya. - Bernama
Mustapa: Wakil rakyat BN perlu menilai diri Semua pemimpin terutama wakil rakyat Barisan Nasional (BN) perlu menyerahkan kepada pucuk pimpinan memilih calon baharu menggantikan mereka, pada pilihan raya umum akan datang, jika merasakan rakyat sudah menolak mereka. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ada kalangan mereka yang telah bertanding sebanyak tujuh atau lapan kali (pada pilihan raya) masih lagi diterima rakyat dan sebab itu mereka perlu menilai diri mereka kali ini sama ada mereka calon yang boleh menang atau sebaliknya.  "Kalau kita sudah ditolak kita buat penilaian sendiri sebelum pucuk pimpinan membuat keputusan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Agrobank Cawangan Kubang Kerian dan Penyerahan Zakat Negeri Kelantan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat (MAIK) di Kota Bharu, hari ini. Pada majlis itu, Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Wan Mohd Fadzmi Wan Othman menyerahkan cek untuk zakat bank itu bernilai RM47,863 kepada wakil MAIK. Mustapa berkata Umno kini perlu mencari bakat baharu dalam arus politik negara terutama golongan muda bagi menggantikan calon lama yang suatu hari nanti pasti berundur untuk memberi laluan kepada orang lain. Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan juga berharap anggota Umno Kelantan menjadikan Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini sebagai pembakar semangat untuk berjuang pada pilihan raya umum ini. "Di Kelantan saya lihat semangat anggota Umno sangat kuat walaupun ada sedikit masalah yang bagi saya adalah lumrah dan tidaklah memberi kesan," katanya. Menurutnya antara kelemahan Umno Kelantan sebelum ini adalah kerana pemimpin yang ada bercakaran sesama sendiri menyebabkan Umno menjadi lemah dan ditolak rakyat. - Bernama
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan