Ahad, 4 Disember 2011

JANGAN BEGITU..KAYA BELI YANG BERKUALITI...BAGAIMANA YANG DAIF...ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI...BERTANGGUNG JAWABLAH...

Pua: Menteri cuba remehkan pencemaran E coli susu KR1M
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai didakwa cuba meremehkan pengesahan kementeriannya bahawa itu bahawa sampel susu segar dari Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) menang tercemar dengan bakteria E coli.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara,Tony Pua berkata Liow berbuat demikian pada sidang akhbar semalam dengan memberi penekanan bahawa 13 produk lain yang ditarik balik bukan kerana tidak selamat tetapi kerana salah label.

"Beliau dipetik dalam akhbar The Star sebagai berkata 'produk ditarik balik bukan kerana tidak mematuhi peraturan-peraturan makanan tetapi kerana pelabelan yang tidak lengkap, sambil menekankan bahawa ia bukan disebabkan oleh keselamatan makanan'.

"Malah, paling mengejutkan The Star langsung tidak menyebut penemuan E coli," kata Pua.

Penemuan E coli disahkan apabila Pua dan ahli parlimen Pantai Dalam Nurul Izzah Anwar mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan pada hari Jumaat lalu berhubung aduan mereka terhadap 13 produk yang dipasarkan oleh KR1M.

Kedua-dua mereka, sebelum ini, menimbulkan kebimbangan berhubung kualiti dan kemungkinan produk berjenama 1Malaysia berkenaan melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Antaranya membabitkan susu segar, ais krim, susu sejat, krimer manis, minyak sapi, jem buah-buahan, sos tiram, sardin dalam tin dan kari ayam.

liow tiong lai pc on kr1m products 231111 04Liow dilaporkan berkata Pua sepatutnya membawa perkara itu kepada perhatian kementerian dan bukan mendedahkannya di media kerana tindakan itu memberi peluang kepada pembekal untuk menarik balik produk-produk mereka dan menjejaskan siasatan kementeriannya.

Menjawap saranan itu, Pua berkata Liow sepatutnya mengeluarkan amaran keras atau bertindak ke atas pembekal susu dan menggesa orang ramai untuk mengembalikan produk KR1M yang telah ditarik balik itu.

"(Sebaliknya), menteri itu memilih untuk membidas saya kerana mendedahkan skandal produk makanan 1Malaysia.

"Menteri itu perlu sedar bahawa adalah menjadi tanggungjawab kementeriannya untuk menguatkuasakan keselamatan makanan dan standard kualiti produk yang dijual di kedai-kedai. Ini bukan tugas atau peranan ahli-ahli parlimen pembangkang," kata Pua.

NONEMenurut pemimpin DAP itu, hakikat bahawa KR1M telah menjual 14 produk berkenaan untuk selama enam bulan yang lalu tanpa dikesan oleh kementerian itu membuktikan bahawa kerajaan telah gagal melaksanakan peranan mereka.

"Kalaulah tidak disebabkan pendedahan oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat dan tekanan orang ramai, maka tiada tindakan akan diambil.

"Oleh itu Liow tidak sepatutnya cuba untuk meremehkan kejadian itu atau cuba untuk meletakkan kesalahan pada kami," katanya.

Bakteria E-coli boleh menghasilkan toksin yang menyebabkan cirit-birit dan dalam sesetengah kes menyebabkan kematian.

KR1M, ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, bertujuan untuk menyediakan pengguna dengan alternatif bagi membeli barangan pada harga lebih rendah dengan tujuan mengurangkan kos hidup yang semakin menghimpit rakyat.
Masalah label, bukan tak selamat, kata KR1M

Meskipun terdapat beberapa percubaan untuk menjatuhkan reputasi barangan 1Malaysia yang dipasarkan di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), namun tindakan itu tidak menjejaskan usaha kerajaan untuk terus berusaha membantu meringankan beban rakyat dan menambah rangkaian KR1M di seluruh negara.

NONEDan bagi menjamin kualiti produknya, KR1M dalam satu kenyataan media kepada Malaysiakini berkata barangan berkenaan akan dihantar ke makmal-makmal untuk pemeriksaan secara terperinci dan ini akan dilakukan secara berkala bagi memastikannya mematuhi segala undang-undang yang ditetapkan.

Menurut KR1M, tindakan berkenaan bukan sahaja demi menjaga kepentingan keselamatan pengguna tetapi juga menjaga nama baik syarikat dan etika kejujuran selaku peniaga.

“Bagi semua 250 produk 1Malaysia yang akan dihantar untuk pemeriksaan makmal akan mencapai kos perbelanjaan sebanyak RM300,000.

“Bukannya dari kerajaan, bukannya dari NGO, bukannya dari pengurusan KR1M - malah ia adalah tanggungan sepenuhnya oleh para pengilang dan pembekal produk 1Malaysia itu sendiri iaitu kebanyakannya terdiri dari anak-anak Malaysia,” petik kenyataan itu.

NONEJelas KR1M, penubuhan kedai rakyat 1Malaysia bukan sahaja menawarkan barangan pada kos rendah dan dengan kualiti barangan standard tetapi memberi peluang perniagaan yang lebih meluas kepada pengusaha dan pengeluar produk tempatan iaitu Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk menaik taraf produk keluaran tempatan.

“Bidang perniagaan adalah sesuatu yang mencabar dan sangat tinggi risikonya, masih tidak ramai anak tempatan yang berani untuk menyahut cabaran di dalam bidang ini.

Baru belajar

“Maka, kewujudan KR1M diibaratkan suatu cahaya yang membuka peluang perniagaan kepada rakyat tempatan untuk maju kehadapan. Maka terhasillah produk-produk 1 Malaysia yang dilabelkan secara generik dan dibekalkan oleh pengilang-pengilang kecil dan sederhana (IKS) dari pelbagai bangsa,” kata kenyataan itu.

NONEWalau bagaimanapun KR1M mengakui, usaha berkenaan memerlukan ketabahan dan kerajinan dan sebagai usahawan IKS yang baru belajar menongkah arus serta meningkat naik, mereka tidak lekang daripada membuat kesilapan.

Ini, tidak terkecuali kepada para pembekal produk 1Malaysia yang mana produk mereka telah dipertikaikan oleh sesetengah pihak sebagai tidak mematuhi akta pemakanan.

“Produk-produk tersebut telahpun dikenalpasti dan para pembekal telah dimaklumkan untuk memperbetulkan kesilapan dan akan dibenarkan untuk memasuki pasaran semula setelah diperiksa samada mematuhi peraturan.”

Menurut KR1M, ‘product recalls’ atau memanggil semula produk dari pasaran berlaku di mana-mana sahaja di dunia ini dan ia disebabkan oleh pelbagai perkara serta dilakukan oleh syarikat-syarikat gergasi antarabangsa yang mempunyai sijil ISO dan sijil-sijil standard antarabangsa.

Justeru, kata KR1M, pihaknya akan terus bersama membantu usahawan-usahawan IKS tempatan dalam mengharungi sebarang permasalahan sehingga berjaya.

NONE“Jangan kita jadi seperti ‘Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah’.

“Sebaliknya kita harus terus memberi sokongan kepada mereka agar terus bangkit dan berjuang di dunia peruncitan untuk menjadi peniaga yang jujur, kental serta mampu bersaing dengan syarikat-syarikat negara asing yang lain sekaligus menyumbang ke arah kemantapan rantaian pembekalan (supply chain) agar negara kita dapat mencapai status Negara Maju 2020.”

KR1M juga menjelaskan pemantauan dari Kementerian Kesihatan pada 2 Disember lalu yang mendapati bahawa 13 produk 1Malaysia tidak mematuhi Akta Peraturan-Peraturan Makanan 1985 sebenarnya adalah masalah ketidak-patuhan dari aspek komposisi produk dan pelabelan, dan bukan dari aspek keselamatan makanan.

Aspek pelabelan

Produk-produk yang terlibat adalah susu segar, susu sejat, krimer pekat manis, sos tiram, jem buah-buahan, kari ayam dalam tin, kordial mangga, sebatian minyak sapi, kacang tanah, mentega kacang berkrim, crunchy peanut butter, crispy peanut butter, dan ikan sardin dalam sos tomato.

NONE“Kesimpulan daripada ketujuh-tujuh isu di atas, adalah amat jelas. Empat daripada tujuh produk makanan yang dibangkitkan adalah berkaitan aspek pelabelan, manakala tiga produk makanan lagi adalah berkaitan dengan aspek komposisi produk.

“Pelabelan dan komposisi produk adalah dua isu yang boleh terjadi kepada mana-mana produk sekalipun, apatah lagi bagi produk yang baru belajar memasuki pasaran. Ia adalah sesuatu yang mesti diperbetulkan dan diperbaiki, tetapi bukanlah ‘tidak selamat’ ataupun memudaratkan sekiranya diambil,” petik kenyataan itu.

Mengenai susu sejat, menurut KR1M, produk sebenarnya adalah krimer sejat tetapi dilabel sebagai susu sejat di dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun nama sebutan sebenar produk tersebut dalam bahasa Inggeris adalah betul.

NONEBagi krimer pekat manis pula, ia mematuhi kandungan lemak tetapi tidak mematuhi peratus pepejal bukan gula, manakala bagi tin ikan sardin, tiga daripada lima sampel ikan sardin dalam tin 155g adalah kurang daripada 55 peratus kandungan ikan mengikut standard yang diperuntukkan.

“Tin kari ayam - nama sebutan sebenar pada label tidak menyatakan kehadiran kentang di dalam produk tersebut.

“Ais Krim - pengilang tidak menyatakan nama sebutan sebenar produk pada label iaitu konfeksi ais.

“Jem buah-buahan - kandungan buah-buahan di dalam jem buah-buahan campuran mematuhi dari segi peratus kandungan buah tetapi label jem buah-buahan campuran tidak tepat kerana tidak menyatakan buah-buahan yang digunakan di dalam jem tersebut sebagai ramuan.”

  • Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
    KR1M harus jual ubat kanser 20 sen.
    Bagi penyokong KR1M.
    Demi keselamatan dan jaminan kesihatan KR1M.
    akan mnjual ubat kanser 20 sen... kua kua kua.
    - Bila isu KR1M diungkitkan... mamak kata nak beriat jatuhkan imej KR1M.
    ...Lihat seterusnya..
    • Wan Nor · Pengulas Tertinggi
      KBF... tu susu NFC larrrrrrrh... hahaha
    • Beh Po Seng
      Wan Nor NFC tiada lembu kot? Yang ada itu lembu2 UMNO...Duit dah beli condo mewah, Mercedes, transfer pi singapore, mana ada duit bela lembu lagi. Duit itu sudah guna untuk bela lembu2 dua kaki UMNO
    • Ramly Yusuff
      Beh Po Seng , cakap jg ikut sedap mulut saja. dah lari dari tajuk tu. kerajaan dah berusaha untuk meringankan beban perbelanjaan rakyat u pulak cakap lain ...apa ni?
    • Farouk Harakiri · Top Commenter · Ground Support Engineer Team at MAS engineering Depot Subang
      Ramly Yusuff kamu tu anak lembu peliharaan Sharizat ker.. marah nampak bila mak kamu di usik sebab perabih duit menternak lembu...
    • Roberto Mancini · Top Commenter · Product Manager at Hewlett-Packard s r.o.
      dari dulu aku cakap dah, KR1M NI KEDAI UMNO, ini semua nak pujuk rakyat pasal dah dekat nak pilihanraya, ngapa tak bukak lepas rampas perak,ngapa tak bukak lepas najib ambil alih kuasa...sendiri ingat lee...
    • Corleone Don · Top Commenter · UTM Skudai
      Ramly Yusuff .Nak ringan beban rakyat kena adjust cukai agar semua kdai/pasaraya harga barang trun..bukan stakat bg projek kat kdai mamak kroni sahaja promosi utk kerajaan supaya kerajaan namnpak bagus dan cover imej kerajaan yg banyak seleweng duit rakyat..
    • Roberto Mancini · Top Commenter · Product Manager at Hewlett-Packard s r.o.
      lepas pru 13 kita tgk, kedai 1 malaysia jadi 6 jahanam.
      1.rugi
      2.tak ada pelanggan,sebab lepas pilihanraya barang naik harga.
      3.miss management.
      4.tak dapat nak bersaing dgn hypermarket lain.
      ...See More
    • Kong Bu Fenzi · Top Commenter
      Roberto Mancini
      Gua pun fikir macam itu ... sebab Najib rasa nak bagi logo 1Malaysia masuk rumah pengundi sayang tak jadi masuk otak pengundi . kua kua kua
      - itu lah mamak bagi tolong promote log o 1Malaysia. kah kah kah
    • Tercari Cari Kebenaran · Top Commenter · UM
      kalau nak jadi pembangkang ke nak jadi kerajaan kerrr....boleh tak sesuatu yg bauk tu di raikan dan sesuatu yg buruk tu di tentang....jangan pilih dr mana suara tu datang...ni kalau kita pembangkang, kalau suara tu dr kerjaan kita sanggah kutuk yg baik tetap baik perlu sokong....jgn banyak berpolitik dan retorik...sekarang ni rakyat dah bijak memproses isu dgn rasional...tlg lah wahai ahli politik dan pengikut2 yg taksub ni...rakyat dah jelak dgn politik hipokrit niiii...bg bangsa cina ni takut ke industri peruncitan anda di gugat oleh kedai 1 malayisa ni...ke ada agenda tersirat....
    • Noriman Saari · Top Commenter
      saya harap produk KR1M juga mendapat mengesahan halal dari JAKIM..jangan abaikan status halal...
    • Modem Bodben · Top Commenter
      akan tetap berkembang dgn sokongan pembli.. apa yg penting teruskan perniagaan.. kritikan.. takkan abis nyer... abaikan kritikan org yg nampak macm cemburu.. biasalah adat perniagaan..
    • Tercari Cari Kebenaran · Top Commenter · UM
      Noriman Saari sya pun berharap macam tu...saya yakin dia org akan lakukan...sebab maidin ni islam...
    • Pakai Otak · Top Commenter · Dgn Kawan 2
      Itulah gunanya pembangkang...lepas ni produk yg tak berkualiti akan lebih berkualiti dan murah. Kalau tak ada pembangkang tak tahulah apa nak jadi. Mungkin produk yg tak selamat akan terus dijual utk santapan rakyat Malaysia.
    • Modem Bodben · Top Commenter
      per2 pun org kan beli... percaya barangan tempatan dripada brg makanan dr china yg dah melambak2
    • Asrul Shahir · Top Commenter · University of Kentucky
      Tercari Cari Kebenaran ..saya pun setuju dgn anda..kita memperkembangkan perniagaan org islam..tak kira apa bangsapun..mengapa baru sekarang. kerajaan baru terfikir nak bantu kesusahan rakyat..harap2 jgn ada agenda yg tersirat..
    • Tercari Cari Kebenaran · Top Commenter · UM
      Asrul Shahir kenaikan barangan gobal sekarang ni benar2 menghimpit masyarakat dunia.....kerana kenaikan barang global ini juga la banyak negara islam dan negara membangun ni hancur kerana mereka tertekan dan semestinya kerajaan menjadi kambing hitam dalam membendung kemarahan rakyat...kadang terfikir adakah ini agenda barat utk menghancurkan negara islam yg kaya ngan minyak yg terang2 tidak menyokong idialogi mereka...
    • Tercari Cari Kebenaran · Top Commenter · UM
      Corleone Don usah gelembong n tipu diri sendiri la....harga transportation lori, harga semua barangan yg tak dikawal oleh kerajaan masa harga minyak naik dulu ada turun ke bila kerajaan turunkan harga minyak....peniaga2 cina sebenar2nya menindas rakyat....takkan lah harga ayam pada musim perayaan org islam dari dulu naik je, masa musim perayaan kita..apa kita baru raya tahun ni je ke.....kalau dia org tak tau raya tahun depan berapa hari bulan dan bulan berapa blh tengok kelender cina sampai tahun 2013 pun dah ada....harga babi yg aku heran tak lak dengar naik2 sampai org cina tak mampu nak makan babi..
    • Saudara Isma
      Ramly Yusuff - jika tidak berkualiti, mengaku sahajalah kesalahan.....apa yang susah, JIKA KATA MASALAH LABEL' - ...mengapakah suruh sesiapa yang membeli 'PULANGKAN SEMULA'.....label bukan orang nak makan pun.... - ' kesalahan hendaklah mengaku dengan ikhlas dan jujur'
    • Sukhaini Salim · Top Commenter · Nil
      Ramly Yusuff, nak meringankan beban tapi nampak macam tak ikhlas bro, wat pe? Lepas ni rakyat yang beli/guna barang krim to nak keluar duit lagi - rawatan hospital. Bukan kita tak tau, sekarang ni belanja rawatan kt hospital swasta bukan sikit2. Nak gi hospital gomen, kena 'queue'!
    • Sukhaini Salim · Top Commenter · Nil
      Asrul Shahir, nak tunjuk prihatin, mesra rakyat. Nak PRU! Klu btul2 nak tolong rakyat, knapa tak buat dari dia orang menang PRU 12 dulu?
    • Tercari Cari Kebenaran · Top Commenter · UM
      Sukhaini Salim kalau dia buat sehari selepas PRU 12 kau tanya apasal tak buat sebelum merdeka...sebab kau tenguk siapa yg buat....kalau pembangkang kau sokong....kalau kerajaan...bg 10 ekar tanah sorang pun kau kutuk dan hina ....udah2 laaaa
  • Marimuthu Pachayappan · Pengulas Tertinggi · Universiti Utara Malaysia
    Secara logiknya, kalau nak buat label pun mereka silap, boleh ke mereka buat produk dgn betui........... Org keluar kenyataan ni pun tak tau betui atau tidak...
  • Diplomatik Bebas · · Top Commenter
    1. Penggunaan BAHASA yang amat lemah. KR1M. Kalau di eja menggunakan penggunaan bahasa, K R satu M. Bukan KRIM. Bangsa sendiri ROSAKKAN bahasa SENDIRI kerana nak naikkan diri sendiri.

    2. Tengok PACKAGING pun dah tahu kualiti mcm maner.

    3. Salah LABEL pulak! Alasan macam BUDAK SEKOLAH... kekeke...
    ...See More
  • Zaman Bujang · Top Commenter
    Kakitangan Penguatkuasa Kementerian Perdagangan/Kesihatan , sume gi cuti Hari Keluarga ke? Takkan sorang pon tak de yg keje.... buat pendakwaan satu dua kes ke.... kurang2 nampak gak buat keje.... jangan dakwa ramai sangat, nanti di cop anti UMNO/BN lak..... tu pon nak ajar ke...... hahaha....
    • Sorpig Bangali · Top Commenter · SMK Tinggi Port Dickson
      mereka beri barangan yang hampir tarikh tamat dengan harga mudah,lepas tu tukar label jenama baru.jadi tarikh tamat dilanjutkan
    • Ramly Yusuff
      Sorpig Bangali Jangan buruk sangka, buktikan lah cakap buat ape kemudian tunjuk dan pamerkan supaya dpt disiasat.
    • Farouk Harakiri · Top Commenter · Ground Support Engineer Team at MAS engineering Depot Subang
      Ramly Yusuff hahah berapa byk kamu sanggup pertahan kerja kerja Lembu kamu tu.. lagi kamu menyalak disini lagi orang tahu kamu tu otak lembu..
      sekali kena sampai mati pun tak guna menyesal..tengok lah apa yg di perkatakan org ramai.. kita inginkan barang murah dan berkualiti bukan barang murah tapi non kualiti yang sesuai untuk mulut dan perut kamu sorang jer..
    • Corleone Don · Top Commenter · UTM Skudai
      Ramly Yusuff ..tak ckup lg ke bukti yg telah didedahkan?? kenapa bila dah terlondeh baru nak melatah?patut awak yg bersyukur ada yg berinisiatif nak uji kualiti barangan KR1M ni.
    • Ahmad Khairul Mohamad · Top Commenter
      Ramly Yusuff tak yah le beri ulasan kat sini, ruang ni hanya untuk ayam jantan berkokok sahaja yg sesuai.
    • Ahmad Khairul Mohamad · Top Commenter
      Kalau tak pun ayam betina yang riuh satu kg kerana sebiji telur.
    • Sorpig Bangali · Top Commenter · SMK Tinggi Port Dickson
      Ramly Yusuff .ini bukan yang buruk sangka,yang penting adalah kamu ni pergi tengok sendiri kat kedai tu lepas tengok tarikh keluar kilang di bawah tin susu ke atau tin ikan sardin,kamu akan tau apa bezanya
    • Tercari Cari Kebenaran · Top Commenter · UM
      kalau nak jadi pembangkang ke nak jadi kerajaan kerrr....boleh tak sesuatu yg bauk tu di raikan dan sesuatu yg buruk tu di tentang....jangan pilih dr mana suara tu datang...ni kalau kita pembangkang, kalau suara tu dr kerjaan kita sanggah kutuk yg baik tetap baik perlu sokong....jgn banyak berpolitik dan retorik...sekarang ni rakyat dah bijak memproses isu dgn rasional...tlg lah wahai ahli politik dan pengikut2 yg taksub ni...rakyat dah jelak dgn politik hipokrit niiii...bg bangsa cina ni takut ke industri peruncitan anda di gugat oleh kedai 1 malayisa ni...ke ada agenda tersirat....
  • Darbar Singh · Top Commenter
    Barangan makanan & kegunaan yang import dari china berlambak! jelas tahap kualiti pun amat meragukan dan membahayakan! kenapa kaum DAP tidak bising? kerana pengimportnya kaum mereka sendiri ke? porah oi DAP jangan nak buat wayang kulit lah!
    • Atan Khalid · Top Commenter · SEK MEN KEB KHIR JOHARI
      Klu betul statment ko, buat laporan ke kementerian yang berwajib kerana setiap produk import setahu saya kena melalui pelbagai tapisan kecuali kat negeri cina sendiri.
    • Sorpig Bangali · Top Commenter · SMK Tinggi Port Dickson
      darbar singh,sebenar kerja itu harus dilakukan oleh kementerian kesihatan.bukan dap,tapi demikesihatan rakyat malaysia,mereka terpaksa tolong kementerian kesihatan ,adalah awak ni ingin guna wang beli barangan beracun?.kamu ni ada otak tak?harus u pergi tanya kementerian kesihatan buat kerja apa,atau duduk kat office goyang kaki,jangan buat malu orang singh oi,i rasa u dari bn atau ada hubungan dengan mydin,sekarang u rasa u ni bodoh tak?
    • Rosma Siforan · Top Commenter · UITM
      Siapa yg izinkzn import barangan Cina kalau tidak si jeraul BN'OMNONGOK
  • Jack Low · Top Commenter
    Hebatnya perdana menteri kita, tangan kiri main konsep 1 Melayu, tangan kanan pula main konsep 1 Malaysia..wakaka.
    • Tercari Cari Kebenaran · Top Commenter · UM
      DAP n MCA main apa dgn tangan dia.....depan gado2...belakang abang adik..lu mau cakai berapa tangan dia ada...
  • Mohd Firdaus Ibrahim · Top Commenter · Technician at Sony EMCS (M) Sdn Bhd
    selaluny sebelum mass production kilang2 tu dh siap buat test semua... ni dh smpi customer br nk test.. gaban tul
  • Ewan Sn · · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    Yang menuduh dan mendakwa tu ada sertakan bukti dan fakta sebagai menyokong dakwaan hingga menyebabkan arahan dikeluarkan oleh kementerian kesihatan sendiri menarik balik produk berkenaan. Tapi dalam kenyataan di atas itu hanya cakap-cakap untuk cover tanpa disertakan bukti...just sembang kosong...
  • Jason Yong · Top Commenter · Ho Chi Minh City, Vietnam
    perlebalan yang salah/tidak tepat boleh mengelirukan pengguna, ini tidak harus berlaku, apatah lagi rancangan kerajaan ni.
    • Noor Jan · Top Commenter · Seri Garing Rawang
      Kalau Suka atau Yakin boleh beli.. kalau Was-was perdulilah pegi. Yang Original dah diberi, Susu Lembu Asli ada jual sana-sini, Untuk Baby berilah Susu Ibu dah tentu Ori dan maaflah nk ckp Puting pon tak payah ganti-ganti. Yg Bapak pulak puasalah silih-ganti, tentu jimat Ekonomi.
    • Tercari Cari Kebenaran · Top Commenter · UM
      kalau nak jadi pembangkang ke nak jadi kerajaan kerrr....boleh tak sesuatu yg bauk tu di raikan dan sesuatu yg buruk tu di tentang....jangan pilih dr mana suara tu datang...ni kalau kita pembangkang, kalau suara tu dr kerjaan kita sanggah kutuk yg baik tetap baik perlu sokong....jgn banyak berpolitik dan retorik...sekarang ni rakyat dah bijak memproses isu dgn rasional...tlg lah wahai ahli politik dan pengikut2 yg taksub ni...rakyat dah jelak dgn politik hipokrit niiii...bg bangsa cina ni takut ke industri peruncitan anda di gugat oleh kedai 1 malayisa ni...ke ada agenda tersirat....
  • Jawa Kelate · Universiti al-azhar
    pengguna baca pada label. Kesilapan jadi iktibar
  • Atan Khalid · Top Commenter · SEK MEN KEB KHIR JOHARI
    Tahniah, kerana anda telah menjalankan tanggungjawab daan amanah yang diberikan. dalam soal keselamatan penggunakan tindakan sebegini perlu didahulukan bagi memastikan setiap produk yang dihasilkan menepati standard yang diperlukan. Jika ini dilakukan lebih awal necsaya tiada siapa akan mempertikaikan kewibaannya.
  • Ghafar Ishak · Top Commenter
    dah la tu mydin....nak pusing mcm mana lagi....kkm dah sahkan...takkan kkm test lebel mestilah test kandungan...kalau barang baik boleh ke jual murah...kalau barang haprak macam kr1m boleh le...beli 20sen jual rm2..mana mamak mydin tak kaya....i am sorry
    • Beh Po Seng
      barangan baik dan berkualiti pasti tak murah, tengok mercedes sudah.., barangan tak berkualiti tak semestinya murah...tengok kerata proton sudah...
    • Tercari Cari Kebenaran · Top Commenter · UM
      kalau nak jadi pembangkang ke nak jadi kerajaan kerrr....boleh tak sesuatu yg bauk tu di raikan dan sesuatu yg buruk tu di tentang....jangan pilih dr mana suara tu datang...ni kalau kita pembangkang, kalau suara tu dr kerjaan kita sanggah kutuk yg baik tetap baik perlu sokong....jgn banyak berpolitik dan retorik...sekarang ni rakyat dah bijak memproses isu dgn rasional...tlg lah wahai ahli politik dan pengikut2 yg taksub ni...rakyat dah jelak dgn politik hipokrit niiii...bg bangsa cina ni takut ke industri peruncitan anda di gugat oleh kedai 1 malayisa ni...ke ada agenda tersirat....
  • Leslie Chan · Top Commenter
    Barang kegunaan luar ok la tp brg makan aku tak berani.
    • Pondok Usang · Top Commenter
      kalau peruncit biasa dah tentu disaman dan drampas barang2 tu,celaka punya bee end kalau team sendiri tiada tindakan .
  • Wan Nor · Top Commenter
    susu metallic... ha ha ha.
  • Mohd Nasir Lomir
    jangan KRIM beli balik barang barang yang sudah tamat tempoh dan di label 1 malaysia dan jual balik kepada penguna dengan harga murah..itu tak patut.kalau bolih biar lah barang 1 malaysia ini dikeluarkan olih kilang milik GLC.
  • Saidi Liasan · Top Commenter · Pen.Kanan Kokum at KPM
    yang peliknya apabila ada teguran baru ada tindakan membetulkan kesilapan dan barulah pula dihantar ke makmal untuk pemeriksaan terperinci....kerja tak masuk akal...patutpun murah....
  • Pangeran Laki · Top Commenter
    KALAU TAK SIAPA YANG DEDAHKAN KEPADA UMUM GARANTI MEREKA DIAM. RAKYAT SEBAGAI PENGGUNA YANG JADI MANGSA ORANG YANG GILA NAK POPULARKAN 1MALAYSIA !.. ALLAH NAK TUNJUKKAN 1MALAYSIA TU KARUT JER MACAM KEDAI IMALAYSIA JUGAK....
    • Tercari Cari Kebenaran · Top Commenter · UM
      kalau nak jadi pembangkang ke nak jadi kerajaan kerrr....boleh tak sesuatu yg bauk tu di raikan dan sesuatu yg buruk tu di tentang....jangan pilih dr mana suara tu datang...ni kalau kita pembangkang, kalau suara tu dr kerjaan kita sanggah kutuk yg baik tetap baik perlu sokong....jgn banyak berpolitik dan retorik...sekarang ni rakyat dah bijak memproses isu dgn rasional...tlg lah wahai ahli politik dan pengikut2 yg taksub ni...rakyat dah jelak dgn politik hipokrit niiii...bg bangsa cina ni takut ke industri peruncitan anda di gugat oleh kedai 1 malayisa ni...ke ada agenda tersirat....
  • Pakai Otak · Top Commenter · Dgn Kawan 2
    Itulah gunanya pembangkang...lepas ni produk yg tak berkualiti akan lebih berkualiti dan murah. Kalau tak ada pembangkang tak tahulah apa nak jadi. Mungkin produk yg tak selamat akan terus dijual utk santapan rakyat Malaysia.
  • Sharuddin Salam · Top Commenter · St.joseph sec school johor bahru
    KEDAI ASAL BOLEH.....hak hak....mamak kolek untung, melayu makan gaji....wake up lah melayu ni pun!
  • Wan Irwan Wan Ismail
    ini kedai 1Malaysia ker..
    kenapa pekerja bangla ada, nepal ada, myanmar ada.. ishh ,, ish,, ish...
  • Tercari Cari Kebenaran · Top Commenter · UM
    oi apek DAP kau dah panggil cina2 DAP tu pegi buat siasatan kat kedai2 cina2 lain....rasional la sikit kau ingat kilang buat barang 1 malayia ni supply kat kedai 1 malaysia je...kalau dia boleh siasat barangan kat kedai satu malaysia dia juga kena siasat kat kedai kawan dia...ameng ke aseng ke baru adil....ini tak semuanya ada agenda politik....yg org melayu duk makan brg tak sah halal dr peniaga2 cina yg duk import dr cina n negara lain yg tak tau status kita duk diam...ni pasal DAP bangsat ni bisisng kita duk ikut...ada pemimpin cina duk bising lawat kilang sosage ada babi ke...ayam sembeleh tak halal ke...banyak lagi isu barangan tak halal di bicarakan sebelum ni...
  • Syazwan M Nor
    kalau salah label, bukan ke biasanya kena tindakan undang2 ie: saman dsb? sekadar tarik balik produk yg sama utk tukar label smata2 seolah2 tiada nilai tanggungjwb di situ. harga tetap sama utk barang "perasa".
  • Tercari Cari Kebenaran · Top Commenter · UM
    kalau nak jadi pembangkang ke nak jadi kerajaan kerrr....boleh tak sesuatu yg bauk tu di raikan dan sesuatu yg buruk tu di tentang....jangan pilih dr mana suara tu datang...ni kalau kita pembangkang, kalau suara tu dr kerjaan kita sanggah kutuk yg baik tetap baik perlu sokong....jgn banyak berpolitik dan retorik...sekarang ni rakyat dah bijak memproses isu dgn rasional...tlg lah wahai ahli politik dan pengikut2 yg taksub ni...rakyat dah jelak dgn politik hipokrit niiii...bg bangsa cina ni takut ke industri peruncitan anda di gugat oleh kedai 1 malayisa ni...ke ada agenda tersirat....
    • Sorpig Bangali · Top Commenter · SMK Tinggi Port Dickson
      hi kawan,yang taukae peruncit kini kebanyak orang indian atau orang indonesia atau melayu, cina kebanyakkan kedai runcit ubat ,ada pun yang dekat kampung,mereka meyediakan kemudahan hantar dan juga bagi hutang kepada custemer tetap.
    • Tercari Cari Kebenaran · Top Commenter · UM
      Sorpig Bangali tu yg dia lg takut....takut terkeluar terus.....takut kedai ubat pun dia lari malam...pasar raya dia bolot habis...kedai runcit tempat aku dia je yg punya...pembekal brg runcit ni majoriti dia jer....sangat mengalu2kan kerajaan buat kedai pakaian satu malaysia, kedai basikal, kedai spaire part....aku rasa mahu kene tembak je mamak maidin ni kan....
    • Sorpig Bangali · Top Commenter · SMK Tinggi Port Dickson
      Tercari Cari Kebenaran >>>kalau kerajaan buka apa saja kedai kerana rakyat,i 100% support,tapi mesti berquality dan harga berpatutan.u ingin niaga semesti kaya meh?walaupun letrik di monopoli ,tapi dia rugi juga,yang penting ,kerajaan gunakan wang rakyat untuk rakyat ,tapi jangan bazirkan wang rakyat
  • Wasli Fx · Works at Part Of Part Time Forex Trader
    " Bagi krimer pekat manis pula, ia mematuhi kandungan lemak tetapi tidak mematuhi peratus pepejal bukan gula, manakala bagi tin ikan sardin, tiga daripada lima sampel ikan sardin dalam tin 155g adalah kurang daripada 55 peratus kandungan ikan mengikut standard yang diperuntukkan."

    Inilah dikatakan PENIPUAN apa ra! Penipuan ini boleh didakwa di Mahkamah Sesyen di bwh Sek3 Akta Makanan 1983 dgn penalti... sehingga RM10k setiap kesalahan.

    hahah patut la murah!
  • Rauzan Bin Esa · Top Commenter · Kota Kinabalu
    memang la label salah, dalam sos cili x tulis ramuan raksa (mercury) dgn Plumbum yg tinggi, susu E coli tinggi....dan persoalan yg paling penting...

    1. Kenapa barang dah jual baru nak semak? bukan ker setiap produk makanan perlu melepasi SIRIM, GMP, kementerian Kesihatan dan sebagainya baru boleh dijual?

    2. Adakah 100% produk yg dijual di KR1M adalah produk tempatan?
    ...See More
  • Amin Mohd · Top Commenter · Manager at Self Employed and Loving It!
    Vila KR1M...salah label...hahahaha...kalau pekedai lain...satu tan lori kesihatan turun padang..mcm2 undang2 dibuka untuk buat pertuduhan. Tapi bila kena batang hidung sendiri...SALAH LEBEL. KAH..KAH..KAH..KAHKAHKAH
  • Hishamuddin Mat Ail · Top Commenter · Smk bp
    begitu senang membetulkan kesilapan......rm100 nak beli phone 3g, android, 5mp kamera...huuhuuuu...
  • Kemboja Bunga · Top Commenter · Oklahoma State University
    MANA PERGINYA MAMAK MAIDIN KENAPA SENYAP...DAH BALIK KAMPONG KE?
  • Razman Abd Razak · Top Commenter · Jitra
    Kedai 1Malaysia Jual rokok? Murah murah ke rokok buatan Malaysia tu?

Tiada ulasan: