Isnin, 2 Julai 2012

KEBIMBANGAN...KERISAUAN.....JUGA MUNGKIN KEDENGKIAN YANG TAK DAPAT DIBENDUNG ATAU DISEMBUNYIKAN....HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI....

Panamatan khidmat KP Perkhidmatan Awam panas

Harakahdaily, 02 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Krisis penamatan khidmat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Abu Bakar Abdullah, 57, sebelum sampai tempoh umur 60 tahun bakal memanaskan politik Malaysia.

Selepas blog pro-Umno mendakwa, Ketua Pengarang Kumpulan NSTP Abdul Jalil Hamid cuba menikam Datuk Seri Najib dari belakang dengan menyiarkan berita kekesalan Abu Bakar selepas ditamatkan khidmat, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memanggil satu sidang media khas esok.

Yang menariknya, Mahfuz memanggil sidang media itu pada jam 10.50 pagi bukan jam 10 atau 11 tepat sebagaimana biasa.

Dua blog pro Umno, kesal dengan laporan Berita Harian yang meyiarkan kekesalan Abu Bakar ditamatkan perkhidmatan selepas disebut-sebut sebelum ini sebagai bakal Ketua Setiausaha Negara yang baru.

Namun sebaik sahaja KSN yang baru, Datuk Seri Ali Hamsa dilantik, beliau ditamatkan perkhidmatan pada 1 Julai bukan atas permintaannya.

Wartawan veteran dan Datuk Ahiruddin Atan yang menulis di rockybru.com.my berkata beliau bimbang kerana penulis blog pro-establishment berasa tidak senang dengan kumpulan akhbar NSTP, terutama pengarang urusan kumpulan kanannya, Datuk Jalil Abdul Hamid.

Satu lagi blog pro-Umno, Unspinners pula menyifatkan laporan Berita Harian itu sebagai satu "sabotaj" ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menuntut supaya Jalil dipecat.

Abu Bakar dalam Berita Harian dilaporkan sebagai berkata beliau tidak bersara namun khidmatkan diberhentikan oleh kerajaan.

Berita Harian melaporkan, Abu Bakar berkata beliau menerima surat penamatan khidmatnya daripada Jabatan Perkhidmatan Awam yang menyatakan bahawa khidmatnya berakhir pada 1 Julai.

Tambahnya, beliau berhasrat untuk bersara pada usia 60 tahun namun disebabkan penamatan awal itu, kuantum pencen dan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerjanya hanya dikira sehingga 30 Jun tahun ini.

Abu Bakar, 57, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 35 tahun.

Gambar terpanas tiada dalam akhbar, TV

http://kachipemas.blogspot.com, 02 Jul 2012

Gambar Terpanas !!! Minggu Ini : Pasti tiada dalam Akhbar dan TV suku. sakat


Dato Seri Anwar Makan Kenduri Dalam Parlimen Permatang Pauh
Abang NON Setiausaha Politik Dato Seri Anwar

Dato Seri Sedang Berbual Dengan Orang Kampung

Puluhan Ribu Manusia Mendengar Ceramah Tuan Guru N ik Aziz di Johor Bahru
Konvoi motosikal peringkat Negeri Terengganu,,
Pelakon Hairie Othman Masuk PAS

Semoga gambar gambar di atas memberi sumber inspirasi kepada kita untuk berjuang lebih gigih dan bersemangat..
" Kita hanya merancang tetapi Allah adalah sebaik baik perancang". Semoga usaha kita selama ini mendapat keberkatan dari Ilahi...Walaupun dengan tipu daya mereka, kalau Allah kata PRU 13 milik kita pasti ia menjadi milik kita. Kita perlu berusaha lebih sikit lagi untuk mencapai kejayaan dan perkuatkan taqwa kita Amin..Takbir

Umno Johor digesa bawa hudud kepada k'jaan negeri

Salmiyah Harun, 02 Jul 2012
KUALA LUMPUR: PAS Johor menggesa Umno negeri itu mengemukakan cadangan pelaksanaan hukum hudud untuk semua kaum kepada kerajaan Johor.

Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, cadangan itu tidak pernah dibuat oleh mana-mana negeri sama ada di Terengganu ataupun Kelantan.

"Dalam konteks Terengganu dan Kelantan, PAS bagi pilihan kepada orang bukan Islam sebagaimana dipraktikan zaman Nabi, iaitu apabila ada orang bukan Islam melakukan jenayah mereka diberi pilihan sama ada nak ikut hukum kitab Taurat ataupun al Quran," katanya kepada Harakahdaily.

Pada 20 Jun lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia di mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.

Ayub berkata, beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam.

"Kalau begitu minta Ayub buat cadanganlah bahawa hudud itu untuk semua kaum dan warga negara tidak kira bangsa dan agama, kita minta dia cadangkan," kata Mahfodz.

Mahfodz juga mengalu-alukan niat murni Adun Johor terbabit dan mahu cadangan itu dirangka dengan betul-betul di kalangan mereka.

"Jangan hanya hendak PRU sahaja pandai bercakap, lepas PRU hilang semua apa yang pernah dicadangkan," katanya.

Beliau turut menegaskan hukum hudud adalah hukum Allah tidak ada istilah 'hudud PAS' atau 'hudud Umno'.

Cadangan Ayub itu, rupa-rupanya tidak pernah dibincangkan di peringkat Kerajaan Negeri sebelum ini, sehinggakan Jawatankuasa Agama Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman sendiri tidak berani memberi respons berhubung cadangan ini.

Ayub sebagai dipetik berkata, beliau mahu lihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan “hudud sebenar’ yang didakwa berbeza dengan hudud PAS.

Majlis PAS tiada kehadiran, pencacai Umno kantoi...

http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 02 Jul 2012

Majlis PAS untuk Pengundi Luar Kedah tiada kehadhiran?.. Pencacai UMNO kantoi lagi!!


Semalam.. dengan berbekalkan gambar di awal majlis anjuran Pakatan Rakyat, sekali lagi Blogger pro UMNO cuba memperbodohkan rakyat dengan mendakwa majlis itu tiada sambutan..

Kalau minggu lalu mereka cuba memperbodohkan rakyat dengan mendakwa ceramah Anwar Ibrahim di Sabak Bernam tidak mendapat sambutan berdasarkan gambar sebelum ceramah bermula – sila lihat di ( SINI )

Kali ini majlis anjuran PAS Kedah pula dijadikan sasaran mereka.


Dengan modus operandi yang sama iaitu gambar di awal majlis yang hanya kelihatan beberapa orang yang hadir mereka cuba memperbodohkan rakyat sekali lagi.

Kononnya kali ini majlis yang dianjurkan oleh PAS negeri Kedah tidak mendapat sambutan.. Berdasarkan gambar-gambar di atas, menulislah mereka seperti di bawah..

Majlis PAS untuk Pengundi Luar Kedah tiada kehadhiran
Demikianlah yang berlaku ketika Perjumpaan Pengundi PAS Kedah Luar Kawasan di Lembah Kelang Bersama Pimpinan PAS Kedah baru-baru ini.
Persediaan mereka adalah untuk seramai 2,500 orang tapi yang hadhir adalah 250 orang bersama penganjur dan pekerja parti semalam Jun 30hb di Stadium Tertutup MPSJ Serdang Jaya, Seri Kembangan.

Dan gerakan memperbodohkan rakyat ini telah berjalan secara besar-besaran.. tengok kat bawah ni berapa ramai Blogger Pro UMNO yang cuba nak perbodohkan rakyat..


Ini adalah gambar-gambar dari 'Majlis PAS untuk Pengundi Luar Kedah' ketika majlis sedang berlangsung..



Sumber gambar dari ( SINI )
Blogger UMNO ni tak letih kah menipu rakyat? Atau dia orang ingat semua rakyat Malaysia boleh diperbodohkan begitu mudah seperti mereka diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO?





Mengenali Ikhwan selepas kemenangan Dr Morsi

Dr. Syed Azman Syed Ahmad, 02 Jul 2012

(Penulis dengan anak pengasas Ikwanul Muslimin, Saiful Islam)

Ramai kalangan yang terpegun dengan kemenangan mengejut calon Presiden dari Ikhwan Muslimin, Dr. Mohamed Morsi dalam pilihanraya Presiden Mesir yang berlangsung baru-baru ini, namun siapakh sebenarnya Ikhwan Muslimin?

Beliau dicalonkan bertanding di bawah parti politik yang baru ditubuh oleh Ikhwan, Freedom and Justice Party (FJP) atau ‘Al-Hurriyat Wal Adalah’ sebaik sahaja selepas kejatuhan rejim Hosni Mubarak pada awal tahun lepas.

Begitu juga berapa bulan lepas apabila calon-calon FJP telah memenangi lebih dari 40 peratus kerusi parlimen yang dipertandingkan serta memenangi lebih 60 peratus kerusi ‘Majlis Syura’ yang dipertandingkan bagi meneliti penggubalan perlembagaan baru Mesir selepas kejatuhan rejim Mubarak.

Akan tetapi, pihak tentera SCAF telah bertindak membubarkan kedua-dua institusi ini beberapa minggu lepas setelah Mahkamah Perlembagaan Mesir mengambil keputusan membatalkan keputusan pilihanraya yang telah dijalankan itu.

Namun, ramai yang masih tidak memahami akan dasar dan liku-liku perjuangan yang telah dilalui oleh Ikhwan Muslimin ini sendiri. Ada yang menuduh ia sebagai sebuah ‘pegerakan yang radikal dan extremis, ada yang melebelkan ia sebagai ‘pertubuhan haram yang amat bahaya’ dan ada juga yang menggangap ia sebagai ‘pergerakan agama yang sesat’.

Bagi menanggapi persoalan ini, berikut adalah rumusan pandangan seorang pimpinan  Ikhwan Muslimin,  Saiful Islam Hassan al-Banna yang juga merupakan putera sulung pengasas pergerakan ini, Hassan Al-Banna sewaktu penulis sempat menziarahi beliau di kota Kairo baru-baru ini.

1.   SEJARAH AWAL IKHWAN MUSLIMIN

Nama Ikhwan Muslimin amat sinonim dengan pemimpin-pemimpin agung seperti Hassan Al Banna, Syed Qutb, Omar Telmisani,  Mehdi Akiff serta pimpinan gerakan Islam yang lain. Ia mempunyai sejarah serta pengaruh yang amat besar di Mesir serta seluruh rantau Arab.

Sejak ia mula ditubuhkan oleh Hassan Al Banna pada tahun 1927 Ikhwan telah berkembang di seluruh pelusuk dunia dengan pemikiran ‘tajdid’ atau perubahan terutamanya selepas kejatuhan kerajaan Islam Othmaniah. Pemikiran serta pengaruh yang di bawa oleh Hassan Al Banna telah menggerakkan satu cetusan kebangkitan baru di kalangan masyarakat Arab di rantau tersebut pada waktu itu.


2.   CABARAN YANG DI HADAPI

Aliran pemikiran serta pendekatan yang di bawa oleh Hassan  Al Banna telah mendapat tentangan hebat dari kalangan pemimpin-pemimpin kebanyakan negara Arab sehingga pergerakan ini telah di haramkan dari bergerak aktif di kabanyakan negara. Malah Ikhwan Muslimin telah di tuduh sebagai sebuah pertubuhan ‘bahaya’ yang mahu merampas kuasa secara kekerasan dan membawa pendekatan yang militan.

Ramai pimpinan mereka yang di bunuh dengan kejam termasuk pengasasnya Hasan Al Banna. Sebahagian yang lain pula dikenakan hukuman penjara di serata negara  Arab pada waktu itu. Walaupun mereka di uji dengan cabaran yang besar ini, pengaruh Ikhwan Muslimin tetap berkembang sehingga sekarang ke seluruh pelusuk dunia.

3.   IKHWAN DAN DEMOKRASI

Kini Ikhwan Muslimin dipimpin oleh Dr. Mohamed Al-Badie’ (gambar) yang merupakan seorang tokoh gerakan Islam yang tidak asing lagi di benua Arab dan dunia Islam. Di bawah pimpinan beliau, Ikhwan telah mengambil pendekatan politik yang bersifat ‘engagement’ atau berdailog dan bergerak aktif secara terbuka dalam kancah demokrasi di serata dunia Islam.

Pendekatan terbuka dan telus yang di ambil ini telah membuahkan hasil yang amat positif. Mereka terlibat secara langsung dalam sistem demokrasi dan pilihanraya Mesir sejak beberapa siri pilihanraya yang telah di adakan walaupun kedudukan Ikhwan Muslimin di Mesir waktu pemerintahan Anwar Sadat dan Hosni Mubarak berstatuskan ‘haram’.

Calon-calon Ikhwan Muslimin telah masuk bertanding sebagai calon bebas dan juga menumpang di atas tiket parti lain. Uniknya, ia telah menang besar dalam setiap pilihanraya umum yang diadakan di Mesir walaupun telah berlaku banyak penipuan.

4.   PENDEKATAN POLITIK IKHWAN

Menurut Saiful Islam, Ikhwan bertekad untuk melakukan perubahan sosial dan politik di Mesir secara aman dan merubah sebarang bentuk penyelewengan dan salah-guna kuasa yang berlaku di sana. Bagi Ikhwan agenda reformasi politik di Mesir adalah amat penting bersesuaian dengan suasana globalisasi dunia yang mahu mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih dan telus.

Beliau menegaskan bahawa setiap rakyat dan warganegara mempunyai hak mereka untuk bersuara demi kebaikan serta masa depan negara tersebut.

Beliau juga menegaskan bahawa Ikhwan Muslimin akan terus berjuang serta komited kepada penglibatan secara demokratik walaupun ianya masih banyak kepincangannya. Beliau juga memberi jaminan bahawa Ikhwan tetap mengambil sikap untuk terus berdialog dengan mana-mana pihak termasuk tentera SCAF serta kuasa Barat  seperti Amerika Syarikat, Perancis, Britain dan sekutunya.

5.   DASAR UTAMA IKHWAN

Ikhwan Muslimin juga turut menggariskan empat polisi penting bagi berhadapan dengan cabaran semasa. Pertamanya, penegasan penglibatan politik parti politk yang diasaskan oleh Ikhwan melalui sistem demokrasi dan menyuarakan setiap pandangan rakyat di Parlimen Mesir.

Bagi Saiful Islam, parti-parti politik, badan-badan NGO serta individu-individu sepatutnya dilibatkan dalam membincangkan masa depan negara secara telus.

Keduanya, beliau juga menegaskan bahawa sistem kuasa mutlak hanya kepada sebuah parti dan individu sahaja tidak sesuai lagi dengan peredaran zaman globalisasi yang lebih terbuka ini. Ikhwan komited kepada sebuah negara berlandaskan ‘Civil State’ dan bukannya sebuah negara berlandaskan ‘theocracy’.

Ketiganya, Ikhwan Muslimin juga berpendirian agar dilaksanakan segera reformasi politik dan perubahan perlembagaan terutamanya bagi menghapuskan segala bentuk perundangan yang bertentangan dengan norma-norma demokrasi dan kebebasan.

Yang keempat, beliau menegaskan bahawa Ikhwan Muslimin mempunyai misi untuk melakukan reformasi politik, sosial, budaya dan ekonomi. Reformasi ini hanya akan berlaku sekiranya ada ketelusan dalam sistem pemerintahan.

6.   KEMENANGAN DR. MOHAMED MORSI

Saiful Islam menegaskan bahawa kejayaan calon Ikhwan Dr. Mohamed Morsi (gambar) memenangi pilihanraya Presiden Mesir serta menang majoriti kerusi Parlimen tidak sepatutnya menakutkan mana-mana pihak. Ikhwan menghormati hak semua agama serta mana-mana parti politik. Sejarah telah membuktikan bahawa sistem politik yang tidak telus di sesebuah negara akan membawa kepada salah guna kuasa, rasuah serta penyelewengan yang mengakibatkan kehancuran negara tersebut.

Beliau juga menyatakan bahawa Ikhwan tidak mempunyai pilihan yang lain kecuali meletakkan agenda reformasi politik dan pendemokrasian sebagai agenda utama. Bagi Ikhwan, tuntutan demokrasi dan kebebasan serta ketelusan pilihanraya adalah merupakan langkah pertama ke arah reformasi yang lebih besar bagi mewujudkan masa depan negara yang lebih positif selepas kejayaan Dr. Morsi sebagai Presiden.

Sebagai akhirnya, Saiful Islam turut menegaskan bahawa Ikhwan Muslimin akan terus berperanan kepada mewujudkan sebuah Masyarakat Madani serta bersifat terbuka dan bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi mencapai perubahan dan reformasi kearah mewujudkan keadilan dan kebebasan dan kepada seluruh rakyat dan negara.

-------------------------------------------------------------
Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS. Beliau boleh dihubungi melalui e-mail: syedazmans@yahoo.co.uk,Twittter: @syedazman

Versi mobile Harakahdaily sudah boleh dilayari

Harakahdaily, 02 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Harakahdaily memperkenalkan versi mobilenya mulai akhir Jun lalu bagi mempertingkatkan lagi penggunanya, kata ketua pengarangnya, Zulkifli bSulong.

Dengan versi mobile di alamat http://m.harakahdaily.net ini, pengguna peranti mudah alih seperti iphone, ipad, BlackBerry dan sebagainya boleh melayari Harakahdaily dengan lebih mudah.

Rangkin Harakahdaily.net dalam Alexa.com juga telah meningkat sejak beberapa bulan lepas dengan kini berada di tangga ke enam di kalangan laman media di Malaysia.

Harakahdaily juga sekarang tangga ke 50 laman-laman web yang dilayari di Malaysia.

 (Cerapan yang dibuat Alexa.com terhadap tuga media di Malaysia...Kosmo, Harakahdaily dan Berita Harian)

"Kami hanya berada di belakang Malaysiakini yang menduduki tangga teratas, The Star (2), Harian Metro (3), Utusan (4) dan Kosmo (5). Harakahdaily sudah mendahului Berita Harian (tempat ke 7), The Malaysian Insider (8), Sinar Harian (9) dan Mstar (10)," kata Zulkifli.

Beliau juga memaklumkan, jumlah pengunjung Harakahdaily kini adalah 3 juta sebulan dengan purata pengunjung harian kurang lebih 100,000  dengan 17 peratus pengunjung ini adalah pengunjung baru.

Dari pada 100,000 pengunjung yang direkodkan oleh Google Analytics setiap hari, sebanyak 20 peratus atau 20,000 pengunjung didapati menggunakan peranti-peranti mudah alih dengan berbagai jenama seperti Apple iPad, Apple iPhone, Samsung galaxy, RIM Black Berry dan sebagainya.

Jika terdapat sebarang cadangan penambahbaikan dari pelayar-pelayar peranti mobile, sila emelkan kepada teknikal@harakah.net.my atau terus kepada shuhaimi@harakah.net.my.

Tiada ulasan: