Ahad, 22 Julai 2012

WALAUPUN TAHUN HADAPAN PILIHANRAYA...ELOK MENGATAKAN ESOK DIBUBARKAN PARLIMEN...AGAR KITA SENTIASA SIAP SEDIA...KEMENANGAN DITANGAN ALLAH..SUDAH TENTU PERSEDIAN YANG RAPI ITU PENTING...SELAIN JANGAN LANGSUNG MENINGGAL DOA SERTA TAKWA...TARBIYAH AHLI AGAR JADI MUSLIM YANG BENAR TAKWA...JANGAN NAFI SUSAH SEBELUM DIBUAT BERSUNGGUH2 SERTA BERTUBI2...

Thai pohon buka semula laluan Pasir Mas Golok

Salmah Mat Husain I Foto Rizal Tahir, 22 Jul 2012

(Tuan Guru Nik Aziz menyambut kedatangan Consul General baru Thailand di pejabatnya)

KOTA BHARU: Konsul General Thai, Jackrid Kanjanasoon memohon kerajaan Kelantan pimpinan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mencadangkan kerajaan Pusat membuka semula laluan keretapi melalui Pasir Mas ke Golok, Thailand.

Menurutnya, laluan itu penting bagi meningkatkan lagi tahap ekonomi antara Kelantan dan Selatai Thai melalui perniagaan.

Beliau berkata demikian sewaktu berkunjung menemui Tuan Guru sempena perlantikannya sebagai Konsul Geral Thai yang baru bagi menggantikan Surapon Petch-Vra baru-baru ini.

Katanya, pembatalan laluan keretapi antara Pasir Mas ke Thailand sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini merugikan masyarakat kedua-dua belah pihak.

“Saya berharap kerajaan negeri mengusulkan pada kerajaan Pusat supaya membuka semula laluan itu, banyak hasil mahsul dari sana dipasarkan di sini,”ujarnya.

Pada masa yang sama beliau meminta hubungan erat antara Kelantan dan Thailand dapat dipereratkan sebagaimana hubungan yang sama dengan kerajaan Pusat.

Tuan Guru ketika mengulas hasrat konsul thai yang baru itu  berkata Islam sejak awal lagi mengajar penganutnya supaya menghormati orang lain, walaupun bukan Islam.

“Kami khususnya pejuang Islam tidak pernah membiarkan golongan bukan Islam tanpa dibantu, malah masyarakat pelbagai kaum di negeri ini sama ada Siam, Cina, India mendapat layanan yang sama juga,”ujarnya.

Ura-ura pilihanraya September semakin kuat

Harakahdaily, 22 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Ura-ura Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya mengejut September ini iaitu selepas seminggu umat Islam beraya semakin kuat.

The Malaysia Insider melalui tulisan yang dibuat Pengarangnya, Jahabar Sadiq juga membuat ramalan yang sama berdasarkan sumbernya.

Pentadbiran Najib dijangka mengadakan pilihan raya mengejut pada September sebelum Hari Malaysia, jika rancangan untuk membubarkan parlimen bulan hadapan menjadi kenyataan, kata sumber dalaman dan penganalisis, lapor TMI.

The Malaysian Insider difahamkan, penasihat dan pembantu perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak telah memberitahu beberapa orang tentang rancangan untuk mengadakan pilihan raya diantara Hari Raya Aidilfitri pada 19 Ogos dan hari pembentangan bajet pada 28 September. Hari Malaysia adalah pada 16 September.

Suasana Solat Tarawih di Mesir & Kelantan

Greenboc.blogspot.com, 22 Jul 2012



Suasana solat Sunat Tarawih di negara Islam Mesir era kepemimpinan hafiz 30 Juzu' Al-Quran, Dr. Muhammad Mursi [Presiden Mesir].

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar!




Pandangan dalam kemah Qaryah Ramadhan sewaktu Solat Sunat Tarawih di Kelantan. Khemah ni boleh memuatkan seramai 2,000 jemaah dalam satu-satu masa.

Tahun ini sebanyak dua buah kemah disediakan. Satu berhawa dingin dan satu lagi tiada penghawa dingin. Pada setiap malam dijangkakan seramai lebih 3,000 org solat berjemaah di Qaryah Ramadhan ini.

“Pilihan raya mengejut adalah sebelum 16 September supaya memberi masa yang cukup untuk membentangkan bajet 2013 pada 28 September jika BN masih menguasai Putrajaya,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Baru-baru ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyebut, Najib dijangka akan memanggil pilihan raya tidak lama selepas umat Islam pulang ke tempat kerja masing-masing selepas bercuti raya.

“Kami jangka BN akan menggunakan peluang Aidilfitri sebaikmya kerana pengundi akan berfikir serius untuk kembali kepada kampung halaman mereka untuk mengundi hanya selepas mereka pulang dari cuti," katanya kepada wartawan Harakahdaily, Nazri Abdullah di Rabat, Maghribi.

Sebelum ini, PAS telah menyerang BN berikutan adanya ura-ura untuk mengadakan pilihan raya di musim haji.

Ini kerana, tindakan ini bermakna BN menafikan hak 30,000 umat Islam untuk mengundi.

Ekoran itu, ura-ura untuk mengadakan pilihan raya di musim haji dikatakan sukar untuk dilakukan BN.

Dengan mengadakan pilihan raya selepas umat Islam baru sahaja pulang ke tempat kerja selepas bercuti di kampung bermakna BN cuba menafikan pula hak golongan ini mengundi.

Dalam pilihan raya 2008, fenomena pulang mengundi di kampung memberikan kesan besar kepada sokongan PAS khasnya di Kelantan dan Kedah.

Tanpa mereka, PAS tidak akan menang dengan selesa di Kelantan khasnya dalam PRU 12 lalu, kata seorang penganalisis.

LAPORAN BERKAITAN

Presiden PAS jangka PRU13 selepas raya

Isu saham FGVH selesai bila PKNK jual - Azizan

Harakahdaily, 22 Jul 2012
ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyifatkan isu pembelian saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) oleh anak syarikat Kerajaan Negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) selesai, sejurus selepas beliau arahkan pegangan saham itu dijual.

Katanya, isu tersebut tidak wajar dipanjangkan lagi kerana PKNK telah menyedari kesilapan itu, yang didakwa tidak selari dengan pendirian pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

“Arahan menjual semula saham FGVH berkuat kuasa serta merta tetapi jual saham bukan macam jual buah, ia ambil masa sedikit,” katanya sebagaimana dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Azizan yang juga Pengerusi PKNK berkata, ekoran daripada tindakan melepaskan pegangan itu, PKNK kehilangan ratusan ribu ringgit keuntungan yang disasarkan ketika membeli 500,000 unit saham pada harga RM4.55 seunit itu.

Mengulas mengenai desakan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang mahu PKNK memohon maaf kepada Gabungan Selamatkan Felda (GSF) kerana bertindak tidak selari dengan dasar PR yang menentang penyenaraian FGVH, Azizan berkata, sepatutnya Anak berterima kasih kepada PKNK kerana mengetepikan keuntungan dengan melepaskan pegangan itu.

“PKNK sudah jual saham itu sebab menghormati prinsip bersama dalam PR selain perjuangan Anak dan GSF. Dari segi kewangan, memang kita rugi atas tindakan itu tetapi kita tidak kisah sebab mahu hormatiprinsip dan elak salah faham,” katanya.

Kelmarin, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid mempertikai tindakan Azizan yang dituduh cuba melepaskan diri berkaitan isu pemilikan saham FGVH, dengan menyembunyikan fakta sebenar.

Bagaimana pun, dakwaan itu disangkal Azizan yang menyifatkan Mahdzir tidak tahu selok-belok urusan pembelian dan penjualan saham PKNK, dengan buat tuduhan melulu.

“Patut beliau tanya pada saya atau PKNK untuk penjelasan, bukan tuduh tanpa usul periksa. Operasi pembelian dan penjualan saham PKNK diurus unit pengurusan pentadbiran tersendiri. Operasinya berbeza dikelolakan sendiri pihak terbabit, tak perlu rujuk saya semua perkara,”katanya.

Mengulas dakwaan Mahdzir bahawa setiap cek melebihi RM1 juta perlu mendapatkan tandatangan Pengerusi, dan mustahil perkara itu di luar pengetahuan Azizan ekoran cek yang dikeluarkan berjumlah RM2,275,000, Azizan berkata, beliau menandatangani sejumlah cek untuk urus niaga PKNK supaya pihak bank meluluskan pengeluaran wang.

“Saya tandatangan banyak cek untuk PKNK, untuk pelbagai kegunaan termasuk saham. Ada yang butirannya tidak perlu dimaklumkan. Pihak bank bertindak mengeluarkan wang melalui cek untuk dibayar kepada saham terbabit, seterusnya dikendalikan unit terbabit,” katanya.

Menurutnya, sekiranya beliau terlepas pandang, ianya bukan sesuatu yang disengajakan kerana sebelum ini, permohonan Permodalan Kedah Berhad (PKB) untuk membeli saham FGVH ditolak.

“Cek untuk beli saham bukan macam kita keluarkan cek beli lembu Raya. Bukan semudah itu. Mungkin ketika Mahdzir jadi Menteri Besar dan Pengerusi PKNK, dia tidak terlibat dalam urusan jual beli saham dan tidak tahu prosedur PKNK,” katanya - Sinarharian.com.my

Mustapha dijangkiti penyakit 'denial syndrom'

Harakahdaily, 22 Jul 2012
KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan menyifatkan tuduhan Umno kononnya PAS memerlukan artis selepas kejayaan Umno mendekati golongan muda satu tuduhan bersifat penafian.

"Saya menyifatkan bahawa Mustapa telah dihinggapi sindrom penafian atau denial syndrome apabila terus menerus menyatakan bahawa kemasukan golongan artis ini ialah kerana PAS tertekan dengan BN," kata Abdul Latif Abdul Rahman, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan dalam kenyataannya.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang disiarkan di dalam laman portal Malaysiakini pada 21 Julai 2012 yang mengulas berhubung fenomena kemasukan golongan artis ke dalam parti PAS kebelakangan ini.

Menurut Mustapa, ia berlaku kerana PAS kini mungkin memerlukan kerjasama artis dalam kempen mereka di Kelantan kerana tertekan dengan kejayaan BN mendekati golongan muda.

Menurut Mustapa lagi, BN telah berjaya menarik golongan muda menerusi program kesukarelawan 1Malaysia Youth For You (1M4U) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Ahad lepas dan ia memberi tekanan kepada PAS.

"Saya mengira Mustapa sebagai seorang Menteri penuh di peringkat pusat tidak wajar untuk mengeluarkan kenyataan yang sebegini cetek yang hanya bertujuan untuk meredakan keresahan pengikut-pengikut setia UMNO dan Barisan Nasional apabila melihat fenomena kemasukan beramai-ramai ke dalam parti PAS pada hari ini," kata Abdul Latif.

Bagi beliau, Mustapa tentunya beranggapan dengan kenyataannya itu, ahli-ahli UMNO akan percaya bahawa kemasukan golongan profesional dan karyawan ke dalam parti PAS pada hari ini tidak akan menjejaskan peluang UMNO untuk mempertahankan Putrajaya di dalam piliharaya umum yang akan datang nanti.

"Hakikatnya satu perkara yang perlu diingat bahawa kemasukan golongan artis khususnya ke dalam parti PAS ialah bukti bahawa seluruh lapisan masyarakat sudah jemu dan muak dengan segala macam penyelewengan yang berlaku di dalam negara yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.

"Ia terlampau teruk sehingga tidak mampu lagi diterima oleh rakyat negara ini," kata beliau.

Menurutnya, penyelewengan dan salah guna kuasa ini bukannya satu perkara yang baru, bahkan ia berulang-ulang dengan pelbagai isu yang didedahkan dari masa ke semasa.

Mengaitkan penyertaan golongan artis ke dalam PAS ini kerana kejayaan program kesukarelawan 1Malaysia Youth For You (1M4U) yang dilancarkan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak Ahad lepas juga merupakan satu lagi kenyataan yang melucukan daripada Mustapa Mohamad, tambahnya.

"Bagaimana Mustapa boleh mengatakan demikian sedangkan di barisan hadapan artis yang baru menyertai PAS ialah Bob Lokman yang menyerahkan borang keahlian PAS pada Februari 2011 iaitu kira-kira lima belas bulan sebelum program 1Malaysia Youth For You (1M4U) dilancarkan?! Adakah Pengerusi Perhubungan UMNO telah lupa tentang fakta ini?" soalnya.

Hakikatnya, tambah beliau, yang menggunakan artis untuk menarik kehadiran pengunjung ialah UMNO.

Itulah yang dilakukan UMNO di Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya dan diteruskan oleh UMNO Bahagian Kota Bharu yang menjemput artis wanita melakukan persembahan terbuka untuk menghiburkan para guru yang dipaksa dalam satu program pada minggu lepas.
Bukan lagi rahsia bahawa tanpa pertunjukan seperti ini ditambah dengan habuan kewangan dan paksaan untuk hadir, program yang diadakan UMNO tidak akan mendapat sambutan.

"Barangkali inilah caranya UMNO menyambut kehadiran bulan Ramadhan!" tempelaknya.

"Saya amat bersimpati dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan di atas kenyataan yang begitu naif ini.

"Apapun, saya ucapkan kepada beliau selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan," kata Latif dalam kenyataannya di hari pertama umat Islam berpuasa.

Parti pembangkang diresapi komunis... Ini gambar-gambar buktinya

http://mediaperak.com, 22 Jul 2012


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/07/22/parti-pembangkang-di-resapi-komunis-ini-gambar-gambar-buktinya/

Ramadhan: Didik masyarakat dengan sifat takwa

Hazayani Zakaria, 22 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Puasa itu untuk membentuk takwa dan takwa tidak akan tercapai jika kita tidak berpegang kepada al-Quran, kata ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.

Sambil mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan luar negara, Siti Zailah berkata, masyarakat harus diberi kesedaran agar menjalankan ibadah puasa sambil menghayati isi kandungan al-Quran.

"Tanggungjawab kita sekarang bagaimana memberi pemahaman agar menjadi amalan dalam diri umat Islam supaya berpuasa dengan menghayati al-Quran dan sangup berjihad untuk menegakkan kebenaran.

"Puasa nak lahirkan takwa dan takwa itu tak akan kita capai kalau tak pegang kepada al-Quran. Bagaimana cara hidup ikut al-Quran, bagaimana cara pemerintahan ikut al-Quran, bagaimana cara bergaul dn berpakaian mengikut al-Quran," kata beliau kepada Harakahdaily.

Ini kerana tegas beliau, sifat takwa sangat penting dalam diri seseorang apatah lagi bagi orang yang mengaku memperjuangkan Islam untuk melahirkan negara yang sejahtera.

"Selamat negara kalau rakyat dan pemimpin bertakwa, pegawai kerajaan bertakwa, ibu, bapa dan anak bertakwa. Kalau semua bertakwa, selamat negara, tak ada rasuah, tak ada penipunan dan  jenayah.

"Sekarang permasalahan negara berlaku kerana tak adanya pemimpin yang bertakwa," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Justeru beliau menyeru umat Islam khususnya muslimat agar memperbanyak amalan membaca al-Quran dan memahami isi kandungannya agar meningkatkan sifat takwa dalam diri.

"Saya menyeru kepada muslimat, bermula awal Ramadhan ini, selain bertarawih, kita banyakkan baca al-Quran.

"Memang tak semua hafal 30 juzuk al-Quran. Tapi sambil-sambil buat kerja pun kita boleh baca surah-surah yang kita ingat.

"Selain itu kita kena banyakkan bersedekah kerana itu boleh merapatkan hubungan kita dengan jiran tetangga dan fakir miskin," katanya lagi.

Sambutan Hari Koperasi memalukan Najib terhangat

Harakahdaily, 22 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Kehambaran sambutan Hari Koperasi Negara 2012 yang memalukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak paparan blog http://greenboc.blogspot.com merupakan artikel paling popular di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-29.


Di tangga kedua, ialah artikel blog http://www.ekeleh.com yang memaparkan giliran artis Noryn Aziz bersama PAS.

Artikel blog http://greenboc.blogspot.com yang memaparkan kemunculan artis Yatt Hamzah di Himpunan Hijau PAS peringkat Negeri Selangor pula menduduki tangga ketiga.

Di tangga keempat, ialah artikel blog http://darisungaiderhaka.blogspot.com mengenai strategi “kerahan tenaga” oleh pentadbiran Najib untuk mengumpulkan kehadiran belia ke Program 1Malaysia 4Youth.

Di tangga kelima pula ialah artikel blog http://shalehudin.blogspot.com yang memaparkan bagaimana acara membatalkan air sembahyang berlaku di program Umno.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 15 Julai hingga 21 Julai, 2012.

1
Najib Dimalukan Di Hari Koperasi Negara
2
Giliran Noryn Aziz Bersama PAS
3
(Meletup) Selebriti Yatt Hamzah bersama PAS
4
Patutlah 30,000 hadir dalam 1M4U.. ada kerahan tenaga rupanya.. lihat buktinya..
5
Acara membatalkan air sembahyang cara Umno... JOM tengok
6
Orang ini hidup senang lenang dengan gaji RM5.2 juta setahun
7
Bercerai selepas dicabar talak tiga
8
Patutlah Mahathir marah, namanya masuk ‘list Dictator Wikipedia’
9
Enakmen hiburan: Amaran Kelantan susulan persembahan Siti Nurhaliza
10
Samseng upahan ganggu ceramah Anwar ditangkap

Negara Berkebajikan: Seminar kumpul pakar 5 Ogos

Hazayani Zakaria, 22 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Pusat Penyelidikan PAS (PPP) akan menganjurkan Seminar Zulkifli Muhammad – Membangun Negara Berkebajikan pada 5 Ogos depan untuk membincangkan polisi dan cabaran bagi merealisasikan Tawaran Negara Berkebajikan PAS sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan raya Umum ke-13.

Seminar yang akan diadakan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUISZM), Taman Melewar ini merupakan kesinambungan daripada Seminar Pembentukan dan Penilaian Polisi Awam pada 8 Julai lalu yang memberi pengenalan kepada ahli-ahli PAS yang berpengalaman dalam bidang masing-masing untuk merangka dan membentuk polisi-polisi awam.

Menurut Pengarah Operasi PPP, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, seminar ini akan memberi peluang kepada kepimpinan PAS di peringkat pusat dan wakil-wakil rakyat PAS serta pakar-pakar dalam pelbagai bidang untuk duduk berbincang mengenai polisi dan cabaran apabila berjaya membentuk kerajaan.

"Seminar ini juga memberi peluang kepda kepimpinan PAS untuk mendapat input, sumbang saran dan pandangan daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang dan peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan taraf hidup," kata beliau kepada Harakahdaily.

Selain itu juga seminar selama sehari ini berperanan sebagai medium bagi kepimpinan PAS menyampaikan pandangan kepada masyarakat secara perbincangan dua hala.

Tambah beliau juga, PPP akan mengumpul data dan bahan yang diperoleh daripada seminar ini untuk didokumentasikan, seterusnya dijadikan bahan rujukan untuk merangka dan membentuk dasar-dasar berkaitan implementasi Dokumen Negara Berkebajikan.

PPP mensasarkan peserta daripada ahli jawatankuasa PAS Pusat, wakil-wakil Dewan Pemuda, Muslimat, Ulama' dan Himpunan Penyokong PAS, ahli-ahli Parlimen dan Adun, Wakil Badan Perhubungan Negeri, ulama', para profesional, pakar-pakar bidang, kepimpinan mahasiswa, wakil parti PKR dan DAP, NGO dan pimpinan masyarakat.

Dirasmikan oleh Naib Presiden, Salahuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, seminar ini terbahagi kepada tiga wacana iaitu Mampukah Rakyat Malaysia Memiliki Rumah Sendiri?, Implementasi Sistem Percukaian Di Malaysia – Satu Kajian Semula, dan Sukan dan Hiburan Di kalangan Belia dan Anak Muda disusuli dengan resolusi.

Manakala majlis penutup disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif PPP, Dr Dzulkefly Ahmad yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Antara ahli panel ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak, Nik Mohd Zawawi Salleh yang juga Setiausaha Majlis Syura PAS, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Prof. Datuk Dr Nik Mohd Zain Nik Razak, bekas pegawai Bank Negara, Dr Rosli Yaakob dan  Pengarah dan Penerbit Drama/Filem, Ahmad Idham Ahmad Nadzzri.

Yuran seminar ialah RM30 bagi mereka yang sudah bekerja dan RM 20 bagi mahasiswa.

Apa? Johor menghadapi masalah air?

http://greenboc.blogspot.com, 22 Jul 2012

Macam tak percaya negeri kuat UMNO ada masalah air. Negeri Timbalan Perdana Menteri pulak tu.

Sebelum ini cukup bising pom pang pom pang dari golongan UMNO/BN hebohkan masalah air di Selangor dan Kelantan.

Sekarang betul-betul kena kat batang hidung. Tak nak pulak bising.

Ulasan dari FB:


JOHOR hadapi krisis air, wow!!! aku tak percaya, bro.... memang tak percaya!! mana boleh Johor hadapi krisis air, yang hadapi krisis air ialah Selangor, apa pasal Johor pula yang jadi 'mangsa'??

Itulah kerja Allah namanya. Buat jahat, aniaya kerajaan negeri yang berkhidmat untuk rakyat, Allah bayar cash.... akhirnya Johor berdepan dengan krisis air. Insaflah.... marilah kita kembali berpolitik secara bersih kerana Allah, bukan berpolitik ala 'yahudi' seperti yang diamalkan oleh UMNO Barisan Nasional.
- Apek


Yang ni lagi teruk, tengoklah airnya warna apa. Kat negeri mana tu?


 

Tiada ulasan: