Azrinaz: 'Saya masih sama seperti dahulu'
15 Julai 2012
Lantaran itu saya membawa angan-angan itu berganti tahun dan akhirnya alhamdulillah... kala menyuarakan hasrat tersebut awal bulan lalu pada Saidatulnisa, Azrinaz bersetuju.
Namun tarikhnya belum dapat diputuskan kerana tuan punya diri terlalu padat dengan pelbagai urusan. Beliau di Malaysia hanya untuk beberapa hari bagi menjalani rakaman program ON AIR, kemudiannya akan terus terbang ke Singapura, Brunei, London dan Sepanyol.
Oh! Bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan insan yang pernah mengejutkan rakyat Malaysia dan Brunei dengan kisah perkahwinannya, malah pernah menjadi insan dikenali dunia.
Namun, saya enggan berputus asa, berbalas pesanan ringkas melalui Saidatulnisa sebagai insan perantaraan.
Kata saya, jika Azrinaz tidak sempat balik ke Malaysia, ingin sekali saya ke Singapura atau Brunei bagi memenuhi impian ini. Jawab Azrinaz, "amboiiiii bukan main lagi Kiffy ni!"
Dengan pantas saya berbalas, "saya memang betul-betul inginkan Azrinaz sebagai penghias wajah depan Nona, berusaha tangga kejayaan."
Selang beberapa hari dan secara berterusan, pesanan ringkas saya sering mengganggu Saidatulnisa dan Azrinaz! Maafkan saya kerana selagi tidak diputuskan tarikh pertemuan, tidak boleh duduk diam dibuatnya.
Alhamdulillah, saya mendapat jawapan yang ditunggu-tunggu. Rasa kebahagiaan bertamu, sujud syukur saya kepada-Nya kerana membuka pintu hati Azrinaz untuk menerima lamaran ini.
Namun sehari sebelum sesi fotografi diadakan, petang itu saya menerima pesanan ringkas dari Azrinaz mengenai busana yang ingin dipakai. Kata sepakat diputuskan Azrinaz akan membawa beberapa helaian koleksi peribadinya dan saya akan memilih beberapa lagi daripada pereka tempatan.
Selepas Maghrib, lampu merah berkelip-kelip di telefon bimbit saya menandakan ada pesanan ringkas.
Terbeliak biji mata saya membacanya, "saya minta maaf sangat-sangat. Saya tidak boleh buat Nona esok atas sebab-sebab tertentu. Saya minta maaf atas kesulitan ini."
Lidah saya menjadi kelu, tergamam tanpa boleh berkata apa-apa. 'Deadline' majalah sememangnya di atas garisan.
Saya seperti nyawa-nyawa ikan kerana tidak ada sebarang penghias wajah lain sebagai pengganti. Saya percaya, Azrinaz tidak bermaksud untuk berbuat demikian.
Pastinya di atas sebab tertentu, beliau terpaksa menarik diri pada saat akhir. Saya bertemu ketua editor untuk memaklumkan perkara ini.
Selepas beberapa baris ayat, suara saya semakin bergetar dan air mata mengalir. Saya tidak dapat menahannya lagi perasaan kecewa ini kerana segala-galanya sudah hampir di kemuncak, hanya menanti detik pertemuan itu sahaja.
Namun, saya perlu berfikiran positif dan bertenang untuk memikirkan apa yang seharus saya lakukan seterusnya. Dalam suasana muram dan sempat menghabiskan dua pinggan nasi (begitu cara saya melepaskan segala rasa tekanan).
Tepat jam 9.03 malam, saya menerima pesanan ringkas daripada Azrinaz menyatakan, beliau telah berusaha menyelesaikan beberapa perkara dan Insya-Allah esok boleh dilaksanakan.
Sekali lagi air mata saya mengalir, tanda gembira dan bersyukur. Alhamdulillah... impian bakal tercipta. Terima kasih berkali-kali saya ucapkan buat Azrinaz.
Tanggal 26 Mei 2012. Hari yang ditunggu tiba, saya dan Azrinaz bertentang mata, membuka bicara kemesraan dengan tenang.
Seindah itu juga aura kemewahan Penthouse Le Meridien, menyambut pertemuan kami ini. Azrinaz sekali lagi meminta maaf atas segala kesulitan yang telah berlaku dan saya faham keadaan ini juga bukan mudah baginya. Ia menjadi sebahagian daripada kenangan teristimewa dalam hidup saya untuk berkongsi kisah perjalanan sewaktu sesi, UP CLOSE & PERSONAL WITH AZRINAZ MAZHAR HAKIM diadakan khas buat semua pembaca Nona...
PERTEMUAN BERMAKNA
Wanita anggun yang sering kali saya lihat di kaca televisyen dan dada akhbar, kini berada di hadapan mata. Tipu kiranya saya menyatakan tidak berasa gementar pada awal pertemuan tetapi Azrinaz membuka ruang dirinya untuk sesiapa sahaja yang berada di sekeliling, berasa cukup selesa. Tampil dengan gaya kasual chic!
Azrinaz menyarung skinny jeans bersama white t-shirt DIOR dan jaket ala-old school rona biru gelap.
Langkah diatur kemas bersama sepatu LV dan menggenggam tas tangan daripada jenama yang sama. Tutur kata kala berbicara sopan dan lemah lembut, jelas mencerminkan keperibadian dirinya yang merendah diri dan disenangi.
"Saya tidak menghilang kemana-mana. Sekarang saya sering berulang-alik di Malaysia, Brunei dan London. Jika di Brunei, masa saya sepenuhnya bersama anak-anak. Pulang ke Malaysia, waktu bersama keluarga dan saya masih lagi tinggal di sini bersama ibu dan ayah. Ini tanah tumpah darah, sejauh mana saya pergi Malaysia tetap di hati.Ó"
"Sejak dari dahulu lagi, sewaktu bekerja sebagai penyampai dan wartawan penyiaran saya tidak menerima atau keluar di mana-mana wawancara untuk majalah atau sebagainya. Termasuklah juga sewaktu berumah tangga, saya lebih selesa untuk 'low profile'.
"Cuma sekarang saya memberi banyak tumpuan kepada urusan peribadi dan perniagaan hartanah bersama ayah tercinta kerana beliau sememangnya dari dahulu lagi terlibat dalam jurusan ini," jelas Azrinaz dengan tenang.
Adakah disebabkan kerinduan dalam dunia penyiaran membuatkan Azrinaz menerima undangan sebagai salah seorang juri dan tenaga pengajar untuk rancangan ON AIR.
"Ya! Masih ada rindu saya pada bidang yang pernah diceburi. Dunia kewartawanan senantiasa dekat dalam hati saya.
"Menerima tawaran tersebut bukanlah kerana ingin glamor atau bayarannya, saya ingin berkongsi pengalaman bersama mereka yang benar-benar ingin berkecimpung dalam industri ini. Malah topik untuk episod yang saya hadir sebagai juri dan penasihat, amat sesuai sekali dengan rujukan yang diberikan kepada saya 'ratu stand upper'.
"Malah jadual rakaman tidak terlalu lama dan saya terima dari segi profesional, walaupun beberapa kali saya berfikir juga untuk membuat come back!".
"Malah saya cukup teruja apabila berpeluang untuk bekerjasama dengan Aznil Nawawi dan melepas kerinduan bertemu Datin Seri Normala. Banyak yang kami sempat berbual dan bicarakan termasuk perancangan perniagaan yang mungkin boleh dilakukan suatu hari nanti, insya-Allah." ujar Azrinaz.
Selepas ini, mungkin Azrinaz akan kembali aktif di hadapan kamera?
"Oh! Tidak lagi aktif seperti dahulu. Saya hanya lakukan jika ada masa kelapangan dan sebagai hobi.
"Sebenarnya gemuruh juga apabila berhadapan dengan kamera buat pertama kalinya, setelah lama ditinggalkan. Kamera sekarang pun sudah kecil berbanding dahulu (ketawa kecil Azrinaz). Paling penting saya rasa gembira sangat, rasanya seperti kembali ke zaman muda dahulu."
Sempat saya berseloroh pada Azrinaz, sekarang pun masih kekal muda, cantik dan langsing lagi. Tersenyum malu, Azrinaz.
Nasihat terbaik daripada Azrinaz buat mereka yang ingin menjadikan bidang kewartawanan penyiaran sebagai satu kerjaya, "mereka seharusnya lebih fokus dengan pilihan kerjaya ini, bukan sekadar untuk menjadi seorang yang glamor. Harus bermula dari bawah, tidak cerewet dan jangan sesekali menjadi diva. Selain itu, sebagai seorang wartawan penyiaran penampilan harus dijaga."
"Kerjaya ini menuntut anda untuk bersedia 24 jam dan kadang-kadang masa peribadi juga terpaksa dikorbankan. Tetapi ia cukup menyeronokkan dan banyak pengalaman yang bakal diperoleh. Kita akan belajar lebih banyak erti kehidupan dari masyarakat biasa sehinggalah ke tahap VVIP. Semuanya ini bergantung pada kesungguhan dan minat mendalam individu tersebut."
"Hidup ibarat sebuah perjalanan, penuh liku-liku. Terkadang jalan yang kita tempuh mulus tanpa hambatan. Namun tak jarang juga jalan yang kita lewati berkelok-kelok, berbatu-batu dan juga terjal. Ada ketika sambil berjalan, kita mungkin tersungkur. Namun segala kesedihan dan kegembiraan itu menjadi momen sejarah peribadi yang tidak mungkin dilupakan.
"Hampir separuh perjalanan hidup saya di muka bumi telah dilalui dengan pelbagai warna. Saya reda dengan segala-galanya, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Saya jadikan sebagai satu bingkisan perjalanan hidup yang cukup istimewa. Walaupun status kini berbeza, namun keperibadian saya masih sama seperti dahulu."
Sertai Pas, azam baru pelakon Adam Hamid
15 Julai 2012
Menurutnya, dunia seni kini semakin lalai dan ramai penggiat seni tidak menghiraukan perintah-Nya ketika berkecimpung dalam dunia seni.
"Ramai yang leka dengan perintah-Nya dan melakukan yang terlarang.
"Jadi saya berasa terpanggil untuk mengajak mereka ke arah yang lebih baik dan berkongsi ilmu yang saya ada walaupun sedikit," ujarnya ketika ditemui selepas sesi ceramah pada majlis Siri Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Wilayah Persekutuan di sini, malam tadi.
Pada mulanya, beliau mahu bersara dalam bidang seni tetapi rakan-rakan artis melarang kerana khidmatnya sebagai pelakon dan pengarah masih lagi diperlukan.
"Saya akan bersara jika ada pihak-pihak tertentu yang menyenaraihitamkan nama saya untuk terlibat dalam mana-mana pihak produksi lakonan.
"Saya juga berharap agar dengan saya menyertai Pas ini tidak disalahertikan oleh mana-mana pihak," tambah beliau.
Beliau menambah, hanya menyerahkan segalanya kepada takdir berhubung statusnya dalam bidang seni tetapi bagi dirinya sendiri, usaha dalam bidang lakonan tetap akan diteruskan kerana ia sudah sebati dalam jiwa.
Ditanya adakah hanya mengikut trend artis kini yang semakin ramai mula menyertai arena politik tanah air, beliau lantas menafikan.
"Tidak. Saya tidak pernah terikut-ikut dengan langkah artis lain menyertai politik. Saya mula bergiat aktif dalam arena politik sudah lama tetapi baru kali ini saya meyerahkan borang keahlian secara rasmi dan saya merupakan pengikut setia Pakatan Rakyat," ujarnya.
Artis pengaruhi peminat berpolitik
15 Julai 2012
Bagaimanapun diva tanah air itu berkata, ia terpulang kepada masyarakat untuk mengikuti artis yang disukai terlibat dalam politik berdasarkan kehendak masing-masing.
“Rakyat negara ini berhak bersuara dan memilih apa yang mereka inginkan dalam berpolitik. Seperti saya menyokong kerajaan yang memerintah dan gembira dapat buat persembahan untuk berbakti kepada masyarakat,” katanya selepas membuat persembahan di Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 peringkat Parlimen Kota Bharu, semalam.
Dalam pada itu, Siti Nurhaliza berkata, penglibatan artis di negara ini dalam politik merupakan satu perkembangan positif kerana artis mampu menabur bakti kepada masyarakat.
Beliau berkata, situasi itu bukan perkara yang asing malah artis terbabit perlu lebih bertanggungjawab memikul amanah yang diberikan.
“Bagi saya untuk masuk ke dalam politik secara serius memerlukan seseorang yang betul-betul bersedia dan mengetahui tentang tanggungjawab apabila bergelar individu yang diberikan amanah,” katanya.
Apabila ditanya mengenai fenomena artis terlibat dalam politik dianggap sebagai publisiti murahan, Siti Nurhaliza berkata, ia bergantung kepada niat dan pendirian artis terbabit.
Katanya, semua artis mempunyai hak untuk memilih perkara yang terbaik untuk diri masing-masing.
Kini perkembangan politik negara dimeriahkan dengan pembabitan artisartis terkemuka tanah air. Antaranya Hairie Othman memilih masuk Pas pada Jun lalu, Amy Search dan Jamal Abdillah pula memilih Umno.
Pelajar ditemui mati tergantung
15 Julai 2012
Mayat pelajar berkenaan ditemui penduduk Taman Selasih yang kemudiannya menghubungi polis. Ketua Balai Polis Kulim, Asisten Superintendan Mohd Azlan Abd Kadir berkata, ketika ditemui mangsa memakai baju T dan seluar seragam sekolah.
Dari siasatan awal dijalankan mendapati, sebelum ini mangsa bersekolah di Lunas bagaimanapun terpaksa berpindah ke Kulim.
“Mangsa berusia 17 tahun dan masih bersekolah di tingkatan lima. Mayat mangsa ditemui oleh orang awam dalam keadaan tergantung di mana lehernya terjerut dengan tali nilon.
"Ketika pemeriksaan dijalankan terhadap mayat mangsa, polis turut menemui sekeping nota yang ditulis mangsa di atas singki berdekatan dengannya, " katanya.
Menurutnya, dalam nota itu bertulis, 'tiga nama ini harus berada di hari pengebumian saya' mayat mangsa kemudiannya di bawa ke bilik Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat.
Hasil maklumat waris mangsa, mangsa merupakan seorang pelajar pintar dan disenangi keluarga.
Mohd Azlan berkata, keputusan bedah siasat menunjukkan mangsa mati tergantung dan polis tidak menemui sebarang perlakuan jenayah terhadap mangsa dan mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut.
Pemimpun Umno: Elok PRU13 selepas Bajet 2013
15 Julai 2012
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau secara peribadi berpendapat lebih elok PRU13 diadakan selepas belanjawan dibentangkan.
"Pada saya elok lepas bajet. Secara peribadi, sebab kita ini jenis kerajaan yang menepati janji dan bajet yang lepas kerajaan telah tepati janji-janjinya.
"Jadi kalau kerajaan bentang lagi bajet, rakyat akan tahu bajet itu akan ditepati. Jadi untuk apa kita perlu awal-awal. Ya tak? Kalau kita tahu 28 September itu (hari) bajet, kenapa kita perlu melepaskan peluang kita ini... ini pandanagn peribadi sayalah, tapi masih lagi terpulang kepada Perdana Menteri," kata beliau merujuk kepada keistimewaan Perdana Menteri dalam memanggil PRU dan juga pembentangan Bajet 2013 yang dijadulkan 28 September ini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya pandangannya mengenai tarikh yang sesuai bagi PRU13 ketika ditemui Sinar Harian Online di bangunan Parlimen baru-baru ini.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas apabila ditanya sama ada Majlis Tertinggi Umno ada membincangkan idea beliau itu.
Akhir Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Bajet 2013 akan dibentangkan di Parlimen pada 28 September.
Selepas siri spekulasi dan teka-teki bahawa PRU13 akan diadakan awal Jun dan Julai, kini banyak pihak meramalkan ia akan dipanggil selepas sambutan Aidilfitri dan Hari Kebangsaan 2012. Aidilfitri akan disambut akhir bulan depan dan ia akan disusuli dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 16 September.
Malah, ada yang meramalkan PRU13 akan dipanggil awal tahun depan atau di akhir mandat semasa.
Mandat semasa Kerajaan Pusat yang dipimpin BN akan berakhir penghujung April 2013.
Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, rakyat telah menerima dan merasai kesemua janji yang diumumkan oleh Kerajaan Pusat pada Bajet 2012.
"Bajet tahun lepas rakyat telah menerimanya. Antara yang terbesar RM100 (untuk pelajar sekolah), RM200 (penunttu institusi pengajian tinggi) dan RM500 (Bantuan Rakyat 1Malaysia). Dan, rakyat menerima RM100 dan RM200 itu tanpa mengira kaum dan RM500 juga tanpa mengira kaum, yang layak semua dapat.
"Jika pilihan raya lepas bajet, bermaksud pilihan raya itu beri keyakinan... bererti rakyat sudah ada dalam kepala mereka, kalau kerajaan janji dalam bajet, dia (kerajaan) akan tunai.
"Dan, kita ke hulu hilir kita buat jelajah janji ditepati. Apa yang kita janji dalam bajet kita tepati," katanya dilihat merujuk kepada program Janji Ditepati, yang dilancarkan bulan lalu.
Sehubungan itu jelas beliau, sekiranya PRU13 diadakan selepas pembentangan belanjawan, bererti janji-janji itu kepada rakyat akan dilaksanakan.
"(Jadi), untuk apa kita ingin membuang senjata yang begitu penting," katanya.
Zahid: Jangan ambil sikap selesa jika tidak mahu sejarah 2008 berulang
15 Julai 2012
Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebaliknya seluruh anggota perlu memperkukuhkan jentera dan sokongan terhadap parti masing-masing bagi meraih hati pengundi serta bekerjasama erat antara parti komponen BN.
"Umno perlu kuatkan jentera selain bantu menyokong rakan-rakan parti komponen," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kuala Kangsar di sini hari ini.
Beliau berkata seluruh anggota dan pemimpin Umno dan BN perlu lebih bekerja keras berbanding sebelum ini bagi meraih sokongan semua golongan pengundi.
Sementara itu di SUNGAI SIPUT, Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan dan anggota Parlimen Bagan Datoh berkata jika anggota Umno dan BN tidak mahu berada di bawah pentadbiran pembangkang, seluruh parti perlu memastikan pemimpin dan jentera bekerja kuat untuk meraih sokongan rakyat.
Pembangkang cuba membawa 'acuan' politik negara lain ke dalam negara ini dan jika negara mengalami kesusahan, rakyat tidak boleh mengharapkan negara lain membantu, katanya ketika menutup mesyuarat perwakilan Umno bahagian Sungai Siput di sini. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan