SAINTIS PERANCIS MEMELUK ISLAM SETELAH MENGKAJI MAYAT FIRAUN
Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal.
Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.
Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.
Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.
Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.
Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.
Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.
Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?
Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.
KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.
“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”
Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Kisah Firaun dalam al-Quran
Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.
Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.
“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.
Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)
Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.
Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.
Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).”
Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”
Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.
Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.
“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.
“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.
Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.
Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal.
( Surah an-Anfal : Ayat 2 )
Wallahua'lam.
sekadar renungan & iktibar bersama.
salam tulus-DF

MB: Air percuma bukti S'gor urus air dengan baik
Program
pemberian air percuma yang membolehkan rakyat menikmati 20 meter padu
pertama secara percuma setiap bulan adalah bukti keupayaan pengurusan
Kerajaan Negeri dan kesungguhan untuk memastikan industri air di
Malaysia diuruskan dengan menjadikan kebajikan rakyat menjadi keutamaan,
kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Secara purata, keluarga yang mendiami rumah bertanah di Selangor menikmati penjimatan RM1,200 setahun sejak program ini diperkenalkan pada Jun 2008.
"Manakala keluarga yang tinggal di rumah bertingkat pula menikmati penjimatan secara purata hampir RM900 setahun dalam tempoh itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kerajaan negeri, tambahnya, telah membekukan cadangan untuk menaikkan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) sebanyak dua kali iaitu untuk 2009 dan 2012.
"Kerajaan Selangor telah membelanjakan RM550 juta setakat ini untuk Program Pemberian Air Percuma. Namun begitu, kerajaan negeri masih berupaya meningkatkan rezab negeri kepada RM2.1 billion pada 2012 berbanding hanya RM400 juta pada 2008," kata menteri besar.
Ini, tegas Abdul Khalid, adalah hasil dasar kewangan mesra rakyat yang mematuhi prinsip-prinsip integriti dan tadbir urus yang baik.
"Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor membuat banyak usaha untuk memastikan rakyat berhak untuk berkongsi keuntungan, aset dan sumber negeri," tambahnya.
28 Julai 2012
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam masa
terdekat, sekiranya yakin dengan kaji selidik peningkatansokongan
pengundi Cina terhadap pentadbirannya yang dijalankan Merdeka Center.
Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, semua pihak perlu melihat secara keseluruhan kajian itu, yang turut menunjukkan penurunan sokongan pengundi Melayu dan India.
Menurutnya, walaupun kajian ini memberi sedikit implikasi, namun beliau tidak melihat peningkatan sokongan ini sebagai petanda besar yang mampu memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).
"Jika Najib yakin sokongan pengundi berdasarkan kajian ini, beliau wajar adakan PRU13 sekarang.
"Kesemua usaha Perdana Menteri hanya bersifat memancing undi semata-mata dan tidak memberi kesan sokongan jangka panjang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung peningkatan sokongan pengundi Cina terhadap Najib daripada 37 peratus Mei lalu kepada 42
peratus bulan lalu.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, Kajian Merdeka Center tidak semestinya memberi gambaran sebenar sokongan masyarakat Cina terhadap pentadbiran Najib.
"Kajian ini dilakukan ke atas responden terhad dan bukannya keseluruhan rakyat," katanya.
Menurutnya, berdasarkan tinjauan beliau, masih ramai rakyat tidak berpuas hati pentadbiran Kerajaan Pusat.
"Kajian ini tidak semestinya tepat. Tidak wajar kita ambil sebagai keputusan muktamad," katanya.
28 Julai 2012
SHAH ALAM – Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang
meningkat dalam kalangan masyarakat Cina tidak boleh digambarkan
sebagai sokongan kepada Barisan Nasional (BN) secara keseluruhan.
Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Sains Polisi, Universiti Kolej Antarabangsa Sedaya (UCSI), Dr Ong Kian Ming berkata, keputusan kajian dilakukan Merdeka Center dan beberapa universiti awam baru-baru ini tidak seharusnya disalah ertikan sebagai bukti BN kembali kuat.
“Jangan salah anggap. Ia sokongan kepada Najib sahaja, bukannya BN, jika sokongankepada BN, peratusannya di bawah 40 peratus,” katanya.
Dalam kajian Merdeka Center, sokongan pengundi Cina terhadap Najib telah meningkat daripada 37 peratus pada bulan Mei kepada 42 peratus pada bulan Jun.
Ditanya sama ada trend ini akan berterusan, Kian Ming berkata, sokongan ini hanya akan berlegar-legar sekitar 40 hingga 50 peratus sahaja.
“Selepas perhimpunan Bersih 3.0 pada hujung April, sokongan masyarakat Cina terhadap Najib hanyalah 37 peratus pada Mei, kemudian pada Jun sokongan meningkat mungkin kerana faktor Bersih 3.0 sudah hilang,” katanya.
Menurutnya, sokongan masyarakat Cina meningkat tidak semestinya membuatkan Najib yakin mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13.
“Walaupun sokongan masyarakat Cina meningkat, tetapi sokongan Melayu dan India menurun, maka itu membimbangkan Najib,” katanya.
27 Julai 2012
KUALA LUMPUR - Janji pembangkang mahu merombak Dasar Automotif Negara
sekaligus mahu menurunkan harga kereta jika dapat menawan Putrajaya pada
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang dilihat sebagai tidak
rasional.
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata cadangan itu tidak rasional kerana dalam sekilas pandang kelihatan menarik, namun untuk jangka panjang akan memberi kesan negatif kepada ekonomi negara dan kehidupan rakyat.
"Pembangkang ni, saya tengok, dengan mudahnya nak turunkan harga itu dan ini, sampai rugi. Sedangkan syarikat-syarikat kereta inilah yang membayar cukai kepada kerajaan, yang sekaligus kembali semula kepada rakyat dalam bentuk pelbagai faedah untuk rakyat," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat Mohd Rafizi Ramli yang dilapor berkata menerusi penstrukturan semula Dasar Automotif Negara dapat mengurangkan beban hutang rakyat sekaligus dapat meningkatkan pendapatan boleh guna.
Tajuddin, yang juga Pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) berkata pembangkang perlu juga melihat kesan sebarang cadangan mereka terhadap rakyat, bajet negara, agenda pembangunan dan juga pendapatan kerajaan.
"Jika syarikat ini bayar cukai yang sedikit, pendapatan kerajaan berkurangan dan dengan itu macam mana kerajaan akan mampu membiayai agenda pembangunan seperti membina hospital dan jalan raya untuk faedah rakyat.
"Tanpa prasarana yang baik, tidak wujud persekitaran yang kondusif untuk pelaburan, mengakibatkan syarikat rugi dan pelabur lari. Akhirnya rakyat jadi mangsa apabila dibuang kerja dan menganggur," katanya.
Dalam perkembangan lain, Tajuddin berkata langkah kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang ditadbir PAS-DAP dan Parti Keadilan Rakyat memberi bonus kepada penjawat awam negeri masing-masing membuktikan bahawa mereka terpaksa meniru langkah yang dibuat oleh kerajaan pusat.
"Pembangkang dari awal lagi tuduh apa yang kerajaan buat semuanya sebagai memancing undi. Namun akhirnya mereka nampak usaha itu baik dan terpaksa turut melakukannya demi mengekalkan kuasa mereka di negeri-negeri itu," katanya.
Semalam, kerajaan Selangor meluluskan pemberian bonus setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM500 dan juga memutuskan untuk memberi bonus tambahan sebanyak RM200 yang dinamakan Bonus Simpanan Selangorku kepada penjawat awam negeri.
Manakala kerajaan Pulau Pinang mengumumkan akan memberi bonus setengah bulan gaji atau minimum RM600 kepada pegawai perkhidmatan awam negeri. - Bernama
28 Julai 2012
SHAH ALAM - PKR menegaskan kereta buatan nasional akan tetap lebih
murah berbanding kereta import, walaupun cadangan Pakatan Rakyat (PR)
untuk menghapuskan duti eksais dilaksanakan.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, duti eksais adalah cukai menyeluruh yang dikenakan ke atas sekumpulan barangan tanpa mengira ia dihasilkan di dalam atau di luar negeri.
“Ini bermakna, hampir semua kereta dijual oleh Proton atau Perodua, mempunyai sekurang-kurangnya 85 peratus cukai eksais dan cukai jualan,
"Perkara ini sama berlaku terhadap model-model yang dijual oleh Honda, Toyota dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau berkata, sekiranya rombakanstruktur cukai dibuat dan cukai eksais dihapuskan, harga kesemua model kereta termasuk Proton, Perodua, Toyota dan Honda akan turun.
“Oleh yang demikian, harga kereta Proton dan Perodua masih kekal sebagai harga kereta terendah di pasaran pada harga purata di bawah RM30,000 setiap satu model.
“Berbanding kereta- kereta lain (seperti Honda, Toyota dan lainlain) yang harganya akan jatuh sekitar RM50,000 setiap satu model secara
purata,” katanya.
Beliau berkata, PKR telah kaji secara terperinci mekanisme rombakanstruktur cukai, bagi memastikan penghapusan
cukai eksais mampu diganti dengan sumber pendapatan baru.
“Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membentangkan perkara ini minggu depan," katanya.
Sebelum ini, PKR menyenaraikan janji menghapuskan cukai eksais bagi kereta yang dijual di Malaysia sebagai salah satu agenda utama dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR) untuk Pilihan Raya Umum ke–13.
28 Julai 2012
SHAH ALAM - Menteri Besar, Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
mengumumkan bonus dua bulan gaji kepada kakitangan Perbadanan Kemajuan
Negeri Selangor (PKNS).
Katanya, bonus itu akan dibayar dalam bulan Ramadan dan selepas Aidilfitri bagi menggalakkan mereka berjimat.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis berbuka puasa dan sambutan ulang tahun PKNS ke-48 di sini malam tadi.
Abdul Khalid juga berkata, PKNS perlu meletakkan asas yang kukuh untuk bertahan sehingga beratus tahun menerusi pelaburan terhadap warga kerjanya.
"Pelaburan besar PKNS ialah melatih dan memberikan kemahiran kepada warga kerjanya. Oleh sebab itu, kita tidak boleh mengharapkan rakan kongsi kita, kita tidak boleh mengharapkan perunding," katanya.
Beliau berkata, PKNS perlu melatih pegawainya sendiri supaya kemahiran, pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada kekal di perbadanan itu dan mempunyai kelangsungan. - Bernama
27 Julai 2012
BANGI BARU BANGI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak wajar
menggunakan mandat sepenuhnya, sehingga April 2013, sebelum memanggil
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Ulung Datuk Shamsul Amri Baharuddin berkata, Najib perlu menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun sedia ada untuk terus membantu rakyat serta memakmurkan negara, yang dilihat dapat meraih sokongan.
"Saya tidak mahu cadang bila beliau patut bubar (Parlimen), beliau lebih tahu.
"Tetapi kalau saya berpeluang, saya akan kata, gunakan hingga akhir (mandat)," kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.
Terdahulu tenaga akademik ini mengambil bahagian dalam forum khas mengenai pilihan raya umum ada yang diadakan pada Program Semarak Kasih MPN Bersama Anak Yatim di sini, hari ini.
Selain beliau, turut menjadi ahli panel ialah Prof Dr Mansor Mohd Noor dan Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Syed Idid.
Shamsul Amri yang juga Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita) menekankan bahawa mandat semasa bukan diperoleh menerusi kepimpinan Najib selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional.
"Datuk Seri Najib baru tiga tahun jadi Perdana Menteri. Beliau masih ada masa, seharusnya menggunakan untuk meneruskan program kerajaan," katanya lagi.
Beliau ditanya pada pandangan MPN bila masa yang sesuai Najib memanggil PRU13 di sebalik spekulasi bahawa Parlimen dibubarkan bulan lalu. Spekulasi baru menyebut Parlimen kemungkinan akan dibubarkan September ini atau November dan jika tidak kemungkinan besar Mac-April depan.
Mandat kerajaan semasa akan berakhir penghujung April 2013.
Ketika ditanya sama ada beliau melihat kemungkinan BN akan menang tetapi hanya memperoleh majoriti tipis berdasarkan beberapa kajian yang dikemukakan kebelakangan ini, Shamsul Amri bersetuju dengan tanggapan itu.
Bagaimanapun beliau menolak andaian negara akan berhadapan dengan kemungkinan Parlimen gantung.
"Parlimen gantung, saya rasa tidak, tidak mungkinan... 111-110 kerusi? Tidak mungkin. Majoriti tipis, ya mungkin," katanya yang yakin BN akan mengekalkan kuasa.
Laporan media kelmarin memetik anggota MPN berkata BN akan menang di peringkat pusat tetapi tidak akan memperoleh majoriti dua pertiga.
Prof Madya Dr Fuad Mohd Jali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, Umno dan BN mempunyai kelebihan untuk memenangi PRU13 dan merampas kembali beberapa negeri yang ditadbir pembangkang.
Katanya, kajian itu, yang dilakukan terhadap 1,400 responden di Kedah dan Selangor pada Mac hingga Mei tahun ini, menyimpulkan bahawa rakyat Malaysia setakat ini memilih BN.
"Di Selangor, pengundi cenderung untuk memilih BN manakala di Kedah kedudukannya 50-50 tetapi ia mungkin berubah," katanya pada Perbincangan Meja Bulat 'PRU 13: Malaysia Pilih Siapa' anjuran Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa MPN.
Pengerusi Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran UKM itu berkata PRU13 merupakan satu kemuncak kepada penilaian prestasi bagi BN dan pakatan pembangkang di empat negeri sama ada mereka boleh kekal memerintah ataupun BN berjaya merampas kembali keempat-empat negeri berkenaan.
Secara keseluruhannya, beliau berkata 69.6 peratus responden menyatakan bahawa BN akan memenangi PRU 13 iaitu 37.5 peratus menyatakan bahawa BN akan menang dengan 2/3 majoriti manakala 32.1 peratus pula menang dengan majoriti mudah.
ends
28 Julai 2012
KUALA LUMPUR - Hasrat Pas yang mahu melaksanakan hukum hudud di negara
ini sukar untuk direalisasikan kerana parti itu perlu terlebih
dahulu meminda Perlembagaan Persekutuan, kata Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepong berkata, untuk meminda perlembagaan bukan sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen.
"Nak hudud mesti ada pindaan di Parlimen. Dia (Pas) tahu nak dapat majoriti dua pertiga itu mustahil," katanya.
Malah, katanya sehingga hari ini Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 juga masih tidak dapat dikuatkuasakan.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelanta,n Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas pada Rabu lepas yang mengulangi pendirian parti itu untuk memperjuangkan hukum hudud walaupun tidak dipersetujui DAP.
Menurut Tan, isu hudud merupakan satu perkara yang rumit terutama dalam sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk dan ia tidak sepatutnya dibangkitkan.
"Jangan kita bangkitkan perkara yang boleh menimbulkan porak-peranda terutama kepada perkara yang tak boleh dilaksanakan," katanya.
Mengulas mengenai pendirian DAP itu, bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Chandra Muzaffar berkata, pendirian Pas untuk memperjuangkan hukum hudud walaupun tidak mendapat restu DAP menunjukkan kedua-dua parti tersebut banyak perbezaan dan tidak sealiran.
Beliau yang juga Presiden Pergerakan Keadilan Sejagat (Just) berkata kedua-dua parti berkenaan hanya berpakat kerana mereka mempunyai 'musuh' tertentu yang menghalang hasrat untuk merampas kuasa di peringkat persekutuan dan negeri.
"Ini menunjukkan hubungan mereka satu hubungan yang beroportunis kerana mereka nak berkuasa, tak ada sebab lain," katanya.
Chandra juga berkata tindakan Pas yang memberi keutamaan kepada hudud apabila berkuasa menunjukkan seolah-oleh bahawa hukuman tersebut mencermikan tamadun Islam.
"Ini tak betul kerana yang mencerminkan kegemilangan Islam adalah ilmu pengetahuan dan keadilan," jelasnya. - Bernama
28 Julai 2012
PEKAN – Perkahwinan pasangan remaja yang dikenali sebagai Syafiq, 16,
dan Yana, 14, yang tersebar di laman blog serta video majlis perkahwinan
di YouTube mengundangkontroversi serta terus mendapat pelbagai reaksi
masyarakat di negara ini. Sinar Harian sempat berkunjung ke rumah
keluarga pengantin lelaki di Bandar Dara Chini, namun keluarganya
bertegas tidak mahu ditemu bual ekoran tidak selesa dengan publisiti
yang diperoleh secara mendadak.
Menurut sumber keluarga terdekat, video tersebut dimuat turun ke laman maya bertujuan untuk berkongsi saat bahagia pasangan terbabit dengan ahli keluarga yang tinggal berjauhan dan tidak sempat hadir pada hari perkahwinan tersebut.
Sinar Harian turut difahamkan bahawa pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada Februari lalu, namun kenduri bagi meraikan pasangan pengantin ini diadakan pada 8 Julai lalu.
Ibu pengantin lelaki yang ditemui turut mengakui bahawa dia sekeluarga memilih untuk berdiam diri walaupun ada reaksi negatif yang diterima daripada masyarakat mengenai perkahwinan anaknya.
Menurutnya, anak lelakinya akan meneruskan persekolahan pada tahun hadapan dan berharap agar orang ramai memahami situasi mereka yang merestui hubungan dan perkahwinan berkenaan.
Sementara itu, Kadi Daerah Pekan, Ahmad Nizam Abdul Manan yang dihubungi berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat berkaitan perkahwinan pasangan berkenaan.
Menurutnya, sebarang perkahwinan yang melibatkan pasangan atau salah seorang daripada pengantin di bawah umur seharusnya mendapatkan perintah kebenaran daripada pihak mahkamah sebelum ia dijalankan.
Seorang teman mempertikaikan tulisan saya pada NOTA di Facebook saya. Saya catitkan semula di bawah ini apa yang saya tulis:
"Secara purata, keluarga yang mendiami rumah bertanah di Selangor menikmati penjimatan RM1,200 setahun sejak program ini diperkenalkan pada Jun 2008.
"Manakala keluarga yang tinggal di rumah bertingkat pula menikmati penjimatan secara purata hampir RM900 setahun dalam tempoh itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kerajaan negeri, tambahnya, telah membekukan cadangan untuk menaikkan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) sebanyak dua kali iaitu untuk 2009 dan 2012.
"Kerajaan Selangor telah membelanjakan RM550 juta setakat ini untuk Program Pemberian Air Percuma. Namun begitu, kerajaan negeri masih berupaya meningkatkan rezab negeri kepada RM2.1 billion pada 2012 berbanding hanya RM400 juta pada 2008," kata menteri besar.
Ini, tegas Abdul Khalid, adalah hasil dasar kewangan mesra rakyat yang mematuhi prinsip-prinsip integriti dan tadbir urus yang baik.
"Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor membuat banyak usaha untuk memastikan rakyat berhak untuk berkongsi keuntungan, aset dan sumber negeri," tambahnya.
Jika yakin, Najib perlu buat PRU sekarang
28 Julai 2012
Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, semua pihak perlu melihat secara keseluruhan kajian itu, yang turut menunjukkan penurunan sokongan pengundi Melayu dan India.
Menurutnya, walaupun kajian ini memberi sedikit implikasi, namun beliau tidak melihat peningkatan sokongan ini sebagai petanda besar yang mampu memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).
"Jika Najib yakin sokongan pengundi berdasarkan kajian ini, beliau wajar adakan PRU13 sekarang.
"Kesemua usaha Perdana Menteri hanya bersifat memancing undi semata-mata dan tidak memberi kesan sokongan jangka panjang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung peningkatan sokongan pengundi Cina terhadap Najib daripada 37 peratus Mei lalu kepada 42
peratus bulan lalu.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, Kajian Merdeka Center tidak semestinya memberi gambaran sebenar sokongan masyarakat Cina terhadap pentadbiran Najib.
"Kajian ini dilakukan ke atas responden terhad dan bukannya keseluruhan rakyat," katanya.
Menurutnya, berdasarkan tinjauan beliau, masih ramai rakyat tidak berpuas hati pentadbiran Kerajaan Pusat.
"Kajian ini tidak semestinya tepat. Tidak wajar kita ambil sebagai keputusan muktamad," katanya.
Sokongan pada Najib, bukan BN
28 Julai 2012
Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Sains Polisi, Universiti Kolej Antarabangsa Sedaya (UCSI), Dr Ong Kian Ming berkata, keputusan kajian dilakukan Merdeka Center dan beberapa universiti awam baru-baru ini tidak seharusnya disalah ertikan sebagai bukti BN kembali kuat.
“Jangan salah anggap. Ia sokongan kepada Najib sahaja, bukannya BN, jika sokongankepada BN, peratusannya di bawah 40 peratus,” katanya.
Dalam kajian Merdeka Center, sokongan pengundi Cina terhadap Najib telah meningkat daripada 37 peratus pada bulan Mei kepada 42 peratus pada bulan Jun.
Ditanya sama ada trend ini akan berterusan, Kian Ming berkata, sokongan ini hanya akan berlegar-legar sekitar 40 hingga 50 peratus sahaja.
“Selepas perhimpunan Bersih 3.0 pada hujung April, sokongan masyarakat Cina terhadap Najib hanyalah 37 peratus pada Mei, kemudian pada Jun sokongan meningkat mungkin kerana faktor Bersih 3.0 sudah hilang,” katanya.
Menurutnya, sokongan masyarakat Cina meningkat tidak semestinya membuatkan Najib yakin mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13.
“Walaupun sokongan masyarakat Cina meningkat, tetapi sokongan Melayu dan India menurun, maka itu membimbangkan Najib,” katanya.
Turun harga kenderaan, cadangan tidak rasional pembangkang
27 Julai 2012
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata cadangan itu tidak rasional kerana dalam sekilas pandang kelihatan menarik, namun untuk jangka panjang akan memberi kesan negatif kepada ekonomi negara dan kehidupan rakyat.
"Pembangkang ni, saya tengok, dengan mudahnya nak turunkan harga itu dan ini, sampai rugi. Sedangkan syarikat-syarikat kereta inilah yang membayar cukai kepada kerajaan, yang sekaligus kembali semula kepada rakyat dalam bentuk pelbagai faedah untuk rakyat," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat Mohd Rafizi Ramli yang dilapor berkata menerusi penstrukturan semula Dasar Automotif Negara dapat mengurangkan beban hutang rakyat sekaligus dapat meningkatkan pendapatan boleh guna.
Tajuddin, yang juga Pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) berkata pembangkang perlu juga melihat kesan sebarang cadangan mereka terhadap rakyat, bajet negara, agenda pembangunan dan juga pendapatan kerajaan.
"Jika syarikat ini bayar cukai yang sedikit, pendapatan kerajaan berkurangan dan dengan itu macam mana kerajaan akan mampu membiayai agenda pembangunan seperti membina hospital dan jalan raya untuk faedah rakyat.
"Tanpa prasarana yang baik, tidak wujud persekitaran yang kondusif untuk pelaburan, mengakibatkan syarikat rugi dan pelabur lari. Akhirnya rakyat jadi mangsa apabila dibuang kerja dan menganggur," katanya.
Dalam perkembangan lain, Tajuddin berkata langkah kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang ditadbir PAS-DAP dan Parti Keadilan Rakyat memberi bonus kepada penjawat awam negeri masing-masing membuktikan bahawa mereka terpaksa meniru langkah yang dibuat oleh kerajaan pusat.
"Pembangkang dari awal lagi tuduh apa yang kerajaan buat semuanya sebagai memancing undi. Namun akhirnya mereka nampak usaha itu baik dan terpaksa turut melakukannya demi mengekalkan kuasa mereka di negeri-negeri itu," katanya.
Semalam, kerajaan Selangor meluluskan pemberian bonus setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM500 dan juga memutuskan untuk memberi bonus tambahan sebanyak RM200 yang dinamakan Bonus Simpanan Selangorku kepada penjawat awam negeri.
Manakala kerajaan Pulau Pinang mengumumkan akan memberi bonus setengah bulan gaji atau minimum RM600 kepada pegawai perkhidmatan awam negeri. - Bernama
Kereta nasional tetap murah tanpa duti eksais
28 Julai 2012
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, duti eksais adalah cukai menyeluruh yang dikenakan ke atas sekumpulan barangan tanpa mengira ia dihasilkan di dalam atau di luar negeri.
“Ini bermakna, hampir semua kereta dijual oleh Proton atau Perodua, mempunyai sekurang-kurangnya 85 peratus cukai eksais dan cukai jualan,
"Perkara ini sama berlaku terhadap model-model yang dijual oleh Honda, Toyota dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau berkata, sekiranya rombakanstruktur cukai dibuat dan cukai eksais dihapuskan, harga kesemua model kereta termasuk Proton, Perodua, Toyota dan Honda akan turun.
“Oleh yang demikian, harga kereta Proton dan Perodua masih kekal sebagai harga kereta terendah di pasaran pada harga purata di bawah RM30,000 setiap satu model.
“Berbanding kereta- kereta lain (seperti Honda, Toyota dan lainlain) yang harganya akan jatuh sekitar RM50,000 setiap satu model secara
purata,” katanya.
Beliau berkata, PKR telah kaji secara terperinci mekanisme rombakanstruktur cukai, bagi memastikan penghapusan
cukai eksais mampu diganti dengan sumber pendapatan baru.
“Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membentangkan perkara ini minggu depan," katanya.
Sebelum ini, PKR menyenaraikan janji menghapuskan cukai eksais bagi kereta yang dijual di Malaysia sebagai salah satu agenda utama dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR) untuk Pilihan Raya Umum ke–13.
Kakitangan PKNS terima bonus 2 bulan
28 Julai 2012
Katanya, bonus itu akan dibayar dalam bulan Ramadan dan selepas Aidilfitri bagi menggalakkan mereka berjimat.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis berbuka puasa dan sambutan ulang tahun PKNS ke-48 di sini malam tadi.
Abdul Khalid juga berkata, PKNS perlu meletakkan asas yang kukuh untuk bertahan sehingga beratus tahun menerusi pelaburan terhadap warga kerjanya.
"Pelaburan besar PKNS ialah melatih dan memberikan kemahiran kepada warga kerjanya. Oleh sebab itu, kita tidak boleh mengharapkan rakan kongsi kita, kita tidak boleh mengharapkan perunding," katanya.
Beliau berkata, PKNS perlu melatih pegawainya sendiri supaya kemahiran, pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada kekal di perbadanan itu dan mempunyai kelangsungan. - Bernama
Bubar Parlimen April 2013, MPN saran PM
27 Julai 2012
Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Ulung Datuk Shamsul Amri Baharuddin berkata, Najib perlu menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun sedia ada untuk terus membantu rakyat serta memakmurkan negara, yang dilihat dapat meraih sokongan.
"Saya tidak mahu cadang bila beliau patut bubar (Parlimen), beliau lebih tahu.
"Tetapi kalau saya berpeluang, saya akan kata, gunakan hingga akhir (mandat)," kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.
Terdahulu tenaga akademik ini mengambil bahagian dalam forum khas mengenai pilihan raya umum ada yang diadakan pada Program Semarak Kasih MPN Bersama Anak Yatim di sini, hari ini.
Selain beliau, turut menjadi ahli panel ialah Prof Dr Mansor Mohd Noor dan Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Syed Idid.
Shamsul Amri yang juga Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita) menekankan bahawa mandat semasa bukan diperoleh menerusi kepimpinan Najib selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional.
"Datuk Seri Najib baru tiga tahun jadi Perdana Menteri. Beliau masih ada masa, seharusnya menggunakan untuk meneruskan program kerajaan," katanya lagi.
Beliau ditanya pada pandangan MPN bila masa yang sesuai Najib memanggil PRU13 di sebalik spekulasi bahawa Parlimen dibubarkan bulan lalu. Spekulasi baru menyebut Parlimen kemungkinan akan dibubarkan September ini atau November dan jika tidak kemungkinan besar Mac-April depan.
Mandat kerajaan semasa akan berakhir penghujung April 2013.
Ketika ditanya sama ada beliau melihat kemungkinan BN akan menang tetapi hanya memperoleh majoriti tipis berdasarkan beberapa kajian yang dikemukakan kebelakangan ini, Shamsul Amri bersetuju dengan tanggapan itu.
Bagaimanapun beliau menolak andaian negara akan berhadapan dengan kemungkinan Parlimen gantung.
"Parlimen gantung, saya rasa tidak, tidak mungkinan... 111-110 kerusi? Tidak mungkin. Majoriti tipis, ya mungkin," katanya yang yakin BN akan mengekalkan kuasa.
Laporan media kelmarin memetik anggota MPN berkata BN akan menang di peringkat pusat tetapi tidak akan memperoleh majoriti dua pertiga.
Prof Madya Dr Fuad Mohd Jali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, Umno dan BN mempunyai kelebihan untuk memenangi PRU13 dan merampas kembali beberapa negeri yang ditadbir pembangkang.
Katanya, kajian itu, yang dilakukan terhadap 1,400 responden di Kedah dan Selangor pada Mac hingga Mei tahun ini, menyimpulkan bahawa rakyat Malaysia setakat ini memilih BN.
"Di Selangor, pengundi cenderung untuk memilih BN manakala di Kedah kedudukannya 50-50 tetapi ia mungkin berubah," katanya pada Perbincangan Meja Bulat 'PRU 13: Malaysia Pilih Siapa' anjuran Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa MPN.
Pengerusi Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran UKM itu berkata PRU13 merupakan satu kemuncak kepada penilaian prestasi bagi BN dan pakatan pembangkang di empat negeri sama ada mereka boleh kekal memerintah ataupun BN berjaya merampas kembali keempat-empat negeri berkenaan.
Secara keseluruhannya, beliau berkata 69.6 peratus responden menyatakan bahawa BN akan memenangi PRU 13 iaitu 37.5 peratus menyatakan bahawa BN akan menang dengan 2/3 majoriti manakala 32.1 peratus pula menang dengan majoriti mudah.
ends
DAP: Impian Pas laksana hudud mustahil
28 Julai 2012
dahulu meminda Perlembagaan Persekutuan, kata Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepong berkata, untuk meminda perlembagaan bukan sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen.
"Nak hudud mesti ada pindaan di Parlimen. Dia (Pas) tahu nak dapat majoriti dua pertiga itu mustahil," katanya.
Malah, katanya sehingga hari ini Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 juga masih tidak dapat dikuatkuasakan.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelanta,n Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas pada Rabu lepas yang mengulangi pendirian parti itu untuk memperjuangkan hukum hudud walaupun tidak dipersetujui DAP.
Menurut Tan, isu hudud merupakan satu perkara yang rumit terutama dalam sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk dan ia tidak sepatutnya dibangkitkan.
"Jangan kita bangkitkan perkara yang boleh menimbulkan porak-peranda terutama kepada perkara yang tak boleh dilaksanakan," katanya.
Mengulas mengenai pendirian DAP itu, bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Chandra Muzaffar berkata, pendirian Pas untuk memperjuangkan hukum hudud walaupun tidak mendapat restu DAP menunjukkan kedua-dua parti tersebut banyak perbezaan dan tidak sealiran.
Beliau yang juga Presiden Pergerakan Keadilan Sejagat (Just) berkata kedua-dua parti berkenaan hanya berpakat kerana mereka mempunyai 'musuh' tertentu yang menghalang hasrat untuk merampas kuasa di peringkat persekutuan dan negeri.
"Ini menunjukkan hubungan mereka satu hubungan yang beroportunis kerana mereka nak berkuasa, tak ada sebab lain," katanya.
Chandra juga berkata tindakan Pas yang memberi keutamaan kepada hudud apabila berkuasa menunjukkan seolah-oleh bahawa hukuman tersebut mencermikan tamadun Islam.
"Ini tak betul kerana yang mencerminkan kegemilangan Islam adalah ilmu pengetahuan dan keadilan," jelasnya. - Bernama
Kontroversi pengantin remaja
28 Julai 2012
Menurut sumber keluarga terdekat, video tersebut dimuat turun ke laman maya bertujuan untuk berkongsi saat bahagia pasangan terbabit dengan ahli keluarga yang tinggal berjauhan dan tidak sempat hadir pada hari perkahwinan tersebut.
Sinar Harian turut difahamkan bahawa pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada Februari lalu, namun kenduri bagi meraikan pasangan pengantin ini diadakan pada 8 Julai lalu.
Ibu pengantin lelaki yang ditemui turut mengakui bahawa dia sekeluarga memilih untuk berdiam diri walaupun ada reaksi negatif yang diterima daripada masyarakat mengenai perkahwinan anaknya.
Menurutnya, anak lelakinya akan meneruskan persekolahan pada tahun hadapan dan berharap agar orang ramai memahami situasi mereka yang merestui hubungan dan perkahwinan berkenaan.
Sementara itu, Kadi Daerah Pekan, Ahmad Nizam Abdul Manan yang dihubungi berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat berkaitan perkahwinan pasangan berkenaan.
Menurutnya, sebarang perkahwinan yang melibatkan pasangan atau salah seorang daripada pengantin di bawah umur seharusnya mendapatkan perintah kebenaran daripada pihak mahkamah sebelum ia dijalankan.
UMUR SAIDATINA ‘AISHAH SEWAKTU BERNIKAH DENGAN RASULULLAH S.A.W.
12
Jun
Menerangkan Umur Baligh
pada 06hb Jun 2010 pukul 11.39 ptg
Hadis Ibnu Umar r.a katanya:
Aku pernah mencadangkan kepada Rasulullah s.a.w untuk sama-sama berperang dalam peperangan Uhud. Pada saat itu aku baru berumur empat belas tahun, namun baginda tidak memperkenankan aku. Aku kemukakan lagi cadangan tersebut untuk sama-sama bertempur dalam peperangan Khandaq, lalu baginda memperkenankan. Pada saat itu aku sudah berumur lima belas tahun Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim : 3473
Catitan: Perang Badar berlaku pada tarhun 2 Hijrah. Isteri nabi saw Aishah r.a dilapor menyertai Badar. Jadi tentu umurnya sekitar lebih 15 tahun – bukan 9 – 10 tahun!

Yang
dipersolakan bukan hadis tetapi catitan hujung yang bertulis biru. Teman
tersebut berkata TIDAK WAJAR saya mempertikaikan umur Aishah r.a semasa
berkahwin dengan nabis s.a.w.
Punca masalah ini ialah : berdasarkan
kepada riwayat Hisham, Saidatina ‘Aishah r.a. telah berkahwin dengan
Nabi Muhammad s.a.w. ketika berumur enam tahun dan mereka mulai tinggal
bersama semasa umurnya sembilan tahun, iaitu selepas Hijrah ke Madinah;
dan beliau membawa bersama-sama anak patungnya ke rumah suaminya (Nabi
s.a.w.).
Bagi menghurai masalah ini elok ditekuni kertas kerja oleh Allama Mohammad Habibur Rahman Kandhalwi, seorang ulama India bertajuk :
PEMURNIAAN SEJARAH : UMUR SAIDATINA ‘AISHAH SEWAKTU BERNIKAH DENGAN RASULULLAH S.A.W.
Dalam kertas kerja ini penulis telah memberi 24 hujah menolak pendapat Saidatina
‘Aishah r.a. telah berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w. ketika berumur
enam tahun dan mereka mulai tinggal bersama semasa umurnya sembilan
tahun.
Untuk menjawab komen sahabat tersebut saya catitkan 2 hujah yang berkaitan sahaja, iaitu hujah ke 10 dan ke 11 :
HUJAH KESEPULUH – UMMUL MU’MININ R.A. TURUT SERTA DI DALAM
PEPERANGAN BADAR
PEPERANGAN BADAR
Di dalam ‘Saheh’nya Imam Muslim melalui
Urwah bin Zubair, telah meriwayatkan daripada Saidatina ‘Aishah r.a.
bahawa beliau (Saidatina ‘Aishah r.a.) berkata Nabi Muhammad s.a.w. mara
ke medan pertempuran Badar dan semasa tiba di Harratul Wabrah, seorang
lelaki yang terkenal dengan kegagahan dan keberanian datang kepadanya.
Para Sahabat r.a. teramat gembira melihat kedatangan lelaki tersebut .
Beliau berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w., “Saya telah datang kepadamu
dengan tujuan untuk menyertai peperangan, dan saya ingin menanggung
kesukaran ini bersama kamu.” Baginda s.a.w bertanya, “ Adakah kamu
beriman kepada Allah dan Nabi-Nya?” Pemuda itu menjawab, “Tidak”. Lalu
Baginda s.a.w. berkata, “Pergi, baliklah. Saya tidak memerlukan sebarang
bantuan daripada seorang musyrik.”
Ummul Mu’minin r.a. berkata bahawa
pemuda tersebut pun berlalu dari situ. Tetapi apabila mereka sampai di
Shajarah, orang yang sama telah datang semula. Baginda s.a.w. sekali
lagi menanyakan soalan yang sama iaitu sama ada beliau beriman kepada
Allah dan Nabi-Nya. Sekali lagi pemuda itu menjawab tidak.
Kemudian Rasulullah s.a.w. telah berkata
bahawa baginda s.a.w tidak memerlukan sebarang pertolongan daripada
seorang musyrik. Maka pemuda itu pun sekali lagi berlalu pergi. Ummul
Mu’minin r.a. menceritakan bahawa apabila mereka tiba di sebuah tempat
bernama Baida’, pemuda yang sama muncul kembali. Sekali lagi Nabi
Muhammad s.a.w. bertanyakan soalan yang serupa, “Adakah kamu beriman
kepada Allah dan Nabi-Nya?” Pemuda tersebut mengiyakannya. Lalu Baginda
s.a.w. berkata, “Bagus! Kamu boleh turut serta.” (‘Sahih Muslim’, Jilid
II, m/s 118)
Bagaimanapun pensyarah-pensyarah hadis
telah mentakwilkan bahawa perkataan ‘kami’ yang digunakan oleh Ummul
Mu’minin r.a. mungkin telah bermaksud ‘para sahabat ’ r.a. dan beliau
(‘Aishah r.a.) sendiri sebenarnya tidak termasuk dalam ungkapan ‘kami’
itu. Dan Ummul Mu’minin r.a. mungkin telah pergi hingga ke Baida’ untuk
mengucapkan selamat jalan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Namun, kami tidak dapat menerima takwilan ini. Daripada hadis imam Muslim ini, kami membuat kesimpulan bahawa Ummul Mu’minin ‘Aishah r.a. telah turut serta dalam peperangan Badar, dan ‘Aishah r.a. adalah satu-satunya wanita yang menyertai peperangan Badar. Ahli-ahli sejarah dan para penulis sirah Nabi Muhammad s.a.w. yang mengatakan bahawa Baginda s.a.w. mula tinggal bersama ‘Aishah r.a. di bulan Syawal, tahun ke-2 H mungkin dipengaruhi golongan Syiah.

Yang tepatnya, Ummul Mu’minin r.a. telah
mulai hidup bersama Baginda s.a.w. pada bulan Syawal, tahun pertama
selepas hijrah, dan hadis Muslim di atas adalah benar.
Di samping membuktikan bahawa Ummul Mu’minin r.a. turut serta dalam
Peperangan Badar dan hidup bersama Nabi s.a.w. mulai bulan Syawal di
tahun pertama hijrah, hadis ini juga membuktikan bahawa ‘Aishah r.a.
telah hidup bersama Rasulullah s.a.w. selama sepuluh tahun. Dakwaan ahli
sejarah yang mengatakannya sembilan tahun ataupun Riwayat Hisham yang
menyatakan tempoh
sembilan tahun, adalah salah.
sembilan tahun, adalah salah.
Apabila Saidina Umar r.a. telah
memperuntukkan sejumlah elaun untuk para Sahabat r.a. sewaktu beliau
menjadi Khalifah, beliau telah memberikan elaun yang lebih kepada mereka
yang telah menyertai Perang Badar, berbanding dengan mereka yang tidak
menyertai Peperangan Badar. Dan, apabila elaun untuk isteri-isteri
Rasulullah s.a.w dibahagikan, jumlah elaun Ummul Mu’minin Saidatina
‘Aishah r.a. adalah yang tertinggi yang mana menurut ahli sejarah
disebabkan beliau adalah isteri yang paling disayangi oleh Rasulullah
s.a.w. Alasan ini mungkin juga benar.
Akan tetapi, sebabnya yang sebenar pada
pandangan kami ialah beliau (‘Aishah r.a.) telah turut serta di dalam
Perang Badar, dan isteri yang lain tidak memiliki kelebihan ini, malah
tiada wanita lain di muka bumi ini yang memiliki penghormatan ini.
Semoga Allah S.W.T. melimpahkan rahmat-Nya ke atas Imam Muslim yang
telah menyampaikan riwayat ini dengan sanad yang paling sahih sehingga
tiada perawinya dipertikaikan. Beliau telah membuktikan Ummul Mu’minin
Saidatina ‘Aishah r.a. turut serta di dalam Peperangan Badar, dan
menjalani kehidupan sebagai isteri kepada Nabi s.a.w. pada tahun 1
(selepas hijrah), dan terus kekal sebagai isteri Nabi s.a.w. selama
sepuluh tahun (sehingga kewafatannya) ; maka tempoh selama sembilan
tahun. sebagaimana yang disebut di dalam Riwayat Hisham, adalah tidak
benar.
Semoga Allah mengurniakan kesejahteraan
terhadap Imam Muslim di dalam taman-taman syurga, kerana dengan
meriwayatkan peristiwa ini telah membuktikan Ummul Mu’minin r.a.
tidaklah bermain dengan anak patung tetapi bermain dengan pedang; bahkan
beliau telah dibesarkan di bawah bayang-bayang pedang. Ini merupakan
sifat semulajadinya, kerana seorang kanak-kanak yang senantiasa melihat
permainan pedang, tidak bermain dengan anak patung. Bermain dengan anak
patung adalah kebiasaan orang Ajami (Iran), bukannya permainan orang
Arab. Para Perawi Iraq ini mahu mengatakan Ummul Mu’minin Aishah r.a.
suka bermain dengan anak patung sebagaimana kegemaran wanita-wanita di
sana.
Berkemungkinan, tujuan mereka ialah
ingin mengatakan ‘bagaimanana mungkin seorang kanak-kanak perempuan yang
menghabiskan masanya dengan bermain anak patung dapat memahami maksud
al-Qur’an dan Sunnah’.
Riwayat ini juga telah membuktikan
bahawa Ummul Mu’minin ‘Aishah r.a. bukanlah seorang kanak-kanak berumur
sembilan tahun ketika itu. Jika beliau adalah seorang kanak-kanak
berusia sembilan tahun, apakah tujuannya untuk pergi ke medan perang?
Ini kerana, tugas wanita yang berada di medan perang ialah untuk
berperang dan memberikan khidmat ketenteraan. Aspek ini akan dijelaskan
dalam halaman-halaman seterusnya.
Di dalam Peperangan Badar, sudah
termasyhur bahawa bendera yang disediakan pada hari itu, adalah
diperbuat daripada kain tudung yang digunakan oleh wanita Islam untuk
menutup kepala dan badan. Sekiranya peristiwa ini benarbenar terjadi, ia
merupakan bukti yang lebih kukuh, bahawa Ummul Mu’minin r.a. mulai
hidup bersama Rasulullah pada tahun pertama Hijrah dan beliau (‘Aishah)
menyertai Peperangan Badar. Ini kerana, adalah tidak masuk akal untuk
mengambil kain tudung kanak-kanak perempuan yang belum berkahwin lagi.
Begitu juga agak sukar dipercayai bahawa Baginda s.a.w. membawa kain
tudung seorang pengantin baru dan mara ke medan Badar, dan ia juga tidak
mungkin bahawa beliau (Saidatina ‘Aishah) pergi hingga ke Baida’
semata-mata untuk mengucapkan selamat jalan kepada Rasulullah s.a.w.,
dan telah meninggalkan kain tudungnya di sana. Ini bukan sebuah kisah
cinta !!
Yang sebetulnya, keadaan peperangan yang
datang secara mengejut menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan kain
bendera. Kemungkinannya, tidak terdapat kain di dalam khemah untuk
dijadikan bendera. Kemudiannya Ummul Mu’minin r.a. memberikan kain
tudungnya dan meletakkan sehelai kain sapu tangan di atas kepalanya dan
beliau r.a. telah bersedia untuk berperang. Namun perawiperawi Iraq
menggambarkannya sebagai sebuah kisah cinta yang romantik!!
Juga perhatikan bahawa bendera-bendera
tersebut telah disediakan di tempat yang bernama ‘Rawja’ yang jauhnya 40
batu dari Madinah. Sehelai bendera telah dibuat untuk orang Ansar dan
yang sehelai lagi untuk Muhajirin. Bendera Muhajirin telah diberi kepada
Mus’ab bin Umair r.a., akan tetapi Waqidi (seorang perawi Syiah)
berkata ia telah diberi kepada Saidina Ali r.a. Riwayat
ini, kemudiannya telah dikutip oleh ulama ahli sunnah yang menganggap setiap riwayat perlu dikutip untuk memenuhi kewajipan agama . Maka timbullah cerita sehelai bendera telah diberi kepada Mus’ab r.a. dan sehelai lagi diberi kepada Ali r.a.

Kemudian daripada itu ahli-ahli sejarah
Syiah telah memotong nama Mus’ab r.a. dan memasyhurkan nama Ali r.a.
sebagai satu-satunya pembawa bendera. Pada hari ini ‘sejarah’ yang kita
miliki, adalah sejarah yang diputarbelit dan diselewengkan. Semua kaki
dan tangannya sudahpun dipotong oleh pembohongpembohong Syiah. Untuk
menyambungkan kembali tangan dan kakinya yang dipotong ini hanya mungkin
apabila kita mendapatkan ‘anggota’ yang sebenar. Kebanyakan orang sibuk
untuk mengorek dan menggali sejarah. Kita geledah di mana-mana untuk
mencari ‘anggota-anggota’ yang hilang itu. Walaupun kita menjumpai
anggota-anggota ini kita sebenarnya tidak dapat memastikan bahawa ianya
bukan organ palsu. Malah adalah dibimbangi kita mungkin kehilangan tubuh
yang sedia pincang ini setelah mendapat anggota yang kononnya ‘asli’
tetapi pada hakikanya adalah palsu.
Sebagai contoh, pada awal abad ini, jenazah, yang dikatakan milik Saidina Huzaifah dan Saidina Jabir bin Abdullah telah ditemui.
Menurut ahli sejarah dan ulama hadis,
Jabir r.a. telah dikebumikan di perkuburan Baqi’ di Madinah. Mungkin
kubur palsu ini, yang siap dengan ukiran, telah di bina pada zaman Bani
Buwaihah ataupun selepas kematian sahabat besar ini mereka telah
menggali satu terowong yang panjang dan berjalan sampai ke Baghdad!;
sebagaimana empat orang anak perempuan Saidina Husin r.a. yang telah
sampai ke Lahore, dan kubur mereka yang terkenal dengan nama ‘Nik
Bibiyun” (Anak-anak perempuan yang baik) hingga ke hari ini, atau
Saidina Ali r.a. mungkin telah dikebumikan di Najaf (Iraq), di Koh
Mawla, Baluchistan (Pakistan) dan di Koh Mawla, Deccan (India) pada satu
masa. Sebenarnya , ini semua kerja puak-puak Bathiniah ( salah satu
ajaran Syiah) . Kita tidak mampu meneropong rahsia dan konspisrasi di
balik tabir. Halangan yang paling besar yang kita hadapi sekarang ini
ialah kurangnya ‘ilmu’ di kalangan kita . Sekiranya kita membuang
buku-buku ke dalam sungai seperti yang dilakukan oleh al-Ghazali ,
al-Rumi, Junaid dan Shibli, maka, kita akan dikuasai oleh orang-orang
jahil dan jahat.
HUJAH KE-11 – AISHAH R.A.
MENYERTAI PERANG UHUD SEDANGKAN KANAKKANAK LELAKI BERUMUR EMPAT BELAS
TAHUN TIDAK DIBENARKAN MENYERTAI PERANG
Peperangan Uhud adalah satu peperangan
di mana Nabi Muhammad s.a.w. telah tercedera parah. Menurut Hadis
Bukhari, hanya dua orang sahabat yang tinggal bersamanya iaitu Sa’ad bin
Abi-Waqas dan Talhah bin Ubaidullah r.a. Sebahagian sahabat
kebingungan, sebahagiannya berjuang bersendirian dan terputus hubungan
dengan yang lain. Sebahagian yang lain pula telah memanjat bukit untuk
menyelamatkan nyawa; dan telah tersebar dengan luas kabar angin bahawa
Nabi Muhammad s.a.w. telah syahid.
Pada hari itu, Abu Talhah Ansari r.a.
iaitu ayah tiri Anas r.a., telah mempertahankan Nabi s.a.w. dengan
sepenuh jiwa dan tenaganya. Beliau berkali-kali merayu kepada Rasulullah
s.a.w. sambil berkata , “Saya korbankan ibubapa ku demi keselamatanmu!
Jangan tinggalkan tempatmu kerana saya takut anda akan dipanah”.
Inilah satu-satunya peperangan semasa
hayat Rasulullah s.a.w. di mana orang Islam telah ditewaskan dan seramai
70 orang sahabat r.a. telah syahid. Dan, barangkali tiada seorang pun
yang tidak mendapat kecederaan . Beberapa orang wanita juga turut serta
dalam pertempuran ini.
Sebelum kami mengulas dengan lebih
lanjut tentang siapakah wanita yang turut serta dalam peperangan ini,
dan apakah tanggungjawab mereka, perlu dijelaskan bahawa Rasulullah
s.a.w. menyedari akan bahaya yang akan dihadapi.
Itulah sebabnya mengapa Baginda s.a.w.
tidak membenarkan kanak-kanak lelaki yang berumur 14 tahun ke bawah
untuk mengambil bahagian dalam peperangan ini. Di kalangan kanak-kanak
bawah umur ini termasuklah Samrah bin Jundub, Bara’ bin Azib, Anas bin
Malik, Zaid bin Thabith dan Abdullah bin Umar r.a. . Ibn Umar r.a. tidak
dibenarkan menyertai Perang Uhud kerana beliau berumur 14 tahun ketika
itu dan peperangan pertama yang disertainya ialah Perang Ahzab atau
dikenali dengan nama Perang Khandak. Oleh itu, had umur untuk menyertai
satu-satu peperanganialah 15 tahun. Angka ini amat penting sehingga
sesetengah ahli feqah, dengan berdasarkan riwayat Ibn Umar ini, telah
menetapkan had kematangan ( baligh ) adalah sekurang-kurangnya 15 tahun.
Sekarang perhatikan sekiranya Rasulullah s.a.w. hanya membenarkan mereka
yang berumur 15 tahun ke atas untuk mengambil bahagian dalam
peperangan, bagaimana mungkin seorang kanak-kanak perempuan bawah umur
dibenarkan untuk turut serta dalam peperangan?
Perlu diingat bahawa wanita yang
mengambil bahagian di dalam peperangan mempunyai pelbagai tanggungjawab
seperti mengangkat dan merawat mujahidin yang tercedera di medan
pertempuran, memberi minum kepada mujahidin yang tercedera, bahkan
mengangkat senjata bila diperlukan. Adalah jelas bahawa tidak semua
wanita mampu melakukan tugas-tugas ini . Bagaimana mungkin tanggungjawab
sebegitu penting diserahkan kepada seorang kanak-kanak perempuan yang
baru berusia sembilan atau sepuluh tahun? Seorang wanita mampu
melaksanakan tugas yang sebegitu penting sekiranya dia memiliki
kemahiran dalam teknik bertempur , dan boleh mempertahankan dirinya
sendiri apabila perlu, dan yang utamanya dia mestilah mempunyai
keberanian untuk menyertai pertempuran apabila diperlukan.
Dengan mempertimbangkan hal ini dengan
cermat, kita terpaksa mengakui bahawa tanggungjawab seperti itu tidak
boleh diserahkan kepada seorang kanakkanak perempuan bawah umur.
Sekiranya, pemuda yang berusia 14 tahun tidak dibenarkan untuk mengambil
bahagian di dalam pertempuran, kaum wanita yang ingin menyertai
peperangan mestilah seorang yang cukup matang dan
berpengalaman yang faham akan risiko yang bakal ditanggung. Di antara wanita yang pernah berperang bersama Rasulullah s.a.w. ialah :

1. Ummu Ammarah r.a. :
Di antara wanita yang telah menyertai
peperangan Uhud ialah Ummu Ammarah r.a.yang turut melindungi Rasulullah
s.a.w. . Pada hari itu, beliau mendapat 13 luka dan Nabi s.a.w. sendiri
telah membalut lukanya sambil berdiri. Ummu Ammarah r.a. berhadapan
dengan Ibn Qamayyah yang melemparkan batu kepada Rasulullah s.a.w.
Beliau (Ummu Ammarah r.a.) menyerang menggunakan
sebatang kayu (sedangkan Ibn Qamayyah bersenjatakan sebilah pedang) , mengakibatkan Ibn Qamayyah jatuh tersungkur dan pecah kepalanya.

Beliau r.a. juga telah menyertai
Peperangan Yamamah menentang Musailamah al-Kazzab dan telah berjuang
dengan sepenuh hati dan telah mendapat 12 luka sehingga menyebabkan
tangannya tidak boleh digunakan .
2. Ummu Sulaim r.a. :
Ibn Sa’ad telah meriwayatkan bahawa Ummu
Sulaim r.a. membawa bersamanya pisau belati pada hari Peperangan Uhud.
Anas r.a. telah menceritakan bahawa Ummu Sulaim r.a. membawa pisau
belati bersamanya sewaktu Pertempuran Hunain. Abu Talhah r.a. mengadu
kepada nabi s.a.w., “Wahai Rasulullah., ini Ummu Sulaim dan beliau
membawa pisau belati bersamanya”. Mendengarkan kata-kata itu, Ummu
Sulaim r.a. berkata, “Wahai Rasulullah., saya menyimpan pisau ini kerana
jika ada orang kafir datang mendekati saya, saya akan menikam
perutnya”. (Tabaqat Ibn Sa’ad, Jilid VIII, m/s 425)
Wanita yang tidak menyertai pertempuran
secara langsung juga turut dilengkapi dengan senjata. Keterangan ini
jelas menunjukkan bahwa menyertai peperangan bukanlah tugas seorang
kanak-kanak bawah umur. Ummu Sulaim r.a., ibu kepada Anas r.a., adalah
seorang wanita yang dewasa dan berpengalaman. Beliau telah mengambil
bahagian dalam beberapa peperangan bersama Nabi Muhammad s.a.w.
3. Ummul Mu’minin Saidatina ‘Aishah r.a. :
Kami telah membuktikan bahawa Ummul
Mu’minin Saidatina ‘Aishah r.a. telah menyertai Peperangan Badar sebagai
wanita dewasa dan bukan sebagai kanakkanak bawah umur. Beliau r.a. juga
telah mengambil bahagian di dalam Pertempuran Uhud bersama-sama dengan
Ummu Sulaim r.a. Anas r.a. mengatakan bahawa beliau telah melihat
‘Aishah binti Abu Bakar r.a. dan Ummu Sulaim r.a. menyinsingkan kaki
seluar mereka dan sebahagian daripada buku lali mereka telah terlihat
olehnya (Anas r.a.). Kedua-dua mereka bertugas mengangkat gereba air dan
memberi minum kepada tentera Islam. Mereka berulangalik mengisi air dan
memberi minum kepada Mujahidin. (Bukhari, Jilid I, m/s 403)
Tugas menyediakan air adalah proses yang
berterusan di medan perang. Tugas ini hanya boleh dilakukan oleh wanita
yang bersenjata dan berpengalaman, dan bukan seorang gadis mentah
berumur sepuluh tahun. Sedangkan untuk mengangkat gereba air pun suatu
tugas yang berat untuknya ( sekiranya beliau r.a. berumur sepuluh tahun
pada masa itu) bagaimana mungkin beliau sama-sama memikul tanggungjawab
bersama Ummu Sulaim r.a., seorang wanita dewasa? Berganding bahu dengan
Ummu Sulaim r.a. itu sendiri membuktikan bahawa Ummul Mu’minin r.a.
sekali-kali bukan seorang kanak-kanak di bawah umur pada masa itu . Dan
juga, apabila diakui bahawa kanak-kanak lelaki yang berumur 14 tahun
tidak dibenarkan menyertai peperangan, bagaimana mungkin Ummul Mu’minin
r.a. yang berumur 10 tahun dibebankan dengan tugas berat ini Saudara,
perbincangan di atas adalah dari sudut hadis. Sekarang mari kita
bincangkan tajuk ini dari aspek sejarah, yang mana akan terus menyokong
pendapat bahawa Ummul Mu’minin tidak berumur enam tahun semasa beliau
r.a. mengahwini Rasulullah s.a.w. ………
Perkahwinan Rasulullah SAW dengan Aisyah r.a
Tarikh:
Jan 20, 2008
Riwayat:
al-Bukhari
Kategori:
Munakahat
Hadith:
Daripada Aisyah r.a katanya : Aku berkata: Ya Rasulullah, bagaimana
pendapat tuan jika tuan berhenti di sebuah wadi yang ada pokok yang
telah dimakan sebahagiannya dan tuan dapati pula pokok yang belum
dimakan darinya, pokok manakah yang tuan hendak menternak unta tuan?
Rasulullah SAW bersabda : Pada pokok yang belum lagi dimakan daunnya.
Maksud Aisyah ialah bahawa Rasulullah SAW tidak pernah mengahwini
perawan selainnya. (al-Bukhari)
Huraian Hadith:
Aisyah r.a adalah satu-satunya seorang perawan (dara) ketika
diperisterikan oleh Rasulullah SAW. Bahkan ketika itu umur beliau masih
kanak-kanak lagi sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadith
daripada Aisyah r.a. maksudnya:
Bahawasanya Nabi saw telah mengahwini Aisyah sedang (ketika itu) ia berumur enam tahun dan Aisyah tinggal bersama Nabi semasa ia berumur sembilan tahun..
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Menurut Mazhab Empat, Islam tidak menentukan had umur untuk berkahwin. Ini bermakna bahawa kanak-kanak kecil juga boleh berkahwin. Walau bagaimanapun menurut Seksyen 8, Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 menyatakan: Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan atau didaftarkan di bawah Akta ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syariah telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.
Menurut Seksyen tersebut perkahwinan kanak-kanak di bawah umur hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan dari Mahkamah Syariah. Hal ini bukanlah berlawanan dengan pendapat Mazhab Empat kerana hakikatnya kebenaran dari Mahkamah adalah bertujuan memberi peluang kepada Mahkamah untuk menyelidiki gadis tersebut dari segi latar belakang, keadaan fizikal, kemampuan untuk berumah tangga demi menjaga kepentingan kanak-kanak tersebut.

- Hits : 551
Tiada ulasan:
Catat Ulasan