Posted on Friday, July 20 @ 19:08:38 PDT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: lipasmalas
"DALAM sebuah artikel di blog Papa Gomo, blogger kaki lucah Barisan Nasional itu mendedahkan bahawa cybertroopers upahan di bawah Unit Media Baru, UMB mendapat peruntukan sebanyak RM300,000 sebulan.
Difahamkan, dalam artikel itu Papa Gomo menggesa agar peruntukan RM300,000 dikeluarkan kerajaan kepada Unit Media Baru Umno dinaikkan lagi bagi meningkatkan keberkesanan propaganda mereka di alam maya [Papa Gomo].
Sebulan RM300,000 kali 12 bulan setahun, maka RM3.6 juta diperuntukan oleh Umno setahun untuk mengupah cybertrooper mereka menyerang di internet.
Tidak hairanlah blog-blog pro Umno bercambah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Apa yang menariknya, ada sebuah blog Umno melakukan fitnah kononnya Jingga 13 kelolaan Cikgu Fariz Musa membayar upah kepada cybertrooper Pakatan Rakyat.
Banner fitnah dibawah ini dicipta sebagai taktik "black operation".
Oleh kerana mereka dapat bayaran dan peruntukan, maka mereka sangka orang lain pun terima bayaran seperti mereka. Ternyata mereka silap.
Banner fitnah ini terkantoi apabila perkataan "Cybertroopers" digunakan. Buat pengetahuan anda Jingga 13 tidak menggelarkan ahli mereka sebagai "Cybertroopers" kerana tidak mahu menyerupai Umno.
Baca selanjutnya di MiLo SuaM
Posted on Saturday, July 21 @ 01:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: setisab
"Petang semalam, disatu tempat yang nyaman, Kerajaan Rakyat kunjungi Uncleseekers yang baru balik melancung di dua lokasi. Lokasi pertama pelancungan Uncleseekers di lokap balai polis jalan Ayer Molek, Johor Bahru. Manakala lokasi keduanya di balai polis Gelang Patah, juga di daerah Johore Bahru.
Dalam pertemuan sepetang, semalam, Adeek sempat masak lemak ikan cili api, telur dadar and sayur goreng. Ramuannya sama seperti masakan adeek dulu-dulu, tetapi rasanya semakin enak! Agaknya, seperti Uncleseekers, Adeek juga telah mendapat ilham baru setelah 10 hari mereka beristirehat di "Pusat Peranginan"Ayer Molek dan Gelang Patah!
Dalam perbualan kami petang semalam, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas minta Kerajaan Rakyat sampaikan salaamnya kepada semua pembaca Kerajaan Rakyat.
Buat beberapa ketika ini, Uncleseekers masih ingin terus berehat. Bila tiba ketikanya nanti Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas akan menulis sesuatu yang terkait dengan Tun Mahathir Mohammad. Yes!! Satu lagi pendedahan esklusif tentang penyelewengan dana bernilai 5 billion olih Tun Mahathir Mohammad, Tun Daim Zainuddin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mereka berada di persada kuasa.
Kami sedang memikirkan samada wajar Uncleseekers membuat blog baru atau pendedahan tersebut akan dibuat di SINI.
Salaam dari Uncleseekers buat semua pembaca Kerajaan Rakyat.
Kes Sultan Johor dan Uncleseekers: Rakyat ingin ...
Masa Uncleseekers dan adik (Siti Nadhirah) ditahan di Tol Senawang alasan penahanan itu kononnya Syed Abdullah Syed Husein (Uncleseekers) menfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melalui penulisan di ...
Malaikat pun kena cakap “Daulat Tuanku”?
Masa Uncleseekers dan adik (Siti Nadhirah) ditahan di Tol Senawang alasan penahanan itu kononnya Syed Abdullah Syed Husein (Uncleseekers) menfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melalui penulisan di ...
Kerana Uncleseekers ada jadi bacul, ada yang .
Masa Uncleseekers dan adik (Siti Nadhirah) ditahan di Tol Senawang alasan penahanan itu kononnya Syed Abdullah Syed Husein (Uncleseekers) menfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melalui penulisan di .
Uncle Seekers dibebas dengan jaminan polis
Masa Uncleseekers dan adik (Siti Nadhirah) ditahan di Tol Senawang alasan penahanan itu kononnya Syed Abdullah Syed Husein (Uncleseekers) menfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melalui penulisan di ...
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/"
Posted on Friday, July 20 @ 09:25:23 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: tokpepijat
"
Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin berkata Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahannya bertajuk
"Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama" pada Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen hari ini.
Konvensyen sehari itu dianjurkan oleh Parlimen Malaysia bersama-sama Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Guru dan Majlis Belia Malaysia, di bangunan Parlimen.
Nampaknya "barua"nya Bukit Aman tiada penamatnya. Terkini, tuduhan pegawai atasannya yang bernama Sofian Makinuddin terhadap pembangkang suatu ulangan tuduhan basi siri-siri ceramah anjuran BTN.
Terdahulu, sudah banyak siri ceramah berbaur rasis dan anti PAS dihamburkan oleh pegawai Bukit Aman dengan dibantu BTN kepada pegawai kanan kerajaan, pelajar, guru dan terkini kepada golongan muda belia.
Modus operandis ceramah sama sahaja. PAS diserapi pelampau agama, PKR dipimpin agen Yahudi Amerika dan DAP diresapi komunis. Modal basi diulang, "dijilatnya berulang kali lendir kahak kuning" oleh pegawai atasan PDRM seperti Sopian serta juak-juaknya BTN untuk santapan rakyat. Lazat sangat ke ? Siapa percaya ?
Adakah orang seperti Sofian tidak "kenyang-kenyang menjilat lendir kahak kuning" ini? Kita merasa hairan dengan sikap pegawai atasan PDRM terutama Bukit Aman yang liat untuk berubah. Rela menjadi "barua" UMNO dulu,kini dan selamanya.
Bangga benarkah mereka menjadi seperti SAVAK, MOSSAD, Shin Beit, CIA yang mana kerja siang malamnya ikut telunjuk UMNO ?
Atau cuba Sofian dan juak-juaknya bertanya khabar berita SB-SB Mesir barua kepada Regim Mubarak. Di mana mereka sekarang? "
Jika Seseorang Menganiaya Anda.
Posted on Friday, July 20 @ 09:43:23 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: NyorPandan
"
Anda telah dianiaya oleh seseorang. Tak kiralah apa bentuk penganiayaan samada anda ditipu, ditumbuk dan sebagainya. Anda mengenali orang yang menganiaya anda itu. Lalu anda membuat satu laporan polis dengan mengemukakan beberapa bukti. Malangnya pihak polis tidak mengambil apa-apa tindakan.
Anda terus menanggung keseksaan atau kerugian, sedangkan orang yang menganiaya anda itu bebas ke sana ke mari. Salah satu sebab polis tidak mengambil tindakan kerana anda adalah orang biasa, manakala orang yang memukul atau menipu anda itu mempunyai kedudukan, pangkat dan pengaruh.
Dalam
situasi begini apakah perasaan anda? Tentulah dalam hati anda sumpah
seranah terhadap orang yang menganiaya anda. Anda tidak boleh tiru hero
dalam filem hindustan yang mana hero yang bersusah payah terjun sungai,
naik bukit turun bukit untuk menangkap penjenayah, tiba-tiba penjenayah
tersebut tidak dikenakan apa-apa tindakan. Akhirnya demi melepaskan
geram hero ambil tindakan sendiri, iaitu menembak penjenayah tersebut.
Jika ini yang anda lakukan terhadap orang yang menganiaya anda, maka
anda akan dihukum.
Di
samping itu apa yang termampu anda lakukan hanya berdoa kepada Allah
sementara menunggu hukuman dihari akhirat terhadap orang yang menganiaya
kita itu. Dan berdoa pula, jangan sekali-kali mendoakan diturunkan bala
kepada orang yang menganiaya kita itu, tetapi mendoakan supaya dibuka
hatinya agar menjadi orang yang baik. Sejarah menunjukkan penjahat atau
kaki samseng jika dibuka hatinya, dia akan menjadi orang yang baik.
Khalifah Umar Al-Khattab, sebelum memeluk Islam adalah kaki samseng,
pembunuh dan sebagainya. Tetapi setelah dibuka hatinya, dia telah
menjadi orang yang baik serta patuh pada perintah Allah. Walau
bagaimanapun jika Tuhan turunkan bala kepada orang yang menganiaya kita,
itu bukanlah doa dari kita.
Dalam
pada itu apabila kita dianiaya samada ditipu atau harta benda kita
dicuri, kita perlu merenung sejenak melihat pada diri kita sendiri.
Adakah kita suatu masa dulu pernah menganiaya orang? Ataupun kita
mempunyai harta yang banyak, namun tida pernah mengeluarkan zakat dan
bersedekah. Jika ya, maknanya apabila kita dianiaya oleh orang lain,
maka itulah adalah balasan Tuhan didunia ini. Ini bukanlah bermakna
orang menganiaya kita itu tidak bersalah. Yang pastinya balasan Allah
didunia ini secara tidak langsung yang jarang kita ambil iktibar.
Apabila pegawai Bukit Aman bercakap macam puak UMNO
Posted on Saturday, July 21 @ 04:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: tokpepijat
"Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau "tidak pasti" tentang dakwaan bahawa pengganas dan komunis cuba meresapi Pakatan Rakyat.
Sin Chew Daily memetik Hishammuddin sebagai berkata, pada masa ini, beliau tidak mempunyai maklumat berkaitan dengan perkara tersebut.
Oleh itu, katanya, beliau tidak boleh kata sama ada ia benar atau tidak.
"Saya hanya boleh katakan sebanyak ini, topik ini sangat sensitif," Hishammuddin dipetik dalam laporan Sinchew Daily online hari ini
Sudah dua kali didapati kenyataan antara Menteri Polis Hishamuddin dengan orang Bukit Aman bercanggah.
Pertama, semasa BERSIH 3.0. Hishamuddin kata polis ikut SOP semasa menangani wartawan manakala IGP Ismail menafikannya .
Kedua dan terkini, Hishamudin tidak pasti dan tidak mempunyai maklumat tentang cubaan JI dan PKM "meresapi" parti pembangkang seperti dakwaan pegawai Bukit Aman Sofian dalam ceramah anjuran BTN dan Parliman depan golongan belia.
Hishamuddin juga mengatakan isu ini sangat sensitif. Bagaimana seorang pegawai atasan Bukit Aman boleh bercakap isu ini secara terbuka? Sensitif apa!
Adakah Sofian bercakap atas kapasiti seorang PDRM atau ahli politik yang berhajat dicalonkan jadi calon UMNO atau membodek naik pangkat?
Kenyataan Sofian adalah bermotif jahat dan tidak bertanggungjawab.
Kalau sekadar "cuba" meresapi boleh dikatakan masih selamat parti pembangkang. Kita katakan PAS, PKR dan DAP berjaya menghalang "cubaan meresap" oleh JI dan PKM kerana PR mempunyai semangat patriotik yang tinggi demi sayangkan negara.
Bagaimana dengan UMNO dan PDRM ? Adakah Sofian buat-buat "buta mata" terhadap pengaruh APCO Zionis terhadap UMNO dan PDRM?Apabila pegawai Bukit Aman bercakap macam puak UMNO."
Duit Malaysia baru tiru duit Hell Bank Note?
Posted on Saturday, July 21 @ 03:09:44 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: lensahandphone
"Ke kedai, Ting Ting ada menjual kemenyan, lilin, minyak, dan replika kertas barang-barang duniawi: tuxedos kertas, telefon bimbit kertas, beg kertas, jam tangan kertas dan barang kemas, basikal kertas pun ada.
Ini adalah hell bank note yang digunakan untuk dibakar kepada roh si mati bagi kepercayaan sesetengah masyarakat Cina.
Jam dan pelbagai alatan barang kemas.
Baju juga ada.
Yang manarik duit Malaysia baru mempunyai beberapa persamaan dengan duit "HELL BANK NOTE". Adakah di cetak tempat yang sama? Maksud saya cetakkan murah sebab duit hell ini nak dibakar bukan dibuat dengan kualiti yang baik, hanya warnanya menarik?
Pemuda Dungun
http://lensahandphone.blogspot.com "
Sebahagian besar Negara mula berpuasa pada hari Jumaat
Posted on Saturday, July 21 @ 03:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: Halimislam
"
Jutaan Umat Islam di seluruh dunia menyambut awal bulan Ramadhan pada hari Jumaat, Julai 20, sedangkan beberapa negara pula menyambut kehadirannya satu hari berikutnya.
Darul Iftaa Mesir mengumumkan bahawa bulan baru / hilal Ramadhan dilihat pada Khamis, 19 Julai.
"Oleh kerana itu, hari ini adalah hari terakhir Sya'ban dan Jumaat, 20 Julai akan menjadi hari pertama Ramadhan."
Kuasa keagamaan di Arab Saudi, tempat kelahiran Islam, juga mengumumkan bahawa hari pertama Ramadhan jatuh pada hari Jumaat, 20 Julai. Hal yang sama juga berlaku di Qatar, Emiriah Arab Bersatu dan Kuwait. Ramadhan juga akan bermula 20 Julai di Jordan, Sudan dan Yaman, demikian laporan onislam.net, Khamis 19 juli.
Bulan Ramadhan juga akan bermula hari Jumaat di Palestin, Sheikh Mohamed Ahmed, Mufti Jerusalem, mengumumkan.
Minoriti Islam di Barat juga akan merayakan hari pertama Ramadhan pada hari Jumaat, 20 Julai.
Fiqh Council of North America (FCNA) dan Islamic Society of North America (ISNA) mengumumkan bahawa Ramadhan akan bermula pada hari Jumaat. Majlis Eropah tentang Fatwa dan Penyelidikan juga mengumumkan bahawa Ramadhan akan bermula pada hari Jumaat, 20 Julai. Islam di Turki juga memulakan Ramadhan pada hari Jumaat, 20 Julai. Islam di Kosovo, Macedonian, Romania, Bosnia, Serbia, Bulgaria, Montenegro, Albania dan Slovenia juga akan merayakan hari pertama Ramadhan pada hari Jumaat.
Baca Selanjutnya SINI"
Terbaik [Gambar] Abby Abadi Ziarah Rumah Tuan Guru
Posted on Saturday, July 21 @ 02:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: abuluqman
"
Abby dan sekeluarga bergambar kenangan.
Abby Menyerahkan borang kepada tuan guru
Abby dan anak anak di rumah Tuan Guru Nik Aziz
Bergambar Dihadapan rumah Tuan Guru
Abby dan sekeluarga bergambar kenangan
Abby Bergambar dengan Isteri dan Nik Abduh
Singgah ke rumah TGNA tadi tp beliau tiada (ke KL utk rawatan jantung) Ustaz Nik Abdul, Isteri & ank2 yg sambut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan