Khamis, 12 Julai 2012

TAK ELOK KITA JADI DURI DALAM DAGING...JIKA KITA AHLI TENTU FAHAM KEPUTUSAN JEMAAH..ATAU MINTA IZIN DAHULU ATAU BERBINCANG DAHULU....

Penganjur: Debat diteruskan tanpa Dr Rani

  • Zulaikha Zulkifli
  • 4:17PM Jul 11 2012
Penganjur debat antara presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Hasan Ali dan pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman berkata program tersebut akan tetap diteruskan pada malam ini walau tanpa kehadiran wakil PAS tersebut.

Timbalan pengerusi Gerakan Masyarakat Prihatin (GMP) Meru Mohd Norman Toha berkata Hasan akan menjawab soalan yang timbul pada malam tersebut sekiranya Abdul Rani tidak hadir.

azlan"Ada pihak yang mengatakan debat ini akan dibatalkan. Berita ini tidak benar. Kami penganjur akan tetap meneruskan.

"Andai kata Dr Rani tidak hadir, maka yang akan menjawab persoalan yang diajukan rakyat ialah Datuk Hasan. Beliau setuju untuk hadir malam ini," kata bekas setiausaha badan perhubungan PAS Selangor itu.

Norman yang mengakui masih menganggotai PAS berkata beliau amat berharap Abdul Rani dan Hasan dapat duduk bersama dan bersalaman selepas debat ini berakhir.

"Saya amat berharap agar Dr Rani akan hadir dan selesaikan kemelut yang berlaku.

"Saya nak mereka menjalankan politik sihat. Harapan saya ialah, saya ingin melihat Datuk Hasan dan Dr Rani bersalaman di atas pentas. Imej itu yang ingin saya tunjukan pada masyarakat Meru," katanya lagi.

Abdul Rani pada Isnin lalu dilaporkan berkata beliau tidak akan hadir pada program debat itu kerana jadual program penuh sehingga September.

Hasan ketika dihubungi Isnin lalu mengatakan kesediaan untuk berdebat dan bersetuju untuk hadir pada malam ini. 

Pemimpin PAS disarankan jangan berdebat Hassan Ali
Posted on Tuesday, July 10 @ 22:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: mohdnoorawang

"

Debat adabagusnya dalam mencari dan mendapat maklumat seseoarng. Namun perlu dilihat siapa yang didebatkan atau isu yang hendak didebatkan.

Terkini jika dengan Hassan Ali, jika debat diadakan untuk mencari kebenaran dalam setiap isu terkini dan terdahulu AWAL AWAL LAGI DISARANKAN KEPADA PEMIMPIN PAS NEGERI DAN PUSAT TAK PERLU DIADAKAN SECARA TERBUKA DAN TERTUTUP.

Hassan Ali sedang mencari sesuatu isu dan kaedah untuk menonjolkan dirinya sebgai insan yang baik dan bagus demi untuk dinilai oleh pemimpin UMNO untuk dijadikan watak utama dalam menarik pengundi seluruh negeri Selangor PRU13.

Disaat ini watak dan nilai Hassan Ali sudah menurun dikalangan orang ramai terutama penduduk negeri Selangor. Perlu diingat setiap FASILITATOR memang bila bercakap memang hebat dan semuanya betul. Namun hasilnya kepada pendengar tidak kekal lama.

Hassan Ali bekas penyokong UMNO yang kuat sebelum masuk PAS. Kesilapan PAS ialah terlalu cepat berpengaruh dengan nailai pidato Hassan Ali, lantaran itu menjadi calun Parlimen PAS dan Dun Pas dalam PRU yang lalu.

Bintang Hassan Ali telah terpesona oleh pemimpin yang cuku kagum dengan Hassan Ali. Hassan Ali dilantik dan menang jawatan dalan PAS Pusat, Disinilah nampak watak sebenar Hassan Ali yang ego dan sombong. Pas telah membuat satu kesilapan yang besar melantik dan menjadi calun di DUN Gombak dan menjadi exco negeri Selangor atas kapasti pesuruhjaya PAS Selangor ketika itu.

Dalam ruangb terhad ini saya tak ingin paparkan kelemahan dan keegoan Hassan Ali bersama dengan pemimpon PAS {Pusat yang lain . Hanya sekedar ingatan jangan "MEMBIARKAN DIPATUT YANG LUBANG YANG SAMA DAN JANGAN RASA SOMBONG BILA MENYAHUT HENDAK BERDEBAT DENGAN HASSAN ALI,

Biarkan Hassan Ali dan pemimpin PAS yang sealiran dengannya berkoko dan mencemuh bila pemimpin tak menyahut untuk berdebat dengan Hassan Ali, biarkan Hassan ali menjual ubat dan menyalak merata tempat di Malaysia.

Sekali diingatkan jangan menjadi gatal mulut dan kaki untuk berdebat hassan Ali wahai pemimpin PAS, banyak lagi kerja kerja Parti perlu dilaksanakan untuk menghadapi PRU13.

*****uhi pemimpin DAP, bila berdebat sekurang kurangnya tokoh utama dari MCA, itu baru dinamakan debat dalam berpolitik, Debat hassan ali setaraf dengan debat pila perdana mnetri dengan dihadiri semua JKKKKKKK. sekian."

MARA batal pinjaman belajar anak pemimpin PKR

  • Aidila Razak
  • 5:02PM Jul 11 2012
Tawaran pinjaman pelajaran kepada anak seorang pemimpin PKR ditarik balik apabila Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempertikaikan status bapanya sebagai seorang Melayu.

Menurut pemimpin PKR Batu Pahat, Syed Hamid Ali, MARA membatalkan pinjaman pelajaran ke luar negara yang ditawarkan kepada anaknya Akmal Hakim, 17, kerana Syed Hamid telah didaftarkan sebagai 'Arab' ketika dilahirkan.

NONE"Saya dah 69 tahun. Dulu orang yang daftar saya bukan ayah saya. Saya semak-semak, jiran saya yang daftarkan waktu tu. Nama syed, jadi dia bubuh Arab.
'Itu sebelum merdeka, lepas merdeka ada perlembagaan Artikel 160 yang kata siapa Melayu. Selama ni saya tak pernah rasa Arab. Cakap Arab ana ente je saya tahu.
"Saya daftar anak saya sendiri. Surat beranak dia tulis keturunan bapa Melayu," katanya.
Syed Hamid, yang merupakan adik kepada bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali, berkata anaknya menerima surat pembatalan itu melalui kurier pada 23 Jun.
Sebahagian daripada surat itu, yang disiarkan Syed Hamid di laman Facebook beliau, menyatakan seorang atau kedua-dua ibu bapa pemohon penerima pinjaman pelajaran Mara mestilah Melayu atau bumiputera.

"Oleh yang demikian, dimaklumkan bahawa tawaran saudara untuk program seperti di atas dibatalkan, kerana tidak memenuhi syarat seperti di atas," nyata surat tersebut.
MB tolak perbincangan penuh isu Talam

  • Hazlan Zakaria
  • 5:34PM Jul 11 2012
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menolak berbincang berhubung jumlah penuh transaksi cabang pelaburan negeri Menteri Besar Incorporated (MBI) dalam isu penstrukturan semula hutang Talam Corporation dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

NONEKhalid memberitahu DUN, perkara itu lebih baik dibincangkan oleh pakar supaya semua perkara terperinci boleh diteliti dengan baik.

Katanya, beliau tidak akan menjelaskan di situ kerana ia bukan tempatnya.

Berucap dalam sesi penggulungan belanjawan tambahan negeri, Khalid berkata, kerajaan negeri akan melantik lima firma perakaunan untuk meneliti dan mengeluarkan laporan berhubung transaksi MBI untuk mengelakkan sebarang salah faham.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Khalid berkata usaha itu akan dikelola bekas Akauntan Negara, Datuk Mohd Salleh Mahmud.

Lima firma berkenaan akan mengeluarkan satu Kertas Putih berhubung proses dan transaksi kutipan hutang tersebut, katanya lagi.
Polis larang berarak dalam demo antipenyenaraian Felda

  • Abdul Rahim Sabri
  • 1:17PM Jul 11 2012
Polis tidak membenarkan kumpulan antipenyenaraian Felda daripada berarak ke Istana Negara dalam perhimpunan besar mereka ibu negara pada Sabtu ini, kata Gerakan Selamat Felda (GSF), penganjur acara itu.

Koordinator GSF Mazlan Aliman berkata, perkara itu dimaklumkan kepada mereka dalam rundingan dengan polis kelmarin.

Bagaimanapun, tambahnya, keputusan itu belum dimuktamadkan kerana tidak mendapat persetujuan penganjur, dan perbincangan masih diteruskan.

NONEMenurutnya lagi, keputusan sama ada ada perarakan bermula dari dataran di luar kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menuju ke Istana diteruskan akan diketahui sehari sebelum perhimpunan.

"Polis tak bagi berarak kerana merbahaya kepada pengguna jalan raya. Ini kerana, kalau berarak, cuma jalan itu sahaja yang ada.

"Jadi akan berlaku kesesakan dan menghalang lalu lintas. Kita sedang menelitinya," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Kalau remeh, istana tak datang
Himpunan Oren diadakan untuk menyerahkan memorandum bantahan terhadap langkah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) di Bursa Malaysia.

Mazlan berkata keputusan tersebut merupakan salah satu daripada tiga perkara yang dibincangkan GSF dan pihak polis dan pihak Istana sewaktu pertemuan di ibu pejabat polis Daerah Sentul, kelmarin.

NONEKataya, kehadiran wakil pihak Istana dalam perbincangan tersebut menunjukkan bahawa isu berkenaan dianggap sebagai kepentingan rakyat.

"Kalau anggap remeh, wakil istana tak datang. Apa perlu dia datang... istana tunggu senarai nama (untuk hantar memorandum)," katanya.

Katanya lagi, GSF akan memuktamadkan senarai lima nama yang akan menyerahkan memorandum menuntut Yang di-Pertuan Agong campurtangan dalam penyenaraian FGV itu esok.

Hadi, Mat Sabu akan sertai
Lokasi perhimpunan di dataran di luar kompleks mahkamah Jalan Duta, juga belum diputuskan, katanya.

"Kita akan meneliti pendirian polis. Sehari sebelum perhimpunan kita akan muktamadkan pendirian dan langkah-langkah terbaik untuk mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku," jelasnya.

Tambahya, beliau berharap kehadiran 20,000 orang ke perhimpunan tersebut menjadi satu sejarah penting kepada Felda.

azlan"Ini kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah Felda. Tidak semestinya peneroka yang hadir. Kita tidak mahu isu ini menjadi isu kepada peneroka Felda semata-mata," katanya.

Katanya, setakat ini seramai 1,000 peserta daripada Kedah mengesahkan kehadiran selain 5,000 orang dari Pahang dan seramai 3,000 orang bekas tentera.

Perhimpunan itu juga akan disertai beberapa pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu, Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Katanya, pihaknya sedang menunggu respon daripada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadiri perhimpunan itu walaupun pihaknya telah menghantar undangan kepada ketua pembangkang itu.
GSF nafi terbit poster gambar Pak Lah, Ku Li

  • Abdul Rahim Sabri
  • 4:25PM Jul 11 2012
NGO Gerakan Selamatkan Felda (GSF) hari ini menjelaskan bahawa mereka tidak mengeluarkan poster 'Himpunan Oren' yang memaparkan wajah dua orang pemimpin Umno, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tengku Razaleigh Hamzah.NONE"Kita tidak buat (poster itu). Kita tidak terbit mana-mana poster. Kita menggunakan (promosi melalui) kiriman SMS kerana kita yakin ia lebih popular," katanya dalam sidang media di ibu negara pagi ini.
Mazlan berkata poster dengan wajah Abdullah dan Tengku Razaleigh itu mungkin dihasilkan oleh individu tertentu susulan kenyataan Abdullah dan Razaleigh berhubung Felda sebelum ini.
"Saya yakin Tun Abdullah tidak gembira dengan cadangan penyenaraian Felda. Beliau sangat patriotik dan berfikiran jauh. Dia konsisten dengan pendirian itu," katanya.Mengulas lanjut, Mazlan yakin bahawa Abdullah masih konsisten bahawa penyenaraian Felda di bursa saham "tidak baik" kepada peneroka.
NONEMalah, Abdullah juga pernah membatalkan cadangan untuk menyenaraikan Felda Holdings selepas mengambil alih pentadbiran dari Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa pemimpin Umno berkenaan telah dijemput untuk menyertai perhimpunan anjurannya.
Namun, kedua-dua pemimpin tersebut belum memberi jawapan kepada jemputan tersebut, katanya lagi.
"Gambar pemimpin (itu) yang ditunjukkan tidak bermaksud mereka akan menyertai perhimpunan. Kami tak kata (mereka akan hadir).

"Kalau kain rentang ceramah ada gambar saya, tidak semestinya saya hadir. Kalau untuk daya tarikan (untuk hadir), Wallahua'lam.

GSF akan mengadakan perhimpunan itu di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 Julai ini bagi menyerahkan memorandum memohon Yang di-Pertuan Agong campurtangan berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.

Mazlan berkata, GSF akan menghantar SMS kepada setengah juta pemilik telefon bimbit seluruh negara untuk memberi makluman berhubung perhimpunan itu, esok.
Ibu MP Balik Pulau dipukul, dirompak RM30,000
4:22PM Jul 11 2012
Ibu kepada anggota Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff cedera akibat dipukul sebelum dirompak barangan kemas dan wang tunai berjumlah lebih RM30,000 awal pagi ini.
  
Mangsa, Fatimah Ahmad, 73, berkata pada kejadian pukul 4 pagi itu, seorang lelaki bertopeng telah memecah masuk ke dalam rumahnya di Jalan Baru di Balik Pulau ketika beliau sedang nyenyak tidur.
  
Katanya, beliau yang tinggal berseorangan dalam rumah itu dikejutkan oleh suspek dan memintanya menyerahkan barang berharga sambil mengacukan sebilah pisau lipat.
  
"Dari loghat percakapannya (perompak), dia orang sini (Pulau Pinang)... dia ugut hendak bunuh, tengok sahaja kilatan pisaunya, saya terus serahkan rantai emas, gelang tangan dan dua bentuk cincin yang dipakai berharga kira-kira RM30,000," katanya kepada pemberita.
  
Beliau berkata, tidak berpuas hati dengan barangan kemas itu, perompak terbabit juga memukulnya sehingga mata kirinya lebam dan bengkak sebelum lelaki itu melarikan beg tangan berisi wang RM4,000.
  
Fatimah kemudiannya menghubungi anaknya yang tinggal berhampiran untuk dibawa ke Hospital Balik Pulau sebelum membuat laporan polis.

Beliau bagaimanapun diberi rawatan pesakit luar dan keadaannya dilaporkan stabil.
  
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Hatta Md Zin ketika dihubungi berkata polis menerima laporan pada pukul 6.40 pagi dan sedang mengesan perompak terbabit.
  
"Polis percaya perompak itu bertindak bersendirian dan telah lama memerhatikan mangsa," katanya ketika dihubungi.

Katanya hujan lebat memudahkan perompak itu memecah masuk rumah mangsa melalui tingkap hadapan tanpa disedari jiran.

Hatta berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda serta sebat, jika sabit kesalahan.

- Bernama
Saksi dakwa polis pijak wanita yang cedera

  • S Pathmawathy
  • 6:02PM Jul 11 2012
Seorang saksi mendakwa polis "memijak" seorang wanita yang berada di atas lantai dan menjerit kesakitan" di sebuah premis bank dalam satu insiden ketika perhimpunan BERSIH 3.0.

Bercakap dalam pendengaran awam oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia hari ini, saksi berkenaan mendakwa, tindakan itu menyebabkan wanita berkenaan mengalami kecederaan di tangannya.

Kejadian itu didakwa di premis bank dalam bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

S Kumar, 45, yang memberikan pertolongan kepada wanita berkenaan mendakwa, wanita tersebut tidak boleh bernafas ketika berada di atas lantai dan beliau memegang wanita itu dalam keadaan duduk.

Dakwanya, wanita yang tidak dikenali itu terjatuh ketika berada di luar bangunan dan dibawa masuk ke ruang yang menempatkan mesin teller automatik bank tersebut.

Dakwanya lagi, sekumpulan individu telahpun berlindung di dalam ruang berkenaan untuk mengelak daripada gas pemedih mata yang dilepaskan untuk menyuraikan kumpulan peserta perhimpunan di kawasan sekitar Dataran Merdeka.
Ambiga: Saya tak fikir mereka sejahat Gaddafi
11:45AM Jul 11 2012
Pengerusi bersama gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH Datuk S Ambiga berkata, langkah terus memburukkannya dengan pelbagai kaedah kini sudah tidak masuk akal.

Peguam itu mengulas pelbagai bantahan diterimanya selepas menganjurkan BERSIH pada 28 April lalu, termasuk isu "menggantungnya" kerana didakwa menderhaka, lapor dpa.

NONEAmbiga juga menafikan BERSIH bertujuan menggulingkan kerajaan kerana keadaan di Malaysia sangat berbeza dengan di negara-negara Timur Tengah.

"Adakah mereka (pemimpin Malaysia) fikir mereka sejahat (bekas pemimpin Libya Muamar) Gaddafi atau mana-mana diktator?

"Untuk berlaku adil, saya tidak rasa begitu. Tetapi kita mahu menghentikan penyakit sebelum sampai kepada keadaan melampau," beliau dipetik sebagai berkata.

Ambiga juga bagaimanapun dilapor mengaku bimbang dengan ancaman terhadapnya.

"Saya ambil dua pengawal peribadi atas desakan keluarga dan saya fikir itu adil. Saya berhati-hati. Saya tidak bodoh. Saya tidak membabi buta," katanya.

Tiada ulasan: