Selasa, 31 Julai 2012

MOGA2 KEMATIAN DAPAT DIBELA...PEMBUNUH MENGAKU...MUDAH KERJA POLIS....INSYAALLAH

:: Notis Utama ::

TEMA HARI KEBANGSAAN KE-55: "55 TAHUN TERAKHIR, RAKYAT BANGKIT, JANJI TOLAK"


Kita pulau hari kebangsaan tahun ini anjuran BN/UMNO yang ingat Hari Kemerdekaan ini hak milik mak bapak dia orang!!!

Kita akan guna logo kita sendiri, ciptaan blogger, ciptaan rakyat prihatin.

55 TAHUN TERAKHIR bermakna 55 tahun rakyat Malaysia dibodohkan oleh UMNO/BN. Ini adalah tahun terakhir... rakyat sudah sedar.
RAKYAT BANGKIT
Rakyat sudah sedar dan bangkit untuk menukar kerajaan sedia ada yang korup, kronisme dan menipu!!

JANJI TOLAK
Berjanji untuk menolak BN/UMNO untuk PRU-13 nanti.. Itu janji dan sumpah setia rakyat bagi mendapatkan kemerdekaan sejati! 


Seorang Lagi Yb Keluar BN
Posted on Monday, July 30 @ 04:51:12 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog Mutaligat

MELUAN 25 Julai: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meluan, Wong Judat yang juga Naib Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), salah satu sekutu BN di negeri itu mengumumkan akan keluar parti.

Menurutnya, tindakan itu dibuat secara rasmi hujung Julai ini. “Pada 30 Julai nanti, saya akan bertemu dengan Presiden (SPDP), Sri William Mawan dan Timbalannya, Datuk Seri Tiong King Sing di Kuala Lumpur untuk membincangkan keputusan saya ini dengan mereka.

“Saya akan meletak jawatan daripada parti pada keesokan harinya (31 Julai). Bagaimanapun, hasil mesyuarat nanti tidak akan menjejaskan keputusan saya. Tiada apa pun yang boleh mengubah pendirian saya dan tiada siapa boleh menghalangnya,” katanya, lapor Borneo Post.

Kelmarin di Sabah, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing turut keluar BN manakala Amsir Dani, orang kanan kepada Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin meletak jawatan Ketua Umno Cawangan.Ditanya sama ada beliau menyesali keputusan itu dan kemungkinan kehilangan semua manfaat dinikmati selama menjadi wakil rakyat BN, beliau berkata: “Manfaat apa? Kepada saya? Saya tidak melakukan perkara ini untuk kepentingan peribadi.

“Saya sudah 48 tahun, bukan budak hingusan, 17 tahun. Saya sudah matang, jadi tiada apa sangat yang hendak dikesali,” kenyataan beliau dipetik.

Judat memegang jawatan Adun Meluan selama tiga penggal bermula dengan kemenangan beliau sebagai calon bebas pada 2011. Beliau menyertai SPDP pada 2003.

DUN Meluan berada dalam Parlimen Julau dan majoriti penduduk adalah kaum Iban. Satu lagi DUN dalam Parlimen ini ialah Pakan.

Jelas perkembangan politik Malaysia amat merimaskan Najib Tun Razak. Ini semua sudah tentu akan mempengaruhi tarikh pembubaran Parlimen...............Ah Jib Gor bertambah takut???

........
http://mutaligat.blogspot.com
  Ketua polis Selangor sahkan Syaleza mati dijerut
Posted on Monday, July 30 @ 03:12:59 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Bernama
Ketua Polis Selangor mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.

Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar, 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.

"Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu," katanya pada sidang media di Shah Alam.

Beliau berkata susulan itu, polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Suspek akan direman petang ini.

Tun Hisan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya, Norazman Bashah pada kira-kira 7 malam.

Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum membawa turun mayat isterinya.

Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh suami mangsa dan Syaleza disahkan meninggal dunia ketika ditemui polis.

Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun.

-Bernama



Terkini !! Kes Eksekutif TV 9 Mati Terjerut Terjawab..Suspek Di Reman
Posted on Monday, July 30 @ 04:37:16 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: abuluqman

"
Syaleza Jaffar

Ketua Polis Selangor mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut. 


Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar (gambar), 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.

"Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata susulan itu, polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Suspek akan direman petang ini.


Bilik dimana Syaleza ditemui
Tun Hisan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya pada kira-kira 7 malam.

Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum membawa turun mayat isterinya.

Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh suami mangsa dan Syaleza disahkan meninggal dunia ketika ditemui polis.

Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. - Bernama
Suntingan Abu Luqman 


 Tragedi "Jerutan Di Bulan Ramadan" - Al Fatihah
Posted on Sunday, July 29 @ 23:55:46 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh mazidulakmal


Barangkali ramai telah mengetahui berhubung kejadian kakitangan wanita TV9, Syaleza Jaafar, 30 tahun, ditemui meninggal dunia di rumahnya di Apartment Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor, 2 hari lalu

.


Berita amat menyayat hati itu antaranya disiarkan di sini dan di sini.

Pada ketika berita terbabit dicetak, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Berikutan itu, malam tadi, saya sempat mencatatkan pandangan berhubung kes kematian mengejut dan disimpan di dalam bentuk entri draf sehingga saya terbitkan sebentar tadi, klik di sini.

Petang semalam, saya berada di luar lokasi kejadian.


"Rumah arwah di tingkat satu, rumah ada air con itu," bisik rakan, Roslan Salleh.


Roslan, 38 tahun, bertugas sebagai jurukamera sambilan, stringer TV9 sejak 7 tahun lalu.


Turut berada di lokasi sama, Ketua Polis Daerah, OCPD Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed. Ketika melangkah keluar dari kenderaan, saya melihat beliau sedang berbual bersama beberapa wartawan lain.


Saya sempat bersalaman dengan beliau, OCPD mempunyai hubungan baik dengan pengamal media cetak dan elektronik itu.

Di sekitar kawasan sama, berdiri beberapa pegawai polis termasuk Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, KBSJD, Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Petaling Jaya, DSP Aziz Baba, berbaju merah.


Hemat saya, jarang benar OCPD dan KBSJD, hadir di lokasi kejadian jika kes itu bakal kekal diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Saya juga sempat bertemu beberapa penduduk di kawasan terbabit sekaligus mendengar cerita 'menarik' mereka kongsikan.


"Selepas jenazah dibawa oleh ambulan ke Hospital Sungai Buloh, kami bertanya kepada suami si mati, mengapakah tidak pergi ke hospital? Katanya, biarlah polis membuat kerja mereka terlebih dahulu, lagi pun bedah siasat hanya akan dilakukan pagi esok," ujar penduduk.


Ihsan : Roslan Salleh

Kira-kira jam 11 pagi tadi, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, bunuh.

Sewaktu kejadian, mangsa berada di rumah bersama suami dan anak lelaki berusia 2 tahun.

"Secara psikologi, di bulan Ramadan Al-Mubarak dan mempunyai anak kecil, janggal benar jika si mati membunuh diri seperti didakwa. Saya percaya hasil bedah siasat lengkap dilaksanakan oleh doktor pakar akan memberikan petunjuk sebenar berhubung kejadian itu," komen kenalan, penganalisis jenayah terkemuka, Kamal Affendi Hashim.

Saya menghubungi Kamal, awal malam tadi melalui telefon.


Ihsan : Kosmo

Doktor pakar mengesahkan terdapat kesan jerutan di leher mangsa serta lebam di tubuh.

Sila teliti laporan akhbar Kosmo klik di sini.

Kira-kira jam 4 petang semalam, beberapa anggota polis dari IPD Petaling Jaya dilaporkan turut mengiringi sewaktu jenazah mangsa dibawa pulang ke kampung halaman di Johor.

Suspek dilaporkan ditahan lebih kurang pada jam 10.15 malam oleh 3 anggota polis dari IPD Petaling Jaya di Felda Redong 1, Labis dan direman 7 hari bermula hari ini.

Saya bersimpati dengan kejadian kejam menimpa mangsa, pernah saya temui beberapa kali sewaktu berkunjung ke pejabat TV9 di Sri Pentas.

Hemat saya, dakwaan awal mangsa beragama Islam membunuh diri barangkali dipandang serong oleh majoriti ahli masyarakat berbanding andai dia dibunuh. Membunuh diri, tindakan didorong kehendak individu manakala jika dibunuh, mangsa tidak mempunyai pilihan sebagai wanita, insan lemah.


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Syaleza dan ditempatkan di kalangan roh orang beriman.

Al-Fatihah!

......
http://www.mazidulakmal.com/2012/07/tragedi-jerutan-di-bulan-ramadan-al.html


Note: Ada versi kedua cerita daripada Amzidul Akmal. Rasanya tunggu siasat polis untuk menentukan kesahannya. - PK

 






Kenyataan Azmin Bin Ali berhubung perkembangan politik di Negeri Sabah
Posted on Monday, July 30 @ 03:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Lararatu

Oleh: setisab

"KEADILAN melihat perkembangan politik Negeri Sabah sebagai kejayaan agenda reformasi yang disemai lebih 10 tahun yang lalu dan kini menyaksikan hasilnya dengan kebangkitan rakyat Sabah yang berani meruntuhkan tembok ketakutan dan kezaliman; lalu menuntut reformasi yang tulen.

Dua pengumuman penting di Tuaran dan di Beaufort pastinya mengubah landskap politik Sabah dan menzahirkan iltizam politik rakyat Sabah untuk mencetus serta melaksanakan agenda perubahan.

KEADILAN mengalu - alukan pengumuman Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing yang meletakkan semua jawatan dari parti masing-masing; UMNO dan UPKO serta kesediaan mereka untuk bersama Pakatan Rakyat dalam usaha melakukan perubahan dalam sistem kenegaraan.

Kita juga menyambut baik iltizam mereka untuk menjana kekuatan rakyat bagi melakukan perubahan di Negeri Sabah. Makanya kerana komitmen yang jelas di kalangan pimpinan Negeri Sabah yang berani mengambil risiko; KEADILAN tidak teragak-agak untuk bersama-sama mereka demi rakyat Sabah.

Kerjasama yang disepakati bersama Pakatan Rakyat merupakan titik permulaan kepada perubahan politik Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke 13. Slogan 'Ini kali-lah' menandakan angin perubahan telah sampai ke bumi Sabah. Sudah tiba masanya untuk rakyat Sabah sendiri menentukan masa depan Negeri Sabah serta menikmati hasil kekayaan Negeri yang selama ini diagihkan secara tidak adil oleh pentadbiran UMNO - Barisan Nasional (BN). Rakyat Sabah juga perlu menolak UMNO - BN yang mengkhianatisemangat pembentukan Malaysia.

Dua pengumuman penting yang bersejarah itu menjadi bukti betapa rakyat Sabah sudah hilang keyakinan kepada kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak dan BN. Tambah pula, pentadbiran Dato' Seri Najib hanya sekadar menabur janji dan sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri, ianya ditandai kegagalan untuk menepati janji.

Tekad rakyat Sabah untuk bersama Pakatan Rakyat pada hari ini adalah berpaksikan kepada keyakinan mereka terhadap agenda Pakatan Rakyat untuk melaksanakan perubahan. Mereka yakin dengan dasar - dasar Pakatan Rakyat yang terkandung dalam Buku Jingga dan perlaksanaannya akan menepati dan memenuhi hasrat dan cita - cita murni rakyat Malaysia yang mahukan urus tadbir yang baik serta pengagihan ekonomi yang adil kepada semua rakyat.

KEADILAN turut mengalu - alukan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) dan Angkatan Perubahan Sabah (APS) serta kesediaannya bersatu di bawah payung Pakatan Rakyat untuk menjana arus perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Ini menandakan keyakinan rakyat Sabah kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai peneraju utama dalam Pakatan Rakyat yang insha Allah akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 7. Semoga kebangkitan rakyat Sabah pada hari ini akan menghasilkan kejayaan dengan tertubuhnya Kerajaan Rakyat Negeri Sabah dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Salam reformasi

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden

Pejabat YB Mohamed Azmin Bin Ali

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Ahli Parlimen Gombak
Ahli Dewan Negeri Bukit Antarabangsa "


 Logo Hari Kebangsaan - Jangan salah Rais, beliau cuma tertidur
Posted on Monday, July 30 @ 04:44:47 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Mummy Rokiah

Insiden ‘flip-flop’ logo Hari Kebangsaan berikutan teguran Lim Kit Siang telah menunjukkan betapa kelemahan kementerian Rais Yatim. Secara tidak langsung insiden ini telah memberi ‘millage’ politik percuma kepada Lim Kit Siang dan pembangkang.

Bagaimana ni boleh terjadi?. Semasa era Tok Mat Rahmat menjadi Menteri Penerangan dahulu beliau sangat hand’s on dalam rekabentuk logo Hari Kebangsaan ini. Sehingga ada ketika dianjurkan pertandingan mencipta logo hari kebangsaan dan ramai penyertaan dari kalangan pelajar-pelajar universiti dan penuntut sekolah.

Secara tidak langsung pertandingan ini menerapkan nilai-nilai cinta anak-anak muda kepada negara mereka. Supaya Melayu tidak lupa berikut disiarkan dari arkib berita kemenangan seorang pelajar ITM mencipta logo untuk makluman Rais Yatim


24/05/1997 (BH)
Pelajar ITM menang juara cipta logo

KUALA LUMPUR, Jumaat – Penuntut tahun akhir Institut Teknologi Mara, Muhamad Azid Abdul Latif, dipilih sebagai pemenang dalam pertandingan mencipta logo Hari Kebangsaan 1997.

Rekaan Muhamad Azid, 22, dipilih sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad 30 April lalu.

Menurut Urusetia Pertandingan Mencipta Logo Hari Kebangsaan 1997, pelajar itu kejayaan menerima wang tunai RM5,000, sijil penyertaan dan cenderahati Hari Kebangsaan. Sambutan Hari Kebangsaan kali ke-40 ini bertema `Akhlak Mulia Masyarakat Jaya'.

Muhamad Azid yang mengikuti Kursus Sarjana Senireka Grafik berasal dari Johor dan adalah anak kedua daripada sembilan beradik.

Sebelum ini, dia hanya terbabit dengan penciptaan logo persatuan dalaman ITM, sebelum memenangi beberapa hadiah saguhati dan yang terbaru muncul juara dalam mencipta logo baru Majlis Perbandaran Subang Jaya.
END.


Rakyat semua harus maklum mungkin Rais terlepas pandang kerana kesibukan persediaan PRU13 tetapi di mana peranan KSU, TKSU dan Ketua-Ketua Pengarah di bawah Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan.

Apakah kerana KSU sudah nak habis kontrek maka beliau harus lenggang kangkung melepas tangan atau sibuk di dalam pencarian untuk menjadi Pengerusi mana-mana GLC?

Konklusinya, permulaan Hari Kebangsaan telah memberi kemenangan moral kepada pembangkang.


Tiada ulasan: