Posted on Sunday, July 01 @ 18:59:16 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Sharpshooter
Tiada perkara yang memalukan nilai intelektual yang dijulang tinggi dalam masyarakat, apabila seorang sarjana mencerca seseorang yang lain apatah lagi dengan mengancam menggunakan kata-kata yang mencerminkan kerendahan nilai diri sendiri. Terdorong dengan ucapan 'separa sedar' yang dikeluarkan oleh Dr Kassim Ahmad, Kelab Anwar Ibrahim (AIC) percaya wujud sesuatu yang tidak kena pada nilai diri Dr Kassim sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan supaya Dato Seri Anwar Ibrahim digantung kerana dituduh mengkhianati rakyat.
Malah dalam wawancara itu, Dr Kassim turut menghina himpunan rakyat pada 1998 yang diketuai oleh Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai perhimpunan ala Nazi, dan sekaligus menafikan hak rakyat untuk berhimpun dan menyatakan ekspresi terhadap kebobrokkan yang berlaku dalam negara.
AIC menyelar dan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Dr Kassim Ahmad ini dan kecewa kerana merasakan perkara ini hanya berpaksi kepada kemarahan peribadi dan memuaskan hati sendiri semata-mata, Tuduhan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai dalang yang mengarahkan pengharaman buku tulisannya adalah satu lagi rungutan tidak berasas.
AIC hairan bagaimana seseorang yang terpelajar, dan masak dengan susur galur politik negara boleh dipergunakan sewenang-wenangnya untuk kepentingan politik orang lain. Sebagai mantan Presiden sebuah parti Sosialis, Dr Kassim Ahmad tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam politik Umno apabila menyertai parti itu kemudiannya dan inilah faktor utama yang mendorong kekecewaannya.
MUHASABAH DIRI DAN HIDUP DALAM REALITI
Dr Kassim Ahmad sewajarnya bermuhasabah diri dan hidup dalam kenyataan bahawa tidak ada sesuatu yang sempurna dalam kehidupan sebagai ahli akademik dan politikus. AIC sebagai suara anak muda ingin menolak kebencian yang cuba ditanam oleh Dr Kassim Ahmad bukan sahaja kepada Dato Seri Anwar Ibrahim, tetapi juga kepada mana-mana individu politik di negara ini.
Sebagai seorang sarjana, Dr Kassim Ahmad harus sedar bahawa beliau sudah diberi peluang yang banyak untuk membuktikan kajian serta pandangannya. Beliau , pada 26 tahun yang lalu telah diberi ruang berdebat dengans seorang lagi tokoh iaitu Dr Ahmad Awang namun gagal meyakinkan umum tentang ideanya yang jelas menolak hadis.
Hiduplah dalam realiti bahawa tidak ada salahnya mengakui kesilapan diri, sebaliknya mengembalikan realiti itu untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang lebih baik. Tindakan dan amarah Dr Kassim Ahmad tidak menyumbang satu apa pun ke arah kebaikkan negara, tetapi inilah punca perpecahan dan kegoyangan intelektual yang akan menular dalam masyarakat.
Jika seorang sarjana boleh mengeluarkan satu kenyataan dan ancaman dahsyat, maka tidak hairan negara akan melahirkan generasi yang lebih tersasar pemikiran dan waktu itu Dr Kassim Ahmad pasti termenung memikirkan bahawa inilah jasa yang beliau taburkan dalam benih pembentukkan bangsa.
AIC dengan tegas menolak segala ancaman dan kenyataan keras Dr Kassim Ahmad, dan tidak apologetik untuk mengkritik tindakannya. Sebagai generasi baru, AIC tidak memilih untuk kagum dengan kelantangan Dr Kassim Ahmad yang tiada standard, malah akan melawan sekeras-kerasnya politik dan kenyataan kebencian yang serupa.
AIC percaya seseorang ahli akademik dan sarjana akan datang boleh menjadikan Dr Kassim Ahmad sebagai satu rujukan bahawa tidak semua perkara yang kita lakukan boleh dan berupaya menjadikan diri kita sebagai betul, sesekali berpijaklah di realiti dan terimalah kekalahan pemikiran sebagai pedoman.
GENERASI PENGGERAK ZAMAN
SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Presiden
Anwar Ibrahim Club
Malaysia
Presiden
Anwar Ibrahim Club
Malaysia
- terdapat 1 ruang iklan kosong di sini -
Dendam Peribadi Dan Tekanan Emosi Melampau Posted on Sunday, July 01 @ 19:03:02 PDT Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
Oleh Sharpshooter
Masyarakat diluar sana terutamanya orang Melayu terus disogok dengan kenyataan - kenyataan yang rendah nilai kemanusiaan meskipun kadangkala ianya datang dari wawancara seseorang yang bergelar intelektual; atau sekurang-kurangnya yang menganggap diri mereka seorang intelek. Kenyataan terbaru dari seseorang yang kononnya mengaku intelek ini adalah daripada Dr Kassim Ahmad yang menempelak Dato Seri Anwar Ibrahim seperti yang diterbitkan dalam Malaysiakini edisi Bahasa Melayu yang dengan jelas menyebut tajuk Kassim Ahmad: Anwar patut dihukum gantung
Angkatan Muda Keadilan Selangor menganggap kenyataan berbaur kebencian ini tidak wajar keluar daripada mulut seorang intelek Melayu, apatah lagi AMK Selangor melihat ini sebagai satu serangan peribadi yang tidak wajar dilakukan oleh Dr Kassim Ahmad kerana siri-siri kegagalan beliau sendiri untuk mendapat sokongan umum dalam setiap perkara yang beliau lakukan.
Dr Kassim Ahmad juga dilaporkan menyebut sering bernada tegas dengan Dato Seri Anwar Ibrahim dan berniat untuk "meludah. menempeleng , memancung dan mengantung" Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu.
DENDAM DAN TEKANAN EMOSI MELAMPAU
Angkatan Muda Keadilan Selangor percaya kenyataan seumpama itu hanya akan didengari daripada individu yang mempunyai tingkah laku dan pemikiran penuh dendam dan berbaur emosi. Dr Kassim Ahmad dalam rungutannya telah menuduh Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai dalang, yang dituduh menjadi dalang mengharamkan buku kontroversinya yang bertajuk Hadis: Satu Penilaian Semula pada 1986.
Kenyataan ini wajar disanggah kerana melihat situasi pada 1986, Dato Seri Anwar Ibrahim bukanlah seseorang yang mempunyai kuasa; untuk mengharamkan atau sekurang-kurangnya mempengaruhi sebarang tindakan Kementerian Dalam Negeri untuk mengharamkan buku tersebut. Ini jelas satu tuduhan melulu, penuh emosi dan dendam dari seorang penulis yang kecewa dan lara akibat penulisannya yang diharamkan oleh kerajaan.
Memetik ulasan Dr Ahmad Awang iaitu bekas Naib Presiden PAS yang menyebut bahawa Dr Kassim Ahmad pernah diberi peluang untuk berdebat 26 tahun lalu dan tidak ada apa yang perlu didebatkan lagi memandangkan beliau sangat degil untuk mempertahankan hujahnya walaupun dengan jelas ianya bertentangan dengan ajaran Islam.
AMK Selangor percaya masyarakat Islam Melayu terutamanya boleh mengabaikan kenyataan keras Dr Kassim Ahmad kerana ianya jelas beremosi dan penuh kecelaruan kerana pandangannya tidak diterima oleh umum sejak sekian lama.
Dr Kassim Ahmad seharusnya cermin diri dan menyalahkan diri sendiri kerana tidak berjaya meyakinkan pihak lain untuk menerima ideanya, dan mengambil jalan mudah untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kambing hitam.
Kemungkinan juga Dr Kassim Ahmad inginkan sesuatu sebagai imbuhan dari kerajaan sesuai dengan arahan Kementerian Dalam Negeri pada 20 Jun lalu agar kajian semula pengharaman buku kontroversinya dan menjadikan platform ini untuk menentang Dato Seri Anwar Ibrahim.
Seharusnya Dr Kassim Ahmad selaku ahli akademik dan seorang mantan Presiden sebuah parti politik mempunyai jiwa yang lebih besar dan menerima perbezaan pendapat serta menghormati mana-mana pandangan yang tidak menyebelahinya. Tetapi agak mengecewakan apabila beliau mengambil jalan pintas untuk menjadikan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai sasaran mudah kemarahan beliau.
AMK Selangor percaya Dr Kassim Ahmad perlu belajar menjadi lebih terbuka serta merendah diri dan boleh mengambil Dr Syed Husin Ali sebagai contoh terbaik. Terimalah kenyataan bahawa dunia masih menghormati dan mengagumi peribadi pemikiran dan sahsiah Dato Seri Anwar Ibrahim, tetapi Dr Kassim Ahmad menghabiskan hujung usianya untuk menjadi alat pihak-pihak berkepentingan dan akhirnya menemui segala usahanya akan berakhir sia-sia.
AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia
Tiada rahsia Scorpene yang bocor, kata Zahid walau ada 133 DOKUMEN PERANCIS
Posted on Saturday, June 30 @ 19:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: imamsurau
"Kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan rahsia tentera laut telah dijual oleh kawan karibnya Razak Baginda kepada vendor Perancis DCNS semasa pembelian kontroversi Malaysia ke atas 2 kapal selam Scorpene.
Tetapi penafian daripada Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi kurang jujur lalu dia segera digera oleh ahli parlimen pembangkang.
"Melihat kepada cara Zahid membacakan penafian yang diarahkan dari kementerian itu, dia tidak bersungguh-sungguh untuk memberi maklumbalas. Ini merupakan pengkhianatan. Ia tidak mencukupi. Jika dia serius, dia akan memerintahkan penyiasatan berskala penuh ke dalam perkara itu dan mendedahkah hasil penyiasatan kepada awam. Apabila ini tidak dilakukan, ia menunjukkan betapa mencurigakan dan serius masalah ini, " Ahli Parlimen PKR Batu Tian Chua berkata kepada Malaysia Chronicle.
Tidak tahu- Zahid
Sebagai respon kepada pertanyaan daripada Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, menteri pertahanan telah memberitahu Parlimen bahawa tiada maklumat bocor tentang penilaian kapal selam Scorpene yang berharga RM7.3 bilion walaupun dokumen mahkamah mendakwa sebaliknya dalam perbicaraan kes rasuah yang sedang berlangsung di Paris.
"Pada pengetahuan kementerian itu, sehingga kini tiada maklumat yang dikesan telah dibawa keluar dari Malaysia. Kementerian Pertahanan tidak mempunyai maklumat mengenai dakwaan kononnya dokumen rahsia yang dijual oleh Terasasi (Hong Kong) kepada Thint Asia (Thales Antarabangsa) dikatakan bernilai € 36000000 (RM142 juta)," kata Zahid di Dewan pada hari ini.
Dia juga menafikan sebarang pengetahuan tentang urusan antara kedua-dua syarikat, dimana yang kedua telah membentuk sebuah syarikat usahasama dengan DCNS Perancis syarikat persenjataan gergasi untuk membina dua buah kapal, kerana kerajaan tidak berurusan terus dengan mana-mana syarikat semasa pembelian.
"Kenyataan oleh ahli parlimen Lembah Pantai bahawa kedua-dua kapal selam Scorpene telah dibeli dari Thales International adalah tidak benar," kata Zahid, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datok,.
Tekanan yang besar
Malah, ada adalah tekanan besar daripada pentadbiran Najib ke atas kes Scorpenes kerana Najib sendiri dan sekutunya Razak Baginda merupakan suspek utama dalam perbicaraan Perancis untuk menentukan jika DCNS telah membayar beratus-ratus juta euro dalam bentuk sogokan yang menyalahi undang-undang untuk menjamin perjanjian dimenterai.
Najib merupakan menteri pertahanan yang meluluskan pembelian, manakala Baginda menjadi perunding dalam mementerai perjanjian dengan firma Perancis itu. Walaupun ramai yang membantah kerana kos yang terlalu tinggi dan ketidaksesuaian kapal selam untuk perairan cetek pantai Malaysia, Parti pemerintah Umno yang deketuai Najib meluluskan juga pembelian itu.
Walaupun terdapat usaha oleh media arus perdana kawal Umno untuk memberikan gambaran lain ke atas kes itu, iatu ianya sebagai kempen memburuk dan menjatuhkan Najib, polis Perancis telah menjumpai bukti daripada dokumen yang disita daripada DCNS yang menunjukkan bahawa sememangnya terdapat rasuah diperingkat tertinggi. Pegawai-pegawai tertinggi Malaysia dan Umno telah dikatakan mendapat manfaat daripada wang haram itu.
133 dokumen mahkamah – jawab Najib Razak!
Hanya beberapa hari lalu, 133 dokumen-dokumen 'rahsia' yang telah dieliti oleh mahkamah Perancis didedahkan kepada umum (baca 133 dokumen-dokumen rasmi BUKTIKAN rasuah Scorpenes BENAR: Beri maklumat tentang Altantuya).
"Terdapat keraguan di Malaysia jika dokumen-dokumen ini benar-benar wujud, dan kisah rasuah direka oleh pakatan pembangkang Pakatan Rakyat. Ini adalah bukti bahawa ia memang wujud. Pembaca yang memahai Perancis boleh membacanya pada bila-bila masa sahaja," dipetik dari Asiasentinel yang menerbitkan dokumen. Klik di sini untuk melihat dokumen-dokumen
"Dokumen yang telah dihantar tanpa nama pengirim ke Asia Sentinel kerana kegigihan kami dalam membukukan kisah kapal selam sejak Oktober 2006, apabila Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia berusia 28 tahun dan berkerja sebagai penterjemah, telah dibunuh di kawasan hutan di pinggir bandar Shah Alam dan mayatnya telah diletupkan dengan bahan letupan C4."
Altantuya Shaariibuu adalah bekas kekasih Razak Baginda yang bersamanya semasa rundingan Scorpene. Dia telah dibunuh di Malaysia pada tahun 2006 oleh 2 bekas pengawal peribadi Najib dalam perbicaraan yang diulas pegawai AS yang berada di sini sebagai tidak adil, berdasarkan Wikileaks.
Kedua-dua pengawal peribadi itu telah dijatuhi hukuman gantung tetapi persoalannya ialah, siapa yang mengarahkan mereka membunuh wanita itu?
Perbicaraan di Perancis
Perbicaraan di Perancis diadakan selepas NGO Malaysia membuat aduan terhadap DCNS atas dakwaan rasuah meibatkan pegawai-pegawai Malaysia atas pembelian Scorpenes.
Jika didapati bersalah, DCNS mungkin perlu membayar pampasan kepada rakyat Malaysia untuk harga yang tinggi akibat rasuah yang dibayar kepada pegawai-pegawai lain. Ia juga akan memberi tekanan kepada pentadbiran Najib untuk akhirnya mengadakan siasatan ke atas pembelian yang mencurigakan ini.
Suaram memfailkan aduan pada 2010 selepas gagal mendapatkan pihak berkuasa tempatan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mengambil tindakan. Seorang hakim siasatan telah dilantik dan perbicaraan di Paris bermula pada awal April.
sumber"
Kakitangan Kerajaan Tidak Setia Dengan BN
Posted on Saturday, June 30 @ 15:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: reformis1998
"Pemimpin Pakatan Rakyat mengingatkan 1.4 juta penjawat awam bahawa mereka harus menjadi setia kepada Negara, Raja dan Perlembagaan Persekutuan dan bukannya setia kepada parti pemerintah.
"Mereka penjawat awam mesti ingat bahawa kerajaan hari ini boleh bertukar ganti dan parti politik yang membentuk kerajaan hari ini mereka boleh datang dan pergi ". Jadi, jika pihak yang memerintah pergi ke kawasan yang liar dan rosak dengan penyelewengan, rasuah dan kezaliman, adakah kita semua perlu ikut? Sudah tentu TIDAK... Anda masih kekal sebagai seorang penjawat awam dan kesetiaan anda adalah untuk berkhidmat kepada awam secara professional.
Baru-baru ini wujud kebimbangan tentang kekurangan kesetiaan itu di kalangan pegawai kanan kerajaan apabila Ketua Setiausaha yang baru dilantik, Datuk Seri Ali Hamsa baru-baru ini telah memulakan tugasnya dengan “permulaan buruk” apabila membuat kenyataan yang kurang professional dengan berkata “seharusnya anda lebih tahu" daripada mempercayai "janji kosong" yang dibuat oleh Pakatan Rakyat... satu pembohongan dari Ketua Setiausaha.
Sepatutnya Ali Hamsa sebagai penjawat tertinggi awam di negara ini, wajib menghormati Perlembagaan Persekutuan dan setia kepada Negara dan Raja. Kesetiaan kepada negara tidak harus disamakan sebagai "kesetiaan kepada Umno dan BN" dan penjawat awam adalah terikat untuk berkhidmat dengan kerajaan hari ini mengikut Perintah Am mereka serta berkhidmat secara profesional.
Setia kepada Najib Bawa Kehancuran
Perdana Menteri juga tidak perlu digunakan perkataan ‘SETIA’ terhadapnya kerana Perdana Menteri juga boleh ditukar ganti dengan mendapat mandat Rakyat.
Semalam, Najib Razak membuat kenyataan di PWTC mengatakan, BN telah diberi mandat oleh rakyat selama lima tahun untuk menunjukkan keupayaan untuk memimpin dan mentadbir negara membawa kemajuan dan memperjuangkan rakyat... dan tidak timbul soalan ‘tidak yakin’ kerana menangguhkan PRU13 (...baca seterusnya)
blog ReformisAnakMuda"
Jawapan Tun kepada Kay Jay
Kepada yang berkenaan,
Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Yayasan Tun Perdana telah menerima sepucuk surat dari seorang manusia yang tidak jelas jantan betinanya tetapi telah mengakui dirinya sebagai Kay Jay. Adalah diberitahu bahawa surat tersebut telah difailkan dalam Pejabat Yayasan. Adalah juga diberitahu isi kandungan telah difahami. Maka surat di bawah ini adalah jawapan rasmi dari Yang Teramat Mulia Pekuda Tun.
Kay Jay,
Sebelum beta... ops... kami meneruskan surat ini adalah dinasihatkan supaya kamu menyediakan kertas tisu atau sapu tangan. Kami sedar bahawa ketika kamu membaca surat ini hingus kamu akan meleleh. Kami tidak mahu surat suci kami ini akan dinajiskan dengan hingus cair kamu.
Adalah kami maklumkan bahawa apa sahaja yang kami tulis di sini adalah benar. Tidak ada apa-apa yang benar melainkan pembohongan belaka yang kami nyatakan sebagai benar.
Sebelum memanjangkan surat ini adalah beta... opps... kami ingin memberitahu bahawa kami tahu semua tidak tanduk kamu. Kami juga tahu bagaimana kamu telah cuba-cuba mengurat ahli parlimen Lembah satu ketika dahulu. Kamu ingat beta... opss.. kami tidak tahu semua ini. Riwayat kamu cuba mengurat ahli parlimen ini telah kami ketahui bukan dari orang lain melainkan dari Tun Musaa sendiri.
Tun Musaa itu dilihat oleh orang ramai sebagai orang yang agak rapat dengan bapa mertua kamu. Tetapi adakah kamu sedar bahawa Tun Musaa yang mempertahan bapa mertua kamu dengan hujah 'elegant silence' - sunyi yang mengghairahkan - itu sebenarnya adalah mata-mata kami.
Malah apabila kamu mula mengurat isteri kamu sekarang, Tun Musaa telah menyindir kamu. Sila ingatkan kata-kata Tun Musaa kepada kamu: "Kay Jay... you are doing good... not only you work for the boss, you are also married to the boss's daughter...."
Ingat atau tidak akan kata-kata Tun Musaa ini? Kamu jangan jadi Melayu yang cepat lupa. Tun Musa telah menyindir kamu. Pada ketika itu kamu hanya bekerja sebagai pegawai khas kepada timbalan perdana menteri yang akhirnya menjadi bapa mertua kamu.
Ketika Tun Musaa menyindir, kamu yang bermuka tebal buat-buat tidak mendengar sindiran itu. Kamu memang bernasib baik. Muka tebal kamu ini telah dibantu pula oleh kulit kamu yang hitam.
Tahukah kamu kenapa Tun Musaa membuat semua laporan kepada kami? Di sini ingin beta... opps... ingin kami terangkan bahawa kami ada menyimpan semua gambar dan rekod Tun Musaa yang suka bertogel dan suka berompi-pompi. Malah rekod bapa mertua kamu juga masih ada di tangan kami. Jadi di sini kami beri amaran kepada kamu agar jangan kamu cuba mengada-ngada.
Tahukah oleh kamu kenapa beta...ops... kami melantik Tun Dolah sebagai timbalan perdana menteri dan kemudian menjadi perdana menteri? Jangan sesekali kamu silap faham. Jangan kamu anggap bahawa bapa mentua kamu itu memiliki kualiti perdana menteri. Tidakkah kamu sedar bahawa Tun Dolah ini hanya berkeupayan untuk menjadi ketua penanggah jika ada kenduri kahwin di kawasan Felda. Tidak lebih daripada itu.
Adakah kamu tahu bahawa beta... ops... kami melantik bapa mertua kamu itu bukan kerana dia bijak tetapi kerana dia tidak memiliki keupayaan untuk berfikir. Inilah kualiti yang beta.. .ops.... yang kami perlukan sebagai pengganti beta...ops... sebagai pengganti kami.
Apakah kamu tidak sedar bahawa beta... ops... kami melantik Tun Dolah itu sebagai ‘tilam Dunlop' agar orang ramai dapat terkencing di atasnya. Apakah kamu lupa kisah riwayat sesudah Tun Dolah menandatangani surat Kementerian Dalam Negeri untuk menangkap pemimpin gerakan reformasi pada bulan April 2001 dahulu. Apakah kamu lupa apabila bapa mertua kamu ditanya tentang penangkapan ini dia berkata: "Saya tidak tahu menahu...."
Inilah sebenarnya kualiti yang menjadikan Tun Dolah kami pilih untuk mengganti beta... ops... untuk menjadi perdana menteri Malaysia.
Beta... ops... kami telah merancang untuk menjadikan Tun Dolah ini sebagai ‘tukang ikut' apa sahaja arahan beta... ops... arahan kami. Tetapi kamu dengan licik telah merancang untuk menjadi menantunya walau pun anak Tun Dolah ini bukan ‘taste' kamu. Dari laporan mata-mata, kami tahu ‘taste' kamu ialah gadis-gadis cun, kurus langsing lagi bergetah seperti Altantuya, Ziana Zen atau Maya Kirin. Tetapi kamu sanggup menyeksa batin kamu untuk tujuan politik kamu.
Beta menjadi murka... ops... kami menjadi marah kerana kamu telah menggagalkan semua perancangan kami. Kamu dengan licik telah mengumpulkan kawan-kawan kamu untuk bekerja di tingkat empat pejabat perdana menteri. Secara angkuh kamu kelihatan memiliki kuasa yang lebih dari kuasa bapa mertua kamu.
Jangan ingat kami tidak melihat betapa ganasnya kamu berkempen di pilihan raya kecil Ijok. Ketika itu kamu hanya naib ketua Keadilan ops... naib ketua Pemuda United Malays National Organisation. Dalam kempen di Ijok kamu dilihat rancak dan ganas. Kamu berkelakuan sedemikian kerana kamu telah mendapat ‘kuasa surat nikah'. Dengan lesen nikah ini kamu dilihat begitu berani menibai ke hulu ke hilir.
Kami juga tahu bagaimana ketika di pilihan raya kecil Pengkalan Pasir kamu telah menggunakan khidmat tiga orang polis trafik bermotosikal untuk mendahului perjalanan kereta kamu. Amat jelas kepada beta... ops... amat jelas kepada kami bahawa kamu telah berlagak sebagai seorang menteri.
Kay Jay,
Peranan kamu sebagai ‘level floor boys' tidak dapat beta... ops... tidak dapat kami maafkan. Biar kami terangkan jenayah yang telah kamu lakukan.
Pada mulanya kamu telah memberi arahan kepada akhbar dan TV agar tidak melaporkan apa yang beta... ops... apa yang kami suarakan. Kamu telah membuang barua-barua.... ops... wartawan-wartawan kami di En Es Ti. Kamu telah menggantikannya dengan seorang jantan yang bernama Ka Li.
Jantan Ka Li yang asal usulnya amat-amat disyaki. Kami difahamkan bahawa Ka Li ini juga bekerja sebagai agen Ah Seng. Mata-mata kami telah memberi laporan bahawa Ka Li ini hanya akan mendengar arahan dari kamu dan dari agen Ah Seng.
Kamu telah menjadi rakan niaga kepada agen Ah Seng ini sehinggakan kamu menjadi kaya raya dalam sekelip mata. Kontrak-kontrak yang dahulunya diberikan kepada kroni beta... ops... diberikan kepada kontraktor Bumiputera kini telah kamu rembat.
Kamu jangan buat 'dek' macam bapa mentua kamu. Kamu jangan buat-buat lupa bagaimana abang ipar kamu telah merembat semua kontrak-kontrak yang dahulunya akan diberikan kepada ahli-ahli perniagaan Bumiputera yang berkebolehan lagi berjaya seperti Mohzani Madey... seperti Meerzan Madey.. seperti Marryna Madey.
Kamu dengan abang ipar kamu bersama seorang lelaki berketurunan Chingling yang bernama Paprick telah bersubahat untuk merembat harta kekayaan negeri Terangganu. Kamu jangan buat-buat ‘confuse' apabila beta... ops.. apabila kami menggunakan perkataan Chingling. Chingling ialah keturunan China Keling.
Ketika bapa mertua kamu sedang tidur kamu bertiga telah merancang satu projek tipu yang kamu panggil Monsoon Kap di Terangganu. Pada ketika ini negeri Terangganu bawah pimpinan Derih Jusuh. Kamu, abang ipar kamu, Mat Chingling dan Derih Jusuh telah membuat projek-projek bangang sebagai cara merembat duit minyak Petronas yang bernilai berbilion-bilion ringgit.
Bukan beta tidak tahu... ops... bukan kami tidak tahu projek Monsoon Kap ini bertujuan untuk menandingi Projek F1 di Sepang. Kamu anak beranak telah merosakan kawasan Seberang Takir dan Pulau Duyong. Pekan China di sebelah Pasar Kepayang yang beratus-ratus tahun umurnya itu juga telah kamu musnahkan. Kamu ingin menandingi Projek F1 di mana harga tanah di Sepang telah naik berganda-ganda.
Kamu menuduh beta... ops....kamu menuduh kami merosakkan Kuala Lumpur dengan menghodohkan bandar ini dengan projek LRT dan monorel tetapi apa yang kamu lakukan itu seribu kali lebih hina. Kuala Lumpur yang dihodohkan adalah bandar milik China. Manakala kamu menghodohkan kawasan-kawasan sejarah yang seratus peratusnya milik orang Melayu.
Untuk mengolah persetujuan orang ramai kamu, abang ipar kamu dan Mat Chingling telah mendirikan apa yang dipanggil Taman Tamadun Islam. Projek ini sebenarnya hanya projek untuk merembat duit wang ehsan. Projek bangang kamu ini telah menjadikan kamu, abang ipar kamu, Mat Chingling ini kaya raya. Tidak cukup dengan ini kamu telah merekrut Jackie Chan dan Michelle Yeoh untuk mengglamorkan projek haprak kamu itu.
Kay Jay,
Beta rasa... ops... kami rasa hingus kamu semakin cair. Justeru kamu jangan merasa bangga kerana dapat mengalahkan putera beta... opss.... anak kami untuk menjadi ketua Pemuda. Mata-mata kami memberi laporan bahawa kamu dengan bantuan Mat Chingling telah membelanjakan berjuta ringgit untuk membeli undi.
Muhris anak kesayangan kami telah menangis meraung mengadu kepada beta... ops... mengadu kepada kami tentang kelakuan kamu membeli undi untuk menang. Jangan sesekali kamu lupakan jenayah kamu ini.
Akhir-akhir ini telah sampai ke pengetahuan beta bahawa kamu telah mencadangkan penubuhan satu Tribunal Jenayah Madey Muhamad Terhadap Rakyat Malaysia. Beta dengan ini memberi amaran bahawa jika beta dihadapkan ke tribunal ini, beta berjanji ayah mertua kamu juga akan beta libatkan sama.
Beta memberi ingatan walau pun kereta beta tidak memakai angka plat mahal WWW2, ini tidak membuktikan bahawa beta tidak berkuasa dan tidak berdaulat. Kamu jangan sekali-kali mengungkit-ungkit nama-nama tongkang yang membawa 'datuanda' beta ke Pulau Pinang.
Kamu janganlah berangan-angan untuk menjadi perdana menteri Malaysia. Kamu jangan bermimpi-mimpi. Apakah kamu juga sedang tidur seperti bapak mentua kamu. Tidakkah kamu lihat bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil alih negara ini. Jika tribunal yang kamu cadangkan ini berjaya diwujudkan maka inilah tanda-tanda bahawa tongkang yang bernama United Malays National Organisation itu akan tenggelam.
Sekian dari beta... ops... dari Yang Teramat Mulia Pakuda Tun.
P/s: Jangan kamu berangan-angan untuk mengambil kerusi selamat di Kepala Batas.

Monday, July 2, 2012
Rafizi: Isu Kapal Selam "Scorpene" Makin Buatkan PM Najib "Migrain" Untuk Umum Bubar Parlimen !
KUANTAN, 2 Julai - Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli (foto), menegaskan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak
kini sedang pening dan migrain untuk menentukan tarikh pilihanraya umum
ke-13 ini. Najib takut dan tidak dapat tidur lena memikirkan nasibnya
andai pilhanraya dibuat dan UMNO Barisan Nasional dijatuhkan oleh kuasa
rakyat pada kali ini. Sebab itulah sudah beberapa kali beliau terpaksa
menunda tarikh pembubaran parlimen untuk membolehkan PRU-13 diadakan
sekarang. "Najib takut dan kecut, buat pilihanraya kalah tapi
kalau tak buat lagi parah. Dua perkara yang beliau takut sangat sekarang
ialah isu kapal selam (Scorpene) dan Keretapi (LRT yang baru saya
dedahkan", kata Rafizi dihadapan penyokongnya di Felda Lepar Hilir Satu
dekat sini malam tadi. Menurut Rafizi, isu kapal selama yang cukup
kontroversi itu menyebabkan sebuah kumpulan hak asasi manusia SUARAM
akhirnya menfailkan saman sivil terhadap firma gergasi pertahanan
tentera laut Perancis DCNS kerana didakwa membayar komisyen kepada pemimpin Malaysia.
"Suaram kemukakan saman sebab DCNS jual kapal selam terpakai atau
second hand kepada negara kita. Pemimpin terbabit (Najib) pula didakwa
terma rasuah bernilai RM600 juta. Mana ada negara di dunia ini beli
kapal selam second hand dengan membayar harga yang lebih jauh mahalnya
dari yang baru", kata Rafizi. Beliau juga menegaskan apa yang
istimewa ialah mahkamah di Perancis sudah membuka fail siasatan dan
undang-undang mereka telus. "Di Perancis, penyiasat dan pendakwa
bagi fail bukti kepada mahkamah...Hakim pula mendengar hujah dan bila
berpuas hati atas kes, mahkamah akan lantik satu pasukan khas untuk
menyiasat kes ini. Hasil siasatan yang adil dan telus itu, 153 dokumen
baru telah berjaya dbuktikan di mana bukan sahaja maklumat tentang
rasuah dan penyelewengan dalam kes ini. Malah ia juga menjurus kepada
penjualan maklumat sulit pertahanan negara kepada musuh. Segala maklumat
strategk yang telah djual kepada kontraktor luar yang berharga RM146
juta telah berjaya dibongkarkan. Dokumen tersebut sudah dikeluarkan di
Hong Kong dan akan disebarkan ke seluruh negara dalam masa terdekat ini.
Kalau ikut undang-undangh tentera, individu yang jual maklumat negara
akan dihukum bunuh.. tapi, kalau hari ini menang ke Putrajaya kita akan
raikan percutian Najib dan Rosmah di Penjara Sungai Buloh", jelasnya.
Menurut
Rafizi, dosa orang yang khianat kepada sistem pertahanan negara adalah
amat zaloim dan tidak boleh diterima kerana kesannya adalah terlalu
berbahaya. "Bayangkan, kini musuh sudah
tau pertahanan kita maka mudah untuk mereka menyerang negara kita. Musuh
sudah tahu kapal selam kita boleh selam dalam mana, peluru ada berapa
dan sebagainya. Jika ini keadaannya bermakna Najib sengaja mengadaikan
nyawa tentera kita. Jika berlaku peperangan samalah seperti beliau mahu
hantar tentera kita bunuh diri di tengah laut", kata Rafizi lagi.
Oleh itu beliau menyeru seluruh rakyat agar tidak memberi undi kepada
pengkhianat negara seperti ini. Terlalu besar dosa Najib kepada rakyat
Malaysia jika dibandingkan dengan Perdana Menteri terdahulu. Rakyat
harus sedar tanggungjawab mereka dan jangan gadaikan kedaulatan negara
hanya kerana bila menerima sogokan dan rasuah setiap kali musim
pilihanraya. Maka itu, beliau berharap
rakyat membuat perubahan pada pilihanraya umum akan datang dengan
mengundi Pakatan Rakyat jika mahu nasib mereka berubah dan lebih
terbela. Tiada apa lagi yang boleh diharapkan kepada kerajaan BN
jika pemimpin tertinggi mereka juga boleh terpalit dengan isu dasyat
ini.
[Pendedahan
panas Rafizi di Felda Lepar Hilir Satu malam tadi sungguh menarik
perhatian orang ramai. Walau pun tidak ramai yang hadir kerana majoriti
ahli PAS bertandang ke Kerdau untuk bersama dalam Himpunan Hijau Ke
Putrajaya peringkat negeri Pahang, namun ia tetap memukau hadirin. Kini
apa yang di sangka oleh rakyat Malaysia kemungkinan besar menjadi
kenyataan. Kontroversi isu Scorpene yang menyebabkan pembunuhan wanita
Monggolia, Altantunya Shariibuu kini bakal terjawab apabila ada pihak
yang membicarakan kes itu dengan seadil-adilnya. Ia cukup berbeza dengan
mahkamah di Malaysia, sesudah pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan, walau
ada kes sekali pun tetapi kuasa terletak di tangan Peguam Negara untuk
pendakwaan. Maka, jika Peguam Negara melihat sesuatu kes itu ada
kepentingan dan menyentuh hal kepimpinan negara dan individu tertentu
yang rapat dengan politik UMNO BN, kes tersebut begitu mudah ditutup
walau pun ada asa yang cukup untuk pendakwaan. Maka itulah, kita
berharap mahkamah Perancis akan membicarakan kes ini seadil-adil untuk
kita melihat kebenaran terserlah jua sebelum PRU ke-13 nanti].
1 comment:
- dedah lagi rafizi, jangan berhenti sehingga mereka di telanjangkan segala penipuan dan supaya rakyat dapat penjelasan yakin dan percaya jika kita benar ALLAH memang merestui, tetapi jika kita membuat fitnah lambat laun terbongkar akhirnya buat masa ini rakyat tengah keliru kerna semua lapisan rakyat telah di sogok dgn pemberian pampasan, bantuan 1M, tayar teksi, enjin bot, traktor bajak sawah, saguhati berjuang menentang kominis bantuan peneroka, saham fgvt, saguhati bersalin, saguhati mati, saguhati nak berkahwin boleh dikatakan berbagai bantuan dan pertolongan di berikan, cakap saja buat masa ini, berkejar lah pemimpin UMPORNO dan BN menghantar bantuan, mereka ingat dgn segala rasuah yg di hulurkan itu akan memenangkan mereka, jangan harap lah, RAKYAT sekarang semakin faham dan cerdik di atas segala muslihat pimpinan UMPORNO, RAKYAT tidak akan termakan umpan yg di hantar hampir ke mulut mereka, tetapi hukuman yang di perolehi dari lakonan lakonan ini akan memakan diri, kerana segala huloran bantuan memang di ambil dari hak rakyat, tidak ikhlas dan rakyat memang sedang keliru dgn budi yg dihulorkan ini, tetapi PRU13 ini akan menentukan segala gala, oleh itu marilah kita buat satu penghukuman kpd UMPORNO dan BN , JGN DI BERI SATU UNDI PUN KPD MEREKA,. TAKBIRRRRRRRRR.
Nasihat Dr Yusuf al-Qaradawi Mengenai Sambutan Nisfu Sya`ban
Posted on Sunday, July 01 @ 00:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: al-bahanj
"Apabila tiba bulan Sya`ban, ramai ummat Islam khususnya di Malaysia akan diberitahu oleh para imam dan ustadz-ustadz di masjid mengenai suatu hari yang dipanggil malam Nisfu Sya`ban. Yang mana beberapa kaifiat khusus biasanya diajar kepada masyarakat bagaimana menyambutnya. Mari kita baca apa nasihat dan pandangan ulama muktabar dunia Islam iaitu Prof Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai sambutan Nisfu Sya`ban untuk sama-sama kita muhasabah mengenainya:
(1) Dr. Yusuf al-Qaradawi:
“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi sallAllahu `alaihi wasallam dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Sya`ban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.”
(Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut)
(2) Dr. Yusuf al-Qaradawi:
“(Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah).
(Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya).”
(Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)
**Lain-lain pandangan ulama muktabar seperti al-Hafiz al-`Iraqi, Imam an-Nawawi dan Imam as-Suyuti mengenai sambutan Nisfu Sya`ban boleh dibaca di pautan berikut, insyaALLAH:
>>Beberapa Pendapat Ulama Muktabar Mengenai Sambutan Nisfu Sya`ban"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan