DAP dakwa ada projek udang atas tanah Noh Omar
ADUN
Sekinchan Ng Suee Lim hari ini mendakwa Menteri Pertanian dan Industri
Asas Tani Datuk Seri Noh Omar terlibat dalam konflik kepentingan apabila
didakwa membuat persetujuan membabitkan satu perusahaan ternakan udang
pada tahun lalu.Ng mendakwa satu kaveat persendirian dibuat ke atas sebidang tanah seluas 30 ekar di Tanjung Karang - seluas kira-kira 15 padang bola - yang dimiliki Noh yang juga ahli Parlimen Tanjung Karang.
Dalam perjanjian tersebut, Noh memberi kebenaran kepada syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd untuk mengusahakan ternakan udang di tanah tersebut selama 10 tahun, dakwa Ng.
Perkara itu jelas merupakan satu konflik kepentingan kerana projek usahasama itu berada di bawah portfolio menteri berkenaan, dakwa Ng.
Ng membuat pendedahan tersebut ketika membahaskan satu rang undang-undang di DUN Selangor, yang menyekat wakil rakyat Selangor dan ahli majlis di negeri tersebut daripada membeli tanah semasa tempoh khidmat mereka.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Ng mendakwa tanah berkenaan didaftarkan pada 21 Oktober 2009.
Seorang pengarah syarikat Pristine Agrofood, Chu Bak Teck ketika dihubungi lewat petang ini berkata Noh tidak terlibat dalam perusahaan itu dan hanya merupakan pemilik tanah berkenaan.
BN akan dedah balas terhadap ADUN DAP
Timbalan
Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata pihaknya akan
membuat pendedahan balas terhadap ADUN DAP Ng Suee Lim sekitar isu rumah
kondominium yang dibinanya.
"Suruh dia bersedia dengan isu rumah kondo yang dia buat di Sekinchan. Tunggu, kita akan tanya dia pula," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucap utama dalam Konferen Antarabangsa Bisnes Agro-Bio 2012 di ibu negara petang ini.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan, bila pendedahan tersebut akan dibuat terhadap wakil rakyat DAP itu.
Noh yang juga ahli parlimen Tanjong Karang memberi amaran demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung pendedahan Ng mengenai dakwaan pemimpin Umno bahagian itu membeli tanah dengan harga sangat murah pada tahun 2001.
Diminta mengulas berhubung dakwaan Ng tersebut, Noh yang juga menteri pertanian dan industri asas tani bagaimanapun enggan menjawabnya.
"Ini standard isu tempatan, tak payahlah (jawab)... Ini isu tempatan, tak payahlah," katanya.
Ng pada 6 Jun lalu mendakwa terdapat urus niaga tanah tidak wajar membabitkan 1.2 hektar yang dibeli oleh Umno Tanjung Karang pada harga diskaun sebanyak RM3.17 juta pada tahun 2001.
Enggan ulas itu papan tanda 'haram'
Sementara itu, beliau juga enggan mengulas dakwaan bahawa beliau memasang papan tanda memaparkan wajahnya bersama perdana menteri secara haram di Kuala Selangor.
Sebaliknya, menurut Noh, setiausaha politik kepada menteri besar Selangor Faekah Husin yang membuat dakwaan itu patut menyelesaikan "masalah dalaman" PKR melibatkan terlebih dahulu.
"Suruh dia selesai masalah dalaman (terlebih dahulu). Pastikan dia selamat sebagai pegawai (setiausaha politik).
"Orang PKR pun marah dekat dia, dia nak kacau orang pasal apa. Selesai masalah dalaman dahulu, pastikan jawatan kekal, baru dia (boleh) cakap banyak," kata Noh dengan nada tegas.
Portal kerajaan negeri Selangorku kelmarin melaporkan Faekah sebagai berkata, tujuh papan tanda berkaitan dipasang secara haram di Tanjung Karang, melanggar peraturan dan tanpa kebenaran Majlis Daerah Kuala Selangor (MDSA).
Mempertahankan tindakan itu, Noh kemudiannya menjelaskan, semua papan tanda itu dipasang oleh agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi).
Katanya, pemasangan papan tanda itu bukan untuk kepentingan politik tetapi bagi memaklumkan kawasan Tanjong Karang sebagai pusat pertanian utama di Selangor.
Naib presiden PKR itu berkata, tindakan itu tidak membawa makna apa-apa kerana akta baru itu didakwa mempunyai "kuasa-kuasa drakonian" yang sama.
"Ibarat menggantikan tubuh badan antidemokrasi dengan baju baru drakonian yang sama lusuh; demi membuktikan bahawa beliau seorang demokrat sejati dan bukannya seorang demokrat palsu," kata puteri sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
Najib semalam berkata, pengenalan akta baru itu bertujuan mencari mekanisme bagi menentukan keseimbangan terbaik antara menjamin kebebasan bersuara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan di negara ini.
Dalam kenyataannya hari ini, Nurul Izzah menyifatkan langkah terbaru itu sebagai "transformasi layu lagi lesu" kerana ia didakwa hanya helah politik.
Berdasarkan rekod, dakwanya lagi, ciri-ciri "demokrat palsu" itu boleh dilihat antaranya dengan langkah sebelum ini seperti penggantian ISA dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan pengenalan Akta Keterangan (Pindaan) 2012.
Beliau menegaskan, kerajaan perlu memansuhkan Akta Hasutan tanpa menggantikannya dengan akta lain yang sama.
"PKR juga menggesa Najib mewujudkan jawatankuasa khas parlimen (JKP) yang bersifat bipartisan untuk mengkaji secara menyeluruh Akta Keharmonian Nasional yang beliau cadangkan, di mana JKP ini harus diberi mandat untuk membincangkan perihal perpaduan sosial dan perhubungan antara kaum," katanya.
Akhbar Kanada The Globe and Mail pada 8 Jun lalu memuatkan artikel wartawan terkenal Mark Mackinnon yang mengkategorikan Najib sebagai "demokrat palsu", sebaris dengan autokrat seperti Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas.
Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Abd Rahim Abd Ghani memberi jaminan masalah anak pemimpin PKR Batu Pahat Syed Hamid Ali itu akan diselesaikan dalam waktu yang terdekat.
"MARA akan selesaikan isu ini dalam waktu terdekat agar isu ini selesai. Segala tindakan (yang akan diambil) berasas dan akan dijustifikasikan," kata Abd Rahim ketika ditemui Malaysiakini di ibu pejabat MARA petang ini.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai bila dan bagaimana perkara itu akan diselesaikan.
Selain itu, ketika ditanya bagaimana 'kesilapan' itu boleh terjadi, Abd Rahim enggan mengulas lanjut.
Semalam Malaysiakini melaporkan tawaran pinjaman pelajaran ke luar negara kepada anak Syed Hamid, Akmal Hakim, 17, ditarik balik kerana MARA mempertikaikan statusnya sebagai seorang Melayu.
Menurut adik kepada bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali, beliau menerima surat pembatalan melalui kurier pada 23 Jun setelah MARA mendapati beliau didaftarkan sebagai 'Arab' ketika dilahirkan.
Pada mulanya, dakwa Amran, mereka ditawarkan RM10 juta tetapi kemudian meningkat kepada RM20 juta tiap seorang.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Shah Alam hari ini, beliau mendakwa yang mereka akan memperolehi RM20 juta tiap seorang hanya jika kesemua kelapan-lapan mereka bersetuju.
RM10 juta, dakwanya, adalah kononnya untuk membeli sebuah gudang, yang akan disewakan dengan sewaan sebagai pendapatan.
RM10 juta lagi, dakwanya, adalah untuk mereka membawa keluarga tinggal di Indonesia selama dua tahun atau lebih, supaya apabila mereka kembali, pengundi di kawasan pilihan raya mereka tidak lagi marah.
Amran menyifatkan tawaran itu sebagai amat "menarik" kerana mereka yang lompat parti itu tidak perlu menyertai parti pemerintah, dan hanya perlu menjadi MP yang mesra BN.
Beliau menjelaskan bahawa mereka diberitahu bahawa ini kononnya untuk BN mendapatkan kembali majoriti dua pertiga di Parlimen, selaras dengan usaha untuk menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak pada awal tahun 2009.
"Suruh dia bersedia dengan isu rumah kondo yang dia buat di Sekinchan. Tunggu, kita akan tanya dia pula," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucap utama dalam Konferen Antarabangsa Bisnes Agro-Bio 2012 di ibu negara petang ini.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan, bila pendedahan tersebut akan dibuat terhadap wakil rakyat DAP itu.
Noh yang juga ahli parlimen Tanjong Karang memberi amaran demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung pendedahan Ng mengenai dakwaan pemimpin Umno bahagian itu membeli tanah dengan harga sangat murah pada tahun 2001.
Diminta mengulas berhubung dakwaan Ng tersebut, Noh yang juga menteri pertanian dan industri asas tani bagaimanapun enggan menjawabnya.
"Ini standard isu tempatan, tak payahlah (jawab)... Ini isu tempatan, tak payahlah," katanya.
Ng pada 6 Jun lalu mendakwa terdapat urus niaga tanah tidak wajar membabitkan 1.2 hektar yang dibeli oleh Umno Tanjung Karang pada harga diskaun sebanyak RM3.17 juta pada tahun 2001.
Enggan ulas itu papan tanda 'haram'
Sementara itu, beliau juga enggan mengulas dakwaan bahawa beliau memasang papan tanda memaparkan wajahnya bersama perdana menteri secara haram di Kuala Selangor.
Sebaliknya, menurut Noh, setiausaha politik kepada menteri besar Selangor Faekah Husin yang membuat dakwaan itu patut menyelesaikan "masalah dalaman" PKR melibatkan terlebih dahulu.
"Suruh dia selesai masalah dalaman (terlebih dahulu). Pastikan dia selamat sebagai pegawai (setiausaha politik).
"Orang PKR pun marah dekat dia, dia nak kacau orang pasal apa. Selesai masalah dalaman dahulu, pastikan jawatan kekal, baru dia (boleh) cakap banyak," kata Noh dengan nada tegas.
Portal kerajaan negeri Selangorku kelmarin melaporkan Faekah sebagai berkata, tujuh papan tanda berkaitan dipasang secara haram di Tanjung Karang, melanggar peraturan dan tanpa kebenaran Majlis Daerah Kuala Selangor (MDSA).
Mempertahankan tindakan itu, Noh kemudiannya menjelaskan, semua papan tanda itu dipasang oleh agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi).
Katanya, pemasangan papan tanda itu bukan untuk kepentingan politik tetapi bagi memaklumkan kawasan Tanjong Karang sebagai pusat pertanian utama di Selangor.
Nurul: Akta Keharmonian bukti Najib 'demokrat palsu'
Nurul
Izzah Anwar berkata, tindakan perdana menteri memansuhkan Akta Hasutan
1948 tetapi menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional membuktikan
Datuk Seri Najib Razak seorang 'demokrat palsu'.Naib presiden PKR itu berkata, tindakan itu tidak membawa makna apa-apa kerana akta baru itu didakwa mempunyai "kuasa-kuasa drakonian" yang sama.
"Ibarat menggantikan tubuh badan antidemokrasi dengan baju baru drakonian yang sama lusuh; demi membuktikan bahawa beliau seorang demokrat sejati dan bukannya seorang demokrat palsu," kata puteri sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
Najib semalam berkata, pengenalan akta baru itu bertujuan mencari mekanisme bagi menentukan keseimbangan terbaik antara menjamin kebebasan bersuara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan di negara ini.
Dalam kenyataannya hari ini, Nurul Izzah menyifatkan langkah terbaru itu sebagai "transformasi layu lagi lesu" kerana ia didakwa hanya helah politik.
Berdasarkan rekod, dakwanya lagi, ciri-ciri "demokrat palsu" itu boleh dilihat antaranya dengan langkah sebelum ini seperti penggantian ISA dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan pengenalan Akta Keterangan (Pindaan) 2012.
Beliau menegaskan, kerajaan perlu memansuhkan Akta Hasutan tanpa menggantikannya dengan akta lain yang sama.
"PKR juga menggesa Najib mewujudkan jawatankuasa khas parlimen (JKP) yang bersifat bipartisan untuk mengkaji secara menyeluruh Akta Keharmonian Nasional yang beliau cadangkan, di mana JKP ini harus diberi mandat untuk membincangkan perihal perpaduan sosial dan perhubungan antara kaum," katanya.
Akhbar Kanada The Globe and Mail pada 8 Jun lalu memuatkan artikel wartawan terkenal Mark Mackinnon yang mengkategorikan Najib sebagai "demokrat palsu", sebaris dengan autokrat seperti Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas.
MARA akan selesai isu pinjaman anak Syed Hamid
Majlis
Amanah Rakyat (MARA) hari ini memberi jaminan akan menyelesaikan
masalah berhubung tawaran pinjaman pelajaran anak seorang pemimpin PKR
yang telah ditarik balik. Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Abd Rahim Abd Ghani memberi jaminan masalah anak pemimpin PKR Batu Pahat Syed Hamid Ali itu akan diselesaikan dalam waktu yang terdekat.
"MARA akan selesaikan isu ini dalam waktu terdekat agar isu ini selesai. Segala tindakan (yang akan diambil) berasas dan akan dijustifikasikan," kata Abd Rahim ketika ditemui Malaysiakini di ibu pejabat MARA petang ini.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai bila dan bagaimana perkara itu akan diselesaikan.
Selain itu, ketika ditanya bagaimana 'kesilapan' itu boleh terjadi, Abd Rahim enggan mengulas lanjut.
Semalam Malaysiakini melaporkan tawaran pinjaman pelajaran ke luar negara kepada anak Syed Hamid, Akmal Hakim, 17, ditarik balik kerana MARA mempertikaikan statusnya sebagai seorang Melayu.
Menurut adik kepada bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali, beliau menerima surat pembatalan melalui kurier pada 23 Jun setelah MARA mendapati beliau didaftarkan sebagai 'Arab' ketika dilahirkan.
'RM20j tiap seorang bagi BN dapat majoriti dua pertiga'
Ahli
Parlimen (MP) Tanah Merah, Amran Ab Ghani hari ini mendakwa bagaimana
beliau dan tujuh lagi MP PKR didakwa didatangi individu yang mahu mereka
keluar parti beramai-ramai untuk membantu BN mendapatkan kembali
majoriti dua pertiga.Pada mulanya, dakwa Amran, mereka ditawarkan RM10 juta tetapi kemudian meningkat kepada RM20 juta tiap seorang.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Shah Alam hari ini, beliau mendakwa yang mereka akan memperolehi RM20 juta tiap seorang hanya jika kesemua kelapan-lapan mereka bersetuju.
RM10 juta, dakwanya, adalah kononnya untuk membeli sebuah gudang, yang akan disewakan dengan sewaan sebagai pendapatan.
RM10 juta lagi, dakwanya, adalah untuk mereka membawa keluarga tinggal di Indonesia selama dua tahun atau lebih, supaya apabila mereka kembali, pengundi di kawasan pilihan raya mereka tidak lagi marah.
Amran menyifatkan tawaran itu sebagai amat "menarik" kerana mereka yang lompat parti itu tidak perlu menyertai parti pemerintah, dan hanya perlu menjadi MP yang mesra BN.
Beliau menjelaskan bahawa mereka diberitahu bahawa ini kononnya untuk BN mendapatkan kembali majoriti dua pertiga di Parlimen, selaras dengan usaha untuk menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak pada awal tahun 2009.
Rafizi pertahan keaslian dokumen projek LRT
Pengarah
strategi PKR Rafizi Ramli mempertahankan keaslian dokumen yang
didedahkannya sebelum ini sebagai bukti dakwaan bahawa Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak campur tangan dalam tender terbuka untuk projek
sambungan LRT Ampang.
Beliau juga percaya kepada individu yang membocorkan dokumen tersebut kepadanya, kata Rafizi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
"Setakat ini semua dokumen yang dia (pembocor maklumat) bagi itu asli. Saya sanggup ambil risiko (buat pendedahan)," katanya yang enggan mendedahkan identiti individu itu.
Beliau mengulas kenyataan pengarah urusan kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad Datuk Shahril Mokhtar yang mempertikaikan keaslian dokumen yang didedahkan Rafizi.
Shahril hari ini dilaporkan berkata, dokumen didedahkan Rafizi – dilaporkan mendakwa Kementerian Kewangan mengarahkan Prasarana supaya menganugerahkan kontrak tersebut kepada firma George Kent (M) Bhd – mungkin tidak asli.
Shahril dalam laporan The Edge Financial Daily itu juga dilaporkan berkata, tiada surat penganugerahan dikeluarkan untuk projek tersebut, susulan dakwaan Rafizi bahawa projek itu telah dianugerahkan kepada firma George Kent.
Mengulas kenyataan itu, Rafizi mengakui bahawa beliau tidak pernah mendedahkan sebarang surat penganugerahan berkenaan projek berkenaan.
"Memanglah, surat penganugerahan tidak pernah keluar," katanya.
Jelasnya, dalam siri pendedahannya berhubung dakwaan skandal itu, beliau hanya mendedahkan dokumen didakwa minit mesyuarat oleh Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan serta surat daripada kementerian tersebut kepada Prasarana pada Januari dan Jun lalu.
Rafizi mendakwa dokumen berkenaan menunjukkan bahawa projek itu pada asalnya diberikan kepada Balfour Beatty-Invensys Consortium jatuh ke tangan Konsortium George Kent atas campur tangan Najib.
Polis menyiasat Rafizi mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) susulan pendedahannya itu dan turut ditemubual sepasukan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 27 Jun.
Susulan siasatan itu, Rafizi membuat laporan polis dan SPRM kemudiannya turut mengunjungi SPNB, beberapa jam selepas pemimpin muda itu membuat laporan polis pada 29 Jun berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa perdana menteri dalam kes berkenaan.
Najib pada tarikh itu turut menyatakan bahawa penganugerahan projek bernilai lebih RM1 bilion tersebut dilakukan mengikut aturan, tetapi tidak menjelaskan perkara itu.
Prasarana mempersoalkan keaslian dokumen yang didedahkan Pengarah Strategi PKR yang menunjukkan perdana menteri dan menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak menganugerahkan projek itu kepada George Kent.
"Dokumen-dokumen berkeaan mungkin tidak tulen," Pengarah Pengurusan Kumpulan Prasarana Shahril Mokhtar dipetik sebagai berkata oleh The Edge Financial Daily hari ini.
Selasa lalu, Rafizi menunjukkan dokumen bagi membuktikan dakwaan Najib yang juga menteri kewangan campur tangan dalam pemberian projek sambungan LRT itu.
Ia antaranya bahagian daripada minit mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Kementerian Kewangan (JPMK) pada 21 Jun yang dipengerusikan Najib, dan surat keputusan bertarikh 25 Jun kepada Prasarana.
"Kami ada bukti yang dia telah pergi ke Perancis dan akan mengemukakan bukti tersebut jika diminta berbuat sedemikian," kata Setev dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Kenyataan akhbar Setev dibaca oleh ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor.
Setev mengulas satu laporan berita yang menyatakan Altantuya tidak pernah pergi ke Perancis antara tahun 1999 dan 2007 berdasarkan rekod imigresen Perancis.
Sebaliknya, kata Setev. beliau telah diberitahu oleh anaknya bahawa dia pergi ke Perancis dan beberapa negara lain dengan pasport yang menggunakan nama Islamnya.
Beliau juga percaya kepada individu yang membocorkan dokumen tersebut kepadanya, kata Rafizi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
"Setakat ini semua dokumen yang dia (pembocor maklumat) bagi itu asli. Saya sanggup ambil risiko (buat pendedahan)," katanya yang enggan mendedahkan identiti individu itu.
Beliau mengulas kenyataan pengarah urusan kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad Datuk Shahril Mokhtar yang mempertikaikan keaslian dokumen yang didedahkan Rafizi.
Shahril hari ini dilaporkan berkata, dokumen didedahkan Rafizi – dilaporkan mendakwa Kementerian Kewangan mengarahkan Prasarana supaya menganugerahkan kontrak tersebut kepada firma George Kent (M) Bhd – mungkin tidak asli.
Shahril dalam laporan The Edge Financial Daily itu juga dilaporkan berkata, tiada surat penganugerahan dikeluarkan untuk projek tersebut, susulan dakwaan Rafizi bahawa projek itu telah dianugerahkan kepada firma George Kent.
Mengulas kenyataan itu, Rafizi mengakui bahawa beliau tidak pernah mendedahkan sebarang surat penganugerahan berkenaan projek berkenaan.
"Memanglah, surat penganugerahan tidak pernah keluar," katanya.
Jelasnya, dalam siri pendedahannya berhubung dakwaan skandal itu, beliau hanya mendedahkan dokumen didakwa minit mesyuarat oleh Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan serta surat daripada kementerian tersebut kepada Prasarana pada Januari dan Jun lalu.
Rafizi mendakwa dokumen berkenaan menunjukkan bahawa projek itu pada asalnya diberikan kepada Balfour Beatty-Invensys Consortium jatuh ke tangan Konsortium George Kent atas campur tangan Najib.
Polis menyiasat Rafizi mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) susulan pendedahannya itu dan turut ditemubual sepasukan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 27 Jun.
Susulan siasatan itu, Rafizi membuat laporan polis dan SPRM kemudiannya turut mengunjungi SPNB, beberapa jam selepas pemimpin muda itu membuat laporan polis pada 29 Jun berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa perdana menteri dalam kes berkenaan.
Najib pada tarikh itu turut menyatakan bahawa penganugerahan projek bernilai lebih RM1 bilion tersebut dilakukan mengikut aturan, tetapi tidak menjelaskan perkara itu.
'Skandal' LRT: Keaslian dokumen Rafizi dipersoal
Syarikat
Prasarana Negara Berhad, syarikat berkaitan kerajaan yang memiliki dan
mengendalikan perkhidmatan LRT, menafikan projek sambungan LRT Ampang
bernilai lebih RM1 bilion dianugerahkan kepada konsortium diketuai
George Kent Berhad.Prasarana mempersoalkan keaslian dokumen yang didedahkan Pengarah Strategi PKR yang menunjukkan perdana menteri dan menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak menganugerahkan projek itu kepada George Kent.
"Dokumen-dokumen berkeaan mungkin tidak tulen," Pengarah Pengurusan Kumpulan Prasarana Shahril Mokhtar dipetik sebagai berkata oleh The Edge Financial Daily hari ini.
Selasa lalu, Rafizi menunjukkan dokumen bagi membuktikan dakwaan Najib yang juga menteri kewangan campur tangan dalam pemberian projek sambungan LRT itu.
Ia antaranya bahagian daripada minit mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Kementerian Kewangan (JPMK) pada 21 Jun yang dipengerusikan Najib, dan surat keputusan bertarikh 25 Jun kepada Prasarana.
Bapa Altantuya bertegas anaknya pergi ke Perancis
Setev
Shaariibuu, bapa Altantuya - wanita Mongolia yang dibunuh - berkata
anak perempuannya itu telah pergi ke Perancis dengan menggunakan nama
lain - Aminah Abdullah."Kami ada bukti yang dia telah pergi ke Perancis dan akan mengemukakan bukti tersebut jika diminta berbuat sedemikian," kata Setev dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Kenyataan akhbar Setev dibaca oleh ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor.
Setev mengulas satu laporan berita yang menyatakan Altantuya tidak pernah pergi ke Perancis antara tahun 1999 dan 2007 berdasarkan rekod imigresen Perancis.
Sebaliknya, kata Setev. beliau telah diberitahu oleh anaknya bahawa dia pergi ke Perancis dan beberapa negara lain dengan pasport yang menggunakan nama Islamnya.
Polis: Khalil Afandi bertindak sendiri
Dua
individu yang mengamuk di perkarangan Kompleks Jabatan Perdana Menteri
(JPM) Putrajaya Isnin lepas, bertindak sendiri tanpa ada kaitan dengan
kumpulan ajaran sesat, kata polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki terbabit Khalil Afandi Abdul Hamid, 47, bertindak secara berseorangan dan mengaku dirinya sebagai Imam Mahadi.
"Siasatan setakat ini mendapati tidak ada penglibatan dengan mana-mana kumpulan ajaran sesat yang lain," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata susulan kes itu, polis menahan reman seorang lelaki berusia 39 tahun sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.
Difahamkan lelaki terbabit ialah rakan kepada Khalil Afandi yang beralamat di Taman Medan, Petaling Jaya Selatan.
Isnin lepas, Khalil Afandi, yang mengaku dirinya Imam Mahadi dan seorang wanita yang bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging mengamuk di perkarangan Kompleks B, JPM.
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita berkenaan, bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital yang sama.
- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan