Umno Kota Bharu undang artis hiburkan guru
Aslani M, | 15 Jul 2012 |
KOTA BHARU: Belum pun berjaya menawan Kelantan, Umno
kini mempamerkan sikap sebenar, menghidupkan kembali program hiburan
dengan mengundang artis wanita membuat persembahan di tempat terbuka.
Tanpa mengendahkan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998, Ketua Umno Kota Bharu, Dato’ Mohd Fatmi Che Salleh menjemput artis tersohor, Siti Nurhaliza.
Program yang dikenali sebagai Jamuan Perdana Hari Guru Parlimen Kota Bharu 2012 diadakan di padang Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab malam kelmarin.
Menurut sumber pada program berkenaan penyanyi terbabit mendendangkan lima lagu di khalayak ramai terutamanya guru-guru yang diarah hadir.
“Ketika anggota penguatkuasa dan pegawai Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) datang program terbabit hampir berakhir. Namun program itu dikawal ketat dengan pengawal keselamatan yang diupah.
“Malah ada dalam kalangan mereka dilihat membawa senjata, kemungkinan bagi mengelakkan program berkenaan diserbu kerana tiada permit,” kata satu sumber di sini.
Difahamkan guru-guru yang mengajar di kawasan parlimen Kota Bharu diarah hadir dengan memberi nama lebih awal kepada pengetua atau guru besar.
Beberapa guru yang ditemui memberitahu mereka diarah pengetua menulis nama sama ada hendak hadir atau tidak pada program berkenaan.
“Ramai guru menjadi serba salah kerana dipaksa hadir. Ada guru besar sebut kalau tulis tidak mahu hadir mereka dilabel sebagai penyokong PAS,” kata mereka.
Sementara itu jurucakap MPKB BRI memberitahu program berkenaan memang tidak mempunyai permit kerana tidak ada permohonan yang diajukan.
Bagaimanapun kata beliau kalau ada permohonan sekali pun program persembahan artis wanita yang melebihi usia 12 tahun tidak dibenarkan.
“Jelas berlaku perlanggaran Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998,” katanya di sini.
Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Abdullah Abdul Razak berkata, Umno sudah mempamerkan sikap sebenar menghidupkan kembali program hiburan sebelum menang dalam pilihan raya.
Katanya, kalau Umno memerintah Kelantan, hampir pasti program maksiat dan segala bentuk perlanggaran hukum agama yang dimansuhkan kerajaan PAS dihidupkan kembali.
“Umno tidak mampu menafikan lagi perkara itu kerana tindak tanduk mereka sekarang jelas menuju ke arah landasan tersebut,” katanya.
Sumber lain memberitahu Umno Kota Bharu menghabiskan kira-kira RM50,000 bagi membayar artis terbabit datang membuat persembahan.
Kata beliau ada guru besar menyebut Ketua Umno Kota Bharu mahu mendedahkan guru-guru kepada program motivasi bentuk baru.
KUALA LUMPUR: Himpunan Oren Selamatkan Felda semalam
terbukti dan teruji jika tidak ada provokasi maka himpunan akan menjadi
aman dan harmoni.
Sehubungan itu, AJK PAS Pusat, Idris Ahmad mengucapkan tahniah kepada peserta Himpunan Oren dan Gerakan Selamat Felda (GSF) semalam yang berjaya menyerahkan memorandum membantah penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia kepada Yang di-Pertuan Agong.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Superitendan Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid yang bertugas secara profesional.
Tambahnya, berbeza dengan tindakan polis yang tidak profesional pada Bersih 3.0 menyebabkan kerajaan membelanjakan RM1.8 juta.
“Wang negara hangus sebanyak RM1.8 juta ketika tindakan polis kepada peserta Bersih 3.0 yang tidak profesional,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, Bersih 1.0 juga berakhir dengan aman kerana tanpa provokasi.
Semalam berlangsung sambutan Hari Koperasi Negara 2012, yang diadakan di Stadium Bukit Jalil.
Banyak kerusi yang kosong sedangkan Najib masih berada di pentas utama.
Difahamkan juga, ramai para pelajar telah paksa untuk diangkut ke stadium. Hasilnya para pelajar ini telah membuat bising dengan membunyikan air-horn tatkala Najib berucap, menyebabkan najib beberapa kali meminta supaya penonton diam namun rayuan Najib tidak dihiraukan.Lihat: http://greenboc.blogspot.com/2012/07/najib-dimalukan-di-hari-koperasi-negara.html
Sabda Rasulullah SAW :
Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga di syurga.
(Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh oleh Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabarani di dalam al-Kabir dan al-Ausod . Para perawi salah satu sanad al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahih al-Bukhari)

Oren: Tanpa provokasi jutaan wang negara selamat
Harakahdaily, | 15 Jul 2012 |
Sehubungan itu, AJK PAS Pusat, Idris Ahmad mengucapkan tahniah kepada peserta Himpunan Oren dan Gerakan Selamat Felda (GSF) semalam yang berjaya menyerahkan memorandum membantah penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia kepada Yang di-Pertuan Agong.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Superitendan Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid yang bertugas secara profesional.
Tambahnya, berbeza dengan tindakan polis yang tidak profesional pada Bersih 3.0 menyebabkan kerajaan membelanjakan RM1.8 juta.
“Wang negara hangus sebanyak RM1.8 juta ketika tindakan polis kepada peserta Bersih 3.0 yang tidak profesional,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, Bersih 1.0 juga berakhir dengan aman kerana tanpa provokasi.
Pelakon Adam Hamid pula sertai PAS
Anis Nazri, | 15 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR:
Pelakon dan pengarah muda, Adam Hamid menyerahkan borang keahlian PAS
kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, malam
tadi.
Borang keahlian itu diserahkan beliau pada program Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Wilayah Persekutuan, di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.
Adam, yang berlakon dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam (1), dan Bujang Senang itu menyerahkan borang keahliannya di hadapan kira-kira 2,000 hadirin yang menyertai himpunan tersebut.
Pengarah drama Bella, Jelatang, Rahsia Biarlah Rahsia itu juga turut disarungkan baju T Hijau Menuju Putrajaya, selain dikemaskan dengan mafla PAS.
Penyertaan Adam dalam PAS itu disambut dengan tepukan dan laungan takbir daripada hadirin yang memenuhi padang di kelab bersejarah itu.
Sementara itu, pentas ceramah malam tadi dipenuhi dengan ucapan-ucapan semangat daripada pemimpin PAS dan tokoh-tokoh seperti bekas pemain bola kebangsaan, bekas pegawai kanan kerajaan dan bekas tentera.
Dalam masa sama, pelancaran Pertubuhan Sekretariat Kebjikan Bekas Angkatan Tentera (Kerabat) peringkat Wilayah Persekutuan disempurnakan pengerusinya, Ahmad Nazari.
Selain itu, pelancaran Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat Wilayah Persekutuan turut dilancarkan dengan pelepasan belon dan percikan mercun dan bunga api yang ditaja oleh seorang penyokong PAS.
Selain ceramah, sebuah puisi 'Kulihat Hijau' turut dideklamasikan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasruddin Hassan yang memukau para peserta himpunan.
Program tersebut berakhir kira-kira jam 12.30 malam.
Sebelum itu, pada sebelah pagi, PAS Wilayah Persekutuan turut melancarkan Himpunan Hijau menuju Putrajaya di Putrajaya dengan pelepasan konvoi bermotor Ekspresi Anak Muda ke Putrajaya.
Penduduk sekitar stesen sambungan ke-12 dari Kelana Jaya hari ini tampil mendakwa, tiada pelan keselamatan disediakan oleh syarikat kontraktor utama Prasarana Negara Bhd.
Stesen ini dibina berdekatan bekas kuari di Putra Heights.
Penduduk bimbang kerja-kerja itu menjejaskan keselamatan mereka kerana Prasarana antaranya didakwa tidak mendedahkan pelan migrasi struktur dan pelan kontingensi untuk mengukuhkan kuari berdekatan kediaman mereka.
Dalam sidang media hari ini, jurucakap Persatuan Penduduk Subang Alam Ibrahim Abu Bakar berkata, kerja-kerja pembinaan itu bermula awal Jun lalu.
KUALA LUMPUR, 15 JULAI : Kerana tidak sanggup lagi melihat penipuan dan kepapaan yang berlaku di dalam Felda, seorang makcik 61 tahun sanggup menunggang motorsikal sejauh 260 km untuk hadir ke Himpunan Oren Selamatkan Felda di sini semalam.
Kesungguhan dan kecekalan Salmiah Mat Jali dari Felda Ijok, di Larut, Perak itu mendapat perhatian peserta di himpunan depan Istana Negara. Lebih lagi apabila Salmiah memberitahu dia melakukan perjalanan itu seorang diri.
“Dari Larut sehingga ke sini adalah dalam 260 kilometer. Makcik bertolak sejak awal pagi-pagi lagi,” ujar Salmiah yang hadir pada himpunan yang bermula sekitar jam 1 tengahari semalam.
Ketika ditanya adakah beliau risau untuk merempuhi perjalanan yang agak jauh seorang diri, Salmiah berkata:
“Makcik dah biasa dah.”
Beliau berhenti di dua kawasan Rehat dan Rawat (R & R) di Lebuhraya Utara-Selatan untuk berehat semasa perjalanannya.
Ketika diwawancara, Salmiah masih lagi memakai topi keledarnya dengan bertudung warna oren.
Menurut Salmiah, beliau sanggup turun ke perhimpunan itu semata-mata menyatakan sokongan padunya kepada himpunan yang mahu campurtangan Yang Dipertuan Agong bagi membatalkan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).
Kemuncak perhimpunan itu adalah serahan memorandum yang digubal Gabungan NGO Gerakan Selamatkan Felda (GSF) kepada pegawai Yang Di-Pertuan Agong.
Salmiah berkata, ketidakadilan agihan saham FGVH kepada peneroka berbanding pelabur adalah antara sebab yang mencetuskan kemarahannya sehingga sanggup datang daripada jauh untuk himpunan tersebut.
“Saham yang mereka beri kepada warga Felda terlalu kecil, jumlahnya 800 unit. Sedangkan ada pimpinan Umno yang memperolehi saham yang besar.”
Borang keahlian itu diserahkan beliau pada program Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Wilayah Persekutuan, di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.
Adam, yang berlakon dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam (1), dan Bujang Senang itu menyerahkan borang keahliannya di hadapan kira-kira 2,000 hadirin yang menyertai himpunan tersebut.
Pengarah drama Bella, Jelatang, Rahsia Biarlah Rahsia itu juga turut disarungkan baju T Hijau Menuju Putrajaya, selain dikemaskan dengan mafla PAS.
Penyertaan Adam dalam PAS itu disambut dengan tepukan dan laungan takbir daripada hadirin yang memenuhi padang di kelab bersejarah itu.
Sementara itu, pentas ceramah malam tadi dipenuhi dengan ucapan-ucapan semangat daripada pemimpin PAS dan tokoh-tokoh seperti bekas pemain bola kebangsaan, bekas pegawai kanan kerajaan dan bekas tentera.
Dalam masa sama, pelancaran Pertubuhan Sekretariat Kebjikan Bekas Angkatan Tentera (Kerabat) peringkat Wilayah Persekutuan disempurnakan pengerusinya, Ahmad Nazari.
Selain itu, pelancaran Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat Wilayah Persekutuan turut dilancarkan dengan pelepasan belon dan percikan mercun dan bunga api yang ditaja oleh seorang penyokong PAS.
Selain ceramah, sebuah puisi 'Kulihat Hijau' turut dideklamasikan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasruddin Hassan yang memukau para peserta himpunan.
Program tersebut berakhir kira-kira jam 12.30 malam.
Sebelum itu, pada sebelah pagi, PAS Wilayah Persekutuan turut melancarkan Himpunan Hijau menuju Putrajaya di Putrajaya dengan pelepasan konvoi bermotor Ekspresi Anak Muda ke Putrajaya.
Penduduk bimbang projek sambungan LRT Kelana Jaya
Satu
lagi projek sambungan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) menyebabkan
kontroversi, kali ini kebimbangan terhadap kerja-kerja steamroll yang dibimbangi tidak selamat.Penduduk sekitar stesen sambungan ke-12 dari Kelana Jaya hari ini tampil mendakwa, tiada pelan keselamatan disediakan oleh syarikat kontraktor utama Prasarana Negara Bhd.
Stesen ini dibina berdekatan bekas kuari di Putra Heights.
Penduduk bimbang kerja-kerja itu menjejaskan keselamatan mereka kerana Prasarana antaranya didakwa tidak mendedahkan pelan migrasi struktur dan pelan kontingensi untuk mengukuhkan kuari berdekatan kediaman mereka.
Dalam sidang media hari ini, jurucakap Persatuan Penduduk Subang Alam Ibrahim Abu Bakar berkata, kerja-kerja pembinaan itu bermula awal Jun lalu.
Makcik 61 Tahun Naik Motorsikal Dari Larut Ke Himpunan Oren
KUALA LUMPUR, 15 JULAI : Kerana tidak sanggup lagi melihat penipuan dan kepapaan yang berlaku di dalam Felda, seorang makcik 61 tahun sanggup menunggang motorsikal sejauh 260 km untuk hadir ke Himpunan Oren Selamatkan Felda di sini semalam.
Kesungguhan dan kecekalan Salmiah Mat Jali dari Felda Ijok, di Larut, Perak itu mendapat perhatian peserta di himpunan depan Istana Negara. Lebih lagi apabila Salmiah memberitahu dia melakukan perjalanan itu seorang diri.
“Dari Larut sehingga ke sini adalah dalam 260 kilometer. Makcik bertolak sejak awal pagi-pagi lagi,” ujar Salmiah yang hadir pada himpunan yang bermula sekitar jam 1 tengahari semalam.
Ketika ditanya adakah beliau risau untuk merempuhi perjalanan yang agak jauh seorang diri, Salmiah berkata:
“Makcik dah biasa dah.”
Beliau berhenti di dua kawasan Rehat dan Rawat (R & R) di Lebuhraya Utara-Selatan untuk berehat semasa perjalanannya.
Ketika diwawancara, Salmiah masih lagi memakai topi keledarnya dengan bertudung warna oren.
Menurut Salmiah, beliau sanggup turun ke perhimpunan itu semata-mata menyatakan sokongan padunya kepada himpunan yang mahu campurtangan Yang Dipertuan Agong bagi membatalkan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).
Kemuncak perhimpunan itu adalah serahan memorandum yang digubal Gabungan NGO Gerakan Selamatkan Felda (GSF) kepada pegawai Yang Di-Pertuan Agong.
Salmiah berkata, ketidakadilan agihan saham FGVH kepada peneroka berbanding pelabur adalah antara sebab yang mencetuskan kemarahannya sehingga sanggup datang daripada jauh untuk himpunan tersebut.
“Saham yang mereka beri kepada warga Felda terlalu kecil, jumlahnya 800 unit. Sedangkan ada pimpinan Umno yang memperolehi saham yang besar.”
Najib Dimalukan Di Hari Koperasi Negara
http://greenboc.blogspot.com, | 15 Jul 2012 |
Semalam berlangsung sambutan Hari Koperasi Negara 2012, yang diadakan di Stadium Bukit Jalil.
Banyak kerusi yang kosong sedangkan Najib masih berada di pentas utama.
Difahamkan juga, ramai para pelajar telah paksa untuk diangkut ke stadium. Hasilnya para pelajar ini telah membuat bising dengan membunyikan air-horn tatkala Najib berucap, menyebabkan najib beberapa kali meminta supaya penonton diam namun rayuan Najib tidak dihiraukan.Lihat: http://greenboc.blogspot.com/2012/07/najib-dimalukan-di-hari-koperasi-negara.html
Iklan sasar rakyat S'gor penuhi Komuter
Selepas
kontroversi pemasangan bendera BN, kini muncul lagi pelbagai iklan yang
mensasarkan masyarakat Selangor di stesen perhentian dan gerabak sistem
kereta api Komuter di pelbagai tempat di Lembah Klang.
Siri iklan "Sayangi Selangor" itu antaranya memaparkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan tulisan ''Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup'' dan ''Kami mendengar dan memahami keperluan anda tentang pendidikan''.
Dilihat sebagai sebahagian daripada rangka 'kempen' BN di negeri Pakatan Rakyat itu, iklan tersebut kelihatan dipasang di tiang besar di stesen, eskalator malah memenuhi gerabaknya.
Iklan-iklan itu juga memaparkan kemesraan Najib yang bergambar dengan pelbagai pihak, termasuk kanak-kanak dan cuba menekankan bahawa rakyat mendengar masalah rakyat bawahan.
Najib merupakan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor manakala Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed pula berperanan sebagai koordinator BN Selangor.
Menurut sumber Malaysiakini, iklan tersebut telah dipasang secara berjajaran bermula daripada stesen KL Sentral sehingga ke stesen komuter menghala ke Pelabuhan Klang.
Sementara itu, tinjauan Malaysiakini terhadap pengguna komuter mendapati rata-rata mereka tidak selesa dengan langkah terbaru itu.
Seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang hanya mahu dikenali sebagai Mat berkata, beliau merasakan iklan itu tidak perlu diletakkan kerana "tidak seimbang" tanpa memaparkan gambar Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Inikan kempen Sayangi Selangor. Sepatutnya ada gambar Khalid baru seimbang. Sebab macam pelik, kempen sayang Selangor tapi gambar perdana menteri," katanya ketika ditemui Malaysiakini.
Mat, 22, juga berkata, iklan yang menyatakan sumbangan kerajaan juga dilihat tidak wajar kerana ia memang tanggungjawab piak itu.
Selain itu, pelajar institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang mahu dikenal sebagai Amirul pula mengaitkan perkara itu dengan tarikh pilihan raya yang akan berlangsung tidak lama lagi.
"Kalau betul mereka ini membela rakyat, kenapa baru sekarang nak buat iklan ini? Mungkin kempen nak dekat pilihan raya umum," katanya sinis.
Sementara itu, Liana, 26, seorang pekerja swasta pula berkata, iklan sedemikian tidak perlu diletakkan kerana hampir semua orang tahu apa yang telah kerajaan lakukan.
"Iklan ni dah banyak dah. dekat TV pun ada. Saya rasa semua orang tahu yang kerajaan ada bagi BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), bagi baucer dekat pelajar dan macam-macam lagi. Jadi saya rasa tak perlu iklan macam ni. Yang penting ketelusan," katanya.
Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan bendera BN telah dinaikkan di stesen komuter laluan Kuala Lumpur-Pelabuhan Klang.
Bagaimanapun, Mohd Zin Mohamed menafikan mengeluarkan arahan membenarkan bendera BN di pasang di kesemua 28 stesen komuter di Selangor.

Ibnu Ya · Pengulas Tertinggi · The University of Alabama
DAH HABIH KEDERAT UMNO KEMPEN TAK CUKUP TV, UTUSAN SAMPAI KERETAPI PUNGUNA NAK SURUH ORG SOKONG PARTI PURBA ITU TAPI PERLU INGAT RAKYAT TAK BODO.KALAU MENAGGAP RAKYAT TERMAKAN UMPAN BE END MAKNA KERAJAAN YG BODOH.TUNGGU MATI
Raja Mohd Shahrim · Langgani · Pengulas Tertinggi
Sayangi UMNO atau Sayangi Selangor..??? Ni namanya GILA TALAK.. masa diberi kuasa, lupa amanah, ditarik kuasa masih tak sedar diri, ego masih tinggi...jika UMNO mahu menang diSelangor.. boleh dgn syarat hapuskan diskriminasi pada Kelantan.. semua sekali.. apa yg sepatutnya rakyat Kelantan nikmati, berikan.. baru UMNO boleh menang di Selangor.. (perangkap cara UMNO).. hehe
M Lokman Yasin · Pengulas Tertinggi · SMV Simpang Sanggang 1981-1982
Kalau umno ni betul2 jantanman maka mana2 parti politik pun tak akan risau menang atau kalah dalam pilihanraya sebab peluang tu tetap ada setiap lima tahun. Tapi apakan daya kerana umno yang kian lama kian gila kuasa sampai tak mampu untuk kalah kerana nak berkuasa sammmmpai kiamat menyebabkan tindakkan umno makin merapu dana....umno..umno emmalahaiiiiiii!!
Lim Jak Wong · Langgani · Pengulas Tertinggi · Melaka
BR1M = Boleh Rasuah 1 Malaysia
Lepas 54 tahun bagi RM500 nak rasuah rakyat untuk undi, tunggu 50 tahun lagilah.......
Sobri Hj Othman · Pengulas Tertinggi · Sekolah Menengah Kebanggsaan Pulau Nyior
Umno dah mcm orang gila talak...
David Anthony · Langgani · Pengulas Tertinggi
Menyusahkan orang jer. Lepas nie kos nak buang semua iklan tu bapak Najib nak bagi yea? Inilah pembaziran Barisan Anjing.
Panglima Sabah
Saya baru tiba ke Kuala Lumpur dan amat tidak selesa dgn kempen sebelum pilihanraya ni... muakk.. ptuiiiii
Azman Shah · Pengulas Tertinggi
Saya tak mahu komen banyak2.Cuma pesanan saya pada rakyat Malaysia " KATAKAN TIDAK PADA UMNO DAN TUMBANGKAN REJIM GEROMBOLAN NI PADA PRU 13 NANTI " A.B.U. !!!
Anggerik Desa · Pengulas Tertinggi · Miri, Sarawak
Mohd Zin Mohamad menafikan.. agaknya hantu Altantuya mengeluarkan arahan.. pasang bendera di 28 stesen komuter di salangor.
Dzulkarnaim Othman · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
ape nk kesah, itu semua harta bapak dia punya..:p
Mohd Zulkariman Bsy Fdc · Executive Team Leader di BSY (M) Sdn Bhd
pulun habis2an untuk tawan selangor, tetapi rakyat dah ada pilihan muktamad iaitu pangkah calon PAKATAN RAKYAT, buat lah apa2 pun kami dah nekad nak tumbangkan UMNO/BN PRU 13
Mohd Zaiham · UUM
bagussss,,..aku sokong teruskan amalan promosi muka PM sampai org benci..kena ingat. ada had dan tahap untuk promosi diri...jgn sampai org menyampah!!..cth:"Inikan kempen Sayangi Selangor. Sepatutnya ada gambar Khalid baru seimbang. Sebab macam pelik, kempen sayang Selangor tapi gambar perdana menteri,"..
kan dah haru....
Mohd Najib Bin Asaddok · Langgani · Pengulas Tertinggi · CEO & Founder di MNI MARKETING & MANAGEMENT · 843 subscribers
Muak saya melihat iklan2 spt ni bila berada di KL..hanya membazirkan wang rakyat semata2
Saad Salleh · Langgani · Pengulas Tertinggi · Bekerja di MODULUS NIAGA
muka nye bersepah2 ada di mana - mana... bukan di HATI RAKYAT MARHEIN.
Muhammad Hafidz Abdullah · Pengulas Tertinggi · Employee di AbyKamshar Enterprise sdn. bhd.
UMNO gila talak, gila harta dan pelbagai gila, nak rebut Selangor kerana kantung merka dah kehabisan tak tahu di mana korek lagi beri rakyat. Ingat rakyat Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya jangan terpikat dengan gula UMNO nanti dah menang terutama 2/3 semua barang akan anak serta-merta ingatkah di zaman Mahathir dan Pak Lah, jangan jadi pisang berbuah berkali-kali. Ingat UMNO beri ambil pangkah faham-faham saja
Borneo Menggugat · Langgani · Pengulas Tertinggi · Kota Kinabalu
kenapa umno/bn melayan rakyat dgn pelbagai kemudahan gula-gula ???
kerana kita adalah PENGUNDI,
kalau kita bukan pengundi ....... peduli apa sama kamuuuuu
kalau lembu juga layak mengundi,
he.he.heee .... lembu juga akan dilayan dgn kondo dan rumput emas
jadi, fikir-fikirkanlah, siapa anda sebenarnya
ANDALAH PENENTU HIDUP MATI PEMIMPIN UMNO/BN SEKARANG
JANGAN SEKALI-KALI JADI ORG 'TAK TAHU MALU'
TAK MALUKAH ANDA PENGUNDI PERASUAH, PENYELEWENG DAN ZALIM ???
Ketam Kapit · Pengulas Tertinggi · UniMAP
secara tidak sengaja, poster dan iklan ini membazirkan wang rakyat..... kalau harga setiap poster itu bernilai RM400 X dgn 1000 poster???? ish ish ish ish ish... byk tak terperi....nilai itu dah dpt selamatkan 1000 keluarga miskin di selangor...... ramai yg terselamat.....btoi tak? lebih kepada membazir....... sapa dpt projek nie..? tumbangkan UMNO/BN dlm PRU13....
Seri Mersing · Pengulas Tertinggi
Pembaziran demi pembaziran jelas terbayang bahwa UMNO/BN benar benar dilanda badai demi untok terus berkuasa tampa segan silu wang raayat pembayar cukai terus dilahap dengan rakusnya untok tujuan terberkuasa.
Samakin banyak dihabiskan samakin dekatlah UMNO/BN terkubor.
Yazid Sahaja · Pengulas Tertinggi
klw rakyat dah kurang sokong BN...buat lah iklan mcm mane pun...rakyat ttp x sokong...kami inginkan perubahan...kenapa bile pembangkang dah kuat sikit BN jedi gelabah?? takut xde pangkat ke atau takut duit xleh nak masuk byk dlm account lagi?
Uwais Al Qarni · Pengulas Tertinggi · UKM, Bangi
..."DEMOKRAT PALSU" DH MULA MENABUR SLOGAN2 & JANJI2 PALSU... TERENGGANU, SARAWAK, SABAH & KELANTAN NEGERI2 MINYAK M'SIA, KENAPA RAKYAT NEGERI2 INI T'MISKIN DI MALAYSIA...FIKIR-FIKIRKAN
Ma Lin · Pengulas Tertinggi · President di NGO
Kalau naik komuter aku dh meluat nak termuntah cara iklan BN ini......munkin jika tuan2 naik komuter tuan2 tahu lah apa yg sy ckp kan meluat dan meloyakan, dah byk sgt duit kut. Kita minta Tony pua check berapa kos dan dari mana wang itu mereka perolehi.
Tiga perhimpunan yang buat pemimpin Umno demam
http://naimnikmat.blogspot.com, | 15 Jul 2012 |
Sabda Rasulullah SAW :
Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga di syurga.
(Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh oleh Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabarani di dalam al-Kabir dan al-Ausod . Para perawi salah satu sanad al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahih al-Bukhari)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan