Ahad, 15 Julai 2012

MAAF BANYAK2...TAK ELOK DILIHAT...MEREKA NAK MENAMBAH DOSA YANG ADA....FITNAH SEX....KERANA OTAK MEREKA SENTIASA BERKISAR PADA SEX....MANA ADA ORANG NAK RAKAM MEREKA BERZINA...KECUALI ORANG TAK PENDULI HALAL HARAM...

Orang ramai berpusu keluar ketika Najib berucap di Bukit Jalil semalam. (Video)
Posted on Sunday, July 15 @ 03:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: AnakSgDerhaka

"Untuk mengelakkan sebarang laporan berbentuk negatif terhadap Kerajaan yang dipimpin oleh Najib atau laporan yang negatif tentang Najib sendiri, media-media yang ditunggang UMNO tidak akan menyiarkan laporan sedemikian.

Perkara ini jelas kerana ianya telah berlaku dalam Konvensyen Media Sosial 1Malaysia semalam bilamana wartawan Malaysiakini telah dihalau keluar dari dewan kerana menyiarkan satu laporan yang mendedahkan UMNO membayar cybertrooper mereka - sila baca di ( SINI )


Laporan berikut adalah satu laporan yang tak mungkin disiarkan oleh sebarang media yang ditunggang oleh Kerajan UMNO/BN.

Ekspo dan pameran Hari Koperasi Negara (HKN) ke-11 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam 14 Julai pada pukul 8.30 malam.

Ianya telah berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 13 Julai.

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Md Yusof Samsudin berkata ini adalah kali pertama koperasi dari rantau Asean menyertai ekspo tersebut yang merupakan pengisian sambutan Hari Koperasi Negara 2012.

Dan beliau menyasarkan 100,000 ahli koperasi dan orang ramai menghadiri sambutan Hari Koperasi Negara itu.

Malangnya.. perasmian yang dilakukan oleh Najib itu gagal sama sekali menarik orang ramai, dan seperti biasa untuk menjadikan majlis tersebut gah dengan kehadiran orang ramai memenuhi stadium pelajar-pelajar sekolah terpaksa di upah.

Ada sumber yang mengatakan mereka dibayar RM30 seorang untuk hadir.. RM30 tu selepas kena tapis sepatutnya RM50 seorang..

Oleh kerana mereka diupah untuk hadir memenuhi Stadium, apa yang Najib ucapkan semasa perasmian tersebut tidak dipedulikan mereka.


Samada mereka menyampah dengan Najib atau terlalu gembira kerana mendapat upah RM30 itu. Ketika Najib berucap riuh rendah mereka membunyikan ‘Air Horn’.

Seperti apa yang dilakukannya di London bilamana ucapannya diganggu dengan laungan ‘BERSIH’ dulu.. Najib cuba menenangkan keadaan.. tapi budak-budak tu peduli apa..

Air Horn terus dibunyikan sepanjang Najib berucap, menganggu ucapan Najib sama sekali...

Lebih malang lagi... Ketika Najib sedang berucap orang-ramai mula melangkah keluar dari Stadium.. saksikan videodi bawah...

Lihat video di SINI "



 Amuk + Gila @ Malaysia Dah Gila !!!
Posted on Sunday, July 15 @ 02:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: orangklawang

"Kecoh baru-baru ni seorang lelaki dan seorang perempuan mengamuk di pejabat PM Najib di Jabatan Perdana Menteri.

Nama Khalil Affandi dan Muhdalina Ahmad meniti di bibir orangramai yang membaca berita tersebut. Apa hal pulak 2 orang insan makhluk ALLAH ni nak mengamuk??? Ini persoalannya. Tak kan pulak orang nak mengamuk tak tentu pasal aje.


Sinonim bila dikatakan amuk maka automatik orang itu dikatakan gila. Yang aku pelik berapa ramai pulak orang gila kat luar sana tapi tak pulak mereka mengamuk. Kalau orang mengamuk mesti gila atau gila isim mengapa pulak orang-orang gila di luar sana tak mengamuk. Yang tambah hairan bin ajaib mengapa pulak si Khalil dan Muhdalina ni nak pilih tempat macam pejabat Najib di Jabatan Perdana Menteri untuk mengamuk. Orang gila pandai ke nak memilih-milih tempat. Dulu Prebet Adam mengamuk tapi tak pilih pulak JPM sebaliknya kat Chow Kit dia mengamuk. ATAU adakah kes Janji Tak Di Tepati NAJIB dengan Khalil tu sebab dia si Khalil mengamuk kat pejabat Najib.


Gila pulak, apa yang mereka tahu pasal gila. Bila ada orang mengamuk cakap orang tu Gila Isim sebab amalkan ajaran sesat. Apa ajaran yang sesat ni atau mana ajaran yang betul sangat ni? Apa itu gila isim sebenarnya. Orang pandai2 aje cakap Gila Isim. Orang gila isim tak akan mengamuk sebab dia FANA’. Buat apa nak mengamuk atau marah2 sebab dia FANA’ dengan Keagungan, Kebesaran dan Keindahan ALLAH. Dia suka dan dia asyik mahsyuk dengan Kehebatan ALLAH. Dia suka dan gembira, buat apa nak mengamuk. Kesukaan, Kegembiraan dan Kegilaan itu hanya dia aje yang tahu dan orang lain tak perlu tahu. Itu nikmat antara hambanya dan ALLAH.

Kalau Khalil Affandi gila dan Muhdalina gila maka orang yang tuduh mereka gila tu lah yang lagi gila, GILA tahap gaban dari mereka ni. PM Najib pun GILA gak. Dia tengah GILA MEMBERI. Tu sebab Khalil mengamuk di pejabat Najib di JPM sebab mungkin dia tak dapat apa yang Najib bagi. Kalau orang lain semua dapat, mungkin dia Khalil tak dapat tu yang dia mengamuk tuh…Najib Gila bagi BRIM, bagi Imbuhan FELDA, bagi Tayar pada teksi, bagi duit pada pelajar semua dia nak bagi dengan tujuan untuk dapat sokongan rakyat. Jadi dia naik satu tahap lagi iaitu Gila Sokongan.

Bagi aku sebenarnya semua kat Malaysia ni dah gila sebab Malaysia di pimpin oleh pemimpin yang GILA. Pemimpin UMNO/BN yang ada ni dah GILA KUASA, GILA SOKONGAN, GILA HARTA jadi tak hairan kalau orang menggila kat luar sana. Orang macam Khalil dan Muhdalina sebenarnya tak Gila Cuma mereka TAK PUAS HATI tu aje. Tapi oleh sebab dia pilih pejabat Najib untuk mengamuk jadi orang kata lah mereka berdua gila. Kalau mereka berdua mengamuk kat Chow Kit macam Prebet Adam dulu maka tak lah di kata kan mereka gila. SOBONAR EH SAPO GILO???

http://orangklawang.blogspot.com/"




 Najib kena buli dengan budak sekolah di Stadium Bukit Jalil
Posted on Sunday, July 15 @ 01:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: lipasmalas

"SUDAH menjadi rahsia umum, setiap kali mengadakan majlis atau program, Najib Razak akan mengupah hadirin termasuk budak-budak sekolah untuk meramaikan programnya supaya nampak gah dan hebat.

Semalam berlangsung sambutan Hari Koperasi Negara 2012, yang diadakan di Stadium Bukit Jalil. Seperti biasa budak-budak sekolah dari seluruh negara diupah untuk memenuhkan ruang stadium.

Sungguh pun begitu, usaha memberikan upah itu masih gagal mendapat sambutan kerana masih banyak ruang kosong yang tidak dipenuhi di dalam stadium.

Tambah malang, nampaknya kali ini jentera Najib Razak yang mengupah budak-budak sekolah tersilap memberikan upah kepada budak-budak yang barangkali memang menyampah dengan Najib.

Hasilnya, budak-budak yang diupah ini membuat bising dengan membunyikan "air horn" ketika Najib berucap.

Tambah melucukan Najib Razak terpaksa merayu agar penonton diam kerana suasana terlalu bising mengganggu ucapannya.


Bukan itu sahaja, rakaman video menunjukkan ketika Najib berucap para penonton dilihat panas bontot dan ramai yang meninggalkan stadium kerana bosan dengan ucapan Perdana Menteri itu.

Saksikan sendiri video di bawah ini, dirakam oleh salah seorang petugas yang mengirimkannya kepada MiLo SuaM

Klik untuk menonton video : MiLo SuaM"


 Runtuh lagi di Terengganu, kebetulan atau kecuaian?
Posted on Sunday, July 15 @ 00:05:26 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: amkns

"Sinar Harian - 15 Julai 2012 . 100 penghuni asrama terjejas, pagar asrama turut runtuh. PAKA - “Tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan, seketika kemudian air keluar dari tangki sehingga melimpah di sekitar pagar berdekatan asrama sekolah.

Demikian kata Mohd Redzuan Zamri, 31, saksi kejadian tangki air pecah di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, tangki air Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paka yang terletak di atas menara setinggi kira-kira 10 meter itu pecah, menyebabkan air takungannya mencurah keluar sehingga kawasan berdekatan digenangi air.

Pagar asrama sepanjang kira-kira 10 meter juga turut runtuh, selain bumbung sebuah bangunan berdekatan mengalami kerosakan teruk terkena air yang jatuh dari tangki air terbabit.

Ketika kejadian, terdapat hampir 80 pelajar perempuan mendiami asrama tiga tingkat yang terletak kira-kira 50 meter dari menara menempatkan tangki air berkenaan, selain hampir 40 pelajar lelaki yang difahamkan sedang bersiap untuk menunaikan solat Jumaat.

Menceritakan detik sebelum kejadian itu, Redzuan yang juga pengawal keselamatan di sekolah berkenaan berkata, ketika kejadian, dia sedang berada di pondok pengawal, beberapa meter dari menara tangki air terbabit.

Menurutnya, sebaik mendengar bunyi letupan, dia terus bergegas keluar untuk meninjau apa yang berlaku sebelum melihat air mencurah-curah keluar dari tangki yang pecah itu.

“Mula-mula saya terkejut juga, ingat apa yang meletup.

Rupa-rupanya tangki air pecah, nasib baik tiada pelajar yang cedera,” katanya.

Usaha Sinar Harian untuk mendapat ulasan pihak pengurusan sekolah bagaimanapun gagal apabila pengetua sekolah berkenaan tidak menjawab panggilan yang dibuat.

Kejadian itu merupakan tragedi runtuhan yang pertama sejak sekolah berkenaan beroperasi lebih lima tahun lalu.

Akibat kejadian itu, sebahagian besar penghuni asrama lelaki dan perempuan juga difahamkan terpaksa pulang ke rumah masing-masing kerana menghadapi masalah gangguan air.

Sumber: sinarharian.com.my

 


Samseng upahan ganggu ceramah Anwar berjaya ditangkap
Posted on Saturday, July 14 @ 11:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: lipasmalas

"

SELALU sangat ceramah Pakatan Rakyat diganggu oleh samseng upahan terdiri daripada mat rempit yang menunggang motorsikal secara berkumpulan untuk membuat bising di kala ceramah berlangsung.

Pernah sebelum ini samseng-samseng upahan seperti ini membaling mercun, melontar batu malah ada yang berani menyerang orang, contohnya kisah Samseng Jalan Kebun dulu rujuk sini [Ketua samseng].

Namun lain halnya dengan kisah salah seorang samseng upahan yang mengganggu ceramah Anwar Ibrahim di Langkawi semalam, apa punya malang nasib dia telah ditangkap kerana mengganggu ceramah.

Difahamkan samseng itu nyaris-nyaris dipukul oleh orang ramai, mujur ada pihak yang menenangkan, kalau tidak memang jadi lempeng kena bedal.

Bagaimanapun, samseng itu dikatakan mengaku telah diupah oleh parti lawan untuk menganggu ceramah Anwar Ibrahim, dia kemudiannya dihantar ke Balai Polis.

Di bawah ini rakaman video ketika samseng upahan itu ditangkap

Klik untuk menonton video: MiLo SuaM"


 

 Perlindungan Muta'im bin Adi ke atas Rasulullah s.a.w
Posted on Saturday, July 14 @ 09:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: kamal_hasan

"Ketika Rasulullah saw kembali dari Thaif beliau tidak boleh masuk ke kota Makkah kecuali dengan perlindungan dari seorang tokoh Musyrikin Quraisy yang bernama Al-Muth’im bin ‘Adi.

Jiwar adalah salah satu produk hukum musyrikin Arab yang berarti perlindungan atau suaka politik. Hukum ini menegaskan bahwa seorang tokoh diantara mereka boleh menyatakan dengan bebas untuk memberikan perlindungan kepada seseorang, sehingga siapapun tidak boleh menyakiti orang orang itu sebagai penghormatan kepada orang yang melindungi dan pengakuan terhadap ketokohan, kehormatan dan pengaruhnya.

Ketika Rasulullah saw kembali dari Thaif beliau tidak boleh masuk ke kota Makkah kecuali dengan perlindungan dari seorang tokoh Musyrikin Quraisy yang bernama Al-Muth’im bin ‘Adi. Rasulullah saw meminta perlindungan darinya dan ia mengabulkan permintaan Nabi. Al-Muth’im bin ‘Adi dan keluarganya kemudian mengambil perlengkapan senjata mereka  dan keluar bersama menuju Masjid Haram. Setelah sampai di Masjid, ia mengutus orang untuk meminta Rasulullah saw segera masuk ke kota Makkah. Rasulullah saw pun memasuki kota Makkah, lalu menuju Masjid Haram, thawaf di Ka’bah dan melakukan shalat, kemudian kembali ke rumahnya.[1] Diriwayatkan bahwa Abu Jahal sempat bertanya kepada Al-Muth’im bin ‘Adi:

أَمُجِيْرٌ أَنْتَ أَمْ مُتَابِعٌ - مُسْلِمٌ؟

قال: بَلْ مُجِيْرٌ.

قال: قَدْ أَجَرْنَا مَنْ أَجَرْتَ.

Abu Jahal: “Engkau pemberi jiwar ataukah pengikut Muhammad (muslim)?”

Al-Muth’im: “Aku pemberi jiwar.”

Abu Jahal: “Kami melindungi siapapun yang engkau lindungi.”[2]

Pembelaan Al-Muth’im bin ‘Adi ini amat berkesan di hati Rasulullah saw, sehingga ketika perang Badar selesai dan Rasulullah saw telah memutuskan perlakuan terhadap tawanan perang Badar, beliau bersabda:

لَوْ كَانَ الْمُطْعِمُ بْنُ عَدِيٍّ حَيًّا، ثُمّ كَلَّمَنِي فِي هَؤُلَاءِ النَّتْنَى، لَتَرَكْتُهُمْ لَهُ.

Seandainya Al-Muth’im bin ‘Adi masih hidup kemudian berbicara kepadaku tentang tawanan perang yang buruk ini, pasti akan kubebaskan mereka untuknya.[3]

Peristiwa perlindungan oleh Al-Muth’im ini terjadi setelah bapa saudara Rasulullah saw - Abu Thalib - wafat. Sebelum itu, Rasulullah saw dengan suka rela menerima perlindungan dari  Abu Thalib yang sampai akhir hayatnya tidak masuk Islam. Ketika Abu Thalib juga memberikan perlindungan kepada Salamah bin ‘Abdil Asad ra sekelompok orang dari Bani Makhzum datang kepadanya: “Wahai Abu Thalib, engkau telah melindungi anak saudara laki-lakimu Muhammad, mengapa kini engkau lindungi orang ini dari kami?” Abu Thalib menjawab: “Ia telah meminta perlindungan kepadaku, dan ia adalah anak saudara perempuanku. Bila aku tidak melindungi anak saudara perempuanku, maka aku juga tak akan melindungi anak saudara laki-lakiku.”

Samb: silverheritage.blogspot.com"


 Artis masuk PAS. Anda teruja?
Posted on Saturday, July 14 @ 06:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: zihin

"Wahai pejuang agama Allah, tetaplah kamu dengan tali Allah. Usahlah terpesona dengan artis.

Saya mulakan dengan bait diatas agar ia menyapa benak kita yang cintakan Allah, Rasul dan Islam.

Beberapa waktu terakhir ini, kita melihat satu kecenderungan baru yang mengujakan. Sesiapa pun akan terkesima dengan perkembangan ini. Artis masuk PAS. Tanpa menyebut nama-nama mereka (yang sudah pun dimaklumi umum), saya menyeru kepada pencinta Islam agar bermuhasabah diri tentang hal ini.

Bila kita menelusuri sirah Rasulullah saw, telah ada beberapa orang ahli syair (seperti artis zaman ini) yang memeluk Islam. Cthnya, kaab bin zuhair, abu zuaib al-huzali dan hisan bin thabit.

Antara mereka kaab bin zuhair yang paling masyhur. Kaab pernah dihalalkan darahnya oleh Baginda saw kerana menghina Baginda saw dan Islam lewat syair-syairnya. Namun, akhirnya dia telah datang memeluk Islam.

Satu perkara penting saya minta kita bermuhasabah ialah selepas mereka Islam, Baginda saw tidak sekali-kali mengutamakan mereka lebih dari sahabat-sahabat lain yang telah lama berjuang untuk Islam. Dengan sebab itu, bagi mereka yang biasa dengan sirah Rasul dan sahabat, nama-nama mereka bertiga kurang dikenali berbanding dengan nama-nama seperti Abu Bakr, Umar, Usman dan Ali radiallahu anhum. Renungkanlah bagaimana Rasulullah saw tetap mengutamakan sahabat yang memerah keringat dan berjasa kepada Islam sejak sekian lama walaupun Baginda saw tidak menyekat minat mereka untuk terus berkarya dalam syair mereka.

Justeru, saya menyeru kepada semua pejuang Islam contohilah pendekatan Rasulullah saw ini.

Artis yang datang kepada kita adalah untuk MENTARBIAH DIRI MERAKA SENDIRI dan BUKAN UNTUK MENTARBIAH ORANG LAIN. Meraka mengakui bahawa mereka bergelumang dengan segala onak noda kehidupan artis, tiba-tiba bila memakai tudung, atau memakai kupiah serban lalu kita angkat mereka di pentas-pentas ceramah seolah-olah mereka adalah pejuang islam yang sebenar.

Pejuang sebenar adalah alim ulama, ustaz, orang kampung yang tidak punya nama, menggantung poster untuk pas tanpa upah hanya mengharap reda Allah dan ingin melihat Islam tertegak di bumi Allah ini.

Contohilah sunnah Rasulullah saw dalam urusan artis.

Mereka datang untuk mentarbiah diri mereka sendiri. Bukan mentarbiah kita.

Kita sudah punya Allah, Rasul dan para ulama Rabbani.

Bila seorang artis wanita berseloroh nak cari jodoh ustaz, gegak gempita para ustaz tak lena tidur, ter angan angan mendapatkannya. Janganlah terpesona dengan perkara ini wahai pencinta agama Allah. Telah ada beberapa artis yang datang kepada kita berkopiah berserban akhirnya kembali kepada tabiat asalnya.

Renunglah lagi teguran Allah kepada Rasulullah saw (surah ‘Abasa) ketika Baginda saw mengutama pembesar quraish dan mengabaikan sahabat yang buta, Abdullah bin ummi maktum. Pada logiknya, tindakan Baginda saw betul kerana sekira pembesar quraish itu memeluk Islam, pasti para pengikut mereka akan ramai memeluk Islam. Namun Allah mahukan Baginda saw mengutama si buta yang tidak punya nama iaitu Abdullah bin Ummi Maktum.

Nah ambil pengajaran dari kisah ini wahai pencinta agama Allah. Sama ada yang datang itu adalah pemimpin tertinggi atau pun artis tersohor, Islam tetap diperjuangkan oleh mereka yang lemah dan tidak punya nama namun ikhlasnya paling tinggi di sisi Allah.

Berapa ramai para sahabat syahid dijalan Allah dan kita tidak mengetahui nama-nama mereka namun kerana pengorbanan mereka Islam tertegak."



Gambar adegan seks Pemimpin PAS tersebar!!... tapi dah kantoi...
Posted on Saturday, July 14 @ 05:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: AnakSgDerhaka

"Printscreen dibawah adalah dari sebuah Blog Pro UMNO yang menggunakan nama ‘Mat Kilau Penang’.. ianya memaparkan sekeping gambar yang kononnya merupakan adengan seks seorang pemimpin PAS dengan seorang wanita bertudung.

Memandangkan beliau seorang Blogger yang memihak UMNO, dipercayai beliau telah diberikan kebenaran oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan untuk menyiarkan gambar lucah tanpa perlu disensored.

Lihat apa yang ditulisnya..


Meskipun beliau sendiri kurang pasti dengan gambar yang disiarkan dalam FB sahabatnya beliau mula menyebarkan fitnah bahawa itu adalah pemimpin PAS.

Selain itu dipercayai juga blogger Pro UMNO tersebut sedang mencari populariti untuk menandingini populariti Blog MiM yang mendakwa ‘Blog Kumpulannya mendapat kunjungan dari 4 Juta pembaca sebulan’.

Kalau nak tahu kisah ni sila baca di ( SINI )...

Populariti tersebut perlu bagi membolehkannya mengepalai sebarang majlis yang melibatkan Facebooker dan juga Bloggers yang ditanggung oleh UMB.

Jalan mudah untuk mengejar populariti.. tapi tak ingat mati ke sedara?

Untuk cover malu setelah fitnahnya terdedah… pemilik Blog tersebut menulis..

haaa ramai yang tak suka dengan gambaq nie terutama puak pas serta musuh dalaman aku............apa pun kau dah bejaya buatkan korang marah kt aku....bermakna cywar aku berjaya yahooooooo.
Berjaya kepala hotak hang!! Buat malu orang Penang saja!!!

Berbalik kepada gambar yang didakwa adengan seks pemimpin PAS itu.. sebenarnya gambar tersebut telah diambil daripada laman web lucah di internet.

Sila lihat asalnya gambar tersebut di SINI"


 'Bebas tahanan ISA atau berdepan perhimpunan besar'
Posted on Saturday, July 14 @ 07:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: imamsurau

"NONE

Pemuda PAS hari ini memberi kata dua kepada kerajaan persekutuan supaya membebaskan baki tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) September ini atau berdepan dengan satu lagi perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur.

Ketuanya, Nasrudin Hasan (kanan dalam gambar) berkata sempena bulan Ramadan yang mulia, mereka akan berkempen untuk pembebasan 45 baki tahanan ISA di Kamunting.

Beliau menjangka perhimpunan tersebut akan diadakan September ini jika semua usaha mereka untuk pembebasan tahanan ISA itu, tidak diendahkan.

Bercakap dalam sidang media di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur petang ini, Nasrudin berkata, sebagai permulaan, parti itu telah menggerakkan hampir seribu ahlinya untuk mengadakan bantahan di Kamunting esok.

Walaupun ISA telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma), tetapi undang-undang baru yang diwartakan pada 22 Jun lalu, masih membenarkan penahanan berterusan tahanan ISA yang sedia ada.

sumber"


Tiada ulasan: