Jumaat, 20 Julai 2012

BAHAYA JANJI TAPI TAK BUAT...TANDA2 MUNAFIK...TAMBAH BOHONG...DAN TAK AMANAH...MAKA LENGKAPLAH MUNAFIKNYA....SEKOLAHNYA PULA KEHIDUPAN HARI2...BUATLAH APA SAJA ASALKAN TAK LANGGAR SYARAK...SERTA NIATKAN UNTUK ALLAH SAJA...KERANA ALLAH TAK BOLEH DISYARIKATKAN@KONGSI2...BOLEH JADI SYIRIK...JADI SIA2 AMALAN2 KITA...

Merdeka: Pakatan diseru tidak guna 'Janji Ditepati'

Abdul Aziz Mustafa, 20 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyeru negeri-negeri ditadbir Pakatan Rakyat (PR) supaya tidak menggunakan tema Hari Merdeka kerajaan Umno Barisan Nasional iaitu "Janji Ditepati".

"Tema itu direka khusus untuk kempen pilihan raya Umno BN dan bukan tema yang berjiwa patriotik yang boleh dikongsi oleh semua rakyat," katanya.

Tema "Janji Ditepati" itu, katanya, adalah tema yang bersifat kempen yang tidak berbeza sama sekali dengan kempen lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Jika rakyat tidak mahu menyambut Hari Merdeka secara terbuka tahun ini, jangan salahkan mereka kerana itu salah kerajaan Umno BN sendiri.

"Semua itu kerana mereka menolak slogan tidak patriotik itu yang terang-terang berkempen untuk Umno BN. Rakyat tak nak tema itu," kata Mahfuz sambil menyelar kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak salahgunakan sambutan Hari Merdeka untuk kepentingan kuasanya dan parti yang dipimpinnya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyeru negeri-negeri yang ditadbir oleh kerajaan PR supaya menggunakan tema Hari Merdeka yang melambangkan kecintaan kepada negara.

"Boleh guna tema seperti "Demi Malaysia" di mana kita mengajak semua rakyat selamatkan Malaysia dari cengkaman rasuah, penyalahgunaan kuasa, perkauman, kronisme dan sebagainya," kata Mahfuz.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim semalam mengakui tema tersebut adalah slogan kempen pilihan raya.

"Jika pembangkang merasakan ini adalah satu slogan kempen pilihan raya, saya rasa tidak salahnya untuk mengatakan demikian," kata beliau.

Katanya, parti-parti pembangkang boleh buat yang sama dan biar rakyat membuat keputusan pakatan mana yang mereka mahu sokong, sambil mendakwa tindakan sedemikian adalah sistem Linkdemokrasi yang juga digunapakai oleh banyak negara lain.

Ramadhan: Universiti Tarbiyah

Nasrudin Hassan, 20 Jul 2012


Mewakili seluruh warga DPPM, saya ucapkan Ramadhan Kareem buat seluruh rakyat yang beragama Islam terutama anak - anak muda muslim agar Ramadhan ini bagai sebuah University Tarbiyyah mendidik spiritual, fizikal dan minda bertaqwa serta mutu perjuangan yang hebat ke arah memacu gerakan perubahan dalam negara kita.

Therapy Ramadhan insyaallah akan terus menyemarak Semangat  Ubudiyyah dan Jihad Islami ke arah mewajah Malaysia Baru bersama Islam.

1. Buat semua exco DPPM dan DPPN , anda semua diputuskan agar membaca al Quran sekurang-kurang 20 minit sehari dan jika boleh pastikan Al Quran di khatamkan tilawahnya sepanjang Ramadhan ini.

2. Bulan Ramadhan telah diisytiharkan sebagai bulan kempen bebaskan mangsa ISA. Justeru itu harap semua pentazkirah menyentuh isu kezaliman ISA dan betapa mangsanya perlu dibebaskan segera atau dakwa di mahkamah.

3. Tingkatkan amal kebajikan, maksimumkan penglibatan bersama masyarakat melalui program iftar Jamaei dan lainnya.

4. Ramadhan jua adalah bulan munajat untuk memastikan Islam yang kita perjuangkan ini mendapat temot dihati rakyat dan kita berjaya mempersadakan perjuangan ini ke mercu jaya.

5. Titipkan doa buat seluruh mangsa kezaliman regim Mynmar dan Syria yang telah mengorbankan puluhan atau ratusan ribu nyawa yang tidak bersalah. Demikian jua buat semua mangsa kezaliman di seluruh dunia termasuk dalam negara kita.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Cerai: Dengar sendiri dari mulut Pok Yo

Harakahdaily, 20 Jul 2012


PASIR MAS: Selepas Harakahdaily, Sinar Harian pula telah menebual sendiri Yahya Ibrahim, 78, atau lebih dikenali penduduk tempatan dengan nama  Pok Yo bagi mengetahui kesah penceraian beliau dengan isterinya, Mok Yam.

Ia dibuat selepas media pro Umno melaporkan Pak Yo menceraikan Mok Yam atau nama sebenarnya Che Hasnah Che Ahmad, 61 kerana fahaman politik.

Menurut Pok Yo, beliau mengahwini Mok Yam ketika wanita itu sudah bergiat aktif dalam Umno.

"Saya berkahwin dengannya, ketika dia masih lagi aktif dalam politik, maka tidak timbul perbezaan fahaman, sehingga berlakunya perceraian ini," kata Pok Yo kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, Harakahdaily telah melaporkan, Pak Yo menceraikan Mok Yam setelah dia dicabar agar menceraikan isterinya dengan talak tiga.

Namun, Mok Yam menafikannya. Dalam wawancara ini, Pok Yo berkata, dia ada saksi apabila mendakwa hal ini.

Berikut adalah temubual sepenuhnya.


Bolehkah Pok Yo terangkan apa sebenarnya berlaku?

Yahya: Saya kesal kerana bekas isteri saya (Che Hasnah Che Ahmad, 61, atau dikenali sebagai Mok Yam), mengaitkan perpisahan ini dengan perbezaan politik.

(Pok Yo - gambar Sinar Harian)

Dalilnya, saya berkahwin dengannya, ketika dia masih lagi aktif dalam politik, maka tidak timbul perbezaan fahaman, sehingga berlakunya perceraian ini.

Saya ceraikan dia dengan talak satu, kerana sikapnya yang tidak taat, meninggi suara, tidak bertanggung jawab dan bercakap guna emosi.

Mok Yam terkeliru apabila saya menyuruh dia ikut ajaran Islam, tetapi disalah anggap sebagai ikut fahaman politik. Saya tegaskan agar dia ikut ajaran Nabi, malah tidak mengaitkan langsung nama-nama ahli politik di Kelantan.

Baru-baru ini, Mok Yam menafikan dia pernah minta diceraikan dengan talak tiga.


Yahya: Saya juga ada saksi, ketika kami bergaduh mengenai isu ini, malah saksi itu juga adalah seorang lelaki, baligh, berakal dan memahami setiap tutur kata Mok Yam.

Sesat adalah satu kesalahan besar, tetapi apa yang dilakukan oleh Mok Yam sehingga didakwa sesat?

Yahya: Saya kata dia sesat, bukan disebabkannya pergi ceramah (Datuk) Dr Hasan Ali (bekas Naib Presiden Pas) atau kerana memakai baju merah, tetapi sikapnya yang terlalu menyimpang dengan ajaran Nabi. Ia bukanlah setakat solat lima waktu, memakai tudung dan mengaji al-Quran, tetapi perbuatan lain, juga dikira sebagai amalan, dan tidak terhad dalam satu perkara sahaja. Paling mengecewakan saya, apabila dia memburuk-burukkan seorang ulama, dan terkilan kerana tidak dapat membentuk isteri yang solehah.

Memandangkan usia semakin lanjut, lama berkahwin dan Islam sendiri tidak sukakan penceraian, tiada ada jalan lain selain cerai?

Yahya:
Selama ini, saya cuba pelbagai cara untuk membentuknya sebagai seorang isteri solehah, namun selepas semua usaha saya tidak berjaya, saya yakin perkahwinan ini tidak akan berjaya sekiranya tiada persefahaman lagi. Puas saya beri dia masa untuk berfikir dan berubah, namun dia tetap melihat nasihat saya dari sudut politik.

Adakah masih ada sifat sayang yang memungkinkan boleh bersatu kembali?


Yahya: Saya mengucap syukur sekiranya dia berubah sikap, dengan menjalankan apa yang disuruh agama dan meninggalkan apa yang dilarang.

Saya masih sayangkannya, tetapi tidak akan meneruskan silaturahim sebagai sepasang suami isteri. Apa yang ditakdirkan, sudah ditentukan Ilahi.

Kenyataan Terkini MB Selangor Berkenaan Isu Air

http://kerabubersuara.blogspot.com, 20 Jul 2012
Baru sekejap tadi MB Khalid menyatakan pendirian beliau dalam tweeter.

Masalah ini sebenarnya bukan isu air kurang atau apa pun.

Mereka saja nak ugut dan bagi rakyat takut dan Umno nak menyalahkan kerajaan Selangor.

Mereka kena ingat yang rakyat selangor tidak muda ditipu dan diperdaya.

Rakyat Selangor sudah cerdik dan tahu tipu daya Umno.

Mahu Ketika cinta bertakbir, tukar kerajaan

Salmah Mat Husain, 20 Jul 2012

(Penal Bicara Selebriti di Balai Islam)

KOTA BHARU: Andainya masyarakat di negeri lain ingin mengikuti program Bicara Selebriti sebagaimana yang dianjurkan kerajaan Kelantan, mereka seharusnya terlebih dahulu menukar kerajaan di negeri masing-masing.

Demikian pengakuan bloger Saifulislam.com, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ketika berucap sebagai penalis Bicara Selebriti anjuran kerajaan negeri malam tadi.

Menurutnya, beliau berkata demikian dalam facebooknya sebagai menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh masyarakat di luar Kelantan apabila bertanyakan kenapa beliau harus ke Kelantan untuk bersama selebriti dan bukannya di Perak, Kuala Lumpur atau di Johor Bharu.

“Saya berkata kepada mereka, hanya Kelantan yang menganjurkan program ini dan jika saudara semua ingin mengikuti program yang sama di tempat masing-masing tukar dahulu kerajaan,”ujar Hasrizal (gambar) yang terkenal melalui blognya, saifulislam.com.

Kenyataan spontan diawal perbicaraannya bersama tiga orang lagi selebriti lain, menyebabkan Dewan Balai Islam, di sini disambut takbir penonton.

Antara panelis yang diundang, hero Ketika Cinta Bertasbih Kholidi Asadil Alam atau Mas Azam, Ana Rafali dan Hayati Hamzah atau Yatt Hamzah.

Lebih 5,000 orang hadir pada program siri ke-5 itu sempena Hari Hiburan Islam (Hai).

Bagi Hasrizal, hanya kerajaan Kelantan di bawah Pakatan Rakyat yang menghargai peranan selebriti sehingga menjemput golongan itu untuk duduk bersama bagi membicarakan sesuatu khususnya berkaitan Islam.


KETIKA CINTA BERTAKBIR



Tegasnya, sekiranya kerajaan baru berjaya dibentuk, bukan hanya Ketika Cinta Bertasbih dapat diwujudkan, sebaliknya Ketika Cinta Bertakbir juga dapat dilahirkan.

Kata-katanya sedemikian sekali  lagi membuatkan dewan menjadi gamat semula.

Beliau yang juga terkenal sebagai seorang pakar motivasi, dilihat pada malam itu juga sebagai seorang selebriti yang mempunyai tarikan tersendiri bersesuaian dengan ilmu agama yang ada padanya.

Menurutnya lagi, artis adalah insan seni yang paling mudah dibentuk kerana mereka menumpukan pada dua perkara, iaitu foKus dan hayati sebagaimana yang mereka lakukan sebelum berlakun.

“Sebelum mereka berlakun, terlebih dahulu mereka fokus pada peranan yang perlu dilakonkan dan seterusnya fokus. Jadi mereka paling mudah untuk menerima ajaran Islam dengan baik.

“Kita seharusnya menyokong serta menghargai mereka,”ujarnya.


NASI KERABU


Bagi Kholidi atau Mas Azam (gambar), tiga tarikan istimewa yang ada di Kelantan, program Bicara Selebriti, Masjid Muhammadi dan nasi kerabu membuatkan beliau melahirkan rasa syukur berada di negeri itu.

Beliau mengakui tidak pernah mengenali Kelantan sebelum ini, namun ternyata kehebatan Kelantan membuatkan beliau semakin mencintai negeri itu.

“Saya cukup bangga dan bahagia sekali Kelantan bukan sahaja mempunyai pasentren yang banyak, sebaliknya sekolah-sekolah tahfiz yang dimiliki oleh kerajaan negeri sendiri,”ujarnya.

Yatt yang sentiasa mengalirkan air mata juga melahirkan rasa syukur kerana diundang oleh kerajaan negeri untuk menghadiri program itu apa lagi dapat beramah mesra dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Turut berucap pada majlis itu Anna Rafali.

Tiada ulasan: